The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Wednesday, May 18, 2011

WIRAWAN ATAU PEJUANG?

Wednesday, May 18, 2011
Bookmark and Share
Aku bukan wira, jauh sama sekali seorang hero. Mungkin seorang pejuang. Itupun kalau sesuai. Tetapi tentunya tidak semua orang bersetuju dengan istilah tersebut. Malah ada yang melabelkan diriku sebagai sang penyibuk yang tak sudah-sudah menggunakan facebook untuk menyatakan sesuatu yang aku tak suka. Buktinya secara verbal aku mendengarnya pada hari ini. "Seorang guru yang hebat dengan facebook!"

Aku bukanlah generasi bawah 40-an yang dikatakan oleh sesetengah orang sebagai generasi ICT. Malah usiaku yang kian mencapai keemasan ini sudah terkeluar jauh daripada kategori itu. Cuma aku memang sangat positif dengan perkembangan dunia ICT kini. Sejak dulu, apa-apa juga teknologi yang memudahkan komunikasi dan tugas aku akan ambil sebagai keutamaan. Sehingga aku sanggup bersengkang mata belajar komputer berbulan-bulan secara sendiri dengan bermula daripada zero.

Setelah seketika berpuas hati dengan kebolehan melayan aplikasi office, akhirnya aku mulai memasuki dunia internet kerana teruja dengan kata-kata "komputer tanpa internet seumpama berada dalam sebuah gua." Seluas mana gua itu, ia tidak membawa kita ke mana-mana. Kini, kemajuan teknologi komunikasi sudah jauh kehadapan. Menyebabkan hampir semua organisasi mempunyai cara komunikasi maya bagi mempercepatkan urusan mereka. Malah, hampir semua organisasi atau individu membuka pintu untuk teguran yang membina kerana dalam kebanyakan kes teguran itu membawa banyak penambahbaikan. Ataupun melalui teguran itu menjadikan adanya ruang untuk meningkatkan kecekapan dalam pengurusan sesebuah organisasi.

Aku tak nampak apa tak kenanya dengan laman sosial seperti facebook. Kalau ia media yang songsang, tak kanlah hampir semua orang memiliki akaun fb. Sehinggakan perdana menteri pun ada fb sendiri. Para alim-ulamak pun ada fb. Kalau kita menelusuri fb pak-pak menteri, begitu banyak komen yang agak keras dan tak kurang yang mengkritik secara hentam kromo. Asalkan ia tidak berbaur perkauman atau mengandungi unsur-unsur hasutan, tiada alaporan polis dibuat. Kalau sekadar komen tentang masalah sebenar yang dihadapi oleh rakyat, ia amat dialu-alukan. Kalau ikut borokrasi, terlalu banyak red-tape. Akhirnya ia tidak sampai ke mana-mana, malah banyak yang singgah dalam perut bakul sampah sahaja.

Justeru, sudah tiba masanya kita mengubah persepsi dan mentaliti kita. Don't sweep under carpet apabila ada masalah yang berlaku. Ada kalanya kita tak mampu menanganinya kerana kekurangan peruntukan, apatah lagi sekarang ini terlalu banyak peruntukan yang dipotong sehingga peruntukan untuk penyelenggaraan kurang daripada 50 peratus sahaja. Justeru, melalui laman sosial pak-pak menteri barang kali boleh menjawab masalah tersebut.

Dengan mengambil pengalaman seorang rakan di Sabah sebagi contoh. Beliau telah memaklumkan kepada Timbalan Menteri Pelajaran melalui laman sosial tentang bangunan sekolah yang sudah siap tapi tidak boleh digunakan. Akhirnya pak menteri tersebut turun ke sekolahnya. Dengar-dengarnya masalah tersebut kini sudah selesai.

Penggunaan laman sosial untuk melaporkan apa yang berlaku bukan seperti surat layang yang tidak bertanggungjawab. Ia sekadar menggunakan saluran komunikasi yang pantas dan effisien bagi menyuarakan sebarang kesulitan yang dialami. Sepatutnya semua pihak perlu melihat perkara ini secara positif. Seumpama kita berada dalam sebuah gelanggang bola, kita masih lagi mahu berkaki ayam. Apabila kita dipijak, kita marah kerana mereka menggunakan boot bola. Anehnya marah pula bila ada orang menyarankan kita menggunakan boot bola! Paling malang lagi ada pihak yang mengkritik refree mengapa membenarkan para pemain menggunakan boot bola!

Facebook Comments

3 PANDANGAN:

Anonymous said...

ini baru pendahuluan. idea/ isi kena 4. lepas tu penutup....

Anonymous said...

dulu i jadi defender seperti fedinand (MU), kini dah jadi cam ronney, sentiasa cuba score gol, setakat ni adalah dapat score beberapa biji hasil bantuan member2 lain seperti park, nani, giggs dll. tapi i tak pernah pijak kawan2

Anonymous said...

bukan mudah menjadi pejuang anak bangsa.inilah liku hidup seorang guru yang setelah perginya dinobatkan sebagai PENDITA.selama hari inipun apa yang dilakukan bukan untuk kepentingan diri sendiri malahan untuk anak didik yang diamanahkan.semoga Allah menguatkan iman dan amalanmu.

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template