The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Monday, May 25, 2009

KITA DAN MEMBUAT PILIHAN

Monday, May 25, 2009
Bookmark and Share
Letih dan penat kerana sering tersalah pilih? Akhirnya, ada yang kata.. belasah je lah...! Berani pilih beranilah tanggung..!
Begitulah resmi manusia yang sedang hidup! Sebenarnya hampir setiap saat kita perlu membuat pilihan. Sehinggakan dalam keadaan-keadaan tertentu tidak memilih juga dianggap satu pemilihan. Contohnya apabila kita berdepan dengan sesuatu masalah kecil. Akhirnya kita biarkan masalah itu berlalu... ertinya kita tidak memilih untuk membuat sesuatu tindakan terhadap masalah tersebut. Itulah pilihan anda! Tetapi ingat, bila kita tidak membuat pilihan dan membiarkan masa yang 'memilih', impaknya mungkin sesuatu yang kita tidak ingini!
Justru, nampaknya kita kena bersedia pada setiap masa untuk belajar membuat pilihan. Ertinya kita kena belajar membuat justifikasi tertentu kenapa kita buat itu dan tidak buat ini. Kalaupun kita terpaksa memilih sesuatu yang tidak popular (seperti yang difikirkan oleh kebanyakan orang) kita kena ada alasan dan hujjah. Hal ini kerana jika ada konsekuen yang berlaku selepas itu, kita telah bersedia menghadapinya.
Elakkan sama sekali bertindak sebelum berfikir! Justeru, membuat pilihan semestinya disertai dengan kemahiran berfikir sekali gus... Ia bolehlah dianggap sebagai tool atau alat untuk membuat keputusan. Kita tidak boleh menggunakan tool yang salah untuk membuat sesuatu pilihan. Seumpama dalam kes tayar kenderaan bocor, kita mesti memilih alatan yang sesuai sama ada untuk menukar tayar kenderaan atau menampal tayar yang bocor itu! Walaupun kesnya sama tetapi pilihan ada dua. Justeru alat yang diperlukan juga agak berlainan. Cuba kita fikirkan jika kita menghadapi kes-kes yang secara fizikalnya sangat bertentangan dan melibatkan perkara yang subjektif dan relatif.
Tetapi bukanlah bererti kita tidak boleh meminta bantuan orang lain... Dalam kebanyakan hal memang bantuan orang lain amat diperlukan. Memang itulah resmi kita bermasyarakat. Namun, tidak pula bererti setiap pilihan mesti dikongsi dengan orang lain. Itu akan menjadikan kita seperti tidak ada kekuatan untuk membuat pilihan secara individu. Awas! tidak semua orang yang nampak ingin membantu sebenarnya ingin membantu... sebab ada di kalangan mereka 'suka' melihat kita tersalah pilih....

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template