The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Sunday, August 16, 2009

5 JUTA BERISIKO DIJANGKITI H1N1

Sunday, August 16, 2009
Bookmark and Share

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN muin.sapidin@utusan.com.my

BUKIT MERTAJAM 15 Ogos - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika orang ramai tidak mengambil serius langkah pencegahan bagi menghalang penularan virus itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, statistik itu berdasarkan kajian terperinci WHO mengenai impak penularan luar biasa H1N1 terhadap sesebuah negara jika ancaman virus tersebut tidak ditangani secara berkesan dan menyeluruh.

''Kajian itu menyebut bahawa jika penularan virus H1N1 di sesebuah negara tidak berjaya ditangani dengan berkesan, 20 peratus penduduknya akan terdedah dengan jangkitan virus itu.

''Jadi semua pihak perlu tampil bersama-sama mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang disarankan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Bukit Mertajam (HBM) di sini hari ini.

Tiong Lai berkata, penularan H1N1 dijangka berlarutan dalam tempoh satu atau setahun setengah lagi dan ia diramal menular lebih cepat pada musim tengkujuh iaitu antara bulan Oktober hingga Disember ini.

Sepanjang tempoh itu katanya, orang ramai turut terdedah dengan penyakit berjangkit lain.

Justeru katanya, setiap lapisan rakyat perlu mengambil serius setiap langkah proaktif termasuk meningkatkan kebersihan diri tanpa mengharapkan program-program pencegahan yang dijalankan kerajaan semata-mata.

''Pada musim tengkujuh, kita lebih terdedah dengan selesema, batuk-batuk dan demam. Tempoh ini amat penting untuk semua rakyat mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak mengambil mudah," tambahnya.

Kajian WHO juga katanya, menunjukkan jumlah sebenar penduduk yang dijangkiti H1N1 adalah 20 kali ganda dengan jumlah pesakit yang direkodkan menerima rawatan akibat jangkitan virus tersebut.

''Ini bermakna jika kita merekodkan 3,574 kes jangkitan H1N1 setakat ini, jumlah sebenar yang dijangkiti adalah sekitar 70,000 orang. Kajian WHO ini mungkin tidak begitu tepat tapi kita kena beri perhatian sewajarnya," jelasnya.

Tiong Lai berkata, walaupun kajian WHO menunjukkan risiko kematian pesakit yang dijangkiti H1N1 amat rendah iaitu antara 0.1 hingga 0.4 peratus tetapi keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya langkah pencegahan tidak dilakukan secara bersungguh-sungguh.

Sementara itu katanya, tiga lagi kematian akibat H1N1 direkodkan setakat semalam menjadikan jumlah korban akibat penularan virus itu meningkat kepada 59 orang.

Katanya, tiga kematian itu membabitkan dua lelaki berusia 22 dan 29 tahun yang masing-masing menghidap penyakit jantung dan obesiti.

''Seorang lagi mangsa ialah wanita berusia 44 tahun yang menghidap asma dan disahkan meninggal dunia selepas enam hari menerima rawatan," tambahnya.

--------------------------------------

SUDAH TERANTUK BARU TENGADAH
Semua orang tahu bahawa "Mencegah lebih baik daripada mengubati". Tetapi ironisnya di negara kita ini, tahu tetapi macam tak tahu! H1N1 bukan sebarang virus. Ia lebih bahaya berbanding H5N1 hatta HIV pun tidak sebahaya ini. Tetapi langkah-langkah pencegahan yang dilakukan menampakkan seolah-olah virus tersebut seperti penyakit bawaaan vektor ataupun seperti kudis dan kurap!
Baru-baru ini ada seorang rakan saya ke Indonesia. Turun sahaja di lapangan terbang beliau diarahkan masuk ke "bilik sembur" bagi nyah virus. Tetapi apa yang anehnya bila balik ke Malaysia, pada ketika itu lebih kurang tengah malam... tak ada pegawai pemeriksaan kesihatan pun!
Apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang? Kalau sebelum ini Malaysiakini pernah menyiarkan satu berita menyatakan bahawa seramai 80,000 orang rakyat Malaysia akan dijangkiti H1N1... saya dah anggap terlalu ramai. Sekarang ni WHO mejangkakan 5 juta pula!
Saya melihat kerajaan Malaysia banyak bermain wayang kulit dalam isu H1N1 ni... Cuba, semasa penyakit ini sedang berada jauh beribu-ribu KM kita buat langkah kawalan yang ketat... tentu keadaan sekarang ini tidak berlaku. Adakah tindakan memanggil semula penumpang yang telah sampai ke rumah apabila dua tiga hari kemudian didapati dalam flight itu ada yang positif H1N1 adalah tindakan yang proaktif???
Baru-baru ini apabila Menteri Kesihatan ditanya oleh pihak media, beliau mengatakan 40% kes-kes kematian akibat H1N1 adalah disebabkan mereka lambat menerima rawatan. Mengapa sebut yang 40%? Bagaimana pula yang 60%?? Hentikanlah sandiwara ini... Nyawa rakyat sedang dalam bahaya... Buatlah sesuatu yang lebih drastik sambil mengharap rakyat akan mengambil langkah-langkah pencegahan yang lebih optimum.

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template