The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Tuesday, September 29, 2009

ISU BEBAN TUGAS GURU..

Tuesday, September 29, 2009
Bookmark and Share
Isu beban tugas guru ni sebenarnya dah terlalu banyak diperkatakan. Cuma medannya sahaja yang membezakan setiap isu yang cuba dibangkitkan. Jikai su tersebut dibangkitkan oleh warga pendidik maka ia merupakan suara dari dalam ke luar. Iaitu suara hati warga pendidik yang kian tertekan dengan pelbagai tugas selain mengajar di sekolah. Daripada tugas menanda kehadiran sehinggalah menggaris padang sempena hari sukan merupakan tugas rutin setiap tahun. Bukan itu sahaja, kerana setiap sekolah ada beberapa perayaan yang perlu diurus. Maka, guru-guru akan bertungkus lumus menjayakan majlis sambutan bagi memastikan ia berjalan dengan baik dan lancar. Sedangkan core business guru lebih kepada pengajaran dan pembelajaran.
Tetapi jika pandangan itu dari luar, maka ia pandangan dari luar ke dalam. Ia lebih bersifat memantau kelebihan dan kekurangan profesion keguruan. Justeru, kekadang apa yang diutarakan tidak menggambarkan hal sebenar yang dialami oleh warga pendidik. Jika soal kerja separuh hari, banyak cuti... sebenarnya ia bukan dirasai oleh semua guru. Malah ada yang terpaksa menjaga peperiksaan atau menanda kertas peperiksaan sewaktu cuti sekolah. Walaupun ada yang kata, tugas-tugas tersebut dibayar, tetapi nilai bayaran dengan tugas dan tanggungjawab yang dilakukan sebenarnya tidaklah banyak sehingga menjadi suatu buruan kepada semua guru. Buktinya, tiada siap yang ingin mengawas peperiksaan jika elemen paksa rela dilaksanakan oleh pengetua atau guru besar.
Walaupun cikgu hanya bertugas separuh hari, bukan semua kerja sekolah boleh disudahkan di sekolah. Akhirnya, mereka terpaksa juga membawa semua kerja yang tidak siap ke rumah untuk disudahkan. Keadaan ini tentunya amat berbeza dengan tugas seorang pegawai di pejabat. Semua urusan, jika mahu boleh dibereskan sewaktu dipejabat.
Justeru, jika mahu mengkritik profesion keguruan, ia harus direncana secara adil. Hanya jauhari mengenal manikam.

BACA LAGI...

Monday, September 28, 2009

KEKUSUTAN MINDA...

Monday, September 28, 2009
Bookmark and Share
Terasa benar pada pagi ini aku hanya mengikut putaran minit dan jam yang berlalu. Sedikit mudah, aku tak perlu menghantar anakku ke nursery dan terus saja ke SKTM untuk menghantar tiga orang lagi anakku. Isteriku hari ini mengambil cuti rehat yang masih berbaki dua tiga hari lagi. Katanya penat.
Melewati pintu pagar sekolah, aku mengambil side parking di sisi jalan berdekatan kolam ikan. Hari ini aku memang tak boleh masuk ke kawasan letak kereta di sebelah dewan sekolah sebab roof box aku masih tak dibuka dan pada pagi ini ada Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Perdana PMR. Oleh sebab itu aku memilih untuk meletakkan kereta di situ.
Selepas kelas habis sekitar 8.40 pagi, aku terus menapak ke kantin sekolah. Mengintai-intai apa menu yang dapat membuka selera sambil mengalas perut yang mulai berkeroncong. Ah! kata orang rezeki jangan ditolak... Kebetulan pada hari ini pihak kantin sekolah mengadakan "rumah terbuka" untuk guru-guru , staf sokongan dan staf swasta. Apa lagi aku ambil pinggan dan isi nasi impit sikit dan kuah lontong, sehiris lemang dan rendang hitam (tak tahu nama) dan teh o.
Selepas selesai menikmati juadah tersebut, aku ke bahagian pembayaran, Bukan nak bayar, cuma nak ucap terima aksih dan selamat hari raya. Entah bagaimana aku membuat kesilapan yang terbesar pada pagi ini.
"Eh... sejak bila kerja kat sini?" Aku bertanya pada seorang pembantu kantin sekolah. Diatersenyum-senyum simpul seperti ada yang tak kena dengan soalanku.
"Kak Mazidah, sejak bila dia ni kerja kat sini?" Aku bertanya pula kepada pengusaha kantin sekolah setelah soalan aku tidak dijawab.
"Eh.. Cikgu Malek ni.. dah setahun lebih kerja kat sini.." jawapan Kak Mazidah mengejutkan aku dan menyebabkan aku memandang semula pekerja tersebut..
"Errr... macam bekas anak murid saya lah.." Aku sangat terkejut dengan apa yang berlaku seketika tadi.Suatu keadaan yang tidak aku jangka menjadi satu perkara yang sangat mengaibkan.
"Maaf lah kak.. sejak seminggu ni emosi saya agak tidak stabil..." Aku mencari helah bela diri atau cuba menerangkan hakikat yang sedang aku rasai.
"Kenapa?" Soalnya ringkas..
"Entahlah.. mungkin ada kaitan dengan emak mertua saya yang meninggal dunia kot.."
Setelah mengucapkan terima kasih dan ucapan selamat hari raya, aku beredar dari kantin dan berkira-kira untuk ke bilik disiplin. Lagi pun hari ini aku tak mengawas peperiksaan percubaan STPM.
Aku terus membuka laptop dan menelusuri laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. Membuka semula capaian semakan HLP separuh masa untuk mendapatkan nombor telefon bagi mengetahui surat tawaran yang masih tak sampai-sampai sedangkan tarikh tutup menghantar borang B tinggal dua hari lagi. Akhirnya aku dapat bercakap dengan salah seorang pegawai di bahagian penajaan.
Antara perkara penting yang aku perolehi ialah, aku tidak dibenarkan memulakan pengajianku semula dari semester 1. Sebaliknya aku dikehendaki meneruskan pengajian sehingga sepuluh semester. Ini bermakna aku ada lagi 3 tahun setengah atau 7 semester untuk melengkapkan pengajian aku. Menurutnya lagi, polisi KPM dan JPA adalah untuk membantu para pelajar yang telah memulakan pengajian pada tahun 2008. Walau bagaimanapun seandainya para pelajar tidak dapat menamatkan pengajian dalam tempoh tersebut, maka berlakulah pecah perjanjian dan pelajar tersebut kena bayar balik mengikut figure yang dinyatakan dalam perjanjian. Itu yang menakutkan!
Dalam keadaan yang berbelah bagi, aku cuba menghubungi penyeliaku. Seperti biasa, dia sangat optimis yang aku boleh menyudahkan Ph.D aku dalam semester yang masih berbaki. Malah sewaktu aku dalam semester satu, dia cadanng aku bentang proposal di penghujung semester tersebut!
"Tak mungkin, dia mungkin lupa aku ni part time student kot.. Atau dia ingat aku masih buat M.Ed agaknya.." Bisik hatiku.
Katanya dia akan cuba untuk memperuntukkan masa dalam dua minggu sekali untuk aku. Entahlah.... Realitinya sehingga kini, perkembangannya sangat mendukacitakan...
Fikiranku bersimpul-simpul dan tak tahu macam mana untuk dihuraikan. Dalam hati.. apa yang aku akan kurangkan dalam memberi ruang untuk menggerakkan segala kedrat yang ada bagi melunaskan satu tugas yang kelihatannya sangat sukar untuk dilaksanakan.
BACA LAGI...

Sunday, September 27, 2009

SYAWAL 1430 : SATU MUHASABAH...

Sunday, September 27, 2009
Bookmark and Share
Hari ini genaplah seminggu umat Islam di Malaysia dan di kebanyakan negara menyambut aidil fitri. Yang balik ke kampung halaman sudahpun kembali ke bandar semula. Yang ke bandar, kini telah kembali ke desa dan pedalaman kerana hari ini sudah tamat cuti sekolah. Esok secara umumnya permulaan hari bekerja walaupun sejak dua tiga hari yang lepas telah pun ada yang mula bertugas.
Hari raya aidil fitri disambut dengan pelbagai gaya. Dari membayar zakat fitrah, solat Aidil Fitri berjamaah di masjid dan madrasah sehinggalah berziarah ke rumah sahabat-handai dan juga jiran-tetangga. Juadah hulur menghulur, kuih-muih beraneka warna dan rasa, lauk-pauk tradisi dan moden menanti untuk dijamah.Pendek kata sungguh meriah.
Biarpun diharamkan, masih kedengaran curi-curi bunyi meriam dan mercun di sana-sini sebagai "penceria" suasana perayaan. Entah di mana asal usulnya pun aku tak pasti. Mungkin budaya yang "diwarisi" dari istana dahulu kala. Apabila ada sahaja perayaan di istana maka akan dilepaskanlah beberapa das bedilan meriam ke udara. Cuma, apabila asas bahan tersebut sangat berbahaya, maka kesakitan adalah taruhannya.
Terlebih meriah kiranya, kanak-kanak yang ke sana sini lantaran "kemaruk" mengumpul duit  raya. Ada yang sanggup ke mana sahaja apabila ada peluang. Untuk seketika emak atau ayah jadi banker. Selepas balik semula ke rumah, maka anak-anak tersebut meminta emak atau ayah membahagikan "pendapatan" yang mereka perolehi semasa beraya di kampung.
Ah sungguh meriahnya suasana itu...
Tahun ini aku dan keluarga dengan ketentuan  Allah S.W.T. sungguh terasing daripada fenomena hari raya yang lepas-lepas. Hari raya pertama hingga ke tiga kami berulang alik dari hospital Sg.Buloh dan Taman Bernam, Tg.Malim. Manakala mulai hari raya keempat sehingga hari raya ke enam, aku di Sg.Tengi. Balik Ke Tg,Malim sekejap pada hari pagi raya keenam dan seterusnya ke Sungai Nibung, Sekinchan pada  petang raya keenam dan pulang ke Tg.Malim, sambil menghantar anak ke asrama pada hari raya ketujuh. Itulah putaran kehidupan kami seminggu ini.
Namun, disebalik keterasingan itu, aku sempat membuat retrospektif diri dan mengongsikannya dengan isteri dan anak-anak sewaktu pulang ke Sekinchan.
Secara fitrah tiada manusia yang inginkan sesuatu yang tidak baik atau yang menyakitkan. Namun, dengan qudrat dan iradat Allah S.W.T., sama ada yang baik atau sebaliknya boleh sahaja berlaku. Jika manusia suka akan kebaikan dan keindahan untuk dinikmati, sebaliknya yang sakit dan tidak indah adalah untuk dipelajari. Justeru, kita biasa mendengar ungkapan yang berbunyi "Yang pahit jangan terus dibuang, yang manis jangan terus ditelan, kerana disebalik yang pahit itu adalah ubat manakala di sebalik yang manis itu penyakit".
Cuma, jika tidak dengan ketentuan Allah S.W.T., tiada manusia yang sanggup mengahadapi kesusahan dan kepayahan. Itu kerana ia bertententangan dengan fitrah manusia.Oleh itu, pengalaman selama sembilan hari melalui detik sukar lantaran kehilangan insan yang disayangi pada detik tibanya syawal yang sepatutnya diraikan atas kejayaan menempuh sebulan ramadhan, suatu yang wajib dinilai secara fikiran terbuka dan dada yang lapang.
Sesungguhnya persoalan meletak prioriti atau keutamaan bukan suatu kemahiran yang boleh  dipelajari, difahami  serta diamalkan dengan mudah. Sungguhpun kaunselor boleh mengajarnya secara teori di sekolah, tetapi tanpa pengalaman nyata bagaimana mengurus keutamaan dengan betul, kita akan panik dan dilihat tidak praktikal sewaktu menghadapinya. Justeru, sebagai suami isteri dan ibu bapa kita ada peranan dalam merangka keutamaan tersebut. Memilih antara menghadapi kegetiran dan kegembiraan, bukan sekadar persoalan antara tanggungjawab kita sebagai anak dengan ibu bapa. Malah ia punyai peranan dalam memberi teladan dan pengajaran kepada anak-anak kita sendiri.
Semoga, dengan "kebijaksanaan" yang  kita pilih pada masa kini akan menjadi panduan kepada anak-anak sewaktu mereka berhadapan perkara yang sama atau apa-apa sahaja tetapi memerlukan mereka membuat pilihan pada suatu masa kelak.
BACA LAGI...

Saturday, September 26, 2009

PERUBATAN ALTERNATIF SERASI DENGAN TEKNOLOGI TANPA WAYAR?

Saturday, September 26, 2009
Bookmark and Share
Sejak petang kelmarin anakku yang paling kecil telah menunjukkan gejala demam. Panas badannya yang agak serius menyebabkan petang semalam aku terpaksa membawa anakku ke Bestari Jaya bagi mendapatkan rawatan di klinik swasta. Namun kelihatannya tidak banyak perubahan yang ditunjukkan hasil daripada ubatan-ubatan yang aku perolehi dari Klinik SAI.
Malamnya sekitar 4.30 pagi, kami bersengkang mata melayan kerenahnya yang tak mahu tidur. Macam-macam yang kami usahakana, namun reda rengekkannya hanya berakhir menjelang subuh.
Malam tadi, hampir semalaman aku dan isteriku tidak dapat tidur. Tangisannya bermula lebih kurang jam 12.00 tengah malam. Masuk buai, turun buai, selawat, ayat al-Kursi dan apa-apa sahaja yang terlintas dalam kepala aku akan lagukan. Dengan harapan dia dapat tidur semula dan kami juga dapat tidur. Terkadang rasa cemburu juga dengan adik-beradik lain yang dapat tidur dengan lena (?).
Dingin dinihari yang biasanya mencengkam tulang hitam berganti rasa panas dan merimaskan. Aku terpaksa menekan kipas angin yang terletak di atas alamari pinggan mangkuk untuk menyejukkan badan yang kepanasan itu.
Rupa-rupanya tangisan sederhana kuat itu telah menyebabkan kakak iparku bangun dan selepas itu dia menggerakkan suaminya (birasku) untuk berbuat sesuatu bagi membantu meredakan tangisan anakku itu. Ketika itu jam menunjukkan pukul 4.00 pagi. Birasku mengasingkan dirinya sambil membuat air penawar di dapur. Aku terus berselawat dan berzikir sambil mnegharapkan birasku itu dapat berbuat sesuatu...
Kelihatannya ada sedikit perubahan sewaktu air penawar yang disapukan pada bahagian ubun-ubun anakku itu. Tidak lama kemudian birasku itu menyapukan lagi air pada bahagian ubun-ubunnya. Kelihatannya, tindakan tersebut dapat menghilangkan rasa terkejut-kejut yang dialami oleh anakku itu. Namun, anakku masih lagi menangis.
Lebih kurang pukul 4.30 pagi, aku terpaksa menelefon adikku yang mungkin sedang berada di Kuang. Isterinya yang menjawab dan cuba memberikan beberapa panduan untuk dilakukan terhadap anakku itu. Setelah aku gagal menangkap dengan jelas apa yang perlu dilakkan, akhirnya dia mengejutkan suaminya bangun bagi menjawab panggilan telefonku.
Adikku meminta aku azan, membaca surah Fatihah 3 kali dan 9 hentian ayat Kursi. Kemudian hembus dari ubun-ubun hingga kaki. Lepas itu buat isyarat seolah-olah membuang sesuatu daripada tubuh anakku itu.
Sedang aku membaca surah kursi, tiba-tiba adikku itu menelefon aku. Dia meminta aku mengaktifkan speaker telefon. Lalu, dia membaca ayat-ayat al-Quran menggunakan telefonnya dan aku menghalakan speker telefon kepada anakku.
Kelihatannya ada perubahan yang positif. Hampir sepanjang ayat-ayat Quran dikumandangkan anakku diam. Cuma, sesekali menangis apabila adikku itu sedang ”mengusir” sesuatu dari tubuh anakku itu.
Sekitar 5.00 pagi, anakku berhenti menangis dan mulai mahu menyusu. Sebelum itu memang tidak mahu sama ada susu badan atau susu botol. Apabila anakku itu mahu menyusu, aku sudah berasa sangat lega.
Harap-harap apa yang mengganggu anakku itu pergi dengan ikhtiar yang dilakukan. Alhamdulillah nampaknya teknologi tanpa wayar telefon bimbit boleh diserasikan dengan perubatan alternatif. Bukan semua orang boleh melakukan dengan baik kaedah rawatan alternatif ini. Justeru, dengan telefon bimbit nampaknya boleh menghubungkan antara pengamal perubatan tersebut dengan pesakit walaupun dibatasi jarak yang jauh.
Sesungguhnya ini satu pengalaman yang aku baru lalui. Mungkin aku pernah mendengarnya sebelum ini... Tetapi, pengalaman melaluinya sendiri lebih bernilai walaupun aku terpaksa ”mengorbankan” nikmat tidur yang lena hampir semalaman!
BACA LAGI...

Friday, September 25, 2009

KOLEKSI EMAK MERTUAKU..

Friday, September 25, 2009
Bookmark and Share
Mungkin kerana keletihan atau sebab-sebab yang lain menjadikan ruamah ayah mertuaku ini (dah tukar) masih diselimuti hening pagi. Seluruh isi perutnya masih lena tidur atau ada yang masih sayang untuk bangun meninggalkan toto dan tilam pagi buat memulakan hari yang kelima Syawal ini.
Kedengaran bilik air mula dibuka seawal 6.30 pagi. Bila dah ramai-ramai ni, lewat ke bilik air terpaksa “ambik nombor”. Keadaan itu tentunya tidak menyukakan sesiapa sahaja. Alhamdulillah, sejak kenduri kahwin adik iparku yang bongsu kira-kira tiga tahun yang lalu, bilik air telah ditambah menjadi dua.
Sedikit sebanyak dengan ketiadaan emak mertuaku, pagi kami seperti makanan kekurangan rencahnya. Biasanya kalau anak cucu balik, dialah yang paling segera bangun dan buat itu dan ini di dapur. Anak-anak yang terlewat bangun biasanya akan menyambung kerja-kerja yang beliau sudah mulakan... Kalau tak ada idea nak beli makanan dari kedai, biasanya dia akan masak apa yang ada. Nasi goreng, bihun goreng yang tentunya akan menyebabkan anak-anakku makan tak cukup sepinggan sorang. Tentunya selepas ini menu ”Nasi Goreng Opah” akan membawa kerinduan anak-anakku kepada almarhumah opah mereka.
Cuma, sejak dia sakit kebelakangan ini... Kelihatan agak kurang bermaya. Aku tidak dapat menyukat sekuat mana rasa sakit yang dialami. Tetapi daripada apa yang aku dengar melalui perbualan telefon dengan anak-anak seakan sudah pasrah dengan apa-apa sahaja yang ditentukan Allah S.W.T.
”Jantung emak dah ada masalah... buah pianggang pun sama...” Suaranya seakan seorang yang telah berputus asa. Tiada rasa luahan kesusahan atau pengaduan kepada anak-anak. Mintak segera diurus apa yang patut.
”Tak apalah umur emak pun dah 68 tahun..” Antara luahan yang isteriku pernah dengar ketika berbuka puasa bersama-sama kira-kira seminggu sebelum dia dimasukkan ke hospital.
Cuaca di luar semakin cerah dan bahang kepanasan mulai menjalar ke dalam tubuhku... Anak-anak perempuan kedengarannya sedang menyelongkar gerobok pakaian yang sarat dengan pakaian emak mertuaku... Sepanjang hayatnya masih ada, tak ada yang berkeppentingan hendak menyelongkarnya.
”Ya Allah, punyalah banyak kain baju emak yang masih elok...” Kedengaran suara Mak Lang (panggilan anak-anakku) memecah keheningan.
”Mak Su... nah ini ngko punya...” Suara Mak Ngah pula menyerah sesuatu kepada isteriku.
”Ya Allah, sanggup dia pakai yang lama... yang aku berikan tak pakai pun..” Itulah emak mertuaku, selagi masih boleh dipakai dia akan memakainya.
Tengah aku mencari idea menulis sesuatu pada laptop usang ini..
”Bang, nak tengok duit lama..?” Celah suara adik iparku yang bongsu sambil menghulurkan sesuatu padaku.
”Wah duit lama betul ni....” Aku sangat teruja untuk mengetahui tarikh yang tertera pada siling satu sen itu. Lalu aku segera ke dapur dan mengambil asam jawa untuk membasuh permukaan siling tersebut. Tertera dengan jelas tulisan STARAITS SETTELEMENTS bertarikh 1895!
”Ada lagi ke siling lain dik?” Aku meminta kalau-kalau ada lagi siling yang lain. Dalam kepala aku tidak ada lain... aku akan muatkan dalam blog aku lah.
Tidak lama kemudian adik iparku memberi satu bungkusan plastik kecil. Ada beberapa siling lama. Tetapi aku hanya berminat terhadap empat keping siling kesemuanya. Siling paling lama bernilai lima sen bertarikh1887. Kini siling tersebut berusia 122 tahun!
Selepas itu aku meminta kalau ada lagi barang-barang antik yang lain kepunyaan emak mertuaku untuk ku abadikan melalui lensa Nikon D60 aku. Sepasang subang yang dibeli sewaktu emak mertuaku anak dara. Ketika itu usianya 19 tahun. Jadi usia subang itu kini mencecah 49 tahun.
Sebuah tepak sirih yang dibeli sewaktu kakak iparku yang kedua mendirikan rumah tangga kira-kira pada awal tahun 1980an, masih berkilat dan masih lagi sesuai digunakan dalam majlis-majlis pertunangan atau pernikahan. Kelihatannya tepak sirih itu dijaga dengan baik.
Empat bekas celak yang tentunya berlainan tarikh ia disimpan berdasarkan kepada warna pada bekas tersebut menjadi bahan rakaman kemeraku yang seterusnya.
Sebentuk cincin bersaiz kecil yang entah dari mana asal-usulnya turut menjadi simpanan emak mertuaku. Adik iparku yang bongsu memakaikan pada anakku yang berusia tiga tahun.
”Dani, nah opah bagi..” Sambil menyarungkannya pada jari hantu sebelah kanan tangan anakku itu. Kami tak pasti material cincin itu. Berwarna kekuningan serta ada batu berwarna oren atau jingga.
”Rasanya cincin yang Andak jumpa kat pokok rambutan dulu..” Celah abang iparku setelah menelek seketika cincin tersebut.
Tersengih-sengihlah anak dara cilikku itu dapat sebentuk cincin. Memang dah lama dia nakkan cincin. Cuma aku saja yang menggula-gulakannya dengan janji-janji kosong. Sebab, aku rasa dia masih belum pandai menjaga barang-barang kemas. Dan, ditambah pula dengan harga emas yang hampir mencecah RM 130 segram.
Lewat petang, aku terpaksa membawa anakku yang kecil ke klinik kerana badannya agak panas. Ke Tg.Malim atau ke Bestari Jaya (Batang Berjuntai)?
”Hah.. ke Juntai je, kalau ke Tg.Malim, nanti terus ke rumah pulak... Langsung tak datang-datang” Gurau kakak iparku.
”Ialah.. kat Taman Bernam Baru tu memang ada Klinik...” Aku menambah lagi
”Ialah tu.. terus ke nombor 88 pulak..” Diakhiri dengan deraian ketawa.
Sampai di Bestari Jaya, klinik yang dimaksudkan masih lagi tutup. Aku melilau-lilau mencari klinik lain yang buka... Lalu aku masuk ke Klinik SAI yang pintunya terbuka.
Mengikut diagnosis doktor, anakku sememangnya demam. Suhu badan mencecah 39ÂșC. Ada tiga kemungkinan. Pertama kemungkinan alergi, kedua ruam dan ketiga kudis buta. Tetapi jika doktor memberi ubat terhadap masalah allergi, ubat yang akan diberi akan supress ubatan yang lain. Mungkin menyebabkan semua tak sembuh. Jadi, dia mencadangkan agar rawat terlebih dahulu demam dan kudis buta. Minggu depan dia suruh aku datang semula. Entahlah sama ada itu adalah strategi business atau prosedur klinikal yang sewajarnya dilakukan. Aku lupa nak tanya namanya.. Cuma dia kata dia ada pada hari khamis, sabtu dan ahad kat situ.
Maghrib semakin tua sewaktu aku keluar dari klinik tersebut. Lalu, aku terus ke masjid India yang terletak dalam kawasan pekan Bestari Jaya itu..
BACA LAGI...

PERGI TAK KEMBALI..

Bookmark and Share
Catatan ini aku buat secara off-line kerana ketiadaan liputan 3G Celcom manakala liputan GPRS pula terlalu lembab. Mana-mana pelanggan sesuatu perkhidmatan tentunya mengharapkan perkhidmatan terbaik bagi nilai ringgit yang dibayar. Namun, nampaknya aku terpaksa menerima hakikat bahawa adalah silap meletakkan sesutu piawai yang tinggi terhadap mana-mana aplikasi perkhidmatan selular. Kerana ia bergantung rapat dengan jarak dengan “pemancar” dan bentuk geografi sesuatu kawasan. Jangan pula terlalu terpersona dengan tagline sesuatu syarikat yang menyediakan perkhidmatan selular tersebut. ”Liputan terluas”, ”Liputan terbaik”, bla bla bla...
Lihatlah realitinya, apa-apa juga perkhidmatan yang dibuat mesti bermula dari bandar. Kerana, di situ terdapat nilai wang yang menentukan untung rugi sesuatu syarikat. Untuk kawasan luar bandar pula sekadar ada cukup lah! Kalau tak ada, kata sahaja... ”Kita akan memastikan capaian jalur lebar ke seluruh negara menjelang 2013... atau penghujung Rancangan Malaysia Ke-9... atau ”Kita akan memastikan seluruh rakyat Malaysia mendapat akses kepada internet jalurlebar tanpa wayar sepenuhnya tidak berapa lama lagi..”Apa bezanya dengan janji politik? Kes ASTRO yang berjanji akan memastikan perkhidmatan televisyen tidak akan terganggu walaupun hujan lebat!! Macam mana? Ah sudahlah...
Sebelum ingatan terhadap peristiwa yang terakam dalam mindaku ini semakin mencair dan melupus dan akan kekal secara terpisah-pisah, baiklah aku catatkan dalam ruang ini agar ia akan kekal selagi internet masih boleh diakses, selagi aku tak tutup terus blog ini daripada capaian umum. Hehe.. kalaulah...
Catatan ini aku mulakan selepas aku sampai ke rumah arwah emak mertuaku sekitar 1.00 pagi. Posting yang aku buat sebelum ini sebenarnya aku buat di Tg.Malim, sewaktu isteriku sedang berkemas-kemas segala-gala yang patut sebab kami mungkin akan berada di Sg.Tengi sehingga Sabtu.
Jenazah, semasa aku masuk ke rumah di letakkan di ruang tengah antara dapur dan ruang tamu dengan kakinya dilunjurkan ke arah kiblat. Begitulah pesannya kepada adik iparku semasa hayatnya masih ada. Bapak mertuaku ada juga mencadangkan agar diletakkan di ruang tamu, tetapi akhirnya bapak mertuaku setuju memandangkan keadaan ruang tamu yang agak uzur itu akan membawa suatu yang tidak baik apabila diisi dengan orang ramai sewaktu solat jenazah nanti. Nampaknya di sekeliling jenazah, kakak iparku serta seorang cucunya sedang membaca surah Yaasin. Sebenarnya selepas emak mertuaku menghembuskan nafasnya yang terakhir anak cucu telah mula membaca ayat-ayat al-Quran. Bacaan itu dilanjutkan sehingga ke bilik mayat (forensik) dan sewaktu dalam perjalanan balik setelah dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan di hospital.
Selepas aku mengambil wudhuk aku mengambil giliran pula membaca tahlil dan menyambung ayat-ayat al-Quran daripada anak-anak buah yang membaca lebih awal. Namun, dengan keadaan yang agak letih, aku hanya mampu bertahan sehingga pukul 2.30 pagi... Selepas menyerahkan kitab al-Quran kepada anak buah yang sedang menuntut di UiTM, Arau, aku terus tergolek! Aku sedar.. isteriku ada mengejutkan aku entah pukul berapa... tetapi mataku tersangat berat untuk dibuka menyebabkan aku terus terlena... Alhamdulillah, mengikut ceritanya... sepanjang malam bacaan ayat-ayat suci Al-Quran tidak putus...
Aku kira, akulah keluarga yang terakhir sampai, rupa-rupanya keluarga Pak Chu dan Pakcik Nasir (adik arwah emak mertuaku) lebih lewat sampai kerana mereka bertolak agak lewat dari Batu Gajah.
Dingin pagi yang mencengkam serta hening malam, menjadikan tidur aku agak lena... Aku terlupa kalau aku tidur dalam ruang yang sama di mana jenazah berada. Tidak ada rasa gementar atau takut dan sebagainya.
Aku terjaga sepenuhnya sewaktu azan subuh dikumandangkan dari masjid yang terletak kira-kira 3 km dari rumah. Memandangkan sekejap lagi rumah arwah emak mertuaku ini akan dikunjungi sanak saudara, sahabat handai jauh dan dekat aku terus mandi sebelum menunaikan solat subuh.
Mengikut perancangannya, solat jenazah kali kedua (pertama di hospital) akan diadakan sekitar 9.00 pagi. Orang ramai telah mulai datang sekitar 7.30 pagi... Namun, masing-masing berada di luar rumah kerana ruang di mana jenazah diletakkan masih lagi bergema dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran. Menjelang jam 8.30 pagi, kami di minta masuk untuk mengangkat jenazah dan meletakkannya pada kedudukan yang sepatutnya untuk solat jenazah.
Kedudukan yang betul ialah, bahagian kepala di sebelah kanan dan bahagian kaki pada sebelah kiri. Tentang kedudukan itu, aku menghubungi adikku yang biasa mengurus jenazah setelah aku gagal menghubungi emakku pada pagi semalam. Pada awalnya ku menjangkan solat jenazah akan dimulakan lebih awal. Rupa-rupanya mereka meminta kami membaca sesuatu sementara menunggu solat jenazah. Justeru, birasku mencadangkan agar kami membaca tahlil...
Aku memimpin bacaan tahlil... Tidaklah lancar sangat, tetapi apa susah... dalam buku ada! Aku mengepalai bacaan tahlil dengan merujuk kitab kecil Yaasin... Namun, belum sempat berzikir... ketua yang diberi amanah mengurus segala persiapan meminta kami menghentikan bacaan tahli... untuk memberi laluan kepada upacara solat jenazah..
Ketika aku mengetuai bacaan tahlil... tiba-tiba bapak mertuaku menghampiri aku dan meminta aku membuat ucapan bagi pihaknya selepas usai solat jenazah. Aduss.. ini pengalaman baru nampaknya... Semalam aku ada juga menyatakan perkara ini kepada abang iparku sebagai anak sulung lelaki. Tetapi, entah sama ada bapak mertuaku ada berbincang dengan dia atau ini semua 100% perancangan bapak mertuaku.. aku tidak pasti. Sudah pasti perkara ini memberikan satu lagi tekanan kepada aku!!!
Solat jenazah berjalan dengan lancar. Ruang tengah itu penuh nampaknya... tidak pasti sama ada ada yang tak sempat solat jenazah... Antara muka-muka yang aku perasaan semasa aku menyampaikan ucapan di ruang serambi rumah ialah bapakku, adikku dan adik iparku yang tak pasti bila datangnya.
”Assalamualaikum wmth.wbt. Bismillah hi rohman nir rohim.. Alhamdulillahi rabbil ’alamin wassolatu wassalam wa ’ala alihi ’ala asrofil ’anbiyai wal mursalin wa’ala alihi wasohbihi ajmain. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalin. Saya mewakili ayah mertua saya, ayahanda Mohamed Li dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadirat tuan-tuan dan puan-puan bagi menyumparnakan solat jenazah atas almarhumah emak mertua saya, bonda Jeriah binti Saari.
Sehubungan dengan itu, saya memohon kemaafan dari hujung kaki sehingga hujung rambut atas segala keterlanjuran kata-kata dan tingkah lahu yang menyentuh hati tuan-tuan dan puan-puan sepanjang beliau berada di kampung ini. Selain daripada itu, sekiranya ada lagi hutang-piutang yang masih belum dibayar... hendaklah menuntut hutang tersebut kepda waris-waris yang ada. Sekian, terima kasih.
Segala urusan solat jenazah dan memasukkan jenazah ke van, berjalan dengan lancar dan van jenazah mula bergerak meninggalkan rumah sekitar 9.25 pagi. Aku begerak mengekori van beberapa minit kemudian kerana terpaksa menenangkan isteriku yang terlalu hiba dengan senario itu. Dia ingin mengikut sekali ke tanah perkuburan, tetapi aku menghalangnya kerana beberapa sebab. Pertama, kerana fitnah. Maklumlah ramai orang lelaki yang datang ke tanah perkuburan untuk membantu menguruskan pengebumian jenazah... Justeru, mereka boleh saja membuat pelbagai andaian dan penilaian terhadap kaum hawa yang datang ke tanah perkuburan.. Termasuk pandangan-pandangan nakal...
Kedua, dibimbangi isteriku tidak taham melihat peristiwa pengebumian dijalankan... Takut sama ada meraung-raung atau pengsan! Sudah tentu akan menimbulkan keadan yang tidak berapa cantik dan dibimbangi akan memberi kesan kepada jenazah. Jadi, untuk memujuknya, aku janji akan membawanya ke tanah perkuburan sebaik sahaja orang ramai beredar... Nampaknya dia menerima cadangan aku..
Proses pengebumian jenazah berjalan dengan pantas. Sewaktu aku sampai, jenzah telah berada di liang lahad.. Aku segera menyingsing seluar dan membuat apa-apa yang patut termasuk mencangkul tanah untuk menutupi permukaan kubur. Termengah-mengah juga sebab dah agak lama tak penggang cangkul... Sempat birasku menyindir aku...
”Biasa mencangkul keyboardkan....” Aku ketawa kecil akan sindiran itu...
Menjelang jam 9.50 pagi, proses pengebumian selesai dan acara pembacaan talkin bermula. Pada ketika ini aku rasa sangat sayu... Aku seperti tak mampu mengangkat kepala... Air jenih menitis membasahi pipiku lalu jatuh ke atas hamparan tikar yang aku duduki.
”Tinggallah emak di alam barzah sehingga hari kebangkitan... Terima kasih kerana memberi peluang menumpang kasih dan jasa selama 16 tahun bergelar anak menantu. Inilah yang termampu aku lakukan dalam melaksanakan khidmat kepada emak di dunia yang fana ini... Mohon dihalalkan segala makan minum dan dimaafkan segala kesilapan dan kekhilafan mana-mana yang menyentuh hati dan perasaan emak.....” Ungkapan yang berlegar-legar dalam laut fikir yang bergelora itu ternyata menambah deras linangan air mata yang cuba kuempang-empang tetapi ternyata aku tidak berdaya...
Menjelang 10.10 pagi, selesailah acara pengebumian jenazah emak mertuaku. Sewaktu anak-cucu sedang menyiram air mawar, aku segera balik ke rumah untuk mengambil isteriku. Aku fikir, inilah saatnya yang sesuai untuk membawanya datang ke tanah perkuburan.
Sesampai di kawasan perkuburan, tinggal van Pak Chu sahaja yang belum bergerak balik. Aku, isteriku, anakku yang berusia 3 tahun, anakky yang sulung dan adik iparku yang bongsu menapak longlai menuju ke kubur emak mertuaku yang baru selesai di talkinkan. Aku mencapai tikar plastik yang terselit dicelahan kanopi yang menaungi beberapa buah kubur itu. Syukurlah isteriku dapat menerima hakikat kepergian ibunya yang tercinta. Inilah antara yang aku bimbangkan... Sebab, sewaktu dia diberitahu emak mertuaku telah meninggal dunia dia terus menelefon emakku (emak mertuanya) sambil menangis mengatakan emaknya dah tak ada lagi... Aku tak tanyapun apa yang emakku nyatakan kepadanya... Keadaan yang hampir sama berlaku sewaktu adik iparku (isteri adikku betul) menghadapi kepergian emaknya... dia pun enelefon emakku mengatakan perkara yang sama... Jauh di sudut hatiku, barangkali hanya emak mertua sahaja yang boleh mendamaikan anak-anak menantunya yang kehilangan emaknya...
Alhamdulillah, kami sempat bertahlil sehingga selesai. Sesudah itu, kami cuba memahamkan anakku yang 3 tahun itu tentang ketiadaan opahnya yang pergi dan tak akan kembali-kembali lagi... Dan selepas ini sudah tiada lagi nama ”opah” dalam alam realiti ini... Apa yang ada hanyalah dalam lipatan ingatan sesiapa yang pernah merasai hidup bersamanya...
BACA LAGI...

Tuesday, September 22, 2009

BEGITULAH KETENTUAN ILAHI...

Tuesday, September 22, 2009
Bookmark and Share
Jodoh pertemuan, ajal maut  di tangan Ilahi. Biarpun seribu ikhtiar kita, jika itu ketentuan-Nya, tiada sesiapa juga yang dapat menghalangnya. Begitulah ketentuan Allah S.W.T. terhadap emak mertuaku... Sesampai di Balai Pelawat, aku mendapat berita daripada kaka iparku bahawa emak dah boleh membuka mata sedikit bila kita panggil namanya... Tentunya itu satu berita yang sangat menggembirakan...
Lebih kurang pukul 3.00 petang, sewaktu kami sedang berkira-kira hendak menggilirkan sesiapa yang akan ke wad ICU, abang iparku mendapat panggilan daripada pihak wad ICU. Nampak macam sangat penting... Dalam keadaan sebegitu, aku memberi peluang dan ruang kepada isteriku untuk naik ke atas sementara aku menjaga anak-anak.
Lebih kurang pukul 4.00 petang, aku membwa anakku yang dua orang itu duduk-duduk di ruang legar taingkat bawah hospital. Tatkala itu aku mendapat panggilan daripada isteriku agar segera naik ke atas dan dia turun untuk menjaga anak-anak kami.
Pada mulanya sewaktu aku masuk ke ruang tempat menunggu tiada siapa yang dibenarkan masuk kerana doktor sedang membuat usaha terakhir.. Namun menurut adik iparku, emak mertuaku telah 15 kali dikenakan kejutan elektrik bagi membantu jantungnya berfungsi... Ah.. sayup sekali rasanya.
Lebih kurang pukul 4.40 petang, kami dibenarkan masuk seramai empat orang. Aku diminta masuk sekali oleh adik iparku... Sewaktu menhadap tubuh emak mertuaku yang sepenuhnya pernafasannya dibantu oleh mesen, aku hanya nampak bahagian dadanya turun dan naik sahaja... Kesempatan yang ada, kami gunakan untuk membaca Surah Yaasin. Alhamdulillah aku sempat menghabiskan Surah Yaasin dan pada akhir bacaan surah tersebut aku hembuskan pada ubun-ubun emak mertuaku... Aku menunggu bapak mertauku serta kakak iparku siap membaca surah Yaasin untuk membaca doa Yaasin.
Tiba-tiba skrin monitor berbunyi .. aku nampak nurse menekan butang tertentu dan kambali normal... dan tidak lama kemudian berbunyi lagi.. dan pada kali ini doktor sampai dan memeriksa kedua-dua belah mata emak mertuaku... Kemudian, adik iparku ditarik oleh doktor bagi menyatakan sesuatu..Tidak lama kemudian, abang iparku memeluk bapak mertuaku sambil menangis... Aku jadi panik...
"Doktor kata, emak dah tak ada.." Ujar abang iparku ..
"Inna Lillahi Wa Inna Ilaiha Rajhi'un" Menurut doktor yang mengesahkan kematian, emak mertuaku meninggal dunia sekitar jam 4.40 petang.
Tiba-tiba dadaku rasa sebak... Lalu, lintasan episod-episod akhir bersama emak mertuaku itu datang bertamu di ruang fikiranku. Daripada aku mengajaknya berjumpa doktor pada malam Jumaat (hari khamis) sehingga aku membawanya ke hospital Sungai Buloh terpampang jelas dalam arca fikiranku... Itulah kali terakhir aku melihatnya boleh bercakap... Kerana selepas itu, bermula pada hari Sabtu, emak mertuaku itu sudah tidak sedarkan dirinya...
Sesungguhnya aku rasa sangat bersyukur kerana dikurniakan emak mertua seperti beliau, sepanjang aku menjadi anak menantunya, aku tidak rasa sesuatu tembok yang menyukarkan komunikasi atau apa sahaja. dengan beliau  Seperti dalam kes yang terakhir ini.. Aku seakan memaksa emakku sendiri ke hospital apabila beliau dilihat tidak sihat serta bengkak pada bahagian kakinya...
Rupa-rupanya aku baru tahu daripada isteriku... mak mertuaku itu beria-ia benar hendak beraya bersama-sama anak cucunya. Antara persiapannya ialah 4 kg daging rusa, 3 dozen air berkabonat dan tikar getah yang baru. Tetapi semuanya itu rupa-rupanya untuk mengumpulkan seluruh anak cucunya pada hari "pemergiannya" pada hari ketiga Syawal...
Namun, di sebalik rasa sedih dan sugul ini, aku terasa sangat bersyukur kerana anak-anak sempat menghadapnya pada saat sakaratul maut... Di samping diiringi dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran Al-kareem dan bisikan ucapan syahadah ke cuping telinganya. Kelihatan di tepi alur matanya genangan air mata ..  Mungkin sebagai tanda perpisahan dengan kami semua... Semoga roh emak mertuaku itu akan ditempatkan di sisi hamba-Nya yang mendapat limpahan keampunan dan kerahmatan Allah S.W.T. Al-Fatihah...
BACA LAGI...

EMAK MERTUAKU DIMASUKKAN KE ICU...

Bookmark and Share
Menghadapi kondisi yang kritikal sebegini boleh sahaja kita terlalu emosi. Apatah lagi ia melibatkan orang yang disayangi. Orang yang telah membesarkan kita sejak sebesar telapak tangan sehinggalah berumah tangga dan beranak-pinak, tidak putus-putus harapan dan doanya melimpahi atas kebahagian anak-anaknya. Begitu juga, risaunya tidak putus-putus atas kesemua anak-anak lantaran ingin melihat suatu yang terbaik buat mereka. Masa kecil risau akan makan pakainya, pelajarannya. Apabila telah meningkat dewasa, riau pula jodohnya yang mungkin terlewat sampai atau tercepat pula datangnya. Dan, apabila telah bercucu risau pula akan cucunya melebihi ayah dan ibunya. Pendeknya, selagi nyawa dikandung badan rasa kebertanggungjawaban terhadap anak-anak tidak akan putus biarpun si anak telah berumah-tangga sendiri dan tinggal berjauhan.
Perasaan itu aku sedang memahaminya daripada reaksi isteriku apabila emak mertuaku sejak 5.30 petang semalam telah dipindahkan ke ICU. Aku kira rawatan yang diterima sehingga ini tidak kurang juga rapinya cuma masih dalam wad terbuka lantaran wad ICU yang penuh. Anak dan cucu beberapa hari ini tidak putus-putus membaca Surah Yaasin di sisi emak dan opahnya bagi mengharapkan suatu yang terbaik buatnya. Itu antara yang berulang-ulang kali dipesankan oleh emakku sewaktu aku mengkhabarkan kepadanya tentang emak mertuaku yang telah tidak sedarkan diri.
"Yaasin adalah yang terbaik kepada orang yang sakit. Ia mungkin jadi penyembuh jika sembuh itu lebih baik baginya, dan ia akan menjadi pengiring kepadanya jika kematian itu lebih baik baginya.."
Cuma, mulai semalam emakku berpesan lagi agar turut membaca Surah Ar-Ra'du supaya roh emak mertuaku dalam keadaan tenang serta dua ayat terakhir surah At-Taubah. Ini disebabkan keadaannya semakin kritikal, beberapa organ dalam badan semakin menunjukkan simptom tidak berfungsi atau gagal berfungsi dengan baik.
Apabila emak mertuaku dimasukkan ke ICU, bererti kami tidak boleh melakukan apa yang telah kami lakukan sejak beberapa hari ini. Melawat hanya semasa masa lawatan dan sangat terhad tempoh masanya. Itu yang aku sesalkan... Jika boleh alunan surah-surah Al-Quran itu perlu dikumandangkan menerobosi gegendang telinganya. Agar segala gangguan syaitan dapat dihindari.. Insya Allah. Justeru, dengan keterbatasan ini kami hanya mampu mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dari kejauhan dengan harapan ia akan sampai kepadanya.
Memahami hati seorang anak yang mungkin semakin tipis harapannya untuk melihat emaknya pulih persis sedia kala kekadang perlukan kesabaran yang tinggi. Semasa kami pulang dari hospital sekitar jam 11.00 malam tadi, aku sepatah tidak bercakap apa-apa. Mungkin sedikit perselisihan pendapat berlaku apabila isteriku mahu mengajakku melawat emak mertuaku di ICU sekitar jam 9.00 malam. Aku menolak kerana anakku yang kecil itu susah nak ikut orang lain.. Kalau dibuatnya menangis semasa kami berada di wad? Aku memberitahunya agar mengajak anakku yang sulung untuk menemaninya. Lagipun melawat di luar masa lawatan di wad ICU tidak semudah di wad biasa..
Akhirnya, sekitar 10.45 malam isteriku masih tidak turun-turun. Justeru aku menelefonnya sama ada hendak balik atau tidak. Dengan hati yang agak keberatan, dia akan turun sebentar lagi... Baru aku tahu dalam tempoh sejam lebih itu, isteriku masih gagal masuk ke wad kerana doktor sedang menjalankan tugasnya..
Balik atau tidak balik? Dalam kondisi ini aku agak fleksibel, jika tidak balik dan tidur di Balai Pelawat, aku tidak kisah.. Tetapi, isteriku juga yang menyatakan sebelum ini, katanya kesian kat anak-anak yang kecil .. Jadi aku ikut saja...
BACA LAGI...

Monday, September 21, 2009

2 SYAWAL YANG HENING..

Monday, September 21, 2009
Bookmark and Share
Melalui deretan rumah kedai yang diduduki warga Indon tidak jauh dari rumahku semasa aku melewatinya untuk ke pasar, aku terpandang beberapa orang penghuninya duduk melepak sambil mengisap kretek. Barangkali itulah caranya untuk merayakan hari raya kedua di perantauan. Baginya hari raya hanya solat sunat aidil firi.. lepas itu kehidupan perlu diteruskan. Namun, memandangkan masih lagi cuti atau mintak cuti.. masa yang ada digunakan dengan berbual-bual dengan rakan-rakan sambil menyedut asap keretek. Suasananya tidak jauh berbeza dengan bulan Ramadhan, cuma kali ini mereka tidak lagi silu untuk makan minum serta menghisap keretek di hadapan "rumah kongsi" mereka itu.
Tiba-tiba saja aku jadi prihatin dengan perlakuan mereka. Walhal, setiap hari aku melalui deretan rumah kedai tiu.Ternyata perasaan yang aku tidak pernah undang itu datang bertamu juga. Walau seusia ini, rupanya ada kesan yang agak mendalam apabila hari raya tidak balik kampung. Tidak di Sekinchan dan tidak juga di Sg.Tengi.. Suasana hari raya langsung tidak aku rasakan.Macam cuti-cuti biasa sahaja. Dalam kapala hanya berfikir bagaimana yang di hospital apabila berada di rumah. Dan, apabila berada di hospital pula terfikir bagaimana di Sekinchan dan di Sg.Tengi? Tentunya saudara mara bertanya, Malek tak balik ke raya ni wak atau paman atau apa-apa pangkat panggilan emak dan bapakku.. Dan, tentunya emak dan bapakku akan kata emak mertuanya kritikal di hospital Sg.Buloh. Jawapan yang memang akan menyebabkan sesiapa yang mendengarnya faham mengapa aku tak beraya di kampung.Namun, rasa rindu pada suasana hari raya di kampung halaman masih juga terasa. Kini, aku sedang melaluinya... Bukan suatu agak-agakkan tetapi suatu kenyataan...
Pagi ini bertambah rasa pelik, apabila hari raya kedua aku berada di pasar membeli ikan serta sayuran untuk dibawa ke hospital. Bukan untuk yang sakit tetapi untuk sanak saudara yang datang dan pergi. Kini, balai pelawat sudah seperti dikuasai oleh sanak-saudara belah isteriku. Daripada kuih-muih sehingga ketupat, lemang dan rendang ada disediakan. Macam rumah terbuka lakunya. Pihak security guard yang ada di situ sudah mangli dengan gelagat dan tindak laku anak-anak kecil menangis, menjerit serta orang dewasa yang ketawa berdekah-dekah apabila rasa lucu singgah dalam perasaanya.
Aku kaget apabila mendapati harga ikan kembung sederhana besar sekilo RM13! Ah.. sepatutnya murahlah sebab orang masih lagi sakan makan daging dan ayam! Rupanya tidak, kerana laut bergelora dan masih ramai nelayan yang belum turun ke laut...
Wajah-wajah yang biasa aku temui ketika di pasar ikan tidak kutemui... hanya penjualnya sahaja yang aku cam wajahnya. Mungkin anak-anak Tg.Malim yang balik beraya barangkali...
Sekejap lagi selepas siap masak, kami akan bergerak lagi ke hospital untuk kesekian kalinya. Melihat perkembangan terkini tentang emak mertuaku... Mudahan ada ketakjuban berlaku! Kerana Allah S.W.T. lagi berkuasa... Walaupun panggilan telefon masih menyatakan keadaanya tidak jauh daripada semalam...
Kerana aku yakin kita tidak salah berharap dan berdoa... Kerana kita tidak mengharap dan berdoa kepada manusia!
BACA LAGI...

Sunday, September 20, 2009

CATATAN LEWAT 1 SYAWAL..

Sunday, September 20, 2009
Bookmark and Share
"Assalamualaikum, kami datang nak beraya" Kelihatan beberapa orang kanak-kanak berada di luar pintu pagar ruamahku... Kalau tidak silap hitunganku seramai enam orang.
"Wa'alaikum salam, hmmm minta maaflah dik... pakcik nak bersiap ke hospital" Itu jawapan yang terpacul dari bibirku setelah beberapa kali keluar masuk rumah sama ada nak membenarkan tetamu cilik itu masuk atau sebaliknya. Rumahku.. memang bukan dalam suasana hari raya. Pakaian yang belum berlipat memenuhi sofa serta beg-beg pakaian yang aku punggah semula dari roof box keretaku sedang menunggu masa untuk dipunggah semuala....Kuih raya? Secebis pun tak ready!
"Tak apalah pakcik... Selamat Hari Raya.." Ucapan salah seorang daripada mereka. Barangkali ketua yang mereka lantik bagi mengepalai rombogan baraan itu.
Sedang aku sibuk menyiapkan apa yang patut, baru aku teringat..
"Ya Allah.. kenapa aku tak bagi duit raya!!! Tak apalah tak masuk rumah asalkan dapat diberikan duit rayanya yang tak seberapa.." Hatiku bagai menjerit apabila aku sedar aku tak meraikan apa-apa kepada tetamu cilik tadi. Dan, sewaktu aku sedar, mereka telah hilang daripada pandangan...
Begitu begini... sekitar 11.30 pagi baru kami keluar dari rumah... memang bukan mudah mengurus sebuah keluarga yang agak besar ini... Alhamdulillah, roof boox yang aku beli hasil wang kutu isteriku itu memang sangat berguna. Dua beg besaiz agak besar dan empat beg bersaiz kecil memang sedang-sedang muatnya. Namun, untuk memunggah masuk dan keluar bukan suatu kerja yang enteng. Terutama ketika memunggah keluar, kedudukan badan mesti betul dan bersedia untuk menanggung beban... boleh tersalah urat atau tergeliat dibuatnya.
Oleh sebab kepala masih bercabang dan dilingkungi dengan suatu lingkaran ketidakpastian... memunggah masuk beg-beg ke dalam roof box sekadar untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang ada sahaja... Rasanya dengan kondisi emak mertuaku yang masih tidak sedarkan diri di Hospital Sungai Buloh, aku tidak menjangka kami akan bergerak lebih jauh dari Tanjong Malim dan hospital tersebut. Kalau aku tidak melihat semua ini telah menjadi prioriti yang terbaru... petang sabtu aku sudah berada di Sekinchan. Merayakan hari raya dengan sewajarnya bersama keluarga. Tetapi buat apa... sedangkan di sini suasana murung dan muram menyelubungi wajah-wajah yang datang dan pergi.
Sepanjang perjalanan ke hospital traffic bergerak sangat selesa... Masih tidak banyak kenderaan menuju bandaraya...Oh.. ialah hari raya pertama! Dan, keretaku akhirnya masuk ke medan letak kereta sekitar 12.20 tengah hari...
"Harap-harap aku lebih awal sampai daripada emak, bapak dan adikku.." Justeru, semasa aku meletakkan kereta, aku meninjau-ninjau kereta Kelisa adikku di sekitar medan letak kereta yang sangat luas itu. Kerana, itulah pesan adikku tadi agar kami bertemu di situ bagi memudahkan urusan hendak menziarahi emak mertuaku. Oleh sebab mereka belum sampai, kami terus bergerak ke tingkat satu...
"Kenapa escalator ni tak berfungsi encik?" Tanyaku pada seorang security guard yang bertugas di tepinya.
"Hari raya encik.. diapun nak rehat.." Hah? guarauan atau sebaliknya? Hatiku mematut-matutkan perlunya escalator tu berfungsi. Lebih-lebih lagi dengan ketibaan hari raya ini, sudah pasti ramai sanak saudara yang datang menziarahi kaum keluarga yang sakit dan tidak dapat beraya bersama keluarga mereka. Alih-alih tak berfungsi pulak! Dengan hati yang menggerutu itu kaki melangkah juga pada escalator yang kaku macam batu itu...
"Benda ini sepatutnya membawa orang... bila kita berjalan di atasnya, jadi susah... anak tangganya tinggi.. huh!!!"
Menghampiri ruang legar di tingkat satu, ramai yang menunggu di laluan ke wad... Masing-masing dengan pakaian hari rayanya. Bukan tak boleh masuk, cuma kanak-kanak 12 tahun ke bawah (yang belum ada kp) tak boleh masuk ke wad.... Jadi ibu bapa lah yang menjaga anak-anak masing-masing sementara menunggu yang lain masuk ke wad..
Aku berkesempatan menziarahi emak mertuaku sekitar 1.00 petang  Setelah memberi laluan untuk isteriku terlebih dahulu bersama anakku yang sulung. Tugas aku mengawal anak-anakku yang semakin sukar menerima arahan. Di ruang menunggu itu cabarannya ialah minuman dan jajan yang dijual menggunakan mesen out-let. Susah betu nak mengekang kehendak anakku yang berusia tiga tahun itu.  Sudahlah harganya mahal. Manakala, di balai menunggu (port kami sanak saudara) ada taman permainan yang memang sangat mengujakan hati kanak-kanak. Justeru, aku mohon kepada anak-anak buah yang lebih dewasa agar tolong memantau adik-adik sepupunya...
Keadaan emak mertuaku nampaknya kian tenat. kedua kakinya sudah sejuk sehingga paras lutut, begitu juga kedua-dua lengannya sehingga siku. Nampaknya, ikhtiar demi ikhtiar sedang dilakaukan oleh semua pihak. Tadi, bapak saudara isteriku turut melalakukan sesuatu begitu juga adikku yang sudah mampu menggunakan ilmu yang dipelajari berkaitan gangguan makhluk halus. Entahlah, anatara parcaya dan tidak... emak mertuaku ini disyaki diganggu dengan makhluk yang sebegitu.. Beberapa versi telah aku dengar. Cuma yang aku sangat pasti, pada petang semalam.. sewaktu aku dengan birasku secara bersama membacakan ayat-ayat al-Quran, tubuh emak mertuaku bergerak-gerak dan tidak lama selepas itu kakak iparku (isteri birasku itu) seakan sesak nafas dan terus dialihkan dari situ menggunakan kerusi roda... Menurut birasku itu, benda halus yang menganggu emak mertuaku itu telah beralih ke arah isterinya pula!
Tadi, kami dikejutkan pula dengan bapak mertuaku dimasukkan ke wad sebelah kerana jangkitan kuman pada matanya. Ah... kini kedua-duanya masuk wad! Aku memang perasan sejak aku bawak ke Tg.Malim bersama emak mertuaku sekali, matanya sudah kemerahan dan berair. Namun, itu semacam dah jadi kebiasaan semenjak matanya dioperate bagi menggantikan kantanya yang sudah tidak berfungsi lagi.. Cuma, pada kali ini nampak agak serius. Dengan akses rawatan yang agak mudah, kerana birasku ada yang bertugas di bahagian pentadbiran hospital tersebut, dia terus bawa bapak mertuaku kepada pakar optimetri. Dan, itulah hasilnya...
Memandang ke arah banjaran titiwangsa yang tidak jauh dari lobi balai pelawat itu, terasa segarnya udara yang dihirup. Hujan yang turun secara berkala sejak beberapa hari sebelum Syawal menambahkan lagi warna hijau pada banjaran itu. Cuma kelihatan deretan awan putih yang sesekali menyelimuti keindahan pawana itu. Namun, aku tidak pasti apakah ketentuan Allah S.W.T. dalam penantian ini. Adakah emak mertuaku masih berkesempatan melihat keagungan alam ciptaan Ilahi ini setelah keadaan yang persis iseperti ni berlaku selepas kelingking kakinya dipotong akibat kencing manis tempohari? Wallahu 'Alam...
Minit terus berlalu menjadi masa yang terus berlalu... Hampir maghrib baru isteriku turun ke balai pelawat setelah masuk ke wad sekitar jam 4.45 petang. Mujurlah, anakku yang kecil itu boleh tidur di atas kerusi panjang yang dicantum walaupun hanya dengan sebuah bantal kecil dan tanpa alas... tetapi, akhirnya terjaga juga setelah lebih kurang sejam lena kerana bunyi bising jeritan sepupu-sepupunya yang lain....
Sambil meletakkan sekelumit harapan agar tiada apa-apa yang berlaku, kami bertolak balik sekitar jam 10.00 malam. Keadaan lebuh raya NSE (North-South Expressway) ke arah utara agak kurang lancar. Mungkin masih ada yang hendak bertolak ke kampung halaman. Menziarahi sanak saudara yang entah bila kali terakhir dijengah. Atau ke kampung nenek-moyang yang sudah suwong lantaran sudah tiada lagi di alam fana ini... Mungkin di situlah dulunya tempat bermain, menjerat burung, atau menagkap belalang kunyit bersama-sama sepupu-sepapat yang seusia dan sebaya...
Aku sampai di rumah sekitar jam 11.00 malam... Kali ini aku tak punggah  keluar beg-beg yang ada dalam roof box.. Biarlah. Esok pastinnya akan ke hospital lagi.. Insya Allah
BACA LAGI...

1 SYAWAL DI TANJONG MALIM..

Bookmark and Share
Alhamdulillah, segala syukur aku panjatkan kehadrat Ilahi yang telah menyempurnakan 29 Ramadhanku. Cuma, Syawal kali ini aku menunaikan solat sunat aidil Fitrri di masjid yang aku selalu solat Jumaat di situ. hampir saban minggu.  Pagi ini aku bertolak dari rumah agak awal.. sebab tak tahu time solat di masjid ni... nanti jadi pulak kisah seorang pemuda yang sampai kat masjid ketika imam sedang membaca khutbah..
"Ok lah imam masih baca khutab... kalau tak miss aku sembahyang hari raya.."
Alih-alih bila habis imam membaca khutbah semua pakat bangun dan salam-salam keluar masjid... Pemuda itu jadi terpinga-pinga.. Aik dah tukar ker? Bukan ke sembahyang selepas baca khutbah?
Cuma yang kami ini rupanya terawal sampai... kat masjid takbir hari raya belum berkumandang pun.... Oklah.. tak ada masalah boleh pilih tempat yang sesuai... Selepas bermulanya takbir hari raya oleh seorang bilal (?), tiba-tiba suara merdu itu memenuhi ruang masjid.. menjadikan aku sebak seketika.. Suara itu mengingatkan aku tentang seorang yang menjadi idola ramai orang.. Itulah suara Ustaz Ghazali Ibrahim (adik Allahyarham Ustaz Ustaz Asri Ibrahim @ Asri Rabbani).. Aduh menusuk ke tangkai hati... Aku rasa puas dengan alunan merdu takbir Ustaz Ibrahim kerana sepanjang sejam tempoh menunggu waktu solat sunat hari raya itu, beberapa kali Ustaz Ghazali mendapat giliran mengalunkan takbir hari rayanya...Lantas fikiranku melayang kepada anak Allahyarham iaitu Hamdi Rabbani (anak bongsu)... bagaimanalah dia meghadapi hari raya ini tanpa ayahanda tercinta di sisi... Begitulah dengan adik-beradik yang lain...Syahdunya...
Teks khutbah yang menarik... banyak perkara yang disentuh, cuma penyampainya sahaja yang aku kira bukan khatib yang terbaik yang ada di masjid Tg.Malim. Ada sekurang-kurangnya dua orang khatib yang aku respect... Teks yang agak panjang itu bila dibaca dengan kurang lancar menyebabkan masa yang diambil menjadi semakin panjang... Ada juga makmum yang keluar awal.... mungkin ada alasan yang tertentu atau kepanasan ponggong duduk dalam tempoh yang agak lama...
Lepas ni kami akan bersiap-siao ke hospital... Entahlah apa cerita emak mertuaku.. Apa yang pasti, dia tak akan rasa sedih kerana beraya di hospitl.. sebab sejak pagi semalam dia sudah tidak sedarkan diri.. Pernafanasannya pun dibantu oksigen dari luar... Ya Allah aku harap aku telah melakukan yang terbaik untuk emakku itu.. Alhamdulillah aku menghantarnya terlebih awal sebelum kuman yang menjangkiti kakinya menyerangnya.. Jika ditakdirkan ia berlaku sewaktu masih di rumah... aku tak tahu apa yang akan berlaku.... Apabila di hospital ada doktor dan peralatan yang boleh menyokongnya.... Walaupun doktor tanya kenapa hantar lewat ke hospital.....
Kini aku mengerti perasaan seorang emak apabila Syawal kian tiba... dengan kedrat yang tak berapa itu semangatnya untuk mengelap cermin tingkap dan sebagainya. tetap digagahkan. Betapa dia mahu beraya bersama anak cucu pada 1 Syawal walaupun tubuhnya lemah... Akhirnya pada hari selasa  lalu emak mertuaku demam dan kakinya bengkak..
Buat masa ni aku tak tahu bila aku akan bergerak ke Sekinchan... Tunggulah keadaan emak mertuaku semakin stabil barangkali.... Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua...
BACA LAGI...

Saturday, September 19, 2009

LOKASI HARI TERAKHIR RAMADHAN: DI HOSPITAL SUNGAI BULOH...

Saturday, September 19, 2009
Bookmark and Share
Aku sampai kira-kira setengah jam yang lalu... Tapi bukan di rumah emak bapakku di Sekinchan, tetapi di Taman Bernam Baru! Ertinya raya pertama tahun ini aku berada di Tanjong Malim. Inilah kali pertama dalam sejarah aku berkeluarga terpaksa memungkiri "persetujuan" untuk menggilirkan hari pertama raya puasa sama ada di Sg.Tengi atau di Sg.Nibung.
Pada peringkat awalnya, perancangan berjalan seperti yang diatur. Namun, sebelum  ke Sekinchan, kami singgah dulu di Hospital Sungai Buloh untuk menziarahi emak mertuaku yang ditahan  di wad sejak hari Jumaat lepas. Selepas itu kami akan terus ke Sekinchan dan akan menziarahi emak mertuaku sekali lagi pada hari raya kedua. Tetapi, apabila kami menghampiri hospital.. adik iparku yang bongsu memaklumkan emak dalam keadaan tenat!
Sesampai sahaja kami ke hospital sekitar 2.15 petang, aku memberi laluan kepada isteriku untuk menziarahi emaknya... Aku dengan anak-anak menunggu di tingkat bawah. Hanya anakku yang sulong sahaja bersama isteriku naik ke tingkat empat. Jenuh aku memberi alasan kepad aanak-anak aku kenapa mereka tak boleh naik... Yang paling bengang anakku yang baru selesai UPSR! IC tak siap lagi... jadi tak ada bukti dia dah ada IC..
Keadaan bertambah kritikal apabila doktor memaklumkan darah emak mertuaku telah menurun dari 12 kepada 7 sahaja...Mengikut maklumat yang disampaikan oleh isteriku satu ketika jantung emak mertuaku itu telah terhenti dan terpaksa menggunakan kejutan elektrik.
Jarum jam melepasi 2.30 petang. Kami perlu mencari masjid atau madrasah untuk solat Zuhor. Akhirnya GPS navigate aku ke Masjid Jame' Sungai Buloh di mana aku menunaikan solat Jumaat sewaktu menghantar emak mertuaku ke hospital pada hari Jummat lepas.Khusukku hilang lantaran sambil befikir apakah plan yang aku perlu buat dalam menghadapi suasana seperti ini.
Nampaknya kami kena tular plan! Aku menghubungi emakku di Sekinchan urntk memaklumkan keadaan emak mertuaku itu (besannya) yang dalam keadaan tidak sedarkan diri. Alhamdulillah, biarpun emakku memang mengharap kehadiran kami dan cucu-cucunya pada raya pertama kali ini..namun emakku memahami kondisi yang kami sedang hadapi pada ketika ini. Akhirnya sekitar 3.45 kami bergerak semula ke Hospital Sg.Buluh untuk melihat keadaan emak mertuaku itu. Manalah tau ada perkembangan yang positif sewaktu sesi lawatan yang akan bermula pada jam 4.30 petang. Sedang kami hendak bertolak, adik iparku itu sekalil agi memaklumkan agar kami bahawa segera ke hospital.
Apa yag memusykilkan para doktor ialah.. kemana perginya darah emak aku itu? Pemeriksaan yang lebih terperinci turut gagal menjawab persoalan tersebut. Pemeriksaan pada bahagian-bahagian tertentu yang ada kemungkinan berlaku pendarahan gagal menemui sebarang bukti!
Ternyata emak mertuaku itu masih berarung antara hidup dan mati...Lewat petang tadi, aku dimaklukan  empat beg darah telah dimasukkan dalam badan emak mertuaku itu bagi mengganti "kehilangan" darah dari tubuhnya.
Menghampiri jam 6.45 petang, aku kena fikir bagaimana hendak berbuka puasa ? Kalau fikirkan diri sendiri tak kisahlah minum air dan sekeping roti... Tapi anak-anak aku yang sedang belajar berlapar lantaran mentaati perintah Allah S.W.T. itu? Lalu, aku meminta izin dengan ayah mertuaku untuk membawa keluarga ke luar mencari-mencari kawasan untuk berbuka puasa...
Aku cuba mencari lokasi tempat makan yang berdekatan melalui GPS... restoran ker... kedai makan ker... entahlah tak jumpa! Yang adanya cuma antaranya A&W, McD, KFC dan Secret Recipe. Yang lain berada di luar Sg.Buluh.. Akhirnya aku set untuk ke Secret Recipee.. Tapi kalau dalam perjalanan jumpa restoran yang sesuai kami akan masuk... Beberapa kali aku berpatah balik apabila jalan yang dipandu oleh GPS aku masuk ke jalan-jalan yang aku ragui... dan ada satu ketika jalan itu dipeluni air!  Maklumlah hujan pun agak sederhana lebat. Mungkin itu shor-cut tetapi dengan keadaan seperti itu aku tak berani mengambil risiko yang terlalu besar...
Akhirnya, kami membelok ke restoran segera McD Bukit Rahma Putera. Mak ai ramainya orang. Untuk mencari tempat lain lagi lambat, maka aku terus masuk ke restoran itu untuk mencari sesuatu  untuk dimakan...Seingatan aku, inilah kali pertama aku masuk ke McD... Ada beberapa sebab... antara sebab-sebabnya, kat Tg.Malim tak ada... dan sedang memboikot jenama McD yang ada hubungan dengan Yahudi! Ya Ampun... aku terpaksa nampaknya melakukan sesuatu yang diluar kerelaan kuuu!
Sewaktu aku keluar dari kereta tadi, azan dah dikumandangkan... jadi aku perlu cari sesuatu untuk di makan bagi membatalkan puasa aku... Isteri dan anak-anak adalah air sejuk kat kereta! Aku teringat beberapa pengalaman rakan yang pernah terperangkap dalam kesesakan jalan raya..
"Korek  hidung jer... batallah!!" Dengan rasa pelik bercampur kelakar aku mengorek lobanggg hidungku!!! cuma aku lupa plak nak baca doa' berbuka puasaaaa!!! Tak lama lepas tu ada sahabat yang bermurah hati mengedarkan kerepek ubi untuk membatalkan puasa.... Terima kasih tuan!!
Dapat makanan sekitar 7.40 malam... Apala lagi kami makanlah dalam kereta! Nak makan dalam restoran McD tak ada meja pulak... Fenuhlah... Full house!
Hehehe.. sambil berpesan kat anak-anak jaga kebersihan kereta.. kami makanlah sesuatu yang kami anggap memang tak mengenyangkan..Makan burger,  milo panas dan kentang goreng...untuk tujuh orang Itupun cecah RM80++! Itulah yang aku tak puas hati! Kalau makan kat restoran sederhana nama... Boleh makan ikan siakap 3 rasa, sayur, sotong goreng, air, telur bistik bla..bla...!
Sesudah itu, kami terus solat maghrib... agak lewat.. masa tu sekitar pukul 8.00 malam. sambil melayan macam-macam kerenah anak-anak yang ramai ini, kami hanya bergerak semula ke hospital sewaktu azan Isyak kedengaran melalui speaker radio kereta... Hujan  renyai-renyai masih lagi turun.
Sesampai di kawasan letak kereta di hospital rupa-rupanya semakin ramai sanak saudara, sepupu sepapat yang telah mulai datang... Semuanya berkumpul di suatu tempat yang agak selesa untuk berkumpul dan tempat yang paling sesuai untuk mereka yang tak dapat masuk ke wad dan tak nak balik ke rumah... Surau, bilik air (agak memuaskan) ruang untuk makan di sediakan... Oklah, aku rasa sangat praktikal ruang tersebut. Oleh sebab tak ada famili lain yang ada kat situ, maka kami conquere lah tempat tu..
Apa yang mengejutkan...kakak iparku dari PD, bawak banyak makanan!!! Ketupat segera, rendang, kuih-muih raya....Huhuhuhu... kalau lah tahu tak payahlah keluar dan makan kat restoran cekik darah tu... Aku ada dengar sebelum keluar tadi, kaka iparku itu ada makan.. tapi tak lah terfkir boleh menampung jumlah yang lebih 20 orang itu! Maka, orang yang ramai anak macam aku ni.. faham-faham lah..
Maklumat terkini pada ketika itu... emak mertuaku itu dalam keadaan yang lebih stabil berbanding waktu-waktu sebelumnya.. Paling simpati.. adik iparku yang telah balik ke Kuantan pada hari Jumaat telah sampai bersama emak dan bapak mertuanya... Dan mengikut maklumat daripada isteriku, kaka iparku yang baru balik ke Kedah akan turut sampai dalam beberapa ketika lagi...
Menjelang jam 9.30 malam, isteriku memberi isyarat untuk balik ke Tg.Malim... ditambah dengan anakku yang berusia 5 bualn itu telah mulai kerimasan dan menangis... mungkin keletihan.. didukung dari tangan ke tangan.. Namun, aku berpesan kepada adik iparku yang bongsu agar segera menelefon jika ada sebarang berita yang tidak menggembirakan...
Esok, aku akan bersolat sunat aidil fitri di Masjid Jamek Tg,Malim... seleps solat akan ke hospital semula. Rasa sedikit pelik.. bila dalam keadaan begini.. macam tak ada suasana hari raya... Biasanya jika di Sekincahan, petang Ramadahan yang terakhir maka akan sampailah dari segenap pelusuk dulang-dulang makan yang terhidang segala aneka lauk-pauk dan kuih-muih! Hehe.. di rumah, apah tak ada! Itupun alhamdulillah kaka iparku membawakan baki rendang daging dan ada dua batang lemang yang isteriku beli daripada rakan sekolahnya. Dua batang lagi kami tinggalkan kat hospital...
BACA LAGI...

JALAN KELANG TELUK INTAN MEMANG BAHAYA..

Bookmark and Share
Barangkali ini posting terakhir sebelum kami bertolak balik ke kampung. Peristiwa kemalangan yang meragut tiga nyawa di jalan persekutuan Kelang - Teluk Intan. Kalau ikutkan km 60 tu tak jauhlah dengan rumah emak bapak aku. Cuma aku knpius sikit tang "berdekatan Sungai Panjang" sebab setahu aku Sg.Panjang ke dalam sikit iaitu jalan menghala ke Tg.Malim. Entah-entah Pasir Panjang..
Untuk makluman semua, jalan Kelang - Teluk Intan ni memang dah banyak makan nyawa manusia dan haiwan. Sejak ia mula di naik taraf sebagai ala-ala highway pesisir pantai, banyak kenmalangan berlaku. Masa dalam pembinaan yang hampir sepuluh tahun baru siap pun dah banyak kemalangan... jalan raya diupgrade side by side...tinggi pulak tu.. jadi banyak lah kereta yang terjunam. Ada kereta yang ikut arah yang bertentangan sebab jalan sebelah elok.. dah berlanggar. Masa tu kat paper ada pihak kerajaan pusat bagi gesaan agar jalan raya tu cepat disiapkan. Pendek kata MB selangor maa tu merangkap ADUN Sg.Panjang panas ponggong lah...
Alhamdulillah jalan raya telah sempurna disiapkan sekitar tahun 2007. Malangnya lagi ramai yang kemalangan. Ialah bila jalan dah elok, kenderaan mendesup. Punca kemalangan yang dikenal pasti... Tiada pembahagi jalan. Jadi, jalan tu sangat lebar. Apabila ada kenderaan dari seberang hendak menyeberang... memang kena berhati-hati... kenderaan yang lalau-lalang sangat laju. Oleh itu kena cepat-cepat lah... Tetapi ada juga yang tak sempat sampai ke tepi.. berhenti kat tengah-tengah jalan.. Memanglah ada ruang untuk berhenti ka situ. Tetapi, ada pemandu yang gila khinzir, ruang tengah tu pun buat memotong... Apa lagi, motorsikal (kebiasaannya) yang menunggu untuk ambil "giliran" menyeberang terus kena "sapu"...!
Kalau waktu siang tak apalah sikit sebab boleh nampak dari jauh.. Tetapi kalau waktu malam.. janganlah berhenti kat tengah-tengah jalan tu.. Memang tak perasan...
BACA LAGI...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI..

Bookmark and Share
Jika ahli falak tidak silap hitung, maka hari rayalah kita pada hari Ahad ini. Almaklumlah... kalau ikut ru'yah memang tak nampak disebabkan cuaca yang sebegini..
Apa yang ingin diucapkan... apa yang ingin dibingkiskan tentunya ucapan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada para pengunjung setia dan pengunjung yang tersesat ke blog hamba yang tak sepetinya ini...
Bak kata pepatah mata kalam itu lebih tajam daripada mata pedang... justeru hamba menyusun jari sepuluh dari hujung rambut hingga ke hujung kaki memohon selautan kemaafan dan keampunan seandainya patah bicara hamba dalam ruang maya ini menyentuh hati dan perasaan anda... Kekadang ia sengaja dilakukan bagi meluahkan perasaan tidak senang akan sesuatu, tetapi ada kalanya ia tidak disedari lantaran begitu cepatnya kombinasi antara jari-jemari dan minda menyusun baris-baris ayat.
Sesungguhnya dengan adanya blog ini, ia terus dan secara langsung menzahirkan apa yang  hamba fikirkan. Bukanlah untuk tujuan dipamer dan diperagakan... cuma sekadar satu catatan jurnal peribadi yang dikongsi kepada sesiapa sahaja yang sudi membacanya. Justeru, apa yang dizahirkan dalam blog hamba ini adalah paparan dan menifestasi yang datangnya daripada minda hamba. Jauh sama sekali mewakili mana-mana pihak yang mahu ia direncana sedemikian rupa.
Akhir kalam... semoga dengan permisinya Ramadhan dan ahlan was sahlannya Syawal memberi peluang secara khusus untuk hamba memohon kemaafan atas sebarang keterlanjuran... Wassalam
BACA LAGI...

Friday, September 18, 2009

BERAYA KE HOSPITAL?

Friday, September 18, 2009
Bookmark and Share
"Nanti, raya orang cari emak tak ada macam mana?" Dengan nada yang sayu emak mertuaku mengharap kalau-kalau aku dapat memepertimbangkan agar aku tidak membawanya ke hospital malam semalam.
"Tak boleh mak... Kaki emak dah bengkak, lepas tu nampak macam ada kesan melecur pulak pada pergelangan kaki" Aku cuba meyakinkan emak mertuaku bahawa sakit yang dialami itu sangat serius. Apatah lagi memang emakku itu penghidap kecing manis, darah tinggi, paru-paru berair danjuga komplikasi injap jantung.
"Tak apa, kalau emak duduk kat rumah dalam keadaan sakit, tak ada ertinya jugak hari raya..."
Isteriku mendapat berita emak mertuaku demam sekitar jam 9.30 malam tadi.  Bapak mertuaku itu, kalau tak seriuslah tentang sesuatu itu.. memang dia tak telefon. Jadi, demam serta bengkak kaki emak mertuaku  itu sememangnya serius! Aku pasti....
Aku teringat kira-kira empat tahun yang lalu, sesampai  sahaja kami ke kampung, jari kelingking kaki kiri emak mertuaku itu telah hitam. Kami pun terus bawa ke Tg,.Malim malam itu juga dan keesokan harinya terus di bawa ke Hospital Slim River. Oleh sebab keadaan jari kelingkingnya telah bernanah, akhirnya terpaksa dipotong. Rupa-rupanya masalah tersebut tidak selesai. Emak mertuaku tidak sedarkan diri selepas beberapa ketika setelah jari kelingking kakinya dioperation dan akhirnya terpaksa dibawa ke Ipoh. Hampir seminggu juga berada di hospital Ipoh sebelum beransur-ansur pulih.
Lepas itu isteriku menelefon  adik-beradik yang lain sambil mintak pendapat apa yang patut dilakukan. Paling praktikal, kaka ipar di B.B nak balik malam itu juga. Dan, membawa balik emak ke rumahnya. Tetapi, menunggu anaknya dari UiTM balik  dulu barulah boleh ke kampung. Katanya anaknya itu akan sampai sekitar 11.00 malam. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk balik kampung. Ketika itu sekitar 11.20 malam. Dalam fikiran aku.. apa-apa pun mesti dapatkan pengesahan dari pihak hospital atau klinik tentang keadaan emak mertuaku itu. Sama ada hendak di masukkan ke wad atau boleh bertangguh sehingga esok pagi.
Masuk ke bilik kecemasan Klinik Tg.Malim sekitar 1.00 pagi. Aku ditanya tentang apa yang berlaku. Aku bagi sahaja surat appoinment Hospital Sungai Buluh yang cadangnya hendak dibuat selepas hari raya. Setelah memahamai isi kandungan surat dan laporan itu pegawai perubatan meminta aku buat keputusan.
"Abang, kalau ikut kami.. kami akan bawa malam ni ke Hospital slim River.." Dia memualkan bicaranya
"Keadaan kaki makcik ni ada jangkitan kuman..." Beliau menambah lagi.
"Tapi, adik beradik mintak emak saya ni di bawa ke Sungai Buluh" Aku cuba menyatakan pesanan kakak iparku sebenatar tadi. Kalau kat Slim River dan silap-silap ke Ipoh.. susah anak-anak nak melawat.. Betul jugak tu..
"Ginilah encik.. saya nak taya keadaan emak saya ni sekarang ni macam mana... Keadaannya boleh tak bertahan sehingga esok pagi. saya cadang nak bawa terus ke Hospital Sg.Buluh" Aku memintak pandangan beliau.
"Kalau ikut apa yang kami periksa.. makcik ni paru-parunya berair dan injap jantung bermasalah.. Tapi kadar oksigen mencukupi..."
"Ginilah... saya rasa boleh bertahan sehingga esok pagi. Cuma kalau malam ni rasa sakit yang lebih kuat, terus ke Hospital Sg.Buluh" Beliau membuat kesimpulan.
"Ok.. saya setuju.."
Sampai di rumahku, isteri dan  hampir semua anak-anak aku tidur di bawah. Sambil-sambil mendengar kalau ada apa-apa yang berlaku terhadap keadaan emak mertuaku itu. Cuma aku dan anak aku yang berusia 3 tahun sahaja yang tidur di atas.
Oleh sebab masa tidur kurang aku jadi sangat lesu selepas bersahur... Selepas solat subuh aku merebahkan badan kat katil dan tertidur sehingga jam 8.30 pagi. Aku segera meminta isteriku menyiapkan emak apa-apa yang patut (terutamanya GL) sebab nak terus pergi ke Hospital Sg.Buluh sebentar lagi.
Sesampai kat hospital sekitar 10. 15 pagi, aku terus menuju ke Unit Kecemasan dan Trauma. Birokrasi yang sangat effisyen, emak mertuaku terus dimasukkan ke unit kecemasan. Di ruang legar hospital dan ruang menunggu tak lah nampak ramai orang. Tetapi, rupa-rupanya wad penuh! Oleh sebab itu emak mertuaku terpasa berada di bilik kecemasan sekitar 7 jam sebelum ditempatkan di wad.
Aku balik ke rumah bersama anak kakak ipar aku yang baru balik dari UitM, sebab dia nak pinjam kereta sepanjang cuti raya nih... Di hospital, berkemungkinan adik perempuannya yang di tingkatan empat yang akan menunggu opahnya.
Mudahan segera pulih.. Tetapi kalau esok (Sabtu) tak discharge juga.. Kami kena pergi ke hospital untuk menziarahi emak mertuaku itu... Dan, aku tak dapat nak bayangkan rasa hiba dan sedihnya.... didatangi anak cucunya...  kerana raya tahun ini bukan beraya di rumahnya sendiri....Nampaknya kami kena cari ayat-ayat yang power untuk melunakkan hati dan perasaannya yang gundah gulana itu...
BACA LAGI...

Thursday, September 17, 2009

RAYA PUNYA PASAL...

Thursday, September 17, 2009
Bookmark and Share
Hari ini aku tergelak besar tentang kisah seorang anak murid tingkatan enam aku. Mula-mula aku tak perasan sangat sebab mungkin aku tak jenis yang tak sensitif sangat pada perubahan yang berlaku kat depa ni.. Kecuali yang besar-besar..
Seorang murid yang lain bagi tahu kawan dia tu buat rebondng rambut. 
"Buat kat mana?"
"Ala dekat rumah cikgu..." Celah kawannya.
"Huh.. macam mana dalam banyak-banyak kedai rambut, awak sesat kat Taman Bernam Baru?" 
"Berapa kena bayar?"
"RM50 cikgu.." Jawabnya  yang termalu-malu dengan soalan aku tu..
"Ya Allah .. Banyak tu! Kalau beli beras 5% hancur boeh dapat dua beg 20 kg!" Aku seperti berleter.
"Duit sapa tu?" Aku cuba mengorek rahsia lagi..
"Duit sendiri cikgu.." Rigkas!
"Ala cikgu, nak raya....." Dia masih lagi nak mempertahankan tindakannya tu...
"Awak tak rasa menyesal ke... bayar RM50 kepada suatu yang tak perlu..?"
Aku lantas teringat suatu peristiwa yang aku pernah lalui... yang rasa sesalnya masih aku rasa sehingga kini walaupun dah berlalu lebih kurang empat tahun lepas.
Ceritanya.... Sewaktu balik dari satu seminar di Ipoh, aku dan tiga orang kawan yang sekereta dengan aku berhenti di R&R Tapah. Kami bukan saja-saja nak berenti di situ... Sebab, salah seorang kawan aku tu nak belanja kami makan ice cream. Mulanya, rasa pelik pun ada. Sebab, sejak dah jadi bapak orang nih.. tak ada lah pulak kawan-kawan belanja makan aiskrim... tapi, teruja dengan "promosi" yang luar biasa semasa dalam perjalanan ke situ. kami yang tiga orang lagi tu.. ikut aja lah.
Sampai sahaja kat kaunter ... aku cari dulu sijil halalnya. Sebab, aiskrim tu bukan buatan Malaysia... Aku dapati sijil halal Kanada yang dipamerkan.. Apa lagi... kami pun orderlah... dua skup aiskrim dan air capuchino... Yang lain, aku tak pasti.. dah lupa! 
Mak aiii..rupa-rupanya aiskrim tu lain daripada yang lain.... Padatnya sehingga dua skup yang aku order tu payah nak habis! Tepu betul rasanya.. tapi aku tak nafikan memanglah sedap...
Tang time bayar...punya lah terkejut! Empat orang makan harganya cecah RM100! Aku rasa nak keluarkan balik jer apa yang aku dah makan! Ya Allah rasa menyesalnya.... Kalau beli benda lain... susu ker, beras ke..  dah confirm sebulan boleh guna...
Apa yang berlaku kat anak murid aku nih.. satu kes lagi.. Cumanya, dia memang nak buat rebonding kat rambutnya.. Dah tentu tak rasa apa-apa.. malah rasa lebih bergaya rasanya.. Maklumlah rambut raya!!! Entahlah.... Macam-macam....
BACA LAGI...

BERITA GEMBIRA?

Bookmark and Share
Aku tak tahu sama ada berita yang aku dapat secara online ini aku perlu raikan atau tidak. Aku masih keliru sama ada hendak menerima atau sebaliknya kerana tiga semester yang aku lalui ini sangat membingungkan aku... Kalau start dari semester satu balik tak apalah... Tapi kalau ikut pegawai BPG masa aku interview kat IPGM Jitra tempohari... dia akan sambung sem yang dah berlalu. Cuma, KPM akan bayar balik yuran yang aku dah bayar selama ini.
Masalah utama ialah bila part-time ni... komitmen aku mesti  ada untuk itu.. Sedangkan ada perkara lain gak yang kena buat... Hehe... berblog juga masuk lah tu! Tapi, bagi aku blog taklah apa sangat... Masa terluang dan curi-curi masa jer...(Kekadang, termakan gak masa .... terlajak-lajak!)
Apa yang aku idam-idamkan ialah cuti belajar... Macam aku buat M.Ed dulu... Tak fikir pasal sekolah dan para pelajar... Tapi apa boleh buat.. Umur dah lanjut! Tapi aku hairan gak ada seorang peserta temu duga dulu.. umur masih muda tapi tak nak apply full-time scholarship? Dia kata tak nak hilang senioriti.. Etahlah macam-macam orang punya pandangan..
Nun jauh kat sudut hati adalah rasa syukur... Sebab aku berjaya dalam interview tu... Maklumlah jauh gak interviewnya... Kalau gagal lah adalah rasa bengang... Bukan boleh claim perjalanan....
Aduss... aku kena solat istikharah nih... Biasiswa zaman sekarang nih bukan macam dulu... tak habis tak kisah.. Sekarang ni kalau tak selesai kena bayar balik... Apa-apa pun aku kena tunggu sampai surat rasmi sampai.. dan aku kena balas sama ada terima atau tidak sebelum atau pada 30 Oktober 2009.. Buat seketika ini aku kena fikir raya dulu... Baju raya untuk aku, isteri dan anak-anak aku masih belum dibayar... Petang ni kena setel semuanya... Ya ampunnnnn!
BACA LAGI...

Tuesday, September 15, 2009

PATUTLAH....

Tuesday, September 15, 2009
Bookmark and Share
4 September lepas, genaplah usia dua bulan USB Wireless Broadband yang aku beli di Selayang ni... Entahlah, kalau diikut-ikutkan memang aku rasa tak puas hati. Lembab semacam! Cuma yang aku perasan laju macam "ribut" masa pesta konvokesyen kat UPSI baru-baru ni... Sampai cecah 80 Mbps! Lepas tu, hampehh! Aku dah hampir-hampir nak terminate service wireless broadband aku nih... Tapi, entah macam mana aku "bermurah hati" membayar bill yang bernilai RM98 itu sewaktu due datenya tinggal sehari dua lagi! Hehe... Sambil mengharap servisnya akan bertambah baik.Tapi, ternyata tidak! Pada hari isnin lepas, aku pijam modem USB seorang cikgu yang guna Maxis... Ternyata dia punya lebih laju.. Tapi patutlah sebab dia bayar RM130++ !
Pagi tadi semasa aku berada di Pusat Sumber Sekolah (PSS), entah berapa puluh kali aku cuba sign-in, tapi tak berjaya! Sudahnya aku dah tak sabar lagi. Setelah aku mendapat nombor Celcom Careline Service (CSS) daripada cikgu praktikum yang kebetulan masuk ke PSS, aku terus call... Nasib baik telefonis CSS tu lemah lebut suaranya... Kalau tak mahu jer aku sergah.
Walau bagaimanapun agak serius gak lah suara aku mengatakan sejak aku menggunakan wireless broadband ini, usahkan gembira, berpuashati pun jauh sama sekali. Akses ke laman web sangat lembab. Lebih marah lagi bila aku compare kengkawan yang pakai speed yang lebih rendah, tetapi lebih laju berbanding dengan USB modem aku yang katanya 3.6 mbps.. Depa-depa punya tu tak sampai pun 500 kbps... Apa ertinya ini semua???
Aku kata kata telefonis, apakah ada komplain dari pelanggan yang guna USB modem CSL? (Hehe.. bukan Chua Soi Lek tau!) Dia kata tak...
Akhirnya aku setuju untuk memberi kerjasama kepada telefonis tu untuk go trough step by step bahagian setting modem aku tu. Rupa-rupanya, aku tak personalise pun aku punya modem tu! Hah... Kat setting tu kosong.. Patutlah!!! Maka aku ikut lah satu persatu sehingga selesai. Sebelum aku memutuskan perbualan, telefonis tu pesan... agar aku unplug modem dan reboot laptop sebelum reconnect ke internet.
Wah... lepas reboot... aku dapati intent connection laju! Tak perlu nak pilih sama ada nak guna GPRS atau 3G. Sebab masa set up tadi aku pilih 3G/GPRS... Bila aku klik pada connection... terus ke internet!
La ni tengah fikir.. Kalau kelajuan macam nih lah ... aku tengah fikir untuk lowerize spec TM Streamyx aku yang ada kat rumah... Sekarang ni aku guna 1 mbps... Mahal juga nilai sambungan ke internet aku ni bulan-bulan... Streamyx RM88 + Pakej iTalk RM68 + Wireless Broadband RM98 = RM254 sebulan! Perghh!!! Macam harga monthly ayment kereta secondhand yang aku pakai dulu!!
Mungkin aku ambik pakej Combo yang 30 jam ke... sebab kesian gak kat anak-anak aku kat rumah nak gaming online! Lagi pun wireless broadband ni tak boleh guna untuk lebih daripada satu komputer... Betulkan?
Satu lagi, nak jer aku call yang jual USB modem tu... Kalau ia pun tak tahu... katalah
"Untuk setting... nanti encik call kami balik ya.. sebab USB Modem ni hanya boleh diaktifkan selepas 5 jam dari sekarang" Ini tak.. dia kata plug and play... Memang betullah boleh ke internet tanpa setting user... tapi lambatnya kalah siput yang sedang sakit kaki!! Huhu...
BACA LAGI...

BILA HATI TERGURIS...

Bookmark and Share
Sejak peperiksaan percubaan STPM bermula, lazimnya aku akan berada di dua tempat. Sama ada di bilik peperiksaan atau di pusat sumber sekolah (PSS). Entahlah, mungkin kedudukan bilik peperiksaan di tingkat paling atas di blok pejabat menyebabkan aku rasa keberatan nak menapak ke bilik disipilin iaitu port aku yang terkini selepas aku "melepaskan" kedudukan di pusat akses sekolah setelah aku menerima tawaran Guru Akademik Tingkatan Enam (GAT6) beberapa bulan yang lalu.
Sewaktu aku sedang leka membuat sambungan ke internet melalui wireless broadband aku yang tak dapat-dapat, seorang rakan menghampiri aku dan mengambil tempat duduk di sebelahku. Mulanya, persoalan berlegar tentang internet, melangkau ke cerita anak yang baru selesai mengambil peperiksaan. Tiba-tiba persoalan terhenti ke satu topik yang sudah beberapa minggu berlalu. Aku pernah suatu ketika hendak menulis perasaan ini pada ruang ini namun aku abaikan kerana atas beberapa faktor. Tetapi aku rasa, aku perlu menulis juga nampaknya bagi menyatakan pendirian aku tentang isu tersebut.
"Kenapa Cikgu Malek tak pergi majlis berbuka puasa baru-baru ini?" Suaranya cukup lembut tetapi agak tajam menembusi gegendang telingaku.
"Aku tak datang sebab aku memprotes tindakan sekolah tu.." Aku memulakan bicara yang aku rasa sangat serius dalam kes seumpama ini.
"Aku bukan tak boleh bayar...Cuma aku rasa dah banyak kali sekolah tu bila ada aktiviti mesti kutip duit kat parent..." Aku rasa aku dah masuk gear kedua nampaknya... Oleh sebab memang rakanku itu jenis yang angat cool, dia memang seorang pendengar yang sanagt baik...
"Aku rasa hampir setiap kali buat apa-apa program, memang akan adalah anak-anak bawak surat dan borang ke rumah untuk mintak sumbangan.. sedangkan perkapita sekolah tu besar sebab muridnya ramai.."
"Isteri aku selalu bising, sebab dia pun ajar sekolah rendah.. Kat sekolahnya, kalau nak jemput emak bapak untuk hadir ke sekolahnya.. sekolah tak mintak satu sen pun kepada parent...Sebab, itu adalah komitmen pihak sekolah kepada ibu bapa serta anak-anak.."
"Pada tahun ini secara kebetulan peperiksaan berlaku dalam bulan puasa, maka baguslah diadakan majlis berbuka puasa sambil baca Yaasin, solat hajat.. tapi janganlah mintak sumbangan secara "rasmi"...Seolah-olah phak sekolah anggap semua ini adalah tanggungjawab emak bapak... Sekolah tak terlibat apa-apa.. hanya beri tempat anak-anak belajar sahaja.."
"Itu yang aku protes...." Aku rasa lega, setelah dapat menyatakan segala pandangan dan "prinsip" mengapa aku tak datang sedangkan aku mampu untuk hadir.. Aku tak ada apa-apa program pun masa tu.. Oleh sebab, aku tak pergi dan hanya bersedia untuk menghantar anakku sahaja.. akhirnya anak aku pun tak pergi gak.. Entahlah, sama ada anak aku faham dengan apa yang aku katakan kepadanya, atau dia rasa malu sebab nanti dia datang sorang-sorang.. Tapi, bagi aku setidak-tidaknya kalau anakku tak datang... semakin kecillah ruang untuk orang lain melihat ketidakhadiran aku!
"Bagi saya... saya bayarlah lagi pun nak jamu orang berbuka puasa.." Celah rakanku itu ditengah-tengah ratusan perkataan luahan perasaanku..
"Memang.... Kalau diikutkan memang aku nak datang, kat sekolah satu lagi aku datang. Walaupun kalau nak dikisahkan, banyak kekurangannya... Nampak kurang persiapan.. Tapi, aku tak kisah itu semua..."
"Tapi, emak bapak ramai gak yang komplain sebab makanan tak cukup.." Rakan aku itu seperti melepaskan rasa tak senang dengan keadaan itu..
"Bila emak bapak datang, dah tentu mereka bawak anak-anak sekali... Jadi, ramai juga yang tak dapat makanan.."
"Itu satu lagi bukti bahawa sekolah tu memang sangat berkira bab duit ni... Takut berbelanja lebih sedikit bagi meraikan emak bapak.. jadi budget tak besarlah... sambil mengharap sumbangan duit dan kuih-muih daripada mereka.."
"Kalau kita buat program umpamanya bacaan Yaasin dan solat hajat.. ada kita minta sumbangan?"
"Malah kita sentiasa menjangka kehadiran ramai ibu bapa..walaupun yang datang tak ramai.. Sudahnya cikgu-cikgu yang handle majlis yang merasa.."
"Baru-baru ini lagi satu kes.. anak aku kena beli beberapa peralatan KH sendiri.. mentol, kotak beteri dan papan litar sedangkan setiap sekolah ada peruntukan sendiri untuk mata pelajaran tersebut.. Tapi aku tak nak bising-bising... Bising-bising sendiri adalah...Beli ajalah.. nampak anak aku minat bab-bab macam tu.."
Entahlah... Oleh sebab aku dan isteri aku juga cikgu, sedikit sebanyak aku boleh buat perbandingan dengan dua buah sekolah yang lain. Jadi, memang jelas bahawa sekolah anak aku ni agak mudah mengambil keputusan untuk memungut sumbangan ibu bapa dalam aktiviti sekolahnya... Termasuklah bab keceriaan sekolah.. Sedangkan sekolah tu memungut bayaran keceriaan  lebih banyak daripada sekolah-sekolah lain di sekitarnya...
Justeru, melalui catatan ini aku harap ia dapat membuka mata hati ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah tersebut. Pada fikiran aku... mengapa sekolah tu berani buat begitu.. kerana emak bapak tak banyak soal bila mintak sumbangan.. Maklumlah ramai anak-anak pensyarah dan kakitangan kerajaan yang belajar di situ.. Bagus menjadi emak bapak yang pemurah demi kebajikan anak-anak.. Tetapi, biarlah pihak sekolah juga ada komitmen yang sama agar nampak ada hubungan yang lebih akrab antara kedua-dua pihak... Fikir-fikirkan lah...
BACA LAGI...
 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template