The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Sunday, February 28, 2010

LAWATAN KE PUTRAJAYA...

Sunday, February 28, 2010
Bookmark and Share
Rasanya dah terlalu lama tidak menjadi guru pengiring dalam program lawatan sambil belajar. Aku sendiri pun dah terlupa bila kali terakhir aku mengurus dan membawa pelajar melawat ke mana-mana tempat! Justeru, apabila aku ditawarkan untuk mengiringi pelajar melawat ke Putrajaya, aku tidak banyak soal. Apatah lagi aku memang betul-betul menjadi guru pengiring sahaja. Urusan lawatan telah diuruskan oleh rakan-rakan sejawatan yang lain.

Sesungguhnya ingin membawa para pelajar ke luar sekolah dalam program lawatan atau perkhemahan sememangnya memerlukan komitmen yang lebih daripada 100%! Maklumlah sejak kebelakangan ini terlalu banyak isu yang melibatkan program luar sekolah ni. Termasuklah isu jabatan gantung runtuh di Kuala Dipang. Justeru, itu jugalah yang menyebabkan cikgu-cikgu berfikir berpuluh-puluh kali untuk mengadakan program luar sekolah. Namun jauh di sudut hatiku, berkeyakinan membawa para pelajar tingkatan enam aka prauniversiti tentunya lebih mudah memandangkan usia dan status mereka yang kian menuju penghujung remaja dan alam dewasa pula mulai menjengahkan wajahnya.

Di penghujung minggu nak bertolak, berita telah tersebar di wajah-wajah akhbar, di corog-corong radio, di skrin televisyen dan internet, bahawa keputusan STPM 2009 akan diumumkan pada hari kami bertolak ke Pj! Guru lelaki yang seramai 4 orang (pensyarah pra-u) kini hanya dua orang sahaja yang dibenarkan pergi! Maklumlah nak buat persiapan bagi "mengeluarkan" keputusan bukan juga satu perkara yang mudah... Akhirnya, PK Tg6 kami, mengarahkan aku turut sama ke Pj bersama seorang lagi rakan yang mengurus sesi lawatan tersebut. Selebihnya guru-guru perempuan yang lima orang menjadikan guru yang pergi seramai tujuh orang.

Walaupun begitu, guru-gur yang pergi tidak juga berasa seronok sepenuhnya. Memandangkan result nak keluar, tak tahu apa cerita di sebalik keputusan tersebut! Lebih mendebarkan lagi mata pelajaran aku seluruh dunia tahu menjadi "nyawa" kepada para pelajar untuk ke menara gading. mahu sahaja aku menarik diri daripada trip tersebut. Tetapi, aku tidak punyai justifikasi yang kuat... Bukan guru kelas 6 atas tahun 2009..., bukan juga setiausaha peperiksaan STPM...dan bukan PK Tg6!

Putrajaya sememangnya satu nama yang sungguh gah! Lahirnya walaupun baru "setahun jagung" namun, siapa yang tak kenal nama tersebut. Di situlah letaknya ibu pejabat pentadbiran Kerajaan Malaysia. Kini, tinggal beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang beroperasi di luar Putrajaya. Seingatan aku, aku pernah mengunjungi Putrajaya kalau tak silap dua kali. Kedua-duanya berkaitan dengan perjawatan. Datang dengan tujuan melancong memang belum ada cadangan lagi. Jadi, bila peluang sebegini datang, macam "orang ngantuk disorongkan bantal" lah..

Melawat hanya dua "pusat maklumat" dalam masa sehari... nampak macam sedikit sangat. Tapi, ini bukan macam baraan hari raya puasa! Sekadar ambil sebiji dua kuih raya dan seteguk air sebagai syarat (katanya) kemudian tunggu naqib berselawat dan terus turun dan menuju ke rumah orang lain pulak... Tetapi, berada di pusat pengurusan maklumat berkaitan staistik dan SPRM persis tak cukup sekadar sehari. Yang eloknya setiap jabatan tersebut sehari dan malamnya menginap di mana-mana "istana hinggap" baru betul-betul puas hati...

Paling terasa singkatnya lawatan kami apabila berada di SPRM. Baru tahu rupanya SPRM ada group nyanyian bermesej. Mereka bergerak sehingga ke luar negara... Tertarik sangat dengan personaliti En.Razi Omar dengan gitarnya serta berpakaian serba putih, topi barreta putih, kasut putih dan bertongkat belang-belang hitam putih. Malangnya beliau hanya sempat mendendangkan sebuah lagu ketuhanan... Namun, bukan sekadar itu sahaja... beliau punya bakat berlawak! Tak kering gusi kami dibuatnya...

Tanpa di sengajakan... di SPRM kami bertemu dengan seorang pegawai mantan pelajar tingkatan enam di Khir Jo... Beliau bersekolah sekitar 1980-an. Sewaktu minum petang, En. Zul banyak bertanya dan bercerita tentang hal sekolah, Tg. Malim dan Kg. Baru A, Hulu Bernam di mana keluarganya berada suatu ketika dulu...

Sebelum balik, kami sempat singgah di Alamanda, sebuah shopping complex yang terbesar di Pj. Tidak membeli apa-apa pun sekadar makan malam yang ditaja oleh rakanku di McD... Terima kasih daun keladi.. hehehe... Bertolak balik sekitar 8.00 malam dan sampai di sekolah sekitar 10.30 malam. Berhenti sejenak di R&R Rawang untuk memenuhi permintaan para pelajar dan guru-guru..

BACA LAGI...

Saturday, February 20, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG DI SAMTKKB

Saturday, February 20, 2010
Bookmark and Share
Tanggungjawab sebagai ayah zaman pasca moden, bukan sekadar menguruskan kemasukan sekolah anak-anak sahaja. Malah, urusan di sekolah pun kena involve sama. Hari ini contohnya, separuh hari aku menghadiri mesyuarat agung PIBG. Namun, aku datang ke mesyuarat tersebut bukan sekadar menghadirkan diri semata-mata tetapi untuk memenuhi janji aku kepada pembantu tadbir asrama yang berdebat denga aku pasal isu yuran makan asrama (YMA) tempoh hari.

Aku ada bercakap dengan dia, aku akan memanjangkan tanda soal yang ada kat fikiranku kepada pihak-pihak yang bermaklumat. Dan, kalau maklumat tersebut menyokong apa yang aku fahami, aku akan timbulkan dalam mesyuarat agung. Tetapi, jika sebaliknya... aku akan bercakap juga, tetapi bagi menyokong pandangan pembantu tadbir asrama tersebut. Namun aku rasa sedikit cuak sebab aku tak pasti masa bila aku akan berpeluang menyelitkan isu tersebut sebab aku tak menyatakan dalam cadangan atau usul yang patut dikemukakan sebelum hari mesyuarat. Tetapi, kalau worst come to worst, aku akan timbulkan sewaktu ucapan penangguhan.

Melihat maklumat yang tertera dalam buku program, aku kena atur strategi yang akhirnya tidak memerangkap aku dalam kancah "masalah" yang lain pulak. Maklumlah, pada mesyuarat agung kali ini ada pemilihan. Bimbang juga kalau aku bercakap sebelum pemilihan AJK baru, nanti nama aku tersangkuit pulak! Lagi-lagi isu yang aku bawa ni memang siap dengan bahan bukti dan menampakkan aku memang dah study perkara tersebut. Manalah tahu, ada yang teruja plak dengan penjelasan aku dan sebagainya.... hahaha... Justeru, jalan terbaik untuk mengemukakan isu tersebut ialah semasa ucapan penangguhan. Tak ada pilihan lain...

Tapi, aku hampir-hampir sahaja melupakan hasrat tersebut kerana semasa mesyuarat sedang membincangkan hal asrama, ada seorang penjaga telah menyentuh isu YMA tersebut. Malangnya, terhenti separuh jalan kerana YDP memeberi cadangan agar isu tersebut disebut dalam ucapan penangguhan. Penjaga itu akur. Tetapi, pada ucapan penangguhan YDP meminta pengetua menajawab isu YMA yang tidak selaras dengan sekolah-sekola lain.

Dalam jawapan pengetua, beliau nampak tidak arif sangat tentang pekeliling terkini berkaitan dangan Bantuan Makan Asrama (BMA). Aku mengharapkan penjaga tadi bangun dan mengemukakan pertanyaan lanjutan atau melengkapkan segala persoalan yang ingin dikemukakan. Oleh sebab tidak ada tanda beliau bangun, sedangkan mesyauarat memang dah masuk waktu-waktu kecederaan! Jadi, aku tida ada pilhan. Aku memohon kepada YDP untuk membuat respon terhadap jawapan tuan pengetua. Aku dibenarkan tetapi dalam tempoh masa yang singkat.

Apa yang aku kemukakan sebenarnya berkaitan dengan perdebatan aku dengan pembantu tadbir asrama tersebut. Aku dah pun nyatakan dalam entri sebelum ini. Cuma pada kali ini aku bawa sekali pekeliling tersebut. Jika sekolah masih belum menerima pekeliling tersebut, aku bersedia untuk memberikan pekeliling tersebut untuk dijadikan rujukan. Memang tekaanku itu benar... Pihak sekolah masih lagi beranggapan 270 hari bukan isu. Mereka dah mengutip YMA berdasarkan 270 sudah lama... Kata pengetua, tahun-tahun lepas tak timbul pun isu tersebut. Tapi aku rasa dia faham mengapa kini ia jadi isu... Janji pengeua akan "mengkaji" isu tersebut secara mendalam. Kalau memang pihak sekolah tersilap dalam memungut kadar YMA, pihak sekolah akan memulangkan lebihan tersebut kepada pihak ibu bapa.

Selepas aku berjaya mengemukakan isu YMA dalam mesyuarat tersebut, pembantu tadbir asrama yang berdebat dengan aku menemuiku di belakang dewan. Dia secara dasarnya akur dengan arahan dalam pekeliling tersebut tetapi masih ada juga kata-kata yang cuba mempertahankan tindakan pihak sekolah atau mungkin juga keputusannya sendiri. Ertinya pengetua menerima apa sahaja pandangan beliau dengan mengandaikan dia lebih tahu dalam bidangnya itu... Sewaktu di luar dewan dan sedang melangkah mengarah ke tempat parkir kereta, secara kebetulan aku berjumpa dengan penjaga yang mengemukakan isu YMA sebelum aku. Namanya SB dan bertugas dengan syarikat penerbangan tersohor di negara ini.

Dalam tempoh yang singkat itu kami bertaaruf dan akhirnya mengarah kepada pendapat yang sama berkaitan dengan isu YMA. malah lebih daripada itu... kami datang dari daerah yang sama. Sabak Bernam itulah namanya... dan sekapal pulak tu... hehehe... Tatkala kamai sedang berbincang, pembantu tadbir asrama tersebut datang lagi... Pada kali ini beliau membawa pekeliling tersebut yang aku serahkan keapada seorang pembantu tadbir sekolah. Aku setuju dengan pandangan SB agar pihak sekolah bertanya dengan pengurusan asrama sekolah-sekolah lain bagaimana hendak mengurus YMA yang termaktub dalam pekeliling tersebut. Katanya lagi, jika pihak sekolah mahu mengutip bilangan hari tinggal di asrama lebih daripada yang sepatutnya kerana hendak menampung kos pembanguna di asrama, itu satu tindakan yang silap dan ibu bapa akan marah. Kalau perlu buat permohonan lain atau usul dalam mesyauarat agung... Bukan dengan cara yang sedang dilakukan.

Walaaupun mesyauarat agung usai sekitar jam 2.15 petang, aku meninggalkan perkaranga sekolah sekitar pukul 3 kurang 15 minit. Aku ke pekan KKB untuk solat Zuhur dan menyelesaiakn beberapa perkara yang melibatkan anakku di sekolah tersebut. Terasa lega dan berpuas hati dengan usaha yang aku lakukan. Bukan sekadar melepaskan tengkuk sendiri, tetapi bagi ibu bapa yang seperti aku... Kakitangan kerajaan atau swasta yang berpendapatan melebihi RM5k, dan yang tidak mahu menipu maklumat dalam pay-slip sebab ia melbatkan makanan yang akan menjadi darah daging anak di asrama.

BACA LAGI...

Friday, February 19, 2010

EPISOD MALANG YANG BERTIMPA-TIMPA...

Friday, February 19, 2010
Bookmark and Share
Dalam saat sebegini, aku teringat lagi kata-kata seorang rakan sedorm sewaktu menuntut di sebuah sekolah di pekan SB.
"Kalau awal pagi dah spoil, satu hari spoil" Kata rakanku, R. Rakanku itu dalam kategori OKU. Dia tidak boleh berdiri dengan tegak kerana sebelah kakinya lebih kecil saiznya berbanding yang sebelah lagi. Pernah satu ketika sewaktu pulang dari dewan makan, dia jatuh terjelepuk dalam longkang! Kami panik seketika. Namun, semangatnya kekadang lebih kental daripada rakan-rakan lain yang sempurna fizikal. Itu yang aku sangat kagum. Walaupun dia tidak dapat masuk ke universiti melalui percubaan pertama STPM namun semangatnya tidak pernah luntur untuk menjejakkan kaki ke menara gading. Akhirnya beliau berjaya juga mengejar impiannya itu selepas beberapa tahun bekerja.

Seperti yang aku telah rancang sejak hari Selasa, aku bercadang untuk menghantar kereta ke pusat servis Nissan di Jalan Ipoh pada hari Jumaat. Bukan sesuka nak pilih hari Jummat! Sebab, itu adalah permulaan hari bekerja bagi kebanyakan pusat servis Nissan selepas bercuti CNY. Kalau boleh aku sememangnya nak mengelak ke mana-mana pada hari Jumaat memandangkan kewajipan solat Jumaat sedia menanti. Justeru, aku kena plan elok-elok supaya sekitar jam 1.00 petang aku sudah berada di mana-mana masjid yang terhampir sepanjang perjalanan pulang ke TM.

Aku keluar rumah sekitar 7.05 pagi. Selepas hantar anak-anak kat nursery dan SKTM, aku terus menghala ke lebuh raya. Sedang menghampiri jejambat menghala ke tol dari arah jalan lama TM ke KL, aku baru perasan aku tak bawak sesen pun. Mulanya tadi nak ke Maybank dulu untuk cucuk dut dan kalau queue tak panjang nak reload kad Touch & Go skali.
"Tak apalah nanti sampai Restoran Jejantas, Sg.Buluh keluar duit kat out-let ATM di situ... Hampir sejam perjalanan, aku sampai ke Restoran Jejantas. Sedang aku menapak meninggalkan mesin ATM dan menuju ke kereta...
"Ya Allah... Buku servis kereta tertinggal kat rumah!!!" Seperti nak terhenti denyut jantungku seketika.
Setahu aku, memang tak boleh datang ke pusat servis kalau tak bawa buku. Macam mana dia tahu kita memang hantar sebelum ini kepada pusat servis atau autorised dealer yang sah! Aku cuba menelefon pusat servis Jalan Ipoh. Nak bertanya boleh atau tidak datang tanpa buku servis, malangnya tiada yang menjawabnya.

Pilihan yang aku ada hanyalah satu. Balik semula ke TM ambil buku servis dan balik semula ke Jalan Ipoh. Tetapi jarak yang aku perlu tempuh sehala mencecah 60 km! Aku tak boleh menunda ke hari sabtu sebab aku dah janji dengan anak aku akan menghadiri mesyuarat agung PIBG. Justeru, aku terus menghala ke lebuh raya selatan dan exit di Mutiara Damansara. Masuk semula ke lebuh raya dan menuju semula ke TM.

Sepanjang perjalanan ke TM, entah berapa kali aku menepuk dahi atas kedunguanku itu. Disebabkan nak tengok alamat pusat servis dan nak set lokasi kat GPS lah menyebabkan buku tersebut tertinggal di ruang tamu. Itu pun aku tak dapat kedudukan yang tepat di mana lokasi pusat servis tersebut. Cuma sekadar menemui Kompleks Mutiara.

Aku sampai rumah sekitar 9.15 pagi. Sejurus mengambil buku servis aku menghala semula ke Jalan Ipoh. Perjalanan ke Jalan Ipoh Alhamdulillah berlangsung dengan begitu lancar sekali. malah aku rasa lebih mudah berbanding kalau aku ke pusat servis di Batu Caves. Sekitar 10.23 pagi kereta aku telah masuk dalam lokasi pusat servis tersebut. Aku pun ceritalah kepada seorang pegawai kaunter tentang aku terpaksa patah semula ke TM kerana tertinggal buku servis.
"Tak payah guna buku servis pun ok... Kami ada rekod.." Macam nak putus lagi nafasku mendengar penjelasan beliau itu!
"Kenapa saya telefon, sini tak angkat?" Aku terkejut betul dengan maklumat tersebut.
"Bukul berapa abang telefon?" Soalnya lagi.
"Pukul 8.07 pagi.." Jawabku.
"Pada masa tu hanya ada sorang sahaja teknisyen yang bertugas, tak dapat nak jawab lah tu..." Ulasan atau alasan aku tak pasti...

Merujuk kepada info pada digital monitor yang tersangkut pada dinding ruang menunggu keretaku siap dalam lingkungan pukul 3.30 petang!
"Hah... di mana pulak nak solat Jumaat nih..!"
Maklumat yang aku terima daripada En.Saiful, pegawai kaunter Pusat Servis Nissan menyatakan jarak ke masjid tidaklah jauh dan boleh menggunakan bas untuk ke sana.
"Jalan kaki boleh tak?" Bukan senang nak naik bas kat KL nih. Sejak belajar kat UM dulu, aku tak pernah naikbas kat KL. Kalau dekat jalan kaki jer lah...
"Jauh bang..."
Macam-macam yang aku fikirkan untuk menunaikan solat Jumaat. nak guna "ticket" musaffir memang tak boleh. Jarak TM ke Jalan Ipoh tak sampai 2 marhalah (lebih kurang 90 km sehala) dan kalaupun nak musaffir, kena bertolak sebelum subuh... Bila yang pertama tak boleh, dengan sendirinya yang kedua juga turut tidak boleh!

Akhirnya menjelang 12.45 tengah hari, aku memberanikan diri untuk naik bas. Jenuh juga bertanya bas yang mana, berhenti kat mana... Seorang kakak ( nampak lebih berusia daripad aku, hehehe...) yang sama-sama menunggu basmemberitahuku mana-mana bas yang lalu boleh naik... Aku pun memberanikan diri menaiki sebuah bas.... Timbul idea... untuk lebih mudah turun nanti, aku minta tolong kat konduktor bas turunkan aku berdekatan dengan masjid... Alhamdulillah untuk fasa pertama (pergi ke masjid beres..)

Balik semula ke pusat servis Nissan pulak satu bab. Aku terpaksa menyeberang jalan yang sesak dengan kenderaan. Jejantas, tak nampak pun... Akhirnya aku mencari zebra lane untuk melintas... Dengan rasa teragak-agak aku menahan sebuah bas. Sebelum naik lebih baik aku bertanya dulu kat drebar. Manalah tau salah destinasi plak... satu KL pulak aku kena tawaf! Huhu.. Selepas memastikan arah destinasi yang betul akupun duduk lah...
"Encik bayar tiket" Kata seorang pemuda yang deduk di sebelah aku...
"Kat mana?" Hehe.. aku terkena betul hari ini.
"Tu... kat mesin depan tu..." Pemuda tersebut menunjukkan sebuah alat yang terletak di sebelah drebar tersebut.
Aku pun bangun memasukkan wang kertas RM1 kat lubang pada bahagian atas alat tersebut. Tidak lama kemudian pemuda tersebut meminta aku mengambil tiket yang dihulurkan oleh drebar bas tersebut... Adusss... malu pun ada dibuatnya... Paling malang bila nak turun... Jenuh aku mencari punat loceng untuk membolehkan bas berhenti... Sekali lagi pemuda itu menunjukkan punat tersebut kat tiang alumunium. Oleh sebab aku lewat menekan punat tersebut, aku terpaksa menapak agak jauh dari pusat servis Nissan kerana terlajak!

Inilah agaknya yang orang ada sebut. Ada beberapa hari "malang" dalam hidup kita... Mungkin hari ini adalah tersebut bagi aku... Wallahu 'Alam...
BACA LAGI...

Thursday, February 18, 2010

MAY I BORROW RM25

Thursday, February 18, 2010
Bookmark and Share
A woman came home from work late, tired and irritated, to find her 5-year old son waiting for her at the door.

SON: 'Mummy, may I ask you a question?'

MUM: 'Yeah sure, what it is?' replied the woman.

SON: 'Mummy, how much do you make an hour?'

MUM: 'That's none of your business. Why do you ask such a thing?' the woman said angrily.

SON: 'I just want to know. Please tell me, how much do you make an hour?'

MUM: 'If you must know, I make RM 50 an hour.'

SON: 'Oh,' the little boy replied, with his head down.

SON: 'Mummy, may I please borrow RM 25?'

The mother was furious, 'If the only reason you asked that is so you can borrow some money to buy a silly toy or some other nonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed. Think about why you are being so selfish. I don't work hard everyday for such childish frivolities.'

The little boy quietly went to his room and shut the door.

The woman sat down and started to get even angrier about the little boy's questions. How dare he ask such questions only to get some money?

After about an hour or so, the woman had calmed down, and started to think:

Maybe there was something he really needed to buy with that RM 25 and he really didn't ask for money very often . The woman went to the door of the little boy's room and opened the door.

'Are you asleep, son?' She asked.

'No Mummy, I'm awake,' replied the boy.

'I've been thinking, maybe I was too hard on you earlier' said the woman. 'It's been a long day and I took out my aggravation on you. Here's the RM 25 you asked for.'

The little boy sat straight up, smiling. 'Oh, thank you Mummy!' he yelled. Then, reaching under his pillow he pulled out some crumpled up bills.

The woman saw that the boy already had money, started to get angry again.

The little boy slowly counted out his money, and then looked up at his mother.

'Why do you want more money if you already have some?' the mother grumbled.

'Because I didn't have enough, but now I do,' the little boy replied.

'Mummy, I have RM 50 now. Can I buy an hour of your time? Please come home early tomorrow. I would like to have dinner with you.'

The mother was crushed. She put his arms around her little son, and she begged for his forgiveness.

It's just a short reminder to all of you working so hard in life. We should not let time slip through our fingers without having spent some time with those who really matter to us, those close to our hearts. Do remember to share that RM 50 worth of your time with someone you love.

If we die tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of hours. But the family & friends we leave behind will feel the loss for the rest of their lives.

Thanks KC Mohan. Very touching message got via email.
BACA LAGI...

HARI SIBUK URUSAN DI KAUNTER...

Bookmark and Share
Semalam adalah hari menguruskan pelbagai urusan di kaunter. Aku memang malas sungguh nak berurusan di kaunter nih... Kalau tak silap sejak 1999, aku dah bayar bill utiliti guna maybank@u.com. Dari Pos Malaysia ke Bank Islam ke Proton (Maha Mega) dan TM Point. Hahaha.. lotih den! Ya ampuun.

I

Tak pasal-pasal aku kena charge RM3.50 kerana mengambalikan parcel yang aku tak order pun. Inilah bahana Reader's Digest. Aku memang ada membuat langganan RD dan Newsweek selama dua tahun sejak oktober tahun lepas. Pasal langganan RD dan Nw tu kira ok. Aku tak komplen. Yang tak tahannya hampir setiap bulan depa hantar macam-macam flayerlah, replika chequelah yang mengatakan kita berpotensi besar memeanangi hadiah ratus-ratus ribu RM! Pernah sekali layan... akhirnya aku kena beli set buku yang ratus-ratus ringgit regenya! Lepas tu haram aku memandang.. asal sampai masuk tong sampah...

Modus operandi business secara psikologi ni masuk pulak fasa kedua. Tiba-tiba aku terima sebuah buku tajuknya "wood". Banyaklah koleksi cerita kat antologi cerpen tu... ada sebahagiannya aku tak baca pun... Aku ingat sebagai hadiah ker... compliment set ker... rupa-rupanya aku kena bayar... aku tahu kena bayar bila datang bill yang menyatakan aku tak bayar! Bukan masalah harga sangat.. RM29.90 (kalau tak silap)... Bila aku call RD, dia kata aku ada tanda tick pada mana-mana borang langganan. Aku tak boleh kata apa lah... Aku pun tak ingat masa aku layan masa depa hantar macam-macam mak nenek borang tempoh hari... Cuma aku malas nak bayar ... Adalah lepas dua bulan lepas tu baru aku bayar menggunakan card credit sebab dalam maybank2u.com tak ada senarai syarikat tersebut...

Aku jadi panas sebab minggu lepas aku terima pulak sebuah buku lagi (entah aku pun tak ingat title buku tu..) dengan set astray "yin-yang" (masa buku pertama sampai aku "ambik " sebahagian set astray mungkin "Yin") untuk melengkapkan set yang aku terima sebelumnya, (yang ini mungkin "Yang"...) dan satu set brushed rama-rama. Dalam surat iringan tidak dinyatakan berapa harganya. Kena beli ke atau ambik secara foc, tidak dimaklumkan! Aku tulis secebis surat kat dalam kotak tu... "I'm refuse to accept this kind of business.. Sorry!" dan balut semula dan akan dihantar semula ke RD!

Selain itu aku kena poskan personal cheque kerana terlewat membayar kiriman kalendar 2010 dan kad-kad Hari Raya daripada Foot & Mouth Painting Artists. Aku tak pasti sejak bila aku menerima kad-kad tersebut pada setiap kali Hari Raya Aidil Fitri menjelang tiba. Atas rasa simpati dan belas ikhsan kepada golongan orang kurang upaya, aku bayar sahaja nilai yang tidaklah sebesar mana kepada aku tapi sangat besar ertinya kepada mereka. Cuma pada kali ini aku terlalu bertangguh-tangguh nak membayarnya... Bukan apa, nak ke post office tu yang "bercinta"....

II

Perasan panas aku bawa pula ke BIMB (Bank Islam). Senyuman pegawai perhubungan pelanggan (Hehe.. bukan GRO tau!) yang juga mantan anak muridku seperti tidak dapat memadamkan rasa bengang yang aku alami.
"F**t***a, saya nak jumpa pengurus bank boleh?" Soalku kepada PRO bank tu..
"Boleh, cikgu nak jumpa pasal apa?" Soalnya dengan senyuman
"Pasal aduan yang saya buat tu lah... Masih tak masuk-masuk lagi.."
"Oh.. Cikgu jumpa dengan En.******" Jawabnya.

Aku cuba untuk bercakap secara personal dengan pegawai besar di situ. Tapi, aku hanya dibenarkan bercakap dengan pegawai tersebut dari kaunter. Jarak antara kami sekitar 5 meter. Terpaksalah menggunakan suara yang agak kuat. Adakah itu strategi? Bukan sebarang orang mampu bercakap dalam keadaan di bank penuh dengan pelanggan... Adakah pihak bank beranggapan aku akan berkata,
"Tak apalah Encik, saya datang hari lain lah.."
Aku cuba lagi mahu mengambil kaedah yang terbaik..
"Kita bercakap terlalu jauh lah encik, boleh tak kalau saya masuk ke dalam..." Aku separuh merayu..
"Tak apa, cakap jer..." Nampaknya pegawai tersebut terus bertegas.
"Ok.. saya nak tanya tentang pengeluaran yang buat semasa bank "off-line" pada 31 haribulan lepas... sampai sekarang saya masih tak dapat duit saya balik."
Sebenarnya aku bukan pelanggan tetap BIMB. Urusan gaji, akaun simpanan dan semasa semua di Maybank. Pernah juga kawan-kawan kritik aku kenapa tak pindahkan akaun gaji ke BIMB. Pada masa itu aku khuatir satu perkara sahaja, kalau urusan pemindahan gaji tersebut tidak lancar sehingga gaji aku sangkut, macam mana aku nak settle semua bill aku? Jadi aku hanya memilih untuk menukar akaun wadiah di Maybank daripada akaun biasa yang aku buka sejak 1995.

"Encik, kami tak campur urusan ni... sebab ada pihak lain yang akan uruskan." Sampuk seorang pegawai kaunter wanita yang duduk berhampiran dengan tenpat aku berdiri.
"Mana boleh, kenapa kes macam ni tak berlaku pada bank lain. Kalau bank lain off-line, kita boleh ambil duit di mana-mana bank yang ada aplikasi MEPS dan sebagainya..." Aku bertegas.
"Tak boleh encik..." Kata pegawai wanita tersebut, dengan wajah yang agak serius.
"Ini namanya kes mendera pelanggan.... Sudah lebih 14 hari saya tunggu tapi tak masuk juga... Sudahlah duit saya kena "telan" sebanyak RM1,600 (RM800 sekali cubaan pengeluaran) lepas tu kena charge pulak RM2 untuk dua kali pengeluaran di Maybank dan satu lagi di Public Bank.." Suara aku agak sedikit tinggi. Aku bukan sahaja mahu berlaku seperti itu, nampaknya pihak bank yang mahu aku berbuat sebegitu. Dengan harapan sistem yang sudah lapuk ini segera ditukar dan tidak lagi menyusahkan para pelanggan... Aku rela jadi "kambing hitam" hari ini...

"Bagi saya kad bank Encik tu..." Kata pegawai besar bank yang sejak dari tadi tak berhenti-henti menulis, menelek dan menyain. Pegawai wanita tersebut meminta kad bank daripada ku dan menyerahkan kepada pegawai bear bank tersebut.
Aku nampak pegawai tersebut mendail telefon. Sambil itu, aku mintak kebenaran sebentar keluar sebab baru teringat aku tak letak kupon parkir kat dashboard kereta. Hah.. nanti kena saman pulak aku!

Sekembali daripada meletakkan kupon parkir, aku segera masuk semula ke bank. Selang beberapa minit kemudian, barulah pegawai besar tersebut datang ke arah aku.
"Kami dah hubungi pihak HQ, Encik kena tunggu dalam masa 14 hari bekerja..." Jelas pegawai tersebut.
"Jadi bila tarikhnya.." Aku sengaja hendak satu kata putus yang mudah untuk dijadikan rujukan jika masih tak selesai juga.
"Encik cuba tengok 24 atau 25 haribulan ini... Kalau tak ada jugak, datang semula ke bank.." Jawabnya.
"Ok.. terima kasih.." Sebelum aku permisi meninggalkan kaunter.
Rasa lega dengan jawapan tersebut, cuma rasa tak puas hati memang tidak boleh ditutup-tutup lagi... Apatah lagi tiada ungkapan maaf daripada pihak bank kerana menyusahkan pelanggan.

Menapak ke kereta, satu perkara yang aku dan para pembaca budiman kena ingat, jika di mana akaun BIMB kita dibuka mengalami gangguan di ATM seperti "off-line" jangan cuba cucuk kat bank-bank lain. Tak pasal-pasal duit kita kena "telan", dan untuk mendapatkan semua tunggulah 14 hari bekerja!

III

Masuki ruang show-room Maha Mega, terasa nyaman sekali. Suasana tenang dan dingin serta tidak ramai pelanggan menjadikan aku rasa cool sambil boleh meninjau-ninjau beberapa buah kereta di situ. Kelihatan ada sepasang suami isteri sedang dilayan dengan seorang sales girl. Justeru aku punyai lebih masa untuk keluar masuk dari satu kereta ke kereta yang lain. Dari Savy ke New Saga! Membuat perbandingan daripada aspek keluasan dan reka bentuk.

"Ya, encik ada datang sini ke sebelum ini..?" Soal seorang gadis india yang masih muda.
"Ya..." jawabku
"Dengan siapa ya?" Balasnya.
"Dengan Cik S****."
"Oh.. dia masih cuti lagi..." Katanya.
"Encik ada semua dokumen yang perlu serta deposit..."
"Ada.." Aku menghulurkan semua dokumen yang diminta.

Sedang gadis tersebut membuat salinan ke atas segala dokumen yang diminta aku duduk di ruang sofa yang agak selesa. Sebenarnya, ini bukan idea isteriku. Kalau ikutkan isteriku memang dia nak pakai Kancil 850 yang berusia 7 tahun sampai reput... Tak nak tambah hutang lagi, katanya. Tetapi sejak aku menghantar ke kedai repair kereta beberapa minggu lepas kerana kompresor aircond dah rosak, aku diberitahu oleh pekedai tersebut, ada lagi bahagian kereta perlu dibaiki lagi. Dia kata mungkin gear-box atau setidak-tidaknya set clutch kena tukar. Sebab bunyinya agak bising.

Aku bukan tak nak menyelsaikan masalah tersebut. Merepair kereta yang hujung tahun ini selesai hutangnya jauh lebih jimat daripada membayar bulan-bulan sebuah kereta baru selama 9 tahun atau 108 bulan! Memang itulah yang sering dinyatakan oleh isteriku. Tetapi, semenjak aku kemalangan pada hujung tahun 2008, kereta Kancil tersebut aku rasa sudah tidak selamat. Umpamanya, brek sistemnya tidak berfungsi dengan baik. Tidak berfungsi dengan baik kalau brek mengejut. Aku dah bawak servis, tokey mekanik tu kata,
"Mana sama compare itu sama Livina maaa... Livina ada ABS..." Sambil tersengeh-sengeh..
Huh, aku pernah guna SAGA Magma, Waja (dua buah jer hehehe..) tanpa ABS tapi ok apa! Satu lagi bila drive rasa macam tak stabil jer... Ada rasa macam ke tengah dan ke tepi. Tapi bila lepas steering, ok jer... tak ler.. menyenget!

Mendengar penerangan aku, isteriku rasa takut juga... Aku menjadikan faktor keselamatan satu isu penting untuk tukar kereta! Hahaha... sapa tak sayang bini oi.. Pulak tu isteri aku ni bawak kereta kurang sikit daripada aku jer.... hehe.. sederhana laju! Jadi, aku tak perlu berhujah panjang-panjang nak yakinkan dia.. Biasalah orang perempuan, suami yang uruskan kereta... kira boleh isi minyak sendiri pun aku rasa ok lah... Bila aku explain problem yang bakal menyusul selepas ini jika terus pakai Kancil, dia setuju lah untuk tukar kereta.

Terlintas juga nak guna MyVi... Tapi harganya agak mahal dan bootnya kecil. Soal sporty, memanglah... Bila ada dua orang anak kat asrama, dan kemudiannya akan menyusul lagi... bukan sentiasa nak guna MPV. Jadi bila nak balik kampung semalam dua, keluasan boot perlu diambil kira. Dan, kalau aku sorang-sorang nak out-station pun boleh tumpang sekaki. Dan, lepas ini bila isteriku boleh drive kereta yang lebih besar sedikit daripada Kancil, kemudian-kemudian nanti bolehlah try Livina pulak. Setakat ini dia memang tak pernah guna lagi.... Hehehe... memang penakut habis!

Semasa gadis India itu menulis pada sebuah fail kertas, dia bertanya...
"Encik sudah decide warna ker?" Soalnya
"Sudah... silver.." Ringkas. Sama warna dengan kereta yang ada. Itu warna kegemaran kami. Hehe... biar sama warna.. tanda sepakat lah... sama citarasa... ewah!

IV

Setelah selesai berurusan di Maha Mega, aku terus ke TM Point. Jaraknya tidak lah jauh sangat. Menapak pun boleh sampai.

"Ya cikgu, ada apa-apa yang boleh dibantu.." Sapaan "rasmi" daripada pegawai di situ. Aku dah berbelas tahun mengenali pegawai tersebut. Sejak aku duduk di TM. Kebetulan pula kami tinggal setaman perumahan.
"Inilah pasal line telefon rumah saya yang senyap sunyi sejak minggu lepas lagi.. Katanya 25 hari bulan baru ok.. kata pegawai 100 (no telefon aduan kerosakan) kabel telefon rumah saya tu dah 5 kali kena curi.." Aku menceritakan segala perkara yang berlaku kepada pegawai tersebut.
"Memang... kami dah dapat report tu..." Jelasnya.
"Ada ke patut pegawai 100 tu kata, dia suruh saya tukar kepada CDMA sebab kawasan saya tu kawasan berisiko tinggi hilang kabel... dan dia mintak saya sebagai pelanggan buat report polis tentang kehilangan kabel tu, supaya polis boleh bertindak beradasarkan aduan penduduk atau pelanggan.." Aku menghurai dengan panjang lebar.
"Cikgu pakai streamyx, mana boleh pakai CDMA..."
"Tu lah pasal... Saya mohon kalau boleh pindahkan talian telefon saya dari arah depan rumah kepada arah dari belakang rumah... Kalau yang itu Insya Allah tak lah dicuri orang. Sebabnya, kawasan rumah saya duduk ni ada ramai orang yang duduk... dan tiangnya tinggi.."

Selagi tidak ada masalah, selagi itulah sesuatu sistem itu aku guna. Sebab sengaja nak ubah-ubah sesuatu itu kadang-kadang paling tidak terpaksa bayar kos pemasangan. Sebenarnya jiran-jiran aku yang masuk rumah lebih lewat, depa gunakan kabel yang sedah siap di pasang kat belakang rumah. Tapi, aku masuk rumah pada tahun 2000, masa tu kat belakang rumah, tiang pun tak mandang. Itupun aku merayu kat pehgawai Telekom agar tarik kabel dari arah belakang rumah kos rendah yang terletak di hadapan rumah aku. Selepas aku berjaya, adalah lapan- sembilan rumah yang mengikut. Tapi bila rumah kos rendah itu banyak yang kosong macam-macam kes timbul. Termasuklah kes kecurian kabel tembaga Telekom.

Menurut pegawai tersebut, pihak Telekom akan berbincang tentang permohonan aku itu. Dia mintak aku bersabar sementara masalah tersebut diselesaikan.

BACA LAGI...

Tuesday, February 16, 2010

KISAH SEORANG TOKEY KEDAI CUCI KERETA 2

Tuesday, February 16, 2010
Bookmark and Share

Sekembali dari mencari barangan dapur, aku memaklumkan kepada isteriku nak hantar cuci pulak kereta Kancil. Aku cadang nak hantar ke kedai di mana Livina aku dicuci sebelumnya. Namun, aku terpaksa cari tempat lain sebab banyak kereta yang tengah “queue”.

Sewaktu aku menghala ke kedai tersebut tadi, aku perasan ada sebuah kedai cuci kereta yang tak banyak kenderaan. Aku terus masuk dan parkir kereta di ruang yang di arahkan. Kelihatan sebuah Naza Ria sedang dimandikan dengan “snow”, manakala Wira sedang divacum.

Aku tak pasti berapa darjah celicius suhu pada ketika itu. Rasanya berada di bawah kanvas putih yang agak luas, tidak banyak beza darjah kepanasannya berada di luar kanopi tersebut. Aku tercaricari angin sejuk walaupun kipas berputar ligat di tengah-tengah lelangit kanopi yang aku duduk. Memang panas betul cuaca sejak kebelakangan ini. Beberapa malam ini aku tidak dapat menghalang anak-anakku memasang air-cond sewaktu tidur. Namun, aku hadkan tempoh masanya kerana semua tahu sebenarnya berada dalam hawa dingin sepanjang malam tersangatlah tidak baik.

Tiba-tiba aku dengar sedikit kecoh antara tokey kedai dengan taun punya Naza Ria. Aku tak pasti apa puncanya, tetapi alarm kereta tersebut tidak mahu berhenti. Macam-macam bunyi yang keluar… kalau tak silap ada tiga atau empat jenis suara. Memang membingitkan. Sepasang suami isteri serta dua orang anak lelaki yang aku kira bawah 5 tahun duduk semula ke kerusi sambil si isteri mengetuk-ngetuk remote control alarm dengan gaya yang amat marah sekali. Aku agak si isteri marah sebab pekerja kedai cuci kereta tersebut cuai menyebabkan remote alarm tersebut basah.

Agak kelakar juga tindakan si isteri tersebut. Selepas gagal memadamkan alarm yang bingit tersebut, dia cuba menjemur remote control tersebut. Tak lama kemudian diambil kembali dan memicit-micit remote tersebut, tetapi desingan bunyi alarm kereta masih tak berhenti. Di sebalik kekelautan si isteri tersebut, si suami nampak lebih cool. Anak-anak yang dua orang itu tidak banyak kerenah. Mungkin memahami mood ibunya yang tengah high temperature. Namun, kelihatannya pekerja kedai cuci kereta tersebut tidak mempedulikan gelagat tuan punya kereta tersebut. Membuat kerja-kerja mengelap badan kereta, menghampagas (vacum) lantai, mengelap cermin dengan lancar sehinggalah selesai.

Sesudah usai, si isteri tersebut menyerahkan wang bayaran kepada salah seorang pekerja dengan tergesa-gesa dan terus start kereta. Si suami yang sedikit terpinga-pinga menoleh ke arah aku dan seorang lagi pelanggan yang ada di situ, sebelum menuju ke kereta bersama anak-anaknya. Aku kira alarm kereta tersebut akan sentiasa berbunyi sepanjang perjalanannya…

Kemudian tokey tersebut meminta seorang lagi pelanggan memasukkan kereta di bawah kanopi untuk dicuci.

“Encik, boleh kasi masuk itu kereta ka? Permintaannya kepada seorang lelaki yang mungkin sebaya dengan aku.

“Kenapa, tak boleh cuci di luar ka?” Lelaki tersebut seperti marah kepada tokey tersebut.

“Di luar panas encik..” Suaranya seperti merayu.

“Tadi saya mahu masuk sebelah itu kancil you tak kasi!” Sungut lelaki tersebut.

Dengan sedikit geram lelaki tersebut mengalihkan keretanya masuk ke bawah kanopi. Setelah kereta itu masuk dan lelaki tersebut duduk semula dikerusinya, aku mendekati tokey kedai tersebut.

“Adik, bila alarm bunyi macam tu, bukan masalah battery ker? Aku bertanya sambil minta kepastian daripadanya sebab dia juga pemilik kedai mekanik kereta yang terletak di sebelah kedai cuci kereta tersebut.

“Abang, sapa lagi berani mahu kasi tahu sama dia… Bila dia kata kami basahkan dia punya alarm remote control” Tegas tokey kedai tersebut.

“Oh… memang dia nampak sangat marah..”

“Saya ada fikir juga, itu symptom battery sudah weak… tapi bila dia tembak sama kami… saya pun marah juga..”

“Hmm..” Aku mengangguk tanda setuju.

“Ini kali kedua Abang dia buat hal… Dulu dia kata kami ambik dia punya tumb drive. Dia mahu report polis. Tapi, bila kami check, dia punya tumb drive ada bawah seat, driver side.” Kelihatan wajahnya bertambah merah dan nada suaranya sedikit tinggi.

“Belakang, bila saya sudah kasi sama dia itu tumb drive.. baru dia minta maaf..” Keluhnya lagi.

“Ini orang pun marah saya juga..” Sambil menunjuk lelaki yang baru duduk itu menggunakan ekor matanya.

“Apa pasal?” Aku ingin tahu juga sebabnya.

“Tadi dia mahu masuk sebelah abang punya kereta, tapi kami tak bagi sebab ini kanopi hanya boleh satu kereta saja cuci. Susah saya punya orang mahu cuci kalau ada dua kereta. Tapi, dia ingat saya kasi main sama dia..” Hujahnya lagi.

“Oh…” Aku betul-betul terkesima dengan perangai dua orang yang sama kaum dengan aku ni…

Setelah usai, aku berlalu keluar dan menghala ke HB untuk mengisi petrol kereta Kancil yang sudah reserve. Lampu tanda minyak sudah hampir kering sudah menyala. Sepanjang perjalanan ke HB aku cuba mengajukan dua soalan kepada diriku sendiri untuk aku jawab. Namun ada baiknya kalau anda cuba menjawabnya…. Namun untuk menjawab kedua-dua soalan tersebut, kita ubah dulu kedudukan kita. Andaikan kita seorang pekerja di kedai cuci kereta tersebut. Bagaiamana jawapan anda?

Pertama, adakah kita wajar menggunakan kata-kata yang kesat apabila kita rasa mutu perkhidmatan yang kita bayar tidak memuaskan hati kita?

Kedua, adakah kita wajar memaki hamun pekerja yang kita bayar khidmatnya jika kita dapati ada barangan yang hilang sepanjang kenderaan kita diservis?


BACA LAGI...

KISAH SEORANG TOKEY KEDAI CUCI KERETA 1

Bookmark and Share

Sedang aku menunggu kereta Livinaku disembur dengan “snow”, aku lihat pekerja kedai cuci kereta sedang sibuk mengelap sebuah kereta Kia Spectra di sebelah keretaku. Kemudian bila salah seorang pekerja tersebut cuba membuka pintu kereta tersebut, ia tidak boleh dibuka. Maka sibuklah pekerja tersebut memanggil tuan punya kereta.

“Tak boleh buka lah..” Kata pekerja tersebut.

“Mana itu kunci?” Tanya pemuda tionghua yang empunya kereta tersebut.

Ada dalam..” Kata tokey kedai yang baru menyedari ada masalah yang berlaku pada kereta tersebut.

“Hai ya..” Pemuda Cina tersebut menggelang-gelengkan kepalanya sambil tersengih. Tiada tanda-tanda pemuda itu akan marah.

Aku lantas teringat pada tahun lepas, kereta jenis yang sama, Kak Ngah minta aku betulkan kedudukan keretanya di sekolah. Oleh sebab aku tak biasa dengan kereta automatic, maka aku keluar balik dan memberitahunya tak dapat nak handle kereta automatic. Sedang beberapa saat aku keluar, tiba-tiba kereta itu terkunci sendiri. Alhamdulillah lah cermin kereta tak tutup rapat, masih boleh diseluk dari luar.

Ada kunci lain ka?” Tanya tokey tersebut.

“Tak ada…” Jawabnya ringkas sambil tensengeh lagi. Tiada tanda-tanda rasa panik atau gabra. Aku rasa memang pemuda Cina ni jenis cool orangnya. Kalau aku, tentu dah panik.

“Nanti saya tanya sama kedai belakang..” Kata towkey kedai cuci kereta tersebut.

Tidak lama kemudian pemuda Cina itu duduk disalah sebuah kerusi berhampiran tempat aku duduk.

“You first owner kereta ni ker..? Aku membuka mulut untuk turut sama nak tahu beberapa perkara terhadap pemuda tersebut.

“Bukan, ini kereta saya beli second hand punya…” Nampaknya dia seorang yang agak ramah dan mudah diajak bersembang.

“Oh… berapa lama?” Soalku lagi.

“Sudah tiga tahun…”

“Tak ada spare kunci ker?

“Tak ada… Memang masa angkat itu kereta tak ada kunci spare punya..” Katanya sungguh-sungguh.

“Oh… sangat bahaya lah… Kalau berlaku macam sekarang, memang kena panggil orang untuk buka itu kereta… Memang upah bukak kereta lebih mahal daripada buat spare kunci… Lagi mahal daripada upah cuci kereta…” Aku semacam memberi nasihat kepada pemuda tersebut. Pemuda Cina tersebut senyum sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

Agak lama juga menunggu mekanik yang tokey kedai tu panggil. Ialah, mungkin ada banyak kereta yang perlu dibaiki. Ditambah lagi dengan masih dalam suasana cuti CNY, tidak banyak kedai repair kereta buka.

Sekelip mata aku dapati pemuda tersebut tidak berada di sekitar kedai cuci kereta tersebut. Agak lama aku meninjau-ninjau baru perasan rupa-rupanya pemuda tersebut sedang minum di kedai seberang jalan. Hahaha… memang jenis cool mamat nih… Ada selera minum tatkala menghadapi saat seperti tu.

Aku menghampiri tokey kedai yang masih mencuba-cuba menarik handle pintu kereta tersebut. Aku turut melakukan hal yang sama. Manalah tahu ada yang masih boleh dibuka tanpa kunci.

“Saya bukan nak cari salah siapa, tapi tuan punya keretalah yang bagi tahu kalau ada ciri-ciri khas pada kereta masing-masing. Masa saya cuba start kereta ni, memang kunci ada tergantung. Tapi bila tak boleh start, saya pun keluar balik dan tutup pintu kereta. Tau-tau pekerja saya kata tak boleh bukak… Biasa kalau kerta ada ciri-ciri khas, tuan punya kerata akan bagi kunci kepada saya dan bagi tahu apa perlu saya buat…” Agak panjang lebar tokey kedai itu menjelaskan kepadaku.

Aku mendengar penjelasan beliau sambil mengakui kebenaran perkara tersebut. Mungkin pemuda tersebut lupa. Perkara yang sama pernah berlaku padaku beberapa tahun lepas. Seorang mekanik tidak boleh mengalihkan kereta Waja aku kerana lupa nak bagi tahu sebelum start kereta kena sentuhkan tali kunci pada sensor yang terletak di bawah steering. Bila waktu aku nak ambik kereta pada waktu petangnya, keretaku itu masih belum siap. Dia ada cuba menghubungi aku tapi nombor hp aku tak bagi! Memang nasib tak baik betul!

Sedang kami bersembang, datang dua orang pemuda maknik kedai kereta di belakang kedai cuci kereta tersebut. Aku nampak di mengintai pada handle pintu sebelah kiri menggunakan handphone yang ada lampu suluh. Kemudian dia cuba membuka pula pada pelapik dalam mudguard depan sebelah kiri. Nampaknya tidak juga begitu lancar. Tiba-tiba pemuda Cina tersebut memberitahu mungkin boleh buka guna kunci boot belakang. Rupa-rupanya kunci boot belakang memang dah rongak!

Aku tak pasti apa yang berlaku selepas itu, sejurus kerata aku siap dicuci aku pun terus bergerak ke pekan TM untuk membeli pelbagai barangan yang isteriku pesan melalui sms sebentar tadi.

Meninggalkan kedai cuci kereta sambil beberapa persoalan melintasi benak fikiranku. Kekadang, kita ni terlalu take for granted tentang sesuatu perkara sehinggalah ia menimbulkan masalah kepada kita. Bab kunci ni, memang satu isu yang agak kerap berlaku dan aku pun tak terkecuali. Kunci kereta Alhamdulillah setakat ni tak berlaku lagi. Apa yang paling kerap berlaku, kunci rumah. Beberapa kali aku terpaksa memanjat awning rumah untuk naik ke tingkat atas melalui cermin tingkap. Kes yang terbaru, disebabkan sikap bertangguh-tangguh mengganti kunci pintu kayu yang patah. Sewaktu keluar rumah, anak aku yang paling akhir keluar tidak menyangka kunci yang patah tergantung pada grill pintu. Bila dah tutup baru perasan. Hampir-hampir nak panjat awning lagi… Alhamdulillah nasib baik ada satu set kumci rumah kat abang ipar aku yang berkerja kat TM juga. Beberapa hari selepas itu, aku segera menggantikan kunci yang patah dan “memulangkan” balik set kunci spare pada abang iparku lagi…

BACA LAGI...

Sunday, February 14, 2010

RANGKUMAN DUA PERISTIWA CNY...

Sunday, February 14, 2010
Bookmark and Share
I

Sepanjang perjalanan dari TM ke KKB aku sedar ada beberapa kawasan "bahaya" kepada para pemandu. Bahaya kerana jalan tersebut berliku-liku dan banyak double-line. Ia menandakan kawasan tersebut berisiko tinggi berlaku kemalangan. Tetapi selain daripada itu, ada satu lagi bahaya yang menanti para pemandu. Apa lagi kalau tak pak polisi! Hampir setiap kali ke KKB ada sahaja polis trafik menahan para pemandu yang speeding. Aku pernah sekali kena saman ekor sewaktu menggunakan kereta Proton Saga.

Jumaat lepas, sewaktu hendak mengambil anak di asrama, tiba-tiba pada satu selekoh aku nampak sebuah radio-car dan dua orang polis trafik sedang menjalankan tugasnya. Semakin aku menghampiri kawasan tersebut salah seorang pegawai polis tersebut memberi isyarat berhenti di bahu jalan.
"Ya Allah, kena saman ke aku ni?" Jantungku sedikit berdebar-debar.
Aku pun memberhentikan kenderaan sambil menunggu pegawai polis tersebut datang.
"Encik, mintak lesen dan kad pengenalan.." Seorang pegawai polis berkulit cerah, good-looking berusia dalam lingkungan akhir 20-an muncul di sebelah kanan keretaku.
"Kami sedang menjalankan ops sikap sempena Tahun Baru Cina. Encik telah memotong di kawasan larangan... Kena saman maksimum RM300..." Ringkas tetapi cukup mengejutkan.
"Err.. mintak maaf lah encik, saya tak perasan tadi kawasan tu tak boleh memotong.."
"Saya sedang ke KKB nak ambil anak yang sudah lama menunggu... Kawan-kawannya dah lama balik... tinggal beberapa orang sahaja yang tinggal.." Aku cuba merayu kepada pegawai polis tersebut dengan muka penuh kerisauan.

Polis tersebut melihat-lihat ke dalam keretaku itu. Anakku yang paling kecil menyusu dengan ibunya, anak nombor thani tengah tidur. Aku mengambilnya sebelum solat Jumaat tadi. Manakala anakku yang nombor khomsah sedang duduk terkebil-kebil melihat polis (antara individu yang paling ditakuti.... ialah polis).
"Oklah... nampaknya anak encik pun ramai.. Ini adalah amaran terakhir... " Nampaknya usahaku untuk melunakkan hati pegawai polis tersebut berjaya.
"Encik tak boleh bergerak dulu..." Pegawai itu kelihatannya mencatat sesuatu pada sekeping kertas kemudian bergerak ke arah belakang kereta. Setelah kereta di belakangku berlalu, dia menghampiriku sekali lagi.
"Encik tanda tangan kat sini.."
Aku pun menandatangani pada sekeping kertas dan polis tersebut menyerahkan helaian tersebut kepadaku dan aku terus berlalu. Sebelum beredar aku mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga.

Sekembalinya dari mengambil anakku, aku meneliti kembali di mana aku kena tahan tadi. Rupa-rupanya aku memotong di permulaan double-line setelah ada sebuah kereta tiba-tiba memperlahankan keretanya. Mungkin pemandu tersebut juga tidak perasan pada peringkat awalnya. Jadi, aku terpaksa memotong lah...

II

Pagi tadi lebih kurang pukul 4.45 pagi, aku tersedar dari tidur apabila terdengar bunyi dentingan benda yang mungkin diperbuat daripada alumunium dari arah hadapan rumahku. Dentingan tersebut semakin kerap dan tidak lama kemudian bunyi muzik mula kedengaran. Aku menyelak langsir tingkap bilikku memandang ke arah deretan rumah di depan rumahku...

"Huh, ingatkan orang Cina menyambut Chinese New Year!" Gerutu hatiku.
Kelihatan sekumpulan belia kaum India sedang berkumpul mulai menari-nari kecil di depan rumah kos rendah dua bilik. Ruang hadapan rumah yang disemen sepenuhnya itu aku kira memuatkan seramai 20 orang. Daripada sinaran lampu jalan yang melimpah ke arah hadapan rumah itu menampakkan pemuda-pemuda tanpa baju itu sedang bergembira. Daripada gayanya yang agak riuh rendah itu mungkin sedang mabuk.

Menjelang jam 6.00 pagi, keadaan semakin bertambah riuh. Bunyi radio yang agak kuat itu diselangi oleh jeritan-jeritan yang mungkin semakin naik syeikh. Ketika aku masuk ke bilik air untuk mengambil wudhuk, bunyi tersebut menjadi semakin kuat. tetapi anehnya dari ruang bilik tidur utama tidaklah sekuat itu. Mungkin struktur binaan dan reka bentuk rumah menyebabkannya sebegitu. Sewaktu catatan ini dibuat (7.55 pagi) bunyi radio masih kedengaran. Cuma belia-belia yang kekemarukan berjoget tersebut tinggal dua tiga orang. Namun jeritannya semakin kuat dan lantang. Malangnya, aku sepatah pun tak faham apa yang dijerit-jeritkan.

Aku fikir, emuda-pemuda tersebut patut malu kat jiran sebelah rumah tersebut. Sepatutnya mereka yang beria-ria bergembira sempena dengan kedatangan CNY! Keluarga kaum Cina tersebut hanya sekadar meletupkan mercun dan membakar bunga api sekitar jam 12.00 malam. Aku tak pasti kalau ada lagi letupan mercun selepas jam 12.30 malam, sebab aku tidur lena sehingga jam 4.45 pagi. Itupun sebab aku dengar dentingan tin minuman tersebut. Alih-alih kaum lain pulak yang terlebih ingka dengan kehadiran CNY ((agaknya).

Perasaan malu sepatutnya semakin meninggi lagi bila memikirkan dalam deretan rumah di sisi kiri dan kanan jalan majortinya kaum Melayu, yang mungkin sedang lena tidur. Lebih-lebih lagi jiran selang dua pintu rumahku yang masih dalam pantang melahirkan cahaya mata kira dua minggu yang lalu. Rumah rakan sekolahku itu memang lebih hampir dengan rumah tersebut. Entah boleh tidur entah tidak anaknya dengan bunyi bising tersebut.

Beginilah masyarakat kita. Tidak sensitif terhadap perasaan jiran-jiran tetangganya. Hendak sahaja aku menelefon pihak polis agar segera meleraikan "pesta mabuk" tersebut. Tapi, entahlah bimbang pulak orang tengah mabuk ni akan melakukan sesuatu kat rumah-rumah berhampiran secara rambang selepas polis pergi. Baling cermin kereta ker... cermin pintu rumah ker...

Pernah satu ketika, kalau tak silap hujung tahun 2008. Lebih kurang pukul 3.00 pagi. Bunyi hon kereta panjang dari arah sebuah kendreaan pick-up. Setelah bunyi tersebut tidak berhenti-henti, aku menelefon pihak polis. Setelah polis datang, aku memaklumkan apa yang berlaku dan aku berserta polis tersebut menghampiri kenderaan pick-up tersebut. Rupa-rupanya pemandu tersebut dalam keadaan mabuk dan badannya yang gemuk itu terdampar pada steering keretanya menyebabkan menekan hon.

Entahlah... siapa yang harus dipersalahkan? Siapa yang harus membuat tindakan. Jika dibiarkan, lama-kelamaan ia akan menjadi budaya yang tidak baik. KRTTB yang diasaskan kira-kira empat tahun lepas semakin senyap. Kini, tiada aktiviti yang melibatkan antara kaum di taman perumahan ini. Mesyuarat pun dah setahun lebih tak buat. Kalau ada, bolehlah gunakan wakil-wakil kaum India untuk berjumpa dengan tuan punya rumah tersebut. Lebih mudah untuk berkomunikasi... Shushah... shushah... Adusss!


Jam mencecah 8.30 pagi - Pesta joget masih berterusan. Bilangan penjoget: 2 orang.
BACA LAGI...

Saturday, February 13, 2010

6 PRINCIPLES OF LIFE

Saturday, February 13, 2010
Bookmark and Share
No point using limited life to chase unlimited money
  • No point earning so much money you cannot live to spend it .
  • Money is not yours until you spend it.
  • When you are young, you use your health to chase your wealth ; when you are old, you use your wealth to buy back your health . Difference is that, it is too late .
  • How happy a man is, is not how much he has but how little he needs
  • No point working so hard to provide for the people you have no time to spend with
Remember this -- We come to this world with nothing, we leave this world with nothing!

Thanks KC Mohan - via email
BACA LAGI...

CERITERA PILU SEORANG SUAMI 3

Bookmark and Share
Sore Khamis yang baru berlalu, tatkala aku sedang menelusuri internet sambil mencari idea untuk dinukilkan dalam blog yang agak lama sepi tetiba aku menerima panggilan telefon daripada rakanku.
"Assalamualaikum.. Ana nak bagitau ni..." suaranya agak kelam kabut sikit.
"W'salam... apa yang penting sangat ni syeikh?" Ujarku selamber.
"Ana nak bagitau pasal tulisan yang anta dok tulis kat blog anta tulah... "
"Kenapa, ada orang marah ker? Aku sedikit rasa cemas. Manalah tahu kalau individu yang aku ceritakan tu nak ambik tindakan undang-undang kat aku plak! Haru dibuatnya...
"Dak aih... Ana rasa anta kena sambung lagi cerita tu..."
"Isyh.. ana mana boleh sambung-sambung ikut dan syeikh... kalau ada berita terkini barulah ana boleh sambung.." Aku tak tahu rupanya "Pak Syeikh" ni ada baca tulisan aku tu.
"Ha... ni ana nak bagi anta berita lah.."
"Hehehe.. sejak bila anta jadi reporter nih syeikh?"
"Ni bukan sebarang reporter tau... ana pagi tadi ikut suami yang anta dok cerita tu pi court..."

Pot pet cerita Pak Syeikh tu... Naik panas telinga aku mendengar cerita tersebut. Panjang lebar dia ceritakan. Sungguh detail. Mungkin bagi memastikan cerita yang aku catat nantinya lebih tepat. Rupa-rupanya baru aku tahu sang suami yang aku ceritakan itu rakan sepengajiannya sekarang. Mereka tiba di Mahkamah Syariah Rendah Bandar A seawal 9.00 pagi. Si suami sengaja datang tepat pada waktunya bagi meninjau-ninjau kalau-kalau isterinya lebih awal tiba. Setelah masuk ke dalam bangunan mahkamah tersebut si suami terus ke tingkat satu bagi memastikan masa dan tempat sebutan kes tersebut akan diadakan.

Menjelang 10.00 pagi, kelibat siisteri tidak juga kelihatan. Si suami mengagak tentunya si isteri telah mendapat nasihat daripada peguam bahawa defenden boleh tidak hadir pada kali ini. Motifnya, mungkin untuk melewat-lewatkan tarikh sebutan kes tersebut ke satu tarikh yang lain. Kata syeikh tu, itu mungkin strategi perang psikologi di mahkamah. Sengaja nak bagi si suami rasa marah. Terpaksalah si suami datang sekali lagi untuk sebutan kes yang gagal tersebut.

Sekitar 10.30 pagi, nama si suami dipanggil. Alangkah terperanjatnya si suami, apabila pegawai polis yang bertugas di situ memaklumkan bahawa si isteri diwakili oleh seorang peguam! Pucat sekejap muka si suami tersebut. Sejurus selepas itu, peguam si isteri dan si suami tersebut dipanggil mengadap Yang Arif Hakim di kamar hakim.

Sekitar jam 11.00 pagi kedua-duanya keluar dari kamar hakim, muka si suami sedikit lesi. Menurut peguam yang mewakili si isteri, defenden tidak dapat hadir kerana ada urusan yang melibatkan pengajian. Justeru, peguam tersebut memohon kepada hakim agar menunda ke satu tarikh yang lain. Hakim memutuskan agar kes tersebut dibawa ke satu tarikh baru dalam bulan Mac. Walaupun si suami memohon agar tarikh tersebut dipercepatkan, tetapi pihak mahkamah menyatakan itulah tarikh yang paling hampir.

Sewaktu makan tengahari di sebuah restoran tidak jauh dari mahkamah, si suami, Pak Syeikh, abang si suami serta pakcik si suami mengadakan persidangan meja bundar. Berbincang sambil membuat andaian itu dan ini. Hampir segalanya berlegar tentang, mengapa isterinya menggunakan khidmat peguam? Siapa saksi sebelah isteri yang akan diheret ke mahkamah? Emaknya sendiri pun tak tahu sangat krisis yang sedang melanda anaknya dari awal hingga akhir. Bila dah meletup, baru emaknya tahu. Bapaknya lagilah... entah-entah masih tak tahu hujung pangkal cerita anak perempuan satu-satunya itu. Abangnya? dalam setahun entah berapa kali bercakap dengan adiknya itu. Adik lelakinya juga sama. Tidak aman dengan rasa amarah terhadap kakaknya. Kedua-dua abang adik itu pernah dikatakan nak membunuh ayahnya. Ironinya, orang yang menjadi kepercayaan si isteri itu adalah emak dan abang si suami. Kalau seluruh keluarganya sendiripun dia tak percaya, siapa yang akan berhujah dengan peguam suaminya nanti? Manakala orang kepercayaannya pula sudah pasti akan berdiri teguh di belakang suaminya.

Rupa-rupanya Pak Syeikh mempunyai andaiannya sendiri. Katanya, tindakan si isteri semata-mata ingin memastikan tarikh penjatuhan talak ditunda sebab dia masih tidak boleh menerima dia akan diceraikan. Baginya, dia tidak mahu berpisah dengan suaminya, tetapi tidak mahu pula berubah seperti yang diharapkan oleh suaminya. Jika perceraian berlaku, tiada sesiapa lagi orang yang boleh diharapkan untuk membantunya. Lebih-lebih lagi dalam tempoh si isteri belajar sekarang. Tiadalah lagi "khadam" yang boleh disuruh-suruh lagi.

Si suami ternyata dalam kebuntuan. Perasaan tawar hambar terhadap isterinya bertambah meluap-luap dan kini bertukar benci dan menyampah. Sepanjang tempoh menunggu sebutan kes (yang tak jadi) berpuluh-puluh sms diterima dari si isteri. Semuanya penuh dengan kata-kata kesat dan fitnah. Tiada ungkapan penyesalan dan kemaafan yang sewajarnya ditaip dalam khidmat sms tersebut. Jika ingin memohon si suami berdamai dan kembali berumah tangga kenapa terus-terusan menyerang si suami? Adakah dengan cara itu si suami akan berlembut hati dan bersedia memaafkan isterinya? Entahlah ilmu psikologi apa yang digunakan oleh si isteri tersebut. Sedangkan si suami punyai hak untuk mentalak isterinya pada bila-bila masa sahaja.

Bila aku tanya kat Syeikh itu, kenapa si suami tak cerai diluar mahkamah? Katanya, si suami sedaya upaya untuk mengikut saluran yang betul. Boleh menjatuhkan talak di luar mahkamah, tetapi si suami akan didenda sekitar RM1k, serta ada beberapa komplikasi lain menyusul. Tapi, katanya, jika keadaan menjadikan ia terlalu sukar dilaksanakan, maka si suami sedang bersiap sedia untuk menjatuhkan talak di luar mahkamah. Alasan isteri nusyuz serta tidak lagi sehaluan antara dua sebab utama mengapa talak adalah jawapan kepada semua persoalan yang sedang berlaku.

Berita sampingan yang aku dengar dari Pak Syeikh, si isteri sebenarnya sejak kecil lagi diwarisi dengan saka oleh keluarganya. Sebab itulah bila dalam keadaan marah, segala ilmu agama yang dipelajari hilang dan terbang! Suami jadi mangsa marah dan maki hamun si isteri. Namun, bila si isteri ada keperluan tiba-tiba sahaja fe'el isteri jadi berubah menjadi baik dan lunak. Rupa-rupanya antara sebab mengapa si isteri lari dari rumah emak mertuanya tempoh hari ada kaitan dengan usaha keluarga si suami hendak mengubati saka yang telah sekian lama "menjaga" si isteri tersebut. Si isteri ada mengakui perkara tersebut sewaktu ditanya oleh si suami kemudiannya.

Kini si suami bertambah-tambah kuat untuk berpisah. Dia kini menjadi takut dengan perkara yang berkaitan dengan saka pula. Bertambah-tambah risau lagi, menurut seorang pengamal ilmu perubatan alternatif yang ditemui menyatakan, dua orang daripada anaknya akan mewarisi "ilmu" tersebut!

BACA LAGI...

DON'T CONCLUDE

Bookmark and Share
One old man was sitting with his 25 years old son in the train. Train is about to leave the station. All the passengers are settling down into their seats. As the train started the young man was filled with alot of joy and curiosity. He was sitting on the window side. He went out one hand and feeling the passing air. He shouted, "Papa see all the trees are going behind". Old man smile and admired his son's feelings. Beside the young man one couple was sitting and listing all the conversation between father and son. They were little awkward with the attitude of the 25 years old man behaving like a small child.

Suddenly the young man again shouted, "Papa see the pond and animals. Clouds are moving with the train". The couple was watching the young man in embarrassment. Now its start raining and some of water drops touches the young man's hand. He is filled with joy and he closed his eyes. He shouted again," Papa it's raining, water is touching me, see papa". Couple couldn't help themselves and ask the old man. Why don't you visit the Doctor and get your son treated. Old man said," *Yes, We were from the hospital. Today my son got his eyes for the first time in his life".*

Moral of the story is;*

**We must not come to any conclusion until we know all** the** facts"*
learn from the past, live in the present and work for the future.

From KC Mohan via email.... Thanks alot.
BACA LAGI...

Sunday, February 7, 2010

CATATAN HUJUNG MINGGU...

Sunday, February 7, 2010
Bookmark and Share
Setelah beberpa minggu tidak berkesempatan menjengah ayah mertua yang tinggal berdua dengan abang iparku, hujung minggu ini aku sekeluarga ke Sg.Tengi. Alhamdulillah ayah mertuaku nampak lebih sihat sejak menjalani operation batu karang di buah pinggang.

Sewaktu kami bersiap-siap nak makan tengah hari, tetiba isteriku mengatakan ada "jurujual" datang dan dia tak boleh berbahasa Melayu. Hehe... dah tak ada rotan, akar pun kira oklah... Rupa-rupanya "jurujual" tu student UIA dari Palestine. Memang tak boleh berbahasa Melayu... ada dua tiga patah berbahasa Melayu... antaranya "penerang hati", "cantik" dan aku tak ingat...

Material yang dijual merupakan hasil kraftangan yang diperbuat daripada kayu zaitun. Ukiran "Tokri" berbentuk bekas buahan yang boleh dilipat dan jam dinding berukir ayat Kursi. Secara ikhlas ia memang cantik. Kalau bukan Palestenian, aku rasa memang tak layan sangat dengan jurujual nih... Tapi, daripada cerita beliau, aku menjadi kasihan dan sangat belas kepada "jurujual" tersebut.

Mungkin itu adalah kelemahan aku. Mudah bersimpati kepada seseorang yang kelihatannya sedang berada dalam kesusahan. Menurut Ayub, dia sedang belajar di sesuah IPTA dan dihantar ke Malaysia oleh sebuah yayasan di Malaysia. Sewaktu aku bertanya tentang keluarganya, dia mengalirkan air matanya. Ayahnya telah syahid sewaktu Gaza diserang oleh tentera Yahudi laknatullah. Aku segera memohon maaf atas soalanku yang sangat menyentuh hatinya.

Hahaha.... bila dia tanya aku dan keluargaku... Mati-mati dia tak caya aku dah ada anak berumur 16 tahun... Maknanya aku dilihat lebih muda daripada usiaku yang sebeanar... Sebaliknya usianya yang 29 tahun itu aku lihat seperti menghampiri 40 tahun! Mungkin tekanan hidup yang dilalui menjadikan fizikalnya lebih tua daripada usia sebenarnya. Satu lagi perkara, warga Palestine lebih gemar berkahwin lewat. Mungkin atas alasan yang sama juga...

Aku akhirnya mengambil tiga item kerana begitu bersimpati terhadap Ayub. Dua buah jam dinding dan sebuah tokri. Terima kasihnya aku kira berkilo-kilo. Sewaktu mahu permisi, dia bertanya padaku bila aku akan balik ke TM. Sebab, dia nak tumpang sekali ke TM. Aku pun bagi tahu beliau lepas zuhur, call aku balik nanti aku akan beritahu bila aku akan mula bergerak ke TM.

Sewaktu menghampiri Ayub di tepi jalan, rupanya dia ada seorang lagi kawan yang akan menumpangku ke TM. Aku menjadi cuak. Maklumlah, aku dan keluargaku dalam perjalanan sejauh lebih kurang 30km. Kami akan ditumpangi oleh dua orang "asing" yang baru aku kenali beberapa jam yang lalu. Beberapa andaian yang tak elok mula melintas ruang fikirku.

Sepanjang perjalan aku hampir tak putus-putus beroda. Kalau ada niat yang tidak baik daripada kedua-duanya, mohon kepada Allah s.w.t. agar dijauhi niat tersebut. Sambil aku melayan Ayub bertanya dan sebaliknya aku masih rasa bimbang.

Akhirnya perasaan bimbang dan curiga menghilang, terbang apabila mereka aku turunkan di tepi Balai Polis Behrang. Sebab aku nak pergi ke asrama di Slim River di mana anakku nombor thani belajar... Kedua-dua Palestenian itu akan menyeberang jalan lama dan menunggu bas ke TM...

Selepas turun sahaja kedua-dua orang itu, aku rasa menyesal pula kerana meletakkan syak wasangka pada keduanya. Entahlah.... dalam zaman sekarang ini kita sukar nak bezakan antara orang yang sememangnya dalam kesusahan atau metreka yang akan menyusahkan kita... Umpamanya kalau jumpa ada orang berhenti di tepi jalan di sebatang jalan yang agak sunyi... nak berehenti atau terus? Sebab, tak kurang juga ada orang yang jadi mangsa rompak dan samun malah rogol lantaran tersilap membuat pertimbangan terhadap "mangasa" tersebut.

BACA LAGI...

Wednesday, February 3, 2010

KEAJAIBAN YANG BELUM KITA LIHAT

Wednesday, February 3, 2010
Bookmark and Share
"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran." Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai.. luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT. Dalil : Al-Quran.


Terima kasih Achai...
BACA LAGI...
 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template