The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Thursday, August 13, 2009

ASRI RABBANI: "PERGI TAK KEMBALI"

Thursday, August 13, 2009
Bookmark and Share
Pemimpin Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Pantai (PMC), Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi kerana sakit jantung.
Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital swasta itu.
Menurut Mohd Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang ditemui di hospital itu, allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh tadi.
Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan kesakitan tersebut, tambahnya.
Sewaktu tiba di stesen RTM untuk program tersebut, Asri sudah dalam keadaan lemah tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut - yang akan disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi.
"Pada kira-kira jam 10.30 beliau jatuh pengsan. Tapi ambulans tiba agak lewat, kira-kira 20 minit selepas itu. Apabila sampai ke hospital beliau sudah disahkan meninggal dunia," kata Mohd Asri.
Seorang lagi anggota Rabbani, Mohamad Afandi Shahbudin, berkata jenazah beliau akan dikebumikan di Bukit Lancong dekat Shah Alam petang ini.
Seorang saudara angkat allahyarham Shariman Wahab, berkata beliau antara individu terakhir yang dihubungi oleh allahyarham, yang mengadu berasa letih dan sedih dalam perbualan telefon mereka pagi ini.
Menurutnya lagi, allahyarham pernah tinggal bersama keluarganya di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya selama kira-kira 15 tahun sebelum ini.
Adik ipar allahyarham Adha Buyong dilaporkan berkata Asri menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Ibu allahyarham, yang berkerusi roda, kelihatan masuk ke Hospital Pantai, jam 1 tengah hari tadi, diikuti ahli keluarga lain termasuk balu allahyarham Haliza Shahzan, 38.
Sebelumnya, turut menziarahi jenazahnya di situ, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya bersama pegawai-pegawai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta rakan-rakan artis termasuk Amy Search, Yassin dan Nash.
Penyanyi lagu 'Pergi tak kembali' itu lahir pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor dan menyertai Rabbani sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai lapan lagi anggota.
Beliau, yang mempunyai enam anak, sebelum itu bersama satu lagi kumpulan nasyid terkenal Nadamurni.
Selain Asri dan Mohd Asri, kumpulan nasyid itu turut disertai Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman.
Lebih 12 tahun dalam industri ini, Rabbani menghasilkan 19 album, antaranya Arah: Dari Mana Ke Mana (1997), Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000), Yalla Beena (2004) dan yang terbaru Nostalgia Nadamurni.
Allahyarham dalam coretan terakhir di blognya (asrirabbani.blogspot.com) mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menjayakan konsert terakhirnya di Stadium Malawati, Shah Alam, 28 Februari lalu.
Pencapaian kumpulan itu, yang bernadikan Asri, termasuklah beberapa anugerah utama industri muzik - album nasyid terbaik selama tiga tahun dan album terbaik (2001).
Sumber <http://www.malaysiakini.com/news/110443>
-----------------------------------------
Sewaktu aku membelek sebuah akhbar online, tetiba mata aku terpaku pada tajuk "Asri Rabbani: Meninggal Dunia"... Tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada kengkawan yang lain, sambil ingin memastikan kesahihan mataku yang memandang, aku terus klik pada pautan tersebut. Aku sungguh terkejut apabila mendapati benarlah Ustaz Asri yang aku kagumi keluanakan suaranya itu telah kembali ke Rahmatullah... "Inna Lillah Hi Wa Inna Ilahi Raji'unn"
Selepas itu barulah aku memaklumkan kepada kengkawan yang lain... Bagi memastikan punca kematian, seorang kawan menelefon adik Ustaz Asri, Ustaz Ghazali Ibrahim. Menurut beliau, Ustaz Asri meninggal dunia kerana sakit jantung.
Apa yang aku nak ungkapkan lagi... Dalam usia semuda 40 tahun, beliau kembali menemui Ilahi. Meninggalkan seluruh sanak saudara serta jutaan peminat irama nasyid tanah air, tidak kira tua atau muda. Sungguhpun aku tidak pernah berpeluang berjumpa secara live dengan Allahyarham, tetapi aku mengikuti aluna suaranya sejak aku di sekolah menengah lagi. Antara lagu yang aku selalu ajukkan ialah "Di pondok kecil..." serta beberapa lagu lain yang aku tidak ingat tajuknya serta tidak ingat penuh liriknya.. Masa itu aku tak tahu kalau beliau bersama kumpulan Nada Murni... Apa yang aku tahu Ustaz Asri sahaja...
Kemerduan suaranya aku tak jumpa pada penyanyi-penyayi nasyid lain... Namun, bukan bererti aku "membakulsampahkan" suara penasyid lain. Cuma, bagi aku, suaranya punyai kekuatan yang luar biasa... mendalam serta sesuai untuk membawa apa juga lagu nasyid...
Sungguhpun aku pernah membeli beberapa album beliau, aku tak anggap lagu-lagu daripada album awal sebagai lagu lama... Malah, oleh sebab beliau ada 19 album bersama Rabbani, ikhlas aku katakan aku tak pasti mana lagu lama dan mana lagu baru. Sebab, semua lagunya sesuai didengar sampai bila-bila...
Semoga Allahyarham ditempat di sisi hamba-hamba Allah yang bertaqwa... Kepergian beliau tentunya akan meninggalkan ruang kosong yang sukar dicari ganti... Semoga balu serta anak-anak akan menerima kepergian Ustaz Asri dengan hati yang tabah... Alfatihah...

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template