The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Sunday, August 2, 2009

H1N1: MANGSA KE LIMA SANGAT MEMBIMBANGKAN!

Sunday, August 2, 2009
Bookmark and Share
Meneliti mangsa H1N1 yang kelima amat-amat membimbangkan. Jika sebelum ini kita melihat gejala atau simptom sebagai panduan untuk membuat tindakan susulan. Umpamanya demam, batuk, selesema dan rasa sengal-sengal pada sendi. Tetapi, mangsa kelima langsung tidak mempunyai gejala-gejala tersebut. Mangsa cuma mengalami masalah pernafasan (tanpa demam) sewaktu mendapatkan rawatan di sebuah pusat kesihatan pada 27 Julai yang lalu.
Keadaan itu menimbulkan tanda tanya besar dalam kepala kita. Adakah virus influenza A itu telah mengubah kod jenetiknya sehingga mewujudkan sejenis virus yang lebih bahaya sehingga semakin sukar dilihat gejala-gejalanya.
Satu hakikat yang perlu disedari ialah, H1N1 ini masih belum ditemui lagi antidotnya. Vaksin Tamiflu dan Relenza yang digunakan kini sebenarnya bukan antidot yang tepat bagi menangani virus pendemik tersebut. Menurut WHO, vaksin yang lebih khusus hanya akan berada di pasaran sekitar hujung tahun ini. Sehingga kini, penduduk dunia akan terus terdedah kepada virus H!N!.
Jadi, apa langkah pencegahan yang kita perlu lakuakan? Memadaikah dengan memakai topeng muka, basuh tangan setiap kali bersin dan berjabat tangan dengan orang yang dijangkiti virus tersebut dan langkah-langkah "kecilan" yang lain? Kenapa WHO tidak bersedia berdepan dengan penyakit "global" ini setelah virus H5N1 menyerang dunia beberapa detik lalu. Malah, virus kali ini lebih bahaya kerana ia boleh merebak dalam kalangan manusia. Kalau H5N1, antara langkah pembasmian ialah dengan membasmi unggas, jadi H1N1 bagaimana? Sudah tentu tidak boleh membunuh manusia yang dijangkiti!
Kenapa perlu mengambil masa yang begitu lama? Sehingga itu, manusia bergantung kepada vaksin yang tidak berkesan malah di Britain, penggunaan kedua-dua vaksin antiviral tersebut telah menimbulkan gejala sampingan.

Facebook Comments

1 PANDANGAN:

Ross Safina Hor on August 21, 2009 at 6:15 PM said...

Salam semua…

Saya mempunyai penawar untuk mencegah H1N1. Di Penang telah banyak kes yang sembuh dalam masa 2 @3 hari sahaja selepas meminum Protecur-100 terutama kanak-kanak yang bersekolah. Dengan izin Allah SWT dan PROTECUR-100, kami disini dapat mengawal masalah H1N1 ini. Jika anda bimbang tentang anak-anak anda atau orang tersayang dijangkiti, hubungi saya untuk tempahan. Hanya RM38 sahaja.

Insyaallah selamat…
Wasalam…

http://www.PROTECUR.com

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template