KUALA LUMPUR: Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) melaksanakan kempen penyelenggaraan percuma khusus untuk 32,100 unit model kenderaan Nissan Grand Livina yang dikeluarkan dari Disember 2007 hingga Jun 2010.
Selain model Grand Livina, kempen itu juga membabitkan 9,300 unit Nissan Latio dan Latio Sport yang dikeluarkan dari Mei 2007 hingga Jun 2010 di Malaysia.
Kempen penyelenggaraan itu diadakan susulan terdapatnya menerima beberapa kes di mana meter minyak tidak menunjukkan bacaan rendah yang tepat mengenai jumlah sebenar kandungan bahan bakar.
Selepas disiasat, didapati masalah itu mungkin disebabkan perpindahan elektro kimia ke atas kad penahan di dalam pengukur bahan api yang terjejas akibat kombinasi aspek persekitaran seperti variasi bahan api.
Pada masa sama, bagi mengelakkan ketidakselesaan, ETCM menasihatkan semua pemilik kenderaan Nissan yang terjejas memastikan tahap minyak berada pada separuh tangki atau lebih sementara menunggu penggantian alat ganti dibuat.
Pengarah Eksekutifnya, Datuk Dr Ang Bon Beng, berkata pelaksanaan kempen penyelenggaraan itu membuktikan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan syarikat.
“Kami mengadakan kempen servis penyelenggaraan ini yang meliputi semua kenderaan yang dihasilkan dalam tempoh disebutkan itu, walaupun bukan semua kenderaan itu terjejas.
“Kos buruh dan penggantian alat ganti bagi kempen ini adalah percuma dan semua proses tersebut tidak akan mengambil masa lebih dari satu jam,” katanya.
Pemilik kenderaan Nissan yang terjejas boleh menghubungi Tan Chong Express Auto Service Centre terdekat atau talian khas perkhidmatan pelanggan di talian bebas tol 1800-88-3838 untuk temu janji penyelenggaraan.
Ia juga boleh dibuat semasa pengguna membuat penyelenggaraan berjadual
Oleh Shahrizan Salian
shahrizan@bharian.com.my
2011/04/16
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Kotlah bila beli keter import nih bebas daripada kecacatan mekanikal. Rupanya ada saja masalahnya. Tak kira brand kereta. Dari jenama yang terkenal sehinggalah kepada kereta nasional.

0 PANDANGAN:
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...