The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Friday, August 21, 2009

CATATAN LEWAT PETANG 30 SYA'BAN 1430 HIJRAH...

Friday, August 21, 2009
Bookmark and Share
Bilah-bilah hari berlalu bersama pergi dan mari siang dan malam yang silih berganti. Esok bermulanya cuti pertengahan penggal kedua dan secara kebetulan esok juga tibanya Ramadhan Al-Mubaraq.
Subuh nanti aku dan isteriku tentunya akan berhadapan dengan kerenah anak-anak yang amat susah digerakkan untuk bangun sahur. Namun, macam tahun-tahun lepas, kami akan sedaya upaya memastikan anak-anak, berpuasa penuh sebulan. Latihan yang perlu dimulakan seawal enam, tujuh tahun. Cuma untuk catatan, anak aku Aliya telah memecahkan tradisi abang-abangnya kerana mula berpuasa seawal empat tahun. Penuh sebulan pulak tu! Mulanya aku tak paksa, tapi dia nampak okey. Agak merengek menjelang pukul 4.00 petang... Masa tu, aku bawaklah ke bazar Ramadhan untuk menyampaikan waktu berbuka. Abang-abangnya yang tiga orang tu mula berpuasa sewaktu berusia lima tahun. Mungkin, anak perempuan ni kuat azamnya kot.
Bapak dan emak aku serta metua agak bising paksa anak puasa awal sangat! Aku jawap, dia yang nak buat. Uguit sikit dah menjadi... Hehe.. kami kata,
"Tiap-tiap tahun, baju raya embah buat ikut bilangan hari... cukup 30 hari puasa, baru lengkap baju tu... Kalau tinggal sehari ada bahagian baju tu yang kurang... Kalau banyak hari tuang... memang tak boleh pakailah baju raya tu... Sambung tahun depan pulak..."
Budak-budak sekarang ni... tak macam aku dulu... Pergi balik sekolah (pagi dan petang) dihantar dan diambil... mana boleh kata letih. Lainlah macam aku dulu, mengayuh basikal 4 batu... Sampai rumah memang melepek! Lagi pulak emak bapak bukan ada kat rumah... cari rezeki ke kebun dan ladang.. sapa nak pantau? Alamatnya banyaklah lompang di sana-sini...
Anak-anak aku sebahagian besarnya membesar dalam rumah... Dunianya hanya sekolah dan rumah... Kalau nak jalan-jalan... pergi dengan keluarga. Cuma sesekali dapat kebenaran ikut camping atau rombongan sekolah... Bukan nak sekat seratus peratus, tetapi takut dengan cabaran membesarkan anak-anak masa kini yang penuh dengan cabaran. Banyak sangat pengaruh yang negatif... Bukan kat rumah tak ada pengaruh negatif... memang ada... umpamanya siaran televisyen serta internet... Namun, aku senang nak kawal. Berbanding kalau merayau-rayau ke sana dan ke mari... siapa nak tegur kalau anak kita buat perkara yang tak senonoh. Umpamanya merokok!
Masa aku kecik dulu, satu kampung kenal aku anak Pak Selamat. Takut nak buat yang bukan-bukan... nanti akhirnya ada yang report kat bapak aku! Alamatya kalau tak rotan, tali pinggang akan membaham badan aku! Sekarang? Sapa berani tegur anak orangl lain... silap-silap bapak dengan bapak bergaduh dan bermasam muka!
Jadi, kitalah yang kena jaga anak masing-masing. Biarlah orang kata anak kena kurung... Bapak kejam... dan zalim! Aku teringat gurindam lama ada menyebut...
"Kalau anak kecilnya tidak dilatih,
Bila besar, bapanya letih..."

Haha... Aku tak kata anak tak perlu diberikan sedikit kebebasan untuk berkawan. Biarlah selama 12 tahun (sekolah rendah) aku jaga dengan cara aku... Nanti bila dah belajar jauh... mereka akan temui kebebasan itu... Sambil mengharap ingat dan patuh apa yang telah diajar selama 12 tahun itu. Aku bersikap, lebih liberal sedikit dalam menentukan hala tuju anak selepas 12 tahun. Kalau nak duduk asrama pun tak apa... belajarlah berdikari...
Mudahan dengan ketibaan Ramadhan Al-Mubaraq ini.. aku akan dapat meningkatkan amal kebaikan berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya... Amiinnn.

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template