The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Sunday, January 31, 2010

ADAKAH KITA BOLEH INGKAR SURAT PEKELILING?

Sunday, January 31, 2010
Bookmark and Share
I

Aku kira aku bukanlah orangnya yang gemar menggunakan metode debat dalam menegakkan sesuatu kebenaran. Aku serik dengan pengalaman sewaktu di sekolah rendah. Tatkala itu jika ada peluang berdebat, aku akan berdebat dengan rakan-rakan bagi membuktikan bahawa hujah aku lebih power berbanding dengan rakan-rakanku yang lain. Sewaktu berbasikal pulang dari sekolah pun jadi... Kesannya, bila mana-mana pihak kalah, selalunya akan menyebabkan kami tidak bertegur selama beberapa hari.

Namun, kalau terpaksa berdebat pun... bila aku pasti hujah serta bukti berpihak kepadaku. Dan, ia bertambah-tambah perlu jika dengan usaha tersebut dapat "melepaskan" aku dan sesiapa sahaja yang senasib denganku daripada kejahilan sesuatu pihak yang mendakwa mereka betul.

Isu Bantuan Makan Asrama (BMA) dan Yuran Makan Asrama (YMA) masih belum reda. Bagi sesiapa yang ada anak di asrama tentu arif akan hal ini. Untuk pertama kalinnya dalam sejarah pendidikan negara kerajaan telah menarik BMA secara drastik. Aku tak pasti bila BMA dikurangkan daripada lebih 280 hari persekolahan kepada 250 hari. Ia menyebabkan pelajar terpaksa balik kampung dua kali sebulan. Namun, aku rasa perubahan itu berlaku sekitar 1990-an. Sebab, masa aku sekolah dulu, sebulan sekali baru balik kampung. Malah, seorang kawan aku yang berada di SBP balik kampung bila cuti penggal jer...

Pada awal tahun ini, ibu bapa gempar dengan keputusan kerajaan menarik sebanyak 50 hari BMA menjadikan jumlahnya 200 hari. Ia menyebabkan para pelajar terpaksa balik kampung setiap minggu. Itulah sebenarnya punca kegemparan tersebut, walhal berita tentang penarikan 50 hari itu telah disebut-sebut oleh pengetua-pengetua sekolah berasrama sekitar bulan Disember. Cuma, biasalah ... selagi tak terantuk memang tak tengadah. Bila dah nampak tak boleh ambik anak tiap-tiap minggu barulah kecoh dan heboh...

Isu susulan daripada isu tersebut mula meningkat apabila timbul perbezaan bayaran bagi ibu bapa (gaji pokok + elaun tetap) RM5 ribu ke atas dikenakan bayaran Yuran Makan Asrama (YMA) sebanyak RM3. Manakala mereka yang bergaji RM4,999.99 dikenakan bayaran RM1. Kalau disemak pekeliling yang bertarikh 8 Januari 2010 antara justifikasi mengapa ada perbezaan antara ke dua-dua "darjat" ialah keadaan ekonomi semasa negara yang tidak begitu baik. Satu lagi andaian aku ialah, mereka yang berpendapatan isi rumah RM5k telah dianggap "berkemampuan" dan tidak perlu diberikan subsidi setara dengan mereka yang berpendapatan isi rumah RM4.9k.

Pelbagai persoalan berlegar-legar dalam benakku. Begitu mudahkah justifikasi "berkemampuan" dan tidak itu diasaskan. Dari sudut mana pun ia dilihat ia membuka perdebatan yang akan menghangatkan hati.

Pertama. Kalaupun boleh dianggap berpendapatan isi rumah RM5k sebagai berkemampuan, para kakitangan kerajaan dan swasta yang ada pay-slip sahaja yang akan akur dengan ketetapan tersebut. Sebaliknya para peniaga yang berpendapatan empat kali ganda sekalipun terlepas daripada ketetapan tersebut kerana mereka tidak mengisytiharkan pendapatan mereka yang sebenar. Ini terbukti dalam bantuan uniform ke sekolah-sekolah. Dalam daerah aku, ada sebuah sekolah yang mendapat bantuan paling banyak... Bila diselidik-selidik, rupanya majoriti ibu bapa pelajar di sekolah tersebut adalah peniaga!

Kedua. Kalaupun ada asas yang kuat untuk mengklasifikasi mereka yang berpendapatan isi rumah RM5k berkemampuan, lebih berasas lagi kalau diambil kira bilangan tanggungan anak termasuk yang bersekolah dan tidak bersekolah. Jika berpendapata RM5k sekalipun, jika ada enam orang anak, tentunya angka tersebut tidak membawa erti apa-apa. Malah terpaksa mengorek duit simpanan yang ada untuk menyekolahkan anak-anak. Lantas aku teringat seorang rakan yang ada tujuh orang anak yang masih belajar. Tiga di IPTA luar negara (tanpa biasiswa), seorang IPTA, tiga orang lagi bersekolah menengah. Sedangkan rakanku itu DG44 dan isterinya DGA32. Tentunya jauh bezanya dengan mereka yang berpendapatan isi rumah RM3.9k tetapi hanya ada dua orang anak sedang belajar.

II

Sewaktu anakku balik dari asrama hujung minggu lepas aku dimaklumkan bahawa, pada petang Ahad akan diadakan sesi pembayaran yuran asrama. Bersama-samanya ada beberapa helai kertas memaparkan kadar bayaran tambahan (SUWA) dan bayaran yuran makan asrama (YMA). Aku tersentak apabila jumlah yang dipaparkan sungguh luar biasa. Aku terus menatap pada bahagian RM3 x 270 hari = RM820 (setahun) atau RM410 (setengah tahun). Kenapa 270 hari? Bukan 200 hari seperti yang tersurat dalam surat pekeliling. Aku mengharap sewaktu membuat pembayaran nanti, pegawai yang bertugas akan mengatakan,
"Kami mintak maaf, sebab tersalah cetak... Jumlah hari sebenarnya hanyalah 200 hari.."

Memandangkan urusan di SMKA sudah selesai, maka aku menghantar anakku yang di SMKA terlebih dahulu. Setelah semua barangan diturunkan... kami terus ke KKB. Sampai sahaja di situ, aku mendapati begitu banyak kenderaan bersusun di bahagian letak kereta dan padang sekolah. Itu satu tanda, urusan pembayaran YMA akan mengambil masa yang panjang. Lantas aku segera ke musolla sekolah untuk menunaikan solat Asar yang agak lewat. Usai solat Asar, aku terpaksa ke pekan unuk ke masjid kerana isteriku belum solat Asar lagi. Lagipun musolla untuk muslimat aku fikir di asrama puteri dan lokasinya agak ke dalam sedikit.

Aku kembali ke sekolah sekitar 6.30 petang. Melihat kenderaan yang semakin surut, aku menarik nafas lega, namun aku ada sekitar 30 minit untuk menyelesaikan urusan YMA. Lantar aku segera ke lokasi pembayaran YMA yang terletak di blok B bersebelahan dewan makan aspura.

Tatkala aku sedang menunggu ustaz yang ditugaskan menerima bayaran pelajar tingkatan empat aku mendapati seorang pejaga bertanya tentang bilangan hari tinggal di asrama yang tidak seperti yang diketahuinya... Sedang mereka berbual aku mencelah...
" Maaf saya memang nak tanya sangat mengapa jumlah hari yang dinyatakan dalam surat tidak seperti yang nyatakan dalam pekeliling?" Soalku.
"Encik salah faham ni... sebenarnya bilangan 200 hari itu bukan bilangan hari yang ibu bapa kena bayar sama ada RM1 sehari atau RM3 sehari.."
"Saya ada dengar sendiri dalam berita, pihak kerajaan telah menambah bilangan hari makan bersubsidi di asrama sebanyak 40 hari mejadikan bilangan keseluruhannya 240 hari... Namun, untuk seketika ini, ibu bapa hanya perlu membayar sejumlah 200 hari sahaja. Bla..bla..bla..." Hujahku lagi..
"Di sekolah ini memang dah lama mengenakan bayaran mengikut bilangan 270 hari setahun... Taka da masalah apa-apa pun... malah audit tahun lepas tak kata apa pun!" Balasnya lagi.
"Encik kena faham, tahun lepas lain... ibu bapa tak bising sebab kalau gaji 10 angka sekalipun tetap sehari RM1. Mulai tahun ini macam saya... kena bayar RM3! Beza 3 kali ganda dengan satu kategori yang lain iaitu RM1 sehari..."

Sesi berhujah bukan terhenti setakat itu... Tatkala aku telah selesai membayar YMA, pegawai tersebut menemui aku lagi dan meneruskan hujah-hujahnya... Bila aku buat perbandingan ngan sekolah-sekolah lain yang berasrama, dia kata semua sekolah tersebut silap dan tak faham... Aik, tak kanlah seorang saja yang faham yang lain tak faham!

Seterusnya sesi hujahan dilakukan lagi di kod badminton, luar tempat pembayaran YMA. Aku yang dah tak larat mendengar hujah-hujah yang sama itu.. akhirnya memohon permisi sambil berjanji akan merujuk kepada pegawai-pegawai yang lebih tinggi di JPN atau KPM... Dia dengan beraniya,
"Saya tak kisah, saya dah lama terlibat dengan urusan asrama ini... Dulu pernah di SBP.."
Mendengar kenyataannya itu, aku bertanya lagi...
"Di SBP berapa bilangan hari BMA?" Soalku.
"280 hari!" Jawapnya dengan yakin sekali.


BACA LAGI...

Thursday, January 28, 2010

SYARAHAN MALIM, UPSI

Thursday, January 28, 2010
Bookmark and Share
Secara tidak disangka-sangka aku akan menghadiri majlis ilmu yang dinamakan Syarahan Malim di Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI. Aku menerima arahan tuan pengetua tanpa banyak bicara. Sepatutnya beliau sendiri akan hadir ke majis tersebut. Menurutnya, rugi kalau tak hadir sebab isu yang akan dibicarakan oleh penceramah menyangkut langsung dengan profesion keguruan. Namun, disebabkan beliau mengalami sedikit kecederaan kerana terjatuh sewaktu berada di Stadium Proton menyebabkan beliau rasa tidak selesa untuk ke program tersebut.

kalau tak kerana arahan boss aku, sememangnya aku nak ke library. Satu rutin baru yang cuba disuburkan semenjak semester baru bermula. Nampaknya aku kena korbankan masa rehat petang untuk ke library. Bukanlah nak buat refrences sangat, sekadar memurnikan lagi proposal yang hampir tiga suku siap. Harap-harap aku tidak jadi tiga suku plak hahaha... Kalau berada di rumah, sudah pasti aku menghadap tilam dan bantal... Itupun jika tidak ada mesyuarat sama ada aku atau isteriku. Lazimnya aku akan berada di situ sehingga sekitar 5.30 petang, sebelum aku pergi menjemput anak-anak aku yang dua orang itu di sekolah rendah agama. Jika dapat keluar sekolah tepat 2.30 petang, aku akan mengambil sedikit masa untuk solat dan merarau. Masuk ke library sekitar jam 3.00 petang. Jadi aku ada masa sekitar dua jam setengah.

Rutin yang sememangnya menjadikan aku lebih letih berbanding sebelum-sebelum ini terpaksa juga aku gagahi kerana aku telahpun menerima tawaran sebagai penerima Biasiswa Hadiah Latihan Persektuan secara sambilan oleh KPM. Aku faham dengan sesungguhnya, itu satu komitmen yang bukan kecil-kecilan sifatnya. Mengikat diri dengan KPM memungkin apa sahaja akan berlaku. Jika aku dapat menyelesaikan urusan belajar ini dalam tempoh lima tahun (tolak dua tahun berlalu yang kini tinggal berbaki tiga tahun), aku sudah hampir pasti akan ditempatkan di tempat kerja yang lain. Sebab, masa interview awal tahun lepas, itu antara soalan awal yang terpacul dari bibir penemuduga tersebut. Sanggup? Hehe.. biasalah bila kita dah nakkan sesuatu, setuju jer lah... Namun, jika sebaliknya (mohon dijauhi...) aku dianggap memungkiri perjanjian... Aku akan didenda. Apa dendanya, buat masa ini aku tak nak tanya pihak KPM... Dengan harapan aku tidak masuk ke zon tersebut...

Memasuki ruang ceramah di aras empat itu bukanlah satu pengalaman baru bagi aku. Sebelum ini ada dua tiga kali aku memasuki ruang tersebut. Antara yang terbaru, KDP yang diadakan pada tahun lepas berkaitan dengan "Aplikasi Web 2.0". Kursus dalaman yang bagi aku sangat menarik. Bertolak dari kursus tersebut aku mula tertarik dengan aplikasi Google Doc... Satu aplikasi yang menjadi pelengkap kepada blog. Antara manfaat yang aku perolehi melalui Google Doc, berjaya mengendalikan proses "pilihan raya MPPPU" secara dalam talian pada tahun lepas.

Program yang sepatutnya bermula pada pukul 2.30 petang itu, tidak ada tanda-tanda akan bemula walaupun jarum panjang jam di tanganku telah melepasi angka enam. Sebab, kehadiran masih sekitar 10 orang. Nampaknya tuan penceramah telah berada dalam dewan sebelum aku melabuhkan punggungku di atas salah sebuah kerusi antara deretan kerusi kuliah berwarna maroon.

"Encik kalau nak bahan handout boleh ambil di kerusi hadapan..." Aku dimaklumkan oleh salah seorang urusetia.
"Kenapa tak bagi kat semua?" Soalku ringkas.
"Kami bagi kepada 50 orang pertama sahaja". Ringkas dan padat jawapannya. Maknanya aku berada pada kedudukan kerusi yang ke 51 dan ke atas.
"Boleh saya ambil?" Itu memang tabiat aku sejak dulu. Apa-apa sahaja bahan yang boleh diperolehi secara foc, aku akan cuba sedaya-upaya mendapatkannya.
"Boleh, memang banyak lebih.."

Sewaktu pengacara memulakan majlis, kehadiran masih belum mencecah 20 orang! Ah, aneh sungguh majlis ini. Menjemput penceramah luar dengan kehadiran audien tidak sampai 20 orang! Kalaulah aku salah seorang personel yang menjadi penganjurnya, entah di mana aku nak lari menyorokkan diri... Aku kira setiausaha National Union of Teaching Profession (NUTP) Perak, merangkap pengetua sebuah sekolah premier di Ipoh bukan nama yang kecil. Malah ia mewakkili sebuah kesatuan keguruan yang tersohor di seantero Malaysia. Dan, apa yang menjadikan ia lebih tidak kena ialah perogram tersebut dianjurkan pula oleh Pusat Penjaminan Kualiti (PPQ). Sangat jelas sekali majlis tersebut langsung tiada kualiti!

Namun, aku tabik kepada tuan penceramah yang nampak bersungguh-sungguh menyampaikan ceramahnhya walaupun audiennya ciput! Ah... sungguh sayang kalau pelajar-pelajar UPSI yang akan bergelar cikgu setelah mereka tamat pengajian nanti dapat hadir dan memanfaatkan sesi ceramah tersebut. Ceramah bertajuk "Membentuk Kecemerlangan dalam Pendidikan Guru". Sangat sesuai kepada bakal-bakal guru.

Mengakhiri sesi ceramah, penonton semakin menyusut sehingga kurang daripada sepuluh orang. Mungkin ada tugas-tugas penting yang perlu disegerakan. Namun, rasa aneh dan pelik datang betalu-talu menyelubungi mindaku. Beginikah pengurusan sebuah sesi ceramah yang jika dilihat dari tajuk utama ceramah iaitu "Syarahan Malim" membayangkang suatu yang sangat hebat... Kehadiran yang sangat kecil dan yang hadir tidak pula dapat berada dalam ruang itu sehingga majlis usai! Agak-agak apa yang terdetik dalam fikiran penceramah... Aku sebagai seorang cikgu cuba mengagak-agak lah.... "Kalau macam ini, ceramah kat sekolah lagi bagus!"

Apa yang pasti, pihak penganjur perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Hal ini dikukuhkan lagi oleh kenyataan pihak keselamatan sewaktu aku menyerahkan beg laptop aku untuk diperiksa sebelum meninggalkan library.

"Ramai yang tak tahu... Maklumat tak banyak" Kata pegawai keselamatan tersebut.
Mungkin ada benarnya, apa yang aku nampak hanya pada laluan tangga ada papan tanda kecil "Syarahan Malim". Selebihnya aku tak pasti. Aku baru tahu rupa-rupanya program ini menjemput pihak Sekolah Bitara UPSI yang lebih kurang berbelas jumlahnya. Aku tak pasti apa sebab mereka tidak datang.


BACA LAGI...

Monday, January 25, 2010

CERITERA PILU SEORANG SUAMI 2

Monday, January 25, 2010
Bookmark and Share
Kira-kira sebulan yang lalu aku ada menulis tentang Ceritera Pilu Seorang Suami. Aku kira hasil daripada majlis timbang tara yang melibatkan kedua-dua keluarga mengarah kepada penyelesaian yang positif. Maklumlah, ia telah masuk fasa antara keluarga. Tentunya, perasaan malu serta melihat masa hadapan, khasnya anak-anak akan menyimpulkan suatu resolusi membaiki lebih baik daripada meruntuhkan "mahligai kasih" yang telah dibina sejak sekian lama.

Namun, ternyata telahan dan tanggapanku meleset sama sekali. Berita terkini yang aku terima daripada sumber yang sangat dipercayai menyatakan hal yang sebaliknya berlaku. Kini kedua-duanya tidak lagi tinggal sebumbung. Seorang di utara dan seorang lagi di selatan. Anak-anak untuk seketika ini masih dibawah jagaan siisteri. Namun, aku dikhabarkan sisuami sedang menyalurkan kekalutan keluarga melalui medan undang-undang pula.

Mulanya aku terasa kaget dan musykil sekali. Mengapa isu dalaman rumah tangga tersebut tidak boleh lagi diselesaikan di meja rundingan luar mahkamah. Kerana, apabila isu keluarga dibawa ke mahkamah, sudah pasti ada yang kalah dan ada yang menang. Namun, lazimnya dalam konteks kes rumah tangga... yang memang jadi arang, yang kalah jadi abu... Mereka sebenarnya memperjudikan masa depan bukan sahaja diri sisuami dan isteri malah yang lebih serius lagi ialah masa hadapan anak-anak.

Tetapi setelah panjang lebar mendengar kisah tersebut, tenrnyata ia terlalu komplikated. Istana kasih yang dibina selama sedekad itu sebenarnya tidak sunyi daripada pergolakan yang berskala kecil sehinggalah berskala besar. Kemuncak kepada komplikasi yang melanda rumah tangganya itu ialah insiden siisteri keluar dari rumah mertua tanpa kebenaran sah daripada suami. Pada ketika itu sisuami ada di rumah tersebut. Apa yang lebih tragis, isteri secara sedar berbohong kepada suami untuk ke satu destinasi palsu, dan ia melibatkan emak dan abang siisteri yang bersekongkol sekali gus. Ia sebenarnya satu konspirasi yang dirancang dengan begitu teratur. Siisteri bersama emak dan abangnya "melarikan" sisiteri tersebut dengan semua anak-anak ke satu destinasi yang agak jauh. Episod yang diklasifikasikan sebagai isteri nusyuz itu ternyata tindakan nekad dan tanpa berfikir panjang kerana pada ketika itu ayah, emak dan adik beradik sisuami ada di lokasi kejadian. Malah, jiran-tetangga turut sedar akan peristiwa tersebut.

Melihat peristiwa yang biasanya berlaku dalam drama atau filem itu, si suami tergamam! Tatkala sisteri "dilarikan", si suami sedang menggosok pakaian untuk ke pekan yang terhampir bagi membeli persiapan pakaian anak-anak bersekolah pada bulan Januari. Jadi, berhimpunlah segala perasaan sedih, marah, bimbang, curiga, tanda soal dan seribu satu perasaan lain dalam minda dan perasaan si suami. Namun, oleh sebab episod pergolakan kecil-besar yang telah berlaku sepanjang usia perkahwinan mereka menyebabkan si suami tidaklah mengalami trauma. Malah sisuami telah berkira-kira untuk mengambil tindakan yang lebih jauh berdasarkan saluran yang dinasihati oleh pihak yang berautoriti.

Selepas suatu tempoh yang munasabah diberikan oleh suami, namun siisteri tidak berusaha menghubungi si suami menjadikan si suami hilang sabar dan terus membawa kes tersebut ke pejabat agama Islam di mana perkahwinan mereka didaftarkan. Segala insiden yang berlaku sepanjang usia perkahwinan sama ada kecil atau besar dicatat secara jelas oleh si suami dan disampaikan kepada pihak pejabat agama Islam.

Tindakan yang pada asalnya sekadar "mengugut" siisteri agar menyesali perbuatan tersebut dan memohon ampun atas dosa nusyuz ternyata tidak membawa apa-apa kesan kepada siisteri. Sebaliknya sisteri membalas tindakan sisuami dengan dia melaporkan beberapa perkara pula kepada pejabat agama Islam yang sama. Seolah-olah kesalahan yang dia lakukan tersebut lebih tinggi darjat kesalahannya berbanding kes isteri nusyuz.

Melihat kepada senario yang tidak membawa kesan yang lebih baik, dan sambil menunggu proses di pejabat agama yang perlu dilalui, sisuami telah memfailkan kes nusyuz tersebut di mahkamah syariah. Itupun atas nasihat peguam yang prihatin atas nasib yang menimpa suami tersebut. Serta justifikasi yang lain ialah, si suami tidak rela dianggap sebagai seorang suami dayus apabila tidak menghukum isteri yang nusyuz. Lebih-lebih lagi dia adalah seorang guru agama. Justeru hukuman yang dimaksudkan ialah keputusan yang akan dibacakan oleh hakim sekiranya siisteri mengaku bersalah. Jika siisteri sebaliknya tidak mengakui pertuduhan yang dibacakan, maka berlakulah perbicaraan yang akhirnya mengarah kepada suatu keputusan muktamad oleh pihak mahkamah.

Sehingga kini, pihak isteri dikatakan enggan menerima afidavit yang dihantar secara tangan oleh suami. Agak aneh, siisteri menolak daripada menandatangani afidavit tersebut kerana siisteri masih "menyayangi" rumah tangga mereka. Dan, tidak redha jika sisuami akhirnya akan menjatuhkan talak di mahkamah syariah.

Mendengar cerita yang panjang lebar itu, menjadikan aku insaf. Ternyata kepandaian tidak bererti jika kita tidak punyai akal budi yang luhur. Dan, akal budi yang tidak mampu bergabung dengan ilmu agama menjadikan kita persis manusia yang kelihata cantik di mata tapi hakikatnya hodoh dan hina. Sepatutnya semakin tinggi ilmu di dada, semakin berat pemikiran dan pertimbangannya lantas ia sepatutnya mampu mengemudi hati yang berjiwa amarah kepada lawamah dan mutmainah. Walla hu 'a Lam

BACA LAGI...

GEMPA BUMI BOLEH DIBUAT?

Bookmark and Share
Semalam, sewaktu aku ke Kajang aku menerima dua sms berantai... Hehe sms yang dikirimkan melalui YM. Jadi bila balik, aku cari URL yang dinyatakan dalam sms tu dan aku paste di sini.. Ada baiknya kalau dibaca dan diteliti untuk menilai betul salahnya maklumat tersebut.

-------------

CARACAS (SuaraMedia News) - Pemimpin Venezuela Hugo Chavez Rabu menuduh Amerika Serikat menyebabkan kehancuran di Haiti dengan menguji sebuah 'senjata tektonik' karena menyebabkan bencana gempa bumi yang melanda negeri tersebut pada minggu lalu.

Presiden Chavez mengatakan AS "bermain Tuhan" dengan menguji perangkat yang mampu menciptakan bencana jenis ekologi semacam itu, surat kabar Spanyol ABC mengutip pernyataannya.

Sebuah gempa berkekuatan 7,0 mengguncang negara miskin itu pada 12 Januari dan menewaskan sekitar 100.000 hingga 200.000 orang. Sementara Haiti menanti bantuan dunia untuk kebutuhan dasar, para pejabat mengatakan bahaya terbesar yang dihadapi korban selamat adalah luka-luka yang tidak dirawat dan meningkatnya penyakit.

Setelah gempa, permohonan bantuan kemanusiaan yang ditanggapi secara global. Namun, bangsa itu berjuang dengan kekerasan dan penjarahan karena bantuan yang masih belum cukup untuk puluhan ribu korban yang kehilangan tempat tinggal dan luka-luka.

Chavez mengatakan gempa bumi 'pembunuh' itu mengikuti adanya uji coba "senjata gempa bumi" tak jauh dari lepas pantai Haiti. Dia tidak menguraikan sumber klaimnya.

Chavez mengatakan ini "senjata gempa bumi" ini pada akhirnya akan digunakan terhadap Iran dan akan diambil alih oleh militer AS.

Para pemimpin terang-terangan sebelumnya menuduh AS menduduki Haiti "di bawah kedok bencana alam."

Setidaknya 11.000 tentara AS telah dikirim ke negara itu untuk memberikan keamanan bagi upaya distribusi bantuan.

Media Venezuela melaporkan bahwa gempa bumi itu "mungkin terkait dengan proyek yang disebut HAARP, sebuah sistem yang dapat menghasilkan perubahan iklim yang tak terduga dan keras."

HAARP, High Frequency Active Auroral Research Program, adalah studi berjalan di Alaska diarahkan pada rekonfigurasi sifat-sifat ionosfer bumi untuk meningkatkan kemampuan satelit komunikasi.

Mantan Menteri Pertahanan AS William Cohen pada tahun 1997 menyatakan prihatin terhadap negara-negara yang terlibat "dalam terorisme jenis ekologi dimana mereka dapat mengubah iklim, merancang gempa bumi, gunung berapi dari jarak jauh melalui penggunaan gelombang elektromagnetik."

HAARP telah dipenuhi dengan kontroversi sejak pertengahan 1990-an ketika Negara bagian Rusia, Duma mengeluarkan siaran pers yang ditulis oleh urusan pertahanan internasional dan masyarakat pada HAARP dan ditandatangani oleh 90 deputi.

"Amerika menciptakan senjata geofisika integral baru yang dapat mempengaruhi medium dekat-Bumi dengan gelombang radio frekuensi tinggi ... Signifikansi dari lompatan kualitatif ini dapat dibandingkan dengan transisi dari baja dingin hingga senjata api, atau dari senjata konvensional hingga senjata nuklir. Jenis senjata baru ini berbeda dari tipe sebelumnya pada medium dekat-Bumi sekaligus menjadi objek dari pengaruh langsung dan komponennya

Presiden Venezuela, Hugo Chavez, menuduh AS memanfaatkan gempa yang menyerang Haiti untuk menguasai negara tersebut.

Pada hari Minggu (17 Januari 2010), dalam sebuah acara TV mingguan, Chavez mengolok-olok pasukan militer AS yang dikirim ke Haiti sebagai “pasukan yang dipersenjatai seperti tentara mau perang”.

“Saya baca bahwa 3000 tentara berdatangan, para marinir dipersenjatai seperti tentara yang akan berperang. Disana, senjata tidak kurang-kurang. Ya ampun. Dokter, obat-obatan, bahan bakar, rumah sakit di tanah lapang, itulah yang seharusnya dikirim oleh AS,” kata Chavez.

“Yang paling penting, Anda tidak melihat mereka di jalanan. Apakah mereka mengangkati mayat-mayat? ... Apakah mereka mencari korban yang terluka? Anda tidak melihat semua itu. Saya belum melihat mereka. Dimana mereka?” lanjut Chavez.

“Mereka menjajah Haiti secara terselubung”, tandas Chavez.

Meski berkomentar pedas, Chavez menyatakan bahwa ia tak bermaksud menyurutkan upaya kemanusiaan yang diambil oleh AS. Ia hanya bermaksud mempertanyakan apa perlunya mengirim sedemikian banyak pasukan.

Chavez berjanji bahwa Venezuela akan mengirim bensin sebanyak yang diperlukan untuk transportasi dan produksi listrik di Haiti. Caracas telah mengirim beberapa pesawat beserta para dokter, bantuan, dan beberapa tentara ke Haiti. Disamping itu, sebuah misi Rusia-Venezuela akan diberangkatkan ke Haiti pada hari Senin. (iw/pv/dj/sm) www.suaramedia.com


BACA LAGI...

Friday, January 22, 2010

CERITERA ANAK-ANAK YANG BELUM SELSESAI...

Friday, January 22, 2010
Bookmark and Share
Telah lebih seminggu blog ini sepi dari cetusan idea yang sekurang-kurangnya dapat meringankan perasaanku sendiri. Betulkah? Menulis blog boleh meringankan bebanan perasaan? Entahlah, bagi aku begitulah keadaannya. Aku menulis sama ada terlalu gembira, terlalu sedih atau terlalu rimas. Melalui penulisan, fikiranku akan berasa lega dan ringan sikit.... Namun, sejak lebih seminggu ini aku rasa kelam kabut sangat. Lagi pulak... kalau nak menulis kena selengkapnya. Tak rerti tulis singkat-singkat. Mungkin itu satu kelemahan atau sebaliknya.

Cerita anak-anak nampaknya masih belum berakhir. Anakku yang nombor wahid baru aku pindahkan ke Kuala Kubu Bharu dari Sungai Besar. Walaupun guru-gurunya di SABK SAM Bagan Terap, Sg.Besar akan keberatan nak melepaskannya, namun desakan ibu bapa tidak mampu mengubah harapan sesiapa juga. Melainkan anakku yang nerayu-rayu tak nak pindah... Tapi aku tengok anakku pun berminat ke SAMT KKB, maka aku uruskan sahajalah... Kalau ditanya kenapa pindah? Aku sendiri pun tak ada jawapan yang konkrit. Pasal cikgu? Kedua-dua sekolah gurunya dari KPM. Diringkaskan cerita, mungkin prasarana di KKB lebih baik berbanding dengan Bgn.Terap. Mungkin juga status sekolah... Maklumlah SAMT dan SAM. Tapi, orang ada kata... Kalau kita berusaha untuk memandaikan diri, sekolah di mana-mana pun akan jadi pandai. Tapi, kalau sekolah sekadar untuk memandai-mandai, sekolah kat mana-mana pun susah nak pandai. Hehehe... entahlah.

Surat perpindahan, aku dapat sewaktu balik kampung hujung minggu lepas. Pakcik aku yang membawanya sendiri dari Ibu Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor di Shah Alam. Kemudian, surat tersebut aku bawa ke sekolah yang baru pada hari Isnin, sementara anakku menguruskan saki-baki yang masih belum selesai di sekolah lamanya. Alhamdulillah, proses penempatan nampak berjalan dengan lancar. Aku bayar apa yang patut termasuk perlatan asrama.

Lewat petang Rabu, aku membawa anakku itu ke SAMT KKB. Aku dah mintak kebenaran daripada PK HEM untuk menghantar anakku itu selepas jam 3.00 petang. Rasa malu gak dengan pengetua untuk keluar sekolah nak urus anak-anak lagi... Jadi, menghantar lepas waktu sekolah adalah satu-satunya pilihan yang ada. Alhamdulillah anakku ditempatkan di dorm bersama dengan bebudak form 4 yang lain. Sebilik ada 16 orang.

Sewaktu aku tinggalkan ankku di SAMT KKB,
"Ayah, nak ke Bagan balik lah..."
"Apa?"
"Abang, macam tak boleh masuk jer.."
"Jangan buat hal bang... Ayah dah urus merata-rata ni.." Aku seperti memberi sedikit ugutan atas idea anakku itu, yang jika betul-betul terjadi sudah tentu akan menghuru-harakan lagi aku...
Sebelum aku permisi, aku sempat mengingatkan anakku tentang pesanan isteriku sebelum berrolak ke sekolah awal pagi tadi.
"Ibu pesan, dua hari sekali telefon ibu..."
"Ok, Insya Allah" Jawabnya ringkas.

Hari berlalu, panggilan yang dinanti tidak berdering juga... Seteleh masuk hari keempat baru isteriku menerima panggilan daripada anakku itu. Isteriku sedikit merungut...
"Kalau iya pun seronok sangat kat asrama, tak kanlah lupa ayah ibu kot?"
Aku hanya tersenyum. Bagi aku "no news is good news". Oklah tu, kalau dibuatnya meraung-raung nak balik ke sekolah lama, tak ke haru dibuatnya!

Harap-harap, untuk tahun 2010 ini, setakat inilah sahaja episod tukar-menukar sekolah anak-anaku itu... Ini pun dah jenuh mengorek saki-baki fulus buat melengkapi perlatan dan bayaran-bayaran yang wajib! Hehehe... ana sudah finin lah... Kalau bertukar lagi kena jumpa along kot... Huhuhu... Paling haru-biru bab yuran makan asrama. Biarpun 40 hari subsidi makan telah dikembalikan, namun bagi ibu bapa yang berpendapatan RM5k ke atas (termasuk elaun tetap beb!) kena bayar RM3 sehari. Sebelum-sebelum ni biarpun gaji RM10k, tetap RM1 sehari bayaran asrama... Nampaknya tahun ini aku kena sedia RM1.2k setahun untuk dua orang anakku yang diasrama! Itu tak masuk 40 hari subsidi yang dikembalikan tu... Kalau kira 240 hari ... Wow, aku kena bayar RM1,440 setahun.

Aku nak bagi tahu kat semua orang, mulai tahun ni depa clasify ibu bapa berpendapatan RM5k dan ke atas kaya! Lalala.. aku orang kaya!!! Aku orang kaya baru...!!!

BACA LAGI...

Thursday, January 14, 2010

ISU PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH NON MUSLIM DI INDON

Thursday, January 14, 2010
Bookmark and Share
Penggunaan nama Allah oleh non muslim di Indon Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini..

Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya

Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. "Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung "Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!" aku langsung tergolek... astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..

Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: "Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah" Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik "ash to ash, dust to dust, fade to black"... tergolek lagi aku.. wakakaka..

Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku 'bermusafir' lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner "Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!" aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye..

Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah 'usha' buku kat kedai buku.. Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: "Memantapkan Iman Anda Kepada Allah" bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi... lah, buku dakwah Kristian rupanya..

Risau gak klu jadi camni kat M'sia.

Di tengah tengah bandar bandung juga terdapat sebuah geraja yg dinamakan "rumah allah"...mcm mcm lagi isu akan timbul lepas ni selagi malaysia mengamalkan demokrasi-sekular.. Lu Fikir lah Sendiri....

REGARDS,
MUHAMMAD SALMAN BIN ISNIN
"if you haven't got somethings nice to say, say nothing at all"


BACA LAGI...

Wednesday, January 13, 2010

PINDAH SEKOLAH LAGI....

Wednesday, January 13, 2010
Bookmark and Share
I

Berdasarkan kepada asas bahawa ibu bapa perlu memberikan peluang yang terbaik kepada anak-anak bagi mendapatkan pendidikan yang terbaiklah, semalam aku terpaksa memindahkan anakku yang telah seminggu berada di SABK SAM Sg.Selisek. Sekitar jam 9.30 pagi, aku mendapat telefon dari SMKA Slim River bahawa anak aku yang nombor thani itu telah diterima untuk belajar di sekolah tersebut. Aku segera memaklumkan khabar tersebut kepada isteriku.

Bagi mendapatkan kepastian, aku bergegas ke situ bagi bertemu dengan pihak sekolah. Dalam hati cukuplah sekadar mendapatkan maklumat bertulis berkaitan dengan persekolahan dan asrama. Tetapi sewaktu sampai di sekolah tersebut lain pulak jadinya. Aku dijemput untuk terus mendengar taklimat daripada pengetua sekolah dan wakil pengarah Jabatan Pelajaran Perak. Aku pun mendengar dengan teliti segala maklumat daripada tuan pengetua. Namun, apabila jam di tanganku telah mencecah pukul 12.30 tengah hari, aku terus meninggalkan sekolah kerana hendak berurusan dengan sekolah di Sg.Selisek itu.

Ada juga terlintas dalam hati, kalau-kalau anak aku itu tidak mahu berpindah. Manalah tahu dah serasi dengan persekitaran dan kehidupan di asrama dan juga di sekolah. Alamatnya, sia-sialah aku dengar taklimat tersebut. Tapi, kalau anakku itu bersetuju ditukarkan... aku pulak perlu ada masa yang cukup untuk menguruskan segala-galanya sebelum boleh membawa balik anakku itu.

Tentu anakku terkejut besar bila ada pesanan dari Penolong Kanan Pentadbiran memintanya datang ke pejabat sekolah. Aku juga tak pasti sama ada dalam pesanan itu ada dinyatakan bahawa aku menunggunya di pejabat sekolah. Namun, yang pasti kedua-duanya tentu akan menimbulkan tanda soal dalam mindanya.

Sewaktu anakku itu masuk ke pejabat sekolah, aku terus memintanya duduk.
"Afif nak pindah ke SMKA ke? Soalan pembuka bicara...
"Afif dapat ke?" Soal anakku acuh tak acuh.
"Ayah baru balik dari SMKA, Afif dapat tawaran..." Cuba meyakinkannya.
Melihat ankku yang terkebil-kebil seperti tidak ada respon yang positif...
"Ayah tak kisah kalau Afif tak terima... terpulang kepada Afiflah sama ada nak terima atau tidak... tapi ibu berharap Afif terima.." Aku sedar di sebalik keterbukaan itu ada juga elemen "paksaan" di situ.
"Sayang jugak nak tinggalkan sekolah ni... Abang-abbang kat asrama best..." Jelas anakku itu.
"Ada tak kawanp-kawan Afif kat situ?" Soal anakku lagi.
"Ada... termasuk kawan Afif yang duduk kat Proton City tu..." Itulah antara kawan-kawan anakku itu yang aku perasaan mendaftar sewaktu aku berada dalam dewan SMKASR. Mendengar kawannya itu ada di situ, terus di setuju nak pindah...!

Begitulah pentingnya kawan-kawan sebaya dalam hidup anak-anak kita. Seolah-olah hidup mereka serba tidak sempurna kalau tiada kawa-kawan di sisi. Dan, aku rasa kalau tak ada kawan-kawan di situ dia berkeberatan juga nak ke SMKASR.

Walaupun guru kelasnya rasa sedikit sedih dengan keputusan yang dibuat oleh anakku itu, secara umumnya dia "merestui" perpindahan ke SMKA itu. Buku teks dipulangkan, bayaran asrama sehingga bulan Mei telah dikembalikan kepadaku. Sebelum meninggalkan sekolah guru kelas sempat berpesan kepada anakku,
"Walau di mana kamu berada, jangan lupa solat..." Persis seorang ibu mengingatkan anaknya yang mahu berpergian lakunya. Aku rasa tersentuh dengan peristiwa yang berlaku di depan mataku itu...

II

Sekembali ke rumah, aku dan isteriku berbincang sekali lagi untuk mengurus masa yang ada bagi mencukupkan keperluan yang perlu disiapkan sebelum esok. Aku bercadang untuk mendaftarkan anakku itu pada esok pagi. Namun, itu bergantung kepada kelancaran beberapa urusan yang perlu diselesaikan. Banyak yang perlu disediakan berbanding keperluan ke SABK SAM Sg.Selisek. Daripada cadar yang bertukar warna (hujau muda ke merah muda) sehinggalah baju (Lengan panjang kepada lengan pendek), kasut (kanvas kepada pvc), Seluar (Putih kepada hijau tua) dan pelbagai lagi. Dan yang paling susah nak faham... baju Melayu butang tiga! Aku sedikit pelik... mengapa butang tiga?
"Senang aja ayah, pakai jer tiga butang yang selebihnya tak payah.." Gurau anakku sewaktu keluar masuk mencari baju Melayu seperti yang dinyatakan dalam senarai tersebut.
Sebelum aku tergolek keletihan, aku cuba juga untuk melengkapkan satu-satunya item yang masih belum ditemui. Aku keluar lagi selepas solat Maghrib untuk mencari pakaian tidur. Mati-mati aku ingatkan pijama. Beria-ialah aku keluar masuk kedai pakaian. Hampir-hampir dapat, rupanya saiz dewasa. Aduss... cari lagi.. berjumpa lagi, tapi untuk bebudak punya. Corak Teddy Bear lah... Sudahnya aku menelefon kawan aku mantan ketua warden aspuri sekolah tersebut... Punyalah dia tergelak besar!
"Pakaian tidur tu.. apa-apa jer la... Seluar track pun boleh... Baju Melayu pun boleh..."
"Huh.. susah payah aku cari jer..." Gerutu hatiku.

Sebelum metrebahkan badan, aku cuba isi beberapa helai borang yang aku dapat kat sekolah tersebut. Tapi, tak sempat siap... mataku terasa berat sangat. Sudahnya aku tidur yang terlau lena...

III

Aku tersedar sekitar 5.00 pagi. Bangun, menyudahkan mengisi borang yang masih belum siap. Banyak betul maklumat yang berulang-ulang kena isi... aku tak pasti berapa kali aku kena isi nama, alamat, senarai nama tanggungan dan sebagainya. Namun, apa boleh buat... aku tidak ada pilihan. Namun tidak siap juga.

Oleh sebab, aku sudah memohon cuti rehat (CR), aku sedikit rileks. Namun, kena juga keluar menghantar anak-anakku yang tiga orang itu. Isteriku macam biasa, 6.45 pagi sudah keluar rumah untuk menghantar anakku yang paling soghir ke pengasuhnya di Kota Malim Prima (KMP). Bermula tahun ini ankku itu terpaksa dihantar ke KMP kerana pengasuhnya telah berpindah rumah. Lebih kurang 10 minit peruntukan masa ditambah apabila kena masuk ke KMP. Dalam hari-hari biasa, aku yang sering pergi lebih le wat daripada isteriku. Tidak pada tahun lepas dan sewaktu anakku yang paling soghir itu belum lahir, aku yang kerap keluar lebih awal kerana ada tiga stesen berlu di singgahi sebelum ke destinasi terakhir di sekolah aku bertugas.

Sejurus selesai mengurus anak-anak ke sekolah, aku kembali mengurus banyak lagi perkara sebelum anakku nombor thani itu dihantar ke SMKA. Sedang anakku itu menggosok pakaian, aku menyiapkan beberapa keperluang yang lain termasuk menulis nama pada setiap helai pakaian yang hendak dibawa. Itu antara pesanan penting kawan aku, mantan ketua warden aspuri di sekolah tersebut. Semuanya selesai sekitar jam 9.00 pagi. Lepas itu baru kembali mengisi borang yang masih lompang di sana-sini khasnya yang melibatkan butiran tentang anakku itu.

Aku keluar rumah sekitar jam 10.10 pagi. Untuk ke empat destinasi sebelum menuju ke SMKA. Pertama kena "cuci" gambar. Tersilap baca, ingatkan empat keping. Rupanya 10 keping! Lepas itu ke SKTM dapatkan tandatangan guru besar tentang perakuan disiplin dan rekod maklumat kokurikulum, ke sekolahku untuk dapatkan tandatangan bagi mengesahkan maklumat diriku dn akhirnya ke sekolah isteriku untuk mengesahkan maklumat dirinya. Akhirnya setelah segalanya berjaya diselesaikan, sekitar 12.30 tengah hari baru aku boleh bergerak ke SMKA.

IV

Sampai di SMKA, urusan pendaftaran berjalan agak perlahan. Maklumlah bukan hari pendaftaran yang sebenar. Perlu menunggu guru-guru yang berada dalam kelas. Namun dengan bantuan kawanku (mantan ketua warden aspuri) yang kini sedang menjalani praktikum program IAB (aku tak pasti nama kursusnya) sehingga bulan Mac, menjadikan proses pendaftaran anakku berjalan dengan lancar. Sedikit mengejutkan anakku dimasukkan dalam kelas pertama, sedangkan ankku sekadar mendapat 4A1B. Alasannya, kelas tersebut antara kelas yang tak ramai pelajar. Sebenarnya aku sangat risau... Secara jujur aku lebih rela kalau anakku itu diletakkan di kelas-kelas terakhir. Bimbang tak dapat menguasai subjek pembelajaran kerana kelas tersebut kesemuanya (kecuali anakku) memperoleh 5A dalam UPSR!

Namun, bagi memudahkan proses pendaftaran aku menerima keputusan guru penyelaras tingkatan satu yang juga guru kelas 1 Jabir. Aku bercadang untuk menghubungi cikgu tersebut sebaik sahaja ada penilaian rasmi dilaksanakan nanti bagi melihat prestasi anakku itu. Kalau jauh tercicir, aku terpaksa memohon agar anakku itu diturunkan ke kelas-kelas yang lain mengikut level yang setara dengan kemampuannya.

Fasa terakhir pendaftaran ialah bertemu dengan penyelia asrama di mana anakku akan ditempatkan. Segala-galanya nampak mudah, dan atas permintaan anakku (kerana di dorm tersebut kawan rapatnya di SKTM berada) aku memaklumkan kepada penyelia asrama anakku memilih dorm C1-6. Sempat menyusun pakaian dalam locker dan memasang cadar yang baru dibeli di koop serta sarung bantalnya sekali. Selepas segalanya selesai aku, membawa anakku ke dewan sekolah bagi mengikuti program orientasi.

Sebelum aku meninggalkan anakku, aku sempat "menyerahkan" kepada kaunselor agar membuat apa-apa sahaja yang patut kepada anakku itu. Tegurlah mana-mana yang patut, marahlah mana-mana yang tak kena... Demi kebaikan kepada anakku pada masa hadapan...

Entahlah, mungkin ada yang melihat keributan aku ini suatu yang keterlaluan... Terlalu mengikut kehendak anak-anak sehingga berlaku "pembaziran" wang ringgit, masa dan tenaga. Ataupun tidak pandai merancang sehingga terjadilah suatu yang tidak sepatutnya berlaku. Aku, berpegang kepada prinsip "here and now" tidak berani mengambil risiko yang terlalu besar. Umpamanya, tidak payah menyekolahkan anak selama seminggu kerana terlalu yakin dapat sekolah yang dihajati... Tak payah mohon asrama di SABK... dan pelbagai lagi. Bagi aku, aku hanya ada masa 24 jam yang sama dengan semua orang, jika aku tidak dapat menggunaka masa secara optimum lantaran kesibukan urusan menghantar dan mengambil anak-anak ia suatu yang sangat merugikan...

BACA LAGI...

Monday, January 11, 2010

SIMPANG EMPAT TG.MALIM BERDARAH LAGI...

Monday, January 11, 2010
Bookmark and Share
Lewat pagi tadi aku mendapat perkhabaran tentang dua orang pelajar UPSI maut di simpang empat berdekatan Kuil dan Restoran Yik Mun. Lokasi sebenar aku tidak pasti, kerana dua orang yang aku tanya menerusi YM gagal memberikan maklumat yang tepat.

Tapi selaku orang yang dah bermustautin di TM sejak 15 tahun yang lalu, seakan dapat mengagak di mana lokasi kejadian tersebut. Andaian aku agak berasas kerana sewaktu balik dari sekolah aku melihat cebisan plastik (mungkin komponen plastik motorsikal) bertaburan di tengah-tengah simpang empat tersebut.

Sepanjang yang aku tahu dah banyak kali kemalangan berlaku di simpang empat tersebut. Ada beberapa keadaan yang menyebabkan kemalangan maut berlaku. Paling kerap apabila traffic light tidak berfungsi. Kenderaan dari Ipoh atau dari KL (jalan lama) susah nak berhenti sebab selepas selekoh Taman Universiti (dari arah KL), jalan selepas itu memang lurus. Manakala dari arah Ipoh, keadaan jalan lebih lurus lagi. Dari bangunan MDTM (Bandar Behrang 2020) sehinggalah simpang empat tersebut jalan memang lurus. Jadi, apabila traffic light tidak berfungsi, kenderaan akan terus sahaja melintasi simpang tersebut sambil membunyikan horn kenderaan sebagai isyarat mereka tidak akan berhenti. Oleh itu kenderaan dari arah Proton City dan UPSI atau Kuil Hidu Tg.Malim lazimnya kena mengalah bagi mengelakkan suatu tragedi daripada berlaku.

Bukan hanya sewaktu traffic light tidak berfungsi kenderaan besar seperti lori dan bas tidak berhenti, malah dalam keadaan lampu isyarat bertukar daripada warna kuning ke merah pun kenderaan tersebut masih terus memecut. Aku fikir keadaan inilah yang mungkin telah meragut dua nyawa lagi di simpang tersebut. Apatah lagi dalam keadaan pagi yang masih sedikit gelap. Menurut maklumat yang aku dapati kemudiannya, kejadian berlaku sebelum 6.30 pagi. Cikgu-cikgu yang hantar anak ke nursery ada yang sempat nampak motorsikal yang ditunggangi allhyarham dalam keadaan yang sangat teruk. Tetapi, tidak pula nampak kenderaan lain di tempat kejadian.

Bagi mengelakkan kejadian yang sebegitu berulang lagi pada masa akan datang, aku mencadangkan agar lampu isyarat digital yang ada tempoh masa menunggu sebelum bertukar warna dipaang di simpang tersebut. Melalui lampu isyarat jenis tersebut ia kan memaklumkan kepada para pengguna berapa lama lagi lampu hijau akan bertukar kepada merah dan begitu juga apabila lampu telah bertukar menjadi merah berapa lama lagi ia akan bertukar kepada hijau semula.

Oleh sebab kini kenderaan semakin banyak dari arah Proton City lantaran semakin banyak kawasan taman perumahan diwujudkan, tempoh lampu hijau sepatutnya ditambah untuk mengelakkan terlalu banyak kenderaan yang tidak lepas dalam sekali giliran. Hal ini sangat penting terutamanya pada waktu pagi apabila masing-masing bekejar ke tempat kerja atau untuk menghantar anak-anak ke sekolah.

Ada baiknya jika pihak polis traffik atau polis awam membuat pemantauan di simpang tersebut pada waktu pagi bagi mengelakkan tabiat sesetengah pemandu yang speeding sewaktu lampu isyarat berwarna kuning dan akhirnya menjadi warna merah. Ataupun bagi mengawal tabiat buruk sesetengah pemandu yang memotong barisan dan menghimpit kenderaaan lain dari arah kanan sebelum menyelit dan melepasi simpang empat dan akhirnya memecut ke arah UPSI.

Selain daripada itu, jika berlaku black-out, pihak polis hendaklah segera berada di simpang tersebut bagi mengawal lalu lintas. Apa yang biasa berlaku, tiada polis yang bertugas sepanjang traffic light itu black out, menyebabkan kemalangan boleh berlaku.

Aku rasa jika beberapa perkara yang dinyatakan di atas dapat dilaksanakan, Insya Allah kemalangan maut akan dapat disifarkan di simpang empat tersebut.

BACA LAGI...

Friday, January 8, 2010

BERSEDIAKAH ANDA MENGAMBIL ANAK DI ASRAMA SETIAP HUJUNG MINGGU?

Friday, January 8, 2010
Bookmark and Share
DIKEMASKINI
Sejak kebelakangan ni banyak betul berita-berita yang gempak-gempak. Hampir dalam semua bidang ada sahaja wakilnya. Cuma, aku tak berminat nak cerita dalam bidang-bidang yang lain. Oleh sebab aku berada dalam dunia pendidikan, lebih baik aku bercakap tentang dunia yang aku ceburi sejak hampir 20 tahun yang lalu.

Aku tak pasti apakah asas kepada apa yang aku akan peratakan ni. Kalau ekonomi kita semakin tenat, kata pak-pak menteri ekonomi kita sedang berkembang ke arah trend pemulihan. Tapi realiti yang berlaku pada bidang yang dahulunya cukup dijaga seperti menatang minyak yang penuh kini kelihatannya kian diabaikan dan semakin menampakkan trend yang sangat negatif.

Bagi mereka yang ada anak di asrama, tentunya telah maklum tentang berita pengurangan bilangan hari subsidi makan di asrama daripada 250 hari sebelum ini menjadi hanya 200 hari. Kalau zaman aku sekolah dulu, bilangan hari bersubsidi sebanyak 280 hari. Ertinya kalau aku tak balik kampung setiap hujung minggu makan tetap ada. Tapi sejak aku ada anak di asrama tiga tahun lalu, aku terasa pelik benar sebab selang dua minggu dah telefon kata nak balik asrama. Ini bukan kes balik sunat dan harus, tetapi balik wajib. Dan akan datang ini aku kena bersedia untuk mengambil anak di asrama setiap hujung minggu.

Menurut seorang PK HEM di mana anak aku berada, subsidi kerajaan untuk setiap kepala ialah RM14. Ibu bapa hanya perlu bayar RM1 sahaja. Justeru sebulan bayaran mengikut bilangan hari persekolahan lah... Contoh kalau 20 hari RM20, dan subsidinya sebanyak RM280. Jadi kalau bilangan hari persekolahan (tinggal di asrama) sebanyak 280 hari setahun, sedangkan subsidi makan hanya untuk 200 hari, maka ibu bapa kena bayar sekitar RM1200 setahun bagi menampung bilangan hari di asrama yang tidak bersubsidi sebanyak 80 hari.

Itu kalau seorang anak di asrama. Bayangkan kalau ada dua orang (Rm2,400), tiga orang (RM3,600) dan... dan... dan... Jadi pilihan yang ada bagi ibu bapa yang kurang berkemampuan ialah meminta anak-anak balik ke rumah setiap hujung minggu. Itupun kalau dekat dan semua anak-anak tinggal dalam sebuah sekolah berasrama yang sama. Hahaha... buleh ker.. ada tiga orang anak dalam sebuah asrama? Adalah kad-dang.. kad-dang... Realitinya, seorqang di utara... seorang di selatan... seorang di timur... Macam mana nak ambik setiap minggu? Kena tiga buah kereta bergerak ke destinasi yang berlainan.

Pilhan lain yang ada... naik kenderaan awam. Kereta api dan bas. Kalau orang kaya, bolehlah bagi anak tiket kapal terbang... Pelbagai kecurigaan melanda hati dan fikiran ibu bapa. Bas berlanggar... kereta api tergelincir... dan macam-macam lagi... Justeru ada yang memberi izin si anak menginap di rumah kawan-kawan atau "ibu bapa angkat"...

Hal tersebut sebenarnya bukan penyelesai masalah. Tapi mungkin membuka pula kepada masalah yang lain. Sedia dimaklumi bahawa pengaruh rakan sebaya sangat kuat. Kalau anak-anak kita punyai jati diri yang kuat, mungkin kurang terkesan dek pengaruh rakan-rakan sebaya yang jahat. Kalau tidak? Lama kelamaan, bila ibu bapa nak ambil pun mereka tak mahu balik. Lebih seronok bersama rakan-rakan... Maklumlah kadang-kadang dengan ibu bapa ni banyak sangat larangannya. Tetapi dengan kawan-kawan, semuanya ok!

Jadi, sudah tuntaskah pak-pak menteri kita berfikir sewaktu mengambil keputusan untuk melaksanakan titah perintah tersebut. Tiada opsyen lain kah yang lebih wajar diambil selain mengambil sebarang tindakan yang melibatkan masa hadapan anak-anak kita yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Fenomena ini tidak pernah berlaku pada masa silam. Kemana perginya pakej rangsangan 67 billion? Tak kan lah nak bagi laluan Program Permata Negara sehingga menyebabkan bajet untuk sekolah di potong sehingga 40%? Aku tak nampak apa signifikannya program tersebut pada masa sekarang... dan lebih tidak relevan lagi terpaksa memotong keperluan anak-anak di sekolah sehingga boleh memperjudikan masa depan mereka.
-----------------
Jumaat (8 Januari) Sewaktu pulang dari sekolah tadi aku menelefon PK HEM sekolah anak aku nombor wahid bertanya sama ada minggu ini balik wajib susulan pelaksanaan 200 hari subsidi makan di asrama.
"Minggu ni tak balik..." Jelas ustaz tu.
"Oh.. habis tu sapa yang akan bayar duit makan anak saya tu, Ustaz?" Aku sedikit kehairanan.
"Tak apa dah tambah 40..." Jelasnya selamber bomberr...
"Hah.. RM40 untuk dua hari... sapa pulak yang dah tambah?" Aku bertambah-tambah kehairanan.
"Bukan, saya dapat maklumat dari PPD, peruntukan makan bersubsidi sudah ditambah 40 hari lagi menjadikannya sebanyak 240 hari.."
"Alhamdulillah.." Secara spontan ucapan itu terpacul dari bibirku...
"Minggu depan balik wajib.." Kata PK HEM tersebut sewaktu mengakhiri berbualan kami...

Jika beritga tersebut benar, ia tentunya satu berita yang sangat menggembirakan ibu bapa yang ada anak di asrama. Kata PK HEM sekolah anak aku tu, bilangan 40 hari tersebut sudah memadai untuk membolehkan anak-anak balik dua minggu sekali...
-----------
Mungkin inilah surat siaran yang dimaksudkan oleh PK HEM sekolah anak aku itu..
ps-Gambar di atas hanya hiasan.

BACA LAGI...

Wednesday, January 6, 2010

BERUSAHA MEMENUHI IMPIAN ANAK-ANAK

Wednesday, January 6, 2010
Bookmark and Share
Aku tidak menjangka semalam menjadi antara hari yang paling sibuk dalam mengurus hal sekolah anak-anak. Awal pagi macam hari-hari persekoahan biasa, aku menghantar anakku ke nursery, ke SKTM sebelum ke sekolah di mana aku bertugas. Cuma pada pagi ini anaku yang nombor thani sudah tidak lagi turun di SKTM macam pada tahun-tahun sebelum ini, sebaliknya pada pagi ini dia sedang membuat persiapan mental untuk ke pendaftaran tingkatan satu di SAM Sg.Selisek (SAMSES) sekitar jam 9.00 pagi.

Setelah mendapat kebenaran tuan pengetua, aku meninggalkan sekolah jam 9.05 pagi. Anakku itu sedikit berkerut kerana sesi pendaftaran bermula jam 9.00 pagi sedangkan pada waktu itu aku baru hendak bertolak. Namun, aku menjangkakan pendaftaran merupakan proses yang berterusan maka lewat sejam sekalipun tidak akan menyebabkan komplikasi yang tidak diingini.

Telahanku ternyata benar. Ada dua kaunter pendaftaran dibuka. Kaunter pertama untuk kelas 1 Bijak dan satu lagi 1 Bestari. Walaupun hanya seramai 80 orang pelajar sahaja yang akan mendaftarkan diri, tetapi kelembapan kaunter pendaftaran menyebabkan, aku hanya dapat mendaftarkan anakku sekitar jam 11.15 pagi. Itupun kaunter 1 Bestari yang terletak di bahagian belakang dewan meneruskan sesi pendaftaran meskipun taklimat pihak pentadbiran sedang berlangsung. Kalau tidak, aku tak pasti macam mana...

Setelah selesai segala urusan, aku dimalumkan bahawa anakku aka balik sekitar jam 2.00 petang. Katanya ada aktiviti yang dikendalikan oleh kaunselor. Oleh sebab ketika itu jam menunjukkan pukul 12.30 tengah hari, aku mengambil keputusan untuk tidak balik ke sekolah dan menunggu sahaja sampai pukul 2.00 petang. Ketika menikmati teh ais di kantin sekolah, kepalaku ligat berfikir bagaimana aku nak uruskan pergi balik anakku itu... Ialah, bila tak dapat asrama... nampaknya kena hantar dan ambiklah... Waktu aku beristirehat di kantin menjadi sedikit panjang apabila tiba-tiba ada seorang bapa yang sama-sama menghantar anakknya mempelawa aku semangkuk laksa.. aku cuba menolak tertapi katanya mereka teroder lebih... maka, sambil menikmati laksa Penang yang boleh tahan juga sedapnya aku terus memikir-mikir apa yang patut aku lakukan. Hari persekolahan biasa tamat pukul 2.00 petang. Petang Rabu, Khamis ada aktiviti kokurikulum sehingga pukul 4.00 petang. Dan, pada pagi Sabtu juga ada aktiviti kokurikulum... Jauh perjalan sehala lebih kurang 12 km. Aduss... kalau pergi aku hantar, ertinya aku kena patah balik dengan bilangan km yang sama untuk ke sekolahku. Balik... kalau aku ambik juga... sehari aku akan bergerak sejauh 48 km!

Terfikir juga suruh isteriku yang ambik. Dari SK Behrang Ulu boleh sahaja melalui "highway" Proton menghala ke Behrang dan terus ke SAMSES. Tapi, lepas tu isteriku kena pergi pulak ke KMP untuk mengambil anakku yang paling kecik di rumah pengasuhnya. Kemudian pergi ke SKTM ambil anak yang dua orang pulak... Balik ke rumah dan bersiap pulak kena hantar anak-anak yang dua orang itu lagi ke SRA Hulu Bernam sebelum pukul 2.30 petang. Ataupun jangan ambik dulu anakku yang paling kecik tu... Bila dah selesai hantar anak ke SRA Hulu Bernam baru ke KMP. Tapi.... Kesian pulak kat isteriku pusing-pusing macam tu... Aku tak boleh nak handle sebab aku hanya akan meninggalkan kawasan sekolah selepas jam 2.30 petang... Aku cuma mampu mengambil anakku yang di nursery sahaja.

Tiba-tiba seoang rakan yang sama-sama menghantar anak mendekatiku dan berkata,
"Cikgu, cuba pergi jumpa penyelia asrama, mungkin ada pelajar yang tak nak tinggal di asrama... Anak saya dah dapat asrama.." Aku seakan acuh tak acuh sahaja mendengar idea tersebut sebab amat jarang sekali ada pelajar yang menolak tinggal di asrama. Lagipun dengan kapasiti asrama yang hanya mampu menampung seramai 160 orang pelajar sahaja, peluang untuk mendapat tinggal di asrama bagi pelajar yang tidak ditawarkan asrama memang sangat tipis.

Namun, kalau aku mencuba... mungkin aku akan dapat, tapi kalau tak berusaha... confirm memang tak dapat. Dengan pendekatan seperti orang yang sangat berharap akan sesuatu sambil menagih sisa-sisa harapan yang ada, aku menghampiri penyelia asrama tersebut. Orangnya nampak serius bertugas, tetapi agak tinggi PRnya... Dia meminta aku duduk di kerusi bersebelahan dengannya sambil beliau meneruskan sesi pendaftaran pelajar-pelajar ke asrama. sambil memerhatikan gerak kerjanya, aku semakin faham apa yang beliau sedang lakukan... Seandainya ada pelajar yang ditawarkan ke asrama tetapi gagal mendaftarkan diri... maka tempat tersebut akan diisi oleh anakku.

Sekitar jam 1.35 petang, peluang untuk anakku mula terbuka apabila beliau meminta aku mengisi borang asrama. Maka aku pun isi satu persatu. Dan akhirnya menjelang jam 1.50 petang, beliau mendaftarkan nama anakku dalam borang yang ada dihadapannya. Cuma, aku meminta untuk menangguhkan pembayaran sebab fulus yang aku ada tidak mencukupi. Sekali lagi beliau mempamerkan PR yang baik dengan membenarkan aku menyelesaikan urusan pembayaran sebelum pukul 5.00 petang.

Setelah beberapa kali mengucapkan terima kasih, aku beredar dari ruang pendaftaran tersebut untuk menuju ke kantin sekolah sekali lagi yang terletak di pintu masuk sebelah kanan. Semasa di kantin sekolah aku sempat membuka laptop sambil menunggu anakku yang akan turun sekitar jam 2.00 petang. Namun, aku tak dapat bertahan lama... Walaupun coverage 3G mencecah 3 bar.. tetapi proses downloding sangat lambat.

Setelah anakku serta seluruh pelajar usai solat berjamaah Zuhur, aku bergerak balik ke TM. Ketika aku memaklumkan kepada anakku bahawa dia dapat asrama, anakku itu mati-mati tak percaya. Setelah aku menunjukkan beberapa helai borang berkaitan asrama barulah dia tersengih-sengih... Mungkin itulah antara yang sangat-sangat dia harapkan. Ingin merasai tinggal di asrama seperti abangnya. Walaupun asrama di SAMSES tidaklah sehebat di SBP atau SMKA, namun dia kelihatannya sangat teruja untuk tinggal di asrama. Setelah peluang tertutp untuk ke sekolah yang diinginkan, dapat bersekolah di SAMSES pun sebenarnya satu rahmat yang tinggi nilainya. Sebab sekarang ini, peluang ke sekolah SABK di Selangor sangat payah jika pelajar tersebut tidak mencapai peratus yang tinggi dalam PSRA. Jauh sekali masa zaman aku sekolah dulu...

Sesampai di rumah, aku berbincang dengan isteriku bagaimana hendak mengurus masa yang ada. Ada lima perkara yang perlu dilaksanakan. Pertama, mengemas pakaian harian di rumah, kedua, membeli peralatan yang perlu di kedai, ketiga, membuat pemeriksaan doktor (simple), keempat, pergi ke sekolah untuk bayar yuran asrama sebelum pukul 5.00 petang., kelima, mendapatkan tanda tangan saksi penjawat awam kategori A untuk borang asrama. Dan, perlu juga mengambil anak-anak di SAR Hulu Bernam sekitar 5.30 petang.

Setelah berbincang lebih kurang akhirnya keputusannya, isteriku mengemas barang-barang harian di rumah. Aku kena bawak anakku itu jumpa doktor buat simple medical check-up, ke bank ambik duit, ke sekolah aku bertugas untuk dapatkan tandatangan sesiapa yang ada di sekolah dan terus ke SAMSES untuk buat bayaran yuran asrama. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... dan aku sampai di SAMSES sekitar 4.40 petang.

Sekali lagi aku terus balik ke TM untuk membeli peralatan asrama yang perlu dibawa ke asrama. Lalu aku terus ke ECO Station mencari cadar hijau muda, track bottom, t-shirt putih, stokin dan beberapa item yang lain. Terus ke kedai plastik mencari baldi, gayung, hanger, bakas sabun dan berus sabut. Akhirnya ke Grand Union mencari minyak rambut, shampoo, ubat gigi, berus gigi dan lain-lain lagi. Itu pun sangkut-sangkut sebab dari masa ke masa isteriku memberi maklumat apakah peralatan-peralatan yang perlu dicari... Menjelang 5.30 petang aku ke Hulu Bernam untuk mengambil anakku yang dua orang di SRA Hulu Bernam. Terus solat Asar di Masjid Ar Rahman yang serba baru itu. Aku menjadi semakin cemas sebab mengikut peeraturan asrama, ibu bapa kena hantar anak ke asrama selewat-lewatnya pukul 6.00 petang! Sedangkan aku sampai ke rumah sekitar 6.10 petang. 6.20 petang baru dapat bertolak ke asrama untuk menghantar anaku dan segala barangannya. Alhamdulillah roof box yang masih tak dibuka itu memudahkan kerja-kerja memunggah barangan yang agak banyak juga.

Sekitar 6.45 baru aku ampai ke asrama. Sebelum barang-barang di bawa masuk, aku menjengah dulu Dorm 1 di mana anakku ditempatkan. Adussss.. lockernya tak ada kunci pulak. Jadi aku terpaksa pergi ke pekan Behrang untuk membeli selak dan pad lock. Alhamdulillah kedai masih belum tutup.

Aku kembali semula ke asrama. Segala barangan yang dibawa aku hantar ke biliknya. Bilik yang agak padat itu sememangnya tidak selesa, namun aku harap ia tidak menyebabkan anakku ini lari dari asrama lantaran ketidakselesaan yang dialami. Perkara ini banyak terjadi pada anak-anak kawan-kawan aku kat sekolah...

Kami meninggalkan asrama sekitar jam 7.00 malam. Tinggallah anakku di asrama. Semoga betah dan kerasan dengan segala cabaran yang akan dihadapi. Maklumlah berkongsi kemudahan dengan ramai rakan...

Pagi tadi, ketiadaan anakku itu amat dirasai. Terutamanya isteriku... Biasanya dia yang menyiapkan peralatan adik-adiknya dan adiknya yang paling kecil. Dialah yang tukang buatkan susu adik-adiknya yang dua orang itu... Namun, mungkin itu juga yang menyebabkan dia bertekad nak duduk di asrama... Penat melayan kerenah adik-adik yang masih kecik... Penat melaksanakan tugasan yang diarahkan oleh ibunya... Mungkin dalam hatiya,
"Asyik-asyik 'Afif.." Manalah tahu?

BACA LAGI...

CERITA SUSPENS HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN...

Bookmark and Share
Walaupun hari persekolahan sesi 2010 telah masuk hari ketiga, namun senario hari pertama persekolahan masih lagi terbayang-bayang di ruang mata dan kekadang menyebabkan aku tersenyum sendirian.

Atas kesibukan yang aku alami menyebabkan kekadang maklumat yang disampaikan oleh anak-anakku swaktu cuti sekolah tidak melekat dalam fikiran. Umpamanya anak aku yang kini tinggal dua orang di sekolah rendah, seorang tahun tiga dan seorang lagi di tahun lima. Sewaktu awal pagi hari Isnin lepas, aku melihat anak aku yang di tahun tiga memakai baju kurung dan tudung berwarna ungu muda...
"Hah, kenapa Aliya pakai baju ungu "pelahan"...?" Hahaha, sengaja guna istilah ana-anak aku... Setahu aku kalau warna hanya ada dua istilah "tua dan muda" tapi depa guna istilah "kuat dan pelahan" Aku pun ikut saja lah...
"Kan Aliya dilantik jadi Pengawas PSS ayah.." Jelas anakkua yang sedikit kehairanan.
"Ohh.. Ayah dah lupa pulak.." Aku seperti separuh sedar sewaktu bertanya, sebab sewaktu mencari uniform warna ungu muda tu kami sekeluarga pusing-pusing dari satu kedai ke kedai yang lain di pekan Sungai Besar tapi tak jumpa. Akhirnya uniform tersebut ditemui di Tg.Malim juga...

Sewaktu masuk ke pagar sekolah...
"Aliya rasa macam debar-debar lah ayah..."
"Kenapa pulak?" Aku sedikit hairan..
"Tak ada sorang pun pakai baju warna ungu..."
"Entah-entah Aliya tak kena lantik jadi pengawas PSS... macam mana?" Hehe aku sengaja nak tambah tekanan perasaan pada anakku itu..."
Anakku memandang tepat pada mukaku...
"Macam mana ayah?" Aku nampak mukanya macam orang nak nangis jer... Abangnya yang di tahun lima sudah lama di telan kegelapan pagi menuju ke kantin sekolah.

Lebih kurang dua tiga minit terkulat-kulat dalam kereta... akhirnya aku memecah keheningan...
"Kakak dapat tak surat daripada cikgu suruh pakai baju ungu..?"
"Ada"
"Betul?"
"Betul..."
"Jadi, kenapa perlu rasa takut?"
"Entah-entah, tak ada kawan-kawan Aliya yang pakai baju warna ni..." Riak-riak kebimbangan masih tidak reda-reda lagi...

Tiba-tiba... sebuah kereta berhenti... seorang budak perempuan memakai baju warna ungu berlari ke luar menuju balai menunggu...
"Hah.. tu kawan kakak pakai baju ungu..!"
Anakku terus tersenyum dan segera mencium tanganku dan segera keluar dari kereta...

Anak-anak kecil pun sudah ada perasaan sebegitu. Walhal arahan dan perlantikan secara hitam putih telah diterima. Mengingatkan aku tentang dunia orang dewasa yang sering berdepan dengan situasi yang sama... Selagi tak sampai hari yang ditetapkan, kita akan rasa rileks dan selesa... Bila dah sampai tarikh dan waktunya baru rasa berdebar... betulke ini harinya... kena pakai pakaian apa? Nak pergi dengan siapa.... Namun cara penyelesaiannya sahaja yang mungkin berbeza... Umpamanya dalam dunia ICT ni... telefon bimbit lah yang akan digunakan untuk mencari jawapan terhadap psoalan-soalan yang berlegar-legar dalam benak fikiran...

BACA LAGI...

Sunday, January 3, 2010

KALIMAH ALLAH: ADAKAH UNTUK ISLAM SAHAJA?

Sunday, January 3, 2010
Bookmark and Share
Sebenarnya saya sekadar nak membuat respon kepada sdr nassir kassim dalam pandangan beliau berkaitan dengan penggunaan nama Allah. Beliau bertanya adakah untuk orang Islam sahaja? Saya bukanlah orang yang terlalu arif dalam bab ini.. kena cari beberapa sumber mudah di internet dalam meleraikan persoalan yang berlegar-legar dalam minda saya juga...

Walaupun ada refrences yang lebih muktabar dalam bahasa Arab atau bahasa-bahasa yang lain, saya sekadar merujuk pendapat Lebai Wiki... sekadar pencentus explorasi yang lebih jauh (barang kali)...

Allah (Arabic: الله‎, Allāh, Turkish: Allah, IPA: [ʔalˤːɑːh] ( listen)) is the standard Arabic word for God.[1] While the term is best known in the West for its use by Muslims as a reference to God, it is used by Arabic-speakers of all Abrahamic faiths, including Christians and Jews, in reference to "God".[1][2][3] The term was also used by pagan Meccans as a reference to the creator-god, possibly the supreme deity in pre-Islamic Arabia.[4]
Nampaknya daripada situ sahaja pun jelas bahawa kalimah Allah bukan hanya untuk umat Islam atau agama Islam sahaja. Cuma istilah Allah sangat difahami oleh barat sebagai tuhan kepada umat Islam. Malah kalau ditelusuri terus dalam laman tersebut, begitu banyak maklumat yang berkaitan dengan kalimah dan konsep Allah. Hatta istilah tersebut digunakan oleh pengikut Nabi Allah Ibrahim A.S. termasuk Kristian dan Yahudi.

According to Islamic belief, Allah is the proper name of God,[11] and humble submission to His Will, Divine Ordinances and Commandments is the pivot of the Muslim faith.[1] "He is the only God, creator of the universe, and the judge of humankind."[1][2] "He is unique (wahid) and inherently one (ahad), all-merciful and omnipotent."[1] The Qur'an declares "the reality of Allah, His inaccessible mystery, His various names, and His actions on behalf of His creatures."[1]

In Islamic tradition, there are 99 Names of God (al-asma al-husna lit. meaning: "The best names") each of which evoke a distinct characteristic of Allah.[2][19] All these names refer to Allah, the supreme and all-comprehensive divine name.[5] Among the 99 names of God, the most famous and most frequent of these names are "the Merciful" (al-rahman) and "the Compassionate" (al-rahim).[2][19]

Most Muslims use the untranslated Arabic phrase "insha' Allah" (meaning "God willing") after references to future events.[20] Muslim discursive piety encourages beginning things with the invocation of "bismillah"(meaning "In the name of God").[21]

There are certain phrases in praise of God that are favored by Muslims, including "Subhan-Allah" (Holiness be to God), "Alhamdulillah" (Praise be to God), "La-il-la-ha-illa-Allah" (There is no deity but God) and "Allāhu Akbar" (God is great) as a devotional exercise of remembering God (zikr).[22] In a Sufi practice known as zikr Allah (lit. remembrance of God), the Sufi repeats and contemplates on the name Allah or other divine names while controlling his or her breath.
Namun, dalam kalangan masyarakat Arab yang beragama Kristian juga menggunakan hanya kalimah Allah dalam tuhan mereka. Malah ada sebilangan Kristian Arab yang menggunakan Basm-Allah atau Bismillah (Dengan nama Allah).

Arabic-speakers of all Abrahamic faiths, including Christians and Jews, use the word "Allah" to mean "God".[3] The Christian Arabs of today have no other word for 'God' than 'Allah'.[6] (Even the Arabic-descended Maltese language of Malta, whose population is almost entirely Roman Catholic, uses Alla for 'God'.) Arab Christians for example use terms Allāh al-ʼab (الله الأب) meaning God the father, Allāh al-ibn (الله الابن) mean God the son, and Allāh al-rūḥ al-quds (الله الروح القدس) meaning God the Holy Spirit (See God in Christianity for the Christian concept of God).

Arab Christians have used two forms of invocations that were affixed to the beginning of their written works. They adopted the Muslim basm-Allah, and also created their own Trinitized basm-Allah as early as the eight century CE.[24] The Muslim basm-Allah reads: "In the name of God, the Compassionate, the Merciful." The Trinitized basm-Allah reads: "In the name of Father and the Son and the Holy Spirit, One God." The Syriac, Latin and Greek invocations do not have the words "One God" at the end. This addition was made to emphasize the monotheistic aspect of Trinitian belief and also to make it more palatable to Muslims.[24]

According to Marshall Hodgson, it seems that in the pre-Islamic times, some Arab Christians made pilgrimage to the Kaaba, a pagan temple at that time, honoring Allah there as God the Creator.[25]

Kalau nak baca lagi sila ke capaian berikut http://en.wikipedia.org/wiki/Allah

Persoalannya sekarang mengapa kita perlu mempertikaikan penggunaan nama Allah kepada orang bukan Islam?

Saya ada beberapa rangkuman pandangan. Dalam konteks Islam di Malaysia, banyak istilah dalam bahasa Arab seakan telah disenyawakan dalam bahasa Melayu. Contoh "Insya Allah". Kalau ditukar ke dalam bahasa Melayu bunyinya, "Jika diizinkan oleh Allah". Malah kini istilah tersebut telah digunakan oleh orang bukan Islam (walaupun kita tidak suka... tetapi bagi menyampaikan mesej yang sama... kita pekakkan telinga sahaja...). Namun, penerimaan itu tidak ada agenda dakyah atau ingin mempersendakan istilah tersebut. Cuma saya teringat sewaktu di tahun satu di UM, seorang pensyarah Sejarah Eropah menggunakan istilah itu untuk menyindir pelajar Islam yang selalu menggunakan istilah tersebut untuk pelbagai helah.. umpamanya lewat hantar assignment dan sebagainya. Entahlah, aya rasa macam sakit hati sampai sekarang...

Justeru, apabila istilah yang paling syumul bagi menjelaskan tuhan umat Islam itu digunakan dalam konteks penyebaran ajaran agama lain, ia sememangnya akan menimbulkan satu kontroversi. Kalaupun di negara Arab, isu sebegini dianggap macam kudis je... tetapi realiti itu tidak berlaku di alam Melayu. Seperti yang saya nyatakan dalam entri yang lalu, jika risalah atau makalah gereja itu dibaca oleh golongan belia yang imannya "iman kulit bawang"... bukan kulit durian yang sangat assertif... bagaimana?

Sudahlah budaya remaja Islam masa kini tidak ubah seperti orang bukan Islam. Hedonisme semakin menjadi-jadi... Terlibat dalam kumpulan rempit, skinhead, punk, black metal dan entah bermacam-macam lagi... Alih-alih di sana ada agama lain yang tuhannya ialah Allah, tetapi ajarannya sangat mudah... Tidak perlu solat 5 kali sehari semalam, berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan, zakat dan fitrah, menunaian haji di Mekah dan sebagainya... Dan, boleh menebus segala kesalahannya dengan Allah dengan hanya berjumpa sesama manusia... Tentunya ia akan membawa padah dan parah malah menjurus kepada kebejatan aqidah umat Islam di Malaysia pada suatu tempoh yang singkat.

Jangan disamakan dengan apa yang berlaku di Indonesia. Jika masa lampau itu seluruhnya boleh dikembalikan oleh Time-Machine. Nescaya ulamak Indonesia seluruhnya berkumpul untuk meminta pertolongan kepada sang mesen masa itu untuk mengembalikan Islam semasa era Wali Songo dan Kesultanan Demak. Dan, gara-gara istilah Allah itu telah digunakan di gereja-geraja Indonesia lah (Cotoh, lihat di sini) , maka "wabak" itu sedang merebak masuk ke Malaysia. Cuma usaha yang sedang dibuat kini ialah, "masuk melalui pintu yang sah". Umpamanya, saya pernah bermalam di sebuah hotel di Semenanjung Malaysia, di mana di dalam laci meja di dalam bilik saya menginap itu disediakan bible Al-Kitab dalam bahasa Indonesia.

Walaupun menurut seorang blogger yang sempat ditelusuri, beliau menyatakan dalam kes gereja Katholik yang memohon perintah mahkamah itu, sebenarnya mereka telah menggunakan istilah tersebut sejak tahun 1980-an. Tetapi bagi aku, apabila sebuah mahkamah tinggi membuat keputusan membenarkan ia digunakan, maka jika ada kes lain yang timbul kemudian, ia akan merujuk kes itu sebagai doktrin duluan (Stare decisis) dalam memutuskan penghakiman dalam kes-kes tersebut.

Kan "lebih baik", kalau gereja itu ingin menggunakan istilah itu secara tidak sah. Maksud saya, gunalah dalam gereja itu sahaja. Jangan mohon perintah mahkamah untuk membenarkan penggunaanya secara sah. Lagipun, pernah ke sebelum ini pihak pejabat agama Islam menyerbu atas kes pengguaan nama Allah di gereja tersebut? Justeru, saya melihat di sebalik ini semua ada agenda yang lebih besar di sebaliknya. Iaitu proses menggunakan nama Allah dalam apa-apa juga ajaran dan dokumen ajaran Kristian secara sah di seluruh gereja di Malaysia. Hal ini terjadi apabila ia melibatkan perintah mahkamah.

Setakat ini, saya melihat isu ini semamangnya akan mengundang kontroversi hubungan antara agama di Malaysia. Sekali gus akan mengundang kontroversi antara kaum pula akhirnya. Justeru, saya memohon kepada pihak peguam negara mengkaji keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi langkah membuat rayuan kes tersebut ke Mahkah Rayuan dan seterusnya jika gagal ke Mahkamah Persekutuan. Jika kes ini dibiarkan, nescaya beberapa kes lain yang ada hubungan langsung dan tidak langsung denganh kes ini pasti akan menyusul. Mahkamah sedang "melihat" pola sensitiviti umat Islam di Malaysia. Jika umat Islam nampak cool... saya rasa kes yang akan diumumkan tidak lama lagi ialah kes mrtad Lina Joy.

Saya bersetuju dengan pandangan pelbagai pihak agar DYMM Sultan-Sultan negeri dan DYYMM SPB YDPA bagi negeri-negeri lain agar membuat satu usaha yang lebih ampuh dalam menangani isu ini. Justeru, dalam konteks kes Herald, SPBYDPA lah kerana kes berlaku di sebuah mahkamah tinggi di Kuala Lumpur. Oleh sebab, Malaysia mengamalkan doktrin pengasingan kuasa, maka SPBYDPA adalah kuasa tertinggi yang melampau bidang lagislatif, eksekutif dan judisari.


BACA LAGI...

Saturday, January 2, 2010

BANTAH GUNA NAMA ALLAH...

Saturday, January 2, 2010
Bookmark and Share
Sekumpulan ahli daripada 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di hadapan Masjid Wilayah Persekutuan hari ini bagi membantah keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Mereka berkumpul selepas solat Jumaat dengan membawa sepanduk yang menentang keputusan berkenaan.

Antara NGO yang mengambil bahagian adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Negeri Perlis, Selangor dan Perak, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dan Alumni UMNO Luar Negara.

Yang Dipertua Perkasa Negeri Perlis, Ameir Hassan berkata, sebagai orang Melayu beragama Islam yang sekian lama menggunakan kalimah Allah, mereka berasa tercabar dengan keputusan itu.

--------------------------------
Setelah beberapa isu yang melibatkan kesucian agama Islam pendam dengan membiarkan pihak mahkamah "menangguhkan" keputusan ataupun mungkin keputusan telah ada, cuma tengah tunggu mahkamah yang lebih tinggi berani buat kenyataan dulu... Umpamanya kes Lin Joy. mungkin juga ia disebabkan rasa bimbang gelora kemarahan umat Islam

Entahlah berapa ramai generasi muda umat Islam kini yang cakna dengan berita terkini ini... Mungkin bagi mereka tak nampak apa pentingnya dan signifikannya dengan kehidupan mereka masakini. Sekali pandang memang macam tak nampak apa buruknya... Ialah, agama lain nak guna istilah Allah... Kira orang tu macam berminat dengan kalimah Allah lah.. Bagus tu!

Tapi bila diteliti dengan penuh penakulan, ternyata ia sangat bahaya. Sebab, jika risalah tersebut dibaca oleh remaja Islam... mereka rasa apa yang dibaca itu adalah risalah yang dikeluarkan oleh pihak badan-badan agama Islam... Tanpa fikir panjang, terima sahaja dakyah yang terkandung dalam risalah tersebut. Tentunya aqidah umat Islam yang iman kulit bawang mudah tergelincir dan gejala murtad akan berleluasa. Dan, jika itu berleluasa.. lama kelamaan isu murtad yang masih menjadi polemik inter agama akan tidak lagi mampu dibendung lagi... maka jadilah seperti di beberapa buah negara jiran kita...

Justeru, tiba masanya DYMM sultan-sultan bersuara untuk menjaga kesucian agama Islam. Selain daripada itu, rayuan perlu dibuat di mahkamah rayuan, hatta ke mahkamah pertsekutuan... bagi menafikan keputusan seorang hakim bukan beragama Islam tersebut... Bertindaklah sebelum nasi menjadi bubur... Tapi bukan bubur lambuk yang sedap tu...

BACA LAGI...
 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template