The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Sunday, August 16, 2009

CEUPACS MAHU CUTI KHAS

Sunday, August 16, 2009
Bookmark and Share

MELAKA 15 Ogos - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta cuti khas tujuh hari yang diberikan kepada kakitangan awam yang dijangkiti virus selesema babi atau influenza A (H1N1) tidak ditolak daripada jumlah cuti rehat tahunan.

Selain itu Presidennya, Omar Osman berkata, pihaknya mahu kerajaan mempertimbangkan pemberian bayaran insentif khas kepada kakitangan awam yang bertugas membuat pemeriksaan kesihatan virus H1N1 di semua pintu masuk negara.

Katanya, pemberian insentif itu perlu kerana golongan berkenaan merupakan kelompok kumpulan yang berisiko tinggi dijangkiti virus tersebut.

''Kita juga mahu apabila sesebuah sekolah diarah tutup akibat wabak H1N1, bukan hanya pelajar dan guru bercuti tetapi perlu melibatkan pekerja lain di sekolah berkenaan.

''Ini kerana kita mendapat laporan daripada ahli kita dalam kes H1N1 ini, ada sekolah yang diarah tutup tetapi pekerja tetap diminta datang bekerja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-32 Kesatuan Pekerja-Pekerja Kerajaan Melaka di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menggesa jabatan dan agensi kerajaan mengadakan taklimat khas kepada kakitangan awam berhubung perkembangan wabak H1N1 dari semasa ke semasa bagi membolehkan mereka mengambil langkah kesihatan sewajarnya.

Omar berkata, walaupun kes kematian di negara ini disebabkan H1N1 semakin meningkat namun masih terdapat di kalangan kakitangan awam yang melihat perkara itu sebagai isu remeh.

''Hasil tinjauan CUEPACS mendapati masih ramai penjawat awam tidak mengambil langkah pencegahan seperti memakai penutup muka dan hidung serta menggunakan sabun untuk mencuci tangan," katanya.

Oleh itu, beliau menggesa ketua jabatan mengambil langkah menyediakan kemudahan penutup mulut dan hidung serta sabun bagi kegunaan kakitangan awam.

---------------------

Satu syor yang sepatutnya dipandang secara positif oleh pihak Kementerian Pelajaran khususnya dan kerajaan umumnya. Jika kerajaan masih tidak menganggap negara kita sedang di ambang darurat, kerana bimbang akan mengurangkan populariti kerajaan... Nampaknya badan-badan lain termasuk NGO turun padang bagi menjelaskan kepada rakyat senario yang berlaku sekarang. Hal ini kerana masih ramai rakyat yang tidak nampak ini semua dalah ancaman yang maha besar. Belu pernah berlaku sebelum ini.
Hentikan segera pesta dan karnival di sana sini... malah elakkan pergi ke tempat-tempat awam. Kalau terpaksa keluar juga, WAJIB pakai topeng muka serta peralatan sanitizer. Terutama mereka yang menggunakan pengankutan awam. Turun sahaja dari kenderaan tersebut terus gunakan cecair pencuci nyah kuman...
Perbanyakkan bunting di seluruh negara (terutama di kawasan tumpuan orang ramai) untuk menimbulkan rasa risau dalam kalangan rakyat. Contoh, "ADAKAH ANDA MEMPUNYAI PERLINDUNGAN DIRI YANG MENCUKUPI UNTUK BERADA DI KAWASAN H1N1 INI?" 'ADAKAH ANDA PENGIDAP ATHMA, PARU-PARU, BATUK KERING SERTA PENYAKIT-PENYAKIT LAIN YANG SERIUS? SILA JAUHKAN DIRI ANDA DARI KAWASAN INI... VIRUS H1N1 SANGAT HAMPIR DENGAN ANDA!" Kita anggap sahaja setiap kawasan ada virus H1N1... jadi setiap orang perlu berwaspada.
Pada tahap ini harga penutup mulut dan hidung (mask) perlu ditetapkan harga silingnya. agar tiada peniaga yang "menahan lukah di pergentingan".
Lupakan sahaja persepsi, tindakan sebegini akan menyebabkan para pelancong tak datang ke negara kita. Mana lebih penting? Wang atau nyawa?
Apa-apa sahaja insentif yang boleh menjadikan rakyat Malaysia berinisiatif untuk meningkatkan kualiti kesihatan diri mesti didahulukan serta diutamakan.
Untuk seketika slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" diubah kepada "Rakyat Didahulukan, Kesihatan Diutamakan"....

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template