The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Monday, August 17, 2009

AKHIRNYA SEPANJANG HARI AKU DI PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN!

Monday, August 17, 2009
Bookmark and Share
Mentari pagi bukan sahaja menyingkap tabir kelam kepada siang malah menjadikan seluruh mayapada 'hidup' setelah menikmati rehat yang sewajarnya. Malam tadi aku tidur sedikit lewat lantaran cuba menghasilkan poster H1N1 buat dipaparkan pada ruang blogku ini. Sambil itu fikiranku berputar ligat untuk mencari yang terbaik antara ke UPSI atau SMKDZM. Justeru aku bangun sedikit lewat daripada kebiasaanya.
Sepanjang aku ke sekolah, mahu sahaja aku menelefon cikgu Anhar bagi menyampaikan maksudku untuk terpaksa menunda tarikh program ke hari sabtu ini. Namun, aku tangguhkan dahulu kerana bimbang kalau-kalau ada pogram sekolah pula pada hari sabtu ini. Sesampai sahaja aku di pejabat aku mendapatkan maklumat dari PK1. Menurut beliau tiada program sekolah pada hari tersebut.
Lantas aku menelefon Cikgu Anhar...
"Cikgu, ada berita kurang baiklah sikit..." Aku memuakan bicara sejurus aku memberi salam.
"Haha.. ada apa tu..?"
"Nilah.. saya mendapat arahan daripada pihak sekolah untuk ke UPSI kerana ada kursus berkaitan dengan Portal dan Blog Sekolah Bitara UPSI.. Jadi saya minta maaf sekali lagi tak dapat datang pada har ini..." Memang aku tiak dapat menyembunyikan rasa kesal atas apa yang berlaku.
"Ok.. Tak apa..." Balasnya ringkas.
"Ginilah... saya bersedia hadir pada hari sabtu ni... sebab kat sekolah saya tak ada apa-apa program sekolah". Aku cuba memberi tarikh alternatif kepada beliau.
"Tak apalah.. saya kena bincang dulu dengan kaunselor... nanti saya akan hubungi Malek kemudian.."
Aku tidak pasti berapa kali aku memohon maaf kepada cikgu Anhar. harap-harap beliau memahami keadaan aku. Sesungguhnya aku tidak menjangka sebegini besar aral yang aku terima untuk ke SMKDZM.
Sebelum aku pergi ke UPSI, aku sempat membuat pendaftaran secara online nama dua orang cikgu serta dua orang pelajar yang akan terlibat dalam kursus di UPSI.
----------------------------
Tugas yang akan aku terima bersama Mail dan dua orang murid aku dah jangka. Sekolah-sekolah Bitara UPSI yang sebanyak 17 buah sekolah ini akan diberikan sebuah portal setiap sekolah untuk diselenggara. Dan, kesemua portal tersebut akan dipertandingkan sempena Hari ICT UPSI yang dijangka akan dijalankan pada bulan september.
Lebih kurang sama dengan apa yang berlaku pada tahun 2006. Masa itu portal yang diberi dibawah komuniti E-Learning UPSI. Dengan minat yang meluap-luap aku buat portal tersebut dan akhirnya sekolah aku mendapat tempat pertama. Hadiahnya masih aku gunakan sehingga kini.. sebuah notebook MIMOS.
Namun, kali ini jauh berbeza. Saingan terlalu sengit. SMKDZM tentu akan berhempas-pulas akan menewaskan sekolah aku kerana webmasternya pernah kata (sewaktu majlis penyampaian hadiah di Dewan SITC pada 2006), kalau dia punya masa yang sama dengan aku (sebab dia ambik alih daripada guru lain agak lewat... selepas cikgu tu "tak buat apa-apa") SMKDZM akan kalahkan sekolah aku. Sekolah tersebut meraih naib johan. Aku mampu senyum sahaja...
Kali ini aku melihat saingan yang sangat dahsyat dari SMKA kerana pada tahun 2006, Cikgu Mahfudz tengah cuti belajar! Buka aku menyerah sebelum berjuang... aku melihat SMKA adalah calon juara kerana web sekolah yang sedia ada menggunakan Portal Joomla! Pindah sahaja data yang ada ke hosting yang baru.. selesai masalah!
Selain daripada itu... sekolah-sekolah lain dari daerah Hulu Selangor, Hilir Perak dan Kuala Kangsar pun tak boleh dinafikan keupayaan mereka...
-----------------------
Portal yang baru ini agak menarik berbanding dengan portal yang lama.. Aku nampak satu kebaikan yang angat jelas ialah.. kita boleh lantik pelajar sehingga jadi admin. Manakal cikgu-cikgu jadi super admin. Dia tak boleh ubah password.. kerana dia masuk guna id dan password mereka sendiri. Portalyang lama boleh ubah password. Itu yang jadi pada beberapa laman sekolah dalam Jalinan KITA!
Mail kawan aku tu.. memang cikgu ICT tetapi dah lama berjemur di padang ajar PJK. Aku harap kami akan dapat berkerjasam dengan lebih mantap di samping dua orang pelajar kelas ICT. Aku nampak dua-dua orang tu hebat jugak...
Namun halangannya ialah masa untuk update portal tu... Kena buat di rumah gak lah... Kat sekolah bila masanya?

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template