Sejak kebelakangan ni banyak betul berita-berita yang gempak-gempak. Hampir dalam semua bidang ada sahaja wakilnya. Cuma, aku tak berminat nak cerita dalam bidang-bidang yang lain. Oleh sebab aku berada dalam dunia pendidikan, lebih baik aku bercakap tentang dunia yang aku ceburi sejak hampir 20 tahun yang lalu.
Aku tak pasti apakah asas kepada apa yang aku akan peratakan ni. Kalau ekonomi kita semakin tenat, kata pak-pak menteri ekonomi kita sedang berkembang ke arah trend pemulihan. Tapi realiti yang berlaku pada bidang yang dahulunya cukup dijaga seperti menatang minyak yang penuh kini kelihatannya kian diabaikan dan semakin menampakkan trend yang sangat negatif.
Bagi mereka yang ada anak di asrama, tentunya telah maklum tentang berita pengurangan bilangan hari subsidi makan di asrama daripada 250 hari sebelum ini menjadi hanya 200 hari. Kalau zaman aku sekolah dulu, bilangan hari bersubsidi sebanyak 280 hari. Ertinya kalau aku tak balik kampung setiap hujung minggu makan tetap ada. Tapi sejak aku ada anak di asrama tiga tahun lalu, aku terasa pelik benar sebab selang dua minggu dah telefon kata nak balik asrama. Ini bukan kes balik sunat dan harus, tetapi balik wajib. Dan akan datang ini aku kena bersedia untuk mengambil anak di asrama setiap hujung minggu.
Menurut seorang PK HEM di mana anak aku berada, subsidi kerajaan untuk setiap kepala ialah RM14. Ibu bapa hanya perlu bayar RM1 sahaja. Justeru sebulan bayaran mengikut bilangan hari persekolahan lah... Contoh kalau 20 hari RM20, dan subsidinya sebanyak RM280. Jadi kalau bilangan hari persekolahan (tinggal di asrama) sebanyak 280 hari setahun, sedangkan subsidi makan hanya untuk 200 hari, maka ibu bapa kena bayar sekitar RM1200 setahun bagi menampung bilangan hari di asrama yang tidak bersubsidi sebanyak 80 hari.
Itu kalau seorang anak di asrama. Bayangkan kalau ada dua orang (Rm2,400), tiga orang (RM3,600) dan... dan... dan... Jadi pilihan yang ada bagi ibu bapa yang kurang berkemampuan ialah meminta anak-anak balik ke rumah setiap hujung minggu. Itupun kalau dekat dan semua anak-anak tinggal dalam sebuah sekolah berasrama yang sama. Hahaha... buleh ker.. ada tiga orang anak dalam sebuah asrama? Adalah kad-dang.. kad-dang... Realitinya, seorqang di utara... seorang di selatan... seorang di timur... Macam mana nak ambik setiap minggu? Kena tiga buah kereta bergerak ke destinasi yang berlainan.
Pilhan lain yang ada... naik kenderaan awam. Kereta api dan bas. Kalau orang kaya, bolehlah bagi anak tiket kapal terbang... Pelbagai kecurigaan melanda hati dan fikiran ibu bapa. Bas berlanggar... kereta api tergelincir... dan macam-macam lagi... Justeru ada yang memberi izin si anak menginap di rumah kawan-kawan atau "ibu bapa angkat"...
Hal tersebut sebenarnya bukan penyelesai masalah. Tapi mungkin membuka pula kepada masalah yang lain. Sedia dimaklumi bahawa pengaruh rakan sebaya sangat kuat. Kalau anak-anak kita punyai jati diri yang kuat, mungkin kurang terkesan dek pengaruh rakan-rakan sebaya yang jahat. Kalau tidak? Lama kelamaan, bila ibu bapa nak ambil pun mereka tak mahu balik. Lebih seronok bersama rakan-rakan... Maklumlah kadang-kadang dengan ibu bapa ni banyak sangat larangannya. Tetapi dengan kawan-kawan, semuanya ok!
Jadi, sudah tuntaskah pak-pak menteri kita berfikir sewaktu mengambil keputusan untuk melaksanakan titah perintah tersebut. Tiada opsyen lain kah yang lebih wajar diambil selain mengambil sebarang tindakan yang melibatkan masa hadapan anak-anak kita yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Fenomena ini tidak pernah berlaku pada masa silam. Kemana perginya pakej rangsangan 67 billion? Tak kan lah nak bagi laluan Program Permata Negara sehingga menyebabkan bajet untuk sekolah di potong sehingga 40%? Aku tak nampak apa signifikannya program tersebut pada masa sekarang... dan lebih tidak relevan lagi terpaksa memotong keperluan anak-anak di sekolah sehingga boleh memperjudikan masa depan mereka.
-----------------
Jumaat (8 Januari) Sewaktu pulang dari sekolah tadi aku menelefon PK HEM sekolah anak aku nombor wahid bertanya sama ada minggu ini balik wajib susulan pelaksanaan 200 hari subsidi makan di asrama.
"Minggu ni tak balik..." Jelas ustaz tu.
"Oh.. habis tu sapa yang akan bayar duit makan anak saya tu, Ustaz?" Aku sedikit kehairanan.
"Tak apa dah tambah 40..." Jelasnya selamber bomberr...
"Hah.. RM40 untuk dua hari... sapa pulak yang dah tambah?" Aku bertambah-tambah kehairanan.
"Bukan, saya dapat maklumat dari PPD, peruntukan makan bersubsidi sudah ditambah 40 hari lagi menjadikannya sebanyak 240 hari.."
"Alhamdulillah.." Secara spontan ucapan itu terpacul dari bibirku...
"Minggu depan balik wajib.." Kata PK HEM tersebut sewaktu mengakhiri berbualan kami...
Jika beritga tersebut benar, ia tentunya satu berita yang sangat menggembirakan ibu bapa yang ada anak di asrama. Kata PK HEM sekolah anak aku tu, bilangan 40 hari tersebut sudah memadai untuk membolehkan anak-anak balik dua minggu sekali...
-----------
Mungkin inilah surat siaran yang dimaksudkan oleh PK HEM sekolah anak aku itu..
ps-Gambar di atas hanya hiasan.
3 PANDANGAN:
Kena amalkan dasar penjimatan. Kena buka kipas lepas jam 10 pagi. nanti ada yang kena tegur.Ikut jelah selagi boleh ikut, lagi tak berlawanan dengan syariat Islam
berjimat biar kena pada tempatnya...kalau tinggal di Slim, anak di asrama SMKA Kerian, setiap minggu terpaksa drive ambik anak...apa nak jimatnya. Kita insan biasa ni pun mampu berfikir kenapa perkara ini berlaku. Bak kata cikgu Maleque, bidang pendidikan ini dahulunya ditimang bak minyak yang penuh...bidang yang penting untuk membentuk modal insan...kenapa sekarang bajetnya dicantas begitu banyak...Ekonomi negara makin kronik agaknya...
salam ziarah.Sepatutnya pihak atsn memikirkn baik buruk sesuatu tndkn sblm melaksanakn.Knp harus diperjudikn masa depan anak2.Bg sy yg ada 3 org ank duduk asrama lain tmpt ckp memeningkn walau blk 2 mngu sekali.Kita ziarah mereka selalu takpa,tp nak ambk dn hntr smla itu yg jd mslh.Dahlah kerja sekolah semakin menimbun.Di mana prginya slogan 1M'sia rkyt didhlukn,pncapaian diutamakn?
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...