The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Saturday, October 31, 2009

FACEBOOK DAN BLOGSPOT SALING MELENGKAPI?

Saturday, October 31, 2009
Bookmark and Share
Secara jujur, aku tidak begitu minat akan laman sosial seperti Facebook, Friendster, Flixter, Hi5 dan macam-macam lagi. Sebab ia sekadar membina network kenalan kita. Bukan tak nak dikenali, cuma aku lebih berminat dalam aspek penulisan. Justeru, blog ada kapisiti itu. Maka aku terus bertahan dengan blog aku sehingga terlarat.
Cuma, aku dapati (bukan pasti sangat ponn) blog serasi dengan Fb. Bila aku link blog aku pada Fb, automatik ia akan update apa sahaja yang aku tulis dalam blog. Jadi, aku tak perlu update Fb. Cuma sesekali ada juga sebab bila catatan tersebut keluar dalam Fb, maka kalau orang komen dalam Fb, ia tidak muncul dalam blog. Oleh itu aku kena balas dalam Fb. Aku akan dapat tahu sekiranya ada orang komen dalam Fb melalui email Yahoo aku..
Tetapi, aku tahu tak ramai orang suka menulis dalam blog. Sebab itu mereka lebih suka Fb. Sekadar add kawan-kawan dan setiap entry terbaru kawan-kawan dalam network kita, kita akan tahu. Bagi aku, dalam kalangan social network yang ada kat maya ni... Fb yang paling power! Jadi, tak hairalah kalau pelanggannya di seluruh dunia mencecah billions...
Kita pernah baca akhbar, katanya Presiden Iran (Mahmood Ahmadi Nejad) menghadapi streets protester pun melalui Fb. Di Malaysia mungkin belum lagi. Namun, nampaknya kita kena berhati-hati dalam add friends lah... kalau termasuk dalam underground group ke... nanti tak pasal-pasal kita terkapai-kapai.
Bagi aku Fb dan Blogspot saling lengkap melengkapi. Kini aku sedang memasuki fasa yang seterusnya untuk mengeksploitasi ruang maya dalam menjejak rakan dan... terkini anak-anak murid di Sabah. Entah bagaimana seorang anak murid di SMK Kuala Penyu (nama timangan SMK Kayul, sebab sekolah terletak dalam Kampong Kayul) menemui Fb aku... Agak lama aku tak respon mesej tersebut, sebab aku ingat anak murid aku di sini... "Nanti-nantilah aku balas.." Sewaktu aku nampak email yang baru masuk melalui YM. Rupa-rupanya anak murid di sekolah lama (kini mengajar di sekolah tersebut, sebagai PK HEM).. Bila aku masuk dalam Fb beliau, beberapa nama yang aku agak familiar terpapar dalam senarai kawan-kawannya. Termasuklah salah seorang daripadanya adalah rakan setugas iaitu Cikgu Masniah Othman isteri kepada Cikgu Amjah Hj.Yunus. Jadi, aku add lah nama-nama tersebut... Kini aku telah mula berhubung kembali dengan mereka melalui Fb! Ah! Suatu yang aku tak fikir sebelum ini.. Selama ini, aku jarang add kawan-kawan dalam Fb.. kebanyakannya aku terima sahaja daripada kawan-kawan dan masuk dalam list.
BACA LAGI...

SUDAH BERAKHIRKAH HUBUNGAN KITA?

Bookmark and Share
Aku "menemuinya" pada 10 Jun 2006. Secara tidak disangka-sangka aku memenangi satu pertandingan laman web di UPSI. Jadi, hadiahnya berupa sebuah laptop. Tentunya sesiapa aka teruja dengan hadiah sebegitu. Namun, sudah menjadi rezeki aku dan sekolah, akhirnya laptop tersebut jatuh ke tangan aku.
Walaupun hakikatnya hadah tersebut adalah atas nama sekolah, tapi sejak itu akulah orang yang menjaga dan menyimpan laptop tersebut. Bila aku ada duit lebih sikit, aku beli aksesori laptop tersebut tanpa memaklumkannya kepada pihak sekolah. Sehinggakan aku upgrade RAM pun aku guna duit sendiri.
Petang semalam, sewaktu aku meggnakan laptop tersebut aku terhidu bau hangit. Cepat-cepat aku tanggalkan wireless broadband yang melekat pada USB port. Sebab aku terhidu bau hangit itu dari port USB tersebut. Oleh sebab masa tu dekat nak balik, aku terus je masukkan dalam beg dan terus balik.
Pagi tadi, aku dapati lampu pada wireless broadband aku tak menyala! Kemudian, external mouse juga tidak mengeluarkan cahaya merah macam biasa.
"Ah sudah, meragam lagi ke modem aku ni!" Kerisauan aku mula berdetik di hati.
"Tak kanlah... modem ni aku baru ganti!"
Setelah mencuba beberapa kali namun tuidak berjaya ,aka akupun menelefon rakan sebilik (Bilik Pengurusan Tingkatan Enam) untuk meminjam laptopnya yang masih belum keluar dari begnya dan terletak cantik di atas mejanya. Setelah mendapat keizinannya, aku pun memasang wireless broadband aku tu...
"Alhamdulillah, ertinya modem aku oklah tu.." Kesimpulan yang aku buat setelah lampu warna hijau menyala pada modem tersebut.
Ertinya, kedua-dua USB port pada laptop itu sudah rosak.
"Patutlah optical mouse dan hub tak berfungsi..."
Selepas solat Jumaat, apa lagi.. aku mencari BHL (Bennedict H.Liew, tuan punya kedai komputer tersohor di TM) lah...
"USB port ni tak boleh simply replace jer... Dia sekali dengan mainboard.." Jelasnya. Aku hanya mengiakan sahaja... Bab laptop, aku memang bengap sikit. Kalau PC Insya Allah aku boleh lah sikit-sikit.
" Saya cuba satu cari lain.. Guna PCMA slot card." Sekali lagi aku mengangguk tanda setuju. Tetapi bila PCMA slot card tu di gunakan, sekali lagi mouse terhenti dan touch pad juga tidak bergerak! Kalau dikirakan, PCMA slot card ada empat USB point.. Tetapi apa kan daya rupanya ia turut tidak berfungsi.
"So what's your idea Ben?" Aku cuba memecah kebuntuan yang aku sedang hadapi.
"The only choice that you have is, replace your laptop mainboard. But not highly recommended because maybe some part in your laptop allready damage since the the USB gone..." Ben cuba menyatakan sesuatu yang pasti tidak menyeronokkan pelanggan tetapnya seperti aku.
"It's will cost you around RM800... and plus another hundred ringgit ... and complete installation will reached more or less RM1k!" Ah! aku macam nak pengsan!
Sebelum beredar meninggal BHL, aku sempat juga membelek beberapa buah laptop yang ada kat showcase di kedai tersebut. Haha... Kalau processor Core Duo, sekitar RM1800. Tapi kalau processor Two Core Duo... cecah RM2.8k! Termenug sekejap aku dibuatnya.
"Manak aku nak korek duit nih!"
Satu persoalan berlegar-legar dalam mindaku. Sampai di sinikah hubungan aku dengan laptop percuma tu? Banyak juga jasanya.
Catatan: Gambar diambil semasa aku menerima laptop tersebut daripada En.Zul, pegawai Jaring Communication Sdn.Bhd. Di belakang, Tn.Hj.Nazri, Pengarah Pusat ICT, UPSI dan kat sebelah kiri tu... Emak mertua angkat (Hehehe... macam mana tu?). Ok, aku clearkan... nanti ada cerita lain plak. Pn.Zakiah Muda tu, emak angkat isteri aku semasa beliau jadi pensyarah kat IPSI... Is't clear enough?
BACA LAGI...

Friday, October 30, 2009

BLOG TELAH MENEMUKAN KEMBALI RAKANKU YANG TERPUTUS HUBUNGAN SEJAK SEKIAN LAMA

Friday, October 30, 2009
Bookmark and Share
Hari ini adalah antara hari yang sangat indah dalam hidupku. Bukan sebab kenaikan pangkat atau naik gaji! Takkan lah hanya pangkat dan gaji sahaja yang mampu menggembirakan kita!
Rasanya semakin berbaloi aku menghadap pc setiap hari untuk mencatat pengalaman atau cerita lalu. Untung nasib kalau-kalau tulisan itu mendapat perhatian seseorang yang ada hubungan dengan hayat kita. Pertama, terlebih dahulu aku ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada admin, Pra Sekolah SK Taman Semarak yang berusaha menjejak seorang rakanku semasa di MPKTBR yang secara kebetulannya adalah anak murid kawanku itu semasa di Yayasan Anda Akademik, Kuala Lumpur. Melalui beliau akhirnya pada pukul 8.44 pagi tadi, rakanku itu menelefonku. Aku berbual dengan beliau sekitar 11'32".
Wah banyak betul perkembangan yang berlaku. Aku ingat keluargaku dah besar, rupanya dia lagi besar. Empat orang anak lelaki dan empat orang anak perempuan. Itupun isterinya baru-baru ini mengalami keguguran, kalau tidak sembilan! Tahniah. Antara-antara banyak perkara yang kami bualkan, ada cadangan nak buat reunoin bekas pelatih KPLI MPKTBR. Itu idea yang sangat bagus. Aku offer gak kalau nak jadikan blog aku sebagai port untuk reunion. Tapi kalau nak buat blog lain pun tak ada hal...
Sekitar 9.24 pagi, aku menerima pula panggilan dari rakan lama di SMK Kuala Penyu, Sabah. Kini tidak lagi menjadi cikgu. Bakatnya yang hebat berpidato mejadikan aset kepadanya untuk menceburi bidang politik sepenuh masa. Kini beliau bertugas di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Kota Kinabalu. Bergiat dalam politik di bahagian Beufort. Aku tak pasti apa jawatan beliau dalam UMNO, Sabah. Tetapi aku rasa ia berkaitan dengan pemuda UMNO lah.
Aku tak berminat bercakap tentang karier politiknya. Cuma apa yang lebih penting ialah bagaimana kami boleh berhubung kembali melalui blog. Aku sememangnya suka mencari apa-apa juga maklumat berkaitan dengan Kuala Penyu, Sabah. Tanpa disangka aku menemui seorang blogger di Kuala Penyu. Namanya ialah saudara Muzafar. Beliau sangat kenal dengan rakanku itu, lalu beliau meminta aku menghubunginya terlebih dahulu sebelum beliau memberikan nombor telefon rakanku itu.
Aku rasa melalui blog, lama-kelamaan akan bertambah lagi lah rakan-rakan lama yang aku dapat hubungi semula. Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang turut membantu...
BACA LAGI...

Wednesday, October 28, 2009

RENDAH DIRI ATAU TAK YAKIN DIRI?

Wednesday, October 28, 2009
Bookmark and Share
Seminggu ini aku disibukkan dengan aktiviti mengambil foto untuk Pilihan Raya MPPPU. Mengambil foto calon-calon yang akan bertanding dan dimuatkan dalam sekeping poster. Kemudiannya ditampalkan dalam seluruh kelas tingkatan enam.
Ia merupakan sebahagian daripada proses kempen. Cuma untuk kali pertamanya dijalanakan, biar cikgu yang buat dulu. Harap-harap pada tahun hadapan ia akan dilaksanakan oleh para pelajar sendiri. Ertinya, sebelum mengadakan pilihan raya, kena set up dulu "suruhanjaya" pilihan raya untuk menegndalikan pilihan raya MPPU.
Alhamdulillah proses pengambilan gambar selesai pada hari isnin. Jadi hari ini aku bercadang nak ambik gambar lima orang pelajar yang telah dipilih sebagai para pelajar terbaik percubaan STPM 2009. Aku fikir, tak lah sesusah mengambil gambar calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya MPPU. Bialangannya pun cuma lima orang.
Rupa-rupanya dugaanku salah. Aku hanya sempat mengambil tiga daripada mereka sahaja. Chao, Shahira dan Syafinas. Lagi dua orang tak datang sebab demam dan sorang lagi memang tak nak! Yang tiga orang tu pun jenuh memujuk dan merayu... Antara lain kata mereka,
"Ala cikgu, bukan periksa betul.. Cuma percubaan sahaja..."
Mahu jer aku tarik depa tu ke bilik pengurusan tingkatan enam. Tapi, kang masuk paper plak... seorang cikgu mencabul kehormatan pelajar! Ish, ish... mintak dijauhkan! Cuma, disebalik itu semua, ada persoalan melintas benakku. Mungkin betul juga tindakan mereka tu. Ialah, dalam peperiksaan ni... macam-macam boleh jadi. Kalau cemerlang dalam percubaan tetapi sebaliknya pulak berlaku dalam peperiksaan sebenar macam mana? Secara jujur aku pun tak dapat nak jawab.
Mungkin itu adalah tanda merendah diri. Lebih-lebih lagi di hadapan rakan-rakan mereka pulak. nanti ada yang kata berlagak plak. Tetapi, harap-harap ia bukan tanda tidak yakin pada diri sendiri. Jika itu semua sebagai tanda tidak yakin, ia boleh mengundang masalah dalaman yang boleh mengganggu persiapan terakhir sebelum peperiksaan.
Walau apa pun aku menghormati prinsip mereka tu. Sebab itulah aku tak muatkan gambar di atas dalam Laman Pra Universiti, SMK Khir Johari, Tg.Malim. Justeru aku letakkannya di sini sebagai satu catatan peribadiku sahaja. Sambil mendoakan semoga beroleh kejayaan yang cemerlang!
BACA LAGI...

AKU DAN DUNIA BLOGGING...

Bookmark and Share
Sambil membuat retrospektif atau muhasabah diri terhadap pembabitan aku dalam dunia blog, aku berasa semakin sayang akan ruang maya yang membuatkan sesiapa sahaja seperti mempunyai majalah atau jurnal yang dapat ditatap oleh para penggemar majalah tersebut.
Seperti yang aku pernah ceritakan sebelum ini, aku mulai berjinak-jinak dengan dunia blog pada bulan julai 2007. Agak lama juga, tetapi aku tidak menjadikan blog sebagi media menghasilkan catatan peribadi. Sebaliknya aku menjadikan blog sebagai pelengkap kepada web sekolah yang aku kendalikan. Jika aku ada catatan tentang kesukaran atau masalah teknikal yang menyebabkan laman web sekolah tidak diupdate, maka aku akan nyatakan di situ. Justeru, tak banyak catatan atau nukilan yang aku paparkan.
Kemudian menjelang tahun 2008, aku mula menajdikan blog sebagi medium menyatakan komentar dan ulasan berkaitan dengan dunia politik. Namun, sekerat jalan apabila aku rasa "senak" dengan aliran politik yang aku pegang. Tidak menentu dan penuh dengan adegan-adegan luar biasa yang boleh menyentap kedamaian mindaku.
Lalu, aku mula menajdi diriku sendiri. Seorang manusia yang punyai keluarga, kerjaya, minat dan cita-cita. Mencatat apa yang ingin dikongsi dengan para pembaca. Walaupun tidak ramai yang membaca, berbanding dengan blog politik (aku dah tak update sejak 2 Jun 2009) aku, aku rasa satu keseronokkan yang sebenar. Sekurang-kurangnya, aku berjaya menemukan beberapa perkara yang menjadikan blog kini semakin relevan dengan aliran cara hidup kini.
Pertama, aku berjaya berhubung serta mengetahui perkembangan seorang rakan aku semasa di KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) kira-kira 19 tahun dulu. Sebelum aku menemui blognya, aku sudah pun berhubung melalui sms. Mugkin atas beberapa perkara, dia tidak pun mengenalkan blognya kepadaku. Meskipun aku menggunakan URL blog dalam signature dalam sms aku, dia masih lagi "menyembuyikannya" blognya. Sehinggalah dalam komen terhadap posting berkaitan dengan "Aha... Ada Tetamu Tidak Diduga". Rupa-rupanya, rakanku itu telah berblog sejak 2008! Banyak sekali entry yang diposkankan dalam blognya. Kalau nak berbual dalam telefon, nak tahu semua tu mungkin mengambil masa berjam-jam... atau berhari-hari!
Kedua, aku menemui dua buah keluarga blog! Seorang rakan guru yang sdang melanjutkan pengajian dalam program pasca siswazah. Namanya Azlan. Manakala seorang lagi Ain, student under grad UPSI. Semua anak-beranak mempunyai blog masing-masing. Apabila aku tanya kat Ain dia kata..
"Senang cikgu nak tahu perkembangan masing-masing..." Tegasnya.
Aku angguk tanda sangat setuju dengan pandangannya itu. Aku cuba membayangkan kalaulah ada anak-anak yang belajar sampai ke oversea. Semakin relevan dan significant lah hujah yang dinyatakan oleh Ain itu. Tak perlu cerita banyak-banyak, tengok jer blog. Bukan sekadar keluarga sahaja dapat cerita terbaru kita, malah rakan dan sesiapa sahaja juga tahu perkembangan kita.
Kini, aku akan terus berblog. Berkongsi cerita dan idea tentang apa sahaja yang melingkungi kehidupanku. Atau sedia berkongsi tentang aspek teknikal blog itu sendiri. Bukanlah pandai sangat... cuma memandai-mandai jer yang lebih.
BACA LAGI...

Saturday, October 24, 2009

AHA... ADA TETAMU TIDAK DIDUGA!

Saturday, October 24, 2009
Bookmark and Share
Petang tadi, hujan turun mencurah-curah. Jalan di hadapan rumah dipenuhi air yang mengalir laju menuju hujung jalan yang lebih rendah. Sedikit rasa sebal apabila penyangkut pagar buatan sendiri itu tidak mahu menyangkut pada jeriji longkang, menyebabkan air hujan mengenai sedikit bahagian kepalaku. Aku terpaksa menyinsing seluar separas betis untuk memastikan penyangkut itu betul-betul masuk di celah-celah jeriji longkang itu. Aku janji untuk mengambil anakku di Bitara Siswa, UPSI sekitar jam 6.00 petang walaupun pertandingan catur tu tamat pada jam 5.30 petang.
Tiba-tiba telefon bimbitku berdering-dering. Nombor yang terpapar pada skrin tidak pula menyatakan siapa yang memanggil.. Rupa-rupanya panggilan daripada seorang kawan setaman. Bersama-samanya ada seorang kawan lama masa kat Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit. Namanya Sabihah tapi kawan-kawan panggil dia diq. Jadi, aku pun berhenti kat tepi jalan menunggu kereta di belakangku menghampiri keretaku.
"Ya Allah.. Hang ka Diq!" Aku menepuk dahi. Terkejut kerana tidak menyangka dalam hujan lebat itu aku bertemu dengan kawan lama yang telah putus hubungan sejak 19 tahun! Aku nampak dia hanya ketawa, sebab hujan yang semakin lebat itu tidak memungkinkan kami membuka tingkap kereta dengan luas. Nanti banjir pulak dalam kereta!
Aku mengekori kereta kawanku itu sambil mengharap ia akan membelok ke rumahnya. Rupa-rupanya tidak. Lalu aku menelefonnya.
"Ngko nak kemana... ingatkan belok ke rumah?"
"Aku nak ke Diamond Creek, jemputlah ke rumah aku malam ni kat situ.." Baru aku tahu dia ada sebuah rumah lagi kat Diamond Creek. Setahu aku masuk yang ini dia ada tiga buah rumah. Satu di Kg.Jana, Taiping dan satu lagi di Taman Bernam Baru.
"Insya Allah, aku tak janji.. tengok keadaan.." Jawabku. Dalam kepala memang ada banyak perkara nak buat malam ni...
Sekitar jam 8.15 malam, kawan setamanku itu menelefon aku balik. Rupa-rupanya dia dah ada kat depan rumah! Apa lagi, kelam kabutlah aku dengan anak-anak memunggah baju-baju dalam bakul atas sofa... Hehe.. maklumlah tak ada maid. Chis... alasan!
Katanya nak jumpa kejap jer.. kalau ikutkan dia, jumpa kat serambi rumah jer.. Mana patut, aku paksa kawan setamanku itu, diq dan sorang kawannya masuk. Daptlah bersembang-sembang sikit. Katanya, dia membawa anak muridnya dari SERATAS ke program WARGA di UPSI. Janji dengan anak-anak muridnya 8.30 malam nak jumpa.
Sejurus kawan ku itu balik, aku mencari-cari album lama. Ada beberapa keping foto lama yang memaparkan wajah diq dan kawan-kawan, cuma aku scan foto yang ini sebab ada ramai lagi kawan-kawan lain bersama-sama. Aku lupa foto itu diambil selepas acara apa... Nampak macam formal sikit. Aku pun pakai baju melayu nampaknya... Cuba mengingat kembali nama-nama yanga ada di situ.. Rasanya betul.. tapi tak tahulah kalau ada yang silap...
Tahniah diq, dah jadi GC DG48! Tuah manusia siap yang tahu.. Kat SERATAS ada sorang lagi kawan se maktab dulu. Namanya, Asma Azmn Rashid bin Mohamad Nawawi (betul kot). Kini menjawat PK Kokurikulum... Tahniah juga...
BACA LAGI...

CATATAN PASCA KONVENSYEN

Bookmark and Share
Berjaya membentangkan kajian tindakan sehingga ke peringkat negeri, aku kira merupakan satu-satunya pencapaian terbaik yang aku pernah suratkan dalam tempoh hampir 20 tahun berada dalam dunia pendidikan. Terasa benar ia bukan suatu catatan yang membanggakan. Terasa malu juga pada rakan-rakan sekonvensyen yang rata-ratanya lebih muda serta junior. Ada yang tak sampai setahun mengajar, sudah berjaya membentangkan kajian mereka di peringkat ini. Justeru, aku cuba membuat beberapa andaian dan teori tentang realiti di konvensyen ini berdasarkan kepada pola-pola yang ada dan berdasarkan kepada pengamatanku sahaja.
Pertama, budaya menyelidik sehingga kini masih pada peringkat pembudayaan. Itupun bukannya suatu usaha yang mudah. Walaupun kajian tindakan di peringat nasional telah bermula sejak lewat 80-an, tetapi mula diperkenalkan di sekolah sekitar tahun 1990-an. Di negeri Perak, ia bermula pada tahun 2000. Di sekolahku, ia bermula pada tahun 2005. Dan, aku mula bergiat dalam kajian tindakn ini mulai tahun 2008! Begitulah evolusi kajian tindakan yang ada hubung kait dengan alam pendidikan sehinggalah kepada diriku sendiri.
Justeru, walaupun ada pihak yang mempersoalkan kesahan setiap kajian yang dibentangkan, aku kira jawapan Jurulatih Utama Kajian Tindakan Kebangsaan Dr.Ashley (Pengetua Cemerlang, SMK Methodist ACS, Sitiawan sangat tepat. Beliau setuju beberapa perkara perlu diambil kira untuk menjadikan kajian guru-guru betul-betul mencapai tahap kajian yang berkualiti. Tetapi, kita harus memulakannya pada tahap yang mudah bagi membolehkan guru-guru berasa mampu menjalankan kajian tersebut. Pada pandanganku apa yang lebih penting ialah prosedur kajian yang dijalankan itu memenuhi syarat sebuah kajian tindakan yang tentunya sangat berbeza dengan kajian konvensional.
Kedua, guru-guru yang baru posting lebih terdedah dengan prosedur kajian tindakan sebab mereka telah mendapat pendedahan semasa di peringkat ijazah pertama atau sewaktu mengikuti program diploma pendidikan. Justeru, nampaknya trend itu nampak dengan agak ketara dalam konvensyen kali ini. Manakala guru-guru yang agak senior (lebih kurang lebih 10 tahun mengajar dan ke atas...) budaya menyelidik itu suatu yang baru. Ditambah pula kebanyakan mereka memegang tugas-tugas penting di sekolah. Hal itu menyebabkan rasa sukar menjadi halangan terbesar untuk memulakan kajian walaupun sebenarnya ia tidaklah sesukar mana. Bagi yang pernah bergelumang dengan kajian ilmiah di universiti tentu macam tak percaya dengan proposal kajian sepanjang 10 halaman dan laporan sepanjang 30 halaman sudah dianggap lebih daripada cukup.
Ketiga, teknik penyelidikan KT yang mudah semata-mata untuk menarik lebih ramai lagi guru terlibat sebagai penyelidik. Kalau dalam kajian konvensional antara bahagian yang "meletihkan" ialah mencari kajian-kajian yang terdahulu (literature review) bagi dijadikan asas agar kajian kita tidak menyamai kajian-kajian tersebut, atau untuk membina "sempadan" yang baru terhadap kajian-kajian terdahulu, tetapi dalam KT, ia tidak diwajibkan. Jika penyelidik mampu melakukannya, itulah antara kriteria kajian yang berkualiti.
Manakala, teknik pengumpulan data juga dipermudahkan. Jika data kualitatif digunakan, nampaknya transkrip perbualan penuh tidak diperlukan. Memadai "transkrip curai", asalkan rakaman perbualan atau temu bual ada disimpan. Tak perlu sangat trangulasi. Cuma, quote ungkapan-ungkapan ayat yang diperlukan bagi menyokong tajuk atau sebaliknya. Atau, lampirkan gambar-gambar yang bersesuaian.
Jika data kuantitaif menjadi pilihan, tak perlu SPSS pun! Anova, Skor T, Korelasi dan sebagainya tak perlu. Memadai peratus, min dan frekuensi. Ataupun gabungan antara data kuantitatif dan kualitatif digunakan.
Keempat, untuk menyuburkan budaya menyelidik ni, pihak pentadbiran sendiri perlu terlibat sama. Jika tuan pengetua tidak menjalankan kajian pun, setidak-tidaknya beliau tahu konsep, prosedur dan teknik KT. Justeru, beliau boleh melontarkan idea atau bidang kajian kepada guru-guru. Barulah, pihak bidang dan panitia memperhalusi idea tersebut dan mata pelajaran mana lebih sesuai menjalankan kajian tersebut.
Kesimpulannya, apa yang paling susah ialah untuk memulakan sesuatu. Seumpama ingin menuju ke suatu destinasi. Semakin jelas kedudukan sesuatu lokasi itu, semakin berani atau semakin yakinlah kita untuk menempuhi perjalanan tersebut walaupun akan mengambil masa yang lama. Sama ada secara laju atau pelahan, lambat laun akan sampai juga. Tetapi jika kita tidak jelas arahnya, laluannya maka semakin sukarlah perjalanan kita. Banyaklah bantuan diperlukan. Dan, kalau terlalu sukar... mungkin kita akan patah balik.
Namun, jika kita telah pun sampai dengan jayanya ke destinasi tersebut, macam mana pula agaknya perasaan kita jika kita kena pergi ke situ lagi pada setiap tahun? Bukan tujuan balik kampung! Itu masalah lain yang timbul. Untuk melaksanakan kajian lain pada setiap tahun tentunya satu lagi kesukaran yang lain. Mungkin insentif tertentu perlu diberikan. Seumpama discount petrol, tiket penginapan atau voucer membeli belah perlu diberikan dalam contoh analogi di atas.
BACA LAGI...

Thursday, October 22, 2009

PEMIKIR OTAK KANAN AKAN MENGUASAI DUNIA...

Thursday, October 22, 2009
Bookmark and Share
Memasuki hari kedua, Konvensyen Kajian Tindakan Negeri Perak 2009 tanpa ada rasa tekanan memang menyeronokkan. Jadi, hari ini aku hanya memberi fokus mendengar, meneliti serta menaakul apa yang akan disampaikan oleh para pembentang dan satu ucap utama yang akan disampaikan oleh Prof.Dr.Othman Lebar.
Ucap utama oleh Prof.Dr.Othman Lebar bagi aku sangat menarik. Walaupun ada rakan-rakan sekursus mengklasifikasi ceramah atau kuliah beliau (sebelum ini) tidak "membumi", tapi bagi aku ia sebaliknya. Seperti dalam ucap utama dalam konvensyen yang sama pada tahun lepas, banyak input yang aku dapat catat. Namun, antara banyak-banyak itu aku teruja dengan ayat "Right brainer will rule the future".

Lawyers. Accountants. Software Engineers. That's what Mom and Dad encouraged us to become. They were wrong. Gone is the age of "left-brain" dominance. The future belongs to a different kind of person with a different kind of mind: designers, inventors, teachers, storytellers - creative and emphatic "right-brain" thinkers whose abilities mark the fault line between who gets ahead and who doesn't.

Drawing on research from around the advanced world, Daniel Pink outlines six fundamentally human abilities that are essential for professional success and personal fulfillment - and reveals how to master them.

From a laughter club in Bombay to an inner-city high school devoted to design, to a lesson on how to detect an insincere smile, A Whole New Mind takes listeners to a daring new place, and offers a provocative and urgent new way of thinking about a future that has already arrived.

©2005 Daniel H. Pink; (P)2008 Audible, Inc

Menurut beliau, pada masa kini dunia "ditadbir" oleh pemikir otak kiri. Mereka yang berfikir secara sistematik, berorientasikan sains dan matematik dan sebagainya. Mereka adalah perancang yang sangat sistematik. Namun, pada masa hadapan pemikir-pemikir sebegitu tidak lagi diperlukan. Dunia memerlukan pemikir yang boleh melihat secara global, kreatif dan innovatif. Pandangan pemikir ini tidak rigid kepada sesuatu prosedur sahaja. Tiada pandangan tunggal dalam sesuatu perkara. Malah fleksibiliti itu akan menjadi satu elemen penting dalam membuat sesuatu keputusan.
Golongan pemikir otak kanan ini menggunakan pendekatan yang bersifat "High concept, high touch". Antara beberapa konsep yang terkandung dalam pemikiran pemikir oatak kanan ialah;
Not just function but also DESIGN
Not just argument but also STORY
Not just focus but also SYMPHONY
Not just logic but also EMPATHY
Not just seroiusness but also PLAY
Not just accjumulation but also MEANING

Fikir-fikirkan!!
BACA LAGI...

KONVENSYEN KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK

Bookmark and Share
Aku sebenarnya tidak terlalu optimis kajian tindakan aku akan terpilih mewakili daerah Batang Padang ke konvensyen peringkat negeri. Sebab, kata JU tahun lepas kajian aku pun dipilih tetapi tak bentang pun. Aku dipilih hadir hanya sebagai peserta sahaja.
Akhirnya perasaan itu berubah apabila aku menerima surat jemputan rasmi dari JPN. Tetapi, aku tak sempat buat apa-apa dengan presentation yang aku bakal bentang itu. Ada cadangan nak guna mindmap, tapi akhirnya tak buat apa-apa pun.
Dengan apa yang berlaku sebelum aku bertolak ke Kampar, menyebabkan fikiran aku tak dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap persiapan ke Kampar. Aku tak ada pilihan melainkan membentang apa yang aku telah buat semasa di peringkat daerah tempoh hari tanpa sebarang perubahan.
Setelah packing barang-barang, aku hanya dapat keluar dari rumah sekitar 3.30 petang. Ah terlalu lewat!
"Kalau aku tak ke Shah Alam, tentu waktu-waktu begini aku dah sampai ke Kampar!" Keluh hatiku.
Sepanjang perjalan ke Kampar, cuaca agak tidak menentu. Cuaca yang seketika redup dan gelap akhirnya bertukar menjadi hujan. Sebelum aku exit Tapah, sebuah kereta Honda Accord menghentam devider highway. Teruk jugak keadaan kereta tu. Tapi aku rasa pemandunya hanya mengalami luka ringan kerana bahagian penumpang tak nampak sangat kerosakannya.
Mataku mulai rasa berat. Sesekali menguap. Nampaknya aku perlu berhenti kat R&R Tapah agaknya. Kalau dapat selelap dua kira oklah! Memandangkan aku tak tahu flow majlis, aku menghubungi salah seorang JU yang ada di situ.
"Taklimat pukul 5.00 petang, dan slot pembentangan pertama pukul 8.30 malam. Cikgu Malek orang pertama.."
"Hah? Orang pertama!!!" Tiba-tiba rasa mengantuk hilang. Terbang entah ke mana aku tak pasti! Aku tak sempat matikan enjin kereta pun.. terus tekan minyak ke Kampar!
Menjelang 8.45 malam, aku telah selesai membentang kajian tindakanku. Rasa beban yang terpikul di atas bahuku tiba-tiba menghilang apabila mc bagi tahu, sesi pembentangan aku dah selesai... Entahlah, sama ada pembentangan aku memang jelas atau depa pakat tak nak tanya supaya lima sesi pembentangan yang perlu diselesaikan pada malam ini cepat berakhir. Hanya ada seorang cikgu dari SMK Gunung Rapat yang bertanya tentang proses sains. Aku anggap itu positif lah... Kalau dibuat semua orang bertanya, mahu pukul 1.00 pagi baru habis kot!
Alhamdulillah, aku telah pun menyempurnakan hasrat sifu KT aku kat sekolah... Dia nak aku bentang sampai ke peringkat negeri... Rasa lega tak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Esok dan sehingga hari jumaat, aku hanya fokus kepada pembentangan orang lain pulak... Hehe.. aman dunia!!!
BACA LAGI...

AKU NAIK HANGIN...

Bookmark and Share
Rasa bengang dan marah terhadap wireless broadband mula membadai kembali. Aku ingat apabila akses ke internet sudah ok, aku akan melupakan dan memaafkan "pengalaman silam" yang aku terima daripada Celcom.
Rupa-rupanya pada hari jumaat (sebelum cuti Deepavali) modem aku padam! Jenuh cucuk kat merata-rata tapi usahkan dapat capaian internet, menyala lampunya pun tidak. Aku menelefon pihak dealer yang menjual produk tersebut di Selayang. Jawapnya mudah,
"Encik kena pergi ke CSL customer service yang terhampir" Jelasnya.
"Tak boleh hantar ke Selayang?" Soalku
"Kalau hantar ke sini, kena tunggu sebulan baru dapat balik."
"Oh, kalau hantar ke Ipoh boleh dapat terus lah?" Aku meminta pengesahan daripada beliau.
"Ya..." Begitu yakin jawapannya.
Jadi, aku mengambil keputusan untuk menghantar modem aku ke Ipoh pada hari ini. Ertinya, aku akan pergi terus ke Ipoh sebelum aku ke Grand Kampar kerana aku ada Konvensyen Kajian Tindakan Peringkat Negeri Perak di situ.
Tapi, pengalaman yang lalu menyebabkan aku tergerak nak call dulu sebelum pergi ke situ. Apa yan jangka, sememangnya berlaku.
"Di Ipoh encik kena tunggu lebih kurang seminggu.." Tiba-tiba aku naik hangin!
"Macam mana ni, saya telefon Selayang. Selayang kata kalau hantar Ipoh boleh dapat on-the-spot! Ni cakap lain pulak!"
"Kami memang buat macam itu. Modem encik akan kami hantar ke HQ dulu untuk dianalisis kerosakannya..."
"Tolong sikit, saya sewa bulan-bulan line tu mahal tau, jadi kalau kena tunggu seminggu macam mana bayaran saya tu?"
Jawapan pegawai di Ipoh selepas itu menjadikan aku bertambah marah. Sehingga pegawai tersebut meminta aku menghubungi HQ.
Akhirnya aku menghubungi pihak HQ. Seorang pegawai perempuan menjelaskan prosedur jika berlaku kerosakan pada perkakasan CSL. Hanya HQ sahaja yang boleh ganti serta merta. Jadi aku diminta menghantar modem tersebut ke Hicom-Glenmarie, Shah Alam. Aku jadi pening seketika. Aku kena pergi ke Shah Alam (Selatan) dan selepas itu aku kena pergi ke Kampar pulak (utara)! Hah! macam mana nih? Untuk berada di luar rumah tanpa akses ke internet menjadikan hidup aku seperti tidak sempurna.
Aku segera mencapai GPS aku dan mencari lokasi berdasarkan alamat yang diberi. Akhirnya aku berjaya mendapat lokasi yang tepat. Dan, mengikut jangkaan GPS aku akan sampai di Glenmarie sekitar 12.20 tengah hari. Jadi, setelah memaklumkan kepada isteriku aku terus menuju ke Shah Alam. Aku ikut sahaja direction yang GPS aku bagi. Alhamdulillah aku sampai ke Glenmarie lebih awal kerana aku memecut di highway.
Akhirnya pihak CSL menggantikan aku dengan modem yang baru. Aku tak jumpa pun pegawai yang layan aku tengah naik hangin tu. Entah lah... Mungkin itu strategi syarikat untuk mengelakkan aku jumpa pegawai tersebut. Dia kata orang tu tengah lunchlah... Tapi, aku tak jumpa dia pun aku tak kisah. Apa yang penting internet aku ok!
Sampai di rumah sekitar jam 2.00 petang. Aku kena bersiap pula nak ke Kampar kerana masa pendaftaran dari pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang.
BACA LAGI...

Monday, October 19, 2009

CUKUPLAH SEKALI INI..

Monday, October 19, 2009
Bookmark and Share
Jika kehidupan ini seumpama sebidang kanvas, maka pengalamanlah yang mencorakkannya. Jika warna itu pula membawa erti dan nilai kepada pengalaman, sudah pasti ada pelbagai warna yang menghiasi setiap inci dan sudut pada kanvas tersebut.
Justeru, bijak pandai berpesan agar kita tidak melarikan diri daripada halangan dan cabaran. Kerana, di sebaliknya ada banyak pengalaman yang bakal menjadikan kanvas kehidupan kita dilihat indah dan menarik buat dianalisis seterusnya dihargai oleh generasi yang mendatang.
Soalnya, jika halangan dan cabaran itu amat sukar dilalui bagaimana? Namun, soalan yang lain pula datang bertanya. Bukankah Allah S.W.T. akan menguji hambanya sekadar yang termampu sahaja? Jadi, batas mampu dan tidak mampu itu mengikut perspektif siapa? Ya, aku rasa kita yang tersalah sukat. Jika halangan itu datang di depan kita, ertinya ia masih mampu dilakukan. Cuma, barang kali kualiti hasilnya sahaja yang mungkin tidak sebaik jika kita memang pakar dalam bidang tersebut.
Justeru itu lah, hari ini aku menyahut cabaran yang aku sendiri lontarkan pada diriku sendiri. Aku boleh sahaja menolak dengan seribu alasan, tetapi aku memilih untuk menerimanya. Walaupun dengan menolak permohonan itu menyebabkan aku rasa lega, tetapi pada bahagian yang lain aku ingin mencuba sesuatu yang baru dan pada masa yang sama aku tidak mengecewakan tuan punya hajat.
Seumur hidup aku, aku bukanlah tak pernah membaca doa. Paling cikaipun selepas solat. Selebihnya pernah membaca doa dalam majlis kecil-kecilan. Umpamanya aku pernah sekali dua membaca doa dalam majlis perigkat taman dengan kehadiran tetamu tak sampai seratus orang.
Hari ini, aku seperti tidak percaya telah membaca teks doa dihadapan kira-kira 300 orang dalam majlis perkahwinan yag diadakan di Dewan Tun Razak, Tg.Malim. Menyingkap kembali apa yang berlaku itu tadi menyebabkan aku rasa malu dan kekadang rasa "bangga".
Malu, kerana selayaknya bukan aku yang membacakan doa itu. Sebaik-baiknya seorang imam atau paling tidak seorang ustaz. Punyai kerdibiliti yang tinggi dan punyai daya maqbul yang tinggi. Aku? Bukan imam dan juga ustaz. Sekadar boleh membaca patahpatah ayat Al-Quran... Sambil itu aku mendapat teks doa yang baik dari internet pada hari sabtu.
"Bangga" bukan lah istilah yang paling tepat untuk menggambarkan satu lagi perasaan yang aku rasai. Ia lebih kepada rasa terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada aku yang sebegini adanya untuk memimpin bacaan doa dalam majlis sepenting itu. Satu penghargaan dan penghormatan yang bukan datang selalu. Apatah lagi apabila yang meminta itu seorang ahli kademik yang tinggi statusnya di sisi masyarakat. Walaupun kami kenal sudah sekian lama, namun itu sahaja tidak cukup untuk melayakkan aku membaca doa dalam majlis walimatul urus anaknya yang julung kali diadakan.
Dalam keadaan itu, sesungguhnya aku tahu aku memang berstatus "dukun terjun". Cuma, apa yang aku hargai ialah aku yang tak punyai kemahiran ini dipilih untuk menggalas tugas dalam majlis sepenting itu.
Alhamdulillah, aku rasa aku telah melakukan yang terbaik. Setidak-tidaknya tidak mencacatkan majlis. Apatah lagi majlis yang dihadiri begitu ramai VVIP akademik. Menjadikan aku begitu kerdil dalam lingkungan manusia-manusia yang aku kagumi. Tetapi, di sebalik kata-kata pujian dan penghargaan yang aku terima, aku masih menganggap aku sekadar "menyempurnakan" protokol majlis. Sebab, di sana ada satu aspek lain yang tetap meletakkan seorang ustaz setidak-tidaknya untuk diangkat sebagai pembaca doa. Apatah lagi perkara yang dipohon ke hadrat Ilahi adalah keharmonian, kesentosaan dan kerukunan berumah tangga yang baru dibina.
Walaupun jika seorang imam masjid negara sekalipun yang memimpin bacaan doa, belum pasti pasangan yang didoakan itu akan beroleh keberkataan berumah tangga selepasnya. Melainkan, pasangan itulah yang mesti berusaha untuk mengekalkan jodoh, hala tuju keluarga mereka dalam mengharungi cabarab yang mendatang. Tetapi setidak-tidaknya pada majlis permulaan berumah tangga itu didoakan oleh seorang yang 'alim serta wara' orangnya, justeru ia merupakan permulaan yang terbaik untuk meneruskan perjalanan berumah tangga yang penuh onak dan duri itu.
Jauh di sudut hatiku, agar tiada lagi pengalaman seperti ini akan aku lalui pada waktu-waktu yang mendatang. Cukuplah sekali ini. Jika ditakdirkan hadir juga, aku sanggup mencari seorang imam atau ustaz untuk menjadi pembaca doa.
BACA LAGI...

Sunday, October 18, 2009

TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG...

Sunday, October 18, 2009
Bookmark and Share
Benarlah kata pepatah, tempat jatuh lagi dikenang. Inikan pula tempat lahir dan tempat menuntut ilmu. Agaknya pepatah itu ada hubungan dengan beberapa perkara yang aku masih pegang secara tidak disengajakan. Ia lahir secara semulajadi.
Aku dah bermustautin di bumi Darul Ridzuan ini sejak 1995.Ertinya telah 14 tahun aku menjunjung langit dan memijak bumi Perak. Itu aku sesuaikan dengan satu lagi peribahasa "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung". Ia satu tempoh yang lama. Kalau budak, telah pun masuk tingkatan satu. Tetapi, rasa dan perasaan masih lagi belum dapat bergabung secara "hakikat dan makrifat" dengan Perak. Hakikatnya aku masih anak Selangor. Negeri tumpah darahku...
Secara zahir, memang tidak ketara. Aku menerima bumi ini seadanya. Malah jika diizinkan oleh Allah S.W.T., aku ingin terus menetap di sini dan mungkin akan disemadikan akhirnya di sini... Tetapi apabila ketika-ketikanya, sentimen kenegerian itu akan lahir secara natural. Umpamanya apabila ada perlawanan bola sepak. Kalau Perak lawan Selangor... Aku mesti sokong Selangor. Walaupun kawan-kawan Perak kutuk aku, aku tak kisah!
Jadi, tepatlah orang yang menghasilkan peribahasa itu. Sungguh bijak. Kebijaksanaannya merentas zaman dan kini peribahasa itu masih lagi relevan walaupun kita telah masuk milinium kedua. Sudah jauh meninggalkan era tradisi itu menuju ke era globalisasi. Jadi, usah dimarah atau dikritik jika kita berkeadaan sebegitu. Sedangkan nabi Muhammad S.A.W. sendiri pun mengakui sayang akan bangsanya.
Bagi aku, ia bukan asabiyah. Malah sesungguhnya itulah yang membenihkan perasaan patriotisme. Jika setiap seorang rakyat Malaysia cinta dengan sesungguhnya akan negeri kelahiran mereka, mereka tidak akan izinkan segala yang tidak wajar berlaku di negerinya itu. Dan, bayangkan kalau seluruh rakyat Malaysia bersikap begitu, bukankah ia akan membantuk pula rakyat yang sayang dan cintakan negaranya. Betapa tidak, kerana semua negeri disatukan dibawah satu bedera dan nama iaitu Malaysia dan Jalur Gemilang.
Bagi aku lagi, menyanyangi tanah air bermaksud sayang terhadap aspek fizikalnya. Daripada rupa buminya sehinggalah seluruh penduduknya. Kita rasa bertuah berada di negara yang memiliki gunung-ganang yang cantik, lautan yang memukau, pesisir pantai yang sejauh mata memandang dan seribu rahmat di bawah cuaca panas danl embab sepanjang tahun.
Tetapi, akun melihat ada yang tidak kena dengan sistem yang mengawal dan melingkari kesemua aspek fizikal tersebut. Sistem yang menyebabkan hubungan antara manusia dan manusia, manusia dan alam dan juga manusia dengan Allah S.W.T. kelihatan tidak beres malah ia diliihat pula menjadi tunjang kepada segala masalah yang sedang melanda seluruh penduduknya. Itulah yang aku maksudkan tidak kena.
Sepatutnya siapa yang mengawal siapa? Siapa yang mengatur siapa? Dengan status hamba di celahan hak milik Maha Pencipta ini, apa yang harus kita lakukan?Aku melihat, manusia semakin rakus !
Dalam kalangan manusia sesiapa sahaja boleh jadi pemimpin. Sebab, bijak pandai berkata, tiada manusia dilahirkan jadi pemimpin. Justeru, memipin adalah anugerah yang bersamanya tanggungjawab serta amanah. Pemimpin boleh sahaja datang dan pergi. Yang datang akan mengisi yang pergi dan begitulah sebaliknya. Mereka ada agenda politik masing-masing. Arus politik mana yang harus dijadikan pedoman? Dunia? Akhirat? Atau kedua-duanya?
Setelah berada di usia ini, aku melihat perlunya kita kembali kepada fitrah. Kerana itu adalah fitrah yang Allah S.W.T. tetapkan kepada manusia. Semoga dengan itu, seluruh hati manusia akan menjadi lebih tenang. Kerana ketenangan itu sesungguhnyaadalah pintu kepada kebijaksanaan akal.
Justeru, jatuh dan bangun sebagai mansia juga fitrah. Mengenangi tempat jatuh dianggap sangat bijak kerana ia boleh menghindarkan kita daripada jatuh di tempat yang sama sekali lagi. Apatah lagi untuk mengingat tempat-tempat yang lain juga tidak dianggap satu kesalahan. Mungkin di tempat itu kita mengukir kejayaan dan kemahsyuran dan sebagainya. Dan, satu lagi tempat yang perlu dingati ialah tempat kita disemadikan, biarpun kita tidak tahu di mana tempatnya.
BACA LAGI...

Saturday, October 17, 2009

BALIK KAMPUNG SAMBIL MENGUBATI ANAK

Saturday, October 17, 2009
Bookmark and Share
Aku sedar, sejak insiden anak aku paling kecik menangis pada waktu malam sewaktu arwah emak mertuaku belum sampai tiga hari dikebumikan, dan menangis lagi semasa aku balik dari menghantar kad pengenalan anakku yang sulung di sekolahnya, anak aku itu seperti tak sihat sepenuhnya. Pada waktu siang ok, tapi bila malam macam demam. Kurang aktif dan agak mudah meragam.
Setelah bercerita keadaan anakku itu, emakku mengajak aku membawa anakku itu ke rumah seorang ustaz di Tg.Karang. Seorang ustaz yang agak tersohor di kawasan tersebut dalam bab berkaitan dengan gangguan makhluk halus dan yang seumpama dengannya.
Setelah berbincang dengan isteri, kami bersetuju untuk balik pada petang jumaat. Walaupun anakku masih bersekolah agama pada petang itu, aku cutikan dia. Kalau dapat balik petang jumaat, memang cantik. Sebab, hari sabtu boleh terus ke rumah ustaz tersebut dari rumah emakku di Sg.Nibong.
Hari sabtu, sekitar jam 10.45 pagi kami dah pun sampai ke rumah ustaz tersebut. 15 minit lebih awal daripada masa yang emakku bagi tahu kat ustaz tu. Sesampai sahaja, ustaz tersebut memulakan bacaan ayat-ayat suci Al-Qura di hadapan anakku yang kecil itu. Nampaknya anakku itu tidaklah memberikan respon yang merisaukan. Cuma ustaz itu adalah kata ada sedikit gangguan semenjak peristiwa emak mertuaku meninggal tempoh hari.
Melihat kembali peristiwa tiga syawal itu, aku rasa di situlah mulanya. Sejurus aku menghadap emak mertuaku sehingga hembusan nafas yang terakhir sehinggalah selesai disembahyangkan aku sepatutnya membersihkan diriku. Mengikut pesanan ustaz-ustaz kalau balik dari mengurus jenazah, jangan masuk rumah dulu... dah mandi barulah boleh masuk rumah.
Tapi, dalam kes aku. Aku nak mandi kat mana? Jadi, tindakan aku drive kereta dari hospital ke Tg.Malim bersama keluarga, dilihat menjadi puncanya. Aku mandi setelah aku sampai di Tg.Malim. Jadi, anakku yang paling kecik lah yang tempias dek "sawan" mayat.
Bagi orang yang hanya percaya kepada bukti empirikal, susah nak percaya bab-bab macam ni... Aku bukan tak percaya cuma kekadang terlupa dan terlepas pandang.
Bila dah begitu keadaanya, aku kena elakkan bergerak sewaktu maghrib. Kalau terpaksa, jangan keluar dari kereta. Justeru, balik ke Tg.Malim tadi aku bertolak selepas maghrib.. Mulanya cadang nak balik lepas asar, tapi tak sempat sebab emamku mengajak aku ke Sg.Besar sebab nak beli barang-barang dapur.. Tengah perjalanan anak aku tu meragam gak... Tapi, Alhamdulillah nampaknya selepas dapat lena tidur, keadaannya terkawal.
-------------------------
Balik dari Tg.Karang, emakku mengajak aku sekeluarga ke rumah terbuka Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Sungai Besar. Program tersebut dijalankan di Dewan Orang Ramai Simpang Lima. Kira-kira 5 km dari rumah emakku. Hehe.. teringat pulak macam Lebai Malang!
Sewaktu di Tg.Karang, program yang sama berlangsung. Kami dijemput dengan ustaz tersebut untuk ke situ. Teruja gak lagi-lagi ada Kumpulan Rabbani... Tapi, akhirnya aku memilih untuk ke Simpang Lima...
Sampai kat Simpang Lima, aku terkejut sebab orang dah tak ramai dan petugas masing-masing mengemas-ngemas kanopi. Lepas DeeJay bagi tahu semua gerai telah habis juadah yang disediakan. Jam baru 12.45 tengah hari! Barulah aku terasa menyesal....
"Bagus singgah di Tg.Karang tadi.."
"Boleh dengar Rabbani lagiii... Adusss!"
Cuma, Lebai Malang dapat sekeping lepeng.. Kami dapat seketul lemang... Huhuu..
BACA LAGI...

Thursday, October 15, 2009

"MEMASYARAKATKAN" APLIKASI ICT ...

Thursday, October 15, 2009
Bookmark and Share
Dalam detik waktu yang berlalu ini, aku teringat satu ungkapan yang aku masih pegang sehingga kini. "Apa yang paling payah ialah memulakan sesuatu...". Begitulah agaknya... Apa-apa pun bila hendak membuat sesuatu yang baru itu memang susah dan banyak tribulasinya.
Aku bersama rakan-rakan dalam Guru Akademik Tingkatan Enam (GAT6) sedang berusaha untuk mengadakan pilihanraya kali pertama kepada para pelajar di sekolah ini. Sehingga kini kami telah menyelesaikan aktiviti penerangan dan penamaan calon. Alhamdulillah segalanya nampak berjalan dengan baik seperti apa yang dirancang. Cuma, oleh sebab ini adalah kali pertama aktiviti seumpama ini dilaksanakan, maka beberapa salah faham berlaku. Lebih-lebih lagi sesi penamaan calon dibuat secara dalam talian menggunakan google document. Ialah, sebagi satu usaha untuk memasyarakatkan aplikasi ICT dalam konteks pelajar tingkatan enam. Bukanlah terror sangat, nak guna ilmu yang kami dapat semasa LADAP di UPSI tempoh hari. Kalau tak guna, nanti lupa pulak.
Aku terpaksa membawa laptop ke kelas-kelas untuk membolehkan para pelajar mengisi "kertas pencalonan" sebelum dihantar menerusi wireless broadband. Apa yang menarik, ada yang mengisi nama sendiri, sedangkan dia adalah pencadang atau penyokong kepada calon-calon yang disenaraikan. Aku pejam sebelah mata aja lah... Untuk kali ini aku benarkanlah... Kerana, orang yang isi borang tu merupakan pelajar yang agak celik ICT. Kalau aku sekat, kuranglah pulak calon yang agak berkaliber.
Kejadian aneh seterusnya... Mereka ingat terus mengundi! Masing-masing kerumun laptop... Aku nak gelak pun ada...
"Ish.. awak nak undi sapa?, senarai calon yang nak diundi pun tak ada lagi.." Kawan-kawan yang ada di situ gelak terbahak-bahak.
Tiba-tiba datang lah pulak pelajar lain..
"Meh. aku nak undi!" Maksudnya bukan hendak mengundi tetapi nak buat pencalonan, tetapi salah guna istilah...
"Bukan nak undi.. nak buat pencalonan laa.." Aku menjelaskan istilah yang sebenar kepadanya. Budak itupun tersipu-sipu malu.
Mula-mulanya aku ingat hanya ada tiga pencalonan sahaja dari tiga kelas tingkatan enam rendah. Rupa-rupanya setelah sesi pencalonan ditutup pada 12.00 tengah malam semalam, ada enam "kertas pencalonan" yang dihantar. Dua daripadanya merupakan posting lewat, iaitu sekitar 10.00 malam.
Untuk berlaku adil serta bagi membolehkan semangat berpilihan raya akan terus membara sehingga hari pengundian iaitu pada hari khamis depan, aku senaraian sepenuhnya nama-nama tersebut walaupun ada yang bertindan.
Walaupun proses pilihan raya ini tidak sepenuhnya seperti apa yang dilaksanakan oleh SPR, setidak-tidaknya mereka tahu aliran proses pilihan raya dari mula sehingga pengumuman keputusan dilaksanakan. Oleh itu, ia diharap dapat memberikan gambaran umum selaras dengan sukatan pelajaran Pengajian Am kertas 1.
Maklumat yang selanjutnya boleh dirujuk DI SINI
BACA LAGI...

Tuesday, October 13, 2009

LAMAN SOSIAL AKAN DIPANTAU OLEH PIHAK KPM!

Tuesday, October 13, 2009
Bookmark and Share
Berikutan kes seorang pelajar menjadikan laman sodial Friendster sebagai medan untuk mengutuk pengetua dengan perkataan kesat, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan memantau dengan lebih dekat lagi insiden-isiden yang serupa selepas ini. Justeru, para pelajar diharap selepas ini jangan berandaian laman-laman sosial seperti Friendster, MySpace, Facebook, Hi-5, Flixter, Tweeter dan pelbagai lagi "kebal" daripada pemantauan pihak KPM.
Saya fikir, untuk memastikan tugasan tersebut lebih berkesan, pihak KPM akan mengarahkan pegawai-pegawai di unit ICT untuk menyelinap dalam semua laman-laman sosial tersebut bagi memastikan kejadian-kejadian seperti itu tidak berulang.
Memang kita boleh persoalkan kemampuan pihakn KPM dalam merealisasikan tugas tersebut. Ini kerana ia buknnya kerja mudah. Kalau laman sekolahpun sukar dikawal, inikan pula laman maya. Kes-kes disiplin yang tidak beres sepenuhnya, menandakan kegagalan mekanisme disiplin masa kini dalam menangani gejala disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. Dalam kes-kes disiplin yang melibatkan laman sekolah nampakknya begitu "berleluasa" di sekolah-sekolah harian. Ia melibatkan para pelajar berpencapaian akademik lemah. Sebab, para pelajar yang ingin belajar, mereka patuh dan akur akan peraturan dan disiplin sekolah.
Tetapi, dalam kes yang baru terbongar ini, ia melibatkan laman maya dan melibatkan pelajar sekolah berasrama penuh! Jadi, para "pelajar pandai" nampaknya melakukan kes disiplin secara terpelajar juga. Mereka menjadikan laman sosial sebagai medan menghamburkan kritikan secara terbuka kepada pihak.
Soalnya, bagaimana hendak menangani kes disiplin sebegini? Jika mekanisme gun-boat policy semata-mata, saya fikir para pelajar masa kini lambat laun dapat menghidunya. Dan, perlakuaan sebegitu tentunya akan semakin galak dan KPM sahaja tidak mampu mengandalikannya.
BACA LAGI...

Friday, October 9, 2009

KUALA KUBU BHARU YANG SURAM...

Friday, October 9, 2009
Bookmark and Share
Suatu ketika dahulu nama Kuala Kubu Bharu sungguh gah seantero Malaysia. Bukanlah kerana ada faktor-faktor khusus yang menjadikannya antara pekan tersohor di negeri Selangor. Cuma, namanya sering menjadi siulan anak muda yang menggemari nyanyian Allahyarham Sudirman Hj.Arshad.
Kalau pergi Kuala Kubu
Tulis nama atas batu
Kini, nama itu kian suram. Sesuram lagu yang jarang sekali berkumandang di corong-corong radio mahupun televisyen. Apatah lagi penyanyi lagu itupun kini telah kembali ke rahmatullah.
KKB sebenarnya tidak jauh dari Tg.Malim. Lebih kurang 25 kilometer. Aku sering ke situ bersama keluarga untuk "jala-jalan cari makan" sekitar akhir tahun 1990-an. Masa tu menu yang kami sekeluarga suka ialah nasi ayam. Aku tak pasti kedainya. Tapi, kira oklah.
Dataran KKB, memang sejak dulu agak kurang pelanggan. Namun, tidaklah seteruk hari ini. Walau bagaiamapun aku pernah gak makan kat situ beberapa kali. Kedudukannya memang strategik. Di pinggir laluan ke utara dan selatan serta ke pekan KKB sendiri.
Walau bagaimanapun ada beberapa perkara aku rasa yang menyumbang kenapa kini dataran tersebut semakin sepi. Pertama, jalan lama utara selata itu kini semakin kurang dilalui oleh kenderaan. Ialah.. sejak ada highway, pekan tersebut memang dah macam pekan cowboy. Menjadikan lebih "tragik", tiada interchange dari highway ke KKB, menjadikan para pemandu kena keluar di Tg.Malim di arah utara dan Rawang di arah selatan. Boleh keluar di Bukit Beruntung, tetapi terpaksa melalui jalan yang jauh sebelum sampai ke pekan tersebut. Begitu juga jika kita keluar di Lembah Beringin. Oleh itu KKB tidak boleh disinggahi secara sambil lalu...
Kedua, kini pekan yang terhampir, Tg.Malim kedai-kedai makan tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Sama ada warung-warung tepi jalan dan restoran semakin bersepah. Entahlah, mungkin disebabkan nak memenuhi kehendak para pelajar UPSI. Sebab, banyak kedai yang tutup apabila pelajar UPSI bercuti semester. Tidak cukup dengan itu, restoran-restoran makanan segera juga turut sama naik. Terbaru, Pizza Hut, bersebelahan dengan KFC. Pendek kata orang Tg.Malim kini sudah tdak perlu ke mana-mana kalau sekadar nak makan-makan. Keadaan tersebut sedikit sebayak akan memberi kesan kerpada pekan KKB.
Ketiga, jalan yang menghubungkan Tg.Malim ke KKB masih banyak yang selorong. Ertinya kenderaan yang ingin memotong kenderaan lain agak sukar sehinggalah bertemu dengan bahu jalan yang agak luas. Keadaan itu menjadikan para pemandu yang ingin ke KKB berfikir beberapa kali hendak ke situ.
Namun, KKB secara umumnya sebuah bandar nostalgia. Sama dengan Tg.Malim. Cuma arus permodenannya sahaja yang agak berbeza. Namun, tidak tahulah kalau keaslian bagunan lamanya memang hendak dikekalkan untuk tujuan perfileman atau sebagainya. Kalau tak silap filem Adlin Shauki pernah menjadikan KKB sebagi setting filemnya.
BACA LAGI...

JOM KITA EXPLORE EBOOK...

Bookmark and Share
Pada pukul 07.53 malam, tiba-tiba pop-up YM message terpapar di ruang skrin monitorku. Aku jawab salamnya. Cikgu Ridzuan yang masih mengajar di Sarawak itu bukanlah kenalan baru maya aku. Aku mulai mengenalinya sejak lebih kurang tahun 2007. Masa itu, sekolahnya juga terlibat dalam Jalinan KITA. Dia bertanya tentang macam mana nak menyelenggara laman web sekolahnya kerana kami menggunakan templet yang disediakan oleh Jaring.
Aku tak nafikan, dia memang berminat dalam bidang perniagaan internet. Pernah satu ketika aku membeli pakej ebook tentang perniagaan internet hasil daripada ajakan beliau. Tapi, tak berjaya didownload sepenuhnya. Jadi, burned lah duit aku... Aku tak ingat berapa nilainya. Tapi, tak sampai RM50 rasanya. Selepas itu, beratus email aku terima berkaitan dengan skim perniagaan internet, tetapi aku tak heranpun.
Jadi, pelawaan yang aku terima pada kali ini aku sambut dengan hati yang hambar. Tetapi, bila boleh download free... keinginan aku nak tahu tentang ebook mulai bertunas kembali. Aku pun terus daftar dan terus download dan baca. Wah.. memang menarik. Bila aku bukak minisite JAMAL (tuan punya ebook), ada pulak banner. Aku pun terus pasang kat tiga blog yang aku selenggara.
Buat ebook satu perkara yang lain. Boleh bacalah sendiri. KLIK DI SINI .. Tapi yang menariknya lagi, kalau ada orang daftar melalui akaun kita, kita akan dapat RM 0.50. Jadi, aku pun cuba lah hantar email kat mailing address yang aku ada... Setakat ni tak adalah lagi apa-apa perkembangan. Cuma, satu langkah yang sangat mudah.
Pasal ebook pulak... KLIK DI SINI bila dah baca habis ebook percuma yang aku download tu... Nampak macam boleh buat. Tapi kalau nak buat jugak... kena berguru betul-betul. Kalau tak... takut kena tipu orang plak.. Bak kata pepatah "Si bodoh jadi makanan si pandai.."
BACA LAGI...

KISAH KURA-KURA DAN ARNAB...

Bookmark and Share
Aku tidak terlintas untuk membuka pekung seorang rakanku... Cuma cerita tentang dirinya yang sangat unik memanggil jari jemariku untuk mengetuk barisan keyboard ini. Apa yang aku ingin lontarkan di sini tidak lebih sekadar untuk dijadikan bahan santapan minda buat mengisi masa yang senggang barang kali.
Sumpah, kalau dia yang tidak mendedahkan cerita ini, aku pun tak tahu. Ia berkaitan dengan dunia ICT. Kawanku itu pernah belajar disebuah IPTA di selatan tanah air dalam bidang kejuruteraan. Bidang kejuruteraan dan komputer suatu yang sangat sinonim. Oleh sebab kedudukan IPTA itu tidak jauh dengan Kota Singa, dia selalu juga berulang alik ke situ untuk membeli perkakasan komputer. Sekitar akhir 1980-an, tekonologi ICT sangat berkembang pesat di bandar-bandar besar termasuklah di tempatnya belajar. Banyak yang dia pelajari dan gunakan tentang software dan hardware komputer ni... Almaklumlah bidang kejuruteraan lah katakan.. AUTOCAD macam kacang goreng jer!
Pada masa yang sama, rakan-rakan lain yang setempat kerja sekarang pada masa itu usahkan nak guna komputer, nak tengok muka komputer pun susah. Aku sendiri mula kenal komputer agak awal iaitu sekitar 1989! Kenal je lah... adalah main chess guna monitor monokrom. Masa tu aku mengajar di sebuah sekolah swasta di Taiping. Ada dua buah pc tetapi tak ada printer. Jadi, macam ada rokok tak ada mancis lah... Mana jadi asyik taip... taip... tapi tak ada out-put.
Masa aku belajar di Terengganu, memang ada makmal ICT. Guru-guru pelatih memang dibenarkan guna. Syaratnya kena bawak floppydisk sendiri... Setakat beli cakra liut tu, tak lah kisah sangat.. tapi kalau masa tu baru nak belajar, tercangak-cangak kiri kanan sedangkan orang dah beratur menunggu giliran nak guna.... mana boleh! Aku ingat, sekali je aku masuk dalam tempoh dua semester tu. Aku rela mengetuk mesen taip yang keras itu daripada buat assignmet kat makmal ICT tu...
Ternyata "ketakutan" terhadap pc menyebabkan aku tak ada "selera" nak guna komputer. dalam tempoh yang agak panjang Di Negeri Di Bawah Bayu, selama empat setengah aku tak terfikir pun nak beli komputer. Walhal masa tu ada kawan-kawan yang dah guna pc. Masa tu aku rasa pc ni barangan eksklusif (mewah) dan susah nak belajar. Entah macam mana setelah balik ke Semenanjung, baru hatiku terbuka nak beli pc...
Jadi, kalau aku dibandingkan dengan kawanku itu.. macam kura-kura dan arnab. Permulaan tahu tentang pc lebih kurang sama. Dia mendesup lari ke depan macam lipas kudung! Pc merupakan sebahagian daripada peralatan belajar! Mahu tak mahu kena boleh lah... Kalaulah dia terus kuasai ilmu ICT plak lah.. aku rasa dia dah jadi programmer. Dan, secikai-cikai pun boleh buat duit dengan AUTOCADnya. Tapi... yang anihnya.. dia stop pasal-pasal pc ni bila dah grad. Jadi yang tinggal saki bakinya hanyaAUTOCAD tu.. Itupun pasal kena ajar bebudak...
Sewaktu kami bersembang-sembang di kaki lima blok B beberpa hari yang lalu, ada kawan-kawan lain kata kata kat kawan kau tu..
"Ngko kalau buat betul-betul komputer nih.. mesti boleh.."
"Macam arnab berlumba dengan kura-kura lah... sekejap jer boleh potong kura-kura!" Celah kawan yang lain.
Kawan aku itu memandang aku... Sebab, aku memang dah lama tahu cerita tu. Mungkin lebih lama daripada kawan-kawan yang ada kat situ..
Aku senyum aje...
Tia-tiba aku terlintas idea nak cakap..
"Betul.. dia tu macam arnab... Kita ni kura-kura. Tapi dia kena ingat kalau nak kejar kura-kura jangan sampai kura-kura dah sampai kat air! Arnab mana boleh berenang, nak kejar kura-kura!"
Macam biasa, kawan aku itu hanya tersengih-sengih dengan analogi itu. Deraian ketawa kami ketawa memecah suasana tengah hari itu...
-------
P/s - Maaf Lee.
BACA LAGI...

Wednesday, October 7, 2009

SIBUK TAPI MENYERONOKKAN

Wednesday, October 7, 2009
Bookmark and Share
Berkongsi sesuatu ilmu dengan rakan-rakan sejawat sebenarnya bukan peluang yang datang selalu dalam hidup aku. Apatah lagi ia berkaitan dengan aplikasi ICT.
Siapalah aku dalam arus perdana ICT pendidikan negara. Hanya mula mengenali komputer pada tahun 1996 secara cuba jaya dan mula berjinak-jinak dengan internet pada tahun 1999. Itu pun secara dail-up.Melihat peri pentingnya aplikasi web dalam pendidikan, aku telah beberapa kali menyertai kursus berkaitan internet dan networking sehingga tahun 2005. Tetapi, ia tidak pergi ke mana-mana kerana aku masih jahil tentang lain-lain keperluan bagi memungkinkan setidak-tidaknya sebuah hompage muncul di alam maya.
Satu ketika aku berasa seronok apabila dalam Kursus BPPT anjuran Prestariang dan KPM aku telah diajar bagaimana menghasilkan hompage menggunakan tripod.com, tetapi akhirnya kecewa kerana ia tidak dapat memaparkan sepenuhnya apa yang kita inginkan. Katanya, hosting percuma itu terlalu ramai pengunjungnya.
Pada tahun 2006 aku melalui tranformasi yang agak besar apabila mengendalikan sebuah web sekolah. Biarpun amat jahil tentang bahasa html dan java, sekali lagi aku menggunakan teori cuba dan jaya dan akhirnya web yang templetnya disediakan oleh Jaring manakala UPSI pada ketika itu bertindak sebagai "payung" yang menaungi komuniti sekolah-sekolah dalam daerah Slim River dan Tanjong Malim telah berjaya disediakan. Dalam sayembara itu web sekolah telah muncul sebagai juara dalam kategori IPT dan sekolah. Aku hanya bertahan sehingga tahun 2008 sebagai "webmaster" apabila hosting web itu semakin lembab dan akibatnya web sekolah semakin sukar diselenggara dengan cepat. Untuk upload sekeping gambar sahaja kadang-kadang memakan masa selama satu minit. Walaupun aku menggunakan internet broadband berkelajuan 1 mbps dari rumahku.
Mulai 2008 aku mulai berjinak-jinak pula dengan dunia blogging. Aku semakin teruja dengan dunia blog kerana blogger.com bukan sahaja menyediakan sebuah storan maya yang besar malah ia sangat mesra pengguna. Lebih kurang, aku jimat 50% tenaga, masa dan fikiran aku masa yang aku mengeksplorasi blogger.com berbanding dengan laman web sekolah itu. Menjelang pertengahan 2008, aku kian jauh dengan laman web sekolah. Aku semakin "allergi" dengan tamplet yang disediakan oleh Jaring. Tidak boleh diapa-apakan. Kerana, "nyawa"nya dimiliki oleh syarikat penyedia perisian di Terengganu. Beberpa aplikasi web yang semakin popular seperti flash, youtube dan lain-lain lagi tidak boleh dipaparkan sama sekali. Malah aplikasi poll atau undian tidak boleh dipaparkan pada muka hadapan web. Aku pernah beberapa kali menelefon syarikat tersebut agar dibuang aplikasi poll yang menjadi dua poll yang sama... Akhirnya rayuan aku diterima setelah aku bagi tahu mereka DYMM Raja Permaisuri Perak nak melawat booth Jaring di mana di situ laman web sekolah diletakkan. Rasa sebal dan geram memang tidak dapat disorokkan lagi. Nasib bailah free!
Menjelang 2009, aku seakan-akan terhidu nasib web sekolah yang akan berakhir tidak lama lagi. Apatah lagi Jaring dan Mimos tidak lagi di bawah bumbung yang sama. Dan, tekaan itu menjadi kenyataan apabila sekitar  awal bulan september 2009, laman web sekolah di bawah jalinan KITA tidak boleh dibuka lagi! Sebagai ganti pihak UPSI dengan komuniti bestarinya telah menyediakan tapak server yang baru kepada sekolah-sekolah di bawah komuniti bestari UPSI.
Sekali lagi, UPSI menjadikan mekanisme pertandingan sebagai penggalak kepada keaktifan laman-laan web tersebut. Aku dan seorang rakanku dan dua orang anak murid dijemput ke UPSI bagi melalui kursus terhadap aplikasi web yang menggunakan tamplet JOOMLA. Mulanya, aku rasa teruja juga... tetapi orang macam aku yang tak pandai bahasa-bahasa web ni.. rasa pening, jemu dan mual tidak dapat disorok-sorok lagi.Lalu aku memberi laluan kepada rakanku itu untuk menjadi webmaster... Aku? Ingin menarik diri perlahan-lahan...
Di sebalik itu, aku telah punyai komitmen dengan beberapa buah blog. Mata pelajaran Pengajian Am, blog peribadi dan blog tingkatan enam. Justru, aku sebenarnya mengalami burn-out yang sangat dahsyat semasa aku mengurus laman web sekolah tempoh hari. Namun, atas minat yang sangat mendalam dalam dunia karyawan maya menjadikan aku masih mengharungi dunia blog. Tetapi, untuk mengabdikan diri sekali lagi dengan templet yang tidak mesra pengguna seperti JOOMLA,  aku tidak teruja dengan hadiah mahal yang disediakan oleh pihak penganjur.
Kini aku rasa tenang dengan dunia blog aku. Web sekolah yang diuruskan oleh rakanku itu nampak ada perkembangan yang positif walaupun dalam pertandingan itu, sekolah aku tidak memenangi sebarang kategori hadiah. Sewaktu PK Pentadbiran menyatakan beberapa sekolah telah menggondol hadiah demi hadiah dalam sayembara itu, aku hanya senyum sahaja.
Petang tadi, aku menapak selangkah lagi dalam dunia maya ini apabila berjaya mengumpulkan seramai 16 orang rakan-rakan yang berminat dalam dunia maya untuk sama-sama berkongsi pengalaman dalam pembinaan blog di makmal ICT sekolah. Walaupun kehadirannya tidak seperti yang dijangkakan, namun aku rasa seronok. Sebab, aku berkongsi dengan mereka tentang suatu aplikasi web yang mudah dipelajari. Cuma, terpulanglah kepada rakan-rakanku itu hendak menjadikan blog mereka itu kelihatan menarik atau biasa-biasa sahaja. Hal  ini kerana, bukan semua blog yang popular itu cantik aksesorinya sahaja... tetapi idea bernasnya mugkin akan menjadikan blog tersebut dikunjungi jutaan peminatnya...
BACA LAGI...

Tuesday, October 6, 2009

PERPADUAN SEMAKIN RAPUH?

Tuesday, October 6, 2009
Bookmark and Share
Isu perpaduan dalam konteks negara berbilang bangsa bukan satu isu picisan. Malah, isu tersebut telah sekian lama menjadi isu perbincangan sama ada antara kaum ataupun intra kaum.
Apabila kita melihat perpaduan atau integrasi nasional dalam perspektif nasional, ia melibatkan usaha bagaimana hendak menyepadukan rakyat yang pelbagai kaum, agama, dan dialek dalam satu gagasan kesatuan fikiran yang sama. Iaitu, berfikir melampaui kepompong atau tempurung masing-masing ke arah kepentingan bersama.
Justeru, sepatutnya apa yang tercerna dalam minda setiap warga Malaysia ialah bagaimana hendak memastikan keharmonian dan kesentosaan ini dapat dipertahankan selama-lamanya. Jika adapun yang terasa hati akibat perlakuan sahabat-sahabatnya, ia diharap akan segera mengendur dan tidak pula menjadi sebab perbalahan yang lebih besar.
Lantaran itu, saya melihat gagasan Satu Malaysia (1 Malaysia) yang menjadi slogan terkini bapak PM kita, merupakan satu idea ke arah menyimpulkan suatu usaha perpaduan yang telah sekian lama terhurai dan sesekali bersimpul-simpul di hujungnya. Tetapi, ia bukan pula satu slogan yang telah mencairkan sempadan kaum yang sememangnya diakui secara kontrak sosial sejak zaman berzaman.
Maksudnya, Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum yang lain masih kekal dalam sumur budaya dan adat resam masing-masing sambil menghargai dan menghormati sumur budaya kaum-kaum lain. Dan. pada masa yang sama jika ada perbalahan atau pergeselan pendapat antara kaum, maka kepentingan nasional mestilah diutamakan.
Itulah apa yang saya faham tentang 1 Malaysia yang semakin jelas dicanang di sana sini. Cuma, bagi saya itu semua bukanlah jawapan yang tuntas dalam menangani isu perpaduan nasional. Kita tidak boleh mengharapkan kepada kanak-kanak agar faham sendiri tentang kegunaan pisau atau senjata tajam. Atau, setelah sekian lama bebas menggunakan senjata api, tetapi pada detik dewasanya, mereka diminta agar memikirkan kepentingan awam dan tidak boleh lagi menggunakan senjata  api tersebut.
Justeru, untuk menjelaskan konsep perbezaan dalam kesamaan bukan suatu konsep yang mudah difahami. Lebih mencabar lagi apabila formula perpaduan yang diwarisi sejak zaman berzaman di negara kita tiada "sifirnya" di negara-negara lain. Oleh itu apabila suasana yang berlaku di negara kita ini dipadankan dengan "sifir" yang ada di luar negara, ia tidak akan menjadikan perpaduan di negara kita bertambah baik.
Apa yang terbaik bagi saya ialah, ia perlu dijelaskan dan dihuraikan secara sistematik dalam konteks pendidikan. Perlu dimasukkan dalam sukatan pelajaran tentang apakah kontrak sosial antara tiga orang pemuka Tanah Melayu sewaktu mahu menerima syarat kemerdekaan daripada pihak Inggeris.Begitu juga dengan isu-isu sensitif seperti tragedi 13 Mei 1969 dan insiden Jalan Kelang Lama pada tahun 2002.
Seumpama sebidang tanah yang disempadani dengan tanah-tanah orang lain. Sebaik-baiknya, sejak kecil lagi anak-anak telah diberitahu tentang batas sempadan tersebut agar kelak apabil generasi tua telah tiada, tiada yang menugal di tanah orang lain. Justeru, bukan nama tuan tanah sahaja yang perlu dikenali, malah karektor tuan tanah juga mesti dikaji. Apa yang dia suka dan sebaliknya.Melalui kefahaman yang sebegitu rupa, bukan sahaja hubungan baik dapat dibina malah sifat kemesraan akan dapat dipupuk. Pada ketika itu, biarpun tanah mereka tidak sama besar, hasil-mahsul yang dituai tidak sama banyak, saiz rumah yang tidak sama bentuk tidak lagi menjadi masalah untuk saling hormat mengjormati.
Tetapi sebaliknya berlaku. Jika generasi tua tidak mengajar anak-anak tentang peri pentingnya menjaga perasaan jiran, menghormati kekayaan tetanggannya, perasaan cemburu dan iri hati akan datang meluap-luap. Apatah lagi dengan tidak tahu di mana batas sempadan tanahnya itu, jiran tetangganya pula dituduh mengambil tanah dan haknya.
Oleh itu, jadikan anak-anak di sekolah lebih bertanggungjawab terhadap masa hadapan negaranya. Kembalikan semua episod suka duka sejarah negara ke dulang santapan minda untuk diteliti sebab akibat, sesuatu peristiwa itu berlaku. Apa yang kita bimbangkan ialah, apabila pelajar di sekolah tidak mendapat gambaran yang jelas tentang sesuatu isu, maka jika ada sesuatu bahan yang tidak bertanggungjawab meracuni mindanya, nescaya mereka akan mudah terpedaya kerana dalam mindanya tiada neraca kebenaran yang menjadi mengadil atara fakta dan auta!
BACA LAGI...

Sunday, October 4, 2009

BANYAKNYA BLOG CIKGU!

Sunday, October 4, 2009
Bookmark and Share
Membiarkan masa berlalu tanpa sebarang catatan dalam ruang ini, terasa sangat mendukacitakan. Namun, begitulah manusia... bila kita buat itu, kita tak buat ini. Kerana itu dan ini menggunakan ruang masa yang sama.
Aku bukan tak ada idea nak digondam dalam blog ini, malah beberapa idea datang sewaktu aku "bertungkus limus" menghasilkan sebuah lagi blog yang aku kira tak kurang pentingnya. Blog tersebut aku namakan Laman Pra Universiti SMK Khir Johari, Tg.Malim.Sebenarnya aku dah lama berjanji nak buat blog khas untuk form 6, tetapi aku seperti tak mampu nak memulakannya.Apatah lagi janji nak memberi kursus dalaman kepada GAT6 untuk membina blog masing-masing. Nasib baik setakat ini masih tak ada lagi cikgu-cikgu yang menuntut janji tersebut.
Cuma, semasa pendaftaran kokurikulum beberapa hari yang lalu, aku melihat perlunya satu wadah yang dapat djadikan sebagai rujukan kepada guru dan pelajar tingkatan 6. Dan, tentunya medianya berasakan web... Justeru malam itu aku cuba memulakan suatu tugas yang penting. Membina blog buat julung kalinya untuk tingkatan enam. Sebelum ini maklumat tentang tingkatan 6 aku tempekkan dalam laman web sekolah. Tetapi, oleh sebab server laman itupun dah tutup... bukan sahaja pautan tingkatan enam hilang, malah laman web sekolah juga dah ghaib!
Setakat ini, laman itu dah aku bina walaupun tak dapat tamplet yang baik. Untuk maklumat aktiviti dan informasi, aku dah masukkan sebaiknya. Selebihnya aku kena jumpa PK Tingkatan 6 untuk dapatkan maklumat terkini.
Hari Jumaat lepas aku dah paparkan laman itu kepada para pelajar 6 rendah yang aku ajar.
"Banyakknya blog cikgu!" Itu yang terpacul dari bibir beberapa orang dalam kalangan mereka apabila dapat tahu aku juga yang handle blog tersebut.
Aku tak dapat jawab secara tepat. Aku cuma berkias-kias, bagi menampakkan aku tak terbeban dalam menguruskan laman tersebut. Cuma, aku berharap agar laman tersbut dapat dijadikan one stop centre kepada para pelajar tingkatan enam dalam mendapatkan maklumat dan melaporkan aktiviti yang dijalankan. Begitulah harapannya...
BACA LAGI...
 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template