The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Showing posts with label MOTIVASI DIRI. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI DIRI. Show all posts

Monday, December 21, 2009

A WONDERFUL STORY

Monday, December 21, 2009
Bookmark and Share


A woman came out of her house and saw 3 old men with long white beards sitting in her front yard. She did not recognize them. She said 'I don't think I know you, but you must be hungry. Please come in and have something to eat.'

'Is the man of the house home?', they asked.

'No', she replied. 'He's out..'

'Then we cannot come in', they replied.
In the evening when her husband came home, she told him what had happened.

'Go tell them I am home and invite them in!'
The woman went out and invited the men in'
'We do not go into a House together,' they replied.

'Why is that?' she asked.

One of the old men explained: 'His name is Wealth,' he said pointing to one of his friends, and said pointing to another one, 'He is Success, and I am Love.' Then he added, 'Now go in and discuss with your husband which one of us you want in your home.'

The woman went in and told her husband what was said. Her husband was overjoyed. 'How nice!!', he said. 'Since that is the case, let us invite Wealth. Let him come and fill our home with wealth!'

His wife disagreed. 'My dear, why don't we invite Success?'

Their daughter-in-law was listening from the other corner of the house. She jumped in with her own suggestion: 'Would it not be better to invite Love? Our home will then be filled with love!'

'Let us heed our daughter-in-law's advice,' said the husband to his wife.

'Go out and invite Love to be our guest.'

The woman went out and asked the 3 old men, 'Which one of you is Love? Please come in and be our guest.'

Love got up and started walking toward the house. The other 2 also got up and followed him. Surprised, the lady asked Wealth and Success: 'I only invited Love, Why are you coming in?'

The old men replied together: 'If you had invited Wealth or Success, the other two of us would've stayed out, but since you invited Love, wherever He goes, we go with him. Wherever there is Love, there is also Wealth and Success!!!!!!'

MY WISH FOR YOU...

Where there is pain, I wish you peace and mercy.

Where there is self-doubting, I wish you a renewed confidence in your ability to work through it.

Where there is tiredness, or exhaustion, I wish you understanding, patience, and renewed strength.

Where there is fear, I wish you love, and courage.

People will forget what you did.
But people will never forget how you made them feel.


Thanks Mohan for this interesting email....
BACA LAGI...

Tuesday, November 3, 2009

SEKADAR MENABUR HARAPAN...

Tuesday, November 3, 2009
Bookmark and Share
Mungkin ada yang setuju dengan apa yang aku ingin katakan di sini. Dan, mungkin ada yang sebaliknya.
Peperiksaan awam yang besar-besar kat sekolah kian hampir. Apa yang terlebih besar daripada SPM dan STPM? Pada saat-saat begini, macam-macam program dengan macam-macam jenama sedang dilaksanakan di sekolah bagi usaha-usaha terakhir sebelum peperiksaan sebenar bermula. Segala-galanya demi satu nawaitu yang uniform, iaitu ingin mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Apa lagi kalau bukan 'A'! Kalau dalam SPM berapa banyak A boleh dapat! manakala dalam STPM sama ada 4A atau 5A!
Hari ini pun serorang Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Batang Padang, En.Khamdan Iskandar datang ke sekolah kerana ingin bertemu face to face dengan calon-calon STPM yang diharapkan akan mencapai straight A's. Setelah menangguhkan sebanyak dua kali, lebih kurang pukul 11.30 pagi beliau muncul di Bilik Gerakan.
Melihat wajah-wajah yang seramai enam orang itu, aku rasa kesian pun ada, rasa bangga pun ada. Kesian, sebab mereka memikul harapan nan tinggi pihak PPD untuk memperoleh sekurang-kurangnya 2 orang straight A's dalam daerah Batang Padang. Dalam daerah ini ada enam buah sekolah yang ada form six. Aku pernah ingin mengambil wajah mereka untuk di muatkan dalam blog tingkatan enam, tetapi tak berjaya sepenuhnya. Sebabnya mereka rasa takut kalau-kalau mereka tidak berjaya mengulangi atau mengekalkan kejayaan tersebut. Ialah, sekadar peperiksaan percubaan.
"Kalau nanti dalam peperiksaan sebenar kami tak berjaya, macam mana?" Soal salah seorang daripada mereka yang tak mahu diambil gambarnya.
Hari ini, mereka tiada pilihan! Terpaksa merelakan diri mereka diabadikan dalam foto bersama EnKhamdan! Sebab, En.Khamdan juga ada misi yang lain iaitu kena buat laporan turun padang buat dilaporkan kepada Ketua Sektor Pengrusan Akademik JPN Perak.
Bangga, sebab para pelajar sekolah aku yang enam orang itu turut disenarai bagi memugkinkan dua orang cemerlang dalam daerah Batang Padang itu wujud dalam keputusan STPM 2009.
Setelah berakhirnya sesi tersebut, aku bertanya kepada diriku sendiri. Membuat refleksi terhadap sistem pendidikan nasional masa kini. Dan, satu hakikat yang aku sangat yakin akan kebenarannya ialah, keenam-enam anak muridku itu kini berada dalam kondisi tertekan. Tiga beban serentak yang digalaskan di atas pundak mereka. Iaitu, mencemerlangkan sekolah, daerah dan negeri. Hal ini kerana, berdasarkan keputusan peperiksaan awam 2008, hanya STPM sahaja yang berjaya menempatkan dalam kelompok tujuh negeri teratas. Manakal peperiksaan-peperiksaan yang lain sangat mengaibkan. Paling aib ialah SPM, berada di tempat tercorot. 16/16!
Walau bagaimanapun, aku harapkan "beban" yang digalaskan di atas pundak mereka itu tidaklah seberat apa yang aku fikirkan pada peringkat awal, kerana aku pernah menyatakan kepada mereka bahawa, jangan hiraukan harapan orang lain, tetapi hiraukan harapan diri sendiri untuk mencapai kejayaan. Ertinya, apa yang dibuat sebelum ini adalah untuk mencemerlangkan diri sendiri. Kalau keputusan yang akan mereka perolehi nanti sekadar untuk "disumbangkan" kepada pihak sekolah, satu prinsipal sudah memadai. Tetapi, lepas dapat satu prinsipal, hendak kemana pula lepas itu?
Justeru aku harap apa yang dinyatakan kepada para pelajar pagi tadi, sekadar menabur sebuah harapan... Apabila mampu mencapai kecemerlangan untuk diri sendiri, kenapa tidak sahaja berusaha lebih sedikit untuk mencapai keputusan yang terbaik yang menjadikan pihak PPD dan JPN berbangga dengan kejayaan tersebut.
Itu tidak termasuk pula cikgu-cikgu yang turut mengharapkan seramai mungkin pelajarnya mendapat pangkat A dalam peperiksaan tersebut. Malah sudah ada tawaran A dengan nilai RM tertentu... Adakah itu tekanan? Tentnya bukan! Oleh itu aku berharap kepada para pelajar agar menjadikan semua ini sekadar taburan harapan... Seperti harapan guru-guru juga.. Kalau tak tercapai, anda tidak perlu bayar apa-apa! Cuma, kalau tercapai, anda akan diraikan dalam segenap acara daerah dan negeri... Diwar-warkan seantero cerok dan jajahan negeri ini. Maka terhindarlah badi "malang" yang terpalit pada wajah pengarah dan pegawai pelajar daerah lantaran prestasi terburuk dalam peperiksaan awam 2008.
BACA LAGI...

Friday, July 31, 2009

GAGAL: KEJAYAAN YANG DITANGGUHKAN...

Friday, July 31, 2009
Bookmark and Share
Saat aku melalui zaman persekolahan suatu ketika dahulu, ada beberapa ungkapan yang aku pegang hampir seperti falsafah hidupku. Antara ungkapan itu ialah "Kegagalan adalah kejayaan yang ditangguhkan". Ia lebih kurang sama lah dengan sekali gagal bukan gagal selama-lamanya. Cuma, yang ini ayatnya lebih positif berbanding yang satu lagi.
Mengikut maksud yang tersirat, jangan rasa kecewa jika gagal. Gagal itu hakikatnya cuma menangguhkan kejayaan yang akan tiba kemudiannya. Ungkapan itu hampir sinonim dengan satu ungkapan lain yang berbunyi "Kita tidak gagal kerana kalah dalam apa-apa perjuangan. sekiranya kita mampu bangun semula selepas kegagalan itu..." Secara fitrahnya, siapa yang redha dengan kegagalan yang menimpa diri? Malah manusia selamanya inginkan kejayaan, kemewahan, kesenangan serta apa sahaja yang positif. Tetapi hakikatnya ia tidak semudah yang dijangkakan. Malah kerap kali takdir Allah S.W.T. mengatasi tadbir manusia. Dan, itulah hakikat yang perlu ditaakul secara mendalam.
Cuma, sebagai manusia kita cuma perlu berusaha sebaik mungkin. Selebihnya kita serahkan kepada Yang Maha Kuasa. Namun, Allah S.W.T. dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim akan berlaku adil kepada setiap hamba-Nya yang rajin berusaha. Sesiapa yang berusaha lebih lazimnya akan mendapat lebih, begitulah sebaliknya.
Namun, bukan mudah juga untuk menyerap setiap kegagalan yang mendatang. Kekadang ia perlu bantuan orang lain yang kita percayai. Itupun jika betul orangnya... Jika tidak ia mungkin akan membobrokkan lagi keadaan. Bukan sahaja kita gagal menyerap makna sebuah kegagalan malah kita tidak mampu bangun lagi untuk menggapai sebuah kejayaan yang diimpi-impikan.
Berbalik kepada kejayaan yang tertangguh tadi... Bunyinya sangat positif. Seolah-olah kejayaan itu adalah suatu yang pasti... Cuma ia akan mengambil sedikit masa atau masa yang lebih lama bergantung kepada usaha kita untuk mencapainya. Jika kita berusaha bersungguh-sungguh, ia akan datang kepada kita dalam jangka masa yang sangat singkat. Mungkin dengan sekali cuba sahaja ia terus berhasil... Tetapi jika sambil lewa, nescaya kejayaan itu seakan menangguhkan kehadirannya kerana ia melihat kita belum bersedia...
Mungkin ada benarnya telahan sesetengah manusia...
"Enkau malas, jadi kejayaan segan nak datang dekat kau!"
Oh... sekali fikir, kejayaan itu macam ada karekter macam manusia juga. Tetapi pada fikrahku, kejayaan itu suatu yang sangat indah. Jika ia hadir kepada orang yang berusaha, sudah pasti insan itu akan rasa syukur atas nikmat dianugerahi kejayaan. Jika kejayaan itu menimpa orang yang malas umpamanya, sudah tentu ia akan rasa takbur...
"Hah! Kau orang tengok, aku yang tak rajin ni pun boleh barjaya. Kau orang belajar macam nak rak... apa dapat? Hampeh!"
Jika sedmikian, apakah perasaan orang yang gagal tetapi sangat rajin berusaha? Tentulah kecewa... Justeru umumnya kejayaan itu bolehlah dianggap sebagai anugerah kepada sesiapa sahaja yang rajin berusaha...
BACA LAGI...

Monday, July 20, 2009

KENALI MUSUH DALAM DIRI KITA...

Monday, July 20, 2009
Bookmark and Share
Aku pernah terbaca, tetapi entah di mana. Katanya, "Kenali bukan sahaja musuh di luar diri anda, tetapi juga musuh dalam diri anda..." Ungkapan tersebut singgah sejenak dalam lintasan fikiranku semasa aku berkongsi pengalaman dalam sesi Program Peningkatan Mata Pelajaran Pengajian Am di SMK Sungkai pada awal pagi tadi. Lantas, aku terus mengungkapkannya kepada mereka.
Untuk berjaya, kita bukan sahaja perlu mengenali "musuh-musuh" di luar diri kita. Siapakah musuh-musuh itu? Jika dalam medan perang, musuh adalah pihak yang sedang berhseteru dengan kita. Justeru, kita perlu membaca setiap kekuatan dan kelemahan yang mereka ada sebagaimana kita membaca setiap inci kekuatan dan kelemahan diri kita. Kenapa? Sebab, selagi ia adalah manusia, sudah pasti ada kelemahan walaupun diselimuti kekuatan yang maha hebat. Mengenali kelemahan musuh bererti kita akan menggunakan kelemahan tersebut untuk mengalahkannya. Jika kita terlalu fokus kepada kekuatannya, secara psikologinya kita tidak akan mampu mengatasinya.
Jika dalam konteks pembelajaran, siapakah musuh di luar diri kita? Mungkin televisyen, melepak, internet, sukan dan sebagainnya. Soalnya kenapa ia dianggap musuh walaupun pada zahirnya ia dilihat suatu aktivti yang bermanfaat? Jawapannya, musuh itu hadir bukan pada zahirnya tetapi pada sifatnya. Sebagai contoh televisyen, walaupun umumnya ia hanyalah sebuah alat yang menjadi bahan hiburan, tetapi jika ia melekakan para pelajar maka ia mesti dianggap musuh. Jadi sifat musuh itu datang apabila ia melekakan. Jika ia tidak melekakan dan para pelajar masih mampu mengurus masa dengan baik, ia tidak perlu dimusuhi malah masih boleh bersahabat dengannya. Daripada perspektif yang lain, sekiranya pembolehubah-pemboleh ubah yang ada di sekeliling kita itu lazimnya boleh menghalang kejayaan orang lain tetapi jika kita dapat mengawalnya pasti ia tidak berupaya mengapa-apakan kita...
Justeru, elemen yang paling penting dalam mengurus kejayaan kita ialah diri kita. Itulah sebenarnya musuh utama diri kita. Jika kita gagal mengawal sikap, perasaan dan persepsi diri kita terhadap apa yang ada di sekeliling kita ternyata itulah yang akan menjatuhkan diri kita sendiri. Begitu juga sebaliknya. Biarpun semua orang di sekeliling kita mengatakan bahawa televisyen adalah musuh utama pelajar, tetapi jika kita mampu meletakkan persepsi yang positif terhadap televisyen dan kita mampu mendisiplinkan diri untuk menontonnya, mungkin anda tidak terkesan dengan sifat melekakan yang ada pada televisyen itu.
Justeru, mengenali kekuatan dan kelemahan diri sangat penting. Jika kita tidak assertif terhadap sesuatu yang negatif, maka elakkannya. Jangan sesekali melepak jika kita tidak berupaya mencari kesan negatif melepak! Jika anda tahu melepak itu amalan yang negatif, sudah tentu jika anda ingin menghilangkan rasa bosan sekalipun, anda akan mengambil masa yang singkat sahaja untuk melepak. Sebab, anda yang mengawal nafsu serta emosi anda yang sememangnya gemar mengheret kita ke arah sesuatu yang sia-sia.
Kesimpulannya, mengenali musuh dalam diri kita lebih penting daripada sekadar mengenali musuh-musuh di luar diri kita. Namun, bukanlah terlalu payah "menewaskan" musuh dalam diri kita. Sentiasa rasional, berpandangan positif serta sentiasa fokus terhadap masa depan, dilihat mampu menangani pembentukan bibit-bibit perasaan negatif dalam diri.
BACA LAGI...

Wednesday, May 27, 2009

ORANG KATA SAYA BUAT KEJER BODOH!

Wednesday, May 27, 2009
Bookmark and Share
Kekusutan minda yang aku alami sejak hari Isnin lepas kian terurus. Maklumat yang aku terima daripada salah seorang staff di Unit Naik Pangkat, JPN Perak memang menjawab beberapa persoalan yang berselirat dalam benakku sejak aku meninggalkan Bilik Gerakan Sekolah dua hari yang lalu. Malah hari ini aku mampu pula menerangkan kepada kawan-kawan yang 'senasib' dengan aku...
Setakat ini aku rasa aku dah bulat pendirian untuk menjadi Guru Akademik Tingkatan Enam. Setidak-tidak aku hanya berdepan dengan masalah yang berkaitan dengan murid-muridku... dan bukan dengan guru-guru dalam konteks memberi arahan kepada mereka selaku pentadbir. Malah, jika aku kekal dalam DG44 KUP, aku berkemungkinan besar akan mengisi beberapa kekosongan jawatan yang telah dikosongkan oleh empat orang serentak. PK Petang-Memilih menjadi Guru Cemerlang Sejarah DG48, Ketua Bidang Kemanusiaan, Vokasional/ Teknik dan Matematik dan Sains-Meimilih menjadi Guru Akademik Tingkatan Enam DG48!
Sebelum aku meninggalkan sekolah aku sempat menyapa seorang pelajar 6 Rendah, juga anak seorang rakan guru (bukan satu sekolah denan aku)... Aku agak terkejut apabila dia berkata padaku,
"Cikgu, saya ambil SPM balik..." dengan nada sedikit pelahan.
"Orang kata saya buat kerje bodoh.." nada kesal aku lihat pada wajahnya.
"Bodoh ke saya cikgu?"
Aku mengambil masa beberapa saat sebelum menjawab soalannya...
"Emm... sebelum awak buat keputusan nak reseat SPM, awak ada fikir tak?"
"Ada"
"Bagi saya, orang yang bodoh ialah mereka yang tidak berfikir sebelum bertindak..."
Kelihatan dia rasa lega dengan jawapan aku..
Berdasarkan kepada perbualan kami, muridku itu tidak berpuas hati dengan pencapaianya dalam SPM... Dia rasa, boleh buat lebih baik daripada apa yang dia dapat. Jadi misinya pada SPM ulangan ini tidak terlalu berat... cuma nak memperbaiki keputusan lepas demi memuaskan hati sendiri... Mungkin dia boleh peform dengan lebih baik.
Tetapi dalam masa yang sama dia kena juga beri tumpuan kepada mata-mata pelajaran tingkatan 6 Rendah. Dua fokus dalam satu masa yang sama. Tidak mustahil jika dia akan mencapai kejayaan yang lebih baik dalam SPMnya... dan juga boleh menguasai dengan baik mata-mata pelajaran tingkatan 6 Rendahnya...
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan...
Jika hendak seribu daya, jika tidak hendak seribu dalih
Selamat maju jaya...
BACA LAGI...

Monday, May 25, 2009

KITA DAN MEMBUAT PILIHAN

Monday, May 25, 2009
Bookmark and Share
Letih dan penat kerana sering tersalah pilih? Akhirnya, ada yang kata.. belasah je lah...! Berani pilih beranilah tanggung..!
Begitulah resmi manusia yang sedang hidup! Sebenarnya hampir setiap saat kita perlu membuat pilihan. Sehinggakan dalam keadaan-keadaan tertentu tidak memilih juga dianggap satu pemilihan. Contohnya apabila kita berdepan dengan sesuatu masalah kecil. Akhirnya kita biarkan masalah itu berlalu... ertinya kita tidak memilih untuk membuat sesuatu tindakan terhadap masalah tersebut. Itulah pilihan anda! Tetapi ingat, bila kita tidak membuat pilihan dan membiarkan masa yang 'memilih', impaknya mungkin sesuatu yang kita tidak ingini!
Justru, nampaknya kita kena bersedia pada setiap masa untuk belajar membuat pilihan. Ertinya kita kena belajar membuat justifikasi tertentu kenapa kita buat itu dan tidak buat ini. Kalaupun kita terpaksa memilih sesuatu yang tidak popular (seperti yang difikirkan oleh kebanyakan orang) kita kena ada alasan dan hujjah. Hal ini kerana jika ada konsekuen yang berlaku selepas itu, kita telah bersedia menghadapinya.
Elakkan sama sekali bertindak sebelum berfikir! Justeru, membuat pilihan semestinya disertai dengan kemahiran berfikir sekali gus... Ia bolehlah dianggap sebagai tool atau alat untuk membuat keputusan. Kita tidak boleh menggunakan tool yang salah untuk membuat sesuatu pilihan. Seumpama dalam kes tayar kenderaan bocor, kita mesti memilih alatan yang sesuai sama ada untuk menukar tayar kenderaan atau menampal tayar yang bocor itu! Walaupun kesnya sama tetapi pilihan ada dua. Justeru alat yang diperlukan juga agak berlainan. Cuba kita fikirkan jika kita menghadapi kes-kes yang secara fizikalnya sangat bertentangan dan melibatkan perkara yang subjektif dan relatif.
Tetapi bukanlah bererti kita tidak boleh meminta bantuan orang lain... Dalam kebanyakan hal memang bantuan orang lain amat diperlukan. Memang itulah resmi kita bermasyarakat. Namun, tidak pula bererti setiap pilihan mesti dikongsi dengan orang lain. Itu akan menjadikan kita seperti tidak ada kekuatan untuk membuat pilihan secara individu. Awas! tidak semua orang yang nampak ingin membantu sebenarnya ingin membantu... sebab ada di kalangan mereka 'suka' melihat kita tersalah pilih....
BACA LAGI...
 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template