The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Friday, October 30, 2009

BLOG TELAH MENEMUKAN KEMBALI RAKANKU YANG TERPUTUS HUBUNGAN SEJAK SEKIAN LAMA

Friday, October 30, 2009
Bookmark and Share
Hari ini adalah antara hari yang sangat indah dalam hidupku. Bukan sebab kenaikan pangkat atau naik gaji! Takkan lah hanya pangkat dan gaji sahaja yang mampu menggembirakan kita!
Rasanya semakin berbaloi aku menghadap pc setiap hari untuk mencatat pengalaman atau cerita lalu. Untung nasib kalau-kalau tulisan itu mendapat perhatian seseorang yang ada hubungan dengan hayat kita. Pertama, terlebih dahulu aku ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada admin, Pra Sekolah SK Taman Semarak yang berusaha menjejak seorang rakanku semasa di MPKTBR yang secara kebetulannya adalah anak murid kawanku itu semasa di Yayasan Anda Akademik, Kuala Lumpur. Melalui beliau akhirnya pada pukul 8.44 pagi tadi, rakanku itu menelefonku. Aku berbual dengan beliau sekitar 11'32".
Wah banyak betul perkembangan yang berlaku. Aku ingat keluargaku dah besar, rupanya dia lagi besar. Empat orang anak lelaki dan empat orang anak perempuan. Itupun isterinya baru-baru ini mengalami keguguran, kalau tidak sembilan! Tahniah. Antara-antara banyak perkara yang kami bualkan, ada cadangan nak buat reunoin bekas pelatih KPLI MPKTBR. Itu idea yang sangat bagus. Aku offer gak kalau nak jadikan blog aku sebagai port untuk reunion. Tapi kalau nak buat blog lain pun tak ada hal...
Sekitar 9.24 pagi, aku menerima pula panggilan dari rakan lama di SMK Kuala Penyu, Sabah. Kini tidak lagi menjadi cikgu. Bakatnya yang hebat berpidato mejadikan aset kepadanya untuk menceburi bidang politik sepenuh masa. Kini beliau bertugas di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Kota Kinabalu. Bergiat dalam politik di bahagian Beufort. Aku tak pasti apa jawatan beliau dalam UMNO, Sabah. Tetapi aku rasa ia berkaitan dengan pemuda UMNO lah.
Aku tak berminat bercakap tentang karier politiknya. Cuma apa yang lebih penting ialah bagaimana kami boleh berhubung kembali melalui blog. Aku sememangnya suka mencari apa-apa juga maklumat berkaitan dengan Kuala Penyu, Sabah. Tanpa disangka aku menemui seorang blogger di Kuala Penyu. Namanya ialah saudara Muzafar. Beliau sangat kenal dengan rakanku itu, lalu beliau meminta aku menghubunginya terlebih dahulu sebelum beliau memberikan nombor telefon rakanku itu.
Aku rasa melalui blog, lama-kelamaan akan bertambah lagi lah rakan-rakan lama yang aku dapat hubungi semula. Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang turut membantu...

Facebook Comments

3 PANDANGAN:

MaMa MoDeN on October 30, 2009 at 8:51 PM said...

salam cikgu,
bestkan cikgu dapat peluang jumpa kawan2 lama dgn kisah, nostalgia & pengalaman hidup masing2.

kalau buat reunion buatlah bsama keluarga, boleh saling kenal mengenal...

PRASEKOLAH SK TAMAN SEMARAK on October 30, 2009 at 9:25 PM said...

salam, kalau cikgu malek jumpa cikgu roslee tu sampaikan salam saya ye..

MALEQUE SELAMAT on October 31, 2009 at 12:58 AM said...

Kepada Mama Moden, Insya Allah seandainya hasrat tersebut menjadi kenyataan kami akan bawak seluruh keluarga masing-masing.
Kepada Admin Pra Sekolah SK Taman Semarak, juga Insya Allah akan saya sampaikan (Entah-entah Cg.Roslee dan jawab pun salam tu...)... Terima kasih semua!

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template