The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Showing posts with label RETROSPEKTIF DIRI. Show all posts
Showing posts with label RETROSPEKTIF DIRI. Show all posts

Saturday, August 27, 2011

DAH LAMBAT DAH.. KESIANNNN....

Saturday, August 27, 2011
Bookmark and Share
Aku betul-betul jadi panasaran hari ini apabila usaha terakhir untuk mencetak banner KRT Taman Bernam tidak kesampaian. Tuan Pengerusi telah memaklumkan dua hari lepas agar menempah banner ucapan Selamat hari Raya dan Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Kali Ke-54. Oleh sebab sekolah belum cuti, maka aku tak berkesempatan untuk menghadap pc dan Photoshop! Maka petang semalam baru hendak mula menghadap. Bila dah nak siap... rupa-rupanya "scrath hard disk" penuh... Tak boleh save. Terus terbantut!

Oleh sebab semalam tak cukup rehat... tak selelap pun, malam tadi betul-betul lalok. Solat tarawikh pun rasa macam tak tahu hujung pangkal. Kecuali anakku nombor thalith sahaja yang masuk bilik tidur.. yang lain.. tujuh badan bersepah kat ruang tamu... Pagi tadi selepas sahur mulai menghadap laptop pula. Sekitar 7.45 pagi baru siap.

Sekitar jam 8.00 pagi pasang bendera kat signboard KRT Taman Bernam bersama tuan pengerusi dan bendahari.
"Bila boleh pasang banner?" Celah pengerusi.
"Insya Allah petang ni atau esok" Dengan penuh yakin.

Selepas usai mengkat bendera seadanya. Aku terus ke pekan nak hantar soft copy ke kedai printing. Alih-alih dah tak buat!!!! Pekerjanya dah cuti raya. Adusss... Kata tokey kedai tu, kalau petang semalam boleh lah. Walaupun dia tokey, dia tak tahu nak run mesin tu... terlalu canggih katanya. Haishhh... kepalaku ligat memikirkan macam mana nak print banner tuu...

Aku call kawan aku di Batang Kali yang buat kerja-kerja designing tu. Tak pernah pun berurusan dengan dia pasal benda-benda ni... sebab susah nak ambik walaupun cost printing sedikit murah berbanding ngan TM. Hahahaaa.. dia pun kata staff dia dah cuti. tapi nak menyejukkan aku, dia kata akan cuba mintak tolong kawan-kawan dia yang buat kerja macam dia...

Selepas aku emailkan softcopy tu.. aku hantar sms. Tak lama kemudian dia call aku.
"Leq, aku ada kawan yang boleh tolong ko... Tapi paling awal pun Ahad malam, macam mana?"
"Hmmmm... kalau terpaksa, tak apalah aku setuju" Kataku.
"Opss.. payment macam mana?"
"Hehee.. dah last minutes macam nih... memang dia mark-up harga lah.." Dengan suara agak keberatan.
"Berapa Par?" Tak sabar nak tahu...
"RM2**.00" Katanya.
Aku jadi termenung seketika. Harga biasa banner 8'x4' kalau sekaki persegi sekitar RM4. Jadi dengan keluasan itu sekitar RM128.00. Ini dua kali ganda...
"Kalau ko setuju, ko email terus ke kawan aku tu..."
"Ginilah... aku rasa tak apalah.. kalau duit sendiri mungkin aku teruskan... terima kasih.." Sedikit rasa kecewa menyelubungi perasaanku.

Kemudiannya aku cuba menghubungi sebuah syarikat percetakan di Slim River. Dia kata boleh, tetapi oleh sebab dia cetak baner di KL, aku kena ambik sendiri kat Ampang! Adusss... Dia cuba buat arrangment dengan pekerjanya kalau ada yang tak cuti lagi. Katanya dia akan call aku balik... Tapi sampai sudah dia tak call aku pun.

Jadi, nampaknya banner itu tak dapat nak dicetaklah... Maka aku "naikkan" dalam facebook KRT Taman Bernam sahaja lah... dan di sini sebagi pengubat rasa sedihku itu... Huhuhuhu...

BACA LAGI...

Monday, August 22, 2011

GURU PENGAJIAN AM BERPOLITIK?

Monday, August 22, 2011
Bookmark and Share
Menunggu saat bersungkai (berbuka mengikut dialek Brunei... hehe teringat masa di Sabah dulu lah nih..) lebih kurang sejam lagi... aku cuba menjalin kembali kotak ingatanku tentang satu isu yang taklah besar mana tetapi ia sangat signifikan untuk dikongsi dengan para pengunjung blogku yang tak sepertinya ini.

Ia berkaitan dengan guru mata pelajaran Pengajian Am dan hubungannya dengan politik tanah air. Ada yang kata cikgu-cikgu jangan berpolitik di sekolah. Mengajar jer lah... Jadi, apabila isu ini diutarakan... ada dua persoalan yang melintasi fikiranku.

Pertama, mungkin ada cikgu yang memang suka berpolitik di sekolah. Asal ada peluang, mereka suka bercakap isu-isu politik tanah air. Kat kantin.. kat bilik guru... kat tandas pun boleh juga... Itu aku kategorikan sebagai orang kuat politiklah... Malah ada yang tak rasa segan silu menyatakan pendirian mereka menyokong bendera mana... Bukan itu sahaja memangkah parti mana dalam pilhan raya... malah menjadi petugas untuk parti mana pun ada gak... Ketaksuban terhadap parti politik tertentu sehingga dianggap "hard-core" untuk sesuatu parti ...

Kedua, cikgu yang terpaksa bercakap soal politik kerana ia menyentuh topik pembelajaran para pelajarnya. Contohnya seperti Pengajian Am. Bila mengajar aspek kenegaraan, mahu tak mahu kena bercakap soal politik. Dalam hal ini, cikgu kena bercakap secara "profesional" lah... jika sesuatu isu parti politik itu sesuai untuk dijadikan sebagai contoh dalam topik yang diajar memang perlu didedahkan kepada pelajar. Malah ada pelajar yang bawa isu "di luar" ke dalam bilik darjah untuk dijadikan bahan perbincangan. Apa yang penting adalah contoh-contoh tersebut menjadi hujah kepada konsep dan teori yang diajar dalam isu pengajaran dan pembelajaran.

Menyentuh aspek kedua itu, rasanya janganlah pula dikatakan guru Pengajian Am berpolitik di sekolah. Tak kata pun sokong mana-mana parti... cuma dedahkan ideologi setiap parti tanpa rasa bias. Tak salah kan? Bukankah para pelajar pra-u (tingkatan 6) bakal peneraju kepemimpinan negara masa hadapan. Setidak-tidaknya tahu dan yakin bahawa amalan demokrasi di Malaysia menentukan sebuah kerajaan itu terbentuk melalui pilihan raya. Bila berada di pra-u... mereka dah lebih matang nak menilai sesuatu sentimen dalam sesuatu isu. Secara umumnya mereka dah tahu tentang beberapa perkara dalam amalan demokrasi di Malaysia melalui mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK). Cuma apabila berada di pra-u ia lebih serius dan mendalam.

Aku rasa pendedahan terhadap para pelajar terhadap apa yang berlaku dalam kancah politik tanah air termasuk isu-isu semasa sangat penting agar mereka terpanggil untuk menjadi pemilih dalam pilihan raya umum (PRU) apabila mereka mencecah 21 tahun kelak. Memang arus perdana politik tanah air agak keruh dan tidak enak baunya... bukan bererti politik itu kotor. Manusialah sebenarnya yang mengotorkan arus tersebut sehingga ramai generasi muda yang tak berminat mendaftar sebagai pemilih. Jika generasi "X" yang begitu arif dalam bidang ICT ini "melarikan" diri daripada terlibat dalam arus perdana politi tanah air, ia sangat mengharukan. Bagaimana kiranya nanti apabila jumlah pengundi yang keluar mengundi dalam setiap kerusi yang dipertandingkan kurang daripada 50 peratus? Apakah keesahan yang dapat digunakan dalam membuat justifikasi bahawa calon yang menang itu sememangnya mewakili majoriti pengundi atau rakyat yang berada dalam sesuatu konstituensi pengundian?

Justeru itulah juga, pra-u di sekolahku membuat pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti (MPPPU) secara pilihan raya. Bermula daripada proses penamaan calon sehinggalah pengisytiharan kemenangan calon dibuat melalui proses pilihan raya. Untuk menjadikan ia lebih bersifat "futuristik" maka proses pengundian secara online dilaksanakan. Ia mengambil kira mungkin pada suatu hari nanti proses sebegitu akan dilaksanakan di Malaysia kerana ia sangat efisyen serta menjimatkan masa. Hal tersebut kerana, tidak ramai pelajar yang faham bagaimana kaitan pilihan raya dan proses pembentukan kerajaan berlaku. Malah ia mungkin akan menimbulkan kesedaran dalam diri mereka bahawa ruginya tidak mendaftar sebagai pemilih dalam pilihan raya.

Akhirnya... janganlah secara semberono mengatakan cikgu-cikgu jangan berpolitik di sekolah. Kalau kata jangan berpolitik kepartian di sekolah mungkin lebih lunak bunyinya. Kesian cikgu-cikgu macam aku... kena ajar gak bab politik supaya anak-anak muridku tahu hak sebagai warganegara Malaysia. Namun, aku tak nafikan setiap manusia ada persepsi masing-masing tentang sesuatu perkara... justeru pandangan peribadi dalam sesuatu isu itu menandakan aku faham dan tahu tentang isu-isu yang berlaku bukan sekadar tahu apa yang ada dalam buku-buku rujukan...

Wassalam... waktu berbuka hampir tiba...

BACA LAGI...

Friday, May 20, 2011

Terbaik untuk orang lain, belum tentu terbaik untuk kita...

Friday, May 20, 2011
Bookmark and Share
Dalam kehidupan kita, kita tidak terlepas daripada membuat pilihan. Daripada sekecil-kecil manusia sehinggalah sebesar-besar manusia, terpaksa membuat pilihan. Tidak kira di mana kita berada, pada situasi apa, kita terpaksa memilih antara pilihan-pilihan yang ada. Ada kalanya kita tidak boleh melakukan perara yang seterusnya tanpa kita memilih terlebih dahulu sesuatu pilihan itu.

Begitulah diriku. Setelah sekian lama berkhidmat dalam arena pendidikan, pada tika ini aku telah memilih sesuatu yang paling sukar. Satu pilihan yang akhirnya menimbulkan kesan yang besar, bukan sahaja kepada diriku malah tempiasnya turut menimpa organisasiku juga. Sesungguhnya peristiwa 18 Mei lalu telah mencetuskan kehuru-haraan yang sangat besar. Aku bukan tidak sedar apa yang akan berlaku susulan insiden tersebut, tetapi aku terdesak lantaran tidak rela melihat anak-anak muridku berada dalam keadaan sedemikian. Batinku tidak boleh menerima bagaimana dalam alaf kedua inipun masih ada yang perlu melalui keadaan sedemikian.

Fajar 19 Mei 2011, aku lalui dengan seribu ketidakpastian. Walaupun telah ada sinar jawapan sebelum mentari 18 Mei 2011 melabuhkan wajahnya, namun aku tidak pasti apa yang akan berlaku pada keesokan harinya.

Rupa-rupanya kami dikunjungi tetamu yang tidak diundang. Bukan satu malah dua kali dalam sehari itu. Meminta maklumat, laporan serta mereka merakamlan beberapa senario dalam ruang sempit itu melalui lensa kameranya serta tentunya ruang anak-anak didikku juga. Kerana itulah fokus utama insiden tersebut.

Menjelang hari ketiga pasca 18 Mei, pelbagai maklum balas akhirnya sampai ke cuping telingaku. Aku disebut sebagai tidak sabar dalam mencari penyelesaian terhadap krisis yang melanda kami. Aku dikatakan silap "mengurus kepakaranku" dalam bidang ICT. Ia menyebabkan pihak majikan organisasiku "dihujani" panggilan pihak atasan yang langsing nada suaranya.

Aku tidak pasti berapa kali aku meminta maaf di hadapan majikanku atas apa yang telah berlaku. Atas tindakan nekadku itu. Setelah lima bulan menunggu namun tidak detemui jalan penyelesaian, dan apabila episod 18 Mei 2011 itu berlaku, maka aku seperti orang mengantuk dsorongkan bantal. Menggunakan beberapa pergerakan jemariku untuk melaksanakan apa yang aku ingin lakukan menerusi capaian maya. Dan, tidak sampai tiga jam selepas itu, berita itu pun meletup!

Tidak sabar! Aku mendengarnya untuk kali pertama dalam sidang arbitrasi yang berlaku setengah jam menjelang tengah hari pada hari yang sama kes itu meletup. Aku dikatakan tidak sabar dalam menangani kemelut yang kami hadapi. Katanya penyelesaian sudah ada. Tapi pada fikirku, penyelesaian itu tidak segera "menemui" masalah yang dihadapi. Ia berlegar-legar terlalu lama di luar lingkungan masalah. Justeru, pihak yang melalui masalah tersebut tidak nampak adanya tanda-tanda bahawa masalah tersebut akan berakhir dalam tempoh yang ada. Ironinya, sewaktu sidang arbitrasi itu, sebahagian daripada masalah telah diselesaikan. Esoknya pula telah dijanjikan ada ruang yang sesuai untuk menampung masalah yang telah meletup tersebut. Dan, pada hari ketiga ruang itu dikatakan bertambah sebuah lagi. Ahhh... kenapa setelah segalanya berlaku baru ada jawapan itu dan ini. Selama lima bulan yang berlalu kenapa menyepi tanpa sedikitpun jawapan terhadap masalah yang telah diajukan.

Pedihnya, apabila episod 18 Mei 2011 itu telah menerima "improvisasi" yang tidak perlu. Ada pihak-pihak yang menambah seinci jadi sejengkal, sejengkal jadi sehasta dan sehasta jadi sedepa. Apa yang tidak termasuk dalam "pakej" peristiwa itu pun dimasukkan sekali menjadikan tindakanku itu bersifat individualistik, membuang rasa setiakawan dan sebagainya. Inilah realiti masyarakat kita yang kerajaan masih kewalahan untuk mengubahnya. Bila kita tidak tahu tentang sesuatu perkara, tidak berusaha pula untuk bertanya kepada sumber yang berwibawa. Membuat suatu interpretasi berdasarkan gambaran yang tidak betul bukan sahaja silap malah akan menyilapkan orang lain yang menerimanya. Malah, kesilapan itu akan berganda apabila ia terus disebarkan secara mulut ke mulut.

BACA LAGI...

Facebook: Komunikasi Golongan Marhain kepada Dewa-dewa

Bookmark and Share
Salam. Agak keras bunyinya entri aku kali ini. Tapi, inilah yang aku nak kongsikan kepada anda semua. Ungkapan yang aku pinjam dari seorang rakanku yang juga seorang pengguna tegar Facebook. Menurutnya, pada masa sekarang, Facebook adalah media komunikasi yang digunakan oleh golongan bawahan (marhain) hendak menyampaikan hajat atau kehendak kepada golongan atasan (dewa-dewa).

Mulanya, aku terdiam seketika. Tapi tanpa menunggu lama, mindaku terus mengiakan kenyataan tersebut. Betul sekali! Tepat sekali! Cuma penggunaan dewa-dewa itu sahaja yang sebenarnya suatu sindiran kepada satu golongan yang sangat sukar didekati tetapi sebenarnya mempengaruhi kehidupan kita. Macam dalam cerita-cerita rakyat, dewa-dewa ini membawa ikon baik kepada manusia; suka membantu manusia tetapi sukar hendak berhubung dengan mereka. Sebenarnya dewa-dewa yang punyai kuasa supernatural ini boleh dan berupaya membantu manusia untuk melawan kuasa jahat tetapi oleh sebab sukarnya berkomunikasi dengan mereka ada yang sempat mendapat bantan dewa-dewa di saat-saat akhir usahanya untuk melawan kuasa jahat, atau langsung kalah dan tewas lantaran gagal mendapatkan bantuan daripada sang dewa-dewa.

Kini, dewa-dewa itu boleh sahaja kita kaitkan dengan kuasa yang memerintah sesebuah komuiti atau paling tinggi di peringkat antarabangsa. Mereka sekelompok manusia yang punyai kuasa untuk meluluskan atau tidak sesuatu perkara; kuasa melaksanakan atau menarik balik sesuatu projek, dan sebagainya. Besarnya kuasa itu bergantung di aras ketinggian mana mereka berada. Kalau di peringkat komuniti yang kecil, kuasanya hanya terbatas atau sah dalam kelompok tersebut sahaja. Kuasa seorang ayah dalam lingkungan anak-anak dan isterinya atau isteri-isterinya sahaja. Tetapi, jika kuasa itu meliputi kuasa seorang pemerintah negara, sudah tentu ia mencakupi satu bidang kuasa yang sangat luas. Apatah lagi kalau sampai ke peringkat antarabangsa.

Dalam kaedah konvensional, surat, telefon, faks dan telegram merupakan media komunikasi utama antara mereka. Tetapi, kalau ada pilihan golongan bawahan akan memilih untuk berjumpa terus dengan dewa-dewanya. Menyatakan kehendak atau menyatakan perasaan marah, tidak puas hati dan sebagainya kepada mereka Tapi realitinya, semakin tinggi makam dewa-dewanya itu semakin sukar pula untuk ditemui. Dalam konteks ayah atau ibu dalam sebuah keluarga. Kalau pada masa yang sama, seorang ayah itu juga adalah dewa-dewa kepada sebuah komuniti yang lebih besar, bagaimana si anak hendak berjumpa face to face dengan ayahnya? Begitu juga dengan ibunya? Itu yang akhirnya dikatakan sebagai komunikasi peti sejuk atau Communication thru Fridge Magnet Messages. Si ayah atau si ibu yang kesibukan, lantas tidak ada masa berkomunikasi dengan anak-anaknya menggunakan peti sejuk sebagai wadah komunikasi mereka bagi menyampaikan hasrat hati atau arahan kepada anak-anaknya.

Dalam konteks yang lebih luas, pastikah kita segala kiriman kita sememangnya sampai kepada sang dewa-dewa itu? Atau sekadar sampai pada PA mereka sahaja. Atau sempat sampai ke meja sang dewa-dewa, tapi akhirnya tidak sampai ke buku catatan "tings to do" sang dewa-dewa dan jauh sama sekali untuk dilakukan. Maka, sebab itulah hari bertukar minggu, minggu bertukar bulan, bulan bertukar tahun, tahun bertukar dekad, sehingga sampai seru Allah S.W.T. menjemput sang marhain tersebut, namun hajatnya tidak pernah dan tidak akan tertunai angkara sang dewa yang angkuh serta tidak berjiwa rakyat.

Kini, melalui bantuan teknologi masalah tersebut hampir menuju sifar. Seorang ayah atau ibu masih mampu berkomunikasi antara muka dengan anak-anak meraka atau antara suami isteri atau antara sesiapa sahaja melalui teknologi ICT. Menggunakan video confrencing atau tele sidang; teknologi 3G dan sebagainya. Namun masih ada sedikit halangan jika salah satu pihak tidak bersedia "bersemuka" dengan pihak yang satu lagi. Jadi, bagaimana caranya untuk berkomunikasi dengan mereka yang enggan bersemuka dengan kita?

Jawapannya adalah melalui laman sosial. Melalui laman sosial seperti Facebook, segala maklumat, hasrat, permohonan, komen, kritikan akan sampai kepada sang dewa-dewa yang mungkin sedang bertapa atau sedang bersantai di atas puncak Mahameru. Usah dicari di mana mereka berada, terlalu sayup dan lazimnya tidak kelihatan di sebalik awan-gemawan yang tebal. Sungguhpun email dianggap satu saluran yang menggunakan platform ICT, tetapi sifat terlalu peribadi menyebabkan sang dewa-dewa boleh sahaja kata "Tak terima; salah alamat kot.." dan sebagainya. Tetapi melalui platform social network, kita boleh tulis pesanan pada wall Facebook mereka. Seluruh rakan-rakan atau rakyat marhain yang membuka Facebook sang dewa-dewa itu akan dapat melihat kiriman yang dipaparkan dalam ruang wall tersebut. Malah, seandainya kiriman tersebut telah dilaksanakan oleh sang dewa-dewa itu, si pengirim tersebut boleh pula mencatatkan perasaan gembira, terima kasih kerana hajatnya telah dipenuhi. Seolah-olah Facebook itu seperti sebuah klinik perkhidmatan sang dewa-dewa itu.

Sementelahan pula, kekaguman kehebatan Facebook, keupayaan Facebook dalam membina jalinan rakan seta menyampaikan hasrat kepada sesiapa sahaja turut diakui oleh kedua-dua golongan. Justeru, keterujaan untuk memiliki jalinan komunikasi tersebut bukan sahaja daripada kalangan rakyat marhain lantaran terlalu banyak perkara yang ingin disuarakan kepada golongan dewa-dewa, tetapi sang dewa-dewa juga semakin menerima jalinan komunikasi itu kerana mereka tidak perlu bergerak ke banyak kawasan untuk membantu golongan marhain yang kian tersepit lantaran terlalu banyaknya kerenah birokrasi yang kerap kali membakulsampahkan hajat, kehendak serta impian golongan marhain tersebut.


BACA LAGI...

Monday, June 7, 2010

FACEBOOK VS KARAOKE

Monday, June 7, 2010
Bookmark and Share
Kali ini aku online di tempat yang agak "eksklusif".... Dalam ruang sederhana besar, air-cond, coffe-maker, sofa sederhana empuk, televisyen, wi-fi enable.... Aku tak boleh tidak kena berada di ruang ini lebih kurang tiga jam...hehehe... kat mana ek? Hahahaha... aku di TCSC (Tan Chong Service Centre) lah... Jalan Ipoh. Sebelum ini 1st time datang aku lenggang-kangkung jer... menyebabkan aku mundar-mandir ukur ruang pusat servis ni sampai keter siap... Kali ini aku lebih bersedia menghadapi tekanan kebosanan dengan membawa laptop... Bayangkan lah aku kena bertahan sekitar jam 12 tengah hari beb!

Sabtu dan Ahad baru ni aku ke rumah sepupuku di Felda Kecau 1, Kuala Lipis. Menerima undangannya yang melangsungkan walimatul urus anaknya yang sulung... Ni 1st time ke rumahnya tu... Tak lah jauh sangat... aku tak `set pun kat ODO meter keter jarak ke situ.. tapi aku rasa tak sampai pun 300 km. Tapi aku rasa jauh sangat sebab melalui kawasan berbukit bukau.... Menghampiri Kuala Lipis, hujan punya lebat disertai dengan angin yang sangat kuat...

Aku bertolak lebih kurang pukul 12.00 tengah hari. Singgah jap di Buki Beruntung ambik adik aku dan lebih kurang 12.20 baru bertolak. Aku bawak anak aku nombor thalith sekali. Isteri dan anak-anak yang lain tak ikut sebab plan asal kami semua balik ST sebab ada program nak kemaskan rumah ayah mertua. Hari isnin ni (esok) katanya bahagian hadapan ruamah nak di robohkan untuk ditegakkan rumah batu.

Tup-tup, hari jumaat tu emak aku call tanya sapa yang nak ke Kecau? Hah? Kecau? Baru aku teringat kenduri kat rumah sepupu aku tu! Hehehehe... nampaknya aku lah yang kena pergi lah tu. Sebab emak aku ada kata ... aku pernah janji nak ke rumah sepupuku tu kalau dia kahwinkan anaknya.... Bila isteriku tak dapat nak ikut, aku pun call adik aku kat BB. Nasib baik dia setuju...

Sampai di Kecau lebih kurang pukul 6.00 petang! Berhenti rehat kat di Restoran Sri Bilut lebih kurang pukul 3.00 petang dan berhenti skali lagi di Petronas tak jauh dari K.Lipis untuk solat jama' takkhir lebih kurang 5.30 petang. Lepas tu tempuh hujan lebat selebatnya...

Sekitar jam 9.00 malam, setelah majlis tahlil usai, bermulalah "majlis" karaoke! Hahaha... paman aku (ustaz) tak lama kemudian hilang. Rupa-rupanya ke hotel muslim* tak jauh dari situ dan terus tidur di situ. Aku terpaksa layan beberapa warga emas nak masuk platinum menyumbangkan suaranya menyanyikan lagu-lagu irama 50-an kerana keter aku diblock dengan sebuah keter lain... Lalalalalaa...Kekadang sedap gak suaranya tu... tapi bila bunyi muzik lagi kuat daripada vokal.. kalau betul-betul sumbang pun tak lah ketara sangat...

Tapi bukan ini kali pertama aku mendengar alunan karaoke warga emas ni... Malah kata sorang saudara aku, karaoke dah jadi fenomena di kawasan-kawasan seperti felda! Bukan sikit jam beb! Tamat siaran sekitar 12.30 malam! Lajak sikit permit ceramah yang kena tamatkan perkataan terakhir tepat pada pukul 12.00 tengah malam.

Kata sepupuku... ada dalam kalangan warga emas tu dah bercucu! Punyalah kelakar... mereka memakai uniform yang dipakai masa majlis tahlil tadi. Baju Melayu, kain pelekat, songkok hitam dan ketayap putih. Tapi, daripada gaya serta tone suara, merreka biasa berkaraoke. Kekadang sedap gak hehehe..

Salah ke berkaraoke? Kalau tanya kat ramai orang dah tentu ada pelbagai pendapat. Tapi, oleh sebab ruang ni aku yang punya.... aku nak nyatakan pandangan aku lah... bagi aku, ada dua pandangan. Aku tak lah rigid sangat pasal nyanyi-nyanyi nih.. bagi aku kalau sekadar nak hiburkan hati sendiri tak salah... Kalau mampu nak hiburkan orang pun kira-ok kalau memang suara kita mampu menggembirakan orang yang sedang duka nestapa... Dapat pahala ker? Entahlah jangan tanya lebih-lebih lah.... hehehe..

Tapi, dalam kes berkaraoke sampai tengah malam nih, aku rasa tak berapa baik lah. Lebih-lebih lagi kalau dilakukan di tempat terbuka serta menggunakan loud speaker. Macam kat sebuah felda di Selangor... Geng warga emas ni lah gak... bernyanyi sampai tengah malam.... ada pulak tu opah-opah dan emak-emak yang turut sama! Haru gak dibuatnya... Bayangkan atok-atok dan opah-opah berkaraoke tengah-tengah malam... kalau ada cucu kat rumah macam mana? Hmm.. apa kata "cucu-cucu" orang lain yang tak dapat tidur dek nyanyian mereka itu... Ada sesetengah tempat, hampir tiap-tiap malam. Tolak malam jumaat. Sebabnya? Faham-fahamlah sendiri...

Sehingga kini aku belum menemui sampel yang sesuai untuk ditemu ramah... untuk ditanya kebaikan berkaraoke mengikut pandangannya lah... Bagus juga kalau dapat... Tapi aku tak nak janji tau... Cuma, setakat ini aku mengandaikan tak banyak kebaikan yang depa boleh bagi. Hujah pertama... daripada bosan di rumah, mereka berjumpa kawan-kawan sambil ngeteh dan ngopi... mereka nyanyi suka-suka. Selebihnya aku tak pasti kalau ada kebaikan-kebaikan lain... Tapi aku jangka ada satu hujah lain...

"Lebih baik apa... daripada macam budak-budak yang masuk internet tengah-tengah malam.. Entah apa yang depa tengok pun tak tahu... Sekurang-kurangnya macam kami ni tak buat kejer yang tak bermoral..."
Entahlah... mungkin ada benarnya. Apabila ibu bapa tak memantau anak-anaknya surfing internet tengah-tengah malam dalam bilik yang berkunci, aku setuju ia akan mengundang "bahaya" yang lebih dahsyat daripada warga emas yang berkaraoke sehingga dinihari. Kalau pun anak-anak tidak menelusuri laman-laman lucah, porno dan seks (LPS) tapi kalau mereka melayan laman-laman sosial seperti facebook, friendster, Hi5, twetter dan sebagainya sehingga lupa tidur apatah lagi pelajaran... apa ke jadahnya kan?

Bila memperkatakan buruk baik berkaraoke sehingga larut malam dan berinternet sehingga awal pagi payah gak nak cerita. Aku rasa masing-masing ada sedikit kebaikan dan banyak keburukan. Jadi statusnya, kena tinggalkan lah... Tetapi jika ia dilaksanakan dalam kondisi-kondisi tertentu sehingga mampu menambak nilai-nilai positif, statusnya sudah pasti akan beubah kepada yang lebih baik...

Umpamanya, berkaraoke... dalam rumah. Ajaklah anak isteri berkaraoke dalam ruang rehat. Lagu-lagu yang berupaya mendidik jiwa seperti nasyid, ngaji ker alangkah indahnya kalau menjadi santapan halwa telinga. Tentunya dapat merapatkan hubungan kekeluargaan... berkongsi minat yang sama ngan anak isteri atau suami... Alunan muziknya tidak;ah sampai mengganggu jiran-jiran tetangga yang mungkin tidak sesuai diganggu dengan bunyi-bunyi macam itu... kerana bukan semua orang mesra dengan muzik. Tak perlulah berkunjung ke kedai-kedai makan minum untuk berkaraoke... lebih-lebih lagi bai golongan hawa... balik dari kedai tu nanti, manalah tahu jadi benda lain pulak...

Bagi anak-anak atau golongan dewasa yang berinternet pula, jika tidak mampu mematuhi "etika" berinternet secara sihat. Onlinelah sewaktu ahli keluarga masih celik. Bila semua mulai menuju ruang peraduan, talian internet dan wi-fi ditamatkan perkhidmatannya. "Berlayarlah 'di ruang tamu atau ruang keluarga menggantikan amalan mengunci diri dalam bilik. Ia boleh mengundang perkara-perkara lain yang lebih negatif...

Tabiat gila berfacebook juga seharusnya dikawal. Tetapkan matlamat utama mengakses ke facebook. Tetapkan aktiviti kepada beberpa perkara sahaja. Sebagai contoh add friends, notofication dan personal message. Masalahnya bila kita ke top news dan most recent news... maka kita akan keluar masuk laman rakan-rakan yang akan mengambik masa yang sangat panjang... Walaupun kebanyakan ibu bapa tidak menghalang anak-anaknya berfacebook, tetapi beberapa kajian yang telah dijalankan menampakkan facebook mempunyai hubungan yang sangat signifikan dengan masalah kemersotan pelajaran anak-anak. Justru, perlu ada masa yang khusus untuk anak-anak berfacebook seumpama menetapkan masa untuk mereka menonton televisyen. Umpamanya, sejam sehari pada waktu petang. Kecuali bagi anak-anak yang tinggal di asrama, hujung minggu waktu balik ke rumah bolehlah dibenarkan anak-anak berfacebook.

Kesimpulannya, berkaraoke dan berinternet memerlukan kawalan tertentu agar tidak menyumbang kepada gejala lain yang tidak sihat. Jika si ayah berkaraoke sehingga tengah malam umpamanya, sudah tentu ada anak-anak yang akan menggunakan alasan yang sama untuk merempit atau melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah pada waktu ayahnya berkaraoke. Atau ada anak-anak yang melayari laman-laman LPS sewaktu ayahnya tiada.... Justeru, jangan biarkan aktiviti yang dilihat baik itu akhirnya menelan seluruhnya sisa-sisa kebaikan yang ada akibat sikap kita sendiri. Sesungguhnya kebaikan itu perlu diwujudkan... ia tidak akan hadir sendiri atau secara semula jadi. Kata Saidina Ali K.W.
"Suatu keburukan yang dirancang dengan baik akan mengalahkan kebaikan yang tidak dirancang dengan baik"



* masjid lah hahaha.....
BACA LAGI...

Wednesday, June 2, 2010

GURU BARU DI SESEBUAH SEKOLAH: DI MANA HARUS BERMULA?

Wednesday, June 2, 2010
Bookmark and Share
Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang. Begitulah generalisasi yang telah sekian lama dipasak dalam minda kita selaku manusia yang akan berurusan dengan ramai pelanggan. Menjadi orang yang terbilang dan tersohor dalam tanah air hatta sejagat sekalipun, belum tentu menyenangkan hati semua mata yang memandang. Ini kan pula kita insan marhain yang baru mengukir nama. Menjalankan tugas dan tanggungjawab mengikut apa yang digariskan dalam perintah am perkhidmatan di samping arahan-arahan semasa yang bersifat "tempatan" oleh pihak pentadbiran atau jawatankuasa pentadbiran.

Adakah kita mahu dilihat positif? Sebenarnya kita dilihat mengikut daripada perspektif mana setiap penilaian itu dibuat untuk melihat dan mengukur kebolehan kita. Jika ia daripada perpektif yang positif, maka positiflah yang ditemui. Sehinggakan kesilapan dan kecacatan yang berlaku sekalipun ia akan dianggap sebagai batu loncatan kepada kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang. Malah kita tentunya pernah terdengar ungkapan , "Orang yang tidak melakukan kesilapan adalah orang yang tdak pernah mencuba.."

Namun jika sebaliknya, maka negatiflah yang akan muncul dicelahan ribuan kebaikan yang sengaja diabaikan. Tiada kata pujian atau sanjungan apabila kejayaan ditempa, tetapi apabila kesilapan berlaku ia dilihat umpama "setitik nila yang merosakkan sebelanga susu..." Kesilapan itu dijaja ke hulu dan ke hilir seolah-olah "hujan setahun hapus dek hujan sehari".

Kita mungkin pernah terbaca atau mendengar ungkapan yang menyatakan... "kita adalah sebagaimana yang kita fikirkan". Jika diteliti secara halus dan mendalam, ternyata ungkapan tersebut mempunyai konotasi yang sangat mendalam. Ia merentas segala hubungan dalam bidang profesion, kekeluargaan, kemasyarakatan malah apa sahaja bidang kehidupan. Justru sebagai guru, kita juga turut terkesan dengan ungkapan tersebut. Jika kita fikir kita mampu berjaya dalam menjayakan profesion kita insya Allah kita akan berjaya lantaran keyakinan kita bahawa kita akan berjaya...

Begitu juga dalam membina hubungan yang positif dalam masyarakat. Jika kita berfikir bahawa membina hubungan yang positif dalam masyarakat itu penting, maka kita akan bersungguh-sungguh untuk mewujudkan elemen-elemen penampilan diri yang boleh diterima oleh kebanyakan orang, cara berkomunikasi yang betul serta meminimumkan benturan komunikasi dengan manusia lain, cuba untuk menyenangkan hati rakan-rakan dan sebagainya. Dan, oleh sebab lidah itu katanya lebih tajam daripada mata pedang, maka aspek public relation (PR) sangat utama untuk dijaga terutamanya dengan individu yang lebih tinggi ranking perjawatannya berbanding kita. Malangnya, ada yang beranggapan ranking tinggi dan rendah itu bukan sahaja disandarkan kepada utama atau tidaknya kedudukan jawatan seseorang, malah ada juga yang menjadikan lama dan baru berada di sesuatu tempat bertugas sebagai "ranking" kekananan dalam menentukan bentuk komunikasi dengan beliau.

Situasi yang sebegitu tentunya amat menyukarkan individu yang lebih junior dalam menentukan bentuk komunikasi kerana ada piawai tertentu yang bersifat relatif. Namun, jika kita menggunakan pendekatan "ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya..." tentunya akan lebih selamat untuk jangka masa yang lebih panjang. Jadi, ada betulnyalah ungkapan "nakal" yang sering diungkapkan oleh motivator atau sesiapa sahaja yang sering menasihati orang lain... "kita bukan sahaja perlu berniat baik, malah perlu dilihat baik". Jika sebelum ini kita sering diingatkan supaya perlu mempunyai niat yang baik... sesuatu perbuatan itu bergantung kepada niatnya... kini nampaknya kita kena buat satu lagi perkara supaya kita dilihat baik oleh manusia yang menilai diri kita.

Mungkin telah menjadi budaya masyarakat di Malaysia, penilaian bermula pada hari pertama kita berada di sesuatu tempat. Tidak kiralah di pejabat mana, sekolah mana atau lokasi mana seseorang itu berada. Semacam satu prinsip, seseorang yang baru tidak perlu terburu-buru mencipta pembaharuan atau inovasi yang menyebabkan orang lain terpaksa mengikut pembaharuan atau inovasi tersebut. Apatah lagi jika kita hanya individu biasa yang tiada apa-apa jawatan kanan atau pos yang memungkinkan kita ada kapasiti untuk melakukan perubahan dan inovasi tersebut. Sebab itulah kita akan temui pengetua dan penolong kanan yang mengambil masa agak lama bagi menyatakan dasar atau pembaharuan yang perlu dilakukan oleh orang bawahannya. Hal itu dilakukan kerana mahu meminimumkan halangan komunikasi untuk kontak yang lebih harmoni dengan staf bawahannya. Pendekatan tersebut dilihat seumpama "menarik rambut dalam tepung", rambut tidak putus, tepung tidak berserak. Sikap teliti dalam mewujudkan hubungan yang lebih konstruktif dengan orang bawahan menyebabkan seorang pengetua atau penolong kanan memahami terlebih dahulu budaya atau sub budaya di sesebuah sekolah.

Walaupun sebagai pengetua dan penolong kanan, mereka ada "kuasa" mengarah dan mengerah semua orang bawahan mengikut serta melaksanakan setiap pembaharuan, sikap sebegitu tentunya akan menjadikan hubungan sosial antara pihak pentadbir dan yang ditadbir berada dalam situasi yang sangat tidak harmoni. Jadi, nampaknya jika kita sebagai kakitangan biasa tentunya terlebih-lebih perlu memikirkan dan mematut-matutkan bagaimana untuk merealisasikan setiap pembaharuan dan inovasi yang bersarang dalam minda kita itu. Jika kita tidak cakna dengan budaya yang sebegitu, nescaya kita dilihat telah mulai "mengumpulkan musuh-musuh" di sekeliling kita sebelum kita menemui rakan-rakan yang dapat membantu kita sewaktu diperlukan. Apabila kita berada dalam kondisi tersebut, sebenarnya kita terpaksa melalui satu perjalanan yang sukar seumpama berjalan di atas jalan yang penuh duri... Jika kita beranggapan bahawa kita telah punyai persiapan yang rapi untuk melalui jalan tersebut sekalipun, lambat laun kita akan terpijak juga duri-duri tersebut, apatah lagi jika kita tersilap pilih jalan sedangkan kita tidak punyai apa-apa kelengkapan yang secukupnya. Bukan mudah pula untuk merintis jalan keluar daripada kemelut tersebut jika kita telah tersesat jalan...

Begitulah sukarnya untuk melaksanakan sesuatu idea yang hebat jika kita diklasifikasi sebagai junior di sesuatu lokasi baru. Jelasnya, melaksanakan sesuatu idea yang terbukti hebat sekalipun, belum pasti akan mendapat impak yang sama jika dilaksanakan di lokasi yang berlainan. Mungkin langkah "menawan" hati sebahagian besar manusia di sesuatu lokasi baru itu terlebih aula daripada terus-terus melaksanakan pembaharuan atau inovasi tersebut. Mungkin kita perlu membuktikan kejayaan sesuatu pembaharuan atau inovasi dalam ligkungan tugas kita terlebih dahulu sebelum mengajak rakan-rakan lain yang bersedia melaksanakan idea tersebut bersama-sama melaksanakannya. Akhirnya barulah idea tersebut "dijual" kepada khalayak yang lebih ramai.

Jelasnya, perspektif positif dan negatif orang lain terhadap kita bermula pada hari pertama kita berada di sesuatu lokasi baru. Keupayaan meletakkan diri kita secantiknya pada pandangan orang lain dilihat akan mewujudkan perspektif yang lebih baik untuk hari-hari yang seterusnya untuk diri kita. Keupayaan meletakkan diri sebagai orang baru lantas mendekati orang lain yang lebih senior akan menambah-nambahkan lagi perspektif positif orang lain kepada kita. Seterusnya sikap bersedia belajar dan tidak menolak tugas yang diberi sudah pasti akan menambat hati staf yang lebih senior. Kerana, jika kita sesekali tersilap dalam melaksanakan sesuatu tugasan, merekalah yang akan membela kita...

BACA LAGI...

Tuesday, June 1, 2010

KISAH SUAMI PILU 5: BERAKHIRNYA BABAK SATU...

Tuesday, June 1, 2010
Bookmark and Share
Hari berganti pekan dan kini masuk dua purnama episod si suami menjatuhkan talak di sebuah mahkamah syariah di utara tanah air berlalu. Kalau dikira tiga kali quru' (suci), waktu 'idah aku kira masanya telah pun sampai. Aku cuba bertanya kepada sahabat yang sering mengutus berita kepadaku namun gagal. Entahlah, barangkali masing-masing dengan plan masing-masing lalu tiada berita yang penting untuk dimaklumkan kepadaku...

Sepatutnya kes tersebut perlu dirujuk kembali kepada mahkamah syariah semula bagi menentukan siapa yang berhak menjaga anak-anak. Walaupun secara zahir bekas isterinya (BI) dilihat sangat berkelayakan untuk mendapat hadanah sepenuhnya untuk kelima-lima anak mereka, namun sewaktu si suami (SS) menjatuhkan talak tempoh hari, aku dimaklumkan ss hendak menuntut sebahagian atau sepenuhnya anak-anak mereka itu.

Menurut sahabatku itu, latar belakang keluarga belah BI itu dilihat tidak boleh menjadi teladan yang baik sewaktu anak-anak sedang membesar. Boleh dikatakan seluruh keluarganya berantakan dan sangat-sangat tidak harmoni. Panjang ceritanya kalau hendak dinukilkan dalam ruang ini... daripada cerita tersebut aku rasa SS berpeluang untuk mendapatkan hak penjagaan walaupun mungkin tidak semua kerana dua anak yang kecil sekali masih menyusu ibunya.

Pada minggu lepas aku menerima beberapa keping kad undangan walimatul urus. Daripada dua tiga kad yang aku terima aku terkejut kerana salah satu kad tersebut datangnya daripada SS yang aku ceritakan dalam ruang ini. Wah! aku mesti nak datang... nampaknya aku terpaksa menolak satu lagi undangan bekas penolong kanan sekolahku yang menghawinkan anak lelakinya kerana jarak rumah SS itu agak jauh iaitu kira-kira dua jam setengah perjalanan maka aku tidak berupaya berada di dua tempat yang berlainan pada satu masa yang sama.

Entah bagaimana akhirnya aku dapat pula berhubung dengan rakan yang sering menjadi informer kepadaku. Oleh itu aku menyatakan hasrat untuk pergi ke majlis tersebut dan ingin berbual panjang dengan rakanku itu sebelum atau selepas majlis walimah. Rupa-rupanya hasratku itu disampaikan kepada SS. Dan, pada petang khamis SS menelefon aku... Katanya, jika aku tidak berkeberatan, dia menjemput aku hadir sehari lebih awal iatu pada hari Jumaat dan terus menjadi sebahagian daripada rombongan keluarga SS ke rumah pengantin perempuan pada hari sabtu.

Setalah berbincang dengan isteriku, akhirnya pada lewat pagi Jumaat aku bergerak ke arah utara menuju sebuah pekan kecil P. Hanya anakku yang nombor thani yang tidak ikut kerana masa tu bukan time balik dari asrama. Secara kebetulan pula pada hari tersebut cuti umum Wesak, jadi isteriku tidak banyak soal untuk mengadakan "outing" mengejut.

Perjalanan yang lancar melalui jalan lama kekadang sangat menyegarkan. Melalui kampung demi kampung Melayu tradisi sehinggalah menjelang solat Jumaat aku sampai ke laman SS. Aku rasa sedikit gementar kerana aku tidak pernah bersua sebelum ini. Cuma ajakan sungguh-sungguh daripada SS melalui telefon beberapa hari lalu menjadikan aku tidak berupaya menolaknya... Apa yang aku lebih tersentuh ialah, dia mengikuti seluruh tulisanku dan ramai rakan-rakanhya yang tidak tahu hujung pangkal kisahnya itu menjadi tulisanku itu sebagai rujukan untuk mengetahui ceria duka perkahwinanya yang terdahulu sehinggalah detik berpisah.

Namun aku tidak berupaya menolak rasa gementar kerana bimbang kalau-kalau ada cerita yang aku tulis tidak tepat. Maklumlah ia seratus persen bergantung kepada maklumat yang aku terima dan pandangan peribadiku sendiri. Mujurlah sampai sahaja di rumah SS, aku mengecam wajah rakanku di celahan manusia yang agak ramai itu. Rasa sedikit silu apabila seluruh mata yang ada menyorot ke arah kami sekeluarga. Aku mengesyaki di sebelah rakanku itulah SS. Sederhana tinggi, berkulit sawo matang sambil berkumis dan janggut nipis sambil melemparkan senyuman kepada kami.

Tepat sekali agakanku. Rakanku, R dan H dan emak H menghampiri kami. Kami bersalaman-salaman. Persis keluarga lakunya walaupun itulah kali pertama kami bertemu. Memandangkan waktu solat Jumaat sudah hampir, aku mempelawa R dan H serta ayah H naik MPVku menuju ke masjid yang sederhana jauhnya dari rumah H. Kampung tempat tinggal H dilingkungi dengan kehijauan kelapa sawit dan dusun buahan. Kelihatan juga pepohonan getah tua yang kelihatannya sudah tidak ditoreh lagi.

Sejujurnya, aku tidak faham sangat dengan apa yang disampaikan oleh khatib tua yang membaca khutbah tersebut. Bahasa Melayu dialek seberang yang agak pekat. Ditambah pula dengan rasa ngantuk teramat sangat menjadikan suara khatib tenggelam timbul. Sedar-sedar pehaku ditepuk oleh seorang makmum di sebelahku, khatib sudah usai membaca khutbahnya rupanya!

Berada di rumah emak bapak H, aku rasa sangat terharu. "Sambutan" yang aku terima sungguh luar biasa. Keluarganya yang ramah-tamah menjadikan aku rasa aku bukan orang asing di situ. Masya Allah, begitulah kuatnya ukhuwah masyarakat desa dengan tetamunya. Anehnya, anak-anakku yang biasanya agak payah menyesuaikan diri dengan orang yang tidak kenali elok bermain dengan kawan-kawan yang baru dikenalinya. Isteriku, berada di dapur membantu apa-apa yang patut...

Cuaca yang agak redup ditambah dengan desiran angin sore menjadikan ruang serambi rumah H adalah tempat yang paling sesuai untuk kami bersembang. Tanpa aku meminta, H bercerita kepadaku satu persatu apa yang telah berlaku selepas perceraianya tempoh hari sehinggalah cerita-cerita terkini tentang dirinya.

H berkata, BI ada membuat beberapa plan agar mereka merujuk kembali. Fikir sekali memang ada rasa simpati terutamanya apabila melihat anak-anak. Namun bila difikirkan sejarah lampau, H sudah serik untuk berkongsi hidup dengan BI. Meskipun BI menyatakan hasrat ingin kembali tetapi sms yang dihantar penuh dengan "ugutan" yang menampakkan seolah-olahnya H lah yang bersalah. Umpamanya ungkapan..
"... pintu untuk kembali masih terbuka... atau tunggulah balasan Allah S.W.T. kepada manusia yang ingkar akan larangan-Nya.."
Bukan satu, dua malah belasan sms yang lebih kurang mahfumnya dihantar kepada H.
"Begitukah ayat daripada seorang isteri yang meminta suaminya merujuk dirinya kembali... Tanpa maaf yang bersungguh-sungguh malah sebaliknya tetap dengan egonya... kepala batunya..." Luah H dengan wajah yang menyinga.
Menurutnya, sehingga detik akhir waktu 'idah pun dia masih menerima sms yang sama daripada BI. Lalu H membalasnya dengan menyatakan...
"Aku sudah tobat untuk hidup bersama-sama kamu lagi.."
Menurut H lagi, pada dua minggu lepas BI ada menghubungi H supaya datang ke rumah mertuanya untuk mengambil anak-anak. Terkejut beruk H apabila peluang sebegitu datang secara tiba-tiba. Sebab, sebelum ini BI tidak membenarkan H bertemu anak-anaknya. Kali terakhir H bertemu anak-anaknya sewaktu BI mengerjakan umrah. Masa tu sebelum H menjatuhkan talak secara rasmi di mahkamah syariah.

Tanpa berfikir panjang H mengambil anak-anak. Tetapi ada beberapa syarat yang mesti H penuhi. Agak pelik bunyinya... umpamanya, anak-anak tidak boleh tidur dengan neneknya. Jika sakit jangan bawa ke mana-mana melainkan bacaan ayat-ayat sifa' daripada ayahnya sahaja dan beberpa syarat lain yang aku sudah lupa. Sewaktu tarikh pemulangan anak-anak sudah sampai, H menerima kata dua dari BI supaya H mematuhi masa penghantaran iatu tepat pada pukul 3 petang di sebua masjid berhampiran dengan rumah emak mertua H. Agak pelik... seolah-olah H bukan ayahnya yang masih ada hak menjaga anak-anaknya itu...

Menurut H, penghantaran anak-anak tersebut merupakan perancangan BI. Masa tu tempoh 'iddah masih ada lagi. Justeru dengan adanya anak-anak diharapkan H akan rasa simpati dan akhirnya H akan kembali semula dengan BI. Begitulah idea BI.

Rupa-rupanya dalam tempoh beberapa bulan ini juga ramai rakan H yang bersimpati cuba memperkenalkan calon-calon isteri kepada H. Mulanya H berpendirian tidak mahu tergesa-gesa berumah tangga semula... Tapi menurut H, emaknya risau melihat dirinya yang kebingungan apabila terkenangkan anak-anak yang jauh di mata. Biasanya kalau di rumah, dialah yang banyak menguruskan anak-anak. Jadi, apabila anak-anak dikawal sepenuhnya oleh BI, H berasa sangat sepi... kosong...

Dengan takdir Allah S.W.T. hatinya terpaut pada seorang cikgu yang dikenalkan oleh salah seorang rakannya. Dengan latar belakang kehidupan berkeluarga yang hampir sama menjadikan mereka ada persamaan pengalaman lampau yang perlu dikongsi bagi membina satu kehidupan baru yang lebih bahagia. Begitulah kata H kepadaku. Selain daripada itu, dengan perkahwinan tersebut menjadi satu asas yang kuat bahawa H boleh menuntut hak penjagaan anak-anak daripada BI.

Cerita panjang lebar itu beberapa kali ditangguhkan. Solat Asar, solat maghrib, makan malam dan berakhir sekitar pukul 10.00 malam. Tetapi, aku lupa sama ada H meminta aku menulis tentang cerita yang tersebut. Walau bagaimanapun, aku berani mengandaikan bahawa dia tidak melarang aku menulis dalam ruang ini... menyuruh juga tidak, memandangkan bukan mudah untuk menulis cerita yang berbelit-belit tersebut, dan tentunya akan mengambil masa yang lama.

Malangnya aku tidak berupaya menerima pelawaannya untuk mengikuti rombongan pegantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. Aku kena segera balik ke TM kerana pada hari Ahad, aku akan menghadiri mesyuarat di KL. Namun, sebelum aku bertolak balik emak H mohon agar aku mendoakan kebahagian untuk H bersama isteri barunya... Insya Allah.

BACA LAGI...

Thursday, April 1, 2010

Pendidikan Seks Di Sekolah - Isu Yang Masih Belum Selesai

Thursday, April 1, 2010
Bookmark and Share
Oleh; Siti Fatimah binti Abdul Rahman.

Beberapa bulan yang lalu, saya telah mewakili IKIM ke satu persidangan meja bundar (satu sesi brain-storming, sebenarnya) mengenai �pendidikan zuriat�. Dari tajuk itu, apa yang terbayang di kepala saya ialah �persidangan� itu akan membincangkan tentang pendidikan anak-anak. Sebagai wakil IKIM, pada jangkaan saya, saya perlu mengenengahkan kandungan serta pendekatan mendidik anak-anak dari perspektif Islam. Saya pun mempersiapkan diri dengan input-input yang saya rasa dapat dimanfaatkan oleh para peserta �persidangan� tersebut.

Apabila �persidangan� itu bermula, barulah saya ketahui bahawa perjumpaan tersebut bukan bertujuan untuk membincangkan tentang pendidikan anak-anak tetapi ia menjurus tentang isu pendidikan seks � perlu atau tidak ia diajar di sekolah?, jika tidak, siapa yang perlu memberi khidmat tersebut?, kandungan pendidikan itu dan seumpamanya.

Nampaknya masyarakat kita begitu sensitif dengan perkataan �pendidikan seks� sehingga istilahnya terpaksa ditukar untuk mengelakkan tentangan dari ahli masyarakat terutamanya ibubapa. Malangnya, pertukaran istilah itu tidak memberikan gambaran sebenar tentang maksud sebenar yang ingin diketengahkan oleh penganjur. Mungkin juga ini berlaku kerana penganjur � mengetahui kepentingan pendidikan seks � sengaja menukar istilah itu agar pendidikan seks akhirnya diterima oleh masyarakat kita. Tetapi, wajarkah pertukaran istilah itu dibuat semata-mata untuk mengaburi mata �orang kebanyakan�? Bagi orang kebanyakan pula, tidakkah anda merasa terhina bila mengetahui bahawa istilah pendidikan zuriat itu sebenarnya pendidikan seks yang ditukar istilahnya bagi menjamin penerimaan masyarakat sekeliling?

Itulah keadaannya dalam masyarakat kita. Setelah bertahun-tahun kita berbincang tentang keperluan mengadakan pendidikan seks di sekolah, ia masih belum diterima sepenuhnya. Walaupun ramai yang mengakui keperluan pendidikan seks kepada anak-anak, tetapi masih ada ibubapa yang marah-marah bila mengetahui pendidikan seks diajar di sekolah.

Kemarahan ini wujud kerana ibubapa bimbang sekiranya anak-anak diajar tentang pendidikan seks, rasa ingin tahu mereka tentangnya akan membuak-buak, lantas dengan ilmu yang mereka perolehi itu, mereka akan mencubanya sendiri.

Walau bagaimanapun, ada ibubapa yang merasa lega jika sekolah dapat memberikan pendidikan seks ini kepada anak-anak mereka. Ini kerana mereka sendiri tidak tahu bagaimana untuk menerangkannya di samping wujudnya rasa malu untuk menerangkan perkara tersebut. Jadi, jika tugas itu dapat diambil oleh pihak sekolah, ibubapa ini amat mengalu-alukannya. Ia bukan sahaja dapat meringankan beban mereka tetapi juga memastikan bahawa anak-anak mendapat ilmu yang berkaitan dari sumber-sumber yang bertangungjawab dan bukannya bergantung kepada majalah, internet atau rakan sebaya.

Kebimbangan tentang anak-anak akan bereksperimen dengan ilmu yang mereka perolehi dari pendidikan seks ini sepatutnya tidak berlaku. Ini terbukti bila mana banyak perkara yang kita belajar di sekolah tetapi ia tidak menyebabkan kita mencubanya. Misalnya, di sekolah kita diajar tentang tenaga elektrik, tetapi tiada seorang murid pun yang bereksperimen dengan perkara ini dengan cara yang boleh memudaratkan mereka. Ini kerana mereka bukan sahaja diajar tentang tenaga elektrik dan kegunaannya, tetapi juga tentang potensinya untuk mendatangkan mudarat. Malah, pelajar juga diajar tentang langkah berjaga-jaga dalam menangani tenaga eletrik agar ia tidak memudaratkan. Dengan ilmu yang menyeluruh tentang sesuatu perkara seperti ini, para pelajar akan terbimbing dengan apa yang boleh dan tidak boleh dalam berhadapan dengan sesuatu elemen yang dipelajari.

Kita sepatutnya melihat isu pendidikan seks ini dari perspektif yang sama. Pendidikan seks bukan hanya mengajar anak-anak bagaimana melakukan hubungan seks. Tetapi ia merangkumi ilmu-ilmu lain yang sehubungan dengannya seperti fungsi reproduktif manusia, penjagaan kesihatan, bila masa yang sesuai untuk melakukannya, kesan-kesan darinya dan berbagai perkara lagi. Dengan mengetahui segala-galanya ini, mereka akan menjadi lebih terbimbing apabila berhadapan dengan seks dan seksualiti.

Termasuk di dalam pendidikan seks ini ialah pengajaran tentang nilai-nilai yang seharusnya wujud bersama hubungan seks tersebut. Misalnya, nilai masyarakat Malaysia bahawa hubungan seks hanya patut berlaku selepas berkahwin, juga hubungan tersebut perlu disertakan dengan rasa kasih sayang, tanggungjawab dan seumpamanya.

Bagi mereka yang menyokong idea agar pendidikan seks diajar di sekolah, selain merasakan ilmu tersebut perlu, mereka juga merasakan jika tidak diajarpun, anak-anak itu akan memperolehnya dari sumber-sumber yang lain seperti internet dan rakan sebaya. Maklumat yang mereka perolehi dari sumber-sumber ini tidak semestinya betul. Ini ditambah dengan hakikat bahawa �nasihat-nasihat� yang datang bersama maklumat tadi, tidak semestinya berguna kepada anak-anak kita. Oleh yang demikian, adalah lebih baik jika anak-anak memperolehi maklumat berkaitan perkara ini dari mereka yang lebih dewasa dan bertanggungjawab.

Ada yang berpendapat bahawa ibubapa adalah orang yang terbaik untuk mendidik anak-anak mereka dengan ilmu ini. Ini kerana selain menerangkan hal-hal yang berkaitan dengan seks, mereka juga menjadi �contoh hidup� (living example) untuk anak-anak tadi. Misalnya, ikatan perkahwinan menghalalkan hubungan seks antara ibu dan bapa; hubungan seks itu pula wujud diiringi dengan nilai-nilai cinta, kasih sayang dan rasa tanggungjawab; hubungan intim itu menghasilkan anak-anak yang bukan sahaja menguatkan kasih sayang antara keduanya tetapi juga yang hadir bersama tanggungjawab-tanggungjawab tertentu; dan sebagai-sebagainya.

Sehubungan dengan isu pendidikan seks ini, Islam melihat orang yang lebih sesuai untuk melakukannya ialah ibubapa sendiri. Dalam buku yang bertajuk Pendidikan Anak-anak Dalam Islam yang ditulis oleh Abdullah Nasir Ulwan, beliau menyebut bahawa pendidikan anak-anak dalam Islam ini meliputi tujuh komponen dan salah satunya ialah pendidikan seks. Adalah menjadi tanggungjawab kedua ibubapa untuk memberikan pendidikan seks ini kepada anak-anak mereka.

Abdullah menyebut bahawa pendidikan seks bermaksud mengajar anak secara berterus-terang sejak ia mula berakal dengan faktor-faktor yang berkait rapat dengan seks. Pendidikan seks ini perlu diberi secara bertahap mengikut perkembangan umur anak-anak. Misalnya, pada usia 7 � 10 tahun anak-anak perlu diajar tentang adab meminta izin dan adab-adab penglihatan. Pada usia 10 � 14 tahun pula, mereka perlu dijauhkan dari perkara-perkara yang boleh menimbulkan nafsu berahi. Pada usia 14 � 16 tahun, mereka perlu didedahkan kepada adab-adab perhubungan seks. Pada usia baligh/dewasa mereka perlu diajar untuk memelihara diri (terutamanya bagi anak-anak yang belum mampu untuk berkahwin).

Di samping itu, saya merasakan Islam juga secara tidak langsung mahu kita mendidik anak-anak dengan pendidikan seks ini melalui syariat-syariatnya yang lain. Misalnya untuk bersembahyang dan berpuasa, kita perlulah suci dari haid dan nifas juga tidak dalam keadaan berjunub. Jadi, mahu tidak mahu, kita perlu menerangkan kepada anak-anak tentang makna perkataan berjunub itu. Sekalipun kita menukarkan bahasa itu ke Bahasa Malaysia iaitu �mengadakan hubungan kelamin�, kita masih perlu menerangkan apa yang dimaksudkan dengan hubungan kelamin itu.

Jadi, kita dapati dalam Islam pendidikan seks itu bukan bertumpu kepada cara-cara melakukan hubungan seks semata-mata tetapi juga banyak perkara lain lagi seperti pemeliharaan diri dari melihat perkara-perkara yang boleh meransang nafsu, juga cara untuk memelihara diri dari melakukan seks di luar perkahwinan, kesucian diri dan sebagainya.

Bagi ibubapa yang merasa tidak selesa untuk membincangkan hal ini dengan anak-anak, belikan mereka buku yang bersesuaian untuk mereka baca (dan kemudian bincangkan bersama). Ini kerana ada banyak perkara yang perlu diketahui oleh mereka berkaitan seks dan seksualiti selain dari cara-cara melakukan hubungan seks. Misalnya, mereka perlu tahu tentang risiko penyakit kelamin yang berjangkit akibat dari hubungan seks yang kasual. Mereka juga perlu tahu tentang penderaan seksual dan rogol serta apa yang perlu dilakukan jika perkara ini berlaku kepada mereka. Ramai kanak-kanak yang masih mentah yang tidak tahu mereka dianiaya secara seksual atau dirogol kerana pengetahuan tentang seks ini tidak pernah didedahkan kepada mereka.

Selain itu remaja juga perlu tahu apa yang terkandung dalam undang-undang berkaitan seks. Misalnya membuat hubungan seks dengan mereka yang di bawah umur adalah dianggap sebagai jenayah rogol. Ramai remaja bawah umur yang melakukan hubungan seks tanpa mengetahui perkara ini. Begitu juga kalau mengikut Undang-undang Jenayah Syariah, ia dianggap sebagai zina dan boleh dikenakan hukuman.

Pada peringkat usia remaja juga, berbagai desakan yang mereka terima dari rakan sebaya mahupun teman lelaki atau wanita mereka sendiri. Misalnya, ramai yang didesak untuk membuktikan cinta dengan mengadakan hubungan seks. Tanpa tempat rujukan yang wajar (ibubapa), remaja mungkin terdorong untuk melakukannya kerana takut kehilangan orang yang mereka cintai.

Jika tidak didesak oleh teman lelaki atau teman wanita, remaja mungkin didesak oleh rakan sebaya. Rakan-rakan memang selalu mencabar atau memberi maklumat yang salah seperti mengatakan �Semua orang dah melakukannya, kamu bila lagi?�. Maklumat-maklumat seperti ini perlu diperbetulkan oleh orang yang lebih dewasa. Dalam menghadapi desakan-desakan ini, para remaja perlu diajar untuk berkata �Tidak mahu�. Dalam banyak keadaan, apabila remaja mula membuka mulut untuk memperkatakan tentang seks, ibubapa terus memarahi mereka. Ini bukanlah jalan yang bijak. Tentu saja rasa marah itu wujud tetapi dengan memarahi tanpa membuka minda mereka tentang mengapa perbuatan itu tidak patut berlaku hanya akan membuatkan remaja menjauhkan diri dan mungkin mengambil keputusan untuk melakukannya.

Jadi ternyata pendidikan seks merangkumi banyak perkara dan bukannya teknik dalam hubungan kelamin semata-mata. Jadi, kita perlu melihat isu ini secara lebih meluas dan terbuka.

Bagi ibubapa yang menghalang pendidikan seks dari diajar di sekolah, kita boleh faham kebimbangan mereka. Namun, untuk merasakan pendidikan seks tidak perlu diajarkan kerana merasakan anak-anak itu akan tahu sendiri, bukanlah satu tindakan yang bijak. Bagi saya, ibubapa ini tidak ada pilihan lain. Sama ada mereka membenarkan ia diajar di sekolah, atau mereka sendiri yang perlu mengajarnya. Jika tidak, memang anak-anak itu akan tahu sendiri tetapi kita bimbang mereka mengetahuinya dari sumber-sumber yang mungkin menjerumuskan mereka ke kancah yang ingin kita elakkan itu.

Lagipula, telah terbukti bahawa tanpa ilmu yang secukupnya ramai remaja yang tersilap langkah dan terpaksa mengakhiri hidup dengan pengalaman yang tidak menyenangkan. Misalnya, ramai pelajar sekolah yang dihidapi AIDS akibat hubungan seks rambang dan ramai juga yang mengandung anak di luar nikah akibat hubungan seks yang tidak sepatutnya berlaku.

Secara peribadi, saya merasakan tentangan hebat yang timbul adalah kerana para ibubapa tidak tahu apa sebenarnya isi kandungan subjek yang dinamakan pendidikan seks ini. Sekiranya mereka tahu, tentulah mereka lebih terbuka untuk menerimanya. Walaupun demikian ia bukanlah satu sebab untuk kita melatah. Sebagai masyarakat yang berilmu, apabila kita ingin menerima atau menolak sesuatu idea, kita perlu fakta yang lengkap. Adalah tidak bijak untuk kita menerima atau menolak sesuatu berdasarkan kepada agakan atau syak wasangka semata-mata.

Di pihak Kementerian Pendidikan pula, penyebaran maklumat tentang perkara ini perlulah meluas. Dalam isu yang sesensitif ini, para ibubapa mahu tahu apakah sebenarnya kandungan pendidikan seks itu � tidak kiralah di mana sahaja ia diselitkan : sebagai satu matapelajaran atau diselitkan dalam mata pelajaran yang lain. Dengan mengetahui kandungan keseluruhan subjek ini, maka barulah ibubapa dapat membuat penilaian yang lebih bijak berkaitan isu ini. Ini juga dapat mengelakkan mereka dari melatah setiap kali anak menceritakan bahawa guru mengajar mereka cara untuk melakukan hubungan seks.

Ketiadaan maklumat ini mungkin sahaja menimbulkan kebimbangan yang tidak wajar. Kita lihat sahaja apa yang berlaku kepada isu sekolah wawasan yang hanya ditentang bila media menyentuh tentangnya sedangkan sekolah wawasan telahpun dilaksanakan di beberapa kawasan dengan jayanya tanpa keluhan mana-mana pihak.

Dengan maklumat yang terang dan jelas serta tersebar meluas, saya merasakan pendidikan seks di sekolah akan lebih diterima dan tidak perlulah kita mengubah istilahnya semata-mata ingin agar pendidikan seks diterima ramai.

---------------------------------
Aku kira artikel ini agak baik untuk dibaca. Sekali gus cuba menjawab pertanyaan seorang rakanku berkaitan isu pendidikan seks di sekolah.

BACA LAGI...

Thursday, March 25, 2010

CERITERA PILU SEORANG SUAMI 4

Thursday, March 25, 2010
Bookmark and Share
Rupa-rupanya tarikh yang dinyatakan "suatu hari dalam bulan Mac" itu ialah 23 Mac 2010. Si suami dan isteri ke mahkamah rendah syariah untuk meneruskan proses penghakiman yang tertangguh kira-kira sebulan yang lalu.

Dalam menunggu tarikh tersebut beberapa persitiwa penting telah berlaku. Mengikut rakan yang akrab dengan si suami, isterinya menunaikan umrah ke Makkah pada awal bulan Mac yang lalu. Menurut beliau, pada mulanya si isteri hendak pergi secara senyap-senyap, tapi oleh sebab dia sedar berstatus isteri, sedangkan ke tanah suci merupakan tempat yang suci.. mungkin dibimbangi akan mengundang kesukaran semasa berada di sana maka si isteri memohon kebenaran daripada suami. Si suami terkejut besar dengan kehendak isterinya itu. Bila ditanya mengapa tergesa-gesa hendak pergi dan kenapa tidak menunggu selesai sahaja 23 Mac sahaja? Si isteri menjawab, dia hendak menenangkan fikiran sambil bersedia untuk menghadapi proses kehakiman yang akan berlangsung. Satu soalan yang lain berkaitan dengan kelulusan olah pihak penganjur program umrah tersebut membenarkan si isteri pergi ke Makkah tanpa muhrim terjawab dengan wujudnya "tumpang mahram". Iaitu si isteri menumpang nama kepada satu keluarga rakannya.

Mengikut sumber yang agak rapat dengan si isteri, rupa-rupanya si isteri ingin memohon kepada Allah S.W.T. agar proses perceraian tidak akan berlaku. Mungkin itu satu-satunya talian hayat yang ada bagi "menyelamatkan" ikatan perkahwinan mereka. Aku kira satu niat yang sangat bagus. Sepanjang isterinya isterinya ke Makkah, si suami menjaga empat daripada lima orang anak-anaknya di rumah emakknya.

Sekembalinya si isteri selama dua minggu di Makkah, si suami pun menghantar anak-anaknya ke rumah sewa isterinya. Sewaktu berada di rumah sewa itu satu sesi dialog empat mata diadakan bagi menghadapi tarikh 23 Mac. Enam perkara (yang aku tak pasti buah butirnya secara terperinci) telah dibincangkan secara agak detail. Cuma apa yang dimaklumkan, si isteri enggan menerima tuntutan si suami bahawa dia berlaku nusyuz. Mengikut seorang pensyarahnya, dia tidak dianggap nusyuz sedangkan yang lebih ramai menyatakan sebaliknya. Oleh sebab si suami mahukan win-win situation, si suami menerima permohonan isterinya serta bersetuju menyerahkan kelima-lima orang anaknya dibawah jagaan si isteri. serta memberikan nafkah kepada anak-anak sebanyak RM500 sebulan. Manakala si suami meneruskan beberapa tuntutan yang lain termasuklah hak melawat anak-anak sewaktu cuti sekolah dan lain-lain hari yang sesuai..., menafikan hak nafkah 'iddah dan mut'ah, menafikan hak tuntutan harta sepencarian dan beberapa perkara yang lain terhadap isterinya... Maksudnya, istilah nusyuz ditarik balik tanpa menghapuskan implikasi nusyuz dalam konflik antara mereka berdua. Akhirnya kedua-dua pihak bersetuju...

Entah macam mana... selang sehari, si isteri menarik balik persetujuan tersebut. Mungkin juga kesan daripada pandangan lawyernya. Justeru... si suami memohon pandangan daripada rakan-rakan lawyernya berkaitan dengan perkara tersebut. Antara pandangan yang paling jumhur, sekiranya persetujuan luar mahkamah tersebut tidak diperolehi di depan hakim... hanya proses menjatuhkan talak sahaja yang boleh dilakukan. Manakala lain-lain tuntutan perlu difailkan dalam sebutan yang lain...

Kekusutan tersebut amat memeningkan kepala si suami. Tergerak di dalam hati kecilnya untuk membatalkan sahaja proses mahkamah tersebut. Tetapi apabila melihat kembali perjalanan hidup selama lebih 3,650 hari yang lalu... dia rasa tidak berupaya untuk meneruskan hidup bersama isterinya itu. Apatah lagi pemikiran dan pandangan si isteri tetap tidak berubah selepas pulang dari Makkah. Keadaan ding-dong sewaktu membuat keputusan dan pertimbangan ternyata tidak berubah... Maka, biarpun penuh dengan keadaan-keadaan yang sukar diramal dia perlu meneruskan proses mahkamah tersebut.

Tarikh penting itu tiba juga akhirnya. Seperti dalam episod yang lalu... si suami bersama emak, abangnya dan seorang rakannya hadir ke mahkamah sebagai tanda sokongan terhadap si suami. Alangkah terkejutnya, si isteri hanya datang bersama lawyernya sahaja. Ternyata janjinya untuk tidak akan menggunakan khidmat lawyer tidak benar. Manakala, berseorangan dari selatan ke utara tanah air menaiki kenderaan awam menghadapi detik genting seperti itu ternyata satu tindakan yang sangat berani dan nekad... Ke mana perginya rakan dan sanak saudaranya yang lain? Atau si isteri sudah pasrah sepenuhnya dengan apa yang akan berlaku ataupun dia sendiri benar-benar keseorangan dalam menghadapi masalah yang direkanya itu?

Si suami masih belum putus asa untuk mengadakan perbincangan sebelum sesi mahkamah bermula. Atas persetujuan si isteri, mereka berjumpa bagi mencari kata sepakat di luar mahkamah untuk membolehkan situasi menang-menang bagi kedua-dua pihak. Cuma pada kali ini si suami menyatakan segala pernyataan secara bertulis. Si suami menarik nafas lega kerana si isteri bersetuju dan menandatangani "surat" tersebut.

Kedua-dua belah pihak dipanggil masuk ke kamar hakim sekitar 12.30 tengah hari... Selepas lebih kurang 20 minit sesi berlangsung, si suami keluar dari bilik hakim dengan menggeleng-gelengkan kepalanya... Rupa-rupanya si isteri sekali lagi enggan menerima pernyataan yang telah ditandatanganinya itu... Dia hanya bersetuju untuk diceraikan sahaja!

Proses seterusnya berlaku di dalam bilik Sulh. Berlaku lagi perselisihan pendapat antara suami dan isteri di depan hakim... Antara isu yang agak pelik ialah si isteri menuntut harta sepencarian untuk anak-anak pula! Suatu pernyataan yang tidak pernah dibincangkan sebelum ini. Si suami tergamam seketika, namun peguam si isteri hanya mengangguk-angguk sahaja. Setahunya hanya ada istilah harta sepencarian antara suami-isteri. Adakah si isteri menganggap selepas perceraian berlaku maka si suami terputus hubungan dengan anak-anaknya? Sedangkan hakikatya anak-anak masih anak-anak mereka yang akan mendapat nafkah daripada ayahnya!

Setelah diberi kata dua oleh hakim, akhirnya dengan rasminya talak telah dijatuhkan. Proses penjatuhan talak berlaku agak dramatik. Tatkala si suami membaca teks perceraian, perasaan hiba tiba-tiba bertamu dalam kalbu... Rasa syahdu mengiringi perasaan sebak sewaktu membaca bait-bait teks tersebut. Agak aneh... si isteri walaupun begitu bersungguh-sungguh mahu meneruskan ikatan perkahwinan itu tidak pula kelihatan sedih! Menangis jauh sekali... sebaliknya mampu mengukir garis senyuman dibibirnya! Ternyata amat sukar diduga sekali pemikiran dan perasaan si isteri tersebut...

Tatkala si suami dengan wajah lesi keluar dari bilik Sulh... si isteri masih bersama peguamnya. Mungkin ada sesuatu yang sedang dibincang bagi memikirkan tindakan selanjutnya yang akan diambil. Sehingga kini kes ini akan berlanjutan ke sebutan yang lain... Mungikin si isteri dan suami akan memfailkan kes tuntutan masing-masing kepada pihak mahkamah dalam tempoh yang terdekat. Alang-alang menjeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan... alang-alang mandi biar basah... begitulah kata si suami. Jika persepakatan di luar mahkamah diingkari, maka pada prosiding yang akan datang, dia akan menuntut semuanya, hatta anak yang lima orang itupun akan dituntut semuanya!


BACA LAGI...

Friday, March 12, 2010

CERITERA PILU SEORANG SUAMI 3

Friday, March 12, 2010
Bookmark and Share
I

Hahaha... biarpun kekadang perasaanku "dibuai-buai" bila aku dikatakan lebih muda (perasan...) berbanding usiaku yang sebenar, namun aku tidak boleh menolak hakikat bahawa fizikalku sebenarnya semakin dimamah bilah-bilah masa yang berlalu, serta menyingkirkan kekuatan serta keupayaanku sewaktu aku berusia sepuluh tahun yang lalu... atau sewaktu aku awal 30-an. Kala itu aku mampu berjaga lewat tanpa rehat pada waktu sorenya.

Hari ini aku agak keletihan. Bergegas balik ke rumah apabila isteriku menelefon ke sekolah lantaran keretanya meragam. Air-cond panas dan ada bunyi bising pada bahagian enjin. Masalahnya sebenarnya agak kecil. Namun, apabila komunikasi yang sewajarnya tidak berlaku kerana aku tercicir handphone sewaktu bergegas ke sekolah pagi tadi menyebabkan aku tergesa-gesa perlu pulang kerana memikirkan kerosakan yang lebih serius berlaku pada kereta tersebut. Betapa malunya apabila tuan pengetua yang menerima panggilan isteriku tatkala orang pejabat semua beristirehat sewaktu jarum jam menunjuk angka dua petang! Begitulah apabila teknologi komunikasi tidak berada di sisi kita apabila masanya ia diperlukan. Ia menimbulkan huru-hara dan porak-peranda! Tak pasal-pasal tuan pengetua mengarahkan rakanku yang ada di pejabat mencari aku!

Waktu rehat petang aku habiskan di kedai air-cond kereta. Syukurlah compressor recond yang aku ganti kira-kira sebulan lalu masih sah warrantynya. Agak kelakar apabila barang recond ada warranty selama tiga bulan tapi kalau compressor baru tak ada warranty plak! Tapi aku kena ganti juga filter, gas dan tambah satu lagi walve kat cooling coil! Ting-tong ting-tong... Hehehe... ongkosnya cecahlah sekitar 400,000 rupiah!

Selepas solat Maghrib aku rebah! Melayan keletihan fizikal dan minda yang berpusar jadi satu. Akhrinya aku lelap juga walaupun ada kalanya aku masih kedengaran bunyi bising anak-anakku yang nombor khomsah dan sittah memunggah barangkali buku atau fail dari rak buku yang berjumlah lima buah dan sememangnya menyendatkan ruang kamar tidurku ini.

Sekitar jam 11.00 malam aku bangun. Tatkala itu keadaan sudah sunyi... Memang betul, kertas, buku dan fail agak lintang pukang.

II

Pertanyaan daripada seorang rakan melalui ruang shout-box tentang sambungan "Ceritera Pilu Seorang Suami" sememangnya membangkitkan keterujaanku... malah bukan itu sahaja, beliau bersungguh-sungguh benar ingin tahu kesudahannya apabila turut bertanya melalui ruang YM! Justeru, dalam awal dinihari ini, dengan rasa mengantuk yang telah pergi aku cuba menyambung ceritera tersebut yang aku kira boleh dijadikan sempadan dan teladan kepada sesiapa sahaja yang membaca coretan ini hatta diriku sendiri.

Sebenarnya kisah tersebut masih belum selesai. Kedua-duanya sedang menunggu tarikh yang dinyatakan oleh tuan hakim sekitar bulan Mac ini. Bila dan hari apa tiadalah pulak aku maklum. Namun, beberapa perkara telah berlaku sepanjang tempoh penantian itu.

Menurut ceritanya, si isteri bersungguh-sungguh benar ingin kembali berumah tangga dengan suaminya. Tetapi, seperti dalam ceritera sebelum ini, "permohonan" maaf yang dilakukan tidak cukup kuat untuk membuka kembali pintu kemaafan sisuami. Usahkan mampu membuka pintu malah tingkap kemaafan juga tidak terbuka dengan cara yang tidak kreatif itu. Permohonan maaf seperti yang dulu-dulu juga... sejak lebih kurang sedekad yang lalu itu... Justeru, si suami tidak dapat sebarang "petunjuk" bahawa episod-episod hitam masa lalu itu tidak akan berulang kembali... Menyesakkan nafas dan jantung serta seluruh nadinya...

Si steri ceritanya telah mendapatkan "pertolongan" daripada beberapa orang yang berwibawa untuk menengahi dilemanya itu. Mula-mula pakciknya sendiri. Seorang yang sememangnya tinggi ilmu agamanya... "Marahlah" pakciknya itu terhadap si suami yang "kejam" terhadap si isteri! Lantas pakciknya itu menelefon si suami untuk mencari penjelasan! Rupa-rupanya betullah si isteri masih belum ada idea bagi menjernihkan kekeruhan yang berlaku. Dalam pada ingin berbaik itu, versi cerita yang disampaikan kepada pakciknya itu masih versi si isteri di zalimi suami, manakala episod kezalimannya kepada suami disembunyikan. Justeru, apabila si suami menghuraikan segala peristiwa dengan sejelas-jelasnya bagi membolehkan pakciknya itu membuat asas-asas yang konkrit dalam membuat pertimbangan, akhirnya pakciknya itu angkat tangan dan tidak sanggup menjadi orang tengah bagi pihak si isteri.

Tidak lama selepas itu, emak si suami pula ditelefon oleh seorang pensyarahnya! Pada masa itu pensyarah tersebut dikatakan gagal menghubungi si suami. Kisahnya, si pensyarah tersebut tinggal berdekatan dengan rumah sewa si isteri. Mungkin setelah melihat senario jirannya itu dengan "ketiadaan" suami serta anak lima itu, meneybabkan rasa simpati melimpah-ruah daripada sanubarinya. Versi yang sama juga. Kisah siisteri "dizalimi" suami. Terpaksalah emak si suami itu bercerita panjang lebar dengan hujah-hujah yang telah berlangsung di depan matanya sendiri.

Walaupun pensyarah tersebut mengakui tindakan salah si isteri, tetapi beliau masih mengharapkan ia boleh dijernihkan kembali. Emak si suami secara terang-terangan berkata kepada pensyarah tersebut beliau telah serik dengan segala yang belaku. Walhal seusia perkahwinan anaknya itu, beliaulah yang selalu diusung ke sana ke mari bagi membantu mengurus keluarga anaknya itu. Namun, apabila episod si isteri (anak menantu) lari dari rumah menyebabkan pendirian anak beranak itu sama sepakat dan kelihatan sukar diubah-ubah lagi! Nampaknya si pensyarah tersebut belum berputus asa... Beliau ingin mengatur pertemuan dengan kedua anak-beranak tersebut apabila masanya tiba.

Berita yang mutakhir, si isteri sedang melakukan ibadah umrah bersama rakanya. Anak-anak kini bersama si suami yang diambil sewaktu si isteri telah berlepas ke tanah suci Mekah. Itu pun setelah emak mertua si suami memintanya berbuat demikian kerana anak-anaknya tidak sihat. Mungkin kerinduan ayahnya yang sukar bertemu dengan anak-anaknya itu. Kecuali anak yang sulung masih di rumah sewa si isteri bersama neneknya kerana sebab persekolahannya.

Si isteri dikatakan memohon kebenaran daripada suami tatkala ingin mengatur ibadah umrah . Si suami akhirnya membenarkan si isteri ke tanah suci, walaupun mengikut si suami ia tak perlu pun kerana selama ini pun kebanyakan tindakan serta keputusan si isteri membelakangkannya..

Justeru, ceritera itu masih belum lagi menemui titik noktahnya. Menunggu apa yang akan berlaku selepas si isteri pulang dari menunaikan ibadah umrah. Menunggu apa yang akan berlaku pada suatu tarikh dibulan Mac ini di mahkamah. Menurut ceritanya si isteri tidak lagi mahu menggunakan khidmat lawyer, sebaliknya akan hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan pihak hakim. Namun, jika si isteri melakukan sebaliknya, si suami telahpun bersedia dengan seorang lawyer yang tersohor di seantero Malaya...

Sekian adanya untuk seketika ini...

BACA LAGI...

Thursday, February 18, 2010

MAY I BORROW RM25

Thursday, February 18, 2010
Bookmark and Share
A woman came home from work late, tired and irritated, to find her 5-year old son waiting for her at the door.

SON: 'Mummy, may I ask you a question?'

MUM: 'Yeah sure, what it is?' replied the woman.

SON: 'Mummy, how much do you make an hour?'

MUM: 'That's none of your business. Why do you ask such a thing?' the woman said angrily.

SON: 'I just want to know. Please tell me, how much do you make an hour?'

MUM: 'If you must know, I make RM 50 an hour.'

SON: 'Oh,' the little boy replied, with his head down.

SON: 'Mummy, may I please borrow RM 25?'

The mother was furious, 'If the only reason you asked that is so you can borrow some money to buy a silly toy or some other nonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed. Think about why you are being so selfish. I don't work hard everyday for such childish frivolities.'

The little boy quietly went to his room and shut the door.

The woman sat down and started to get even angrier about the little boy's questions. How dare he ask such questions only to get some money?

After about an hour or so, the woman had calmed down, and started to think:

Maybe there was something he really needed to buy with that RM 25 and he really didn't ask for money very often . The woman went to the door of the little boy's room and opened the door.

'Are you asleep, son?' She asked.

'No Mummy, I'm awake,' replied the boy.

'I've been thinking, maybe I was too hard on you earlier' said the woman. 'It's been a long day and I took out my aggravation on you. Here's the RM 25 you asked for.'

The little boy sat straight up, smiling. 'Oh, thank you Mummy!' he yelled. Then, reaching under his pillow he pulled out some crumpled up bills.

The woman saw that the boy already had money, started to get angry again.

The little boy slowly counted out his money, and then looked up at his mother.

'Why do you want more money if you already have some?' the mother grumbled.

'Because I didn't have enough, but now I do,' the little boy replied.

'Mummy, I have RM 50 now. Can I buy an hour of your time? Please come home early tomorrow. I would like to have dinner with you.'

The mother was crushed. She put his arms around her little son, and she begged for his forgiveness.

It's just a short reminder to all of you working so hard in life. We should not let time slip through our fingers without having spent some time with those who really matter to us, those close to our hearts. Do remember to share that RM 50 worth of your time with someone you love.

If we die tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of hours. But the family & friends we leave behind will feel the loss for the rest of their lives.

Thanks KC Mohan. Very touching message got via email.
BACA LAGI...

HARI SIBUK URUSAN DI KAUNTER...

Bookmark and Share
Semalam adalah hari menguruskan pelbagai urusan di kaunter. Aku memang malas sungguh nak berurusan di kaunter nih... Kalau tak silap sejak 1999, aku dah bayar bill utiliti guna maybank@u.com. Dari Pos Malaysia ke Bank Islam ke Proton (Maha Mega) dan TM Point. Hahaha.. lotih den! Ya ampuun.

I

Tak pasal-pasal aku kena charge RM3.50 kerana mengambalikan parcel yang aku tak order pun. Inilah bahana Reader's Digest. Aku memang ada membuat langganan RD dan Newsweek selama dua tahun sejak oktober tahun lepas. Pasal langganan RD dan Nw tu kira ok. Aku tak komplen. Yang tak tahannya hampir setiap bulan depa hantar macam-macam flayerlah, replika chequelah yang mengatakan kita berpotensi besar memeanangi hadiah ratus-ratus ribu RM! Pernah sekali layan... akhirnya aku kena beli set buku yang ratus-ratus ringgit regenya! Lepas tu haram aku memandang.. asal sampai masuk tong sampah...

Modus operandi business secara psikologi ni masuk pulak fasa kedua. Tiba-tiba aku terima sebuah buku tajuknya "wood". Banyaklah koleksi cerita kat antologi cerpen tu... ada sebahagiannya aku tak baca pun... Aku ingat sebagai hadiah ker... compliment set ker... rupa-rupanya aku kena bayar... aku tahu kena bayar bila datang bill yang menyatakan aku tak bayar! Bukan masalah harga sangat.. RM29.90 (kalau tak silap)... Bila aku call RD, dia kata aku ada tanda tick pada mana-mana borang langganan. Aku tak boleh kata apa lah... Aku pun tak ingat masa aku layan masa depa hantar macam-macam mak nenek borang tempoh hari... Cuma aku malas nak bayar ... Adalah lepas dua bulan lepas tu baru aku bayar menggunakan card credit sebab dalam maybank2u.com tak ada senarai syarikat tersebut...

Aku jadi panas sebab minggu lepas aku terima pulak sebuah buku lagi (entah aku pun tak ingat title buku tu..) dengan set astray "yin-yang" (masa buku pertama sampai aku "ambik " sebahagian set astray mungkin "Yin") untuk melengkapkan set yang aku terima sebelumnya, (yang ini mungkin "Yang"...) dan satu set brushed rama-rama. Dalam surat iringan tidak dinyatakan berapa harganya. Kena beli ke atau ambik secara foc, tidak dimaklumkan! Aku tulis secebis surat kat dalam kotak tu... "I'm refuse to accept this kind of business.. Sorry!" dan balut semula dan akan dihantar semula ke RD!

Selain itu aku kena poskan personal cheque kerana terlewat membayar kiriman kalendar 2010 dan kad-kad Hari Raya daripada Foot & Mouth Painting Artists. Aku tak pasti sejak bila aku menerima kad-kad tersebut pada setiap kali Hari Raya Aidil Fitri menjelang tiba. Atas rasa simpati dan belas ikhsan kepada golongan orang kurang upaya, aku bayar sahaja nilai yang tidaklah sebesar mana kepada aku tapi sangat besar ertinya kepada mereka. Cuma pada kali ini aku terlalu bertangguh-tangguh nak membayarnya... Bukan apa, nak ke post office tu yang "bercinta"....

II

Perasan panas aku bawa pula ke BIMB (Bank Islam). Senyuman pegawai perhubungan pelanggan (Hehe.. bukan GRO tau!) yang juga mantan anak muridku seperti tidak dapat memadamkan rasa bengang yang aku alami.
"F**t***a, saya nak jumpa pengurus bank boleh?" Soalku kepada PRO bank tu..
"Boleh, cikgu nak jumpa pasal apa?" Soalnya dengan senyuman
"Pasal aduan yang saya buat tu lah... Masih tak masuk-masuk lagi.."
"Oh.. Cikgu jumpa dengan En.******" Jawabnya.

Aku cuba untuk bercakap secara personal dengan pegawai besar di situ. Tapi, aku hanya dibenarkan bercakap dengan pegawai tersebut dari kaunter. Jarak antara kami sekitar 5 meter. Terpaksalah menggunakan suara yang agak kuat. Adakah itu strategi? Bukan sebarang orang mampu bercakap dalam keadaan di bank penuh dengan pelanggan... Adakah pihak bank beranggapan aku akan berkata,
"Tak apalah Encik, saya datang hari lain lah.."
Aku cuba lagi mahu mengambil kaedah yang terbaik..
"Kita bercakap terlalu jauh lah encik, boleh tak kalau saya masuk ke dalam..." Aku separuh merayu..
"Tak apa, cakap jer..." Nampaknya pegawai tersebut terus bertegas.
"Ok.. saya nak tanya tentang pengeluaran yang buat semasa bank "off-line" pada 31 haribulan lepas... sampai sekarang saya masih tak dapat duit saya balik."
Sebenarnya aku bukan pelanggan tetap BIMB. Urusan gaji, akaun simpanan dan semasa semua di Maybank. Pernah juga kawan-kawan kritik aku kenapa tak pindahkan akaun gaji ke BIMB. Pada masa itu aku khuatir satu perkara sahaja, kalau urusan pemindahan gaji tersebut tidak lancar sehingga gaji aku sangkut, macam mana aku nak settle semua bill aku? Jadi aku hanya memilih untuk menukar akaun wadiah di Maybank daripada akaun biasa yang aku buka sejak 1995.

"Encik, kami tak campur urusan ni... sebab ada pihak lain yang akan uruskan." Sampuk seorang pegawai kaunter wanita yang duduk berhampiran dengan tenpat aku berdiri.
"Mana boleh, kenapa kes macam ni tak berlaku pada bank lain. Kalau bank lain off-line, kita boleh ambil duit di mana-mana bank yang ada aplikasi MEPS dan sebagainya..." Aku bertegas.
"Tak boleh encik..." Kata pegawai wanita tersebut, dengan wajah yang agak serius.
"Ini namanya kes mendera pelanggan.... Sudah lebih 14 hari saya tunggu tapi tak masuk juga... Sudahlah duit saya kena "telan" sebanyak RM1,600 (RM800 sekali cubaan pengeluaran) lepas tu kena charge pulak RM2 untuk dua kali pengeluaran di Maybank dan satu lagi di Public Bank.." Suara aku agak sedikit tinggi. Aku bukan sahaja mahu berlaku seperti itu, nampaknya pihak bank yang mahu aku berbuat sebegitu. Dengan harapan sistem yang sudah lapuk ini segera ditukar dan tidak lagi menyusahkan para pelanggan... Aku rela jadi "kambing hitam" hari ini...

"Bagi saya kad bank Encik tu..." Kata pegawai besar bank yang sejak dari tadi tak berhenti-henti menulis, menelek dan menyain. Pegawai wanita tersebut meminta kad bank daripada ku dan menyerahkan kepada pegawai bear bank tersebut.
Aku nampak pegawai tersebut mendail telefon. Sambil itu, aku mintak kebenaran sebentar keluar sebab baru teringat aku tak letak kupon parkir kat dashboard kereta. Hah.. nanti kena saman pulak aku!

Sekembali daripada meletakkan kupon parkir, aku segera masuk semula ke bank. Selang beberapa minit kemudian, barulah pegawai besar tersebut datang ke arah aku.
"Kami dah hubungi pihak HQ, Encik kena tunggu dalam masa 14 hari bekerja..." Jelas pegawai tersebut.
"Jadi bila tarikhnya.." Aku sengaja hendak satu kata putus yang mudah untuk dijadikan rujukan jika masih tak selesai juga.
"Encik cuba tengok 24 atau 25 haribulan ini... Kalau tak ada jugak, datang semula ke bank.." Jawabnya.
"Ok.. terima kasih.." Sebelum aku permisi meninggalkan kaunter.
Rasa lega dengan jawapan tersebut, cuma rasa tak puas hati memang tidak boleh ditutup-tutup lagi... Apatah lagi tiada ungkapan maaf daripada pihak bank kerana menyusahkan pelanggan.

Menapak ke kereta, satu perkara yang aku dan para pembaca budiman kena ingat, jika di mana akaun BIMB kita dibuka mengalami gangguan di ATM seperti "off-line" jangan cuba cucuk kat bank-bank lain. Tak pasal-pasal duit kita kena "telan", dan untuk mendapatkan semua tunggulah 14 hari bekerja!

III

Masuki ruang show-room Maha Mega, terasa nyaman sekali. Suasana tenang dan dingin serta tidak ramai pelanggan menjadikan aku rasa cool sambil boleh meninjau-ninjau beberapa buah kereta di situ. Kelihatan ada sepasang suami isteri sedang dilayan dengan seorang sales girl. Justeru aku punyai lebih masa untuk keluar masuk dari satu kereta ke kereta yang lain. Dari Savy ke New Saga! Membuat perbandingan daripada aspek keluasan dan reka bentuk.

"Ya, encik ada datang sini ke sebelum ini..?" Soal seorang gadis india yang masih muda.
"Ya..." jawabku
"Dengan siapa ya?" Balasnya.
"Dengan Cik S****."
"Oh.. dia masih cuti lagi..." Katanya.
"Encik ada semua dokumen yang perlu serta deposit..."
"Ada.." Aku menghulurkan semua dokumen yang diminta.

Sedang gadis tersebut membuat salinan ke atas segala dokumen yang diminta aku duduk di ruang sofa yang agak selesa. Sebenarnya, ini bukan idea isteriku. Kalau ikutkan isteriku memang dia nak pakai Kancil 850 yang berusia 7 tahun sampai reput... Tak nak tambah hutang lagi, katanya. Tetapi sejak aku menghantar ke kedai repair kereta beberapa minggu lepas kerana kompresor aircond dah rosak, aku diberitahu oleh pekedai tersebut, ada lagi bahagian kereta perlu dibaiki lagi. Dia kata mungkin gear-box atau setidak-tidaknya set clutch kena tukar. Sebab bunyinya agak bising.

Aku bukan tak nak menyelsaikan masalah tersebut. Merepair kereta yang hujung tahun ini selesai hutangnya jauh lebih jimat daripada membayar bulan-bulan sebuah kereta baru selama 9 tahun atau 108 bulan! Memang itulah yang sering dinyatakan oleh isteriku. Tetapi, semenjak aku kemalangan pada hujung tahun 2008, kereta Kancil tersebut aku rasa sudah tidak selamat. Umpamanya, brek sistemnya tidak berfungsi dengan baik. Tidak berfungsi dengan baik kalau brek mengejut. Aku dah bawak servis, tokey mekanik tu kata,
"Mana sama compare itu sama Livina maaa... Livina ada ABS..." Sambil tersengeh-sengeh..
Huh, aku pernah guna SAGA Magma, Waja (dua buah jer hehehe..) tanpa ABS tapi ok apa! Satu lagi bila drive rasa macam tak stabil jer... Ada rasa macam ke tengah dan ke tepi. Tapi bila lepas steering, ok jer... tak ler.. menyenget!

Mendengar penerangan aku, isteriku rasa takut juga... Aku menjadikan faktor keselamatan satu isu penting untuk tukar kereta! Hahaha... sapa tak sayang bini oi.. Pulak tu isteri aku ni bawak kereta kurang sikit daripada aku jer.... hehe.. sederhana laju! Jadi, aku tak perlu berhujah panjang-panjang nak yakinkan dia.. Biasalah orang perempuan, suami yang uruskan kereta... kira boleh isi minyak sendiri pun aku rasa ok lah... Bila aku explain problem yang bakal menyusul selepas ini jika terus pakai Kancil, dia setuju lah untuk tukar kereta.

Terlintas juga nak guna MyVi... Tapi harganya agak mahal dan bootnya kecil. Soal sporty, memanglah... Bila ada dua orang anak kat asrama, dan kemudiannya akan menyusul lagi... bukan sentiasa nak guna MPV. Jadi bila nak balik kampung semalam dua, keluasan boot perlu diambil kira. Dan, kalau aku sorang-sorang nak out-station pun boleh tumpang sekaki. Dan, lepas ini bila isteriku boleh drive kereta yang lebih besar sedikit daripada Kancil, kemudian-kemudian nanti bolehlah try Livina pulak. Setakat ini dia memang tak pernah guna lagi.... Hehehe... memang penakut habis!

Semasa gadis India itu menulis pada sebuah fail kertas, dia bertanya...
"Encik sudah decide warna ker?" Soalnya
"Sudah... silver.." Ringkas. Sama warna dengan kereta yang ada. Itu warna kegemaran kami. Hehe... biar sama warna.. tanda sepakat lah... sama citarasa... ewah!

IV

Setelah selesai berurusan di Maha Mega, aku terus ke TM Point. Jaraknya tidak lah jauh sangat. Menapak pun boleh sampai.

"Ya cikgu, ada apa-apa yang boleh dibantu.." Sapaan "rasmi" daripada pegawai di situ. Aku dah berbelas tahun mengenali pegawai tersebut. Sejak aku duduk di TM. Kebetulan pula kami tinggal setaman perumahan.
"Inilah pasal line telefon rumah saya yang senyap sunyi sejak minggu lepas lagi.. Katanya 25 hari bulan baru ok.. kata pegawai 100 (no telefon aduan kerosakan) kabel telefon rumah saya tu dah 5 kali kena curi.." Aku menceritakan segala perkara yang berlaku kepada pegawai tersebut.
"Memang... kami dah dapat report tu..." Jelasnya.
"Ada ke patut pegawai 100 tu kata, dia suruh saya tukar kepada CDMA sebab kawasan saya tu kawasan berisiko tinggi hilang kabel... dan dia mintak saya sebagai pelanggan buat report polis tentang kehilangan kabel tu, supaya polis boleh bertindak beradasarkan aduan penduduk atau pelanggan.." Aku menghurai dengan panjang lebar.
"Cikgu pakai streamyx, mana boleh pakai CDMA..."
"Tu lah pasal... Saya mohon kalau boleh pindahkan talian telefon saya dari arah depan rumah kepada arah dari belakang rumah... Kalau yang itu Insya Allah tak lah dicuri orang. Sebabnya, kawasan rumah saya duduk ni ada ramai orang yang duduk... dan tiangnya tinggi.."

Selagi tidak ada masalah, selagi itulah sesuatu sistem itu aku guna. Sebab sengaja nak ubah-ubah sesuatu itu kadang-kadang paling tidak terpaksa bayar kos pemasangan. Sebenarnya jiran-jiran aku yang masuk rumah lebih lewat, depa gunakan kabel yang sedah siap di pasang kat belakang rumah. Tapi, aku masuk rumah pada tahun 2000, masa tu kat belakang rumah, tiang pun tak mandang. Itupun aku merayu kat pehgawai Telekom agar tarik kabel dari arah belakang rumah kos rendah yang terletak di hadapan rumah aku. Selepas aku berjaya, adalah lapan- sembilan rumah yang mengikut. Tapi bila rumah kos rendah itu banyak yang kosong macam-macam kes timbul. Termasuklah kes kecurian kabel tembaga Telekom.

Menurut pegawai tersebut, pihak Telekom akan berbincang tentang permohonan aku itu. Dia mintak aku bersabar sementara masalah tersebut diselesaikan.

BACA LAGI...
 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template