Tahun ini Ramadhan muncul kembali. Bulan yang bersamanya keberkatan dan kerahmatan kepada seluruh hamba-Nya. Berpuasa ertinya menahan lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa atau mengurangkan pahala ibadah puasa. Itulah puasa yang aku kenali sejak hampir setengah abad yang lalu.
Semoga hadirnya puasa tahun ini bersama satu kekuatan untuk melaksanakan ibadah ini dengan sepenuh keazaman. Kerana Ramadhan adalah bulan ibadah yang hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu bagaimana nilai puasa setiap hamba-Nya. Semoga janganlah nantinya aku sebenarnya hanya berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja.
Disebalik rahmat dan keberkatan itu pada Ramadhan kali ini mungkin sedikit mencabar apabila anakku yang berusia lima tahun mulai nak belajar melaksanakan rukun Islam yang ketiga ini. Anak yang banyak songeh ini... katanya nak belajar berpuasa. Kalau tak nak pun... kami akan desak dia berpuasa. Kerana itulah usia permulaan belajar berpuasa bagi abang-abangnya. Cuma kakaknya awal setahun, sewaktu berusia empat tahun. Risaunya sebab takut nanti tak tahan apabila tengok adiknya makan dan minum... hehehe...
Bagi umat Islam, apabila tiba bulan Ramadhan.... ia sinonim pula dengan buah kurma atau tamar. Walhal, khasiat buah kurma itu angat banyak dan sepatutnya menjadi amalan permakanan walaupun bulan di musim Ramadhan....
0 PANDANGAN:
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...