The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Thursday, June 17, 2010

Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz

Thursday, June 17, 2010
Bookmark and Share
Jun 17, 10 9:47am

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah menceraikan isteri kedua baginda, Azrinaz Mazhar Hakim, bekas wartawan TV3 dengan talak satu berkuat-kuasa petang semalam.

Pengumuman rasmi dibuat Istana Brunei, 8 malam semalam menerusi laman berita nasional Brunei iaitu http://www.rtbnews.rtb.gov.bn.
Perceraian itu diumumkan Pengerusi Majlis Adat Istiadat Pengiran Alaudin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar yang disiarkan di laman web berkenaan.

“Baginda atas sebab yang khas yang diperuntukkan oleh hukum syarak menjatuhkan talak satu ke atas Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar pada petang 16 Jun 2010,” katanya dipetik dari laman itu.

Mengikut pengumuman sama, semua gelaran diraja ditarik balik.

Azrinaz Mazhar diijab kabul dengan Sultan Brunei pada satu majlis tertutup di Kuala Lumpur pada 2005 yang hanya dihadiri keluarga dan saudara terdekat kedua-dua pihak.

Berita perkahwinan mereka menjadi tumpuan dunia dan menjadi antara maklumat carian internet paling pupolar ketika itu.

Mereka mempunyai seorang putera dan puteri, yang masing-masing berusia empat tahun dan dua tahun.

Lebih dikenali dengan panggilan Naz, beliau mengambil jurusan Diploma Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) pada 1997 dan bekerja sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran TV3 pada 1999.

Beliau pernah dipilih sebagai Wartawan Harapan TV3 pada 2000, selain menerima Anugerah Alumni MIIM dua tahun kemudian

--------------------
Malam tadi sewaktu aku menunggu perlawanan bola sepak antara Sepanyol dan Switzerlad berlangsung, aku terbaca dalam sebuah laman web berkaitan berita Sultan Brunei (SB) menceraikan isteri keduanya iaitu Azrinaz Mazhar Hakim. Aku sempat melihat dan mendengar sendiri video klip yang dipaparkan dalam laman tersebut. Selepas itu, beberapa perkara berlegar dalam mindaku yang jahil dalam dunia kesultanan dan keraja-rajaan ini... apatah lagi apabila ia menjangkau sempadan negara orang meskipun daripada rumpun yang sama.

Menyelami kehidupan sebagai bekas wartawan televisyen, Azrinaz berkemungkinan mengalami tekanan maha hebat lantaran hidup serta melalui kehidupan di istana atau secara lebih tepat menjadi isteri kepada seorang sultan. Kehidupan yang sentiasa meriah di kelilingi rakan-rakan sealiran tentunya amat mengasyikkan. Itulah realiti dunia hidup seorang wartawan dan dunia penyiaran. Jadi apabila berada dalam sebuah singahsana diraja yang penuh dengan peraturan serta menjadi role-model kepada rakyat jelata tentulah suatu yang sangat berbeza situasinya. Justeru ia menjadi salah satu faktor ketidakserasian seliau untuk terus melalui kehidupan sebagai wanita nombor dua di negara yang kaya dengan minyak itu.

Cuma, terfikir dalam benakku, apakah ayat-ayat yang indah sewaktu SB melamar Azrinaz kira-kira empat tahun yang lalu? Sehingga Azrinaz cair dan terus melupakan dunia penyiaran tanah air dan memilih untuk menjadi penyeri di singahsana SB? Atau Azrinaz tercair dengan kekayaan serta kemahsyuran SB? Kalau tidak silap hitunganku, ini adalah kes kedua selepas Mazuin Hamzah yang dinikahi oleh adinda SB yang juga berakhir dengan perpisahan.

Mungkin seberat-berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul... justeru perpisahan adalah jalan yang terbaik untuk menghadapi masa hadapan yang lebih panjang. Tetapi, kenapa pula semua gelaran yang pernah diberi (dengan ikhlas serta tulus suci kepada isteri) mesti ditarik balik? Teringat pula waadat antara Sang Sepurba dengan Demang Lebar Daun sewaktu Sang Sepurba (Raja) mahu berkahwin dengan Wan Sendari (anak Demang Lebar Daun). Antara lain katanya, ... jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya agar jangan difadhihatkan (cela atau keji) dengan kata-kata yang jahat. Oleh itu pada pandangan aku, dengan menarik balik semua gelaran boleh didefinisikan sebagai "mengaibkan". Ia memberi konotasi terlalu hinanya isteri baginda sehingga boleh dianggap sebagai "perempuan yang tidak tahu diuntung... orang beri madu dibalas dengan tuba dan sebagainya.

Atau begitukah resmi kerajaan Brunei. Jika sesiapa sahaja bukan warga Brunei yang berkahwin dengan keluarga diraja Brunei dan, jika berlaku perceraian maka semua gelaran diraja atau apa-apa juga pangkat kebesaran akan ditarik balik.

Melihat di sebalik episod ini, mungkinkan kah Sultan Brunei akan bercadang untuk menikahi wanita-wanita lain dari Malaysia untuk menggantikan Azrinaz pada suatu masa nanti? Atau, sesiapa sahaja daripada kalangan kerabat SB akan jatuh cinta dan bercadang berkahwin dengan wanita kebanyakan di Malaysia? Jawapannya tentu saja aku tidak tahu... Kerana, jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah S.W.T.

Namun, kepada rakyat Malaysia tentunya akan melihat peristiwa ini sebagai satu pengajaran besar kepada mereka.

Pertama, usahlah terfikir bahawa kekayaan adalah segala-galanya. Mungkin betul wang boleh membeli semua benda, tetapi wang tidak boleh membeli kebahagiaan. Kita boleh membeli tilam yang paling empuk dengan harapan kita dapat tidur lena di atasnya, tetapi tidur lena buka mesti di atas tilam yang empuk. Hatta golongan gelandangan yang tinggal di kaki-kaki lima kekadang tidurnya lebih lena berbanding kita yang cuba membeli segala keperluan tidur dengan nilai ribuan ringgit untuk mendapat tidur yang lena...

Kedua, sebaiknya jika sudah jatuh cinta dan tidak boleh tidak kena berkahwin juga... wanita Malaysia mesti diberitahu atau mendapat maklumat yang jelas tentang haknya jika berlaku perceraian. Dengan itu sebelum keputusan diambil wanita tersebut sudah mempunyai maklumat serta justifikasi yang cukup. Kes-kes tergula-gula dengan pujuk rayu dalam kalangan wanita Malaysia bukan perkara baru. Berapa ramai yang telah sampai ke negara asing lantaran cintanya sehingga khirnya mereka menjadi mangsa penipuan warga asing tersebut. barulah timbul penyesalan dan terpaksalah ditangani dengan saluran diplomatik dan sebagainya...

Ketiga, sejujurnya aku tidak pernah melihat intra-regional marriage ni satu kesilapan yang serius. Jika syarat rukun perkahwinan serta sekufu telah diambil kira rasanya ia tidak perlu dihalang. Namun, jika timbul perceraian kemudiannya tentunya tidak sama dengan perkahwinan antara penduduk tenpatan. Jika ia melibatkan keluarga diraja, mungkin berbeza... tetapi jika ia melibatkan golongan kebanyakan, bagaimana? Kadang-kadang ada yang berpatah arang berkerat rotan dengan sanak saudara di Malaysia demi cintanya... alih-alih bila sampai di negara tersebut layanan serta kedudukan yang diterima tidak seperti yang dibayangkan sewaktu sedang asyik mahsyuk dalam dunia percintaan. Justeru, elemen rasional serta rasa kebertanggungjawaban itu mesti sentiasa didukung dalam perkiraan pihak suami yang akan membawa balik isteri dari negara asing untuk diletakkan sebagai isteri dalam keluarganya.

Tentunya ramai yang membuka mata dengan kes berprofil tinggi sebegini. Ternyata kekayaan bukan tukaran kepada nilai sebuah kebahagiaan. Justeru, sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin dengan lelaki warga asing, perlu diperhalusi segala-galanya agar tidak seumpama mengejar sebuah fatamorgana...

Facebook Comments

5 PANDANGAN:

Anonymous said...

untuk pengetahuan je la..bgi sye tu bukan tuk mengaibkn..kalau dah cerai..ikut protokol memang kena ambik balik..sebab die bukan keluarga diraja lagi..gelaran tu sbab die dh masuk keluarga diraja jadi mestila ade glearan..takkn nama org biase..kalau name tu masih ade sdgkn die tak bkait lagi & bukan keluarga diraja msti la kena amik balik.dh tkade kena mngena kn sbab tu dilucutkn 'Pengiran Isteri'.kalau ade title tu bermakna die masih isteri SB.

mcm kes manohara la nie..tapi ade lain sikit..hikhik yg sama manohara die org luar gak..org2 mlysie kte tak suke kn bile org luar msuk krabat kte?bile ade masalah, jiran kte pon ckp jgn lah kwin ngn org mlysie lgi...baliklah..bla bla supaya wrga2 jiran kte tak kwin ngn kerabat diraja kte..mcm2 kutukn kn kte bg kat manohara..at last die gak yg bslh..mcm tu gak lah andaiannye..kte tak tau..jd tak bole nak judge SB..

MALEQUE SELAMAT on June 17, 2010 at 6:52 PM said...

Hmm.. mungkin ada benarnya pendapat anda tu... Mungkin saya terlebih malaysia centric... Sekadar peringatan kepada yang ingin berkahwin ngan warga diraja mana2 negara... hahaha...

Guru on June 17, 2010 at 7:21 PM said...

saya setuju dengan cik anon punya komen di atas.

isu rumah tangga ni, selalunya dua-dua pihak ada salahnya. kita orang luar, hanya boleh membuat spekulasi sahaja.

Anonymous said...

Dua saja komen dari saya:
1. org tamak selalu rugi.
2. Di beri betis mahu peha.

Salam semua.

Anonymous said...

hurmmmm...hal dalam rumah..kita xtahuu

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template