Dah banyak kali gak aku menjadi staf sambilan di sebuah IPTA. Tak lah banyak ilmu, cuma yang pasti aku ada banyak pengalaman sebagai pendidik. Sejak 1990 sehingga kini, hampir mencecah 21 tahun. Tempoh selama dua dekad bergelumang dalam dunia pendidikan, banyak juga pengalaman pahit manis menjadi pendidik yang aku timba. Cuma, aku tak boleh cakap banyak sebab selama dua dekad itu aku hanya berada di dua buah sekolah sahaja. Namun, apabila diperlukan, aku tidak teragak-agak untuk berkongsi pengalaman dengan generasi muda yang selayaknya aku anggap anak-anak itu.
Aku mulai memberanikan diri mengajar "budak U" pada tahun 2005. Hanya tiga semester sahaja aku tidak dipanggil sejak tahun itu. Beberapa subjek pernah aku ajar. Pedagogi antara yang paling lama. Selainnya, falsafah, pemikiran kritis serta yang terkini pengajaran, teknologi dan penaksiran. Ia lebih berkaitan dengan pengajaran makro dan mikro.
Agak uniknya, sampai sekarang aku tak pasti mana yang betul tentang kod mata pelajaran yang aku ajar tu... Kalau ikut mata penyelaras program EDU ****, tapi bila surat tawaran sampai lain pulak. Apabila hantar borang tuntutan, pihak bendahari kata aku silap letak kod mata pelajaran. Bila aku kata kodnya bukan KPD ****, pihak bendahari konfius. Sebab itu lah agaknya sampai sekarang (dah dua bulan) aku masih tak dapat tuntutan tersebut. Entahlah... Harap-harap masalah itu akan dapat diselesaikan sebelum aku hantar tuntutan yang dua bulan lagi...
Cuma sepanjang aku menjadi part-timer ni.. inilah kali pertama aku terlibat dalam subjek yang paling lama contact hoursnya... enam jam seminggu. Jadi, aku mengambil tanggungjawab yang sangat berat dalam hal ini. Kalau depa tak faham-faham juga macam mana nak buat RPH, membina objektif serta mengaplikasi kaedah pengajaran dalam praktikum nanti.. aku terasa sangat bersalah... Namun antara banyak-banyak kumpulan yang aku ajar, kumpulan inilah yang hampir 90% nama pelajarnya aku hafal. Hehee.. bukan ramai manapun.. cuma 34 orang.

2 PANDANGAN:
dulu KPD sbb saya pernah ambik paper tu ngan en malik.. hehehe
Den, lain lah.. masa tu paper KPD 2053 Pedagogi Pendidikan... sekarang ni ada banyak gak kursus yang menggunakan kod KPD... Tapi masalahnya macam di luar pengetahuan pihak pendaftaran.. lantikan masih guna kod lama... huhuhu...
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...