The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Sunday, August 30, 2009

KIBAR BENDERA PENGUKUR PATRIOTISME?

Sunday, August 30, 2009
Bookmark and Share
Esok hari ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-52... Namun, di sana-sini tak banyak kenderaan atau premis kediaman mahupun komersil mengibarkan Jalur Gemilang sebagi simbol cita dan kasih kepada negara tumpah darah kita ini. Meskipun YAB Perdana Menteri, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (selaku urusetia sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-52) dan juga media massa hampir saban waktu mengingatkan seluruh rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang bersempena dengan ketibaan tanggal keramat itu seawal 15 Ogos lalu dan akan berakhir pada 15 September. Dan, seterusnya keesokan harinya pada 16 September merupakan Hari Perpaduan atau Hari Malaysia bersempena dengan penubuhan Malaysia kira-kira 46 tahun yang lalu. Kalaupun nampak meriah... cuma kat sekolah-sekolah sahaja. Sesungguhnya satu tanda soal besar berlegar-legar di laut fikirku.
Lantas, aku bertanya kepada diriku sendiri? Mengapa aku tak kibar bendera kat kereta dan rumah? Mungkin, perasaan yang sama atau ada alasan-alasan lain berselirat dalam perasaan seluruh warga Malaysia apabila kita membicarakan soalan tersebut. Agaknya lebih mudah memberikan alasan mengapa kita tak isi minyak kat Petronas? Mengapa tak beli kereta Proton? Berbanding kenapa tak kibar bendera Malaysia! Sedangkan pada hakikatnya sememangnya kita bangga menjadi rakyat Malaysia!
Untuk menjawab persoalan ini, aku pun kena betul-betul teliti kerana tidak mahu dilihat tidak patriotik atau lebih berat dilihat pula tidak cinta akan tanah air yang sekian lama berjasa ini.
Pada pandangan aku, cinta kepada tanah air tidak boleh diukur hanya secara pameran atau peragaan. Umpamanya memakai pakaian bercorak Jalur Gemilang. Namun, bukan pula mereka yang memperagakan sedemikian rupa bukan patriotik! Ia begantung kepada nawaitu masing-masing. Kalau memakainya dengan ikhlas, ikhlas lah... walaupun pada hakikatnya sewaktu Allahyarham Sudirman memulakan budaya baru tersebut pernah dianggap menghina bendera negara... Namun, begitulah persepsi manusia. Sesuatu yang dianggap luar kebiasaan sekalipun, jika dibiasakan akhirnya akan diterima...
Sebaliknya, aku memilih untuk patriotisme dalam bentuk lain Umpamanya, menghormati dengan sewajarnya sewaktu lagu Negaraku dikumandangkan. Sensitif terhadap sesiapa sahaja yang enggan menyayikan lagu dengan bersungguh-sungguh. Atau, masih berjalan semasa lagu sedang dinyanyikan.
Menyatakan rasa tidak senang terhadap apa juga elemen yang menampakkan tidak sayangkan negara. Membuang sampah dari kenderaan sewaktu kenderaan sedang bergak di atas jalan raya umpamanya? Sebaliknya, sanggup bersepah dalam kereta... walaupun anak-anak kata.. "Orang lain pun baling keluar sampah dari kereta!" Adakah itu tidak dikategorikan sebagai patriotik?
Bagaimana kalau beberapa batang bendera tercacak di atas bumbung kereta, tetapi kenderaan memecut melepasi had laju yang dibenarkan? Atau memasang bendera besar pada motorsikal tetapi merempit?
Cuma, aku setuju mengibarkan bendera di tempat kediaman dan kenderaan sekadar memeriahkan bulan sambutan kemerdekaan. Namun, untuk memestikan setiap orang memasang bendera pada setiap kali ketibaan Bulan Kemerdekaan satu usaha yang tidak perlu. Malah ia akan dilihat kepada elemen pembudayaan yang tidak ikhlas.
Namun, apa sudahnya dengan wajah Hari Kemerdekaan pada tahun-tahun mendatang jika semua rakyat Malaysia bersikap macam aku? Bagi aku, itu memerlukan satu jawapan yang lain pulak...
Rakyat dari masa ke masa sedang menilai senario politik negara mahupun negeri. Jika kerajaan ikhlas dalam menangani segala permasalahan rakyat tanpa ada agenda-agenda "tanam tebu di tepi bibir" atau "Sekadar melepaskan batuk di tangga" atau yang lebih bersifat politik, lambat laun semangat "bekerjasama" dalam merancakkan semangat Bulan Kemerdekaan akan terserlah. Sebaliknya, jika rakyat jelata dan marhain melihat terlalu banyak elemen "ketidakadilan" di sana-sini, malah terlalu banyak penyelewengan, double-standard dan sebagainya... maka aku rasa jurang kerjasama itu akan semakin melebar.
Justeru, perasaan cinta terhadap Negara tidak semestinya sinonim dengan perasaan cinta terhadap kerajaan. Jika ada dua simbol yang membezakan antara keduanya, aku rasa ia akan dapat dilihat dengan jelas. Namun, persoalan tersebut membuka pula satu persoalan lain. Mengapa terlalu banyak politiking di Malaysia? Mengapa semua bidang mesti ada politiknya. Hatta, penah suatu ketika KPM "diserahkan" kepada orang akademik kerana ingin menyisihkan elemen politik dalam KPM. Tetapi, gagal! Soalnya, mengapa perasaan kepartian yang tebal itu merentas pada semua urat nadi kehidupan? Sehinggakan dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besarnya mesti menyentuh politik kepartian? Adakah itu menepati peribahasa Melayu "Seperti katak bawah tempurung"? Itulah tempurung politik rakyat Malaysia (politik kepartian) ...
Jelasnya, menyingkap perasaan patriotik dalam diri masyarakat pelbagai kaum di Malaysia ternyata sama sukar mengenali variasi etnik, kaum dan agamanya. Namun, perasaan itu mesti dicari titik mulanya untuk dijalin bagi mestikan bangsa Malaysia yang lebih mapan pada masa akan datang. Cuma soalnya, di mana harus bermula... dari bawah atau dari atas? Fikir-fikirkan...

Facebook Comments

2 PANDANGAN:

Anonymous said...

he he he.. tapinisunya dah jelas.. ada bendera, patriotisme. simple aje.

Anonymous said...

Your οwn reрοrt offers proven helpful to mуself.

It’s νегy infоrmаtive and you're naturally extremely knowledgeable in this area. You possess opened my personal sight in order to numerous thoughts about this kind of subject matter using interesting and solid content.

Here is my website; CIALIS

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template