The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Wednesday, August 12, 2009

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia 12 Ogos 2009

Wednesday, August 12, 2009
Bookmark and Share

Untuk makluman, terdapat seramai 76 pesakit sedang dirawat di hospital dan 21 lagi dirawat di ICU. Daripada 21 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 12 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (10), obesiti (1) dan post-delivery (1). Seramai 86 orang telah didiscaj dari hospital semalam. Terdapat sejumlah 6 kematian yang dilaporkan.

Untuk makluman, 6 kematian adalah kematian yang berlaku terdahulu dan telah mendapat jangkitan influenza A(H1N1) di antara 6 – 9 Ogos 2009 dan dilaporkan pada 11 Ogos 2009 sebagai kes-kes kematian yang ada kaitan dengan jangkitan influenza A(H1N1). Empat (4) daripada kes kematian ini didapati mempunyai faktor risiko sama ada diabetes, hipertensi, penyakit jantung atau obes. Tarikh kematian sebenar 6 kes tersebut adalah seperti berikut, 7 Ogos(4 kematian), 9 Ogos(1 kematian) dan 10 Ogos(1 kematian). Maklumat ringkas kematian adalah seperti berikut:-

  1. Seorang lelaki berumur 60 tahun, mempunyai sejarah diabetes, hipertensi dan masalah jantung dimasukkan ke hospital pada 6/8/09 kerana demam dan batuk selama 3 hari. Swab tekak dan antiviral diberi pada 6/8/09. Beliau telah meninggal dunia pada 7/8/09 dan kematian disebabkan oleh severe pneumonia. Disahkan mendapat jangkitan influenza A(H1N1) pada 9/8/09.

  2. Seorang lelaki berumur 62 tahun, mempunyai sejarah diabetes, dimasukkan ke hospital pada 6/8/09 kerana demam selama 1 hari. Mendapatkan rawatan pada 6/8/09 di Hospital dan pemeriksaan mendapati pesakit kurus dan mengalami dehidrasi dan rawatan antiviral telah dimulakan. Sampel sapuan tekak telah diambil pada 7/8/09 dan meninggal dunia pada hari yang sama akibat daripada severe pneumonia dan kemungkinan menghidapi barah. Disahkan mendapat jangkitan influenza A(H1N1) pada 9/8/09.

  3. Seorang lelaki berumur 24 tahun, tiada sejarah dan risiko penyakit. Mula mendapat simptom demam, batuk dan sakit tekak pada 1/8/09 dan hanya mendapatkan rawatan pada 6/8/09 di Hospital dan terus dimasukkan ke wad kerana sesak nafas dan rawatan antiviral telah dimulakan. Sampel sapuan tekak telah diambil pada 7/8/09 iaitu pada tarikh yang sama pesakit meninggal dunia. Penyebab kematian adalah severe pneumonia dan septicemia. Disahkan mendapat jangkitan influenza A(H1N1) pada 10/8/09.

  4. Seorang bayi perempuan berumur 10 bulan, tiada sejarah penyakit kongenital. Mula mendapat simptom demam dan batuk pada 1/8/09 dan hanya dibawa mendapatkan rawatan pada 6/8/09 di Hospital dan terus dimasukkan ke wad kerana sesak nafas. Rawatan antiviral tidak diberikan dan sampel sapuan tekak telah diambil pada 6/8/09 dan telah disahkan meninggal dunia pada 7/8/09 kerana mengalami severe bronchopneumonia. Disahkan mendapat jangkitan influenza A(H1N1) pada 8/8/09.

  5. Seorang suri rumah berumur 18 tahun dan mengandung 26 minggu dan mempunyai co-morbid iaitu obesiti. Mula mendapat simptom batuk, sakit tekak dan selesema pada 3/8/09 dan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan pada hari yang sama. Walau bagaimanapun keadaan bertambah teruk dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital akibat sesak nafas pada 7/8/09. Rawatan antiviral telah dimulakan pada hari yang sama dan sampel sapuan tekak telah diambil pada 9/8/09. Disahkan meninggal dunia dan mendapat jangkitan influenza pada 10/8/09. Penyebab kematian ialah severe pneumonia.

  6. Seorang bayi lelaki berumur 12 bulan dan disahkan mengalami penyakit jantung kongenital dan baru menjalani pembedahan jantung di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur sebelum di rujuk ke Hospital untuk rawatan lanjut pada 7/8/09. Pada hari yang sama mendapat demam dan sawan. Rawatan antiviral tidak diberikan dan sampel sapuan tekak telah diambil pada 8/8/09 dan disahkan meninggal dunia pada 9/8/09 kerana mengalami komplikasi pembedahan jantung dan jangkitan pneumonia. Disahkan mendapat jangkitan influenza A(H1N1) pada 10/8/09.

DATO’ SERI LIOW TIONG LAI
Menteri Kesihatan Malaysia

Tarikh: 12 Ogos 2009

<BACA LAGI>

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template