The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Monday, May 25, 2009

KENDURI KE RUMAH PAMANKU...

Monday, May 25, 2009
Bookmark and Share
Hari ini (Ahad) aku memilih untuk menerima jemputan Walimatul Urus sepupuku di Tebuk Marso, Sg.Besar. Ertinya, aku terpaksa mengenepikan tugasanku untuk seketika bagi membolehkan aku situ. Hehe... itu bukan satu pilihan yang mudah juga! Sebabnya, kekangan yang aku sedang lalui masa kini menjadikan aku ada justifikasi yang kukuh untuk tidak pergi...
Tetapi, aku pertimbangkan pula antara kekangan yang "tak seberapa" itu dengan jemputan kenduri di rumah paman ku itu. Seorang paman (seorang pesara guru agama) yang begitu banyak jasanya kepada keluargaku. Sewaktu kecil dulu, aku masih ingat hampir setiap kali cuti persekolahan tiba, paman aku itu akan datang ke rumahku di Sg.Panjang untuk mengambilku ke rumahnya. Tujuannya mungkin satu, bagi membolehkan aku belajar bersama-sama sepupuku (anaknya yang sulung, kini pegawai besar di MAIS) di rumahnya.
Al maklumlah di rumah pamanku itu serba-serbinya cukup. Tetapi yang paling mengujakanku hanyalah peti televisyen hitam putihnya itu. Sebab di rumahku tidak ada! Tapi sebenarnya di rumahku bukan peti televisyen sahaja yang tak ada, malah hampir serba-serbinya tidak ada lantaran kemiskinan yang membelenggu keluaragaku. Namun, bagi seorang kanak-kanak seperti aku... tarikan televisyen itu sangat besar impaknya.
Tetapi mungkin di sana ada satu tujuan lain yang aku dapat fahaminya bila aku telah dewasa. Pamanku itu mahu aku keluar dari kepompong kemiskinan melalui bidang pelajaran. Pamanku itulah adalah contohnya! Dia mungkin mahu aku bandingkan antara keadaan keluargaku dengan keadaan keluarganya pada masa itu. Hal ini kerana dalam adik beradik ayahku pamanku itulah satu-satunya yang berkerja dengan kerajaan.
Justeru, apalah sangat dengan tugasan yang aku sedang hadapi dengan jasanya (banyak lagi) kepadaku itu. Aku kewalahan untuk menolak undangan kenduri kahwin anaknya yang ke lima itu (kalau tak silap) atas justifikasi itu. Lagipun kali ini aku cuma berurusan dengan masa yang boleh diubahsuai. Kecualilah pada masa ini aku berada di tempat yang lain lantaran menghadiri kursus dan sebagainya. Ialah seperti kata orang... "hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati".

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template