The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Showing posts with label MARI MELANCONG. Show all posts
Showing posts with label MARI MELANCONG. Show all posts

Sunday, March 15, 2009

TERATAK RIVERVIEW TG.MALIM...

Sunday, March 15, 2009
Bookmark and Share






















Setelah hampir 13 tahun aku menetap di TM, aku tak tahu lebih kurang 6 km dari rumah aku ada beberapa buah lagi kawasan rekreasi dan perkelahan yang mulai terkenal khasnya untuk warga Tg.Malim dan sekitarnya. Selama ini yang aku tahu hanya ada sebuah. Namanya Desa Selesa Resort. Aku dah beberapa kali pergi ke situ. Resort yang lain tak pernah dengar dan apatah lagi menjejakinya.

Hari ini aku "terpaksa" pergi kerana ada perkhemahan BSMM kat situ. Maka, dengan kereta Kanz isteri aku tu.. aku redah ladang getah dan dusun buah-buahan dengan berhati-hati. Jalannya agak kecil, susah nak berselisih kenderaan. Kalau bertembung dengan kereta lain, salah sebuah kereta kena mengalah untuk memberi laluan kepada yang satu lagi. Main faham-faham jer... nak main osom dulu... lagi payah.

Sepanjang perjalanan aku tertinjau-tinjau pananda arah... sambil itu sempat juga menikmati kenyaman udara di samping desiran arus sungai yang mengalir sederhana laju hampir di sepanjang perjalanan. Ternyata sungguh menyegarkan... Cuma apa yang hairannya... tak sampai-sampai lagi ke destinasi yang hendak di tuju. Terasa amat jauh sekali.

Ada ketikanya aku macam nak patah balik sebab jarang-jarang sangat nampak signboard ke tempat itu. Keadaan lengang dan sunyi, manambahkan lagi rasa macam dah sesat. Aku semakin gementar apabila terpaksa pulak menyeberang sebatang jambatan besi yang agak lama... Kalau ada kereta kat depan bolehlah agak-agak kekuatan dan kekukuhan jambatan tu... Tapi tak apalah... kalau sekdar kereta Kancil, tak ada masalah kot! Alhamdulillah lepas!

Setelah memandu dengan kelajuan sekitar 30 kmj atau kurang, aku mengambil masa sekitar 15 minit dari simpang luar yang terletak seberang jalan dengan Taman Universiti. Perkataan yang pertama keluar apabila samapi kat situ... "ramainya orang!" Malah kereta yang bersaiz jauh lebih besar pun boleh sampai. Hehe.. malu gak kalau cerita kat orang lain beb! Cuma yang agak leceh susah nak mencari kawasan parking yang sesuai.

Komen aku, Teratak Riverview TRV sangat sesuai untuk destinasi berkelah keluarga. Walaupun aku tak sempat mandi... sudah tentu dengan kedudukannya di kaki Banjaran Titiwangsa itu menjadikan airnya sangat dingin... Menurut pengusahanya, TRV dah empat tahun dibuka. Setiap hujung minggu, chaletnya penuh ditempah oleh pengunjung dari luar...
BACA LAGI...

Sunday, December 7, 2008

KELIP-KELIP... MATAKU YANG BERKELIP-KELIP...

Sunday, December 7, 2008
Bookmark and Share
Sejak beberapa hari ini aku terasa benar nak update blog aku ni.. Ada beberapa posting yang agak menarik nak share... Tapi, konsentrasi aku tak boleh lekang daripada tugasan yang aku perlu selesaikan....
Masuk hari yang empat ni.. aku tak boleh tahan nak post dua keping gambar Firefly Park Resort, tempat yang aku menginap semalaman di Kuala Selangor... pada 1/12/2008. Selepas tak berapa berkenan dengan package kat De Palma Inn, Kuala Selangor (Belagak macam nak mamposs...) aku beralih ke Firefly Park Resort.. Kira okey lah.. Kalau nak compare kat De Palma, aku rasa rating kat sini rendah sikit.. kurang daripada tiga bintang... Ialah cuma challet je.. Tapi untuk semalaman kira oklah.. Dengan RM120 untuk sebuah "rumah' (dua bilik tidur + hall + coffe corner + serambi) berbaloi sangat. Nak-nak lagi atas air pulak tuh..
Cuma apa yang aku teruja sangat ni... sebab kat sini ada trip melihat kelip-kelip.. Waktunya pukul 7.00 malam hingga 10.30 malam.. Aku pun set time lah.. kalau petang 1 Disember tu.. aku dapat selesai sebahagian besar tugasa aku.. aku ada chance nak shoot kelip-kelip... Almaklumlah nak tengok out-put Nikon D60 yang aku rembat dari FOTOKEM, Ipoh (Beli lah...) .... Aku pun bersilat dan berkung fulah dengan tugasan aku tu... Fuhh.. menjelang 9.00 malam aku baru siap suku je.... memang tak ada harapan lah.. Diringkaskan cerita ... mataku je berkelip-kelip sampai 2.30 pagi masih tak siap-siap lagi... Terlentok dan tumbang dan bangun semula pukul 5.30 pagi.. sambung lagi dan siap sekitar 7.00 pagi untuk dibentang pada pukul 8.00 pagi....
Kesimpulannya.. aku kena datang lagi lain kali.. bawak family ke...
BACA LAGI...
 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template