|  | 
| Sekadar Hiasan | 
 Salam Syawal hari yang ke-14. Masih  ramai yang sedang berpuasa enam atau ada yang sudah beraya semula.  Syabas. Namun ada juga yang terpaksa menangguhkan azam untuk  melangsaikan puasanya kerana terpaksa menghadiri jamuan rumah terbuka  dan majlis walimatul urus. Tak kisahlah, kerana tuntutan puasa sunat  enam hari dalam bulan Syawal boleh sahaja dilakukan sepanjang bulan  puasa. Sama ada secara berturutan atau berselang seli. Malah ada kalanya sunat berpuasa enam itu diatasi dengan sunat yang lebih dituntut. Umpamanya apabila ada tetamu datang bertandang ke rumah, maka disunatkan  pula kita berbuka. Begitulah bersedarhananya dalam tuntutan Islam. 
 Selama beberapa hari ini saya tidak  melayari alam maya ini lantaran berada dalam lingkungan GPRS sahaja.  Justeru terpaksa mengabaikan hasrat untuk menyapa khabar rakan-rakan  dalam FB dan juga blog. Seperti yang dijangka isu sejarah dan  pensejarahan negara masih menjadi isu yang hangat diperkatakan. Isu yang  bermula melalui perspektif Mat Sabu yang cuba mengetengahkan watak Mat Indera  dalam episod Bukit Kepong kini memngembang menjadi satu isu yang lebih  kompleks. Umpamanya, kewarganegaraan Mat Indera yang dipersoalkan oleh mantan  pensyarah saya Prof.Emiretus Dato' Dr Khoo Khay Kim. Malah menjadi lebih  haru biru apabila Majlis Profesor Negara melalui Prof Dr Zainal Kling,  menyatakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Justeru ramai yang  melontarkan perasaan tidak senang. Malah ironinya mereka yang bukan  berlatar belakangkan sejarah juga berani "menempelak" pandangan MPN  tersebut.
Kini fasa tersebut telah masuk pula  kepada satu episod yang lebih gawat lagi apabila Tun Dr.Mahathir  Mohammad menyatakan bahwa memang sejarah dalam buku teks sekolah ada  yang tidak tepat. Peranan Tunku Abdul Rahman yang tidak cukup banyak  (berkesan). Sehingga ada yang mempertikaikan peranan baginda dalam  "memerdekakan" Tanah Melayu. Kenyataan tersebut disokong pula dengan  kenyataan oleh seorang tokoh theologi negara Tan Sri Prof. Syed Muhammad  Naquib Al-Attas di dalam buku terbarunya "Historical fact and fiction".  Untuk itu dikatakan bahawa fakulti Sejarah di Universiti akan meneliti  aspek tersebut. Tidak pula dinyatakan universiti mana yang akan  terlibat.
Persoalannya, bagaimanakah pula versi  sejarah dalam buku sejara sekolah selepas disemak semula? Apa yang akan  ditambah, digugurkan dan dihapuskan? Siapakah pula yang akan menjadi  panel dalam proses semakan tersebut? Menyokong pandangan Majlis  Professor Negarakah? Itulah yang berlegar-legar dalam minda pada saat  ini apabila isu sejarah negara kini semakin menemui jalan buntu sehingga  perlu disemak semula. 
Pada hemat saya, isu penyemakan semula  sejarah negara ini perlu dilakukan dengan penuh berhemat serta penuh  penaakulan. Ketepikan terus sentrisiti Inggeris dalam nafas sejarah  negara. Berikan sepenuhnya perspektif Malaysia dalam proses tersebut.  Malaysia bermakna, setiap perjuangan pembebasan tanah air daripada pihak  penjajah perlu ditempatkan ditempat yang selayaknya  pada sepanjang  zaman. Kalau perlu teliti latar belakang setiap panel yang akan menyemak  semula pensejarahan negara itu. Lihat tahap ketelusan dan ketulusan  mereka dalam menyumbang kepada memartabatkan sejarah Malaysia yang bebas  dari nafas busuk penjajah.
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
6 PANDANGAN:
Pretty great post. I just stumbled upon your weblog and wanted to say that I have
truly enjoyed browsing your weblog posts.
In any case I'll be subscribing in your rss feed and I'm hoping you write again very soon!
my webpage :: LeParfait
This is the right web site for anyone who wants to find out about this topic.
You realize so much its almost hard to argue with you (not that I personally would want to…HaHa).
You certainly put a brand new spin on a topic that has been discussed for decades.
Great stuff, just excellent!
Take a look at my blog ... Order Test Force Xtreme
Thanks very interesting blog!
My blog - 1285 Muscle Supplement
We absolutely love your blog and find a lot of your post's to be exactly what I'm looking for.
Do you offer guest writers to write content
for yourself? I wouldn't mind composing a post or elaborating on a lot of the subjects you write concerning here. Again, awesome site!
Feel free to surf to my web page; Lean Muscle Formula
Having read this I thought it was really enlightening.
I appreciate you taking the time and effort to put this information together.
I once again find myself personally spending way too much time both reading and
leaving comments. But so what, it was still worthwhile!
my homepage ... the green coffee bean
Thank you for sharing your info. I really appreciate your efforts and I will be waiting for your further
write ups thank you once again.
my web page - Saphire Ecig Review
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...