The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Monday, August 10, 2009

H1N1: RISAUKAH ANDA?

Monday, August 10, 2009
Bookmark and Share
Meneliti tulisan Sdr.Hishamudin Rais dalam posting yang saya terdahulu, secara logik ada kebenarannya. Matlamat menghalalkan cara. Demi menjaga kepentingan golongan pemodal, apa sahaja cara yang ada boleh sahaja dilakukan. Begitulah, apabila ekonomi kapitalis global kian menyusut, ekonomi AS tinggal nyawa-nyawa ikan, suatu usaha perlu dilakukan bagi menyelamatkan legasi ekonomi dunia meraka. Justeru, mereka tidak kisah sekiranya jutaan nyawa manusia jadi galang ganti untuk tujuan menegakkan kembali sistem ekonomi kapitalis yang hampir menyembah bumi.
Keadaan ekonomi dunia yang semakin gawat menyebabkan ramai penganalisis ekonomi melihat kepada beberapa alternatif lain termasuklah sistem ekonomi Islam. Semakin banyak bank komersial telah membuka ruang untuk menawaarkan produk berunsurkan sistem perbankan Islam. Hal yang sedemikian dilihat memberi ancaman yang sangat besar kepada sistem ekonomi kapitalis, di mana AS adalah bapaknya.
Justeru, sebelum igauan ngeri itu menjadi kenyataan, maka tidak hairan jika fenomena pendamik H1N1 ada hubung kaitnya dengan satu idea gila para kapitalis. Memang ada yang mengatakan di AS sendiri mengalami kadar kematian H1N1 antara yang tertinggi di dunia selepas Mexico! Kita katakan sahaja itu adalah wayang kulit sahaja! Jika diteliti siapakah yang jadi mangsa di AS itu? Golongan kelas mana?
------------------------------------------
Bagi negara kerdil seperti Malaysia, dengan kadar kematian yang semakin meningkat, menunjukkan bahawa negara kita tidak cukup persediaan menghadapi pendamik maut itu. Jika diteliti secara halus, bentuk-bentuk kematian semakin tidak jelas gejalanya. Kalau pada peringkat awal virus maut itu dikesan, para mangsanya ada beberapa gejala yang boleh dijadikan panduan kepada mangsa atau sanak keluarga untuk menghantar mangsa ke hospital. Tiba-tiba dua orang kanak-kanak yang maut dilaporkan tidak mempunyai sebarang gejala H1N1!
Satu teori baru muncul yang menyatakan bahawa H1N1 akan mengancam nyawa mereka yang sememangnya ada penyakit kronik seperti athma, kardiovaskular dan sebagainya. Tetapi, semalam daripada lapan kes kematian hanya empat sahaja yang ada kaitan dengan penyakit kronik. Bagaimana dengan selebihnya?
Selepas ini apa lagi alaan yang akan diberikan? Satu lepas satu teori sekadar menjadi alasan bagi meminimumkan kegusaran rakyat Malaysia supaya tidak timbul suasana panik!
Rakyat Malaysia memang tak rasa panik sekarang. Kita lihat sahaja di sana sini, tidak ramai yang menggunakan topeng muka sewaktu berada di khalayak umum. Mereka yakin bahawa mereka cukup sihat, bukan pengidap penyakit yang kronik dan bukan individu yang diklasifikasikan dalam kelompok berisiko tinggi dijangkiti H1N1. Jadi perlu apa pakai topeng muka yang merimaskan.
Apa yang saya hairankan, pada minggu lepas sewaktu pihak sekolah didatangi oleh sepasukan perubatan dari klinik berhampiran, mereka mengatakan setakat ini di kilinik TM belum ada rawatan menggunakan vaksin Tamiflu (walaupun tidak dianggap sebagai antidot yang tepat, tetapi sehingga kini itu adalah satu-satunya pertahanan yang dianggap terbaik).
Jadi, seriuskah kerajaan dalam menangani wabak H1N1 ini? Masih adakah lagi elemen wayang kulit di sebalik nyawa satu demi satu melayang ke alam barzakh?
---------------------------------------------
Jika di luar sana tiada rasa risau tentang senario H1N1, dalam sekolah lebih teruk lagi. Pagi tadi seorang pelajar yang telah 'disahkan' positif H1N1 datang ke sekolah sebab nak ambil peperiksaan! Katanya, pihak hospital lambat memaklumkan kes tersebut kerana ujian diagnosa kepada pesakit lambat diketahui! Terpaksalah pihak sekolah berbuat sesuatu bagi menangani kes tersebut.
Masih ramai pelajar yang tak pakai topeng muka (pernafasan) walaupun gejala seperti demam ringan, batuk, selesma mudah ditemui. Di mana silapnya? Mengapa tahap pendidikan serta pengetahuan tentang pendamik H1N1 ini dilihat tidak sampai ke peringkat memberikan kesedaran betapa bahayanya H1N1 ini!
Memang betul, arahan telah dikeluarkan agar setiap sekolah perlu membuat ujian suhu badan setiap awal pagi. Masalahnya siapa yang akan mengendalikan proses tersebut? Jika sekolah, peralatannya macam mana? Bagaimana jika pelajar di sesebuah sekolah itu mencecah 2k orang?
Jika sedemikian keadaannya, masih tidak ada kesan positifnya. Diibaratkan tindakan tersebut seperti melepaskan batuk ditangga.
Tadi, pihak sekolah telah memaklumkan kepada calon-calon PMR yang sedang menduduki peperiksaan percubaan diwajibkan memakai topeng pernafasan pada esok pagi. Saya akan lihat bagaimana respon para pelajar dengan arahan tersebut.
----------------------------------
Ada pendangan rakan-rakan, oleh sebab penyakit ini berpunca daripada makhluk Allah S.W.T. juga, maka kita mohonlah kepada Allah S.W.T. agar orang-orang yang beriman dijauhi daripada wabak tersebut. Sehubungan dengan itu saya mendapat beberapa teks doa' untuk tujuan tersebut. Antara doa tersebut adalah seperti yang saya pastekan dalam bahagian atas posting ini. Terima kasih Sdri Aqilzafera...

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template