The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Monday, May 9, 2011

PENDAFTARAN PRA-U SECARA ONLINE?

Monday, May 9, 2011
Bookmark and Share
Kata orang kalau tak pandai jangan memandai-mandai. Tapi kekadang sikap memandai-mandai menjadikan akhirnya kita pandai. Tapi apa yang perlu kita kena tahu limitasi yang perlu disempadani jika kita terpaksa memandai-mandai.

Menggunakan kaedah pendaftaran secara online sebenarnya timbul secara "memandai-mandai". Entah-entah kat Malaysia, hanya di SMK Khir Johari Tg.Malim sahaja yang buat pendafataran pelajar baru pra-u secara online. Online bermaksud, pendaftaran menggunakan borang online kemudian "submit" borang tersebut ke server google dan dalam beberapa saat sahaja nama yang didaftarkan itu dapat dilihat melalui paparan spreadsheet (excel).

Kebaikan pendaftaran sebegini, maklumat pendaftaran tersebut boleh dimuat turun secara softcopy. Tentunya ia amat berguna kepada guru kelas atau sesiapa sahaja yang memerlukan data tersebut.

Selain daripada itu, apabila maklumat pendaftaran tersebut dipaparkan di mana-mana aplikasi internet seperti dalam blog dan facebook, para pelajar yang mendaftar boleh semak maklumat yang dipaparkan. Jika ada kesilapan ia boleh dimaklumkan kepada pihak admin agar urusan pembetulan dapat dilaksanakan.

Oleh sebab proses key-in dilakukan oleh urusetia pendaftaran, para pelajar hanya perlu duduk di tempat masing-masing sambil mengisi borang. Selepas itu borang yang telah siap hanya perlu dihantar kepada pihak urusetia. Selebihnya pihak urusetia yang akan memasukkan data tersebut secara online. Para pelajar hanya perlu melihat paparan di layar untuk melihat nama mereka dipaparkan bagi yang telah berjaya didaftarkan. Justeru, kesesakan di kaunter pendaftaraan akan dapat diminumkan.

Sewaktu proses pendafataran sedang dilakukan, aktiviti lain seperti taklimat boleh dilakukan mengikut jadual. Hal ini kerana para pelajar berada di tempat duduk masing-masing dan tentunya boleh mengikuti sesi taklimat tanpa ada halangan komunikasi yang besar.

Cadangan penambahbaikan sewaktu hari pendaftaran;

  1. Helaian borang pendaftaran yang mesra dengan borang online perlu disediakan seawal pelajar pertama mendaftarkan diri. Oleh itu AJK pendaftaran tidak terbeban dengan lambakan borang apabila para pelajar telah mulai membanjiri ruang pendaftaran.
  2. Perlukan lebih ramai petugas yang bersedia dengan laptop atau netbook di kauter pendaftaran. Mungkin seramai sepuluh orang. Hal ini kerana ada masalah yang mungkin akan timbul semasa proses key-in data yang akan menyebabkan proses pendaftaran tergendala.
  3. Sejurus pihak KPM menetapkan hari pendaftaran, pihak sekolah perlu memaklumkan secepat mungkin dalam web atau blog tentang jumlah bayaran yang dikenakan sewaktu hari pendaftaran. Oleh itu jumlah wang yang secukupnya akan dibawa oleh pelajar yang mendaftarkan diri.
  4. Hanya urusan pendafataran butiran peribadi dan keluarga sahaja yang dilakukan oleh para petugas. Urusan pembayaran yuran perlu dilakukan di kaunter yang berasingan.
Secara umumnya saya sangat berpuas hati dengan perjalanan pendaftaran secara online ni... Semoga ia akan terus dilaksanakan di masa-masa akan datang.

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template