The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Saturday, October 31, 2009

SUDAH BERAKHIRKAH HUBUNGAN KITA?

Saturday, October 31, 2009
Bookmark and Share
Aku "menemuinya" pada 10 Jun 2006. Secara tidak disangka-sangka aku memenangi satu pertandingan laman web di UPSI. Jadi, hadiahnya berupa sebuah laptop. Tentunya sesiapa aka teruja dengan hadiah sebegitu. Namun, sudah menjadi rezeki aku dan sekolah, akhirnya laptop tersebut jatuh ke tangan aku.
Walaupun hakikatnya hadah tersebut adalah atas nama sekolah, tapi sejak itu akulah orang yang menjaga dan menyimpan laptop tersebut. Bila aku ada duit lebih sikit, aku beli aksesori laptop tersebut tanpa memaklumkannya kepada pihak sekolah. Sehinggakan aku upgrade RAM pun aku guna duit sendiri.
Petang semalam, sewaktu aku meggnakan laptop tersebut aku terhidu bau hangit. Cepat-cepat aku tanggalkan wireless broadband yang melekat pada USB port. Sebab aku terhidu bau hangit itu dari port USB tersebut. Oleh sebab masa tu dekat nak balik, aku terus je masukkan dalam beg dan terus balik.
Pagi tadi, aku dapati lampu pada wireless broadband aku tak menyala! Kemudian, external mouse juga tidak mengeluarkan cahaya merah macam biasa.
"Ah sudah, meragam lagi ke modem aku ni!" Kerisauan aku mula berdetik di hati.
"Tak kanlah... modem ni aku baru ganti!"
Setelah mencuba beberapa kali namun tuidak berjaya ,aka akupun menelefon rakan sebilik (Bilik Pengurusan Tingkatan Enam) untuk meminjam laptopnya yang masih belum keluar dari begnya dan terletak cantik di atas mejanya. Setelah mendapat keizinannya, aku pun memasang wireless broadband aku tu...
"Alhamdulillah, ertinya modem aku oklah tu.." Kesimpulan yang aku buat setelah lampu warna hijau menyala pada modem tersebut.
Ertinya, kedua-dua USB port pada laptop itu sudah rosak.
"Patutlah optical mouse dan hub tak berfungsi..."
Selepas solat Jumaat, apa lagi.. aku mencari BHL (Bennedict H.Liew, tuan punya kedai komputer tersohor di TM) lah...
"USB port ni tak boleh simply replace jer... Dia sekali dengan mainboard.." Jelasnya. Aku hanya mengiakan sahaja... Bab laptop, aku memang bengap sikit. Kalau PC Insya Allah aku boleh lah sikit-sikit.
" Saya cuba satu cari lain.. Guna PCMA slot card." Sekali lagi aku mengangguk tanda setuju. Tetapi bila PCMA slot card tu di gunakan, sekali lagi mouse terhenti dan touch pad juga tidak bergerak! Kalau dikirakan, PCMA slot card ada empat USB point.. Tetapi apa kan daya rupanya ia turut tidak berfungsi.
"So what's your idea Ben?" Aku cuba memecah kebuntuan yang aku sedang hadapi.
"The only choice that you have is, replace your laptop mainboard. But not highly recommended because maybe some part in your laptop allready damage since the the USB gone..." Ben cuba menyatakan sesuatu yang pasti tidak menyeronokkan pelanggan tetapnya seperti aku.
"It's will cost you around RM800... and plus another hundred ringgit ... and complete installation will reached more or less RM1k!" Ah! aku macam nak pengsan!
Sebelum beredar meninggal BHL, aku sempat juga membelek beberapa buah laptop yang ada kat showcase di kedai tersebut. Haha... Kalau processor Core Duo, sekitar RM1800. Tapi kalau processor Two Core Duo... cecah RM2.8k! Termenug sekejap aku dibuatnya.
"Manak aku nak korek duit nih!"
Satu persoalan berlegar-legar dalam mindaku. Sampai di sinikah hubungan aku dengan laptop percuma tu? Banyak juga jasanya.
Catatan: Gambar diambil semasa aku menerima laptop tersebut daripada En.Zul, pegawai Jaring Communication Sdn.Bhd. Di belakang, Tn.Hj.Nazri, Pengarah Pusat ICT, UPSI dan kat sebelah kiri tu... Emak mertua angkat (Hehehe... macam mana tu?). Ok, aku clearkan... nanti ada cerita lain plak. Pn.Zakiah Muda tu, emak angkat isteri aku semasa beliau jadi pensyarah kat IPSI... Is't clear enough?

Facebook Comments

8 PANDANGAN:

ain fathihah fhm on October 31, 2009 at 2:17 AM said...

err..patah tumbuh hilang berganti

Shukri Mohd Ali on October 31, 2009 at 4:00 AM said...

aduhai cikgu...kalau mainboard dah 'kong'...alamatnya beli yang baru sajalah, walau pun yang lama itu ada nilai sentimentalnya =)

MALEQUE SELAMAT on October 31, 2009 at 7:32 AM said...

Adusss... Satu cadangan yang bernas, jitu dan mantop! Hehe... setakat ni boleh guna lagi. Tapi agaknya macam orang kena kanser kot... Tunggu merebak dan akhirnya seluruh sistem gagal berfungsi...

.: Si BungaKopi : . on November 4, 2009 at 8:28 PM said...

ha..masalah yg sama ngan kwn sy..dgrnya mainboard 'haus'. xtaula mcm mana tu..tp org ckp2..kalau mainboard..erm..beli baru la nmpaknya..
kira ok sbb status tuan yg bekerja n xkuar kos utk laptop itu..cm kawan sy ni..menangis x berlagu tiap2 malam gak la...student n beli dlu pakai duit sendiri..n baru lepas warranty je..huhu..
apapun..itu la dugaan namanya..baru meriah hidup.

MALEQUE SELAMAT on November 5, 2009 at 3:34 AM said...

Ada yang syorkan supaya, jangan guna laptop lebih dua jam.. Lebih kurang 2 jam, tutup lah... dan guna coolpad supaya tak panas...
Akhirnya, saya dah beli lain... Toshiba Satellite... Intel Core 2 Duo.. RAM 2GB DDR3.. 320 hard disk ... harap2 panjanglah usianya...Amin

Shukri Mohd Ali on November 6, 2009 at 1:28 AM said...

tengok model juga cikgu...saya rasa kalau jenis HQ dan Compaq tak perlu coolerpad. kalau acer, memang perlu.

tapi yang anehnya, kat sini, hampir semua orang buka laptop lebih dari 12 jam (termasuk saya!). hehe.

Amin...harap2 begitulah =)


bungakopi : bukan setakat menangis tak berlagu, tapi menangis sampai tak ada bunyi! huhu...

MALEQUE SELAMAT on November 6, 2009 at 5:23 AM said...

Apabila dah ramai yang guna laptop banyaklah yang belajar daripada pengalaman kan... Itu pasal tempoh penggunaan.... Ada yang kata pulak.. kalau nak panjangkan hayat battery, jangan guna laptop sewaktu dicharge...klau nak guna juga lapotop menggunakan kuasa elektrik, tanggalkan betterinya... Hahaha..

.: Si BungaKopi : . on November 11, 2009 at 10:29 PM said...

smoga kekal laptop toshiba tu..amiin~yer..sy pon xpakai bateri sbb dah charge..org kata..ikut je lah. x rugi kan

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template