Setelah beberpa minggu tidak berkesempatan menjengah ayah mertua yang tinggal berdua dengan abang iparku, hujung minggu ini aku sekeluarga ke Sg.Tengi. Alhamdulillah ayah mertuaku nampak lebih sihat sejak menjalani operation batu karang di buah pinggang.
Sewaktu kami bersiap-siap nak makan tengah hari, tetiba isteriku mengatakan ada "jurujual" datang dan dia tak boleh berbahasa Melayu. Hehe... dah tak ada rotan, akar pun kira oklah... Rupa-rupanya "jurujual" tu student UIA dari Palestine. Memang tak boleh berbahasa Melayu... ada dua tiga patah berbahasa Melayu... antaranya "penerang hati", "cantik" dan aku tak ingat...
Material yang dijual merupakan hasil kraftangan yang diperbuat daripada kayu zaitun. Ukiran "Tokri" berbentuk bekas buahan yang boleh dilipat dan jam dinding berukir ayat Kursi. Secara ikhlas ia memang cantik. Kalau bukan Palestenian, aku rasa memang tak layan sangat dengan jurujual nih... Tapi, daripada cerita beliau, aku menjadi kasihan dan sangat belas kepada "jurujual" tersebut.
Mungkin itu adalah kelemahan aku. Mudah bersimpati kepada seseorang yang kelihatannya sedang berada dalam kesusahan. Menurut Ayub, dia sedang belajar di sesuah IPTA dan dihantar ke Malaysia oleh sebuah yayasan di Malaysia. Sewaktu aku bertanya tentang keluarganya, dia mengalirkan air matanya. Ayahnya telah syahid sewaktu Gaza diserang oleh tentera Yahudi laknatullah. Aku segera memohon maaf atas soalanku yang sangat menyentuh hatinya.
Hahaha.... bila dia tanya aku dan keluargaku... Mati-mati dia tak caya aku dah ada anak berumur 16 tahun... Maknanya aku dilihat lebih muda daripada usiaku yang sebeanar... Sebaliknya usianya yang 29 tahun itu aku lihat seperti menghampiri 40 tahun! Mungkin tekanan hidup yang dilalui menjadikan fizikalnya lebih tua daripada usia sebenarnya. Satu lagi perkara, warga Palestine lebih gemar berkahwin lewat. Mungkin atas alasan yang sama juga...
Aku akhirnya mengambil tiga item kerana begitu bersimpati terhadap Ayub. Dua buah jam dinding dan sebuah tokri. Terima kasihnya aku kira berkilo-kilo. Sewaktu mahu permisi, dia bertanya padaku bila aku akan balik ke TM. Sebab, dia nak tumpang sekali ke TM. Aku pun bagi tahu beliau lepas zuhur, call aku balik nanti aku akan beritahu bila aku akan mula bergerak ke TM.
Sewaktu menghampiri Ayub di tepi jalan, rupanya dia ada seorang lagi kawan yang akan menumpangku ke TM. Aku menjadi cuak. Maklumlah, aku dan keluargaku dalam perjalanan sejauh lebih kurang 30km. Kami akan ditumpangi oleh dua orang "asing" yang baru aku kenali beberapa jam yang lalu. Beberapa andaian yang tak elok mula melintas ruang fikirku.
Sepanjang perjalan aku hampir tak putus-putus beroda. Kalau ada niat yang tidak baik daripada kedua-duanya, mohon kepada Allah s.w.t. agar dijauhi niat tersebut. Sambil aku melayan Ayub bertanya dan sebaliknya aku masih rasa bimbang.
Akhirnya perasaan bimbang dan curiga menghilang, terbang apabila mereka aku turunkan di tepi Balai Polis Behrang. Sebab aku nak pergi ke asrama di Slim River di mana anakku nombor thani belajar... Kedua-dua Palestenian itu akan menyeberang jalan lama dan menunggu bas ke TM...
Selepas turun sahaja kedua-dua orang itu, aku rasa menyesal pula kerana meletakkan syak wasangka pada keduanya. Entahlah.... dalam zaman sekarang ini kita sukar nak bezakan antara orang yang sememangnya dalam kesusahan atau metreka yang akan menyusahkan kita... Umpamanya kalau jumpa ada orang berhenti di tepi jalan di sebatang jalan yang agak sunyi... nak berehenti atau terus? Sebab, tak kurang juga ada orang yang jadi mangsa rompak dan samun malah rogol lantaran tersilap membuat pertimbangan terhadap "mangasa" tersebut.
1 PANDANGAN:
baik sungguh cikgu malek ni. Macam nilah orang yang saya cari-cari. Menolong orang dlm kesusahan
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...