The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Wednesday, August 5, 2009

PEMECAH BERITA: 2 "DISAHKAN" DIJANGKITI H1N1...

Wednesday, August 5, 2009
Bookmark and Share
Keadaan sekolah hari ini terasa benar gawatnya. Awal pagi aku mendapat maklumat daripada kengkawan, ada dua orang pelajar asrama positif H1N1! Maklumat itu pendam lantaran masing-masing sibuk dengan penilaian rasmi bulan Ogos. Tiba-tiba sekitar pukul 11.00 pagi, arahan dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada semua pelajar yang menghidap simtom H1N1 agar segera ke dewan! Sepasukan perubatan dari Klinik Komuniti Tanjong Malim sedang menunggu mereka.
Aku tidak pasti apakah maklumat dan data yang diperolehi hasil daripada diagnosa yang dijalankan. Cuma apa yang aku dengar sendiri daripada salah seorang pegawai perubatan tersebut, para pelajar yang menjalani ujian tersebut dikehendaki pulang ke rumah. Oleh sebab masing-masing ada peperiksaan, pegawai tu minta agar mereka diasingkan. Aku tak pasti apa yang berlaku selepas itu sebab aku ke kelas untuk melihat paper peperiksaan aku yang berlangsung pukul 11.00 pagi.
Melihat senario pendamik H1N1 yang kian kronik sesiapa sahaja akan rasa cemas. Tiada siapa pasti status kesihatan diri apabila di sana-sini ramai yang selesma, demam, batuk dan gejala-gejala H1N1 yang disebutkan oleh media massa. Tetapi, bagaimana pula mangsa yang meninggal dunia tanpa semua gejala tersebut?
Semas posting ini ditulis, angka korban H1N1 telah mencecah 12 orang! Hari ini sahaja tiga orang telah menjadi magsa. Nampaknya langkah meningkatkan kebersihan diri perlu dilipatgandakan! Walaupun rasa sesak nafas, aku mulai memakai face mask sejurus mendapatkannya daripada seorang guru. Kebetulan hari ini aku puasa nisfu Sya'ban, aku rasa tak selesa dengan nafas aku sendiri.. Betullah kata kawan aku kat facebook, memang rasa tak selesa. Tetapi alah biasa tegal biasa! Macam pakar bedah ... Tujuh lapan jam pakai surgerical mask, boleh je pun.. Kali ini kita tidak banyak pilihan... Sebenarnya aku dah beli pun beberapa hari lalu... Anak-anak aku jer yang pakai... Beli di Farmasi Sri Sai, Tg.Malim. Jenis yang nipis. Kalau beli sekeping RM1 tapi jika beli sekotak (50 keping) harganya RM30. Jadi, sekeping RM0.60!
Petang tadi aku beli kertas tisu berkotak-kotak (hehe.. enam jer), di samping tisu pek kecil, dettol strillizer (satu pek 3 botol) dan dettol handwash. Setakat ini itu yang terdaya difikirkan untuk dilakukan. Esok lusa entahlah... Sambil berdoa agar ada jalan keluar daripada virus pembunuh tersebut.
Namun jauh di sudut hati, amat-amat meragui langkah-langkah yang sedang dilakukan oleh pihak kerajaan. Bagaimana tahap kepatuhan mangsa yang telah disahkan positif H1N1 terhadap langkah kuarantin di kediaman masing-masing. Begitu juga dengan langkah mengarahkan para pelajar IPT balik (cuti semester diawalkan dan sebagainya) kampung setelah IPT diarahkan tutup. Secara logiknya, ia hanya "menyelesaikan" masalah IPT daripada kerja-kerja menyelia pelajar yang dijangkiti serta perkara-perkara yang melibatkan aspek logistik. Tetapi, ia akan menyebabkan penyebaran virus ke keluarga masing-masing. Macam kat sekolah tadi pun.. aku tengok tahap kualiti pengurusan para suspect dibuat secara sangat minimum. Dah kumpul ramai-ramai, baru edarkan face mask.. Lepas tu ada pulak yang keluar jalan-jalan... Itu yang aku pelik tu... Dalam hati ada juga berharap kalau dapat sekolah ditutup... Tak perlulah datang sekolah.... boleh buat kawalan terhadap keluarga.. Tapi aku tak fikir itu keputusan pihak klinik Tg.Malim sahaja... Apa-apa pun tunggulah sehingga esok...

Facebook Comments

1 PANDANGAN:

Ross Safina Hor on August 21, 2009 at 6:16 PM said...

Salam semua…

Saya mempunyai penawar untuk mencegah H1N1. Di Penang telah banyak kes yang sembuh dalam masa 2 @3 hari sahaja selepas meminum Protecur-100 terutama kanak-kanak yang bersekolah. Dengan izin Allah SWT dan PROTECUR-100, kami disini dapat mengawal masalah H1N1 ini. Jika anda bimbang tentang anak-anak anda atau orang tersayang dijangkiti, hubungi saya untuk tempahan. Hanya RM38 sahaja.

Insyaallah selamat…
Wasalam…

http://www.PROTECUR.com

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template