Sejak bergelumang dengan dunia ICT, ini adalah kali kedua aku menerima pengiktirafan yang aku tak jangkakan. Kali pertama tahun 2006, apabila laman web yang aku update meraih tempat pertama dalam kategori sekolah sempena Hari ICT UPSI.
Alhamdulillah...Beberapa hari lalu, aku menerima berita bahawa laman Pengajian Amku meraih tempat pertama dalam pertandingan Educational Blogging sempena Hari ICT UPSI 2011, kategori sekolah. Walaupun majlis penyampaian hadiah akan berlangsung pada 9 Ogos 2011, surat rasmi dan keputusan rasmi telah aku terima. Jika tiada perubahan pada saat akhir, aku akan menerima sebuah Ipad 2. Sebuah gajet yang menjadi idamanku telah sekian lama. Walaupun aku telah memiliki Samsung Galaxy Tab, bukan bererti impian untuk memiliki Ipad telah berkubur... Kini dengan berita yang aku terima ini ibarat "orang megantuk disorongkan bantal"... Terfikir gak apa yang aku nak buat dengan SGT aku tu? Fungsi yang lebih kurang sama, menjadikan agak ganjil kalau aku terus memiliki kedua-duanya... Entahlah.. aku fikirkan kemudian...
Namun, kejayaan aku ini bukan belaku begitu sahaja. Malah, aku hampir-hampir sahaja terlepas untuk menyertai pertandingan tersebut untuk kali kedua. Tahun lepas, aku tercicir kerana tak sedar tarikh tutup pertandinagn tersebut. Alhamdulillah, lantaran seorang kawan aku menelefon aku, aku masih sempat mengisi borang penyertaan. Kurang dua hari sebelum tarikh tutup. Justeru, aku ingin membuat dedikasi ini kepada kawanku Alias Haron yang memberi ruang dan peluang aku bertanding dan akhirya memenangi sayembara tersebut.
Mungkin, inilah nilai terhadap masa dan fikiran yang aku laburkan secara main-main sejak 1996. Daripada seorang yang buta komputer sebelum itu sehinggalah aku dianggap "pakar" dalam ICT. Heheee... aku tak pernah iktiraf pun kata-kata itu. Malah aku akan terus merebut peluang kalau ada kursus atau latihan yang berkaitan dengan ICT kerana aku berpegang kepada prinsip... sehebat manapun kita dalam ICT, masih ada lagi ruang penambahbaikkan ilmu...
2 PANDANGAN:
Tahniah cikgu. Semoga cikgu lebih success dalam kehidupan cikgu lepas ni. Tak lupa juga, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Salam dari anak murid mu yang agak nakal. Amira Illya.
T'kasih Mira... Selamat menyambur Ramadhan Al Mubaraq untuk awak juga...
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...