The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Tuesday, August 18, 2009

BSM, KPM: PERSIS ROBOT MENGURUS MANUSIA

Tuesday, August 18, 2009
Bookmark and Share
Meneliti keratan akhbar Berita Harian pada hari ini mencetuskan satu tanda soal yang agak besar dalam fikiran saya.
Mengapa kes sebegitu boleh berlaku. Pangkat yang dinaikkan ditarik balik oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia. Apa yang lebih aneh ialah pihak yang malang itu ialah dalam kalangan pengetua-pengetua yang telah 'dinaikkan' ke DG52! Jika perkara itu berlaku dalam kelompok guru-guru 'cabuk' tidaklah menghairankan sangat. Pengetua merupakan pentadbir tertinggi di sekolah menengah.
Tidakkah pihak BSM telah meneliti setiap perkara sebelum membuat keputusan untuk menaikkan pangkat seseorang pendidik. Daripada aspek kelayakan asas sehinggalah aspek teknikal seperti mata gaji pada sesuatu tahun (contohnya dalam konteks time-based). Dalam konteks kekalutan BSM itu, lebih baik lambat dinaikkan pangkat daripada tersilap dalam menaikkan pangkat seseorang pada hal individu tersebut tidak layak dinaikkan pangkat. Di mana maruah tuan-tuan pengetua hendak diletakkan. Hal ini kerana lazimnya kenaikan pangkat ke DG52 akan dicanangkan di seluruh daerah.
Pada hemat saya, ini adalah kesilapan kedua pihak BSM dalam mengurus tingkatan enam. Sebelum ini ramai guru yang mengajar bertahun-tahun di tingkatan enam tidak diperakukan untuk mengajar di tingkatan enam. Apabila ditanya kepada pihak BSM, antara dasar yang diguna pakai, mana-mana guru yang sedang menjalankan tugas sebagai penolong kanan tidak diperakukan untuk mengajar di tingkatan enam. Tetapi apa yang anehnya, ada juga guru penolong kanan yang ditawarkan ke tingkatan enam. Sepatutnya dalam kes tersebut, pihak BSM memberika opsyen sama ada hendak kekal sebagai pentadbir atau sebagai guru akademik tingkatan enam.
Selain daripada itu, isu kuota bagi setiap kategori DG turut menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan guru yang teraniaya dengan sistem tersebut. Sebagai contoh, kaedah yang diguna pakai oleh pihak BSM dalam menentukan kuota ialah, guru yang paling senior dalam perkhidmatan. Bukan senioriti dalam tingkatan enam. Ada kes, seorang guru tersebut baru sahaja diarahkan oleh pengetua mengajar tingkatan enam, terus diperaku untuk mengisi gred yang lebih tinggi sedangkan ada guru lain yang berbelas tahun mengajar di tingkatan enam hanya diperaku untuk ke gred yang setara. Alasannya guru itu lebih senior dalam perkhidmatan.
Jadi, soalnya sekarang... bagaimana yang dikatakan pihak PTD merupakan pengurusan profesional yang akan menyelesaikan semua masalah dalam sesuatu organisasi yang dilibati. Profesional apa, jika boleh naik dan turunkan pangkat bukan sebab kesalahan tatatertib... buta hati dan perasaan guru-guru. Pihak BSM kena sedar, guru merupakan pengurus sumber manusia untuk negara di sekolah. Jika kebajikan guru dinafikan, perasaan guru diperlekehkan, akhirnya anak-anak murid pula yang akan menajdi 'mangsanya'.
Justeru, saya melihat BSM tak ubah seperti sekumplan robot yang sedang mengurus manusia.

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template