The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Tuesday, May 17, 2011

PASCA 16 MEI 2011: YANG JERNIH DAN YANG KERUH...

Tuesday, May 17, 2011
Bookmark and Share
Tarikh keramat 16 Mei 2011 telah dilalui. Saban tahun tanggal itu datang dan pergi. Pelbagai tema telah dipilih, pelbagai pengisian bertukar ganti dan pelbagai pengumuman oleh pak menteri menerobosi gegendang telinga kita. Itulah senarionya sejak 39 tahun yang lalu. Cuma, "khabar gembira" hari guru yang menjadi "sajian" halwa telinga kita sejak mutakhir ini mungkin dilihat agak asing tatkala ia pertama kali disambut pada tahun 1972.

Meneliti kepada "khabar gembira hari guru" terkini tahun 2011 berkitan dengan lima kaedah kenaikan pangkat, menyebabkan fikiranku bersimpul-simpul. Agak faham, tapi lebih banyak yang tak faham. Jadi kesimpulannya berjerebu!

Kenaikan pangkat kerana mengisi kekosongan jawatan. Ini merupakan kaedah kenaikan pangkat yang sedia ada. Apabila ada kekosongan jawatan, maka jawatan tersebut akan diisi oleh orang yang berkelayakan. Jika tiada orang yang berkelayakan, orang yang paling hampir dengan kelayakan tersebut akan dilantik. Jika syarat perlantikan tidak sepenuhnya dipenuhi, maka orang itu akan memangku jawatan tersebut selama maksimum dua tahun. Contoh; kalau jawatan tersebut sepatutnya DG48, maka ia boleh dipangku oleh gred DG44. Ataupun telah ada orang yang memang menunggu peluang untuk naik pangkat, terus diserap ke gred tersebut tanpa perlu menunggu tempoh pemangkuan.

Kenaikan pangkat secara Khas untuk Penyandang (KUP). Ini juga kaedah kenaikan pangkat sedia ada. Walaupun pemakaian gelaran KUP ini masih tidak saya fahami seratus peratus, namun secara umunya pangkat secara KUP ini adalah milik setiap individu. Kalau sudah dapat KUP ertinya ia adalah kenaikan pangkat secara time-based. Umpamanya daripada DG41 ke DG44 selama 10 tahun. Daripada DG44 ke DG48 selama sepuluh tahun. Kecuali kes guru-guru lepasan diploma perguruan menggunakan kaedah 3+1. Iaitu, tiga tahun perkhidmatan semasa mengajar di peringkat diploma perguruan bersamaan setahun pengalaman mengajar di peringkat ijazah. Maksimum tempoh yang diterima oleh kerajaan ialah sembilan tahun bersaman tiga tahun pengalaman mengajar di peringkat ijazah. Justeru, bagi guru-guru lepasan diploma perguruan yang kini telah memegang ijazah, tidak perlu menunggu 10 tahun untuk ke gred yang lebih tinggi. Mereka hanya perlu menunggu tujuh tahun sahaja. Bagi guru-guru yang tidak berpeluang mendapat manfaat 3+1 ini semasa permohonan gred DG41 ke Dg44 kerana mereka terlebih awal menerima kenaikan ke gred tersebut, mereka boleh menggunakan kaedah tersebut sewaktu membuat permohonan daripada gred DG44 ke DG48.

Cerita KUP ini biasanya hangat diperkatakan di peringkat gred DG41 dan DG48. Hal ini kerana kedua-dua gred tersebut lazimnya tidak melibatkan kenaikan pangkat secara hakiki. Tetapi apabila seseorang itu telah dinaikkan pangkat secara hakiki seperti penolong kanan pentadbiran, KUPnya selepas itu hanyalah 3 tahun. Bagi guru-guru yang tiada jawatan hakiki, setakat DG48 sahajalah gred tertinggi yang layak dipegang sehingga usia persaraan.

Kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan (KPBTP). Kaedah ini adalah penambahbaikan kepada guru-guru pengajaran dan pembelajaran (PDP). Mengikut skim yang sedia ada guru-guru yang tidak berada dalam line pentadbiran, guru cemerlang, guru tingkatan enam hanya berpeluang menamatkan tempoh perkhidmatan setakat DG48 sahaja. Justeru, mengikut KBPTP guru-guru PDP akan melalui empat tahap perkhidmatan iaitu;
  1. Guru penolong (biasa) DG41-DG48 kenaikan pangkat secara KUP
  2. Guru kanan (mata pelajaran) DG44-DG48 kenaikan pangkat secara KUP
  3. Guru Wibawa (DG52)?
  4. Pendita Guru (DG54)?
  5. Gred Khas (JUSA C)
Namun, kenaikan pangkat ke GW dan PG bukan secara automatik. Ia perlu memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP).

Nampaknya semacam ada pertindanan dengan kaedah kenaikan pangkat secara KUP. Cuma, pada pandangan saya KBPTP adalah pilihan kepada guru-guru yang tidak berada dalam line Guru Cemerlang (GC) untuk pergi lebih jauh setelah mencecah DG48. Mungkin seseorang guru itu bimbang untuk berada dalam GC sebelumnya kerana kekangan tugas dan sebagainya, maka mereka boleh memohon untuk ke pangkat Guru Wibawa dan Pendeta Guru.

Kalau dililihat dalam lapisan perjawatan di atas, guru kanan bukan bererti ketua bidang (KB). Malah, semua orang yang telah memohon dan dinaikkan pangkat daripada DG41 secara khas telah dianggap guru kanan. Begitu juga dalam kes DG44. Cuma daripada sekumpulan guru kanan akan dilantik seorang sebagai ketua bidang mata pelajaran masing-masing. Ketua bidang tidak dianggap jawatan hakiki, malah mungkin jawatan Guru Kanan itu adalah jawatan hakiki. Justeru berkemungkinan akan adalah KB Matematik & Sains, KB Kemanusiaan, KB Teknik dan Vokasional dan KB Bahasa. Jadi semua guru PDP berpeluang ke JUSA C dengan syarat ia memenuhi kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh LKPPP.

Mungkin kaedah ini dilaksanakan bagi menyelesaikan satu isu apabila semua guru di sekolah menengah dan rendah seratus peratus berijazah. Semuanya akan menggunakan kaedah kenaikan pangkat yang tunggal. Cuma yang membezakannya hanya sekolah menengah atau rendah. Nampaknya JUSA C juga boleh muncul di sekolah rendah.

Satu soalan yang saya ingin utarakan di sini ialah apa pula yang terjadi kepada skim perjawatan di tingkatan enam? Pelaksanaan skim yang baru dua tahun diperkenalkan ini semakin tidak jelas apabila kaedah kenaikan pangkat yang terbaru ini diwar-warkan. Mengikut atas kertas, Guru Akademik Tingkatab 6 (GAT6) boleh pergi sehingga DG52. Tetapi, tiada seorang pun lagi rasanya yang dilantik sehingga ke gred tersebut. Kemelut DG44 ke DG48 (mereka yang terpaksa digerakkan ke gred DG44 secara setara kerana masalah kuota) pun masih belum selesai. Melihat kepada kemelut yang belum selesai-selesai ini ada kemungkinan ramai guru GAT6 akan masuk balik ke aliran perdana kerana skim yang baru diumumkan ini memungkin seseorang guru itu pergi lebih jauh berbanding GAT6.

Walau bagaimanapun jika kaedah kenaikan pangkat ini terpakai dalam konteks GAT6, maka ia dianggap selari dengan maksud asal apa yang ingin dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Sementelahan pula GAT6 juga dikategorikan sebagai guru PDP. Namun jika kaedah yang dipakai untuk GAT6 seperti kaedah yang digunakan untuk GC, juga ada manasabahnya kerana selama ini kami dimaklumkan bahawa GAT6 adalah fast-track seperti juga GC.

Inilah yang bersimpul-simpul dalam minda. Ia sekadar luahan yang mungkin menarik untuk dibincankan dalam kalangan rakan-rakan maya. Saya tak nak bincang lagi dua kenaikan pangkat iaitu Guru Bear dan Pengetua Cemerlang serta Guru Cemerlang kerana ia merupakan kaedah kenaikan pangkat yang telah mantap serta sedang diguna pakai sekarang ini.

Facebook Comments

25 PANDANGAN:

Anonymous said...

Asalamualaikum,
Khabar yang baik tentu akan memberikan manfaat kepada semua pendidik. sekali pandang menarik tetapi kita tidak dijelaskan syarat-syarat secara terperinci. Tak silap perkhabaran perjawatan PK1,PK HEM dan PK Koko terdiri DG 48 selari dengan perlaksanaan perjawatan Guru akademik Tg 6. Diharapkan perjawatan tersebut merupakan jawatan Hakiki se[erti perjawatan Tg 6. Tidak ada makna kalau ianya masih mengekalkan keadaaan sekarang iaitu KUP kerana perjawatan KUP sebenarnya bukan kenaikan pangkat seperti sepatutnya kerana semua individu guru akan memperolehinya jika panjang umur.( Penolong Kanan Petang - tidak dinyatakan, mungkin jawatan ini akan dilupuskan apabila sekolah satu sesi dilaksanakan sepenuhnya nanti)
Jawatan Guru akademik Tg6 DG 52 memang telah dilantik disekolah tertentu mengikut kouta. Insyaallah SKKJ akan menerima seorang Guru berkenaan tidak lama lagi.(kemungkinannya)
Semua kemungkinan hanya jadi kenyataan apabila surat tawaran diterima. Apa yang menarik apabila sistem dan laluan kenaikan pangkat gulungan guru seperti yang diwarkan oleh PM tersebut akan membolehkan kenaikan pangkat guru Tg 6 juga akan selari dengan kenaikan pangkat mengikut kategori tersebut. Oleh itu kenaikan pangkat guru Akademik Tg 6 tidak lagi mengikut kouta sekarang. Itu hanya kemungkinan sahaja.
Khabar dan berita baik ini diharap dapat memberikan manfaat dan juga memberi perangsang kepada warga pendidik untuk terus berbakti dengan penuh tanggungjawab demi kecemerlangan anak bangsa dan negara .
.....wassalam
Wassalam

Anonymous said...

Assalamualaikum,
1. Saya ingin komen tentang Guru Akademik T6 DG52 memang telah dilaksanakan. Misalnya di sekolah saya seorang telah dilantik ke jawatan tersebut bagi memenuhi kouta dan beliau telah layak ke jawatan tersebut. Di daerah Klang juga jawatan tersebut telah dipenuhi.
2. Kebanyakan guru sebenarnya mengharapkan sesuatu yg sebelumnya diwar-warkan berita baik akan diumumkan sempena hari guru. Sesuatu yg bakal dinikmati oleh semu guru bukan soal naik pangkat sahaja. Malang sekali hanya soal naik pangkat yg dikhabarkan. Sebenarnya guru mengharapkan sama ada naik gaji atau elaun bagi menghargai mereka. Harapkan CUEPAC, banyak yg dibela golongan non graduate!
3. Apabila kenaikan harga barang atau petrol berlaku kita sering membandingkan harga di negara kita jauh lebih rendah dari negara Asean misalnya. Mari kita bandingkan Malaysia dengan Singapura. Guru di bawah perkhidmatan 10 tahun akan mendapat insentif S$300 setahun untuk membeli gajet ICT. Lebih 10 tahun mendapat S$700. Rakan-rakan guru saya di Spore masing2 mempunyai gajet ICT terkini atas insentif tersebut. Rata2 mereka mempunyai Ipad (S$668), IPhone(S$748)dsb. Guru-guru di Spore tak perlu buat jualan langsung atau kerja part time untuk menyara keluarga! Penanda aras kita sepatutnya Spore bukan negara Asean lain!

MALEQUE SELAMAT on May 17, 2011 at 7:24 PM said...

Sewaktu menghadiri postmortem reunion sekolah lama tadi, sempat bersembang dengan seorang rakan yang mengajar di Selangor. Di sekolahya, dua minggu lepas lima orang guru tg.6 telah dinaikkan pangkat ke DG48... Negeri Perak bila lah agaknya ya.. Kalau lah termasuk dalam kelompok tu.. kalau tak macam mana pulak?

Anonymous said...

Pada pandangan saya, kenaikan pangkat guru tingkatan 6 tidak seharusnya disekat oleh sistem kuota. Faktor "time-based" adalah lebih sesuai supaya peluang untuk kenaikan pangkat lebih adil dan cerah untuk semua guru tingkatan 6 terlantik. Jika tidak, fenomena "traffic jam" akan berlaku di sekolah dan ini menghalang guru yang lebih muda bergerak ke depan sungguhpun telah lama berada pada gred yang sama. Guru aliran perdana tidak dikongkong oleh sistem kuota, akhirnya mempunyai peluang yang lebih luas untuk kenaikan pangkat.

Anonymous said...

Mengikut apa yang diceritakan kepada saya.. Jawatan hakiki ada "quotanya" tersendiri... Umpamanya guru cemerlang pun ada kuotanya juga... sekarang ni memang masih terbuka. Tapi bila dah penuh maka tunggulah "khabar berita" lain... kot2 ada tambahan kuota kepada yang sedia ada.. Cuma di tingkatan 6 kuota ikut bilangan kelas... Tapi kalau jawatan guru PDP Tg.6 tanpa kuota.. ikut asal layak sahaja... alangkah baiknya..
Untuk aliran perdana mengikut kaedah kenaikan pangkat yang terkini, tak sebut pasal kuota.. tapi mengikut kelulusan LKPPP... Itu untuk manis cakap jer... sebenarnya masih ada kuota juga tu... terlalu banyak politik lah..

Anonymous said...

Rakan-rakan guru di sekolah hampir semuanya mengeluh dengan BERITA BAIK yg diumumkan oleh PM sempena hari guru. Seorang guru penyokong tegar UMNO berkata : Tunggu pilihanraya 13 tahulah BN guru2 ajar! Kami terkedu...

Anonymous said...

Guru biasa tidak berjasakah? Baiklah, biar guru ajar kali ini, biar ajar betul-betul...

Anonymous said...

Kita sibuk berbicara tentang 10 tahun berkhidmat DG41 akan dinaikkan ke Dg44 dan seterusnya 10 tahun DG44 ke DG48. Apa yang malang ada guru yang berkhidmat lebih 23 tahun malah gaji di DG44 telah "tendang syiling/tembok/dinding????" selama 2 @ 3 tahun tetapi masih dalam dg44

MALEQUE SELAMAT on May 20, 2011 at 11:07 PM said...

Sepatutnya isu inilah yang menjadi keutamaan... Mengurangkan tempoh kenaikan pangkat secara KUP daripaa 10 tahun kepada tempoh yang lebih singkat. Umpamaya 8 tahun..

Namun satu lagi perjuangan ialah bagaiamana memastikan setiap guru itu tidak tercicir daripada peluang naik pangkat. Tak perlu isi borang, sekarang ni kan.. semua dah dalam database... kecuali jika ada yang tidak layak disebabkan perkara-perkara yang menghalang seseorang daripada dinaikkan pangkat... seperti pernah dikenakan tindakan tatatertib dsb.

Anonymous said...

Bila 400000 guru mengeluh tentang berita baik hari guru tempoh hari baru TPM bersuara minta guru BERTENANG. Ya kami bertenang menunggu PRU13!!! 400000 banyak tu beb...

Anonymous said...

Hehee.. ini adalah sebahagian daripada mereka yang tak berpuas hati dengan pengumuman baru-baru ni... Menyuaraakn rasa tak puas hati merata-rata tempat.. dalam fb, blog,akhbar dan banyak lagi... Sepatutnya kerajaan rasa tergugat dengan kenyataan yang sebegini. Buat tindakan cepat... selesaikan perjawatan yang melibatkan guru secara total bukan untuk segelintir guru sahaja. Kalau tak... ruyup PRU-13.. hihihi.. kita tengok sapa yang kena...

Anonymous said...

Guru pemikir kritis dan bertanggungjawab secara terus dan total kepada pembangunan modal insan. Mereka rata-ratanya tidak terlibat aktif dalam politik kecuali segelintir. Namun tidak bermakna guru tidak ambil tahu tentang politik. Sebagai pemikir kritis guru tahu apa yang baik untuk negara mereka yang tercinta, Malaysia!

Anonymous said...

cikgu,
mengenai pengumuman hari guru lalu,
semua pk sekolah menengah dinaikkan ke dg48..
bagaimana pula dgn pk tingkatan 6 ???

Anonymous said...

PK T6 dg48 jika jumlah kelas T6 10 atau lebih. Bawah 10 kelas PK T6 dg44. Maknanya PK T6 tak tmasuk dlm pengumuman lalu.Masih sama spt dlm pekeliling asal. Malang sekali lg T6!

Anonymous said...

T6 memang malang. Saya baru terima surat pemangkuan T6 hari ini, tarikh kuatkuasa 1 mac 2011. Tapi saya dah tak diberi kelas ngajar T6 mulai Jan tahun ini. Nak tau sebab ape? Subjek yang saya ajar BM, secara rasmi mengikut jadual kedatangan 4 kelas. Maka dapat 2 orang guru BM T6. Tapi 4 kelas BM telah digabung menjadi 2 kelas secara realiti. Jadi cuma 1 orang shj yg dapat ngajar. Saya disuruh ajar T4 dan T5 BM dan subjek rojak yg lain. Kini saya dapat memangku T6, macam mana nak selesaikan? Saya telah pun ngajar BM lebih10 tahun sebelum ini dan kini memangku pulak. Jelas telah berlakunya manupulasi oleh pihak pentadbir. Ini dianggap kes penipuan? Kena buat rayuan dekat sape?

Anonymous said...

Inilah salah faham yang berlaku... Apabila kaedah kuliah digunakan. Ramai yang kata cukuplah sorang cikgu mengajar. Jadi, ada lebihan guru maka guru yang dua orang lagi mengajar di aliran perdana. Jika mengikut waran ada tiga orang guru BM, maka semasa kuliah, seorang gru mengajar yang lain kena berada dalam bilik kuliah. Membantu pelajar2 yang lemah dsb. Pengajaran itu dikenali sebagai pengajaran secara kolaboratif. Soalannya bila tutorial macama mana? Seorang guru buat tutorial untuk semua pelajar?

Tindakan tersebut dibuat oleh Pihak sekolah atau pihak PK Tg.6? Jika pihak sekolah sila bincang balik tentang kaedah pengurusan tingkatan enam dengan pihak PK Tg.6... Jika keputusan itu dibuat oleh PK Tg6 saya rasa ia perlu berbincang dengan JU PK.Tg.6 di neeri cg...

Anonymous said...

Terima kasih.Di sekolah saya PK T6 tidak diberi kewibawaan untuk membuat keputusan tentang hal ehwal guru T6. Daripada pengagihan tugas mengajar guru T6, penentuan pakej subjek pelajar, penentuan jadual waktu T6,pengagihan tugas kokurikulum guru T6, semuanya dibuat oleh PK dan GK aliran perdana dan pengetua yang memutuskan segala-galanya. Pernah kami cuba berbincang dengan PK T6 tentang masalah yang timbul, namun PK T6 tidak dapat menyelesaikannya kerana tidak mahu bertembung dengan pengetua. Mungkin kena minta bantuan JU PK T6 Negeri Perak. Telah cuba cari di Portal Rasmi JPN Perak tapi tak dapat. Bagaimana dapat menghubungi beliau?

MALEQUE SELAMAT on May 25, 2011 at 10:24 PM said...

Kami hampir menerima nasib yang sama. Mujurlah PK. Tg6 kami sangat tegas dalm hal ini. Memang sampai sekarang kami tidak sehaluan dengan PK Pentadbiran. Satu sekolah tahu situasi tersebut. Kami GAT6 bersepakat menyokong PK tg6 kami walaupun apa terjadi dan saya salah seorang peyokong kuat beliau. Dua kali kena panggil pengetua.. Alhamdulillah sehingga kini tiada guru yang mengajar Tg6 yang tercicir kecuali mereka yang sedang memegang jawatan PK... Itupun sebab dasar di BSM macam tu. Pencalonan guru akademik PK Tg6 yang buat (masa tu jawatannya penyelaras tg6)... Sebenarnya PK Tg6 kami adalah "JU" Penolong Kanan Tg6 Perak.. dalam negeri Peak cuma ada beberapa orang sahaja yang dipilih... Insya Allah pada 30 Jun ini kami akan menerima lawatan penanda aras pengurusan tingkatan 6 dari PPD Hulu Langat, Selangor... Jika berminat untuk menghubungi PK Tg6 kami.. sila hantar alamat email kepada saya.. Tq

MALEQUE SELAMAT on May 25, 2011 at 10:38 PM said...

Maaf, PK Tg.6 yang lama. Kini beliau masih mengajar di sekolah saya tetapi sebgai Guru Akademik DG48.. Oleh seba tingkatan 6 di sekolah saya kurang daripada 10 kelas, maka beliau terpaksa melepaskan jawatan PK Tg.6...

Anonymous said...

Guru yg mendapat surat pemangkuan T6 harus mengajar semula di T6. Ini berlaku di sekolah saya. Seorang guru Sejarah tidak lagi diminta untuk mengajar di Ting 6 sebaliknya diminta mengajar diarus perdana. Apabila mendapat surat pemangkuan tersebut beliau dikembalikan semula ke T6. Kini telah dpt surat pengesahan jawatan hakiki. Selalunya pemangkuan memakan masa antara 6 bula -1 tahun sebelum dihakikikan. Jelasnya pihak sekolah perlu akur dgn surat dr kementerian!

Anonymous said...

Setelah berunding dengan pihak pentadbir, sedikit perubahan telah dibuat. Saya yang memangku GAT6 kini diberi 8 waktu BM T6. Yang selebihnya 16 waktu mengajar kelas T4 dan T5. Yang masih tidak difahami ialah, mengikut waran T6, nisbah kelas:guru = 1: 2.3 kerana bil guru seharusnya bil kelas darab 2.3. Ini bermaksud bilangan waktu setiap GAT6 adalah antara 19 atau 20 waktu dalam seminggu. Dalam garis panduan pengurusan T6 berbentuk power point yang menyatakan bil waktu 16 - 24 waktu untuk GAT6 mungkin perlu diperbetulkan menjadi 16 - 20 waktu untuk mengelakkan kekeliruan. Terima kasih atas sokongan padu semua cikgu terutamanya cikgu
Maleque yang sudi bengkongsi pengalaman. Selamat bercuti cikgu-cikgu kalian.

Anonymous said...

maaf, berkongsi pengalaman...

Anonymous said...

Adakah guru kanan matapelajaran juga akan dinaikkan pangkat seperti guru penolong kanan?

LilYLiZ@ on October 11, 2011 at 7:56 PM said...

nak tanya...macam mana nak lari dari perjawatan tingkatan 6 ni? boleh mohon jadi guru biasa ker dan tak payah terikat dengan sistem tingkatan 6?

Anonymous said...

Sinсe the admin оf this web pаge
is woгking, nο unceгtainty very shortly it will bе wеll-knoωn, due to its quality contеnts.


my рage - hcg injections

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template