Dalam saat sebegini, aku teringat lagi kata-kata seorang rakan sedorm sewaktu menuntut di sebuah sekolah di pekan SB.
"Kalau awal pagi dah spoil, satu hari spoil" Kata rakanku, R. Rakanku itu dalam kategori OKU. Dia tidak boleh berdiri dengan tegak kerana sebelah kakinya lebih kecil saiznya berbanding yang sebelah lagi. Pernah satu ketika sewaktu pulang dari dewan makan, dia jatuh terjelepuk dalam longkang! Kami panik seketika. Namun, semangatnya kekadang lebih kental daripada rakan-rakan lain yang sempurna fizikal. Itu yang aku sangat kagum. Walaupun dia tidak dapat masuk ke universiti melalui percubaan pertama STPM namun semangatnya tidak pernah luntur untuk menjejakkan kaki ke menara gading. Akhirnya beliau berjaya juga mengejar impiannya itu selepas beberapa tahun bekerja.
Seperti yang aku telah rancang sejak hari Selasa, aku bercadang untuk menghantar kereta ke pusat servis Nissan di Jalan Ipoh pada hari Jumaat. Bukan sesuka nak pilih hari Jummat! Sebab, itu adalah permulaan hari bekerja bagi kebanyakan pusat servis Nissan selepas bercuti CNY. Kalau boleh aku sememangnya nak mengelak ke mana-mana pada hari Jumaat memandangkan kewajipan solat Jumaat sedia menanti. Justeru, aku kena plan elok-elok supaya sekitar jam 1.00 petang aku sudah berada di mana-mana masjid yang terhampir sepanjang perjalanan pulang ke TM.
Aku keluar rumah sekitar 7.05 pagi. Selepas hantar anak-anak kat nursery dan SKTM, aku terus menghala ke lebuh raya. Sedang menghampiri jejambat menghala ke tol dari arah jalan lama TM ke KL, aku baru perasan aku tak bawak sesen pun. Mulanya tadi nak ke Maybank dulu untuk cucuk dut dan kalau queue tak panjang nak reload kad Touch & Go skali.
"Tak apalah nanti sampai Restoran Jejantas, Sg.Buluh keluar duit kat out-let ATM di situ... Hampir sejam perjalanan, aku sampai ke Restoran Jejantas. Sedang aku menapak meninggalkan mesin ATM dan menuju ke kereta...
"Ya Allah... Buku servis kereta tertinggal kat rumah!!!" Seperti nak terhenti denyut jantungku seketika.
Setahu aku, memang tak boleh datang ke pusat servis kalau tak bawa buku. Macam mana dia tahu kita memang hantar sebelum ini kepada pusat servis atau autorised dealer yang sah! Aku cuba menelefon pusat servis Jalan Ipoh. Nak bertanya boleh atau tidak datang tanpa buku servis, malangnya tiada yang menjawabnya.
Pilihan yang aku ada hanyalah satu. Balik semula ke TM ambil buku servis dan balik semula ke Jalan Ipoh. Tetapi jarak yang aku perlu tempuh sehala mencecah 60 km! Aku tak boleh menunda ke hari sabtu sebab aku dah janji dengan anak aku akan menghadiri mesyuarat agung PIBG. Justeru, aku terus menghala ke lebuh raya selatan dan exit di Mutiara Damansara. Masuk semula ke lebuh raya dan menuju semula ke TM.
Sepanjang perjalanan ke TM, entah berapa kali aku menepuk dahi atas kedunguanku itu. Disebabkan nak tengok alamat pusat servis dan nak set lokasi kat GPS lah menyebabkan buku tersebut tertinggal di ruang tamu. Itu pun aku tak dapat kedudukan yang tepat di mana lokasi pusat servis tersebut. Cuma sekadar menemui Kompleks Mutiara.
Aku sampai rumah sekitar 9.15 pagi. Sejurus mengambil buku servis aku menghala semula ke Jalan Ipoh. Perjalanan ke Jalan Ipoh Alhamdulillah berlangsung dengan begitu lancar sekali. malah aku rasa lebih mudah berbanding kalau aku ke pusat servis di Batu Caves. Sekitar 10.23 pagi kereta aku telah masuk dalam lokasi pusat servis tersebut. Aku pun ceritalah kepada seorang pegawai kaunter tentang aku terpaksa patah semula ke TM kerana tertinggal buku servis.
"Tak payah guna buku servis pun ok... Kami ada rekod.." Macam nak putus lagi nafasku mendengar penjelasan beliau itu!
"Kenapa saya telefon, sini tak angkat?" Aku terkejut betul dengan maklumat tersebut.
"Bukul berapa abang telefon?" Soalnya lagi.
"Pukul 8.07 pagi.." Jawabku.
"Pada masa tu hanya ada sorang sahaja teknisyen yang bertugas, tak dapat nak jawab lah tu..." Ulasan atau alasan aku tak pasti...
Merujuk kepada info pada digital monitor yang tersangkut pada dinding ruang menunggu keretaku siap dalam lingkungan pukul 3.30 petang!
"Hah... di mana pulak nak solat Jumaat nih..!"
Maklumat yang aku terima daripada En.Saiful, pegawai kaunter Pusat Servis Nissan menyatakan jarak ke masjid tidaklah jauh dan boleh menggunakan bas untuk ke sana.
"Jalan kaki boleh tak?" Bukan senang nak naik bas kat KL nih. Sejak belajar kat UM dulu, aku tak pernah naikbas kat KL. Kalau dekat jalan kaki jer lah...
"Jauh bang..."
Macam-macam yang aku fikirkan untuk menunaikan solat Jumaat. nak guna "ticket" musaffir memang tak boleh. Jarak TM ke Jalan Ipoh tak sampai 2 marhalah (lebih kurang 90 km sehala) dan kalaupun nak musaffir, kena bertolak sebelum subuh... Bila yang pertama tak boleh, dengan sendirinya yang kedua juga turut tidak boleh!
Akhirnya menjelang 12.45 tengah hari, aku memberanikan diri untuk naik bas. Jenuh juga bertanya bas yang mana, berhenti kat mana... Seorang kakak ( nampak lebih berusia daripad aku, hehehe...) yang sama-sama menunggu basmemberitahuku mana-mana bas yang lalu boleh naik... Aku pun memberanikan diri menaiki sebuah bas.... Timbul idea... untuk lebih mudah turun nanti, aku minta tolong kat konduktor bas turunkan aku berdekatan dengan masjid... Alhamdulillah untuk fasa pertama (pergi ke masjid beres..)
Balik semula ke pusat servis Nissan pulak satu bab. Aku terpaksa menyeberang jalan yang sesak dengan kenderaan. Jejantas, tak nampak pun... Akhirnya aku mencari zebra lane untuk melintas... Dengan rasa teragak-agak aku menahan sebuah bas. Sebelum naik lebih baik aku bertanya dulu kat drebar. Manalah tau salah destinasi plak... satu KL pulak aku kena tawaf! Huhu.. Selepas memastikan arah destinasi yang betul akupun duduk lah...
"Encik bayar tiket" Kata seorang pemuda yang deduk di sebelah aku...
"Kat mana?" Hehe.. aku terkena betul hari ini.
"Tu... kat mesin depan tu..." Pemuda tersebut menunjukkan sebuah alat yang terletak di sebelah drebar tersebut.
Aku pun bangun memasukkan wang kertas RM1 kat lubang pada bahagian atas alat tersebut. Tidak lama kemudian pemuda tersebut meminta aku mengambil tiket yang dihulurkan oleh drebar bas tersebut... Adusss... malu pun ada dibuatnya... Paling malang bila nak turun... Jenuh aku mencari punat loceng untuk membolehkan bas berhenti... Sekali lagi pemuda itu menunjukkan punat tersebut kat tiang alumunium. Oleh sebab aku lewat menekan punat tersebut, aku terpaksa menapak agak jauh dari pusat servis Nissan kerana terlajak!
Inilah agaknya yang orang ada sebut. Ada beberapa hari "malang" dalam hidup kita... Mungkin hari ini adalah tersebut bagi aku... Wallahu 'Alam...

4 PANDANGAN:
boleh bygkan. susah nak bawa diri kadang2.yg penting, kalau kita ada kat tmpt tu dan kena peristiwa memalukan, ingat dlm hati, alah, bukan aku sorang yg jadi mcm ni. barulah hati lega.
x ada apa yang nak di malukan.. orang first time naik bas mestilah tak tau.. ha.. yang malangnya biler tertinggal barang yang penting.. org kata perjalanan jauh x elok patah belakang..
Hahaha.. sebenarnya ada lagi satu peristiwa yg aku omit.. Lagi malu nak cerita... Dalam perjalanan ke masjid aku terpaksa duduk kat sebelah Mat Salleh... Punyalah "teruk " slang mamat tu, menyebabkan aku mintak dia ulang banyak kali... Rupanya dia datang dari Liverpool beb!
"You know Liverpool..?" Tanya dia dengan slang yg sangat tok-tok..
"Sorry.."
"L-i-v-e-r-p-o-o-l" Sepatah-sepatah omputih tu eja kat aku..
"Ya Allah, Liverpool ke..!!!" Dalam hati aku macam menjerit...... See More
"Of course i'm know... The most popular football club in the wold..." Jawab aku.. Aku angguk-angguk sampai dia senyum..
Yang itu kira ok lah... cuma yg kelakar..
"How far Batt Caves from here..?" Yang ini kalau tak silap tiga kali aku mintak ulang... Kahkahkah... rupanya dia nak tanya pasal Batu Caves!
Ternyata dia tanya orang yang salah... Udahlah aku ni buta jarak! Kalau dari TM ke, Rawang ke aku boleh lah taram! In dari Jalan Ipoh!
"I'm sorry sir, i'm not very sure how far batu Caves from here.." Hehehe... mesti omputih tu musykil habis... dalam hati nak kata..
"Sorry sir, i'm not Malaysian, so that i'm don't know where the batu Caves is located.." Tapi tak sampai hati plak..
bole je..kata i'm not malaysian...cakapla slang indon ke bangla ke...
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...