Sejak beberapa hari ini aku terasa benar nak update blog aku ni.. Ada beberapa posting yang agak menarik nak share... Tapi, konsentrasi aku tak boleh lekang daripada tugasan yang aku perlu selesaikan....
Masuk hari yang empat ni.. aku tak boleh tahan nak post dua keping gambar
Firefly Park Resort, tempat yang aku menginap semalaman di Kuala Selangor... pada 1/12/2008. Selepas tak berapa berkenan dengan package kat De Palma Inn, Kuala Selangor (Belagak macam nak mamposs...) aku beralih ke Firefly Park Resort.. Kira okey lah.. Kalau nak compare kat De Palma, aku rasa rating kat sini rendah sikit.. kurang daripada tiga bintang... Ialah cuma challet je.. Tapi untuk semalaman kira oklah.. Dengan RM120 untuk sebuah "rumah' (dua bilik tidur + hall + coffe corner + serambi) berbaloi sangat. Nak-nak lagi atas air pulak tuh..
Cuma apa yang aku teruja sangat ni... sebab kat sini ada trip melihat kelip-kelip.. Waktunya pukul 7.00 malam hingga 10.30 malam.. Aku pun set time lah.. kalau petang 1 Disember tu.. aku dapat selesai sebahagian besar tugasa aku.. aku ada chance nak shoot kelip-kelip... Almaklumlah nak tengok out-put Nikon D60 yang aku rembat dari FOTOKEM, Ipoh (Beli lah...) .... Aku pun bersilat dan berkung fulah dengan tugasan aku tu... Fuhh.. menjelang 9.00 malam aku baru siap suku je.... memang tak ada harapan lah.. Diringkaskan cerita ... mataku je berkelip-kelip sampai 2.30 pagi masih tak siap-siap lagi... Terlentok dan tumbang dan bangun semula pukul 5.30 pagi.. sambung lagi dan siap sekitar 7.00 pagi untuk dibentang pada pukul 8.00 pagi....
Kesimpulannya.. aku kena datang lagi lain kali.. bawak family ke...

0 PANDANGAN:
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...