The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Showing posts with label PROFESION. Show all posts
Showing posts with label PROFESION. Show all posts

Wednesday, November 18, 2009

TERKINI TENTANG PERJAWATAN TINGKATAN ENAM.

Wednesday, November 18, 2009
Bookmark and Share
Beberapa kekusutan yang berlegar-legar dalam minda berubung dengan perjawatan dalam tingkatan enam sedikit sebanyak telah terungkai sewaktu menghadiri mesyuarat akhir tahun yang berlangsung semalam. Walau bagaimanapun maklumat yang aku nak kongsi dalam entri kali ini adalah maklumat yang aku dapat dari mesyuarat tersebut dan daripada Penolong Kanan Tingkatan Enam sewaktu beliau menghadiri taklimat yang sama dengan tuan pengetua di Teluk Intan.
Pertama. Jawatan Guru Akademik Tingkatan Enam (GAT6) adalah jawatan fast-track untuk kenaikan pangkat, seperti Guru Cemerlang. Ertinya sesiapa yang menerima jawatan GAT6 berpeluang untuk pergi sehingga DG52 tanpa mengambil kira kaedah kenaikan pangkat secara KUP. Sebagai contoh, guru yang belum layak dilantik ke DG44 KUP, oleh sebab perkhidmatannya diperlukan di tingkatan enam, mereka boleh diperakukan bagi memangku jawatan tersebut selama dua tahun maksimum. Dalam tempoh pemangkuan itu mereka akan dibayar elaun pemangkuan gred DG44. Selepas dilantik secara hakiki DG44, mereka terus boleh memohon untuk ke gred DG48 tanpa menunggu selama 10 tahun.
Kedua. Bagi guru-guru (hehe.. macam aku lah) yang dilantik GAT6 DG44 Hakiki (ertinya yang dah cukup syarat ke DG48) akan digerakkan untuk mengisi kekosongan jawatan DG48 di mana-mana sekolah. Pertama dalam daerah dulu, kalau dalam daerah penuh, sampai antara negeri pun jadi! Itu yang aku ada rasa gembira dan ada rasa cemas!
Ketiga. Mengikut rangking kekananan, penolog kanan yang berjawatan hakiki adalah lebih kanan berbanding penolong kanan KUP! Jadi kalau kat sekolah, PK1 berstatus KUP, sedangkan PK Tingkatan Enam berstatus hakiki sedangkan kedua-duanya dalam gred yang sama, maka PKT6 lebih kanan! Hahaha... yang ini agak kelakar sikit. Bayangkan PK1 mengurus satu sekolah sedangkan PKT6 mengurus tingkatan enam sahaja! Ada PK1 yang panas hati dan telinga nih... Bagi aku, aspek ini pihak JPA atau BSM mungkin tak terfikir atau terlepas pandang semasa menggubal perjawatan tingkatan enam. Sebab, jarang-jarang aku dengar sekolah yang PK1 hakiki, kecuali di sekolah-sekolah luar bandar. Kalau kat sekolah aku, PK1 (mantan, sebab dah jadi pengetua) DG48 KUP. Bayangkan kalau ada GC48 hakiki! Sapa lebih kanan? Tapi, ialah dari pada segi jawatan pengetua tentulah lebih kanan dari sesiapa sahaja yang ada dalam organisasi tersebut kan?
Keempat. Boleh ke lagi menolak jawatan GAT6 ? Jawabnya, boleh sebelum 31 Disember 2009. Selepas tarikh itu sebarang permohonan untuk menolak GAT6 akan ditolak dan tidak akan dilayan.
Kelima. Sah, masa mengajar penolong kanan tingkatan enam hanya 8 waktu sahaja. Sama dengan waktu pengetua. Lebih sedikit berbanding dengan penolong kanan yang lain.Mungkin, alasannya PKT6 kena urus semua perkara berkaitan dengan tingkatan enam, kecuali kokrikulum sebab ada penyelarasnya.
Jadi, mungkin inilah sebabnya aku dengar-dengar ada orang yang "berebut" untuk ke tingkatan enam. Soal yang trcicir kerana telah memegang jawatan pentadbiran, itu cerita lain. Itu dngar kisahnya akan dimasukkan dalam pngisian fasa 1 klompok kedua yang aku kata kat atas tadi.
BACA LAGI...

Wednesday, August 26, 2009

PTK: PEPERIKSAAN SEPANJANG HAYAT?

Wednesday, August 26, 2009
Bookmark and Share
Sesunggunya semalam adalah antara hari-hari sukar yang aku pernah lalui. Duduk dalam dewan peperiksaan menjawab soalan-soalan objektif selama dua jam bukanlah satu tempoh yang panjang... Malah dalam peperiksaan PTK3 yang aku duduki secara esei sebelum ini yang menelan masa selama 3 jam untuk kertas UAK (ulangan) pun aku berjaya melaluinya dengan "gagah" (walaupun keputusannya tidak "gagah" hehe...) Namun, apabila diri dalam kondisi yang tidak cukup fit, satu jam pun terasa lama. Dengan hidung berair, batuk serta demam menjadikan tempoh itu teramat panjang... Ditambah lagi dengan tiada persiapan rapi lantaran kekangan itu... kekadang rasa sejuk dan kekadang rasa panas... Memang sejuk sebab demam... Panas sebab apabila dalam kondisi peperiksaan (apatah lagi dalam konteks PTK)... rasa rugi pulak jika tidak dapat "band" 4... Jadi, bila sempat jeling kengkawan di kanan dan di depan (sebab aku duduk tepi tingkap bahagian sisi kiri dewan) semuanya tunduk dan khusyuk menjawab... aku rasa panas dan cemas gak!
Subuh ini aku kembali mengadap pc nih... Sahur tadi telan ubat.. dan sekarang rasa sedikit ok... Ubat yang aku dapat selepas petang semalam menyerah diri ke Klinik TM dan dapat sekali injection... Dapatlah tiga jenis ubat demam, selesma dan tekak. Ubat batuk sudah ilek!
-------------------------
Sebenarnya aku tidak pernah sengaja mengigat dan mengira berapa peperiksaan yang aku telah lalui sepanjang hidup aku... Tapi aku teruja nak mengiranya di sini ... Bukan untuk sengaja dipamerkan bagi mewar-warkan apa yang tak sepatutnya dihebah-hebohkan... Cuma, betapa "kejamnya" sistem ini memaksa semua kaki tangan awam berperiksa sepanjang hayat...
1. Penilaian Darjah Lima 1 kali
2. Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 1 kali
3. Sijil Pelajaran malaysia (SPM) 1 kali
4. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 1 kali
5. Peperiksaan Ujazah Sarjana Muda (UM) 3 kali - Setahun sekali sebab UM pada masa tu satu-satunya universiti yang masih menggunakan sistem tahun bukan semester
6. Peperiksaan Diploma Pendidikan (KPLI) 1 kali
7. Peperiksaan Am kerajaan - 1 kali
7. Pepreriksaan Sijil Kaunseling (14 minggu) 1 kali
8. Ijazah Sarjana - Tesis sepenuhnya
9. PTK2 - 2 kali
10. PTK3 - 3 kali
Jumlah kesemuanya 15 kali...
Dalam "himpunan" peperiksaan yang aku lalui itu ada dua kategori.. Pertama, peperiksaan wajib. Iaitu peperiksaan awam sehinggalah melibatkan peperiksaan yang bersifat untuk meningkatkan kualiti diri... sama ada di peringkat sijil, diploma dan ijazah. Bagi aku itu tidak boleh tidak mesti dicapai jika kita ingin memburu cita-cita... Cuma apa yang aku kurang faham ialah peperiksaan kategori kedua iaitu peperiksaan dalam perkhidmatan... apatah lagi untuk menentukan anjakan gaji dari P1 ke P2... Malah untuk bergerak dari DG41 ke DG44 mesti disyaratkan lulus TK1 atau TK2... Untuk DG44 ke DG48 disyaratkan TK3 (TK yang lain buat seketika aku maleh nak campur...) Alkisah ceritanya dulu masa SSB ramai yang tak setuju... Mereka yang dapat "menegak" dan "melintang" adalah orang yang suka "kipas bossl ah"... Ataupun ada yang nampak sangat luar biasa dapatnya, dikatakan "air-condkan boss lah"... Hehe... sampai ke NUTP, depa fightlah... Tetiba bila datang SSM... Ha... baru padan muka!!
Mengimbas sedikit masa lalu, masa aku mula terjun dalam perkhidmatan awam... untuk sah jawatan mesti ambik Peperiksaan Am Kerajaan. Ada dua paper (aku tak ingat sangat apa papernya...) mesti lulus... kalau tak tak boleh sah jawatan lah... Tapi, itu mungkin setakat markah lulus je... Mungkin 40% ... sebab, k-a-d-a-n-g - k-a-d-a-n-g baru terdengar ada yang gagal. Aku rasa yang gagal dalam satu-satu sesi peperiksaan tu... tak sampai 5% kot...
Tetapi yang PTK ini... sungguh menyiksakan. Aku simpati kepada sesiapa yang duduk dalam satu-satu gred itu sampai "langgar dinding" (maksudnya gaji mati lah tu...) tetapi tidak boleh digerakkan ke DG yang lebih tinggi lantaran tidak mencapai aras 3 sekurang-kurangnya untuk kedua-dua paper. Memang kesian... jangan nasib yang sama menimpa aku sudahlah.. Kepada Allah S.W.T. mohon dijauhkan ...
Lagi pulak...mulai tahun ini calon-calon yang ambik PTK tidak boleh ambik ikut suka dia jer... Ada limitnya... Kalau tak silap aku, dalam kes aku ni.. ada satu lagi peluang kalau yang semalam aku lalui itu tak dapat aras yang aku inginkan... Dulu, tak! Ambik ajer! Bukan kena bayar pun... Kalau dalam dua TK3 yang lalu aku boleh lalui kenapa bila jarak ke pusat peperiksaan dah dekat sangat nih.. tak boleh pulak! Aku tak dapat bayangkan bagaimana pihak BSM dak urus guru-guru yang hanya mampu dapat di bawah aras 3?
Disebalik itu semua ada juga guru yang sangat berjaya... Semua PTK yang dilalui berjaya mendapat aras 4... Tahniahlah.. Itu adalah berkat kesungguhan mereka. Aku tak nafikan daripada kelompok ini ramai guru yang memang examination minded.. Mungkin tengah belajar di peringkat ijazah pertama, kedua atau ketiga... Sudah biasa dengan sepak terajang peperiksaan... Mereka dapat serap semua tekanan yang ada.. dan akhirnya berjaya. Dalam kalangan mereka ini memang ada cikgu yang berdedikasi... jadi cikgu-cikgu lain tak quiry lah... Cuma ada yang cikgu yang memang fokus "giler" dalam menghadapi peperiksaan ni... tetapi mengabaikan p&p dalam bilik darjah... Umpamanya saat-saat akhir menghadapi PTK, ada yang study dalam bilik darjah sambil meminta anak-anak murid "buat kerja masing-masing"...
Fenomena tersebut tentunya aspek yang tidak diingin oleh pihak kerajaan... Tetapi ia berlaku. Ada sesetengah cikgu kata... "Aku tak hairan dengan APC yang RM1 k tu!" Sebab, untuk dapat APC perlu kepada prestasi kerja sehingga 85% ke atas. Tetapi yang biasa dapat lebih 90% ke atas! Lagipun, RM1k tu setakat mana sangat lah nilainya... dan hakikatnya cikgu yang sentiasa patut arahan "boss" sahaja (penilai pertama dan kedua) yang akan mencapai marakah yang sebegitu (Lainlah masa SSB dulu... sekali menegak dan melintang, kesannya dapat dirasa sepanjang tempoh perkhidmatan yang berbaki!) Kalau rekod "disiplin" cikgu tak bagus... memang jangan mimpi nak dapat! Jadi, lebih baik fokus kepada PTK... Biasa kalau PTK dapat aras 4... boss akan beri "sokongan" untuk dapat anjakan gaji... Kalau tak bagi nanti banyak pulak ceritanya...
Aku rasa kerajaan kena melihatkembali semua aspek dalam PTK ini... Buat kajian semula selepas 6 tahun dilaksanakan... Kakitangan kerajaan la ni persis "lari mulut buaya masuk mulut naga..."
BACA LAGI...

Tuesday, August 18, 2009

BSM, KPM: PERSIS ROBOT MENGURUS MANUSIA

Tuesday, August 18, 2009
Bookmark and Share
Meneliti keratan akhbar Berita Harian pada hari ini mencetuskan satu tanda soal yang agak besar dalam fikiran saya.
Mengapa kes sebegitu boleh berlaku. Pangkat yang dinaikkan ditarik balik oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia. Apa yang lebih aneh ialah pihak yang malang itu ialah dalam kalangan pengetua-pengetua yang telah 'dinaikkan' ke DG52! Jika perkara itu berlaku dalam kelompok guru-guru 'cabuk' tidaklah menghairankan sangat. Pengetua merupakan pentadbir tertinggi di sekolah menengah.
Tidakkah pihak BSM telah meneliti setiap perkara sebelum membuat keputusan untuk menaikkan pangkat seseorang pendidik. Daripada aspek kelayakan asas sehinggalah aspek teknikal seperti mata gaji pada sesuatu tahun (contohnya dalam konteks time-based). Dalam konteks kekalutan BSM itu, lebih baik lambat dinaikkan pangkat daripada tersilap dalam menaikkan pangkat seseorang pada hal individu tersebut tidak layak dinaikkan pangkat. Di mana maruah tuan-tuan pengetua hendak diletakkan. Hal ini kerana lazimnya kenaikan pangkat ke DG52 akan dicanangkan di seluruh daerah.
Pada hemat saya, ini adalah kesilapan kedua pihak BSM dalam mengurus tingkatan enam. Sebelum ini ramai guru yang mengajar bertahun-tahun di tingkatan enam tidak diperakukan untuk mengajar di tingkatan enam. Apabila ditanya kepada pihak BSM, antara dasar yang diguna pakai, mana-mana guru yang sedang menjalankan tugas sebagai penolong kanan tidak diperakukan untuk mengajar di tingkatan enam. Tetapi apa yang anehnya, ada juga guru penolong kanan yang ditawarkan ke tingkatan enam. Sepatutnya dalam kes tersebut, pihak BSM memberika opsyen sama ada hendak kekal sebagai pentadbir atau sebagai guru akademik tingkatan enam.
Selain daripada itu, isu kuota bagi setiap kategori DG turut menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan guru yang teraniaya dengan sistem tersebut. Sebagai contoh, kaedah yang diguna pakai oleh pihak BSM dalam menentukan kuota ialah, guru yang paling senior dalam perkhidmatan. Bukan senioriti dalam tingkatan enam. Ada kes, seorang guru tersebut baru sahaja diarahkan oleh pengetua mengajar tingkatan enam, terus diperaku untuk mengisi gred yang lebih tinggi sedangkan ada guru lain yang berbelas tahun mengajar di tingkatan enam hanya diperaku untuk ke gred yang setara. Alasannya guru itu lebih senior dalam perkhidmatan.
Jadi, soalnya sekarang... bagaimana yang dikatakan pihak PTD merupakan pengurusan profesional yang akan menyelesaikan semua masalah dalam sesuatu organisasi yang dilibati. Profesional apa, jika boleh naik dan turunkan pangkat bukan sebab kesalahan tatatertib... buta hati dan perasaan guru-guru. Pihak BSM kena sedar, guru merupakan pengurus sumber manusia untuk negara di sekolah. Jika kebajikan guru dinafikan, perasaan guru diperlekehkan, akhirnya anak-anak murid pula yang akan menajdi 'mangsanya'.
Justeru, saya melihat BSM tak ubah seperti sekumplan robot yang sedang mengurus manusia.
BACA LAGI...

Monday, June 22, 2009

AHA... SURAT NAIK PANGKAT LAGI?

Monday, June 22, 2009
Bookmark and Share
Sewaktu aku memasuki ruang pejabat sekolah awal pagi tadi, aku terpandang seorang rakanku memegang beberapa keping kertas yang aku rasa nak tahu sangat...
Surat tersebut berkaitan dengan kenaikan pangkat bagi guru-guru yang sedang memangku jawatan DG44, DG48 dan DG52 di tingkatan enam. Cuma, apa yang aku rasa sedikit pelik ialah tarikh pemangkuannya bermula dari 1 Januari 2008. Sedangkan bagi guru-guru yang dilantik secara KUP atau hakiki bermula pada 16 Mei 2009.
Bagi menjawab tanda soal tersebut, aku cuba menghubungi pegawai di JPN, Unit Naik Pangkat. Antara lain pegawai tersebut menyatakan bahawa tarikh tersebut ada kaitan dengan permohonan fasa pertama untuk jawatan guru akademik tingkatan enam. Pada masa jawatan tersebut untuk pertama kalinya diiklankan, guru-guru tersebut sememangnya mengajar di tingkatan enam tetapi mereka tidak layak untuk diperaku kerana tidak cukup syarat. Umpamanya masih belum lulus PTK atau baru mengajar di tingkatan enam. Oleh itu mereka dilantik untuk memangku jawatan tersebut mulai 1 Januari 2008. Lagipun iklan guru akademik tingkatan enam pertama kali diklankan pada hujung 2007 bagi mengisi jawatan yang sepatutnya bermula pada 1 Januari 2008. Oleh sebab proses di Bahagian Sumber Manusia dan JPN mengambil masa yang agak panjang, barulah pada tahun 2009 ia diperakukan untuk menjalankan tugas sebagai guur akademik tingkatan enam.
Dalam kes aku, aku dilantik secara hakiki sebagai Guru Akademik Tingkatan Enam bermula 16 Mei 2009 kerana aku telah dilantik secara KUP pada 1 Januari 2005. Kiranya aku ditempatkan secara hakiki untuk mengajar di tingkatan enam bermula dari tarikh tersebut. Walaupun aku berada di tingkatan enam, aku masih boleh memohon apa-apa iklan yang berkaitan dengan KUP umpamanya pengisian jawatan DG48 KUP. Cuma, aku kena keluar dari tingkatan enam.
Satu lagi maklumat yang aku dapat adalah, tiada jawatan Guru Cemerlang di tingkatan enam! Aku tanya'
"Setakat ini tiada...?"
"Bukan"
"Habis tu...?"
"Tiada warrant untuk jawatan Guru Cemerlang di tingkatan enam" Tegas pegawai itu.
"Oh.."
"Kecuali, guru cemerlang sedia ada diperaku untu mengajar di tingkatan enam (melalui permohonan), maka dia akan jadi Guru Akademik Tingkatan Enam sama ada kenaikan pangkat secara setara (contoh DG44 ke DG44) atau gred yang lebih tinggi (contoh DG44 ke DG48)"
Tentang "Enrolment murid 1750 orang" itu menurut pegawai tersebut, kat Perak ni hanya ada sebuah sekolah sahaja. Pengetuanya DG52 manakala guru-gurunya berpeluang untuk dinaikkan pangkat yang lebih tinggi. Tetapi sekolah tersebut tidak ada tingkatan enam.
**************************
Begitulah pencarian maklumat aku.... Hari ini aku bernasib baik kerana aku terus dapat bercakap dengan pegawai yang memang tahu tentang urusan perjawatan tersebut. Sekarang ini aku kena lebih sensitif dengan urusan-urusan yang sebegitu. Ini kerana aku bimbang lantaran kejahilan kita, kita akan tercicir akhirnya.
BACA LAGI...

Tuesday, June 16, 2009

PILIHAN MUKTAMAD!

Tuesday, June 16, 2009
Bookmark and Share
Hari ini aku telah memuktamadkan pilihan untuk kekal sebagai Guru Akademik Tingkatan Enam. Lebih kurang pukul 11.00 pagi tadi aku menandatangani borang persetujuan untuk tujuan tersebut. Aku tidak terlalu pasti adakah aku akan tergolong dalam kalangan orang yang beruntung atau sebaliknya. Cuma aku rasa selesa berada di tingkatan enam setelah kembali mengajar pada tahun 2003. Sebelum itu aku pernah berkhidmat di tingkatan enam seawal 1996 sehingga 1998.. Selepas itu aku terpaksa menarik diri kerana mata pelajaran Kesusasteraan Melayu terpaksa 'tutup kedai'. Kini aku lebih 'terjamin' kerana aku mengajar mata pelajaran Pengajian Am, mata pelajaran wajib pada peringkat STPM.
Selainya aku rasa tak ada masalah dengan beban tugas sebagai "pensyarah Tingkatan Enam" ni... Cuma bab ada kuota untuk ke DG48 dan DG52 itu sahaja yang aku tak berpuas hati. Aku bercadang nak tulis kat akhbar tentang perkara tersebut agar pihak yang bertanggungjawab dapat menjawab masalah tersebut. Walau bagaimanapun aku mengharap dalam tempoh terdekat ini ada berita baik tentang tingkatan enam.
Namun hati kecilku seakan meyakinkan aku bahawa aku perlu menerima tawaran ini. Lagipun aku masih boleh memohon untuk mengisi kekosongan jawatan KUP apabila ada iklan. Cuma pada masa itu aku kena keluar daripada tingkatan enam. Tetapi jika aku tidak memilih tingkatan enam sekarang, rasanya samapi bila-bila pun aku tidak akan dapat mengajar tingkatan enam.
Cabaran berada di tingkatan enam telah mula terasa. Mulai minggu ini bermulanya masa mengajar sehingga pukul 4.00 petang! Hari ini kelas terakhir aku pukul 2.40 petang dan selebihnya ada urusan persendirian yang berkaitan dengan research. Hari khamis ini aku akan berhadapan pelajar 6 rendah sains untuk berbincang dalam bentuk tutorial bagi menjalankan kajian atau penyelidikan. Dalam kepala, ada beberapa idea yang boleh dilakukan bagi menyuburkan budaya menyelidik dalam kalangan pelajar tingkatan enam. Cuma, bagaimanakah nantinya pelaksanaan dalam kalangan pelajar masih terlalu sukar dijangka. Terasa bersyukur sangat semasa di peringkat sarjana hari itu aku memilih mode kajian sepenunya. Tentunya banyak yang boleh bantu para pelajar. Apa yang sedikit merisaukan ialah, aku hanya menguasai paradigma kajian secara kualitatif. Aku harap akan mendapat gandingan guru-guru lain yang berkebolehan dalam menjalankan kajian dengan menggunakan paradigma kuantitatif.
BACA LAGI...

Tuesday, May 26, 2009

GURU AKADEMIK TINGKATAN ENAM 2

Tuesday, May 26, 2009
Bookmark and Share
Hari ini dengan kepala yang agak berserabut membuat beberapa tindakan yang agak desperado! Bermula dengan berbincang dengan kawan-kawan yang menerima perakuan untuk menjadi Guru Akademik T6 dan yang bukan....
Perbincangan masih berkaitan dengan persoalan semalam yang masih tiada jawapan pasti... Lebih kurang pukul 11.00 pagi aku berjumpa dengan Pengetua. Mintak pandangan beliau tentang tawaran tersebut. Akhirnya setelah berbincang panjang beliau mencadangkan aku menelefon pihak JPN Perak. Setelah beberpa kali mencuba pada pukul 3.45 petang baru aku berjaya menembusi talian Unit Naik Pangkat JPN. Walaupun aku tidak bercakap sendiri dengan pegawai yang bertanggungjawab, tapi aku dapat beberapa jawapan.
Pertama. Kedudukan pangkat untuk tingkatan enam adalah mengikut kuota. Bergantung kepada bilangan kelas yang ada. Menurut Pn.X, ia bergantung kepada waran yang ada. Jika ada perubahan daripada segi bilangan kelas maka waran akan ditambah.
Kedua. Seseorang guru yang layak memohon bagi urusan pemangkuan ke gred yang lebih tinggi secara KUP tidak bertentangan dengan pelaksanaan dengan perjawatan di tingkatan enam ini... Ertinya, dalam kes macam aku nih.. aku boleh mohon. Cuma jika dilantik ke gred yang lebih tinggi secara KUP, aku tidak boleh mengajar di tingkatan enam. Walau bagaimanapun, berasaskan kepada "kontrak" selama 5 tahun mengajar di tingkatan enam, aku rasa guru-guru akademik tingkatan 6 tidak akan ditawarkan ke DG48 KUP kurang daripada lima tahun..
Ketiga. Tarikh pelantikan untuk Guru Akademik Tingkatan Enam bukan dikira sebagai tarikh kenaikan pangkat. Kenaikan pangkat ke DG44 dikira semasa aku dilantik sebagai guru DG44 KUP (1/1/2005) , bukan 16/5/2009. Jadi kekananan dalam DG44 bukan dikira semas dilantik sebagai DG44 hakiki.
Keempat. Dalam kes aku, tiada sebarang perubahan gaji! Macam biasa. Kalau ada pun hanya kenaikan gaji tahunan. Kecuali mereka yang masih DG41 tetapi diperaku untuk memangku DG44. Bayaran urusan pemangkuan adalah mengikut selisih gaji antara DG41 yang sedia ada dengan mata gaja di DG44 yang terhampir, dan tidak kurang daripada satu kenaikan tahunan.

BACA LAGI...

Monday, May 25, 2009

GURU AKADEMIK TINGKATAN ENAM.....

Monday, May 25, 2009
Bookmark and Share
Aku bertemu lagi dengan satu pilihan yang sukar nampaknya.. Taklimat pemakluman tentang perjawatan dalam tingkatan yang sangat ditunggu-tunggu sejak hari Sabtu lepas kini bertukar dengan seribu satu persoalan tanpa jawapan.
Keterujaan aku yang sangat tinggi itu menyebabkan aku membuat beberapa persiapan diri yang sebaik mungkin. Oleh sebab taklimat dijangka bermula pada pukul 2.00 petang, aku pergi solat Zuhur terlebih dahulu. Aku sedikit kecewa kerana taklimat dilewatkan setengah jam lagi kerana Tuan Pengetua masih belum tiba kerana pada pagi tadi beliau ada urusan di luar sekolah. Namun aku gunakan masa itu untuk menikmati nasi goreng kampung kat kantin buat mengalas perutku yang berdondang sayang...
Setelah taklimat dimulakan, Tuan Pengetua menyebut satu persatu nama yang telah diperakukan oleh KPM untuk dilantik sebagai Guru Akademik Tingkatan Enam. Akhirnya nama aku tersenarai dalam kelompok seramai 16 orang itu! Alhamdulillah... Sebab aku tak nampak nak ajar subjek apa jika aku tidak diperakukan. Malah dengan pengalaman selama hampir tujuh tahun mengajar Pengajian Am di tingkatan enam ni... tugas aku dah semakin mudah. ditambah pulak dengan sedikit pengalaman memeriksa kertas peperiksaan awam.
Tapi... bila aku terima surat pelantikan itu... aku jadi tergamam seketika kerana aku dilantik secara hakiki untuk gred DG44! Sedangkan aku layak untuk dilantik ke gred yang lebih tinggi... Dalam kalangan kawan-kawan aku yang diperaku itu, seramai tiga orang yang dapat DG48... Selebihnya sama lah dengan aku... Cuma aku ni.. dilantik ke jawatan hakiki. Ada yang dilantik memangku DG44...
Oleh sebab perjawatan ini baru, dah tentu banyak perkara yang pending. Aku mengambil peluang untuk bertanya kepada Tuan Pengetua. Nampaknya beliau pun susah nak jawap terpaksa call pegawai kat JPN.
Dalam ruang ini aku kemukakan apa yang berselirat kat benak aku ini... Ops tapi taklah benak!
Pertama. Apabila aku menerima pelantikan ini, adakah aku tidak layak untuk memohon pemangkuan DG48 seperti yang sedang diiklankan kat laman web KPM?
Kedua. Benarkah kenaikan gred dalam perjawatan tingkatan enam ini bergantung kepada kuota? maksudnya, ia bukan mengikut kekanan. Sebab aku ada dengar kat sekolah aku dengan kelas tingkatan enam sebanyak enam kelas, DG48 hanya layak 3 orang sahaja. Sekolah yang terdekat dengan sekolah aku (yanga da form 6 lah..) hanya seorang sahaja. Jika ia benar, itu antara faktor yang aku tak akan sign up guru akademik form 6 nih... Bayangkan kalau seseorang itu layak secara time-based untuk ke DG48.. tapi ikut kuota tingkatan enam dah cukup? Macam mana? Dan aku nampak time-based ke DG48 ikut yang terkini ni... macam dah dikurangkan daripada 10 tahun berada dalam DG44. Sebab dalam permohonan yang lepas ada borang yang melintang minta dinyatakan kedudukan tangga gaji kita pada tahun tertentu... Yang terbaru nih tak ada...
Ketiga. Status guru akademik tingkatan enam ni... tak ada elaun menjalankan tugas ke? Contoh macam ketua bidang ke... penolong kanan ke.... Sedangkan apa yang ditaklimatkan tadi, office hour kami sampai pukul 4.00 petang.
Keempat. Apabila berlaku kemerosotan bilangan pelajar, adakah guru yang telah diperakukan ini akan dilucutkan jawatan? Contoh, kat sekolah aku ni ada beberapa subjek yang tak ramai calon. Contoh mata-mata pelajaran sains dan kesusasteraan Melayu. Macam mana tu?
Entahlah, setakat ini itu dulu persoalan yang aku fikirkan... Kalau ada sesiapa yang tersesat masuk dalam blog aku ni... dan tahu tentang itu semua, silalah beri komen ye... Terima kasih.
BACA LAGI...
 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template