The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Monday, May 25, 2009

AHMAD AZHFAR 'ARIEFF

Monday, May 25, 2009
Bookmark and Share
Setelah bercuti lebih kurang seminggu, hari ini aku kembali menjalani rutin harian yang menyesakkan... Macam dua minggu lalu, bulan lalu, tahun lalu dan sejak hampir 9 tahun mendiami teratak dua tingkat di Taman Bernam Baru ini. Cuma yang bezanya, sembilan tahun lalu aku hanya ada tiga orang hero itulah... Entah taqdir atau 'rezki' berpindah ke rumah baruku, tidak sampai setahun kemudian kami dianugerahi anak perempuan. Satu anugerah yang telah sekian lama 'dinanti-nantikan'. Setelah digawatkan dengan tiga orang hero itu, hidup kami terasa 'sempurna' dengan kehadiran puteriku yang keempat itu.

Setelah lima tahun teratak kami 'aman' daripada tangisan bayi, yang kekadang 'mencuri' masa lena dan senggang kami, irama itu berkumandang lagi dengan kelahiran puteriku yang kelima. Hadirnya ternyata menambah lagi warna-warni kehidupan kami sekeluarga. Perwatakan yang jauh berbeza dengan kakaknya... Malah sesekali kulihat dia menjadi seteru kepada kakaknya! Umpamanya, sampai saat ini aku pening dan 'kematian' idea untuk memujukknya tidur sebilik dengan kakaknya. Malah kalau diberi peluang, dia akan lebih rela tidur sebilik dengan abang-abangnya...

Kini, dua tahun lebih telah berlalu... detik cemas menanti detik kelahiran itu menjengah kembali dalam hidupku. Dan pada kali ini kesempatan melalui detik-detik 'ribut' itu beberapa ketika bagai menyentap tangkai jantungku! Dalam usia isteriku yang hampir mencecah 40, pengalaman kelahiran kali ini agak 'luar biasa'. Jika lima kelahiran sebelum ini, aku akan menghantar isteriku ke hospital sewaktu dia sudah 'terasa' nak bersalin. Katanya, "biar sakit di rumah jangan 'disakitkan' sewaktu di hospital". Tetapi yang ini... lebih kurang empat hari berlalu, walaupun 'tanda' sudah ada dan sudah 'over due' tapi masih tak sakit-sakit juga. Sesekali aku terfikir, salahkah jangkaan doktor yang memeriksaanya sewaktu pemeriksaan antenatal itu? Ikut due yang mesin altrasound 'bagi tahu' kepada kami, tarikhnya ialah pada 2 Februari (2/2/2009-cantik gak tarikh tu!).

Oleh sebab risau tak sakit-sakit, dan atas rasa simpati yang amat sangat lantaran keadaannya yang terboyot-boyot itu maka pada 8/2/2009 aku 'paksa' isteriku ke Hospital S.River. Itu pun dah 6 hari over due... Jauh dalam hati mengharapkan rasa sakit itu akan tiba bila terentak-rentak dalam kereta sepanjang perjalanan sejauh 25 km ke hospital... Rupanya, masih sama juga! Apa yang anehnya, sampai di hospital, staff nurse kata dah buka 2 cm! Tapi tak rasa nak bersalin juga! Jadi, isteriku tidak ada pilihan, terpaksalah dimasukkan ke wad tiga (wad bersalin) dan bermalam lah di wad... Aku pula tak ada pilihan lain, terpaksa balik ke rumah untuk mengurus anak-anakku yang empat orang itu (sorang di asrama).

Walaupun aku mengharapkan isteriku segera bersalin dan tamatlah detik penantian yang 'menyiksakan' itu, namun aku berdoa panjang, janganlah dapat call malam tu yang memaksa aku ke hospital... Sebabnya aku tak ada idea bagaimana nak uruskan anakku yang ke lima yang usianya 2 tahun lebih itu... Memanglah emak mertua aku ada di rumah, tapi anakku itu agak payah sikit dengan opahya... Dibuatnya dia mengamuk, bukan peduli sesiapa... dan, tentunya akan lebih gawat pabila ia berlaku pada malam hari!

Alhamdulillah pada malam itu walaupun aku tak lena sangat tidur, tapi aku tak dapat call... Bak kata pepatah "No news is good news"... Lebih kurang pukul 8.00 pagi, selepas menguruskan anak-anakku, aku dapat call dari isteriku.. dia dah terasa sakit sikit-sikit dan dalam proses untuk dimasukkan ke labour room sebab dah 'buka' 5 cm... Setelah berjaya mengelabui anakku yang ke lima itu, aku terus pergi ke hospital. Sewaktu perjalanan ke hospital, aku sempat menghubungi anakku yang kedua bertanyakan keadaan anakku yang kelima. Dia kata ok!

Aku sampai kira-kira 9.30 pagi di hospital. Orang kata bila anak dah ramai ni... senang nak bersalin... ada yang tak sempat sampai hospital lah... bersalin dalam kereta lah... dan macam-macam lagi! Tapi, isteriku... masih tak sakit kuat lagi setelah lebih dua jam berada dalam labour room! Dan, sedang aku menunggu tu ... tiba-tiba aku dapat sms daripada isteriku...
"Yg, tlg buat apa2 yg patut bc ysin atau smbhyg hjat ke sbb tak rasa skit nak b'salin, bg tau mak sg.nibung skali. tq. atu ada apa2 ke yg slah iza ayg smpn mnta maaf zahir n batin"
Aduh! Aku mcam nak melompat! Kenapa pulak jadi macam nih... Tengok jam lebih kurang 10.25 pagi. Mulanya aku cadang nak ke kafeteria hospital nak ambik sarapan sikit... Tapi, bila aku terima sms macam itu... seleraku macam terbang! Aku terus ke surau yang terletak di atas kafeteria hospital. Setelah aku tunaikan pesanan isteriku itu, aku sempat jugak mengalas perutku untuk sarapan pagi sekadarnya. Itu pun sebab dah menggeletar kelaparan... Lepas selesai sarapan, aku kembali ke wad bersalin... sms yang aku terima masih tidak ada perubahan... Masih tak sakit kuat lagi! Ya Allah... ampunilah salah silap dan dosa hambamu ini...

Pada pukul 11.37 pagi aku menerima sms lagi... isteriku bagi tahu nurse terpaksa masuk ubat perlahan-lahan... Alhamdulillah, akhirnya pada pukul 12.21 petang... isteriku selamat sersalin... Aku yang antara berani dan takut sebenarnya dah isi borang nak bersama-sama isteri kat labour room tu... lagi sekali nurse tak sempat panggil! Hehe dalam hati kata... Alhamdulillah! Kalau betul-betul dipanggil... entah-entah aku yang pengsan pulak!

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template