The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Showing posts with label ISU PENDIDIKAN. Show all posts
Showing posts with label ISU PENDIDIKAN. Show all posts

Sunday, September 11, 2011

Semak Semula Sejarah Negara: Tokoh yang Telus dan Tulus Diperlukan...

Sunday, September 11, 2011
Bookmark and Share
Sekadar Hiasan
Salam Syawal hari yang ke-14. Masih ramai yang sedang berpuasa enam atau ada yang sudah beraya semula. Syabas. Namun ada juga yang terpaksa menangguhkan azam untuk melangsaikan puasanya kerana terpaksa menghadiri jamuan rumah terbuka dan majlis walimatul urus. Tak kisahlah, kerana tuntutan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal boleh sahaja dilakukan sepanjang bulan puasa. Sama ada secara berturutan atau berselang seli. Malah ada kalanya sunat berpuasa enam itu diatasi dengan sunat yang lebih dituntut. Umpamanya apabila ada tetamu datang bertandang ke rumah, maka disunatkan pula kita berbuka. Begitulah bersedarhananya dalam tuntutan Islam.

Selama beberapa hari ini saya tidak melayari alam maya ini lantaran berada dalam lingkungan GPRS sahaja. Justeru terpaksa mengabaikan hasrat untuk menyapa khabar rakan-rakan dalam FB dan juga blog. Seperti yang dijangka isu sejarah dan pensejarahan negara masih menjadi isu yang hangat diperkatakan. Isu yang bermula melalui perspektif Mat Sabu yang cuba mengetengahkan watak Mat Indera dalam episod Bukit Kepong kini memngembang menjadi satu isu yang lebih kompleks. Umpamanya, kewarganegaraan Mat Indera yang dipersoalkan oleh mantan pensyarah saya Prof.Emiretus Dato' Dr Khoo Khay Kim. Malah menjadi lebih haru biru apabila Majlis Profesor Negara melalui Prof Dr Zainal Kling, menyatakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Justeru ramai yang melontarkan perasaan tidak senang. Malah ironinya mereka yang bukan berlatar belakangkan sejarah juga berani "menempelak" pandangan MPN tersebut.

Kini fasa tersebut telah masuk pula kepada satu episod yang lebih gawat lagi apabila Tun Dr.Mahathir Mohammad menyatakan bahwa memang sejarah dalam buku teks sekolah ada yang tidak tepat. Peranan Tunku Abdul Rahman yang tidak cukup banyak (berkesan). Sehingga ada yang mempertikaikan peranan baginda dalam "memerdekakan" Tanah Melayu. Kenyataan tersebut disokong pula dengan kenyataan oleh seorang tokoh theologi negara Tan Sri Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas di dalam buku terbarunya "Historical fact and fiction". Untuk itu dikatakan bahawa fakulti Sejarah di Universiti akan meneliti aspek tersebut. Tidak pula dinyatakan universiti mana yang akan terlibat.

Persoalannya, bagaimanakah pula versi sejarah dalam buku sejara sekolah selepas disemak semula? Apa yang akan ditambah, digugurkan dan dihapuskan? Siapakah pula yang akan menjadi panel dalam proses semakan tersebut? Menyokong pandangan Majlis Professor Negarakah? Itulah yang berlegar-legar dalam minda pada saat ini apabila isu sejarah negara kini semakin menemui jalan buntu sehingga perlu disemak semula. 

Pada hemat saya, isu penyemakan semula sejarah negara ini perlu dilakukan dengan penuh berhemat serta penuh penaakulan. Ketepikan terus sentrisiti Inggeris dalam nafas sejarah negara. Berikan sepenuhnya perspektif Malaysia dalam proses tersebut. Malaysia bermakna, setiap perjuangan pembebasan tanah air daripada pihak penjajah perlu ditempatkan ditempat yang selayaknya  pada sepanjang zaman. Kalau perlu teliti latar belakang setiap panel yang akan menyemak semula pensejarahan negara itu. Lihat tahap ketelusan dan ketulusan mereka dalam menyumbang kepada memartabatkan sejarah Malaysia yang bebas dari nafas busuk penjajah.

BACA LAGI...

Wednesday, June 16, 2010

Dilema Pelajar Membuat Keputusan Untuk Ke Universiti

Wednesday, June 16, 2010
Bookmark and Share

SHAH ALAM: Ada antara pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak pernah memohon untuk mengikuti mana-mana kursus di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Namun mereka menerima panggilan bertali arus daripada pihak IPTS sejurus selepas menerima keputusan SPM pada Mac lepas.

Malahan ada antara mereka yang tidak pernah mendengar nama IPTS berkenaan sebelum ini pun.

Sejak itu juga kebanyakan pelajar sudahpun membuat permohonan kepada pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan Perkhidmatan Awam, MARA dan Unit Pusat Universiti (UPU) mengikut citarasa masing-masing.

Manakala ada yang sudah memohon lebih awal menggunakan keputusan peperiksaan percubaan 2009.

Kebanyakan ibu-bapa serta anggota keluarga yang terdekat turut terlibat dalam memberi dorongan serta bantuan untuk memohon tempat pengajian.

Antara mereka ialah S. Hadi Abdullah yang memberi dorongan kepada anak perempuan ketiganya, Atieqah, memohon tempat pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) semasa pihak UPU membuka permohonan melalui Internet selama sebulan.

Kemudian, keputusan penerimaan permohonan diumumkan pada 1 Mei 2010 dengan Atieqah yang mempunyai keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM 2009, menerima dua tawaran pilihan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

MEMILIH IPTA

"Saya telah ditawarkan tempat di pusat Matrikulasi Kementerian Pelajaran di Melaka dan baru-baru ini pula menerima tawaran untuk mengikuti kursus Matrikulasi Sains di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Puncak Alam. Tak jauh dari rumah keluarga kami.

"Sesuai sekali. Lagipun ayah saya seorang pesara, jadi tawaran IPTA ini amat saya alu-alukan. Alhamdulilah," kata Atieqah.

Ramai di kalangan rakannya telah menerima pelbagai tawaran dan tidak dinafikan mereka yang menerima lebih daripada satu tawaran mempunyai keputusan yang baik.

Rata-rata bersetuju, ibu-bapa mereka memainkan peranan penting dalam mempengaruhi keputusan untuk melangkah ke pusat pengajian tinggi.

BIDANG PILIHAN LEBIH UTAMA

Seorang kakitangan sebuah bank di Selangor pula menceritakan tentang tawaran yang diterima anak lelakinya, seorang bekas pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh berprestasi tinggi di Cyberjaya.

Abdul Shukor Zainol Abidin berkata; "Anak saya dapat tawaran ke Kanada untuk kursus kejuruteraan dan matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran. Dia menolak kedua-duanya. Anak saya mahu mengambil jurusan perubatan saja, jadi dia masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam kursus tajaan Kementerian Kesihatan dan MARA.

"Harap-harap dia berjaya untuk mengejar cita-citanya."

Seorang lagi pelajar perempuan masih belum dapat memutuskan ke mana beliau akan melanjutkan pelajarannya.

Menurut Adeline Baig, yang memperoleh 4A dalam SPM baru-baru ini yang dia telah menerima tawaran melanjutkan pengajian di Utara Semananjung dalam bidang Analisis Perbankan.

"Itu bukan kursus yang saya mahu dan saya tidak memohon untuknya. Saya juga telah ditawarkan tempat di Tingkatan Enam dalam aliran sains. Saya telah merayu kepada UPU untuk kursus pilihan saya di Universiti Islam Antarabangsa sementara menunggu masuk ke tingkatan enam," katanya.

Rayuan untuk melanjutkan pengajian di IPTA ditutup pada 14 Mei.

BELAJAR DI IPTS

Reshnu Suri, turut memperoleh keputusan baik dalam SPM khasnya dalam mata pelajaran sains dan matematik. Ayahnya, yang mahu dikenali sebagai Suri sahaja, mempunyai wawasan untuk anak perempuannya ini.

"Saya percaya bidang pergigian, farmasi dan perubatan sajalah yang akan menjamin pekerjaan tidak kira kedudukan ekonomi tempatan mahupun global. Saya akan berusaha memastikan anak saya mengambil A Level di sebuah kolej swasta. Saya tahu persaingan untuk memasuki IPTA agak sengit," kata Suri kepada Bernama.

Kos pengajian di IPTS sememangnya lebih tinggi tetapi ramai menyedari bahawa skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh membantu mereka merealisasi impian memulakan pengajian di IPTS.

Reshnu kini sudahpun memulakan pengajian di Kolej Universiti MAHSA, dalam bidang farmasi, sedangkan mereka yang mendapat tempat di IPTA memulakan pengajian pada minggu terakhir Mei atau awal Jun.

Begitu juga dengan Lee Huey Min, dengan keputusan 8A dalam SPM yang meneruskan pengajian dalam bidang perakaunan di sebuah IPTS.

"Masuk IPTS buat perakaunan, itu pilihan pertama supaya boleh buat kursus profesional dalam bidang perakaunan," kata Huey Min.

BIDANG MEDIA

Tharanee Tharan, seorang pelajar lelaki yang dikenali kerana budi pekertinya yang positif, lebih bernasib baik kerana sudahpun menerima biasiswa pelajaran untuk bidang yang diminatinya.

"Mula-mula ibu-bapa saya tidak menggalakkannya. Saya mahu mengambil jurusan perfileman. Kelas saya sebenarnya sudah bermula sebelum keputusan SPM dikeluarkan lagi. Sekolah beri surat sokongan. Walaupun saya kini pelajar kursus diploma dalam komunikasi, saya akan pastikan saya ke peringkat ijazah dengan pengkhususan dalam bidang filem. Itu cita-cita saya," kata Tharan, yang kini belajar di sebuah IPTS di Cyberjaya.

Apa yang nyata, melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi untuk lepasan SPM masa kini sudah menjadi satu perkara biasa.

Rata-rata tidak mahu ketinggalan dalam mengejar ilmu. Kolej dan universiti turut merasakan ia satu kebaikan untuk bidang pendidikan yang mereka niagakan ini.

KOS DAN PINJAMAN

Kos pra universiti, termasuk kursus peringkat asasi dan diploma di IPTS tidak kurang daripada RM12,000 setahun.

Pihak PTPTN hanya menawarkan pinjaman sebanyak RM8,000 untuk penuntut yang memohon pinjaman di peringkat ini.

Ramai di ibu-bapa merasakan ia sesuatu yang masih boleh diusahakan.Kos kursus kejuruteraan selama empat tahun di IPTS adalah sekitar RM50,000 ditambah setahun di peringkat asasi, jumlahnya sudah mencapai RM62,000 dan ia tidak termasuk kos penginapan, nota tambahan dan perbelanjaan makan seharian penuntut yang menghadiri kursus itu.

Program ijazah berkembar atau twinning dalam bidang senibina di IPTS dengan dua tahun pengajian di New Zealand atau Australia pula memerlukan perbelajaan hampir RM65,000 untuk keseluruhan kursus.

Kursus dalam bidang psikologi di IPTS dengan dua tahun akhir pengajian di Amerika Syarikat bergantung secara langsung kepada nilai tukaran wang asing dengan kos dua tahun pertama di dalam negara menjangkau RM25,000.

Apa yang nyata, kos menimba ilmu semakin tinggi dan penuntut pula semakin menumpukan pada jurusan dan kolej pilihan mereka.- BERNAMA

------------------------------
Entahlah macam mana boleh berlaku kes bingung macam nih...kursus yang ditawarkan tidak dipohon oleh calon. Baru-baru ini USM dengan status universiti Apex telah menawarkan terlebih dahulu kepada calon-calon yang berkelayakan sebelum UPU . Ada seorang pelajar saya yang tidak mengambil mata pelajaran seni ditawarkan kursus seni halus! Sewaktu menelefon, aku tak tahan menahan gelak...
"Awak ada mohon tak?"
"Tak.." Jelas sekali suaranya agak sugul.
"Habis tu, macam mana cikgu?" Soalnya meminta kepastian sama ada nak terima atau menolak.
"Kalau awak tolak... takut nanti tak dapat tawaran UPU pulak.." Aku semacam memberi cadangan...
Akhirnya anak muridku itu menerima tawaran sambil mengharap bidang yang berkatan dengan bahasa ditawarkan oleh IPTA.

Kalau aku menerima tawaran yang sepelik itu, tentu jatuh demam beberapa hari. Ialah, bukan senang nak mengharungi tempoh tiga atau empat tahun pengajian dalam bidang yang kita tidak minat. Tapi aku kagum dengan seorang bekas pelajarku... Dia ditawarkan kursus muzik, sedangkan dia bukan reti main muzik nih... anak pak imam lah katakan.. tapi akhirnya grad gak... Aku belum sempat menemuramahnya nak tahu macam mana dia mampu mengharungi tempoh "getir" tersebut.

BACA LAGI...

24,000 GURU DIPLOMA BELUM DISAHKAN JAWATAN-KGLMSM

Bookmark and Share
JERANTUT 16 Jun – Seramai 24,000 orang guru lulusan diploma yang dilantik sejak tiga tahun lalu perlu disahkan jawatan mereka dengan segera bagi mengelakkan timbul pelbagai masalah berhubung perjawatan pada masa akan datang.

Presiden Kesatuan Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KGLMSM), Jemale Paiman berkata, terdapat guru gred DGA29 itu belum pernah mengikuti kursus induksi yang diperlukan sebagai salah satu syarat pengesahan. – Utusan

--------------------------

Mengejutkan? Bagi saya ia tidak mengejutkan. Malah jika ditambah dengan guru-guru yang layak digerakkan ke gred yang lebih tinggi secara time-based, bilangannya mungkin sekali ganda lagi. Belum lagi tentang perjawatan yang baru diwujudkan seperti Guru Akademik Tingkatan Enam. Baru-baru ini saya ada mendengar maklumat yang mengatakan peruntukan untuk penempatan GAT6 terpaksa ditangguhkan kerana kekurangan peruntukan kewangan. Jadi skim GAT6 masih mengikut peruntukan yang ada pada tahun 2009.

Begitu kesian guru-guru yang dikerah tenaga dan kedratnya itu supaya jangan terlalu berkira dalam mendidik anak-anak bangsa. Lebih sengsara lagi bagi mereka yang berada di sekolah-sekolah yang cemerlang kerana sistem pengurusan bukan kerana pelajar-pelajarnya.... Pada setiap tahun mereka akan mengerah segala kepakaran yang ada untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan awam... Tidak seperti sekolah-sekolah berasrama penuh (SBP) yang sememangnya menerima pelajar-pelajar yang super pandai...

Justeru, kepada pihak atasan agar lebih prihatin terhadap kebajikan guru dan sekolah, serta ibu bapa sekali. Isu peruntukan yang kecil di sekolah serta pengwujudan "kasta" dalam kaedah pembayaran yuran makan asrama masih lagi menjadi buah mulut ibu bapa... Lebih-lebih lagi dah masuk bulan Jun.. pihak sekolah sudah mula menagih sebahagian lagi yuran asrama kepada ibu bapa yang tidak mampu membayar yuran asrama sekali gus....

Namun, syukur... kerana usaha saya membangkitkan isu yuran asrama yang tidak sama dengan sekolah-sekolah lain semasa mesyuarat agung PIBG baru-baru ini telah menunjukkan hasil... akhirnya sekolah tersebut mengakui bilangan hari persekolahan yang perlu dibayar ialah sebanyak 200 hari... Namun, aku kena bayar RM210.00 seorang... (RM10.00 duit kebajikan)... untuk dua orang anakku yang tinggal di asrama...

BACA LAGI...

MANDRIN, TAMIL BUKAN WAJIB

Bookmark and Share
PULAU PINANG 15 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak bercadang untuk menjadikan pelajaran Bahasa Mandarin dan Tamil yang bakal dilaksanakan sepenuhnya di semua sekolah kebangsaan sebagai subjek wajib.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, pengajaran kedua-dua bahasa tersebut akan dilaksanakan secara elektif untuk memberi pilihan selain memudahkan pelajar kaum Cina dan India mempelajari bahasa ibunda mereka di sekolah kebangsaan.

Bagi tujuan itu katanya, kerajaan mewajibkan penyediaan guru-guru bahasa Mandarin dan Tamil di semua sekolah kebangsaan bagi memastikan dasar Bahasa Ibunda Pelajar (POL) dapat dilaksanakan sepenuhnya.

"Saya hendak betulkan ini kerana ada sedikit kesilapan kenyataan awal yang dikeluarkan yang mengatakan kerajaan hendak mewajibkan sekolah kebangsaan belajar Mandarin dan Tamil, itu saya nak betulkan.

"Apa yang kita mahu ialah supaya dasar POL yang sudah lama diperkenalkan bukan sahaja diteruskan tetapi dilaksanakan sepenuhnya supaya di setiap sekolah kebangsaan disediakan guru yang cukup untuk mengajar kedua-dua bahasa itu.

"Dengan ini, pelajar mempunyai pilihan, yang penting apabila mereka mahu menguasai bahasa ibunda, mereka boleh memperolehinya menerusi sistem kebangsaan dan tidak perlu berpusu-pusu ke sekolah jenis kebangsaan yang kadang-kadang tidak cukup tempat," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pelajar Antarabangsa 2010 anjuran Sekolah Perempuan St. George di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman.

Muhyiddin berkata, apa yang penting ialah kerajaan mahu mengukuhkan pembelajaran Bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan dengan menyediakan tenaga pengajar yang mencukupi untuk mengajar kedua-dua bahasa itu.

Beliau memberitahu, kini terdapat 373 guru Bahasa Mandarin dan 163 guru Bahasa Tamil di sekolah kebangsaan.

"Kita ada lebih 7,000 sekolah rendah di seluruh negara, kita akan latih guru berkelayakan dan mereka boleh ditempatkan di sekolah-sekolah ini, sama ada terdapat pelajar yang mahu belajar atau tidak itu soal kedua," tambahnya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebelum ini ada kemungkinan pihak sekolah tidak memberi perhatian kepada pembelajaran kedua-dua bahasa tersebut sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati ibu bapa berketurunan Cina dan India.

"Justeru apabila kita dapat menyediakan kemudahan pembelajaran kedua-dua bahasa ini di sekolah, tentu sekali mereka lebih mudah untuk menguasai bahasa ibunda menerusi sistem sekolah kebangsaan," katanya.

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
dan NURUL HUDA HASSAN
pengarang@utusan.com.my

--------------------------------------
Mula-mula berita ini saya dengar, saya pun mempunyai pentafsiran yang sama... Di sekolah kebangsaan, akan diwajibkan belajar dua bahasa ibunda lagi iaitu bahasa Mandarin dan Tamil. Reaksi spontan, ini mesti nak realisasikan secara lebih drastik slogan Satu Malaysia... Ialah, kalau orang Cina dan India kena belajar bahasa Melayu, maka orang Melayu pun kena belajar bahasa mereka pulak... Lagi pun medium bahasa ini lebih minimum kesannya terhadap proses asimilisasi rakyat di Malaysia. Berbanding dengan asimilasi budaya secara mutlak, apatah lagi agama!

Rupa-rupanya apa yang saya dengar tu silap! Menteri Pelajaran bermaksud mata pelajaran bahasa Mandrin dan Tamil diwajibkan untuk pelajar Cina dan Tamil di sekolah aliran kebangsaan. Idea ini tentunya akan dilihat lebih baik oleh kedua-dua kaum bagi memastikan kelangsungan kedua-dua bahasa tersebut pada masa akan datang.

Apa kata kalau betul-betullah, bahasa Mandrin dan Tamil diwajibkan kepada semua pelajar aliran kebangsaan? Ia bermula dari sekolah rendah lagi sehingga sampai ke peringkat menengah. Agak-agaknya semakin bertambah baik kah hubungan sosial antara kaum atau sebaliknya?


Foto: Sekadar hiasan. Bahasa Inggeris di negara China.
BACA LAGI...

Sunday, January 31, 2010

ADAKAH KITA BOLEH INGKAR SURAT PEKELILING?

Sunday, January 31, 2010
Bookmark and Share
I

Aku kira aku bukanlah orangnya yang gemar menggunakan metode debat dalam menegakkan sesuatu kebenaran. Aku serik dengan pengalaman sewaktu di sekolah rendah. Tatkala itu jika ada peluang berdebat, aku akan berdebat dengan rakan-rakan bagi membuktikan bahawa hujah aku lebih power berbanding dengan rakan-rakanku yang lain. Sewaktu berbasikal pulang dari sekolah pun jadi... Kesannya, bila mana-mana pihak kalah, selalunya akan menyebabkan kami tidak bertegur selama beberapa hari.

Namun, kalau terpaksa berdebat pun... bila aku pasti hujah serta bukti berpihak kepadaku. Dan, ia bertambah-tambah perlu jika dengan usaha tersebut dapat "melepaskan" aku dan sesiapa sahaja yang senasib denganku daripada kejahilan sesuatu pihak yang mendakwa mereka betul.

Isu Bantuan Makan Asrama (BMA) dan Yuran Makan Asrama (YMA) masih belum reda. Bagi sesiapa yang ada anak di asrama tentu arif akan hal ini. Untuk pertama kalinnya dalam sejarah pendidikan negara kerajaan telah menarik BMA secara drastik. Aku tak pasti bila BMA dikurangkan daripada lebih 280 hari persekolahan kepada 250 hari. Ia menyebabkan pelajar terpaksa balik kampung dua kali sebulan. Namun, aku rasa perubahan itu berlaku sekitar 1990-an. Sebab, masa aku sekolah dulu, sebulan sekali baru balik kampung. Malah, seorang kawan aku yang berada di SBP balik kampung bila cuti penggal jer...

Pada awal tahun ini, ibu bapa gempar dengan keputusan kerajaan menarik sebanyak 50 hari BMA menjadikan jumlahnya 200 hari. Ia menyebabkan para pelajar terpaksa balik kampung setiap minggu. Itulah sebenarnya punca kegemparan tersebut, walhal berita tentang penarikan 50 hari itu telah disebut-sebut oleh pengetua-pengetua sekolah berasrama sekitar bulan Disember. Cuma, biasalah ... selagi tak terantuk memang tak tengadah. Bila dah nampak tak boleh ambik anak tiap-tiap minggu barulah kecoh dan heboh...

Isu susulan daripada isu tersebut mula meningkat apabila timbul perbezaan bayaran bagi ibu bapa (gaji pokok + elaun tetap) RM5 ribu ke atas dikenakan bayaran Yuran Makan Asrama (YMA) sebanyak RM3. Manakala mereka yang bergaji RM4,999.99 dikenakan bayaran RM1. Kalau disemak pekeliling yang bertarikh 8 Januari 2010 antara justifikasi mengapa ada perbezaan antara ke dua-dua "darjat" ialah keadaan ekonomi semasa negara yang tidak begitu baik. Satu lagi andaian aku ialah, mereka yang berpendapatan isi rumah RM5k telah dianggap "berkemampuan" dan tidak perlu diberikan subsidi setara dengan mereka yang berpendapatan isi rumah RM4.9k.

Pelbagai persoalan berlegar-legar dalam benakku. Begitu mudahkah justifikasi "berkemampuan" dan tidak itu diasaskan. Dari sudut mana pun ia dilihat ia membuka perdebatan yang akan menghangatkan hati.

Pertama. Kalaupun boleh dianggap berpendapatan isi rumah RM5k sebagai berkemampuan, para kakitangan kerajaan dan swasta yang ada pay-slip sahaja yang akan akur dengan ketetapan tersebut. Sebaliknya para peniaga yang berpendapatan empat kali ganda sekalipun terlepas daripada ketetapan tersebut kerana mereka tidak mengisytiharkan pendapatan mereka yang sebenar. Ini terbukti dalam bantuan uniform ke sekolah-sekolah. Dalam daerah aku, ada sebuah sekolah yang mendapat bantuan paling banyak... Bila diselidik-selidik, rupanya majoriti ibu bapa pelajar di sekolah tersebut adalah peniaga!

Kedua. Kalaupun ada asas yang kuat untuk mengklasifikasi mereka yang berpendapatan isi rumah RM5k berkemampuan, lebih berasas lagi kalau diambil kira bilangan tanggungan anak termasuk yang bersekolah dan tidak bersekolah. Jika berpendapata RM5k sekalipun, jika ada enam orang anak, tentunya angka tersebut tidak membawa erti apa-apa. Malah terpaksa mengorek duit simpanan yang ada untuk menyekolahkan anak-anak. Lantas aku teringat seorang rakan yang ada tujuh orang anak yang masih belajar. Tiga di IPTA luar negara (tanpa biasiswa), seorang IPTA, tiga orang lagi bersekolah menengah. Sedangkan rakanku itu DG44 dan isterinya DGA32. Tentunya jauh bezanya dengan mereka yang berpendapatan isi rumah RM3.9k tetapi hanya ada dua orang anak sedang belajar.

II

Sewaktu anakku balik dari asrama hujung minggu lepas aku dimaklumkan bahawa, pada petang Ahad akan diadakan sesi pembayaran yuran asrama. Bersama-samanya ada beberapa helai kertas memaparkan kadar bayaran tambahan (SUWA) dan bayaran yuran makan asrama (YMA). Aku tersentak apabila jumlah yang dipaparkan sungguh luar biasa. Aku terus menatap pada bahagian RM3 x 270 hari = RM820 (setahun) atau RM410 (setengah tahun). Kenapa 270 hari? Bukan 200 hari seperti yang tersurat dalam surat pekeliling. Aku mengharap sewaktu membuat pembayaran nanti, pegawai yang bertugas akan mengatakan,
"Kami mintak maaf, sebab tersalah cetak... Jumlah hari sebenarnya hanyalah 200 hari.."

Memandangkan urusan di SMKA sudah selesai, maka aku menghantar anakku yang di SMKA terlebih dahulu. Setelah semua barangan diturunkan... kami terus ke KKB. Sampai sahaja di situ, aku mendapati begitu banyak kenderaan bersusun di bahagian letak kereta dan padang sekolah. Itu satu tanda, urusan pembayaran YMA akan mengambil masa yang panjang. Lantas aku segera ke musolla sekolah untuk menunaikan solat Asar yang agak lewat. Usai solat Asar, aku terpaksa ke pekan unuk ke masjid kerana isteriku belum solat Asar lagi. Lagipun musolla untuk muslimat aku fikir di asrama puteri dan lokasinya agak ke dalam sedikit.

Aku kembali ke sekolah sekitar 6.30 petang. Melihat kenderaan yang semakin surut, aku menarik nafas lega, namun aku ada sekitar 30 minit untuk menyelesaikan urusan YMA. Lantar aku segera ke lokasi pembayaran YMA yang terletak di blok B bersebelahan dewan makan aspura.

Tatkala aku sedang menunggu ustaz yang ditugaskan menerima bayaran pelajar tingkatan empat aku mendapati seorang pejaga bertanya tentang bilangan hari tinggal di asrama yang tidak seperti yang diketahuinya... Sedang mereka berbual aku mencelah...
" Maaf saya memang nak tanya sangat mengapa jumlah hari yang dinyatakan dalam surat tidak seperti yang nyatakan dalam pekeliling?" Soalku.
"Encik salah faham ni... sebenarnya bilangan 200 hari itu bukan bilangan hari yang ibu bapa kena bayar sama ada RM1 sehari atau RM3 sehari.."
"Saya ada dengar sendiri dalam berita, pihak kerajaan telah menambah bilangan hari makan bersubsidi di asrama sebanyak 40 hari mejadikan bilangan keseluruhannya 240 hari... Namun, untuk seketika ini, ibu bapa hanya perlu membayar sejumlah 200 hari sahaja. Bla..bla..bla..." Hujahku lagi..
"Di sekolah ini memang dah lama mengenakan bayaran mengikut bilangan 270 hari setahun... Taka da masalah apa-apa pun... malah audit tahun lepas tak kata apa pun!" Balasnya lagi.
"Encik kena faham, tahun lepas lain... ibu bapa tak bising sebab kalau gaji 10 angka sekalipun tetap sehari RM1. Mulai tahun ini macam saya... kena bayar RM3! Beza 3 kali ganda dengan satu kategori yang lain iaitu RM1 sehari..."

Sesi berhujah bukan terhenti setakat itu... Tatkala aku telah selesai membayar YMA, pegawai tersebut menemui aku lagi dan meneruskan hujah-hujahnya... Bila aku buat perbandingan ngan sekolah-sekolah lain yang berasrama, dia kata semua sekolah tersebut silap dan tak faham... Aik, tak kanlah seorang saja yang faham yang lain tak faham!

Seterusnya sesi hujahan dilakukan lagi di kod badminton, luar tempat pembayaran YMA. Aku yang dah tak larat mendengar hujah-hujah yang sama itu.. akhirnya memohon permisi sambil berjanji akan merujuk kepada pegawai-pegawai yang lebih tinggi di JPN atau KPM... Dia dengan beraniya,
"Saya tak kisah, saya dah lama terlibat dengan urusan asrama ini... Dulu pernah di SBP.."
Mendengar kenyataannya itu, aku bertanya lagi...
"Di SBP berapa bilangan hari BMA?" Soalku.
"280 hari!" Jawapnya dengan yakin sekali.


BACA LAGI...

Friday, January 8, 2010

BERSEDIAKAH ANDA MENGAMBIL ANAK DI ASRAMA SETIAP HUJUNG MINGGU?

Friday, January 8, 2010
Bookmark and Share
DIKEMASKINI
Sejak kebelakangan ni banyak betul berita-berita yang gempak-gempak. Hampir dalam semua bidang ada sahaja wakilnya. Cuma, aku tak berminat nak cerita dalam bidang-bidang yang lain. Oleh sebab aku berada dalam dunia pendidikan, lebih baik aku bercakap tentang dunia yang aku ceburi sejak hampir 20 tahun yang lalu.

Aku tak pasti apakah asas kepada apa yang aku akan peratakan ni. Kalau ekonomi kita semakin tenat, kata pak-pak menteri ekonomi kita sedang berkembang ke arah trend pemulihan. Tapi realiti yang berlaku pada bidang yang dahulunya cukup dijaga seperti menatang minyak yang penuh kini kelihatannya kian diabaikan dan semakin menampakkan trend yang sangat negatif.

Bagi mereka yang ada anak di asrama, tentunya telah maklum tentang berita pengurangan bilangan hari subsidi makan di asrama daripada 250 hari sebelum ini menjadi hanya 200 hari. Kalau zaman aku sekolah dulu, bilangan hari bersubsidi sebanyak 280 hari. Ertinya kalau aku tak balik kampung setiap hujung minggu makan tetap ada. Tapi sejak aku ada anak di asrama tiga tahun lalu, aku terasa pelik benar sebab selang dua minggu dah telefon kata nak balik asrama. Ini bukan kes balik sunat dan harus, tetapi balik wajib. Dan akan datang ini aku kena bersedia untuk mengambil anak di asrama setiap hujung minggu.

Menurut seorang PK HEM di mana anak aku berada, subsidi kerajaan untuk setiap kepala ialah RM14. Ibu bapa hanya perlu bayar RM1 sahaja. Justeru sebulan bayaran mengikut bilangan hari persekolahan lah... Contoh kalau 20 hari RM20, dan subsidinya sebanyak RM280. Jadi kalau bilangan hari persekolahan (tinggal di asrama) sebanyak 280 hari setahun, sedangkan subsidi makan hanya untuk 200 hari, maka ibu bapa kena bayar sekitar RM1200 setahun bagi menampung bilangan hari di asrama yang tidak bersubsidi sebanyak 80 hari.

Itu kalau seorang anak di asrama. Bayangkan kalau ada dua orang (Rm2,400), tiga orang (RM3,600) dan... dan... dan... Jadi pilihan yang ada bagi ibu bapa yang kurang berkemampuan ialah meminta anak-anak balik ke rumah setiap hujung minggu. Itupun kalau dekat dan semua anak-anak tinggal dalam sebuah sekolah berasrama yang sama. Hahaha... buleh ker.. ada tiga orang anak dalam sebuah asrama? Adalah kad-dang.. kad-dang... Realitinya, seorqang di utara... seorang di selatan... seorang di timur... Macam mana nak ambik setiap minggu? Kena tiga buah kereta bergerak ke destinasi yang berlainan.

Pilhan lain yang ada... naik kenderaan awam. Kereta api dan bas. Kalau orang kaya, bolehlah bagi anak tiket kapal terbang... Pelbagai kecurigaan melanda hati dan fikiran ibu bapa. Bas berlanggar... kereta api tergelincir... dan macam-macam lagi... Justeru ada yang memberi izin si anak menginap di rumah kawan-kawan atau "ibu bapa angkat"...

Hal tersebut sebenarnya bukan penyelesai masalah. Tapi mungkin membuka pula kepada masalah yang lain. Sedia dimaklumi bahawa pengaruh rakan sebaya sangat kuat. Kalau anak-anak kita punyai jati diri yang kuat, mungkin kurang terkesan dek pengaruh rakan-rakan sebaya yang jahat. Kalau tidak? Lama kelamaan, bila ibu bapa nak ambil pun mereka tak mahu balik. Lebih seronok bersama rakan-rakan... Maklumlah kadang-kadang dengan ibu bapa ni banyak sangat larangannya. Tetapi dengan kawan-kawan, semuanya ok!

Jadi, sudah tuntaskah pak-pak menteri kita berfikir sewaktu mengambil keputusan untuk melaksanakan titah perintah tersebut. Tiada opsyen lain kah yang lebih wajar diambil selain mengambil sebarang tindakan yang melibatkan masa hadapan anak-anak kita yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Fenomena ini tidak pernah berlaku pada masa silam. Kemana perginya pakej rangsangan 67 billion? Tak kan lah nak bagi laluan Program Permata Negara sehingga menyebabkan bajet untuk sekolah di potong sehingga 40%? Aku tak nampak apa signifikannya program tersebut pada masa sekarang... dan lebih tidak relevan lagi terpaksa memotong keperluan anak-anak di sekolah sehingga boleh memperjudikan masa depan mereka.
-----------------
Jumaat (8 Januari) Sewaktu pulang dari sekolah tadi aku menelefon PK HEM sekolah anak aku nombor wahid bertanya sama ada minggu ini balik wajib susulan pelaksanaan 200 hari subsidi makan di asrama.
"Minggu ni tak balik..." Jelas ustaz tu.
"Oh.. habis tu sapa yang akan bayar duit makan anak saya tu, Ustaz?" Aku sedikit kehairanan.
"Tak apa dah tambah 40..." Jelasnya selamber bomberr...
"Hah.. RM40 untuk dua hari... sapa pulak yang dah tambah?" Aku bertambah-tambah kehairanan.
"Bukan, saya dapat maklumat dari PPD, peruntukan makan bersubsidi sudah ditambah 40 hari lagi menjadikannya sebanyak 240 hari.."
"Alhamdulillah.." Secara spontan ucapan itu terpacul dari bibirku...
"Minggu depan balik wajib.." Kata PK HEM tersebut sewaktu mengakhiri berbualan kami...

Jika beritga tersebut benar, ia tentunya satu berita yang sangat menggembirakan ibu bapa yang ada anak di asrama. Kata PK HEM sekolah anak aku tu, bilangan 40 hari tersebut sudah memadai untuk membolehkan anak-anak balik dua minggu sekali...
-----------
Mungkin inilah surat siaran yang dimaksudkan oleh PK HEM sekolah anak aku itu..
ps-Gambar di atas hanya hiasan.

BACA LAGI...

Saturday, December 5, 2009

SPM: MAKSIMUM 12 SUBJEK

Saturday, December 5, 2009
Bookmark and Share
Sah kini, "trend" mengambil mata pelajaran dalam peperiksaan SPM untuk "pecah rekod" tidak lagi dibenarkan. Setelah mengambil kira pelbagai faktor, Kemeneterian Pelajaran Malaysaia (KPM) telah menetapkan hanya 10 mata pelajaran sahaja yang boleh diambil kepada pelajar Melayu dan tambahan dua mata pelajaran lagi untuk pelajar Cina dan India. Mereka boleh mengambil sama ada mata pelajaran bahasa Cina atau bahasa Tamil dan Kesusasteraan Cina atau Kesusasteraan Tamil.
Diharap dengan keputusan tersebut, akan mengembalikan calon-calon SPM yang cemerlang "kembali' kepada kehidupan normal sebagai seorang pelajar, anak dan manusia normal yang berusia 17 tahun. Ada masa untuk mengulang kaji pelajaran, bermain, membantu ibu dan ayah bila diperlukan dan berkawan.
Nampaknya hasrat "murni" kerajaan sebelum ini untuk memberi peluang kepada pelajar yang cemerlang menunjukkan kemampuan mereka yang sebenar tidak ilihat satu elemen yang sihat bagi melahirkan manusia yang seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelektualnya. Sebaliknya hanya satu domain intelektual sahaja yang diberi fokus sehingga menyebabkan para pelajar cemeralng pada hari ini tidak seimbang.
Hakikatnya, sekolah-sekolah berasrama penuh dan MRSM juga tidak tertarik untuk memberi peluang kepada para pelajar mereka mengambil sebanyak mungkin mata pelajaran dalam peperiksaan SPM. Jadi, macam mana pelajar-pelajar yang cemerlang tersebut mahu menunjukkan prestasi mereka yang sebenar. Walhal, kebanyakan para pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR berada di sekolah-sekolah berasrama penuh.
Cuma satu perkara lagi yang belum terjawab ialah cadangan untuk mewajibkan lulus mata pelajaran bahasa Inggeris. Pada hemat saya, biarlah pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) dijalankan dulu baru wajibkan lulus Bahasa Inggeris dalam SPM. Sehingga itu, biarkan dalam status quo sekarang. Masih banyak lagi isu yang menyukarkan para pelajar luar bandar lulus bahasa Inggeris.
BACA LAGI...

Saturday, November 21, 2009

SISTEM PERSEKOLAHAN MENENGAH JAIS TIDAK DEMOKRATIK.

Saturday, November 21, 2009
Bookmark and Share
Sebelum keputusan UPSR keluar, memang merisaukan. Berapa A? Atau, tak ada A? Begitu juga PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama di Selangor). Berapa peratus? Mumtaz? Jayid Jiddan? Jayid? Maqbul? Kini, bila semua keputusan dah diketahui. Lain pula kerisauan yang timbul. Nak sekolah mana pulak?
Bagi yang tidak mendapat 5A, pintu ke asrama penuh anggap sahaja dah tutup rapat. Biarpun disertakan dengan sijil kokurikulum peringkat negeri, universiti, daerah dan sekolah yang jumlahnya mencecah 20 keping kesemuanya, dengan keputusan UPSR sebegitu tidak membawa erti apa-apa. MRSM awal-awal hanya membenarkan PIN dibeli oleh mereka yang dapat 5A. Sedikit aneh, MRSM pelajar yang tak cemerlang kokurikulum pun masih boleh meloloskan dirinya masuk.
Saya akur dengan hukum manusia, siapa yang cemerlang dialah yang gemilang. Sekolah elit biarpun semakin banyak dibina khas untuk mereka yang sebegitu namun sehingga kini ia masih tidak dapat menampung sejumlah 48,000 orang calon yang dapat straight A's. Selebihnya cari sekolah-sekolah harian atau ada yang masih bernasib baik dapat KRK (Kelas Rancangan Khas).
Trend sebegitu kini semakin ketara pula di SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) terutamanya di negeri Selangor. Kini, selain daripada SAM (Sekolah Agama Menengah), dan SAMT (Sekoah Agama Menengah Tinggi), kini ada dua lagi sekolah yang menempatkan para pelajar yang cemerlang iaitu SAM Bestari dan Tahfiz. Kalau di sekolah aliran kebangsaan, SBP, SBPI, SMKA menetapkan pencapaian 5A dalam UPSR, sekolah-sekolah SABK Selangor mensyaratkan pencapaian 85% kelulusan dan ke atas dalam PSRA untuk memasuki mana-mana sekolah SAM dan SAMT. Manakala untuk SAM Bestari dan Tahfiz mungkin 95% ke atas.
Berdasarkan figure di atas, satu tanda soal yang besar timbul bagaimana anak-anak yang berpencapaian 85% ke bawah? Sedangkan mereka ingin belajar di sekolah agama Selangor! Menurut sumber JAIS, mereka yang mendapat 85% ke atas sahaja yang akan ditawarkan tempat. Selebihnya, tunggulah yang ditawarkan itu menolak. Mungkin mereka akan ke SBP, SBPI, MRSM... jadi, kekosongan yang ditinggalkan itu akan diisi oleh merka yang lebih rendah meritnya.
Fenomena tersebut telah menyebabkan beribu-ribu pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu di SABK Selangor, akhirnya menguburkan hasrat masing-masing.
Apakah masalahnya yang dihadapi oleh SABK Selangor? Sekali gus masalah yang dihadapi oleh Kerajaan Negri Selangor yang mengurus secara langsung SABK tersebut. bersama dengan Kementerian Pelajaran malaysia. Saya terpanggil untuk melontarkan persoalan ini sebab saya sendiri adalah produk sistem aliran persekolahan agama tersebut.
Kalau dahulu JAIS berdepan dengan bukan sahaja masalah bagaimana hendak membina bangunan sekolah, malah bagaimana hendak mencari guru-guru yang berkelayakan bagi menjadi tenaga pengajar di sekolah-sekolah tersebut. Sekitar awal tahun 1980-an, ramai guru ijazah diambil untuk mengajar di SAMT, malangnya apabila ada pekerjaan tetap ditawarkan, mereka sudah pasti akan meninggalkan sekolah tersebut. Pernah suatu ketika, seorang guru hanya sempat memperkenalkan diri dalam satu sesi pengajaran, seminggu kemudian telah berhenti. Untuk mendapatkan guru-guru yang berkelayakan sangat sukar, oleh itu tinggallah para pelajar terkontang-kanting tanpa bimbingan menghadapi peperiksaan. Sebab itu prestasi sekolah-sekolah agama dalam SPM umpamanya sangat teruk berbanding dengan sekolah-sekolah menengah kebangsaan. Sebagai contoh SPM 1982, SAMT di Sabak Bernam hanya enam orang sahaja yang dapat pangkat 1, sedangkan sekolah-sekolah menengah lain di pekan tersebut berpuluh-puluh!
Bangunan sekolah kira oklah. Sebab kami faham kekangan yang dihadapi oleh JAIS. Asrama dan tempat tinggal? Jika sesiapa sahaja yang pernah bersekolah agama di sekitar 1970-an dan 1980-an di negeri Selangor, tentu 1001 cerita boleh diceritakan dan mengambil masa 1001 malam juga. Saya pernah tinggal di pondok, sebelum menetap di asrama luar dan akhir sekali asrama dalam. Oleh sebab sistem yang sedemikian itu menyebabkan tidak ramai rakan-rakan saya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading secara terus. Ramai dalam kalangan mereka masuk ke universiti selepas mengajar beberapa tahun.
Namun, ibu bapa tak banyak yang melenting-lenting sebab kemudahan yang sangat dhaif itu. Apa yang sangat utama ialah ilmu agama yang anak-anak perolehi. Setidak-tidaknya lepaslah fardhu ain anak-anak serta boleh mengurus jenazah ayah dan emak kelak. Tak masuk universiti pun tak apa... kalau masuk dianggap sangat hebat. Sebab, sekolah yang serba-serbi kurang dapat juga masuk universiti!
Keperluan ilmu agama dalam membina jati diri para pelajar semakin diterima masyarakat. Menjelang tahun 1990-an, kemasukan ke sekolah agama di Selangor mula menampakkan peningkatan yang sangat ketara. Masa itu telah ada syarat kemasukan. Penilaian darjah Enam mesti sekurang-kurangnya 3A lah... 4A lah... dan terkini 5A tak cukup. malah tak boleh masuk jika PSRA tidak mencapai sekurang-kurangnya 85%!
Kalau dalam konteks gred penilaian yang dipakai sekarang, A ialah 80% dan ke atas. Bayangkan kalau hendak masuk sekolah agama di Selangor perlukan 85% (ikut calon-calon yang ditawatkan) itu gred apa? Adakah JAIS hanya menerima para pelajar yang maha pandai sahaja? Walaupun dalam pengiraan CGPA tiada gred A*, 85% bolehlah saya anggap gred tersebut.
Apakah agenda JAIS sekarang? Untuk memenuhi tuntutan fardhu ain (ukhrowi) atau sekadar untuk memenuhi tuintutan kecemerlangan duniawi? Saya bukan hendak merendah-rendahkan kemampuan sekolah aliran kebangsaan dalam membina modal insan berkualiti, malah melalui sistem persekolahan kini memungkin lebih ramai teknokrat, profesional lahir dalam sistem tersebut. Tetapi, bagi ibu bapa yang separti saya, masih percaya kecemerlangan seseorang pelajar bukan sekadar cemerlang akademiknya sahaja. Malah, kami percaya bahawa pelajar yang "cemerlang" agamanya akan cemerlang akademiknya. Dan, bukan sekadar cemerlang akademiknya sahaja malah cemerlang sahsiah dan akhlaknya. Itulah yang berlaku dalam sistem pendidikan agama di Selangor suatu ketika dahulu.
Apakah masalah sebenar JAIS? Masalah guru telah diselesaikan melalui pengambilalihan sistem sedia ada dalam SABK. Bagi saya, apa yang penting ialah membanyakkan sekolah-sekolah agama mengikut keperluan pelajar. Kaedah memberi tawaran kepada pelajar-pelajar maha cemerlang sahaja bukan kaedah yang terbaik dalam memenuhi tuntutan penyebarluasan ilmu agama adalah fardhu ain. Terutamanya bagi daerah Hulu Selangor yang hanya ada dua buah sekolah menengah agama iaitu di SAM Selisek dan satu lagi SAMT Kuala Kubu Bharu.
Mungkin JAIS akan melihat idea ini sebagai idea budak-budak. Tetapi, budak-budak yang di sekolah rendah pun boleh cakap macam itu. Hanya itu caranya untuk memenuhi tuntutan fardhu ain. Jika trend sebegini berterusan, ada ibu bapa yang tidak berminat hendak menghantar anak-anak ke SRA. Sebab, kalau tak mampu dapat 85% (keperluan semasa dan mugkin akan terus meningkat) dan ke atas, tak usah lah ke SRA. Kesannya, pelajar yang mengambil PSRA menghadapi tekanan yang sangat tinggi. Dalam keputusan PSRA baru-baru ini ada seorang rakan saya memberitahu anaknya menangis seba tak dapat 95%! Sebab peratus untuk ke SAM Bestari mesti 95% dan ke atas. Lebih malangnya, ada pegawai JAIS sendiri terpaksa menyekolahkan anak mereka ke sekolah menengah kebangsaan sebab masalah yang sama! Saya anggap pegawai tersebut sangat berintegriti. Sedangkan ramai rakan-rakannya yang lain menggunakan "kabel besar" untuk memastikan anak-anak mereka dapat sekolah tersebut.
Kini sudah tiba masanya JAIS mengamalkan sistem pendidikan yag lebih demokratik. Memastikan peluang yang lebih terbuka kepada mereka yang hendak belajar dengan membina sebanyak mungkin bangunan sekolah. Selebihnya serahkan kepada KPM untuk mengurus tenaga pengajarnya. Inilah sumber manusia atau modal insan yang tidak harus diperjudikan jati diri mereka yang semakin sesat dalam menempuh arus cabaran sosial mas kini yang semakin gawat. Pelbagai kajian dijalankan, akhirnya jawapannya mengarah kepada beberapa perkara. Antara yang peling ketara ialah, kurangnya didikan agama. Tidak tersentuhkah Bahagain Pendidikan JAIS dalam perkara ini?
BACA LAGI...

Friday, September 11, 2009

GAGAL PMR, ULANG SEMULA TINGKATAN TIGA?

Friday, September 11, 2009
Bookmark and Share
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Seorang tokoh pendidikan menyarankan supaya pendekatan mengulang tingkatan dilaksanakan semula terhadap pelajar tingkatan tiga yang gagal dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) berbanding membenarkan mereka naik ke tingkatan empat secara automatik.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional, Prof. Madya Dr. Mohamad Ali Hassan berkata, perkara tersebut merupakan cadangan yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan selain membenarkan pelajar meneruskan pelajaran dengan mengambil mata pelajaran vokasional.
''Ia untuk mengelakkan berlakunya pembaziran tenaga dan kewangan dalam sistem pendidikan negara," jelasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas surat pembaca di ruangan forum akhbar ini yang meminta kerajaan mengkaji semula dasar yang membenarkan pelajar naik ke tingkatan empat biarpun gagal dalam PMR.
Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Annuar Syed Mohamad pula berkata, pihaknya memang tidak bersetuju dengan tindakan Kementerian Pelajaran melonggarkan syarat ketat untuk naik ke tingkatan empat sebelum ini.
Katanya, sudah tiba masanya sistem itu diteliti semula bagi membolehkan proses penilaian sebenar dilakukan terhadap pelajar.
''Pelajar PMR yang gagal tidak boleh dipaksa naik ke tingkatan empat untuk mengambil mata pelajaran yang tidak diminati kerana ia membuang masa mereka sahaja.
''Sebaliknya, beri pilihan dan peluang kepada pelajar untuk mengikuti mata pelajaran berasaskan kemahiran di sekolah vokasional,'' ujarnya.
Menurut Syed Annuar, memang tidak dinafikan golongan pelajar tersebut juga boleh mendatangkan masalah kepada sekolah, oleh itu kajian segera dasar itu perlu dilakukan demi menjana pembinaan modal insan.
Pandangan sama turut disuarakan oleh tokoh pendidikan, Tan Sri Ainuddin Wahid yang berpendapat kerajaan perlu melihat dan mengkaji semula dasar tersebut.
''Sesebuah sistem peperiksaan diadakan adalah untuk menilai kemampuan dan tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari,'' ujarnya.
Beliau berkata, tidak perlu diadakan peperiksaan sekiranya pelajar hanya mengambilnya tanpa mahu menguasai mata pelajaran tersebut dan sekadar melengkapkan syarat untuk naik tingkatan. Utusan Malaysia Online 11 September 2009
 _____________
Saya menyokong penuh cadangan di atas.  Sebagai seorang guru yang telah hampir 20 tahun bergelumang dengan bidang pendidikan, melihat banyak tak kenanya dengan sistem kenaikan tingkatan yang sedang berlaku sekarang.
Mengimbas kembali sistem peperiksaan  yang pernah saya lalui sekitara tahun 1970-an  ternyata lebih berkesan. Cuma dalam konteks masa kini, jangan ada istilah gagal dan buang .. Apa yang perlu, selagi pelajar tu tak dapat menguasai syarat-syarat asas lulus dalam peperiksaan PMR, mereka tidak boleh naik ke tingkatan empat. Biarlah lama manapun mereka berada di tingkatan tga. Kaedah ini setidak-tidaknya akan memberi satu "tekanan" kepada para pelajar untuk menguasai mata-mata pelajaran yang diambil. Jika tidak berjaya, mereka akan rasa malu untuk mengulang di tingkatan tiga pada tahun yang berikutnya.
Mungkin ada yang akan berhenti sekolah akibat daripada perasaan malu untuk mengulang semula di tingkatan tiga. Sebenarnya, realiti masa kini ramai pelajar yang tidak boleh menguasai mata-mata pelajaran yang diambil sudah tidak bersekoah pun. Ini kerana, mereka sering ponteng dan akhirnya nama mereka terpaksa dikeluarkan daripada daftar persekolahan.Sekiranya mereka berasa perlu lulus dalam PMR, sekurang-kurangnya ada usaha untuk belajar dan segala kelamahan yang keterlaluan pada peringkat tingkatan tiga sedikit demi sedikit dapat diatasi.
Langkah ini sekali gus dilihat akan dapat menyelesaikan masalah pelajar yang tidak boleh memabaca dan menulis berada di tingkatan empat dan lima!Cuma apa yang Kementerian Pelajaran perlu pertimbangkan ialah apakah syarat minimum lulus PMR. Umpamanya mesti kepujian Bahasa Melayu. Pada hemat saya, penguasaan bahasa Melayu itu suatu yang sangat penting... Jika tidak, susah untuk menerima pelajaran yang akan dilalui semasa di tingkatan empat dan lima...
BACA LAGI...

Wednesday, August 26, 2009

PTK: PEPERIKSAAN SEPANJANG HAYAT?

Wednesday, August 26, 2009
Bookmark and Share
Sesunggunya semalam adalah antara hari-hari sukar yang aku pernah lalui. Duduk dalam dewan peperiksaan menjawab soalan-soalan objektif selama dua jam bukanlah satu tempoh yang panjang... Malah dalam peperiksaan PTK3 yang aku duduki secara esei sebelum ini yang menelan masa selama 3 jam untuk kertas UAK (ulangan) pun aku berjaya melaluinya dengan "gagah" (walaupun keputusannya tidak "gagah" hehe...) Namun, apabila diri dalam kondisi yang tidak cukup fit, satu jam pun terasa lama. Dengan hidung berair, batuk serta demam menjadikan tempoh itu teramat panjang... Ditambah lagi dengan tiada persiapan rapi lantaran kekangan itu... kekadang rasa sejuk dan kekadang rasa panas... Memang sejuk sebab demam... Panas sebab apabila dalam kondisi peperiksaan (apatah lagi dalam konteks PTK)... rasa rugi pulak jika tidak dapat "band" 4... Jadi, bila sempat jeling kengkawan di kanan dan di depan (sebab aku duduk tepi tingkap bahagian sisi kiri dewan) semuanya tunduk dan khusyuk menjawab... aku rasa panas dan cemas gak!
Subuh ini aku kembali mengadap pc nih... Sahur tadi telan ubat.. dan sekarang rasa sedikit ok... Ubat yang aku dapat selepas petang semalam menyerah diri ke Klinik TM dan dapat sekali injection... Dapatlah tiga jenis ubat demam, selesma dan tekak. Ubat batuk sudah ilek!
-------------------------
Sebenarnya aku tidak pernah sengaja mengigat dan mengira berapa peperiksaan yang aku telah lalui sepanjang hidup aku... Tapi aku teruja nak mengiranya di sini ... Bukan untuk sengaja dipamerkan bagi mewar-warkan apa yang tak sepatutnya dihebah-hebohkan... Cuma, betapa "kejamnya" sistem ini memaksa semua kaki tangan awam berperiksa sepanjang hayat...
1. Penilaian Darjah Lima 1 kali
2. Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 1 kali
3. Sijil Pelajaran malaysia (SPM) 1 kali
4. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 1 kali
5. Peperiksaan Ujazah Sarjana Muda (UM) 3 kali - Setahun sekali sebab UM pada masa tu satu-satunya universiti yang masih menggunakan sistem tahun bukan semester
6. Peperiksaan Diploma Pendidikan (KPLI) 1 kali
7. Peperiksaan Am kerajaan - 1 kali
7. Pepreriksaan Sijil Kaunseling (14 minggu) 1 kali
8. Ijazah Sarjana - Tesis sepenuhnya
9. PTK2 - 2 kali
10. PTK3 - 3 kali
Jumlah kesemuanya 15 kali...
Dalam "himpunan" peperiksaan yang aku lalui itu ada dua kategori.. Pertama, peperiksaan wajib. Iaitu peperiksaan awam sehinggalah melibatkan peperiksaan yang bersifat untuk meningkatkan kualiti diri... sama ada di peringkat sijil, diploma dan ijazah. Bagi aku itu tidak boleh tidak mesti dicapai jika kita ingin memburu cita-cita... Cuma apa yang aku kurang faham ialah peperiksaan kategori kedua iaitu peperiksaan dalam perkhidmatan... apatah lagi untuk menentukan anjakan gaji dari P1 ke P2... Malah untuk bergerak dari DG41 ke DG44 mesti disyaratkan lulus TK1 atau TK2... Untuk DG44 ke DG48 disyaratkan TK3 (TK yang lain buat seketika aku maleh nak campur...) Alkisah ceritanya dulu masa SSB ramai yang tak setuju... Mereka yang dapat "menegak" dan "melintang" adalah orang yang suka "kipas bossl ah"... Ataupun ada yang nampak sangat luar biasa dapatnya, dikatakan "air-condkan boss lah"... Hehe... sampai ke NUTP, depa fightlah... Tetiba bila datang SSM... Ha... baru padan muka!!
Mengimbas sedikit masa lalu, masa aku mula terjun dalam perkhidmatan awam... untuk sah jawatan mesti ambik Peperiksaan Am Kerajaan. Ada dua paper (aku tak ingat sangat apa papernya...) mesti lulus... kalau tak tak boleh sah jawatan lah... Tapi, itu mungkin setakat markah lulus je... Mungkin 40% ... sebab, k-a-d-a-n-g - k-a-d-a-n-g baru terdengar ada yang gagal. Aku rasa yang gagal dalam satu-satu sesi peperiksaan tu... tak sampai 5% kot...
Tetapi yang PTK ini... sungguh menyiksakan. Aku simpati kepada sesiapa yang duduk dalam satu-satu gred itu sampai "langgar dinding" (maksudnya gaji mati lah tu...) tetapi tidak boleh digerakkan ke DG yang lebih tinggi lantaran tidak mencapai aras 3 sekurang-kurangnya untuk kedua-dua paper. Memang kesian... jangan nasib yang sama menimpa aku sudahlah.. Kepada Allah S.W.T. mohon dijauhkan ...
Lagi pulak...mulai tahun ini calon-calon yang ambik PTK tidak boleh ambik ikut suka dia jer... Ada limitnya... Kalau tak silap aku, dalam kes aku ni.. ada satu lagi peluang kalau yang semalam aku lalui itu tak dapat aras yang aku inginkan... Dulu, tak! Ambik ajer! Bukan kena bayar pun... Kalau dalam dua TK3 yang lalu aku boleh lalui kenapa bila jarak ke pusat peperiksaan dah dekat sangat nih.. tak boleh pulak! Aku tak dapat bayangkan bagaimana pihak BSM dak urus guru-guru yang hanya mampu dapat di bawah aras 3?
Disebalik itu semua ada juga guru yang sangat berjaya... Semua PTK yang dilalui berjaya mendapat aras 4... Tahniahlah.. Itu adalah berkat kesungguhan mereka. Aku tak nafikan daripada kelompok ini ramai guru yang memang examination minded.. Mungkin tengah belajar di peringkat ijazah pertama, kedua atau ketiga... Sudah biasa dengan sepak terajang peperiksaan... Mereka dapat serap semua tekanan yang ada.. dan akhirnya berjaya. Dalam kalangan mereka ini memang ada cikgu yang berdedikasi... jadi cikgu-cikgu lain tak quiry lah... Cuma ada yang cikgu yang memang fokus "giler" dalam menghadapi peperiksaan ni... tetapi mengabaikan p&p dalam bilik darjah... Umpamanya saat-saat akhir menghadapi PTK, ada yang study dalam bilik darjah sambil meminta anak-anak murid "buat kerja masing-masing"...
Fenomena tersebut tentunya aspek yang tidak diingin oleh pihak kerajaan... Tetapi ia berlaku. Ada sesetengah cikgu kata... "Aku tak hairan dengan APC yang RM1 k tu!" Sebab, untuk dapat APC perlu kepada prestasi kerja sehingga 85% ke atas. Tetapi yang biasa dapat lebih 90% ke atas! Lagipun, RM1k tu setakat mana sangat lah nilainya... dan hakikatnya cikgu yang sentiasa patut arahan "boss" sahaja (penilai pertama dan kedua) yang akan mencapai marakah yang sebegitu (Lainlah masa SSB dulu... sekali menegak dan melintang, kesannya dapat dirasa sepanjang tempoh perkhidmatan yang berbaki!) Kalau rekod "disiplin" cikgu tak bagus... memang jangan mimpi nak dapat! Jadi, lebih baik fokus kepada PTK... Biasa kalau PTK dapat aras 4... boss akan beri "sokongan" untuk dapat anjakan gaji... Kalau tak bagi nanti banyak pulak ceritanya...
Aku rasa kerajaan kena melihatkembali semua aspek dalam PTK ini... Buat kajian semula selepas 6 tahun dilaksanakan... Kakitangan kerajaan la ni persis "lari mulut buaya masuk mulut naga..."
BACA LAGI...

Saturday, August 22, 2009

SIAPA YANG CUAI?

Saturday, August 22, 2009
Bookmark and Share
Betullah tu... memang tak diturunkan pangkat. Hakiki yang 108 orang tu memang DG48 KUP. Tetapi telah digerakkan untuk memangku DG52.
Walau bagaimanapun secara hakikatnya mereka telah menerima 'kenaikan' pangkat dan menjalankan tugas pemangkuan pada gred DG52.
Persoalannya, maruah guru serta pegawai pendidikan yang telah dihebah-hebohkan memangku DG52.
Memang nampak ada kekhilafan teknikal di situ. Sepatutnya seseorang pegawai perkhidmatan pendidikan yang memangku sesuatu gred yang lebih tinggi mesti mendapat surat urusan pemangkuan daripada pihak Sumber Manusia. Cuma tanda soal besarnya ialah siapa yang menggerakkan pegawai tersebut untuk tujuan pemangkuan tersebut? Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah? Tak kan mereka tak tahu prosedur urusan pemangkuan.
Saya melihat kecuaian tersebut perlu diambil tindakan. Pegawai tersebut turut boleh menyaman pihak yang cuai-luhai itu.
BACA LAGI...

Saturday, August 1, 2009

GAT6: APABILA MENJADI PUSAT PEMERHATIAN...

Saturday, August 1, 2009
Bookmark and Share
"aku tgok guru akademik tg 6 skrg ni bkn main eksen lagi, jalan dah mndabik ke langit, cakap tinggi tak mcm dulu.. perasan sgt, kerja tak seberapa gaji melambung, beban tgs takat gah on paper je, knyataannya mgajar tahap dulu2 juga..tapi ya rabbi sombongnya mcm prasan jd psyarah universiti...tapi...perasan je lbih..guru2 camni ada plak hati nk dpt 48 cpt...mkn gaji buta jer la..."

Setelah meneliti berulang-ulang kali komen di atas, banyak perkara yang datang merentas benak fikiranku. Mungkin ada benarnya segelintir guru yang mengajar tingkatan enam atau dikenali juga Guru Akademik Tingkatan Enam (GAT6) kelihatan "eksen" pada pandangan guru-guru bukan tingkatan enam. Tetapi, aku tak fikir ia melibatkan semua guru. Sebenarnya tabiat eksen ini bukan sahaja kelihatan pada GAT6, malah guru ganti atau guru sandaran tidak terlatih (GSTT) atau sesiapa sahaja pun boleh kelihatan eksen. Hal itu kerana tabiat tersebut lebih menyangkut sifat dalaman individu. Cuma (dalam kalangan GAT6), kalau sebelum ini ia tidak begitu kelihatan mungkin kini semakin ketara. Itupun bukan kerana disebabkan sangat faktor GAT6, tetapi mungikin "pemanatuan" setiap gerak laku, turur kata yang semakin teliti oleh guru-guru lain.
Reaksi sebegini sebenarnya akan berlaku apabila sesuatu perjawatan baru diwujudkan atas kapisiti kenaikan pangkat atau berlakunya kenaikan gaji-elaun. Sebagai contoh lain ialah jawatan Guru Cemerlang dan BISP dalam PPSMI. Sebab, semua orang berkeinginan untuk mendapat peluang yang sama. Tetapi apabila peluang atau insentif yang lebih kurang sama untuk guru-guru yang mengajar di kawaan pedalaman (elaun daripada RM500 sehingga RM1500) tiada sesiapa yang mencemburuiya. Hal tersebut kerana tidak semua orang sanggup mengharungi detik-detik getir semasa di kawasan pedalaman tersebut.
Sebenarnya bukan suatu yang mudah untuk guru-guru tingkatan enam memilih opsyen sebagai GAT6. Kalau dalam konteks sekolah-sekolah yang berhampiran bandar atau bandar di mana ramai guru-guru yang telah menghampiri tahap kanan, opsyen tersebut ternyata lebih sukar. Bukan semua guru yang layak ke DG52, DG48 dan DG44 akan digerakkan ke gred-gred tersebut secara otomatik. Malah ramai juga yang "berputih mata" lantaran adanya halangan kuota. Justeru ramai juga yang menerima pergerakan gred setara , cuma apa yang berubah hanyalah daripada KUP kepada hakiki. Jika keadaan itu berlaku... individu tersebut tidak mendapat apa-apa imbuhan walaupun sesen.
Sehingga kini memang pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum tingkatan enam masih belum mantap. Masing-masing mengikut budi bicara sekolah. Tidak kurang sekolah yang melaksanakan sepenuhnya waktu persekolahan dari pukul 7.30 pagi hingga 4.00 petang. Kami dimaklumkan ia akan dilaksanakan sepenuhnya menjelang tahun depan. Sehingga tarikh itu, penguatkuasaan balik pukul 4.00 petang berlaku mengikut budi bicara sekolah. Jika keadaan ini diperhalusi, guru-guru GAT6 terpaksa berhadapan dengan waktu kerja pejabat sepanjang baki hayatnya dalam perkhidmatan! Sedangkan ada sebahagian guru yang terlibat tidak mendapat sesen pun imbuhan daripada skim tersebut! Malah ramai juga GAT6 yang menunggu masa sahaja untuk KUP 44 dan 48. Ertinya, tunggu sahaja lagi tiga empat tahun terus dapat gred tersebut tanpa ambil lebihan masa berada di sekolah kerana mengajar tingkatan enam. Malah, ramai guru yang telah menerima perlantikan ke DG44 KUP pun... Akhirnya menerima pelantikan sebagai GAT6 yang tarikh lantikannya beberpa bulan lebih awal berbanding DG44 KUP. Justeru penerimaan tersebut bukan sangat kerana gahnya jawatan GAT6... tetapi kerana telah sekian lama mengajar di tingkatan enam.
Soal "gaji buta" suatu yang sangat subjektif dan relatif... Kita tidak berhak mengukur beban kerja orang lain dengan imbuhan gaji yang diterima. Secara logik akal sepatutnya pekerja kolar biru dibayar gaji lebih berbanding pekerja kolar putih. Kerana, mereka memerah tulang empat kerat, bekerja di bawah panahan terik mentari dan sebagainya. Tetapi, ia tidak pula sedemikian. Mengapa agaknya? Lalu aku teringat pesan cikgu semasa sekolah dulu... "Pekerja dibayar gaji mahal sebab akalnya, bukan tenaganya..." Justeru, akal juga sepatutnya dapat memahami betapa subjektifnya antara kerja dan gaji, dan antara upah dan beban tugas. Lagi pun bukan semua kerja orang lain kita dapat lihat secara jelas.
Entahlah... Menurut akalku yang serba pandir ini, apabila kita ingin melihat sesuatu yang bersifat subjektif biarlah menggunakan 'kaca mata" yang sesuai. Jika kita melihatnya menggunakan kaca mata yang "kurang power" atau kita mengalami "buta warna" sebaiknya lebih baik bertanya kepada orang yang lebih "jelas penglihatannya". Kata bijak pandai "Lebih baik kita tidak membuat sebarang tafsiran daripada salah dalam membuat tafsiran..." Wallahu 'Alam.
BACA LAGI...

Thursday, July 9, 2009

AHA... PPSMI

Thursday, July 9, 2009
Bookmark and Share
"Cikgu, saya tak setuju PPSMI dimansuhkan.." Dengan suara yang agak perlahan seorang anak muridku menyatakan pandangannya terhadap isu yang baru "meletup" ini. Dia telah menyatakan pendapat yang sama sewaktu dalam kelas tadi.
"Mungkin dia ada lagi pandangan yang tak dapat diluahkan semasa dalam kelas tadi..." Bisik hatiku.
"Ya Lan, apa yang awak tak setuju?"
"Tak membazir ke cikgu semua yang dibuat selama ini?"
"Tak, semua peralatan yang melibatkan PPSMI masih boleh digunakan dalam P&P..." Aku nampak masih ada tanda tidak puas hati pada roman muka anak muridku itu.
"Lagipun... Jika PPSMI diteruskan akan mengorbankan lebih ramai pelajar..." Aku menambah.
"Mengapa pulak cikgu?"
"Masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar kita ialah, kurang mahir dalam Bahasa Inggeris, bukannya matematik dan sains, jadi... kenapa perlu memindahkan masalah Bahasa Inggeris ke dalam mata pelajaran matematik dan sains?"
"Sebab dalam matematik dan sains ada istilah-istilah tertentu yang spesifik. Jadi para pelajar akan menghadapi dua masalah sewaktu belajar matematik dan sains. Pertama Bahasa Inggeris yang lemah dan istilah-istilah dalam matematik dan sains dalam masa yang sama" Ulasku lagi.
Aku nampak seakan dia sedikit jelas dengan peneranganku itu.
"Lebih baik tingkatkan mutu pengajaran Bahasa Inggeris..." Aku manambah lagi.
"Sepatutnya kita perlu daulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Kalau dalam zaman kesultanan Melaka bahasa Melayu pernah jadi bahasa lingua franca para pedagang, kenapa kita ragu terhadap keupayaan bahasa kita..."
"Sepatutnya, pelajar-pelajar luar negara yang datang belajar ke Malaysia, kena belajar bahasa Melayu bukan bahasa Inggeris. Lambat laun lebih ramai orang luar akan menuturkan bahsa kita... Cuba kita lihat di negara Jepun, Korea, Ukrane dan sebagainya... kita kena belajar bahasa mereka kalau nak belajar di sana.."
Sedang aku berbual itu, tiba-tiba seorang rakanku mencelah...
"Saya tak nampak beza pemansuhan PPSMI ni.." Satu soalan yang agak provokatif.
"Kenapa?"
"Surat khabar kata menjelang 2012, PPSMI akan dimansuhkan". Aku kehairanan.
"Cuba tengok sekarang... mana ada orang mengajar math dan sc dalam Bahasa Inggeris?"
"Jadi, sampai 2012 pun senario yang sama akan berlaku."
"Mana ada beza.." Kenyataan itu menyebabkan satu ketawa kecil terderai.
Selepas itu aku segera meminta diri sebab ada perkara penting yang hendak diurus.
BACA LAGI...

Sunday, June 21, 2009

PEMBANTU GURU DIALU-ALUKAN...

Sunday, June 21, 2009
Bookmark and Share
Secara peribadi, saya menyokong penuh cadangan Presiden NUTP, Encik Hashim Adnan agar jawatan pembantu guru diwujudkan bagi mengatasi masalah guru-guru tidak dapat memberikan tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran kerana terpaksa melakukan tugas perkeranian dan kokurikulum.
Masalah yang membelenggu guru ini sebenarnya telah dialami sejak sekian lama. Saya fikir cadangan serupa itu juga telah lama diutarakan tetapi entah di mana tidak kenanya akhirnya sehingga kini isu tersebut terus berlanjutan.
Antara tugas perkeranian yang paling banyak dilakukan ialah sebagai guru kelas. Tugas perkeranian sebagai seorang guru kelas bermula dari hari pertama persekolahan sehinggalah musim persekolahan ditutup, tugas guru kelas seakan tiada noktahnya. Kutip bayaran tambahan, kutip bayaran sampingan, penyerahan wang kutipan kepada pihak sekolah, urus Skim Pinjaman Buku Teks, urus pendaftaran peperiksaan, biasiswa, amaran-amaran ketidakhadiran sehinggalah ke proses pemberhentian pelajar, menanda kehadiran harian, inventori perlatan kelas, sijil berhenti sekolah, urus perpindahan pelajar, sijil-sijil akuan sekolah dan pelbagai tugasan ad-hoc yang akan datang pada bila-bila masa sahaja.
Walau bagaimanapun guru-guru lain juga tidak terlepas daripada melakukan tugas-tugas perkeranian. Malah, sebenarnya tugas-tugas perkeranian yang dimulakan oleh seorang guru kelas lazimnya akan dilanjutkan oleh guru-guru tertentu yang menjalankan tugas sebagai koordinatornya. Umpamanya guru setiausaha peperiksaan awam akan mendapatkan segala butiran yang diperlukan daripada setiap guru kelas terlebih dahulu bagi urusan pendaftaran peperiksaan sama ada secara atas talian atau luar talian.
Justeru, tidak dinafikan (dalam keadaan-keadaan tertentu) guru terpaksa tidak masuk ke kelas kerana tarikh tutup sesuatu pendaftaran sangat hampir. Apatah lagi sekiranya proses tersebut melibatkan penggunaan talian internet. Ada sesetengah guru terpaksa tidur di sekolah semata-mata bagi memastikan proses pendaftaran tersebut berjalan dengan lancar serta mengelakkan penggunaan masa pengajaran dan pembelajaran pada sesi persekolahan yang sangat padat. Apabila musim sukan tiba, guru-guru yang berkaitan dengan sains sukan, pendidikan jasmani dan kesihatan akan berpanas terik di padang untuk menggaris padang. Ada sesetengah guru lantaran kesuntukan masa dan mengelakkan keadaan yang tidak diingin berlaku, membawa sekali anak-anak muridnya ke padang untuk tujuan tersebut.
Saya melihat ada beberapa tindakan yang dilihat wajar telah dilaksanakan oleh pihak pentadbiran. Sebagai contoh, sebahagian tugas-tugas yang saya nyatakan di atas dikendalikan oleh guru bimbingan dan kaunseling, contohnya permohonan biasiswa. Walau bagaimanapun ada kalanya guru bimbingan dan kaunseling terpaksa keluar sekolah bagi menjalankan arahan pihak pentadbiran kerana guru bimbingan di sekolah menengah merupakan guru bimbingan sepenuh masa. Akibatnya, urusan-urusan yang sepatutnya boleh diselesaikan akhirnya tertangguh. Bukan itu sahaja tugas-tugas sebagai guru bimbingan dan kaunseling juga tertangguh!
Oleh itu, saya amat berharap idea yang diutarakan oleh NUTP tersebut dipandang serius oleh pihak Kementerian Pelajaran malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Ia dilihat sebagai satu mekanisme yang ampuh dalam menangani tugas-tugas p&p guru yang semakin mencabar pada masa kini. Guru p&p sepatutnya perlu membuat persiapan pengajaran berasaskan teknologi semasa yang menuntut sejumlah masa yang banyak. Era pendidikan kini bukan seperti 30 tahun yang silam yang lebih berpusatkan guru dengan kaedah syarahan serta teknik chalk and talk.
Kini guru perlu menambah ilmu berkaitan dengan teknologi ICT sambil mengajar dalam bilik darjah. Justeru perlu sejumlah masa yang mencukupi bagi menyediakan alat bantu mengajar. Tetapi, jika guru disibukkan dengan tugasan perkeranian yang banyak maka bilakah kompetensi guru selaras dengan tuntutan pendidikan semasa akan meningkat?
BACA LAGI...

Wednesday, June 17, 2009

NUTP: CADANG PRAKTIKUM 6 BULAN...

Wednesday, June 17, 2009
Bookmark and Share
Nampaknya dalam seminggu dua ini media massa begitu rancak memperkatakan beberapa perkara berkaitan dengan bidang pendidkan. Rasanya titik mulanya apabila rakyat dipersilakan untuk menyatakan pandangan berkaitan gagasan idea Menteri Pelajaran untuk mewajibkan lulus bahasa Inggeris di peringkat SPM.
Komen-komen yang diutarakan berlegar kepada baik dan buruknya idea tersebut kepada semua pelajar tidak kira sama ada di bandar atau luar bandar.
Perbincangan berkaitan pelaksanaan di sekolah banyak memperkatakan tentang perlunya guru yang berkuaiti mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris. Bukan itu sahaja, malah ada yang mencadangkan agar penekanan kepada aspek tatabahasa bahasa Inggeris perlu dititikberatkan, bukan sekadar aspek komunikasi sahaja.
Aspek kualiti guru ini nampaknya menjadi topik hangat yang masih diperbincangkan sehingga kini. Lalu sebagai agensi kerajaan di bawah KPM yang bertanggungjawa dalam melatih guru-guru, pihak BPG akan melaksanakan pemanjangan tempoh latihan KPLI selama 18 bulan mulai tahun 2010 bagi memastikan guru-guru yang akan dihasilkan nanti lebih berkualiti.
Namun, pihak NUTP yang pada awalnya agak lantang mempertikaikan langkah tersebut akhirnya 'berlembut' dan menerima idea tersebut sambil mencadangkan agar tempoh latihan di IPGM dikekalkan selama setahun tetapi tambahan masa yang lebih lama iaitu selama 6 bulan di sekolah semasa praktikum.
Secara umumnya saya berpendapat memanjangkan masa guru-guru pelatih di sekolah semasa praktikum dilihat satu cadangan yang baik. Mereka akan lebih berpeluang menimba ilmu keguruan dalam tempoh yang agak panjang. Bermula dengan bagaimana membuat persiapan sebelum masuk ke kelas sehinggalah penglibatan dalam aktiviti kokurikulum. Walau bagaimanapun saya ada beberapa cadangan bagi menambah baik lagi kualiti pengisian tempoh masa selama enam bulan itu.
Pertama, masa praktikum sebaiknya pada enam bulan pertama sesi persekolahan. Oleh itu guru-guru pelatih akan terlibat dalam banyak aktiviti kokurikulum. Pada masa itulah kajohanan sukan tahunan sekolah akan berlangsung, mesyuarat agung PIBG, mesyuarat-mesyuarat kurikulum dan kokurikulum, penyusunan kelas, peperiksaan pertengahan tahun dan sebagainya. Melalui penglibatan guru-guru pelatih dalam pelbagai aktiviti tersebut akan membolehkan mereka memahami selok-belok pengurusan sesuatu aktiviti atau program. Lagipun jika guru-guru pelatih menjalani praktikum semasa separuh kedua sesi persekolahan banyak aktivti kokurikulum telah selesai. Guru-guru sibuk dengan aktiviti menghabiskan sukatan pelajaran sambil menjalankan aktiviti ke arah peperiksaan. Oleh itu tidak banyak ilmu serta maklumat yang dapat ditimba.
Kedua, guru-guru pelatih diiwajibkan menjadi guru kelas. Melalui langkah ini, guru-guru pelatih akan berpeluang mendalami ilmu berkaitan pengurusan kelas yang berkesan. Mereka akan belajar bagaimana mengisi buku rekod kehadiran sehinggalah mengisi resit-resit bayaran sekolah. Melalui kapasiti sebagai guru kelas, mereka akan cuba mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan ketidakhadiran, disiplin dan sebagainya.
Ketiga, pemantauan hendaklah mencakupi pelbagai bidang disiplin. Ini bermakna pencerapan bukan hanya melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran semata-mata. Para pensyarah dibantu dengan guru-guru turut mencerap setiap orang guru pelatih sewaktu mereka mengadakan aktiviti permainan, persatuan, unit beruniform serta aktiviti-aktiviti pengurusan dan kepemimpinan.
Keempat, guru-guru tetap yang mata pelajarannya diambil oleh guru-guru praktikum turut bersama-sama ke kelas untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif atau setidak-tidaknya sebagai pembimbing kepada guru-guru pelatih tersebut.
Jelasnya, jika guru-guru pelatih terus dinilai dengan menggunakan modul pencerapan semasa, biarpun tempoh praktikum dipanjangkan, saya fikir ia tidak banyak dapat meningkatkan aspek kualiti guru-guru tersebut. Justeru pihak BPG harus meneliti aspek kerangka modul latihan praktikum sebelum melaksanakan tempoh pemanjangan kursus KPLI dari setahun ke 18 bulan.
BACA LAGI...

Tuesday, June 16, 2009

KPLI: TIDAK SEMUA PERLU DIPANJANGKAN...

Tuesday, June 16, 2009
Bookmark and Share
Saya adalah salah seorang guru lepasan KPLI ambilan kedua pada tahun 1990. Sebelum itu kursus-kursus pendidikan di peringkat diploma pendidikan hanya diadakan di universiti-universiti awam. Terima kasih kepada menteri pendidikan pada masa itu yang mewujudkan KPLI hampir di semua maktab perguruan di seluruh negara bagi membolehkan mereka yang berminat untuk menjadi guru mendapat latihan intensif di situ.
Saya tertarik untuk menyatakan pandangan saya berhubung dengan pemanjangan tempoh latihan KPLI di IPGM selama 18 bulan. Pada hemat saya, ada asasnya pihak NUTP tidak bersetuju terhadap cadangan tersebut. Hal ini kerana bagi pelajar lepasan ijazah sarjana muda bukan pendidikan, mereka telah belajar selama empat tahun dalam bidang masing-masing. Jika ditambah setahun setengah lagi menjadikan tempoh pengajian seluruhnya mencecah lima tahun setengah. Itu tidak termasuk pelajar-pelajar lepasan SPM yang melalui peringkat diploma (3 tahun), Ijazah (4 tahun) dan KPLI (1 1/2 tahun) menjadi keseluruhannya 8 tahun setengah! Manakala para pelajar lepasan STPM pula selama tujuh tahun, iaitu (STPM) 1 1/2 tahun, Ijazah (4 tahun) dan KPLI (1 1/2 tahun)
Saya melihat keadaan tersebut akan menjadi satu faktor penolak kepada pelajar lelaki. Hal ini kerana pelajar lelaki kebanyakannya berfikir mahu segera berkerja bagi memikirkan hala tuju kehidupan mereka selepas itu. Kecuali mereka yang gagal mendapat lowongan pekerjaan selain guru. Jadi, kerjaya guru adalah pilihan terakhirnya. Jika ada peluang kerja yang lebih cepat nescaya mereka tidak akan memilih kerjaya sebagai pendiidik.
Justeru saya mencadangkan agar pihak BPG mengadakan dua kategori KPLI. Pertama, tempoh setahun bagi mereka yang mengambil kursus yang sama semasa ijazah pertama dan KPLI. Manakala tempoh 18 bulan bagi kursus yang berlainan dengan apa yang telah dipelajari semasa di peringkat ijazah sarjana muda dan KPLI. Ia seakan-akan seperti program matrikulasi setahun dan dua tahun. Oleh itu selepas seseorang pemohon itu melalui beberapa sekatan, akhirnya pihak BPG akan membuat keputusan seseorang pemohon itu akan ditawarkan ke program KPLI setahun atau 18 bulan.
Sebenarnya apabila kita memperkatakan kualiti guru, ia lebih bersangkutan dengan penguasaan terhadap ilmu. Pernah terjadi sebelum ini (sekitar 1990an) ada guru sains ditawarkan mengambil kursus bahasa Melayu kerana pada masa itu ramai graduan sains yang menganggur. Kelompok inilah yang mengalami masalah sebenarnya. Mereka seakan kehilangan punca kerana polariti ilmu yang bertentangan sama sekali. Sampai di sekolah, akhirnya mereka tidak mengajar bahasa Melayu pun! Tetapi mereka masih mampu menjadi guru yang baik kerana penguasaan ilmu yang mantap dalam bidang sains.
Soal ilmu keguruan yang terkandung dalam ilmu pedagogi itu sebenarnya tidak perlu kepada satu tempoh pengajian yang lama. Malah ia dilihat sangat berkesan jika para pelatih dapat melalui sesi pengajaran mikro dan pengajaran makro secara kerap. Di situ mereka akan berpeluang memperbaiki kelemahan kaedah pengajaran di samping kawalan kelas melalui komentar yang diberikan oleh rakan-rakan dan para pensyarah. Malangnya, oleh sebab kerenah birokrasi yang terlampau-lampau di pihak sekolah, menyebabkan pengurusan IPGM tawar hati hendak mengadakan program pengajaran makro secara lebih kerap. Hal ini akan lebih ketara lagi bagi program pendidikan yang diadakan di IPTA. Oleh sebab perbezaan kementerian antara IPTA dan sekolah berkemungkinan untuk mengadakan sekali program pengajaran makro pun amat susah sepanjang tempoh kursus DPLI (Di universiti program yang sama dikenali sebagai DPLI).
Oleh itu, melanjutkan kursus KPLI kepada 18 bulan secara total bukanlah cara terbaik dalam mengatasi dakwaan sesetengah pihak bahawa guru-guru KPLI tidak berkualiti. Malah, sekali lagi saya tegaskan di sini bahawa ia mungkin akan menajdikan jurang perbezaan jumlah guru lelaki dan perempuan semakin melebar. Hal ini kerana, kebanyakan pelajar perempuan terutamanya yang telah berkeluarga mahu menjadi guru bagi membantu mengukuhkan ekonomi keluarga.
BACA LAGI...

Friday, June 12, 2009

PENILAIAN BERSASKAN SEKOLAH

Friday, June 12, 2009
Bookmark and Share
Syabas Kak Leha (Pn.Zaleha Ahmad) kerana bukan sahaja muncul dalam akhbar arus perdana, tetapi berjaya menyatakan pandangan yang jitu tentang pelaksanaan PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah) yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah tidak lama lagi.
Bagi warga pendidik, idea ini mula dilontarkan kepada minda guru-guru kira-kira dua tahun lalu. Keperluan PBS dilihat akan menjadi jawapan kepada format penilaian pendidikan dalam konteks pelajar yang terlalu menjurus kepada aspek kognitif sahaja. Selain daripada itu ia juga dilihat akan mengurangkan tekanan kepada para pelajar yang mesti menghadapi pelbagai kertas peperiksaan secara sumatif pada peperiksaan-peperiksaan awam. Sistem penilaian yang hampir 100% berasaskan peperiksaan awam ini dilihat tidak akan menyuburkan empat aspek yang perlu diseimbangkan iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Selain daripada itu sedikit sebanyak melalui PBS ini para pelajar tahu bahawa markah daripada guru merupakan salah satu elemen pemarkahan yang tidak boleh diabaikan. Justeru ia akan menambahkan lagi hubungan yang positif dengan guru.
Melalui PBS juga akan memberi ruang yang agak luas kepada para pelajar untuk lebih terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Selama ini ramai pelajar yang terpaksa curi-curi masa untuk mengikuti program atau aktiviti kokurikulum. Kebanyakan ibu bapa akan bising jika anaknya terlalu aktif kerana walau setinggi mana pencapaian anak-anak mereka dalam bidang kokurikulum, ia hanya sekitar 10% sahaja. Selebihnya masih dinilai daripada aspek kurikulum.
BACA LAGI...

Thursday, June 11, 2009

ROMBAKAN KURIKULUM DI IPG

Thursday, June 11, 2009
Bookmark and Share
Secara asasnya saya bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh Prof Madya Dr Norhisham Osman tentang perlunya kurikulum di IPG dirombak agar dapat melahirkan guru-guru bahasa Inggeris yang berkesan di sekolah.
Walau bagaimanapun saya ingin mencadangkan agar bukan setakat di IPG malah di seluruh IPTA atau IPTS yang menawarkan program pendidikan bahasa Inggeris turut merombak kurikulum pengajaran bahasa Inggeris mereka.
Apa yang sangat diperlukan buat masa ini ialah asas grammar yang mantap dan bukan sekadar untuk berkomunikasi sahaja. Biarlah komunikasi yang terhasil nantinya hasil daripada tatabahasa yang betul dan cantik.
Hakikat ini lama-kelamaan dilihat akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tidak lagi signifikan. Apa yang perlu ialah memantapkan penguasaan bahasa Inggeris yang betul daripada semua aspek berbanding hanya menggunakan bahasa Inggeris bagi menyampaikan ilmu matematik dan sains tanpa menitikberatkan aspek tatabahasanya.
Saya melihat langkah merombak kurikulum bahasa Inggeris di pusat-pusat pengajian pendidikan agar lebih efektif sangat baik kerana sesuatu perubahan yang sangat praktikal mestilah bermula dari atas ke bawah. Hal ini tidak berlaku sewktu PPSMI hendak diimplimentasikan. Cikgu dikehendaki mengikuti kursus intensif beberpa bulan sebelum PPSMI dijalankan... Jadi kadang-kadang, murid dan guru sama-sama belajar menggunakan bahasa Inggeris.
BACA LAGI...

Wednesday, June 10, 2009

UPSI KEKURANGAN BAKAL GURU BUKAN MELAYU DAN LELAKI

Wednesday, June 10, 2009
Bookmark and Share

10/6/2009 6:15pm
KUALA LUMPUR 10 Jun — Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Datuk Dr Aminah Ayob hari ini melahirkan kebimbangan mengenai kekurangan bakal guru di kalangan bukan Melayu dan lelaki di universiti itu.
Katanya daripada 4,800 pelajar di universiti itu, hanya 20 peratus daripada mereka terdiri daripada pelajar bukan Melayu dan 23 peratus pelajar lelaki.
“Kami sendiri gagal mengenal pasti kenapa perkara ini berlaku. Tetapi mungkin disebabkan perbezaan kecenderungan dan minat antara kaum itu sendiri.
“Malah di universiti kami, pelajar-pelajar bukan Melayu kebanyakannya mengambil program tertentu seperti perniagaan dan ekonomi serta sains dan teknologi,”katanya
ketika mempengerusikan Majlis Dialog UPSI Bersama Media, di sini, hari ini. - Bernama

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kurang Bakal Guru Bukan Melayu

Kurangnya minat kaum Cina dan India menjadi guru telah sekian lama disedari. Hakikat ini semakin ketara dalam kalangan kaum Cina. Mereka bukan sahaja tidak minat menjadi guru, malah dalam kebanyakan profesion perkhidmatan awam juga kelibat mereka sukar ditemui. Pernah suatu ketika disarankan agar usaha yang lebih serius dilakukan bagi menambat minat kaum Cina memasuki bidang kepolisan. Dalam kalangan kaum India isu ini tidaklah seserius apa yang berlaku dalam kalangan kaum Cina. Mereka dilihat masih berminat untuk menjadi guru sains, matematik dan mata pelajaran bahasa Tamil serta Kesusasteraan Tamil.

Mungkin, faktor utama yang menyebabkan fenomena ini berlaku adalah berkaitan dengan minat. Minat yang menurun berpunca daripada persepsi mereka yang rendah terhadap profesion keguruan. Terlalu konvensional dan sterotaip. Lantas tidak mencabar serta nilai pulangan ekonomi yang agak rendah atau tidak berbaloi. Mereka lebih berminat menceburi kerjaya yang lebih profesional serta berpendapatan lumayan.

Bagi kaum Cina, mereka lebih berminat dalam bidang perniagaan. Berniaga sendiri lebih mudah. Tidak perlu akur serta taat kepada peraturan-peraturan serta etika yang kadang-kadang amat merimaskan. Lebih-lebih lagi jaringan perniagaan dalam kalangan kaum Cina sememangnya telah kukuh sejak zaman berzaman. Banyak bidang perniagaan yang telah mereka warisi secara tradisi. Umpamanya bidang insuran dan perbankan.

Selain daripada itu, tidak semua orang boleh menjiwai personaliti seorang guru. Disiplin diri yang tinggi dan bersedia menjadi role model kepada para pelajar juga dilihat menjadi penyebab kepada kurangnya minat kaum bukan melayu terhadap profesion keguruan.

Kurang Bakal Guru Lelaki

Ada gurauan nakal bila melibatkan isu mengapa hanya 30% pelajar lelaki di universiti...

"Mereka kata ramai dah masuk USM!"

"Bagus lah kalau macam tu! " Tapi kat USM pun sekitar itu juga peratus pelajar lelaki.

"Bukan Universiti Sains Malaysia lah.... "

"Habis tu?"

"Universiti Serenti Malaysia lah..."

"Huh!"

Jadi maksud gurauan di atas, kepupusan pelajar lelaki untuk menjadi guru pelatih juga dilihat ada kaitan dengan fenomena ramainya kaum adam yang menjadi penghuni di pusat-pusat serenti. Entahlah... fikirlah sendiri!

Kurangnya guru lelaki di sekolah memang amat dirasai. Terutamanya bila melibatkan aktiviti sukan. Senang cakap, bila sukan tahunan. Tenaga guru lelaki amat diperlukan. Untuk menggaris line balapan, menaikkan khemah dan pelbagai tugas lain.

Keadaan akan menjadi lebih serius apabila guru-guru perempuan cuti bersalin selama 60 hari. Bayangkan kalau guru perempuan di sebuah sekolah mencecah 80%! Bukan semua guru yang cuti bersalin dapat guru ganti. Maka kekosongan masa lantaran cikgu yang cuti bersalin itu terpaksa diisi dengan guru-guru yang ada.

Berkualitikah Guru-Guru Pelatih Lelaki yang Ada?

Ini pun satu isu lagi... Belum tentu guru-guru pelatih lelaki yang ada ini berkualiti. Bila peluang menjadi guru lelaki jauh lebih mudah dan kurang persaingan berbanding guru perempuan, maka satu soalan yang timbul ialah berkualitikah guru-guru pelatih lelaki yang ada di IPTA atau di IPG sekarang ini? Jika berkualiti... mengapa ada lagi "lelaki lembut" sudah terlepas ke sekolah? Bagaimanakah mereka ini hendak dijadikan role model yang positif di sekolah? Malah jika tidak segera ditangani masalah ini, besarlah portensinya mereka ini akan menjadi fenomena baru di sekolah.

Kebanyakan guru pelatih lelaki masa kini terikut-ikut pengaruh fesyen artis semasa. Daripada fesyen rambutnya yang "pacak"sehingga kasutnya yang ranggi menajdi trend terkini. Rasanya kalau di UPSI memang ada etika berpakaian guru... tetapi ramai juga yang menganggap di sekolah (semasa praktikum) mereka boleh berpakaian mengikut citarasa mereka sendiri. Sekali lagi ia akan menjadi ikutan kepada para pelajar di sekolah.

Kesimpulan

Oleh sebab dua perkara yang dibincangkan ini melibatkan antara kualiti dan kuantiti guru lelaki dan bukan Melayu ia amat sukar ditangani secara tuntas. Seperti kata pepatah "hendak diluah mati emak, hendak ditelan mati bapak" Jika pengambilan guru bukan Melayu dan Lelaki diambil secara mudah, bilangan mereka tentunya lambat laun akan bertambah. Tetapi, adakah dengan bertambahnya bilangan mereka akan menyebabkan bidang pendidikan bertambah berkualiti atau sebaliknya?

BACA LAGI...
 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template