The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Sunday, September 11, 2011

Semak Semula Sejarah Negara: Tokoh yang Telus dan Tulus Diperlukan...

Sunday, September 11, 2011
Bookmark and Share
Sekadar Hiasan
Salam Syawal hari yang ke-14. Masih ramai yang sedang berpuasa enam atau ada yang sudah beraya semula. Syabas. Namun ada juga yang terpaksa menangguhkan azam untuk melangsaikan puasanya kerana terpaksa menghadiri jamuan rumah terbuka dan majlis walimatul urus. Tak kisahlah, kerana tuntutan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal boleh sahaja dilakukan sepanjang bulan puasa. Sama ada secara berturutan atau berselang seli. Malah ada kalanya sunat berpuasa enam itu diatasi dengan sunat yang lebih dituntut. Umpamanya apabila ada tetamu datang bertandang ke rumah, maka disunatkan pula kita berbuka. Begitulah bersedarhananya dalam tuntutan Islam.

Selama beberapa hari ini saya tidak melayari alam maya ini lantaran berada dalam lingkungan GPRS sahaja. Justeru terpaksa mengabaikan hasrat untuk menyapa khabar rakan-rakan dalam FB dan juga blog. Seperti yang dijangka isu sejarah dan pensejarahan negara masih menjadi isu yang hangat diperkatakan. Isu yang bermula melalui perspektif Mat Sabu yang cuba mengetengahkan watak Mat Indera dalam episod Bukit Kepong kini memngembang menjadi satu isu yang lebih kompleks. Umpamanya, kewarganegaraan Mat Indera yang dipersoalkan oleh mantan pensyarah saya Prof.Emiretus Dato' Dr Khoo Khay Kim. Malah menjadi lebih haru biru apabila Majlis Profesor Negara melalui Prof Dr Zainal Kling, menyatakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Justeru ramai yang melontarkan perasaan tidak senang. Malah ironinya mereka yang bukan berlatar belakangkan sejarah juga berani "menempelak" pandangan MPN tersebut.

Kini fasa tersebut telah masuk pula kepada satu episod yang lebih gawat lagi apabila Tun Dr.Mahathir Mohammad menyatakan bahwa memang sejarah dalam buku teks sekolah ada yang tidak tepat. Peranan Tunku Abdul Rahman yang tidak cukup banyak (berkesan). Sehingga ada yang mempertikaikan peranan baginda dalam "memerdekakan" Tanah Melayu. Kenyataan tersebut disokong pula dengan kenyataan oleh seorang tokoh theologi negara Tan Sri Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas di dalam buku terbarunya "Historical fact and fiction". Untuk itu dikatakan bahawa fakulti Sejarah di Universiti akan meneliti aspek tersebut. Tidak pula dinyatakan universiti mana yang akan terlibat.

Persoalannya, bagaimanakah pula versi sejarah dalam buku sejara sekolah selepas disemak semula? Apa yang akan ditambah, digugurkan dan dihapuskan? Siapakah pula yang akan menjadi panel dalam proses semakan tersebut? Menyokong pandangan Majlis Professor Negarakah? Itulah yang berlegar-legar dalam minda pada saat ini apabila isu sejarah negara kini semakin menemui jalan buntu sehingga perlu disemak semula. 

Pada hemat saya, isu penyemakan semula sejarah negara ini perlu dilakukan dengan penuh berhemat serta penuh penaakulan. Ketepikan terus sentrisiti Inggeris dalam nafas sejarah negara. Berikan sepenuhnya perspektif Malaysia dalam proses tersebut. Malaysia bermakna, setiap perjuangan pembebasan tanah air daripada pihak penjajah perlu ditempatkan ditempat yang selayaknya  pada sepanjang zaman. Kalau perlu teliti latar belakang setiap panel yang akan menyemak semula pensejarahan negara itu. Lihat tahap ketelusan dan ketulusan mereka dalam menyumbang kepada memartabatkan sejarah Malaysia yang bebas dari nafas busuk penjajah.

BACA LAGI...

Monday, September 5, 2011

SEJARAH NEGARA PERLU DIBERI NAFAS BARU?

Monday, September 5, 2011
Bookmark and Share
Terpanggil pula untuk menyatakan pendapat berhubung dengan polemik yang dicetuskan oleh Timbalan Presiden Parti Islam Malaysia (PAS), Haji Mohammad Sabu (Mat Sabu) berkaitan dengan Sejarah Bukit Kepong. Pada mulanya saya membuat andaian bahawa Mat Sabu sememangnya membuat kesilapan lantaran menyatakan pendapat secara semberono. Sementelahan pula sejak 28 Ramadhan sehingga 4 Syawal saya tidak berkesempatan melayari internet menggunakan jalur lebar. Justeru, maklumat yang ada sangat terbatas bagi mengetahui buah butir polemik dan dialektik yang ditimbulkan oleh beliau.

Sekembalinya ke rumah, saya terus menelusuri pelbagai sumber bagi mendapat kembali 'track' asal isu tersebut. Jadi pelbagai maklumat diperolehi. Selama ini saya memahami isu Bukit Kepong menggunakan perpektif Tan Sri Jins Shamsudin melalui versi layar perak beliau. Kesimpulan yang telah tersimpul mati bahawa tragedi Bukit Kepong sungguh tragis sehingga menutup ruang kemungkinan adanya perspektif lain tentang peristiwa tersebut.

Melalui polemik Mat Sabu menyebabkan pelbagai pihak mengeluarkan pelbagai hujah daripada beberapa perspektif. Terutamanya nama Mat Indera yang diberi 'nyawa' semula melalui polemik tersebut. Ternyata daripada maklumat yang dikemukakan di sana ada versi lain yang juga mempunyai hujah dan bahan bukti yang cukup meyakinkan bahawa Mat Indera adalah seorang nasionalis. Cukup jika kita membuat penilaian mengapa kerajaan negeri Johor menganggap Mat Indera adalah salah seorang patriot sewaktu menentang penjajahan Inggeris?

Melalui ruang picisan ini saya ingin mencadangkan agar pensejarahan negara diberi nafas baru agar beberapa orang tokoh yang terlibat menentang penjajahan Inggeris dibariskan sebagai pejuang tanah air dan bukan sebaliknya. Nafas baru itu pada hemat saya dengan menggunakan satu kriteria baru. Satu kriteria baru yang dapat menjelaskan secara lebih tepat siapakah pengkhianat dan pejuang yang sekian lama agak kabur kerana kaedah kemerdekaan yang kita terima daripada pihak Inggeris adalah secara rundingan, bukan melalui revolusi berdarah.

Saya sendiri pun tidak ada garis masa yang khusus dalam perkara ini. Oleh itu para sejarawan tanah air perlu duduk semeja bagi mencari "formula" dalam perkara tersebut. Sekadar memberikan tamsilan garis masa itu, mungkin kita boleh ambil kira garis masa itu setahun atau dua tahun sebelum negara mencapai kemrdekaan. Iaitu pada tahun 1955 atau 1956, di mana telah nampak bahawa pihak Inggeris mahu memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Oleh itu mereka yang menentang Inggeris sebelum tahun itu tidak boleh dianggap pengkhianat tanah air kerana tiada bukti bahawa pihak Inggeris mahu memberikan kemerdekaan dengan begitu mudah. Malah para pejuang tersebut mengorban seluruh harta benda, jiwa dan raga menentang penjajah Inggeris yang memerah peluh dan keringat penduduk Tanah Melayu bagi mengayakan mereka yang sangat bernafsu besar untuk menjajah wilayah-wilayah luar Eropah selaras dengan slogan "Gold, Gospel dan Glory" (3G).

Dengan menggunakan tarikh-tarikh tersebut, dapatlah pula mengeluarkan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj serta rakan-rakannya yang lain sebagai pengkhianat kerana bersekongkol dengan pihak Inggeris selama itu. Hal ini kerana usaha yang dibuat oleh baginda lah, akhirnya kemerdekaan dapat direalisasikan. Justeru, sesiapa yang menentang usaha kemerdekaan atau pasca kemerdekaan boleh pula dianggap pengkhianat kerana pada ketika itu Malaya telah mencapai kemerdekaan daripada pihak Inggeris.

Pada hemat saya perjuangan nasionalis tanah air sebelum tarkh-tarikh tersebut dan perjuangan yang dipelopori oleh Tunku Abdul Rahman seumpama dua "ijtihad' dalam merintis jalan ke arah kemerdekaan. Perjuangan Dato' Bahaman, Mat kilau, Tok Janggut, Dol Said, Hj Abdul Rahman Limbong dan termasuklah Mat Indera adalah secara revolusioner adalah ijtihad yang dipilih bagi menentang penjajahan Inggeris. Pada ketika itu mereka berkeyakinan bahawa tidak mungkin pihak penjajah akan menyerahkan wilayah yang dijajah secara aman damai. Justeru mereka berkeyakinan bahawa Tanah Melayu hanya akan merdeka melalui tumpah darah. Manakala Tunku Abdul Rahman pula memilih ijtihadnya sendiri bahawa Tanah Melayu boleh dimerdekakan melalui meja perundingan. Jadi sehingga Tanah Melayu belum merdeka, kedua-dua pihak tidak boleh didakwa sebagai pengkhianat tanah air!

Andaian tersebut dilihat ada benarnya kerana selepas tarikh 31 Ogos 1957 tiada insiden di mana tokoh-tokoh nasionalis Semenanjung Tanah Melayu yang mengangkat senjata menentang kerajaan Tanah Melayu selain komunis. Kalaupun ada ia lebih berkaitan dengan hal ehwal kenegaraan. Sebagai contoh peristiwa 13 Mei 1969 dan peristiwa Memali 19 November 1985.


-Mohon maaf jika pandangan ini agak keterlalun...
Sekadar lontaran idea...
BACA LAGI...

Saturday, September 3, 2011

SALAM AIDIL FITRI 1432 HIJRAH

Saturday, September 3, 2011
Bookmark and Share
Pada kesempatan ini saya dan seluruh keluarga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri Minal Aidil Walfa Izin Kulu 'Amin Antum Bil Khair kepada seluruh rakan-rakan blogger dan Facebook sekalian. Memohon maaf mana yang tersilap bicara, tersasul kata sehingga menyentuh hati dan sanubari kalian. Sesungguhnya hamba ini insan biasa yang tidak sunyi daripada kesilapan dan kekhilafan.

Setelah hampir seminggu kita menyambut lebaran, baru hari ini berpeluang masuk ke blog untuk menukilkan seseuatu buat tatapan rakan-rakan sekalian. Tentunya berkaitan dengan hari lebaran yang menjadi lambang kemenangan umat Islam melawan nafsu selama sebulan lamanya. Itu memang betul. Terutama kepada anak-anakku yang terpaksa akur dengan "perintah" ayah dan ibu agar berpuasa. Terutama kepada anakku yang nombor khamsah. Tahun ini merupakan tahun pertama belajar apa ertinya lapar dan dahaga. Walaupun dalam kalangan rakan-rakannya di tadika tidak ramai yang berpuasa, namun bagi kami usia lima tahun merupakan usia untuk belajar berpuasa. Oleh sebab puasa ni setahun sekali maka "kemestian" berpuasa itu lebih awal daripada kemestian bersolat yang kami tetapkan ketika berusia tujuh tahun.

Alhamdulillah anakku itu berjaya menyudahkan puasanya selama 28 hari. Sehari kurang daripada bilangan 29 hari sebagaimana umumnya umat Islam di Malaysia berpuasa. Hehe... terpecah sehari sebab makan sebiji kuih cekodok. Dia bukan terlupa... memang sengaja makan secara senyap-senyap. Agaknya tak tahhan melihat adiknya yang berusia dua tahun makan. Punyalah sedih... Ketika itu jam sudah mencecah lima petang. Namun hakikatnya dia terus berlapar sehingga berbuka puasa kerana tiada makanan disediakan khas untuknya walaupun telah terbatal puasanya. Aku tak tahu sangat apa yang dibincang antara anakku itu dengan ibunya...

Raya hari pertama di Sekinchan. Lebih tepatnya di Parit 13, Sungai Nibong. Telah tiga tahun tak beraya hari pertama di kampungku. Sebelum itu kami memang akur dengan penggiliran yang dibuat. Cuma tiga tahun terakhir ini hari raya kami diwarnai dengan peristiwa yang cukup menguji. Lebih-lebih lagi dua tahun terakhir ini apabila emak mertuaku (2009) dan ayah mertuaku (2010) telah menemui Tuhan Yang Esa. Beraya di kampungku, rasanya kalau diikutkan sepanjang bulan Syawal ni pun ada sahaja rumah saudara-mara yang boleh dikunjungi. Namun, oleh sebab raya kedua nak ke Sungai Tengi, maka program ziarah kami agak terbatas. Keseluruhannya dapatlah lapan buah rumah sehingga jam 1.15 pagi (sudah masuk hari kedua syawal).

Masuk hari kedua, tak ada program ke mana-mana. Ada juga idea nak ikut baraan kampung tapi gara-gara disengat lipan ketika tidur menyebabkan idea itu terbantut. Rasa sakit dan sengal yang menjalar di seluruh tangan kananku menjadikan aku duduk sahaja di rumah sambil melayan sanak-saudara yang datang ke rumah.

Sekitar jam 4.00 petang barulah bergerak ke Sg.Tengi. Menjelang jam 5.00 petang sampai di Teratak Ayahanda. Sangat bernasib baik kerana tatkala aku sampai kakak ipar yang tinggal di PD baru nak bergerak balik ke rumah mertuanya juga di Sekinchan. Jadi kami terus sahaja ke Gedangsa berama-samanya untuk ke rumah makcik (kakak arwah emak mertua) sebelum dia terus ke Sekinchan. Menjelang maghrib kami sampai semula ke Teratak Ayahanda.

Selama dua hari (raya ke tiga dan keempat) di Sg.Tengi, tak terasa langsung suasana hari raya. Tiada saudara-mara bertandang datang. Tiada seorang pun. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini. Tahun lepas sewaktu almarhum ayah mertuaku masih ada (di penghujung usianya) masih ada lagi anak-anak buahnya yang datang bertandang. Tapi raya kali ini... sepi... sunyi... Kuih-kuih raya yang kami bawa sorang sedikit, akhirnya kami sendiri yang makan. Ahhh.... begitulah lumrah alam. Apabila sudah tiada ibu bapa, semakin terasinglah rupanya kita...

Namun, aku masih bersyukur kerana masih punyai emak dan bapak sendiri. Masih berpeluang berbakti, memohon maaf apabila Syawal tiba... masih cukup semuanya... Tapi, belum pasti kami dapat merayakan saat-saat tersebut menjelang Syawal yang akan datang... Bak kata Herman Tino... "Mati adalah pasti... Hidup Insya Allah.."

BACA LAGI...

Saturday, August 27, 2011

DAH LAMBAT DAH.. KESIANNNN....

Saturday, August 27, 2011
Bookmark and Share
Aku betul-betul jadi panasaran hari ini apabila usaha terakhir untuk mencetak banner KRT Taman Bernam tidak kesampaian. Tuan Pengerusi telah memaklumkan dua hari lepas agar menempah banner ucapan Selamat hari Raya dan Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Kali Ke-54. Oleh sebab sekolah belum cuti, maka aku tak berkesempatan untuk menghadap pc dan Photoshop! Maka petang semalam baru hendak mula menghadap. Bila dah nak siap... rupa-rupanya "scrath hard disk" penuh... Tak boleh save. Terus terbantut!

Oleh sebab semalam tak cukup rehat... tak selelap pun, malam tadi betul-betul lalok. Solat tarawikh pun rasa macam tak tahu hujung pangkal. Kecuali anakku nombor thalith sahaja yang masuk bilik tidur.. yang lain.. tujuh badan bersepah kat ruang tamu... Pagi tadi selepas sahur mulai menghadap laptop pula. Sekitar 7.45 pagi baru siap.

Sekitar jam 8.00 pagi pasang bendera kat signboard KRT Taman Bernam bersama tuan pengerusi dan bendahari.
"Bila boleh pasang banner?" Celah pengerusi.
"Insya Allah petang ni atau esok" Dengan penuh yakin.

Selepas usai mengkat bendera seadanya. Aku terus ke pekan nak hantar soft copy ke kedai printing. Alih-alih dah tak buat!!!! Pekerjanya dah cuti raya. Adusss... Kata tokey kedai tu, kalau petang semalam boleh lah. Walaupun dia tokey, dia tak tahu nak run mesin tu... terlalu canggih katanya. Haishhh... kepalaku ligat memikirkan macam mana nak print banner tuu...

Aku call kawan aku di Batang Kali yang buat kerja-kerja designing tu. Tak pernah pun berurusan dengan dia pasal benda-benda ni... sebab susah nak ambik walaupun cost printing sedikit murah berbanding ngan TM. Hahahaaa.. dia pun kata staff dia dah cuti. tapi nak menyejukkan aku, dia kata akan cuba mintak tolong kawan-kawan dia yang buat kerja macam dia...

Selepas aku emailkan softcopy tu.. aku hantar sms. Tak lama kemudian dia call aku.
"Leq, aku ada kawan yang boleh tolong ko... Tapi paling awal pun Ahad malam, macam mana?"
"Hmmmm... kalau terpaksa, tak apalah aku setuju" Kataku.
"Opss.. payment macam mana?"
"Hehee.. dah last minutes macam nih... memang dia mark-up harga lah.." Dengan suara agak keberatan.
"Berapa Par?" Tak sabar nak tahu...
"RM2**.00" Katanya.
Aku jadi termenung seketika. Harga biasa banner 8'x4' kalau sekaki persegi sekitar RM4. Jadi dengan keluasan itu sekitar RM128.00. Ini dua kali ganda...
"Kalau ko setuju, ko email terus ke kawan aku tu..."
"Ginilah... aku rasa tak apalah.. kalau duit sendiri mungkin aku teruskan... terima kasih.." Sedikit rasa kecewa menyelubungi perasaanku.

Kemudiannya aku cuba menghubungi sebuah syarikat percetakan di Slim River. Dia kata boleh, tetapi oleh sebab dia cetak baner di KL, aku kena ambik sendiri kat Ampang! Adusss... Dia cuba buat arrangment dengan pekerjanya kalau ada yang tak cuti lagi. Katanya dia akan call aku balik... Tapi sampai sudah dia tak call aku pun.

Jadi, nampaknya banner itu tak dapat nak dicetaklah... Maka aku "naikkan" dalam facebook KRT Taman Bernam sahaja lah... dan di sini sebagi pengubat rasa sedihku itu... Huhuhuhu...

BACA LAGI...

Wednesday, August 24, 2011

APABILA KPM PUN BERFACEBOOK...

Wednesday, August 24, 2011
Bookmark and Share
Entri ini sebenarnya sudah agak lama berlegar-legar dalam mindaku. Sekurang-kurangnya sejak sebulan yang lalu tatkala pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dengan rasminya menggunakan Facebook sebagai salah satu media rasmi dalam menyatakan makluman dan siaran kepada warganya. Ia sekaligus "menarik balik" larangan kepada para pengguna Schoolnet agar tidak melayari laman sosial tersebut.

Sebelum ini aku berasa risau juga apabila dimaklumkan oleh Guru Bestari sekolah bahwa pihak KPM telah memberi ingatan kepada para pengguna Schoolnet di sekolah agar tidak memasuki laman tersebut. Malah menurut beliau, ada peranti yang dipasang oleh KPM bagi memantau senario tersebut. Aku menjadi sedikit risau kerana dalam kalangan pensyarah dan para pelajar pra-u sememangnya aktif berfacebook. Tetapi bukan atas tujuan bersembang atau berbual-bual kosong semata-mata. Malah, melalui facebook aku telah mewujudkan group untuk setiap mata pelajaran serta buletin maklumat bagi memudahkan urusan pengajaran dan pembelajaran dilakukan walaupun melimpasi waktu persekolahan.

Sehingga kini berbelas group diwujudkan dalam Facebook Prauniversiti KJTM. Hampir kesemuanya aktif. Sehingga kini aku belum menemui lagi laman-laman sosial lain yang mampu diintegrasi dalam urusan p&p yang sangat mesra pengguna. Justeru, menggunakan facebook membolehkan interaksi antara sesama pelajar serta pelajar dan pensyarah berjalan dengan begitu bagus sekali. Ditambah pula dengan aplikasi Google Doc menjadikan ia seakan-akan kombinasi aplikasi maya yang sangat lengkap kepada para pengguna Facebook.

Kalau sebelum ini sukar untuk memaklumkan kepada para pelajar tentang sesuatu maklumat penting jika sesi persekolahan telah berakhir. Kini hampir seluruh maklumat dapat disampaikan dengan mudah kerana rangkaian mencari rakan dalam Facebook yang begitu hebat menjadikan dalam tempoh yang singkat rangkaian kenalan atau keahlian dapat ditingkatkan dengan begitu mudah. Daripada aspek capaian maklumat, sebagai contoh, melalui aplikasi "doc" dalam Facebook menjadi tapak kepada penyiaran soalan peperiksaan yang telah dilalui, skema jawapan, keputusan peperiksaan serta head-count dengan mudah melalui integrasi dengan aplikasi Google Doc. Ahhh... terlalu sukar untuk dungkapkan betapa teknologi maya ini sangat memudahkan urusan penyimpanan dan memanggil semula dokumen seperti itu...

Justeru, apabila KPM mengambil langkah menjadikan Facebook sebagai salah satu media rasmi, aku melihat ia satu langkah yang proaktif. Segala maklumat yang ingin disampaikan lebih mudah diketahui oleh warga pendidikan. Untuk lebih mudah lagi, link Facebook KPM tersebut telah diletakkan dalam web atau blog supaya lebih mudah diakses.

Jadi... tanggapan bahawa facebook sebagai laman sosial yang lagho semata-mata, nampaknya kena fikirkan kembali tanggapan tersebut.

BACA LAGI...

Monday, August 22, 2011

GURU PENGAJIAN AM BERPOLITIK?

Monday, August 22, 2011
Bookmark and Share
Menunggu saat bersungkai (berbuka mengikut dialek Brunei... hehe teringat masa di Sabah dulu lah nih..) lebih kurang sejam lagi... aku cuba menjalin kembali kotak ingatanku tentang satu isu yang taklah besar mana tetapi ia sangat signifikan untuk dikongsi dengan para pengunjung blogku yang tak sepertinya ini.

Ia berkaitan dengan guru mata pelajaran Pengajian Am dan hubungannya dengan politik tanah air. Ada yang kata cikgu-cikgu jangan berpolitik di sekolah. Mengajar jer lah... Jadi, apabila isu ini diutarakan... ada dua persoalan yang melintasi fikiranku.

Pertama, mungkin ada cikgu yang memang suka berpolitik di sekolah. Asal ada peluang, mereka suka bercakap isu-isu politik tanah air. Kat kantin.. kat bilik guru... kat tandas pun boleh juga... Itu aku kategorikan sebagai orang kuat politiklah... Malah ada yang tak rasa segan silu menyatakan pendirian mereka menyokong bendera mana... Bukan itu sahaja memangkah parti mana dalam pilhan raya... malah menjadi petugas untuk parti mana pun ada gak... Ketaksuban terhadap parti politik tertentu sehingga dianggap "hard-core" untuk sesuatu parti ...

Kedua, cikgu yang terpaksa bercakap soal politik kerana ia menyentuh topik pembelajaran para pelajarnya. Contohnya seperti Pengajian Am. Bila mengajar aspek kenegaraan, mahu tak mahu kena bercakap soal politik. Dalam hal ini, cikgu kena bercakap secara "profesional" lah... jika sesuatu isu parti politik itu sesuai untuk dijadikan sebagai contoh dalam topik yang diajar memang perlu didedahkan kepada pelajar. Malah ada pelajar yang bawa isu "di luar" ke dalam bilik darjah untuk dijadikan bahan perbincangan. Apa yang penting adalah contoh-contoh tersebut menjadi hujah kepada konsep dan teori yang diajar dalam isu pengajaran dan pembelajaran.

Menyentuh aspek kedua itu, rasanya janganlah pula dikatakan guru Pengajian Am berpolitik di sekolah. Tak kata pun sokong mana-mana parti... cuma dedahkan ideologi setiap parti tanpa rasa bias. Tak salah kan? Bukankah para pelajar pra-u (tingkatan 6) bakal peneraju kepemimpinan negara masa hadapan. Setidak-tidaknya tahu dan yakin bahawa amalan demokrasi di Malaysia menentukan sebuah kerajaan itu terbentuk melalui pilihan raya. Bila berada di pra-u... mereka dah lebih matang nak menilai sesuatu sentimen dalam sesuatu isu. Secara umumnya mereka dah tahu tentang beberapa perkara dalam amalan demokrasi di Malaysia melalui mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK). Cuma apabila berada di pra-u ia lebih serius dan mendalam.

Aku rasa pendedahan terhadap para pelajar terhadap apa yang berlaku dalam kancah politik tanah air termasuk isu-isu semasa sangat penting agar mereka terpanggil untuk menjadi pemilih dalam pilihan raya umum (PRU) apabila mereka mencecah 21 tahun kelak. Memang arus perdana politik tanah air agak keruh dan tidak enak baunya... bukan bererti politik itu kotor. Manusialah sebenarnya yang mengotorkan arus tersebut sehingga ramai generasi muda yang tak berminat mendaftar sebagai pemilih. Jika generasi "X" yang begitu arif dalam bidang ICT ini "melarikan" diri daripada terlibat dalam arus perdana politi tanah air, ia sangat mengharukan. Bagaimana kiranya nanti apabila jumlah pengundi yang keluar mengundi dalam setiap kerusi yang dipertandingkan kurang daripada 50 peratus? Apakah keesahan yang dapat digunakan dalam membuat justifikasi bahawa calon yang menang itu sememangnya mewakili majoriti pengundi atau rakyat yang berada dalam sesuatu konstituensi pengundian?

Justeru itulah juga, pra-u di sekolahku membuat pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti (MPPPU) secara pilihan raya. Bermula daripada proses penamaan calon sehinggalah pengisytiharan kemenangan calon dibuat melalui proses pilihan raya. Untuk menjadikan ia lebih bersifat "futuristik" maka proses pengundian secara online dilaksanakan. Ia mengambil kira mungkin pada suatu hari nanti proses sebegitu akan dilaksanakan di Malaysia kerana ia sangat efisyen serta menjimatkan masa. Hal tersebut kerana, tidak ramai pelajar yang faham bagaimana kaitan pilihan raya dan proses pembentukan kerajaan berlaku. Malah ia mungkin akan menimbulkan kesedaran dalam diri mereka bahawa ruginya tidak mendaftar sebagai pemilih dalam pilihan raya.

Akhirnya... janganlah secara semberono mengatakan cikgu-cikgu jangan berpolitik di sekolah. Kalau kata jangan berpolitik kepartian di sekolah mungkin lebih lunak bunyinya. Kesian cikgu-cikgu macam aku... kena ajar gak bab politik supaya anak-anak muridku tahu hak sebagai warganegara Malaysia. Namun, aku tak nafikan setiap manusia ada persepsi masing-masing tentang sesuatu perkara... justeru pandangan peribadi dalam sesuatu isu itu menandakan aku faham dan tahu tentang isu-isu yang berlaku bukan sekadar tahu apa yang ada dalam buku-buku rujukan...

Wassalam... waktu berbuka hampir tiba...

BACA LAGI...

Monday, August 15, 2011

Menyertai Pertandingan Menghias Web dan Blog Anjuran Utusan Malaysia

Monday, August 15, 2011
Bookmark and Share
Salam Ramadhan... Mungkin kalau ada yang pernah masuk ke blog ni akan rasa terperanjat beruk bila terlalu banyak bendera berkibaran serta logo-logo tertentu yang tak pernah jumpa sebelum ni kan... Jadi, ni nak bagi tahu bahawa blog ni terlibat dalam sayembara menghias web dan blog sempena bulan kemerdekaan. Baru semalam dapat tahu melalui akhbar Utusan Malaysia Online. Mengikut syarat pertandingan, kena letak bendera (Jalur Gemilang) serta logo kempen mengikut kreativiti masing-masing. Tu yang aku letak bendera sebagai background.

Orang kata, kalau kita ikut sesuatu pertandingan... ada harapan menang, tapi kalau tak ikut, gerenti tak menang kan... Hehee.. jadi berbekalkan semangat yang masih membara aku sertailah pertandinagn tersebut. Lagipun syarat pertandingan semua cukup... Cuma kena ubah suai layout blog saja. Terus aku isi borang online malam semalam... dan pagi tadi aku tengok "screenshoot" blog aku dah masuk dalam senarai... Ertinya aku layaklah bertandinglah dalam ribuan (mungkin) blog dan web yang akan turut serta. Kalau tak layak awal-awal lagi dah tak disenaraikan. Aku tak nak bayangkan apa-apa dalam pertandingan ini seperti juga aku tidak menaruh harapan yang tinggi semasa menyertai Educational Blogging anjuran Pusat ICT, UPSI tempoh hari. Apa yang penting aku turut serta... Kalau paling cikai sekalipun sijil penyertaan dapat kot?

Terima kasih kepada pihak penganjur yang memberi ruang dan peluang kepada para weber dan blogger menampilkan keupayaan masing-masing. Semoga akan lebih banyak lagi pihak yang menganjurkan program sebegini pada masa-masa akan datang...

BACA LAGI...

9 OGOS: Akhinya Selamat Kulalui..

Bookmark and Share
Tanggal 9 Ogos 2011 telah selamat aku lalui dengan seribu makna yang tersendiri. Sepanjang dua dekad berkecimpung dalam bidang pendidikan, inilah satu-satunya hari yang sangat memberikan pengalaman bermakna buat diriku. Bahangnya sudah mulai aku rasa semenjak namaku diumumkan dalam laman web Hari ICT, UPSI sebagai pemenang pertama Pertandingan Educational Blogging. Lebih daripada itu aku telah dihubungi sendiri oleh Pengarah Pusat ICTuntuk mengisi satu slot ceramah berkaitan dengan "Pengalaman Menggunakan Blog dalam pendidikan"

Sebagai pemenang pertandingan, aku syukuri sangat-sangat. Tidak menduga tindakan rakanku menelefonku dua hari sebelum pertandingan tutup memberi rezeki untuk menemukanku dengan Ipad2 yang memang aku idam-idamkan sebelum ini. Hadiah yang kedua aku terima sejak UPSI mewujudkan pertandingan Hari ICT. Kali pertama tahun 2006, aku menggondol hadiah laptop. Tetapi, aku bukan sahaja perlu hadir pada petang 9 Ogos untuk menerima hadiah tersebut, tetapi pada sekitar pukul 11.00 pagi, aku kena memberikan ceramah pula! Itu yang aku rasa senak sikit. Pulak tu, bukan ceramah macam biasa... secara video conferencing (vc)!

Aku rasa sedikit selesa apabila pihak sesi vc tersebut dilakukan di sekolahku. Seorang pegawai ICT UPSI akan dihantar bagi memudahkan segala urusan yang akan berlaku. Jadi, aku terima itu sebagai satu cabaran! Bagiku mudah sahaja... Asalkan bidang tersebut masih dalam ruang lingkup keupayaanku... ya, aku anggap itu satau cabaran serta peluang yang aku perlu gapai. Melepaskannya bererti aku mungkin akan terlepas peluang tersebut selama-lamanya...

Setelah berbincang dengan tuan pengetua, beliau tiada halangan. Barangkali sesi tersebut juga akan memberi nilai positif kepada organisasiku sendiri. Inilah julung kalinya sesi sebegitu melibatkan salah seorang guru di sekolahku. Cuma beliau ingin mengetahui bagaimana senario yang akan berlaku pada hari tersebut. Maka, aku menjelaskan apa yang aku faham kepada beliau. Itupun berdasarkan cebisan maklumat yang aku "cantumkan" di sana-sini. Pertama daripada pengarah Pusat ICT, UPSI sendiri. Kedua, melalui flayer yang anakku kutip di Masjid selepas solat Jumaat 6 Ogos serta, daripada pegawai-pegawai Pusat ICT yang aku temui.

Pada 8 Ogos, seperti yang dijanjikan, seorang pegwai Pusat ICT datang ke sekolahku. Kedatagannya yang agak lewat pagi (sekitar jam 11.30 pagi) memang aku tunggu-tunggu. Namun, aku menjangkakan ia akan lewat berakhir kerana maklumlah kerja-kerja teknikal sebegitu memang akan mengambil masa yang lama. Dugaanku amat tepat, akhirnya bukan seorang... tiga orang pegawai Pusat ICT datang kerana ia melibatkan aspek internet networking. Masalah utama yang dihadapi adalah ketidakstabilan line internet. Sesi vc memerlukan talian internet yang stabil dan berkelajuan tinggi. Namun, setelah menutup semua lain "keluar" dan hanya meninggalkan satu line untuk memberi laluan kepada sesi vc, barulah maslah tersebut selesai. Sektar jam 4.00 petang barulah kerja-kerja tersebut usai.

9 Ogos, sekitar jam 10.00 pagi salah seorang pegawai Pusat ICT yang membantu aspek teknikal sidang vc datang. Keadaan yang semalam nampak baik, kini sudah bertukar kepada tidak ok. Line putus-putus serta suara juga delay. Pelbagai usaha dibuat untuk memperbaiki keadaan namun menjelang jam 10.30 pagi keadaan masih juga tidak pulih. Akhirnya menjelang 10.45 pagi aku diminta menemui salah seorang pegawai Pusat ICT, UPSI agar mengadakan sesi lintas langsung dari mana-mana komputer yang ada dalam UPSI sendiri.

Akhirnya aku ditempatkan di dalam sebuah bilik di aras 2, manakala siaran vc tersebut diadakan di aras 5. Menggunakan line yang laju serta stabil, ia menyelesaikan masalah sebelum ini. Soalnya kenapa perlu buat vc sedangkan aku tinggal di TM dan siaran lintas langsung ke Dewan Konvensyen Pusat ICT juga di TM? Sebenarnya pihak Pusat ICT ingin menjelaskan kepada para penonton beberapa perkara. Pertama, teknologi ICT masa kini mampu memungkin sesi pembelajaran boleh berlaku antara guru dan murid tanpa bersemuka secara fizikal. Kedua, melalui Portal MyGuru2 UPSI memungkin perkara tersebut berlaku. Sementelahan pula memang sebahagian daripada pelajar Pra-U di sekolah aku serta seluruh pensyarah (guru) adalah ahli kepada portal tersebut. Jadi, sebab itulah dengan apa cara sekalipun sesi vc tersebut ingin dilaksanakan.

Sekitar 11.30 pagi, sesi vc selesai. Rasa janggal dan pelik yang aku alami sekitar 30 minit kerana bercakap sorang-sorang telah berakhir. Tanpa mengetahui bagaimana kualiti video dan audio pada pihak yang menerima siaran tersebut aku bercakaplah sorang-sorang di hadapan sebuah laptop. Ada kalanya aku rasa nak berhenti bercakap kerana aku tak yakin bahawa ada orang yang sedang mendengar siaran tersebut. Namun, segala kejanggalan tersebut aku abaikan kerana aku yakin jika keadaan tidak bagus berlaku, sudah tentu ada pegawai Pusat ICT yang akan datang kepadaku untuk memaklumkan perkara tersebut. Sejurus selesai, aku menghubungi rakanku di Makmal ICT sekolahku kerana di sana sekitar 30 orang pelajarku sedang menyaksikan siaran tersebut bersama pengetua dan rakan-rakanku yang lain. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Mereka faham apa yang aku sampaikan walapun aku memang dalam keadaan gementar tatkala menyampaikan ceramah tersebut.

Petang 2.30 petang, sewaktu perasmian penutupan, aku telah sampai ke dewan tersebut kira-kira 15 minit lebh awal. Seperti yang dinyatakan dalam laman web pertandingan aku menerima sebuah komputer tablet jenama Apple model Ipad2 WiFi bernilai lebih kurang RM1,500.00 berserta sijil penyertaan dan sijil kemenangan. Satu pengiktirafan yang sangat tiggi nilainya. Hobi yang selama ini hanya suka-suka akhirnya menjadi satu ruang dan peuang untuk menerima pengiktirafan sebesar ini. Ia sangat besar kerana aku dinobatkan sebagai pemenang pertama pertandingan blog peringkat kebangsaan!

Pada kesempatan ini aku ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada isteriku yang memahami minatku selama ini. Juga kepada rakan-rakanku yang sentiasa memberi perangsang dan galakan untuk aku pergi lebih jauh dalam dunia blog ini...

BACA LAGI...

Monday, August 1, 2011

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN....

Monday, August 1, 2011
Bookmark and Share
Tahun ini Ramadhan muncul kembali. Bulan yang bersamanya keberkatan dan kerahmatan kepada seluruh hamba-Nya. Berpuasa ertinya menahan lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa atau mengurangkan pahala ibadah puasa. Itulah puasa yang aku kenali sejak hampir setengah abad yang lalu.

Semoga hadirnya puasa tahun ini bersama satu kekuatan untuk melaksanakan ibadah ini dengan sepenuh keazaman. Kerana Ramadhan adalah bulan ibadah yang hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu bagaimana nilai puasa setiap hamba-Nya. Semoga janganlah nantinya aku sebenarnya hanya berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja.

Disebalik rahmat dan keberkatan itu pada Ramadhan kali ini mungkin sedikit mencabar apabila anakku yang berusia lima tahun mulai nak belajar melaksanakan rukun Islam yang ketiga ini. Anak yang banyak songeh ini... katanya nak belajar berpuasa. Kalau tak nak pun... kami akan desak dia berpuasa. Kerana itulah usia permulaan belajar berpuasa bagi abang-abangnya. Cuma kakaknya awal setahun, sewaktu berusia empat tahun. Risaunya sebab takut nanti tak tahan apabila tengok adiknya makan dan minum... hehehe...

Bagi umat Islam, apabila tiba bulan Ramadhan.... ia sinonim pula dengan buah kurma atau tamar. Walhal, khasiat buah kurma itu angat banyak dan sepatutnya menjadi amalan permakanan walaupun bulan di musim Ramadhan....

BACA LAGI...

Sunday, July 31, 2011

SUKA-SUKA YANG BERBALOI...

Sunday, July 31, 2011
Bookmark and Share
Sejak bergelumang dengan dunia ICT, ini adalah kali kedua aku menerima pengiktirafan yang aku tak jangkakan. Kali pertama tahun 2006, apabila laman web yang aku update meraih tempat pertama dalam kategori sekolah sempena Hari ICT UPSI.

Alhamdulillah...Beberapa hari lalu, aku menerima berita bahawa laman Pengajian Amku meraih tempat pertama dalam pertandingan Educational Blogging sempena Hari ICT UPSI 2011, kategori sekolah. Walaupun majlis penyampaian hadiah akan berlangsung pada 9 Ogos 2011, surat rasmi dan keputusan rasmi telah aku terima. Jika tiada perubahan pada saat akhir, aku akan menerima sebuah Ipad 2. Sebuah gajet yang menjadi idamanku telah sekian lama. Walaupun aku telah memiliki Samsung Galaxy Tab, bukan bererti impian untuk memiliki Ipad telah berkubur... Kini dengan berita yang aku terima ini ibarat "orang megantuk disorongkan bantal"... Terfikir gak apa yang aku nak buat dengan SGT aku tu? Fungsi yang lebih kurang sama, menjadikan agak ganjil kalau aku terus memiliki kedua-duanya... Entahlah.. aku fikirkan kemudian...

Namun, kejayaan aku ini bukan belaku begitu sahaja. Malah, aku hampir-hampir sahaja terlepas untuk menyertai pertandingan tersebut untuk kali kedua. Tahun lepas, aku tercicir kerana tak sedar tarikh tutup pertandinagn tersebut. Alhamdulillah, lantaran seorang kawan aku menelefon aku, aku masih sempat mengisi borang penyertaan. Kurang dua hari sebelum tarikh tutup. Justeru, aku ingin membuat dedikasi ini kepada kawanku Alias Haron yang memberi ruang dan peluang aku bertanding dan akhirya memenangi sayembara tersebut.

Mungkin, inilah nilai terhadap masa dan fikiran yang aku laburkan secara main-main sejak 1996. Daripada seorang yang buta komputer sebelum itu sehinggalah aku dianggap "pakar" dalam ICT. Heheee... aku tak pernah iktiraf pun kata-kata itu. Malah aku akan terus merebut peluang kalau ada kursus atau latihan yang berkaitan dengan ICT kerana aku berpegang kepada prinsip... sehebat manapun kita dalam ICT, masih ada lagi ruang penambahbaikkan ilmu...

BACA LAGI...
 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template