The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Sunday, August 30, 2009

KIBAR BENDERA PENGUKUR PATRIOTISME?

Sunday, August 30, 2009
Bookmark and Share
Esok hari ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-52... Namun, di sana-sini tak banyak kenderaan atau premis kediaman mahupun komersil mengibarkan Jalur Gemilang sebagi simbol cita dan kasih kepada negara tumpah darah kita ini. Meskipun YAB Perdana Menteri, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (selaku urusetia sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-52) dan juga media massa hampir saban waktu mengingatkan seluruh rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang bersempena dengan ketibaan tanggal keramat itu seawal 15 Ogos lalu dan akan berakhir pada 15 September. Dan, seterusnya keesokan harinya pada 16 September merupakan Hari Perpaduan atau Hari Malaysia bersempena dengan penubuhan Malaysia kira-kira 46 tahun yang lalu. Kalaupun nampak meriah... cuma kat sekolah-sekolah sahaja. Sesungguhnya satu tanda soal besar berlegar-legar di laut fikirku.
Lantas, aku bertanya kepada diriku sendiri? Mengapa aku tak kibar bendera kat kereta dan rumah? Mungkin, perasaan yang sama atau ada alasan-alasan lain berselirat dalam perasaan seluruh warga Malaysia apabila kita membicarakan soalan tersebut. Agaknya lebih mudah memberikan alasan mengapa kita tak isi minyak kat Petronas? Mengapa tak beli kereta Proton? Berbanding kenapa tak kibar bendera Malaysia! Sedangkan pada hakikatnya sememangnya kita bangga menjadi rakyat Malaysia!
Untuk menjawab persoalan ini, aku pun kena betul-betul teliti kerana tidak mahu dilihat tidak patriotik atau lebih berat dilihat pula tidak cinta akan tanah air yang sekian lama berjasa ini.
Pada pandangan aku, cinta kepada tanah air tidak boleh diukur hanya secara pameran atau peragaan. Umpamanya memakai pakaian bercorak Jalur Gemilang. Namun, bukan pula mereka yang memperagakan sedemikian rupa bukan patriotik! Ia begantung kepada nawaitu masing-masing. Kalau memakainya dengan ikhlas, ikhlas lah... walaupun pada hakikatnya sewaktu Allahyarham Sudirman memulakan budaya baru tersebut pernah dianggap menghina bendera negara... Namun, begitulah persepsi manusia. Sesuatu yang dianggap luar kebiasaan sekalipun, jika dibiasakan akhirnya akan diterima...
Sebaliknya, aku memilih untuk patriotisme dalam bentuk lain Umpamanya, menghormati dengan sewajarnya sewaktu lagu Negaraku dikumandangkan. Sensitif terhadap sesiapa sahaja yang enggan menyayikan lagu dengan bersungguh-sungguh. Atau, masih berjalan semasa lagu sedang dinyanyikan.
Menyatakan rasa tidak senang terhadap apa juga elemen yang menampakkan tidak sayangkan negara. Membuang sampah dari kenderaan sewaktu kenderaan sedang bergak di atas jalan raya umpamanya? Sebaliknya, sanggup bersepah dalam kereta... walaupun anak-anak kata.. "Orang lain pun baling keluar sampah dari kereta!" Adakah itu tidak dikategorikan sebagai patriotik?
Bagaimana kalau beberapa batang bendera tercacak di atas bumbung kereta, tetapi kenderaan memecut melepasi had laju yang dibenarkan? Atau memasang bendera besar pada motorsikal tetapi merempit?
Cuma, aku setuju mengibarkan bendera di tempat kediaman dan kenderaan sekadar memeriahkan bulan sambutan kemerdekaan. Namun, untuk memestikan setiap orang memasang bendera pada setiap kali ketibaan Bulan Kemerdekaan satu usaha yang tidak perlu. Malah ia akan dilihat kepada elemen pembudayaan yang tidak ikhlas.
Namun, apa sudahnya dengan wajah Hari Kemerdekaan pada tahun-tahun mendatang jika semua rakyat Malaysia bersikap macam aku? Bagi aku, itu memerlukan satu jawapan yang lain pulak...
Rakyat dari masa ke masa sedang menilai senario politik negara mahupun negeri. Jika kerajaan ikhlas dalam menangani segala permasalahan rakyat tanpa ada agenda-agenda "tanam tebu di tepi bibir" atau "Sekadar melepaskan batuk di tangga" atau yang lebih bersifat politik, lambat laun semangat "bekerjasama" dalam merancakkan semangat Bulan Kemerdekaan akan terserlah. Sebaliknya, jika rakyat jelata dan marhain melihat terlalu banyak elemen "ketidakadilan" di sana-sini, malah terlalu banyak penyelewengan, double-standard dan sebagainya... maka aku rasa jurang kerjasama itu akan semakin melebar.
Justeru, perasaan cinta terhadap Negara tidak semestinya sinonim dengan perasaan cinta terhadap kerajaan. Jika ada dua simbol yang membezakan antara keduanya, aku rasa ia akan dapat dilihat dengan jelas. Namun, persoalan tersebut membuka pula satu persoalan lain. Mengapa terlalu banyak politiking di Malaysia? Mengapa semua bidang mesti ada politiknya. Hatta, penah suatu ketika KPM "diserahkan" kepada orang akademik kerana ingin menyisihkan elemen politik dalam KPM. Tetapi, gagal! Soalnya, mengapa perasaan kepartian yang tebal itu merentas pada semua urat nadi kehidupan? Sehinggakan dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besarnya mesti menyentuh politik kepartian? Adakah itu menepati peribahasa Melayu "Seperti katak bawah tempurung"? Itulah tempurung politik rakyat Malaysia (politik kepartian) ...
Jelasnya, menyingkap perasaan patriotik dalam diri masyarakat pelbagai kaum di Malaysia ternyata sama sukar mengenali variasi etnik, kaum dan agamanya. Namun, perasaan itu mesti dicari titik mulanya untuk dijalin bagi mestikan bangsa Malaysia yang lebih mapan pada masa akan datang. Cuma soalnya, di mana harus bermula... dari bawah atau dari atas? Fikir-fikirkan...
BACA LAGI...

CATATAN 9 RAMADHAN: LEPAS IFTAR

Bookmark and Share
Alhamdulillah hari ke-9 Ramadhan telah kami lalui sekeluarga... Bagi anak-anakku mungkin hari ini merupakan hari yang sangat memeritkan kerana sewaktu imsak setakat sempat menjamah beberapa butir kurma dan air suam... Sedar-sedar dah jam 5.30 pagi sementara waktu imsyak sekitar 5.45 pagi! Dengan tergopoh-gapah isteriku mengejutkan empat orang anak yang akan berpuasa. Sewaktu buka anakku yang kedua berkata...
"Best jugak tak sahur nih.." Sambil sengih-segih.
Kami memandang tepat ke arahnya...
"Kenapa?"
"Jimat duit... makan kurma pun boleh sampai ke buka.."
"Boleh-boleh.. lepas ni kita sahur kurma jer.." Jawap sinis isteriku.
-------------------------
Dalam hati, aku nak ke masjid sekejap lagi... Tetapi sakit pada bahagian belakang masih terasa. Rasa sengal dan ngilu akan menjalar ke seluruh tulang belakang apabila silap posisi berdiri, duduk malah batuk sekalipun. Entahlah sepanjang bulan Ramadhan ini aku dah empat malam tak dapat bersolat tarawikh di masjid. Terasa rugi... namun rasa sakit yang membelenggu ini menyebabkan aku redha dengan ketetentuanNya.
Petang tadi kami sekeluarga sepatutnya balik ke Sg.Nibong, Sekinchan. Sambil bersama-sama emak dan bapak buka puasa, esok masa balik terus hantar anak aku yang sulong ke asrama sebab hari selasa sekolah dah dibuka semula. Namun, aku rasa masih tak mampu nak drive selama sejam setengah melalui jalan yang berombak. Dah dua hari aku mula drive balik... itu pun cuma ke kedai dan duduk dalam kereta sahaja. Rasa tak selesa dan sakit membataskan pergerakan sekalipun hanya duduk sambil memutar setereng kereta.
Jadi, lebih kurang pukul 3.30 petang tadi, aku terpaksa menelefon emak di kampung bagi menyatakan tidak dapat balik petang tadi. Sebaliknya, aku memaklumkan bahawa kami akan balik esok petang untuk berbuka puasa dan akan balik semula ke TM lepas berbuka puasa. Mudahan keadaan aku akan bertambah baik... Insya Allah
BACA LAGI...

DIRGAHAYU MALAYSIA...

Bookmark and Share
Bersempena dengan kehadiran tanggal 31 Ogos 2009, genaplah usia 52 tahun negaraku yang kucintai ini mencapai kemerdekaan.
Tiada harapan setinggi langit buat menghadapi bilah-bilah hari yang mendatang selain daripada menyusun jari memohon ke hadrat Ilahi agar bumi Malaysia ini akan terus kekal aman dan makmur. Terhindar daripada segala mara bahaya, wabak serta bencana yang bisa membuat seluruh rakyatnya cemas dan gundah gulana.
Satukan seluruh isi hati warganya agar mencintai kedamaian dan membenci serta mengkeji amalan-amalan yang mengarah kepada kebejatan dkeporakperandaan.
Semoga seluruh rakyat Malaysia melihat masa hadapan dengan dada yang lapang serta fikiran yang luas agar segala kemewahan dan kekayaan negara dapat dinikmati bersama secara adil.
Kepada pemimpin negara, teruskan usaha untuk menjadikan negara ini menjadi sebuah negara yang membangun serta dipandang tinggi oleh negara-negara lain kerana komitmen yang tinggi dalam membela nasib rakyat tidak mengira batas etnik, kaum dan agama. DIRGAHAYU MALAYSIA!!
BACA LAGI...

Saturday, August 29, 2009

H1N1: LAGI PANDUAN..

Saturday, August 29, 2009
Bookmark and Share

BACA LAGI...

CATATAN HARI KE-8 RAMADHAN...

Bookmark and Share
Rupanya sudah tiga hari blog aku ini tidak dikemaskini... Kerana, selama tempoh itu aku tidak larat nak duduk di depan PC mengetuk keyboard buat menukilkan sesuatu yang agak banyak berlegar-legar dalam mindaku yang agak tidak terurus ini.
Walaupun rasa tidak sihat itu telah aku rasai seawal satu Ramadhan lagi... namun aku masih berupaya melawannya. Cuma selepas peperiksaan PTK hari itu keadaan menjadi agak sukar diurus... Batuk dan selesema ditambah dengan suhu badan yang agak tinggi membataskan rutin harianku. Namun, aku masih mampu menghantar anak ke tusyen serta ke kedai dengan syarat aku tidak keluar dari kereta. Hehe... macam supir plak!
Petang khamis, aku ke sekolah isteriku menghantarnya menyelesaikan urusan Pemangkuan PPLD DGA29 ke DGA32. Sesampai di rumah, sewaktu keluar dari kereta... aku terasa ada yang tak kena dengan bahagian belakangku... Lepas tu aku dah tak boleh tunduk. Aku taklah kisah sangat... sebab sebelum ini pun aku pernah melalui keadaan seperti itu. Cuma, keadaan semakin serius apabila pagi semalam, sewaktu aku berkahak dalam biik air.... tiba-tiba aku terasa amat sakit pada bahagian belakang sehingga menyebabkan aku tidak berupaya berdiri dan terpaksa berpaut pada sinki! Selepas itu aku hanya banyak baring dan tak mampu keluar rumah.
Selama itu semua urusan keluar isteri aku yang lakukan. Termasuklah urusan menghantar anak-anak aku yang tiga orang itu untuk menunaikan solat jumaat. Aku? Terbaring dan hanya mampu mendirikan solat zuhur secara duduk. Pun begitu... aku tak boleh duduk bersila lama-lama. Nak duduk menopang dagu pun tak sampai. Aduss! Cobaaannn...
Berada dalam kondisi tidak normal ini... tidur pun menjadi tidak aman. Pagi tadi aku bermimpi kena menghadiri kursus selama tiga hari! 6,7 dan 9 ... Tak pasti bulan apa? Anehnya tidak berturutan harinya... Kalau 6 September jatuh hari Ahad! Ahh.. itu semua mainan mimpi orang yang tengah tak sihat agaknya.
Sebelum itu aku bermimpi bermain air di laut. Airnya sangat biru serta ombaknya sangat bergelora... persis sebuah kawasan yang sangat dalam (bab air laut nih.. aku memang fobia! Kalau tengok peta... ada kawasan pulau kat lautan di kelilingi dengan warna biru... lutut aku dah ngilu dibuatnya...) Anehnya, airnya separas lutut jer! Dan aku tak nampak bahagian pantainya.. Takkan lah kat tengah laut kot? Paling tak masuk akal "kami" sedang bermain seperti pelancar roket beb! Aku lancarkan ke tengah lautan... dan di tengah-tengah lautan itu ada jambatan yang sangat panjang yang penuh dengan kerlipan lampu... Hehe... temengah-mengah gak aku dibuatnya bila terjaga!!
Pagi ini aku rasa macam ok sikit... Masih terasa lagi sakit bahagian belakang. Surf internet pasal sakit yang melibatkan tulang belakang. Kalau tak silap... aku sedang mengalami Low Back Strain atau Lumbar Sprain.
Muscle strains and lumbar sprains are the most common causes of low back pain. A low back muscle strain occurs when the muscle fibers are abnormally stretched or torn. A lumbar sprain occurs when the ligaments, the tough bands of tissue that hold bones together, are torn from their attachments. Differentiating a strain from a sprain can be difficult, as both injuries will show similar symptoms. Many doctors refer to both injuries as a category called "musculoligamentous injuries" of the lumbar spine. In general, it doesn't matter what you call the problem because the treatment and prognosis for both back
strains and sprains is the same.
Ada juga exercise ringkas dicadangkan kepada sesiapa yang mengalami keadaan sebegitu.

Let's now look at how easy it is to do these three simple back pain relief
exercises:
Exercise 1 — Hip Rolls:
Stand back away from your support and stand with legs at shoulder-width apart. Tighten your abdominal muscles and put your hands on your hips. Imagine you have a hula hoop, or are doing the hula, and rotate your hips clockwise 5 times, then rotate them counter-clockwise 5 times. Be sure to relax and smile and breathe naturally with this exercise.
Exercise 2 — Waist Twists:
With your hands relaxed at your sides and with feet a shoulder-width apart, simply start swinging your arms right then left, patting both hands on your lower back as they reach around. This will massage the kidneys. Be sure not to swing or pat too hard, just in a relaxed easy motion! Breathe naturally and relax. Simply do a count of 10, and then relax. Then move onto the next exercise.
Exercise 3 — Knee Bends:
Do some gentle, relaxed knee bends. If you have knee or back issues it is best to do them with the assistance of a chair, table or desk. Stand in a relaxed shoulder-width position and place your hands on the support. Tighten your stomach muscles and exhale while bending your knees and going down as far as you can without falling or straining your knees. Inhale while standing up. Do 10 of these to finish this quick exercise circuit.
The complete series of these three simple exercises only takes about two minutes to complete.
Initially, try to do the exercises three times each day. So take an exercise break at work instead of a coffee or cigarette break! You'll be delighted on how good your low back will start to feel over time.
<Sila baca>

Aku cuba juga lah... baru sekali buat mana dapat kesannya. Kalau ikutkan, kena buat 3 kali sehari. Nanti lah... Semoga aku cepat sembuh.. sekolah pun dah nak bukak... Insya Allah
BACA LAGI...

Wednesday, August 26, 2009

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia 26 Ogos 2009

Wednesday, August 26, 2009
Bookmark and Share

Hari ini sejumlah 324 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan dalam masa yang sama sejumlah 223 pesakit ILI telah didiscaj keluar. Seramai 1,446 pesakit ILI sedang menerima rawatan di 98 buah hospital termasuk 2 hospital swasta di seluruh negara. Untuk makluman daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, hanya 217 pesakit (15%) yang disahkan positif H1N1.

Dari 217 kes yang disahkan H1N1, 51 kes berada di ICU di mana 9 kes merupakan kemasukan baru, sementara 2 lagi kes dipindah keluar dari ICU. Daripada 51 kes yang sedang dirawat di ICU, 39 kes (76%) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (21), obesiti (9), kanak-kanak/bayi (6), post natal (1) dan Sindrom Down (2).

Untuk makluman, satu kematian didaftarkan pada hari ini setelah disahkan oleh Jawatankuasa Semakan Kematian (Mortality Review Committee). Maklumat ringkas mengenai kematian tersebut adalah seperti berikut:-

Seorang wanita berumur 24 tahun yang obes mula mengalami demam, batuk dan sakit kepala pada 08.08.09. Pesakit telah dimasukkan ke hospital swasta di Kuantan pada 10.08.09 dan dirawat sebagai viral pneumonitis. Pada 12.08.09, pesakit dirujuk ke hospital kerajaan kerana keadaannya bertambah teruk dan seterusnya dimasukkan ke ICU pada hari yang sama. Rawatan antiviral dimulakan pada 12.08.09 dan ujian makmal mendapati kes positif influenza A (H1N1) pada 17.08.09. Walau bagaimanapun, keadaan pesakit bertambah teruk dan beliau meninggal dunia pada 19.08.09. Sebab kematian adalah H1N1 with Acute Respiratory Distress Syndrome (ARDS)

<Baca lagi>

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 26 Ogos 2009

BACA LAGI...

PTK: PEPERIKSAAN SEPANJANG HAYAT?

Bookmark and Share
Sesunggunya semalam adalah antara hari-hari sukar yang aku pernah lalui. Duduk dalam dewan peperiksaan menjawab soalan-soalan objektif selama dua jam bukanlah satu tempoh yang panjang... Malah dalam peperiksaan PTK3 yang aku duduki secara esei sebelum ini yang menelan masa selama 3 jam untuk kertas UAK (ulangan) pun aku berjaya melaluinya dengan "gagah" (walaupun keputusannya tidak "gagah" hehe...) Namun, apabila diri dalam kondisi yang tidak cukup fit, satu jam pun terasa lama. Dengan hidung berair, batuk serta demam menjadikan tempoh itu teramat panjang... Ditambah lagi dengan tiada persiapan rapi lantaran kekangan itu... kekadang rasa sejuk dan kekadang rasa panas... Memang sejuk sebab demam... Panas sebab apabila dalam kondisi peperiksaan (apatah lagi dalam konteks PTK)... rasa rugi pulak jika tidak dapat "band" 4... Jadi, bila sempat jeling kengkawan di kanan dan di depan (sebab aku duduk tepi tingkap bahagian sisi kiri dewan) semuanya tunduk dan khusyuk menjawab... aku rasa panas dan cemas gak!
Subuh ini aku kembali mengadap pc nih... Sahur tadi telan ubat.. dan sekarang rasa sedikit ok... Ubat yang aku dapat selepas petang semalam menyerah diri ke Klinik TM dan dapat sekali injection... Dapatlah tiga jenis ubat demam, selesma dan tekak. Ubat batuk sudah ilek!
-------------------------
Sebenarnya aku tidak pernah sengaja mengigat dan mengira berapa peperiksaan yang aku telah lalui sepanjang hidup aku... Tapi aku teruja nak mengiranya di sini ... Bukan untuk sengaja dipamerkan bagi mewar-warkan apa yang tak sepatutnya dihebah-hebohkan... Cuma, betapa "kejamnya" sistem ini memaksa semua kaki tangan awam berperiksa sepanjang hayat...
1. Penilaian Darjah Lima 1 kali
2. Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 1 kali
3. Sijil Pelajaran malaysia (SPM) 1 kali
4. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 1 kali
5. Peperiksaan Ujazah Sarjana Muda (UM) 3 kali - Setahun sekali sebab UM pada masa tu satu-satunya universiti yang masih menggunakan sistem tahun bukan semester
6. Peperiksaan Diploma Pendidikan (KPLI) 1 kali
7. Peperiksaan Am kerajaan - 1 kali
7. Pepreriksaan Sijil Kaunseling (14 minggu) 1 kali
8. Ijazah Sarjana - Tesis sepenuhnya
9. PTK2 - 2 kali
10. PTK3 - 3 kali
Jumlah kesemuanya 15 kali...
Dalam "himpunan" peperiksaan yang aku lalui itu ada dua kategori.. Pertama, peperiksaan wajib. Iaitu peperiksaan awam sehinggalah melibatkan peperiksaan yang bersifat untuk meningkatkan kualiti diri... sama ada di peringkat sijil, diploma dan ijazah. Bagi aku itu tidak boleh tidak mesti dicapai jika kita ingin memburu cita-cita... Cuma apa yang aku kurang faham ialah peperiksaan kategori kedua iaitu peperiksaan dalam perkhidmatan... apatah lagi untuk menentukan anjakan gaji dari P1 ke P2... Malah untuk bergerak dari DG41 ke DG44 mesti disyaratkan lulus TK1 atau TK2... Untuk DG44 ke DG48 disyaratkan TK3 (TK yang lain buat seketika aku maleh nak campur...) Alkisah ceritanya dulu masa SSB ramai yang tak setuju... Mereka yang dapat "menegak" dan "melintang" adalah orang yang suka "kipas bossl ah"... Ataupun ada yang nampak sangat luar biasa dapatnya, dikatakan "air-condkan boss lah"... Hehe... sampai ke NUTP, depa fightlah... Tetiba bila datang SSM... Ha... baru padan muka!!
Mengimbas sedikit masa lalu, masa aku mula terjun dalam perkhidmatan awam... untuk sah jawatan mesti ambik Peperiksaan Am Kerajaan. Ada dua paper (aku tak ingat sangat apa papernya...) mesti lulus... kalau tak tak boleh sah jawatan lah... Tapi, itu mungkin setakat markah lulus je... Mungkin 40% ... sebab, k-a-d-a-n-g - k-a-d-a-n-g baru terdengar ada yang gagal. Aku rasa yang gagal dalam satu-satu sesi peperiksaan tu... tak sampai 5% kot...
Tetapi yang PTK ini... sungguh menyiksakan. Aku simpati kepada sesiapa yang duduk dalam satu-satu gred itu sampai "langgar dinding" (maksudnya gaji mati lah tu...) tetapi tidak boleh digerakkan ke DG yang lebih tinggi lantaran tidak mencapai aras 3 sekurang-kurangnya untuk kedua-dua paper. Memang kesian... jangan nasib yang sama menimpa aku sudahlah.. Kepada Allah S.W.T. mohon dijauhkan ...
Lagi pulak...mulai tahun ini calon-calon yang ambik PTK tidak boleh ambik ikut suka dia jer... Ada limitnya... Kalau tak silap aku, dalam kes aku ni.. ada satu lagi peluang kalau yang semalam aku lalui itu tak dapat aras yang aku inginkan... Dulu, tak! Ambik ajer! Bukan kena bayar pun... Kalau dalam dua TK3 yang lalu aku boleh lalui kenapa bila jarak ke pusat peperiksaan dah dekat sangat nih.. tak boleh pulak! Aku tak dapat bayangkan bagaimana pihak BSM dak urus guru-guru yang hanya mampu dapat di bawah aras 3?
Disebalik itu semua ada juga guru yang sangat berjaya... Semua PTK yang dilalui berjaya mendapat aras 4... Tahniahlah.. Itu adalah berkat kesungguhan mereka. Aku tak nafikan daripada kelompok ini ramai guru yang memang examination minded.. Mungkin tengah belajar di peringkat ijazah pertama, kedua atau ketiga... Sudah biasa dengan sepak terajang peperiksaan... Mereka dapat serap semua tekanan yang ada.. dan akhirnya berjaya. Dalam kalangan mereka ini memang ada cikgu yang berdedikasi... jadi cikgu-cikgu lain tak quiry lah... Cuma ada yang cikgu yang memang fokus "giler" dalam menghadapi peperiksaan ni... tetapi mengabaikan p&p dalam bilik darjah... Umpamanya saat-saat akhir menghadapi PTK, ada yang study dalam bilik darjah sambil meminta anak-anak murid "buat kerja masing-masing"...
Fenomena tersebut tentunya aspek yang tidak diingin oleh pihak kerajaan... Tetapi ia berlaku. Ada sesetengah cikgu kata... "Aku tak hairan dengan APC yang RM1 k tu!" Sebab, untuk dapat APC perlu kepada prestasi kerja sehingga 85% ke atas. Tetapi yang biasa dapat lebih 90% ke atas! Lagipun, RM1k tu setakat mana sangat lah nilainya... dan hakikatnya cikgu yang sentiasa patut arahan "boss" sahaja (penilai pertama dan kedua) yang akan mencapai marakah yang sebegitu (Lainlah masa SSB dulu... sekali menegak dan melintang, kesannya dapat dirasa sepanjang tempoh perkhidmatan yang berbaki!) Kalau rekod "disiplin" cikgu tak bagus... memang jangan mimpi nak dapat! Jadi, lebih baik fokus kepada PTK... Biasa kalau PTK dapat aras 4... boss akan beri "sokongan" untuk dapat anjakan gaji... Kalau tak bagi nanti banyak pulak ceritanya...
Aku rasa kerajaan kena melihatkembali semua aspek dalam PTK ini... Buat kajian semula selepas 6 tahun dilaksanakan... Kakitangan kerajaan la ni persis "lari mulut buaya masuk mulut naga..."
BACA LAGI...

Tuesday, August 25, 2009

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia 25 Ogos 2009

Tuesday, August 25, 2009
Bookmark and Share

Hari ini sejumlah 52 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan dalam masa yang sama sejumlah 162 pesakit ILI telah didiscaj keluar menjadikan baki seramai 1,345 pesakit ILI sedang menerima rawatan di 82 buah hospital termasuk 1 hospital swasta di seluruh negara. Untuk makluman daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, hanya 202 pesakit (15%) yang disahkan positif H1N1.

Dari 202 kes yang disahkan H1N1, 42 kes berada di ICU di mana 5 kes merupakan kemasukan baru, terdapat 2 kematian (belum disahkan oleh Jawatankuasa Semakan Kematian) sementara 2 lagi kes dipindah keluar dari ICU. Daripada 42 kes yang sedang dirawat di ICU, 38 kes (95%) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (15), obesiti (9), diabetes (6), kanak-kanak/bayi (3), hamil/postnatal (3) dan Sindrom Down (2).

Untuk makluman, satu kematian didaftarkan pada hari ini setelah disahkan oleh Jawatankuasa Semakan Kematian (Mortality Review Committee). Kes ini melibatkan seorang kanak-kanak berusia 3 tahun. Beliau mendapatkan rawatan awal pada 12 Ogos 2009 di hospital kerana kejadian demam sawan bersama batuk selama 2 hari. Pada 13 Ogos 2009 keadaan pesakit semakin tenat dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi dan rawatan tamiflu dimulakan. Hasil ujian makmal mendapati kes positif influenza A (H1N1) pada 17 Ogos 2009. Walaubagaimanapun beliau meninggal dunia pada 18 Ogos 2009 dengan sebab kematian H1N1 Encephalitis with Cerebral Odema and Multiorgan Failure.

Di peringkat global, laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menunjukkan jumlah kes yang sehingga 25 Ogos 2009 adalah berjumlah 239,397 dengan 2,578 kematian dan ini menunjukkan penularan pandemik H1N1 di dunia masih lagi aktif dengan jumlah negara sebanyak 182. Pihak WHO dalam laporannya juga mengingatkan bahawa angka-angka yang ditunjukkan tidak menunjukkan gambaran situasi sebenar memandangkan WHO kini tidak lagi mewajibkan pelaporan kes.

<Baca lagi..>

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 25 Ogos 2009

BACA LAGI...

Monday, August 24, 2009

KONSPIRASI SELESMA BABI.....

Monday, August 24, 2009
Bookmark and Share
Salam 2 all.
Melihat kepada penyebaran wabak selsema babi atau lebih glamer dengan panggilan Influenza A H1N1, teringat saya akan sebuah filem bertajuk "The Constant Gardener" lakunan Rachel Weisz dan Ralp Fiennnes. Filem tersebut menceritakan kisah bagaimana isteri seorang diplomat British yang juga seorang peguam dijumpai dibunuh di Kenya. Apabila siasatan dibuat oleh suaminya, beliau mendapati isterinya sedang mengumpulkan data dan bukti terhadap sebuah syarikat pembuat ubat yang menggunakan rakyat Kenya sebagai bahan ujikaji untuk virus tuberculosis dan pengubatannya, dan ujikaji tersebut menyebabkan ramai rakyat Kenya mati terbunuh. Sebelum sempat sisuami mendedahkan perkara tersebut, beliau juga turut dibunuh. Namun syarikat pembuat dan pengeluar anti-dote tuberculosis menjadi kaya raya dan membuat keuntungan berlipat ganda.

Kini muncul virus selsema babi. Dan kini terbongkar bagaimana Tamiflu, anti-dote bagi virus selsema babi tersebut membabitkan bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Ronald Rumsfield berpakat dengan sebuah syarikat Yahudi, Gilead Corporation yang mengeluarkan anti-dote Tamiflu yang kononnya boleh mengubat virus selsema babi ini!
Ini adalah kisah bagaimana satu konspirasi digubah untuk memperkayakan sebuah syarikat Yahudi. Gilead Corporation adalah syarikat pembuat Tamiflu di Amerika Syarikat yang mengekspot anti-dote tersebut, dengan memperolehi keuntungan berbillion US dollar. Pemegang saham syarikat ini adalah Yahudi, dan pegangan saham yang besar dibeli oleh Rumsfield pada harga USD18 billion.

Virus selsema ini bermula di Mexico, disebuah perkampungan kecil dimana seorang budak dikatakan terselamat? Dipercayai virus ini dilepaskan untuk mencetuskan ketakutan yang kita lihat hari ini. Dengan virus selsema babi ini merebak dengan cepat dan telah membunuh ramai manusia (64 telah mati di Malaysia takat ini) dan ribuan telah terkorban seluruh dunia, pihak-pihak berkuasa seluruh dunia sudah tiada pilihan tetapi terpaksa membeli anti-dote Tamiflu yang dibuat oleh syarikat yahudi Gilead Corporation ini.

Banyak negara telah menempah anti-dote ini yang bernilai berbillion ringgit sebagai persediaan untuk mengekang serangan virus selsema babi ini. Dan apabila mengingatkan virus ini merebak dengan cepat setelah ia mula bertapak di Amerika, yang kemudiannya "di ekspot" ke merata tempat di dunia termasuk ke Malaysia. Serangan pertama berlaku di Malaysia membabitkan krew dan penumpang Air Asia yang kembali daripada Amerika dan Mexico. Begitu juga negara-negara lain..hampir kesemuanya "mengimpot" virus selsema babi ini dari Amerika atau Mexico.

Apakah virus selsema babi ini juga adalah satu konspirasi jahat Yahudi! Apa yang jelas adalah anti-dote untuk virus ini iaitu Tamiflu dimonopoli oleh syarikat Yahudi bernama Gilead Corporation dimana bekas Setiausaha Pertahanan Amerika yang gila babi pro-Yahudi (termasuk serangan Iraq dan Afghanistan) adalah pemegang sahamnya. Sudah pasti Gilead Corporation akan mengaut keuntungan berbillion ringgit..they'll be laughing their way to the Bank!!?

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
01 Ramadhan 1430
22 Ogos 2009
-----------------------------------
Aku cilok artikel ini dari laman blog YB Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru...
BACA LAGI...

H1N1: PEMAHAMAN ANTARA ANTIBIOTIK DAN ANTIVIRAL....

Bookmark and Share
Bahan ini sangat menarik bagi menjelaskan perbezaan antara antibiotik dan antiviral. Selama ini aku salah... Aku ingatkan antibiotik tu adalah bahan kimia yang dihasilkan bagi meningkatkan antibodi seseorang yang diserang penyakit, apabila antibodi dilihat tidak berupaya mempertahankan sistem keimunan badan.
Rupa-rupanya antibiotik adalah bahan kimia yang digunakan untuk membasmi pertumbuhan bakteria serta mikroorganisma seperti kulat. Jelasnya antibiotik digunakan dalam membasmi jangkitan akibat serangan bakteria.
Manakala vaksin pula ialah persediaan biologi untuk sistem pertahanan badan bagi mengenal pasti bahan asing yang masuk dalam badan.
Bercakap pasal antibiotik ni... baru aku tahu kenapa farmasis memberitahu kita supaya habiskan semua ubat antibiotik yang dia bagi... Aku ingat bila dah rasa sihat tak payahlah habiskan antibiotik tu...
Rupa-rupanya jika kita tak habiskan antibiotik tu, dan bakteria yang menyerang kita tak habis sepenuhnya.. maka ia akan membentuk kerintangan bakteria terhadap antibiotik kerana dianggap antibiotik tersebut tidak mencukupi.
Begitu juga dengan menggunakan antibiotik yang lama untuk penyakit yang sama pada masa akan datang. Dua keadaan tersebut akan menimbulkan komplikasi yang lain iaitu diserang penyakit yang seakan sama tetapi tidak dapat dirawat menggunakan ubat yang sama kerana bakteria tersebut melalui proses mutasi bagi menghasilkan bakteria yang lebih kuat.
Vaksin pula berindak untuk merencat penggandaan virus dalam sistem tubuh badan. Oleh itu virus tersebut tidak dapat merebak dan dengan itu antibodi berupaya membina semula sistem pertahanan badan.
Begitulah alkisahnya... juling bijik mata aku memahami artikel yang menggunakan terma biologi nih.. Jadi kalau dapat antibiotik dari klinik... sila habiskan walaupun demam dah kebah. Kedua, jangan memandai-mandai gunakan antibiotik yang ada kat freezer tu.. Bahaya!
BACA LAGI...

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia 24 Ogos 2009

Bookmark and Share

Sejumlah 306 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan dalam masa yang sama sejumlah 300 pesakit ILI telah didiscaj keluar menjadikan baki seramai 1,455 pesakit ILI sedang menerima rawatan di 85 buah hospital termasuk 4 hospital swasta di seluruh negara. Untuk makluman daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, hanya 285 pesakit (19.6%) yang disahkan positif H1N1.

Dari 285 kes yang disahkan H1N1, 39 kes berada di ICU di mana 2 kes merupakan kemasukan baru sementara 2 kes dipindah keluar dari ICU. Daripada 39 kes yang sedang dirawat di ICU, 33 kes (85%) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (9), obesiti (8), diabetes (7), kanak-kanak/bayi (5), penyakit respiratori kronik (2), postnatal (1) dan Sindrom Down (1).

Untuk makluman, satu kematian didaftarkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah 69 kematian. Kematian yang didaftar pada hari ini melibatkan seorang wanita berusia 38 tahun. Kes telah mendapatkan rawatan di klinik swasta pada 13 Ogos 2009 bagi gejala demam dan batuk selama 2 hari, ujian rapid test mendapati positif influenza A rawatan simptomatik telah diberikan tetapi tamiflu tidak diberi. Lima (5) hari kemudian pada 18 Ogos 2009 pesakit mendapatkan rawatan di hospital swasta kerana secara tiba-tiba mengalami sukar bernafas dan cyanosis. Beliau terus dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan di Unit Rawatan Rapi HKL. Swab tekak telah diambil pada 18 Ogos 2009 dan rawatan tamiflu dimulakan. Walaubagaimanapun beliau telah meninggal dunia pada 19 Ogos 2009 dengan sebab kematian adalah pneumonia with ARDS. Keputusan swab tekak mengesahkan positif bagi influenza A(H1N1) pada 20 Ogos 2009.

<Baca lagi>

DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
Menteri Kesihatan Malaysia

Tarikh: 24 Ogos 2009

BACA LAGI...

POTONG SAGA...

Bookmark and Share

Di sebalik adegan yang agak vulgar dalam klip video ini, ada beberapa perkara yang agak menarik untuk diperkatakan. Pertama tentang nama Namewee. Seorang pelajar Malaysia di Taiwan yang menggemparkan tanah air sedikit masa lalu dengan klip video yang menggubah rentak lagu Negaraku ke irama rap serta elemen lain yang menimbulkan rasa marah banyak pihak. Nampaknya beliau telah balik ke Malaysia atau klip video itu dirakam sewaktu beliau balik bercuti. Namun kehadiran beliau telah disambut dengan baik oleh para penggiat filem tempatan khasnya dalam kalangan masyarakat Cina. Ini mungkin disebabkan beliau punyai bakat sedia ada yang sangat hebat.
Kedua, sistem perbankan Islam telah diterima baik dalam kalangan masyarakat bukan Islam. Mereka tahu bahawa sistem perbankan Islam lebih terjamin berbanding dengan sistem perbankan konvensional. Masyarakat Cina di Malaysia dan seluruh dunia memang arif soal selok-belok bidang perniagaan, justeru jika mereka melihat bahawa sistem perbankan Islam adalah yang terbaik, memang begitulah hakikatnya. Dalam kalangan orang Islam tidak ramai yang bergiat aktif dalam bidang perniagaan. Ramai yang membuka akaun simpanan pun sebab pembayaran gaji dibuat oleh Bank Islam Malaysia Berhad.
Cuma, episod yang dilakonkan dalam klip video tersebut saya anggap satu gurauan yang disalah faham oleh pihak yang sememangnya tidak tahu tentang kebolehan orang bukan Islam membuka akauan di sistem perbankan Islam. Ia semakin tidak begitu dipandang serius kerana menggunakan teknik aras bawah sedar 'Namewee' dalam mimpinya sewaktu beliau membaca brosur berkaitan dengan SPI.
Kkalaulah.... maklumat yang jelas kepada orang bukan Islam tentang semua perkara dalam Islam termasuk aspek, ibadah, munakahat, muamalat dan jenayat tentu salah faham akan dapat diminimumkan...
BACA LAGI...

Sunday, August 23, 2009

USIN BOLT: MANUSIA ATAU MESIN!

Sunday, August 23, 2009
Bookmark and Share
Siapa kata aku tak minat sukan! Cuma sejak akhir-akhir ini (sejak mencecah usia ini...) aku tidak 'segila' masa zaman sekolah dulu.
Cuma sekarang ini, aku tak tunggu sampai pukul 2.00 pagi untuk tengok siaran live bola sepak. Biasanya yang awal-awal siarannya aku tengok lah... Yang sampai dinihari tu... aku biasanya tengok latest result kat ESPN. Itupun kalau berkaitan dengan dua acara sukan yang aku minati. Kalau bola sepak aku peminat Manchester United, dan tennis aku minat kat Rafael Nadal.
Acara padang dan balapan, aku tak lah minat sangat. Cuma antara yang agak minat ialah acara larian. Tetiba jer nama Usin Bolt menjadi buah mulut para pemerhati dan peminat sukan acara larian jarak dekat. Aku pun teruja gak dengan larian dia... Ya Allah macam kilat... mendesup. Dalam acara 200 meter dengan catatan rekod dunia yang baru iaitu 19.19 saat ternyata amat menakjubkan. Begitu juga dalam acara 100 meter dia mencatat 9.5 saat bagi memadam rekod kejohanan yang lama.
Daripada kedua-dua acara tersebut, larian Usin nih... sangat konsisten. Beliau berlari 1 meter dengan kelajuan kurang daripada 1 saat! Malah menurutnya, beliau berkemampuan untuk berlari dalam lingkungan 9.4 saat dalam acara 100 meter!
Terfikir gak dalam benakku... macam suatu yang supernatural tentang kehebatan dia nih... Entah-entah pakai ubat perangsang... Teringat aku masa Ben Johnson, pelari Canada pecah rekod dunia yang akhirnya didapati menggunakan sejenis dadah terlarang.
Apa tidaknya, kelajuannya macam Steve Austin dalam drama bersiri "Six Million Dollar Man" yang popular pada era tahun 70-an.
Buat masa ini belum ada sesiapa yang boleh mencabar kepantasan beliau. Asafa Powel dan Tayson Gay setakat ni dapat angin sahaja lah...
Kehebatan para pelari Jamaica sejak kebelakanagn ini memang menakjub-kan... Patut bagi peluang athelit Malaysia berlatih kat Jamaica pulak. manalah tahu ada pulak hasilnya...
Entahlah.... Bidang sukan kat Malaysia nih serba tak manjadi. Harap kat Squasy... Alih-alih baru-baru ini acara tersebut 'tewas' dalam usaha untuk dimasukkan dalam acara sukan olimpik.
Badminton, tenggelam timbul... Susah nak diramal... Bola sepak, dengan vietnam pun selalu kalah... Walhal, depa punya kelengkapan nak main pun tak sehebat Malaysia.
Aku rasa, banyak sangat politiking dalam sukan lah... Fikir-fikirkan..
BACA LAGI...

HIKMAH RAMADHAN

Bookmark and Share

BACA LAGI...

H1N1: RAKYAT TAK RISAU ?

Bookmark and Share

Ancaman H1N1 di negara kita masih serius! Bila tiga hari tiada kes kematian bukan bererti kita dah tak perlu melakukan langkah-langkah berjaga-jaga.
Apa yang dinyatakan oleh Tun Mahathir itu ada benarnya. Rakyat seperti tak risau! Semalam, sewaktu aku merayau-rayau ke Bazar Ramadhan bersama anak aku nombor 3 (yang menuntut itu dan ini untuk melayan tekaknya yang berpusa..) aku dapati tak sampai 1% sama ada pengusaha gerai atau pengunjungnya yang memakai mask. Kekadang aku dan anak aku rasa macam canggung dibuatnya.
Memanglah ada halangan komunikasi bila kita pakai mask. Tak selesa dan merimaskan! Cuma apabila memikirkan kesannya yang sangat menakutkan... semua itu kita patut tolak tepi.
Berbeza sewaktu Tg.Malim mengalami IPU (Indeks Pencemaran udara) pada tahap tidak sihat... Aku sendiri pun tak pakai mask. Sebab, aku beranggapan kesannya tidak serius memandangkan aku bergerak menggunakan kereta. Lepas tu balim rumah, tutup pintu...
Tetapi H1N1... dalam rumah pun boleh masuk dan menular jika ada sesiapa yang dalam rumah tersebut dijangkiti H1N1.
Aku rasa, para pemimpin negara yang sering keluar kat media massa kena buat teladan yang baik. Mereka juga kena pakai mask. Tengoklah foto-foto di atas! Tun sorang sahaja yang pakai mask. Kenapa PM dan Isteri, Pak-pak Menteri tak pakai mask? Takut nanti rakyat tak nampak muka mereka kot? Nanti rakyat kata pemimpin tak mesra rakyat...
Kita ketepikan dulu soal tak mesra rakyat kek... Nanti rakyat benci kek... Apa yang penting ialah, beri kesedaran kepada rakyat bahawa ancaman H1N1 sangat serius. Jika langkah-langkah yang sewajarnya tidak diambil... bilangan mangsanya akan terus meningkat.

BACA LAGI...

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia 23 Ogos 2009

Bookmark and Share

Sejumlah 306 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan dalam masa sejumlah 306 pesakit ILI telah didiscaj keluar menjadikan baki seramai 1,476 pesakit ILI sedang menerima rawatan di 102 buah hospital termasuk 2 hospital swasta di seluruh negara. Untuk makluman daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, hanya 272 pesakit (18%) yang disahkan positif H1N1.

Dari 272 kes yang disahkan H1N1, 39 kes berada di ICU di mana 2 kes merupakan kemasukan baru sementara 3 kes dipindah keluar dari ICU. Daripada 39 kes yang sedang dirawat di ICU, 33 kes (85%) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (10), obesiti (8), diabetes (7), kanak-kanak/bayi (4), penyakit respiratori kronik (2), postnatal (1) dan Sindrom Down (1).

Untuk makluman, tiada kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) didaftarkan pada hari ini.

Di peringkat global, laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menunjukkan jumlah kes yang sehingga 23 Ogos 2009 adalah berjumlah 235,987 dengan 2,543 kematian dan ini menunjukkan penularan pandemik H1N1 di dunia masih lagi aktif dengan jumlah negara sebanyak 182. Pihak WHO dalam laporannya juga mengingatkan bahawa angka-angka yang ditunjukkan tidak menunjukkan gambaran situasi sebenar memandangkan WHO kini tidak lagi mewajibkan pelaporan kes.

Kementerian Kesihatan masih menerima pertanyaan dari orang ramai dan pengamal perubatan swasta tentang bekalan ubat antiviral melalui program rangkaian Klinik Cegah dan Rawat H1N1 yang telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia pada 20 Ogos 2009. Pengamal Perubatan yang ingin menyertai program tersebut dan orang ramai yang ingin mengetahui senarai klinik-klinik yang terlibat diminta melayari http://www.h1n1.net.my/ untuk maklumat lanjut.

Usaha mengekang penularan wabak H1N1 memerlukan kerjasama semua. Individu yang mempunyai gejala ILI walaupun simptom kelihatan ringan, bertanggungjawab untuk tidak menyebarkan jangkitan dengan tidak mengunjungi tempat-tempat awam yang sesak termasuklah Bazaar Ramadhan, kompleks membeli-belah, tempat kerja, sekolah dan rumah ibadat. Ini adalah kerana seorang yang bersimptom jangkitan ILI, masih menyebarkan virus tersebut melalui batuk atau bersinnya, atau cairan daripada batuk atau bersin, walaupun mereka hanya kelihatan mengalami gejala demam dan batuk yang ringan.

<Baca lagi>

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 23 Ogos 2009

BACA LAGI...

Saturday, August 22, 2009

SIAPA YANG CUAI?

Saturday, August 22, 2009
Bookmark and Share
Betullah tu... memang tak diturunkan pangkat. Hakiki yang 108 orang tu memang DG48 KUP. Tetapi telah digerakkan untuk memangku DG52.
Walau bagaimanapun secara hakikatnya mereka telah menerima 'kenaikan' pangkat dan menjalankan tugas pemangkuan pada gred DG52.
Persoalannya, maruah guru serta pegawai pendidikan yang telah dihebah-hebohkan memangku DG52.
Memang nampak ada kekhilafan teknikal di situ. Sepatutnya seseorang pegawai perkhidmatan pendidikan yang memangku sesuatu gred yang lebih tinggi mesti mendapat surat urusan pemangkuan daripada pihak Sumber Manusia. Cuma tanda soal besarnya ialah siapa yang menggerakkan pegawai tersebut untuk tujuan pemangkuan tersebut? Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah? Tak kan mereka tak tahu prosedur urusan pemangkuan.
Saya melihat kecuaian tersebut perlu diambil tindakan. Pegawai tersebut turut boleh menyaman pihak yang cuai-luhai itu.
BACA LAGI...

USTAZ ASRI: MENURUT KAK PAH..

Bookmark and Share
BACA LAGI...

H1N1: LAGI MAKLUMAT TERKINI...

Bookmark and Share
BACA LAGI...

Friday, August 21, 2009

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia 21 Ogos 2009

Friday, August 21, 2009
Bookmark and Share

Dimaklumkan sehingga 21 Ogos 2009 jam 9.00 pagi, sejumlah 257 kes baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital, manakala 234 kes telah didiscaj keluar menjadikan baki seramai 1556 kes sedang dirawat di 98 buah hospital termasuk 3 hospital swasta di seluruh negara. Dari jumlah ini, hanya 220 kes (14%) yang disahkan positif H1N1.

Dari 220 kes yang disahkan H1N1, 44 kes berada di ICU di mana 12 kes merupakan kemasukan baru sementara 3 kes dipindah keluar dari ICU. Daripada 44 kes yang sedang dirawat di ICU, 20 kes (45%) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (7), hamil dan bersalin (4), bayi (4), asma (2), obesiti (2) dan kanak-kanak istimewa (1).

Untuk makluman, tiada kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) dilaporkan pada hari ini.

Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penularan pandemik H1N1 di dunia masih lagi aktif dan melibatkan 182 buah negara. Sehingga 21 Ogos 2009 jam 8.00 pagi, terdapat peningkatan kes jangkitan influenza A(H1N1) sebanyak 2073 kes menjadikan jumlah kes terkumpul 233,342 dengan peningkatan kes kematian sebanyak 46 menjadikan jumlah kematian terkumpul 2,399.

Kementerian Kesihatan mengambil maklum kesukaran mendapatkan bekalan ubat antiviral pada masa kini. Oleh itu, orang ramai boleh mendapatkan bekalan ubat antiviral dari fasiliti kesihatan swasta yang menyertai rangkaian Klinik Cegah dan Rawat H1N1 yang telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia pada 20 Ogos 2009. Ianya boleh diperolehi pada harga tidak melebihi RM80.00. Bagi fasiliti kesihatan swasta yang ingin menyertai rangkaian tersebut, sila layari http://www.h1n1.net.my/ untuk maklumat lanjut.

<Baca lagi>

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 21 Ogos 2009

BACA LAGI...

CATATAN LEWAT PETANG 30 SYA'BAN 1430 HIJRAH...

Bookmark and Share
Bilah-bilah hari berlalu bersama pergi dan mari siang dan malam yang silih berganti. Esok bermulanya cuti pertengahan penggal kedua dan secara kebetulan esok juga tibanya Ramadhan Al-Mubaraq.
Subuh nanti aku dan isteriku tentunya akan berhadapan dengan kerenah anak-anak yang amat susah digerakkan untuk bangun sahur. Namun, macam tahun-tahun lepas, kami akan sedaya upaya memastikan anak-anak, berpuasa penuh sebulan. Latihan yang perlu dimulakan seawal enam, tujuh tahun. Cuma untuk catatan, anak aku Aliya telah memecahkan tradisi abang-abangnya kerana mula berpuasa seawal empat tahun. Penuh sebulan pulak tu! Mulanya aku tak paksa, tapi dia nampak okey. Agak merengek menjelang pukul 4.00 petang... Masa tu, aku bawaklah ke bazar Ramadhan untuk menyampaikan waktu berbuka. Abang-abangnya yang tiga orang tu mula berpuasa sewaktu berusia lima tahun. Mungkin, anak perempuan ni kuat azamnya kot.
Bapak dan emak aku serta metua agak bising paksa anak puasa awal sangat! Aku jawap, dia yang nak buat. Uguit sikit dah menjadi... Hehe.. kami kata,
"Tiap-tiap tahun, baju raya embah buat ikut bilangan hari... cukup 30 hari puasa, baru lengkap baju tu... Kalau tinggal sehari ada bahagian baju tu yang kurang... Kalau banyak hari tuang... memang tak boleh pakailah baju raya tu... Sambung tahun depan pulak..."
Budak-budak sekarang ni... tak macam aku dulu... Pergi balik sekolah (pagi dan petang) dihantar dan diambil... mana boleh kata letih. Lainlah macam aku dulu, mengayuh basikal 4 batu... Sampai rumah memang melepek! Lagi pulak emak bapak bukan ada kat rumah... cari rezeki ke kebun dan ladang.. sapa nak pantau? Alamatnya banyaklah lompang di sana-sini...
Anak-anak aku sebahagian besarnya membesar dalam rumah... Dunianya hanya sekolah dan rumah... Kalau nak jalan-jalan... pergi dengan keluarga. Cuma sesekali dapat kebenaran ikut camping atau rombongan sekolah... Bukan nak sekat seratus peratus, tetapi takut dengan cabaran membesarkan anak-anak masa kini yang penuh dengan cabaran. Banyak sangat pengaruh yang negatif... Bukan kat rumah tak ada pengaruh negatif... memang ada... umpamanya siaran televisyen serta internet... Namun, aku senang nak kawal. Berbanding kalau merayau-rayau ke sana dan ke mari... siapa nak tegur kalau anak kita buat perkara yang tak senonoh. Umpamanya merokok!
Masa aku kecik dulu, satu kampung kenal aku anak Pak Selamat. Takut nak buat yang bukan-bukan... nanti akhirnya ada yang report kat bapak aku! Alamatya kalau tak rotan, tali pinggang akan membaham badan aku! Sekarang? Sapa berani tegur anak orangl lain... silap-silap bapak dengan bapak bergaduh dan bermasam muka!
Jadi, kitalah yang kena jaga anak masing-masing. Biarlah orang kata anak kena kurung... Bapak kejam... dan zalim! Aku teringat gurindam lama ada menyebut...
"Kalau anak kecilnya tidak dilatih,
Bila besar, bapanya letih..."

Haha... Aku tak kata anak tak perlu diberikan sedikit kebebasan untuk berkawan. Biarlah selama 12 tahun (sekolah rendah) aku jaga dengan cara aku... Nanti bila dah belajar jauh... mereka akan temui kebebasan itu... Sambil mengharap ingat dan patuh apa yang telah diajar selama 12 tahun itu. Aku bersikap, lebih liberal sedikit dalam menentukan hala tuju anak selepas 12 tahun. Kalau nak duduk asrama pun tak apa... belajarlah berdikari...
Mudahan dengan ketibaan Ramadhan Al-Mubaraq ini.. aku akan dapat meningkatkan amal kebaikan berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya... Amiinnn.
BACA LAGI...

AHLAN YA RAMADHAN

Bookmark and Share
BACA LAGI...

AKHIRNYA JANJI TELAH KUTUNAIKAN...

Bookmark and Share
Alhamdulillah, dengan izin-Nya jua aku berjaya menghadirkan diri ke SMKDZM bagi mengisi slot Program Peningkatan Mata Pelajaran Pengajian Am. Setelah dua kali menangguhkan pertemuan, pada hari ini aku datang lebih awal dan terus menuju ke Bilik Gerakan Sekolah. Aku hampir-hampir sahaja menangguhkan untuk kali ketiga, apabila pihak BSMM Cabang cuba mengatur pertemuan untuk bertemu Pengarah Pusat Kokurikulum, UPSI atas urusan yang tidak kurang pentingnya. Akhirnya aku mengatakan tidak dapat hadir kerana ingin memenuhi janji yang tertangguh itu. Syukur, aku membuat keputusan yang tepat kerana perjumpaan tersebut terpaksa ditangguhkan ke esok petang.
Masa aku mula masuk Bilik Gerakan (lebih bkurang 2.25 petang), lebih kurang 10 orang pelajar berada di situ. Akhirnya seramai 27 orang pelajar tingkatan Enam Atas yang hadir. Masa itu, tiada seorang guru pun yang ada. Selepas bebrapa ketika kaunselor pelajar masuk dan memaklumkan bahawa ketiga-tiga guru Pengajian Am tiada di sekolah. Seorang ke Kedah mengambil anak, yang dua orang lagi kursus. Oklah tu...! Sekurang-kurangnya aku tidak menghadapi "tekanan" daripada kehadiran guru-guru Pengajian Am yang aku pasti lebih senior dalam konteks pengalaman mengajar mata pelajaran Pengajian Am. Aku memulakan perkongsian maklumat sekitar 2.35 petang.
Sepanjang sesi perkongsian maklumat tersebut, aku mendapati respon pelajar sangat bagus. Sesi soal-jawab agak rancak pada semua bahagia. Namun, banyak soalan berlegar pada bahagian D. Alhamdulillah aku cuba menjawabnya dengan sedapat mungkin. Aku menmatkan kalimat yang terakhir sekitar jam 5.15 petang.
Terima kasih, kepada warga SMKDZM yang masih sudi menunggu kehadiranku... Ingatkan dah tak jadi bila dua kali membuat penangguhan. Terima kasih kepada semua pelajar atas tumpuan serta perehatian yang diberikan. Semoga berjaya hendaknya.
BACA LAGI...

Thursday, August 20, 2009

CAYALAH CIKGU ROMLI!!

Thursday, August 20, 2009
Bookmark and Share
Aku teruja sangat dengan petikan akhbar nih... Jika terbukti secara klinikal bahawa remedy yang digunakan dalam menghasilkan penawar virus H1N1 sangat berkesan... Inilah kejayaan "R&D" yang terbesar dalam sejarah manusia memerangi virus maut seperti H1N1.
Aku harap, ia bukan sekadar bahan tarikan sensasi akhbar sahaja, malah usaha perlu dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi meastikan keberkesanan ubat tersebut. Jika memang ada hubungan yang signifikan antara ubat tersebut dengan penawar yang ditunggu-tunggu di seluruh dunia, kenapa tidak dikomersilkan.
Yang ini sah-sah.. memang lebih baik daripada vaksin yang dah jemu ditunggu itu. Tiada bahan kimia serta kesan ubatan alopati seperti drug dan sebagainya.
Berikut beberapa capaian yang berkaitan dengan ramuan yang Cikgu Romli adunkan. Daun Mahkota Dewa, Daun Akar Cerita, Daun Afrika, Daun Malbery, Daun Mambu, dan Buah Mengkudu.
Selamat mengkaji...
BACA LAGI...

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia 20 Ogos 2009

Bookmark and Share

Dimaklumkan sehingga 20 Ogos 2009 jam 9.00 pagi sejumlah 1533 pesakit influenza like illness (ILI) sedang dirawat di 104 buah hospital termasuk 4 hospital swasta di seluruh negara. Dari jumlah tersebut, 195 telah disahkan positif H1N1. Pada masa yang sama seramai 188 kes telah di discaj.

Dari 195 kes yang disahkan H1N1, 35 kes berada di ICU dimana 4 kes merupakan kemasukan baru sementara 5 kes dipindah keluar dari ICU. Daripada 35 kes yang sedang dirawat di ICU, 20 kes (57%) mempunyai faktor risiko iaitu diabetes (4), penyakit kronik (5), asma (2), hamil dan bersalin (4), obesiti (1), kanak-kanak istimewa (2) dan kanak – kanak di bawah setahun (2).

Untuk makluman, satu kematian didaftarkan pada hari ini, iaitu seorang wanita berusia 33 tahun yang sedang hamil 34 minggu.Kes telah mendapatkan rawatan dan dimasukkan ke wad hospital swasta di Johor Bahru pada 8 Ogos 2009 setelah mengalami demam dan batuk selama satu hari. Walau bagaimanapun lima hari kemudian (12 Ogos 2009) pesakit dirujuk dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru kerana mengalami sesak nafas dan rawatan Tamiflu terus dimulakan. Walau bagaimanapun kes meninggal dunia keesokan harinya (13 Ogos 2009) kerana severe pneumonia dan respiratory failure. Kes disahkan positif influenza A(H1N1) pada 14 Ogos 2009.

Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penularan pandemik H1N1 di dunia masih lagi aktif dan melibatkan 182 buah negara. Sehingga 20 Ogos 2009 jam 8.00 pagi, terdapat peningkatan kes jangkitan influenza A(H1N1) sebanyak 3,354 kes menjadikan jumlah kes terkumpul 231,269 dengan peningkatan kes kematian sebanyak 207 menjadikan jumlah kematian terkumpul 2,353.

Untuk makluman, orang ramai diminta mengambil maklum perbezaan gejala selesema biasa dengan jangkitan influenza. Di antara perbezaan yang ketara ialah apabila dijangkiti influenza, individu akan mengalami demam yang tinggi (>38°C) sehingga 3 ke 4 hari, sakit kepala, sakit tekak, kerap letih, sakit badan yang biasanya teruk, letih lesu dan batuk tanpa kahak di peringkat awal. Manakala selesema biasa pula jarang mengalami demam atau demam ringan (<38°c),>

<Baca lagi>

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 20 Ogos 2009

BACA LAGI...

Tuesday, August 18, 2009

BSM, KPM: PERSIS ROBOT MENGURUS MANUSIA

Tuesday, August 18, 2009
Bookmark and Share
Meneliti keratan akhbar Berita Harian pada hari ini mencetuskan satu tanda soal yang agak besar dalam fikiran saya.
Mengapa kes sebegitu boleh berlaku. Pangkat yang dinaikkan ditarik balik oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia. Apa yang lebih aneh ialah pihak yang malang itu ialah dalam kalangan pengetua-pengetua yang telah 'dinaikkan' ke DG52! Jika perkara itu berlaku dalam kelompok guru-guru 'cabuk' tidaklah menghairankan sangat. Pengetua merupakan pentadbir tertinggi di sekolah menengah.
Tidakkah pihak BSM telah meneliti setiap perkara sebelum membuat keputusan untuk menaikkan pangkat seseorang pendidik. Daripada aspek kelayakan asas sehinggalah aspek teknikal seperti mata gaji pada sesuatu tahun (contohnya dalam konteks time-based). Dalam konteks kekalutan BSM itu, lebih baik lambat dinaikkan pangkat daripada tersilap dalam menaikkan pangkat seseorang pada hal individu tersebut tidak layak dinaikkan pangkat. Di mana maruah tuan-tuan pengetua hendak diletakkan. Hal ini kerana lazimnya kenaikan pangkat ke DG52 akan dicanangkan di seluruh daerah.
Pada hemat saya, ini adalah kesilapan kedua pihak BSM dalam mengurus tingkatan enam. Sebelum ini ramai guru yang mengajar bertahun-tahun di tingkatan enam tidak diperakukan untuk mengajar di tingkatan enam. Apabila ditanya kepada pihak BSM, antara dasar yang diguna pakai, mana-mana guru yang sedang menjalankan tugas sebagai penolong kanan tidak diperakukan untuk mengajar di tingkatan enam. Tetapi apa yang anehnya, ada juga guru penolong kanan yang ditawarkan ke tingkatan enam. Sepatutnya dalam kes tersebut, pihak BSM memberika opsyen sama ada hendak kekal sebagai pentadbir atau sebagai guru akademik tingkatan enam.
Selain daripada itu, isu kuota bagi setiap kategori DG turut menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan guru yang teraniaya dengan sistem tersebut. Sebagai contoh, kaedah yang diguna pakai oleh pihak BSM dalam menentukan kuota ialah, guru yang paling senior dalam perkhidmatan. Bukan senioriti dalam tingkatan enam. Ada kes, seorang guru tersebut baru sahaja diarahkan oleh pengetua mengajar tingkatan enam, terus diperaku untuk mengisi gred yang lebih tinggi sedangkan ada guru lain yang berbelas tahun mengajar di tingkatan enam hanya diperaku untuk ke gred yang setara. Alasannya guru itu lebih senior dalam perkhidmatan.
Jadi, soalnya sekarang... bagaimana yang dikatakan pihak PTD merupakan pengurusan profesional yang akan menyelesaikan semua masalah dalam sesuatu organisasi yang dilibati. Profesional apa, jika boleh naik dan turunkan pangkat bukan sebab kesalahan tatatertib... buta hati dan perasaan guru-guru. Pihak BSM kena sedar, guru merupakan pengurus sumber manusia untuk negara di sekolah. Jika kebajikan guru dinafikan, perasaan guru diperlekehkan, akhirnya anak-anak murid pula yang akan menajdi 'mangsanya'.
Justeru, saya melihat BSM tak ubah seperti sekumplan robot yang sedang mengurus manusia.
BACA LAGI...

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia 18 Ogos 2009

Bookmark and Share
Dimaklumkan sehingga 18 Ogos 2009 jam 9.00 pagi sejumlah 276 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad, 36 pesakit yang disahkan H1N1 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara. Sementara itu 156 orang telah discaj dari wad dengan 129 dibekalkan antiviral. Daripada 36 kes yang sedang dirawat di ICU, di dapati 21 kes mempunyai faktor risiko iaitu DM (1), penyakit kronik (7), kegagalan buah pinggang (3), asma (2), obesiti (1), kecacatan otak (2), hamil dan bersalin (2) dan kanak – kanak di bawah setahun (3).

Untuk makluman sebanyak 3 kematian telah dilaporkan. Maklumat mengenai kematian tersebut adalah seperti berikut:-

1. Seorang wanita berumur 33 tahun telah dirujuk ke ICU hospital pada 7/8/09 di mana radang paru-paru yang dihadapinya bertambah teruk setelah 4 hari mendapat rawatan di hospital swasta. Pesakit telah dilaporkan mengalami demam dan batuk sejak 31/7/09 (dirawat di klinik swasta selama 2 hari dan dirujuk ke hospital swasta kerana radang paru-paru pada 3/8/2009). Rawatan antiviral telah dimulakan pada 7/8/09. Walau bagaimanapun beliau telah meninggal dunia pada 12/8/09 disebabkan oleh severe bronchopneumonia. Kes telah disahkan positif influenza A(H1N1) pada 12/08/09.

2. Seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun telah dimasukkan ke Hospital pada 27/7/09 dan telah didiagnosa sebagai Systemic Lupus Erythematous. Kemudian pada 5/8/2009 beliau dipindahkan ke ICU dengan gejala susah bernafas, sakit dada dan sakit perut. Rawatan antiviral telah dimulakan pada 7/8/09. Walaubagaimanapun beliau telah meninggal dunia pada 13/8/09 disebabkan oleh Systemic Lupus Erythematous with severe pnuemonia with renal impairment. Kes telah disahkan positif influenza A(H1N1) pada 13/8/2009.

3. Seorang warga emas berumur 71 pula adalah merupakan pengidap Chronic Obstrutive Airway (COAD), Hypertension, Ischaemic Heart Disease and Type II Diabetes Mellitus mengalami demam, batuk dan susah nafas selama 2 hari dimasukkan ke hospital pada 12/8/09. Rawatan antiviral telah dimulakan pada 12/8/09. Walaubagaimanapun beliau telah meninggal dunia pada 14/8/09 oleh Ischaemic Dilated Cardiomyopathy precipitated by pnuemonia. Kes telah disahkan positif influenza A(H1N1) pada 15/8/2009.

<Baca lagi>

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 18 Ogos 2009

BACA LAGI...

Monday, August 17, 2009

H1N1: PENDIDIKAN MEKANISME YANG AMPUH...

Monday, August 17, 2009
Bookmark and Share
BACA LAGI...

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia 17 Ogos 2009

Bookmark and Share
Dimaklumkan sehingga 17 Ogos 2009 jam 9.00 pagi sejumlah 284 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad dan 33 pesakit yang disahkan H1N1 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara. Daripada 33 kes yang sedang menerima di ICU, di dapati 17 kes mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (8), asma (3), obesiti (2), kecacatan otak (2), hamil (1) dan post-delivery (1).

Untuk makluman sebanyak 2 kematian telah dilaporkan. Maklumat mengenai kematian tersebut adalah seperti berikut:

  1. Seorang bayi lelaki berumur 7 bulan yang juga pengidap asma, dimasukkan ke ICU hospital pada 7/8/09 kerana demam, batuk dan sesak nafas selama 2 hari. Bayi tersebut telah mendapatkan rawatan di klinik swasta pada hari sebelumnya. Rawatan antiviral telah dimulakan pada 8/08/09 dan disahkan jangkitan H1N1 pada 12/08/09. Walau bagaimanapun, bayi tersebut telah meninggal dunia pada 15/8/09 disebabkan oleh severe pneumonia with acute respiratory failure.

  2. Seorang wanita warga emas berumur 74 tahun yang mengidap diabetes dan kegagalan jantung (CCF) telah dimasukkan ke hospital pada 10/8/09 setelah didapati pengsan di rumahnya. Pesakit telah dilaporkan mengalami demam dan batuk sejak 8/8/09 (2 hari sebelum kemasukan ke hospital) dan rawatan antiviral telah dimulakan pada 11/8/09. Walau bagaimanapun beliau telah meninggal dunia pada 12.08.09 disebabkan oleh severe pneumonia. Kes telah disahkan positif influenza A(H1N1) pada 13/08/09.
<Baca lagi>

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 17 Ogos 2009

BACA LAGI...

AKU KINI JADI PENGUMPUL BERITA INSAN SENI YANG HEBAT...

Bookmark and Share
Selagi ada berita tetang Allahyarham Ustaz Asri dalam akhbar Berita Harian (sebab aku langgan e-browse Berita Harian) dan The Sun (percuma), aku akan siarkan dalam blog aku ini.
Bagi aku, beliau bukan sekadar ikon malah pejuang kebangkitan era nasyid moden.
Kalau dulu, sebelum Rabbani dan Raihan memulakan langkah gemilang dalam memartabatkan industri nasyd tanah air... industri nasyid macam tidak bermaya.. "hidup segan mati tak mahu.." Kalau nak dengar irama nasyid dikumandangkan di media elektronik, tunggulah masa Tilawah alQuran. Atau semasa sambutan Maal Hijrah...
Alhamdulillah kini, irama nasyid semakin diterima ramai. Kumpulan nasyid pun semakin banyak... Kini irama tersebut telah jadi irama laternatif kepada irama-irama yang lain. Apa yang lebih menarik lagi.. apabila penyanyi-penyanyi irama-irama lain turut berduet dengan kumpulan nasiyid sama ada menyayikan lagu nasyid atau lagu-lagu rock yang bersifat ketuhanan.
Justeru, aku akan menjadi penggemar kelunakan suara Al Marhum Ustaz Asri sehinga akhir hayatku...
BACA LAGI...

AKHIRNYA SEPANJANG HARI AKU DI PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN!

Bookmark and Share
Mentari pagi bukan sahaja menyingkap tabir kelam kepada siang malah menjadikan seluruh mayapada 'hidup' setelah menikmati rehat yang sewajarnya. Malam tadi aku tidur sedikit lewat lantaran cuba menghasilkan poster H1N1 buat dipaparkan pada ruang blogku ini. Sambil itu fikiranku berputar ligat untuk mencari yang terbaik antara ke UPSI atau SMKDZM. Justeru aku bangun sedikit lewat daripada kebiasaanya.
Sepanjang aku ke sekolah, mahu sahaja aku menelefon cikgu Anhar bagi menyampaikan maksudku untuk terpaksa menunda tarikh program ke hari sabtu ini. Namun, aku tangguhkan dahulu kerana bimbang kalau-kalau ada pogram sekolah pula pada hari sabtu ini. Sesampai sahaja aku di pejabat aku mendapatkan maklumat dari PK1. Menurut beliau tiada program sekolah pada hari tersebut.
Lantas aku menelefon Cikgu Anhar...
"Cikgu, ada berita kurang baiklah sikit..." Aku memuakan bicara sejurus aku memberi salam.
"Haha.. ada apa tu..?"
"Nilah.. saya mendapat arahan daripada pihak sekolah untuk ke UPSI kerana ada kursus berkaitan dengan Portal dan Blog Sekolah Bitara UPSI.. Jadi saya minta maaf sekali lagi tak dapat datang pada har ini..." Memang aku tiak dapat menyembunyikan rasa kesal atas apa yang berlaku.
"Ok.. Tak apa..." Balasnya ringkas.
"Ginilah... saya bersedia hadir pada hari sabtu ni... sebab kat sekolah saya tak ada apa-apa program sekolah". Aku cuba memberi tarikh alternatif kepada beliau.
"Tak apalah.. saya kena bincang dulu dengan kaunselor... nanti saya akan hubungi Malek kemudian.."
Aku tidak pasti berapa kali aku memohon maaf kepada cikgu Anhar. harap-harap beliau memahami keadaan aku. Sesungguhnya aku tidak menjangka sebegini besar aral yang aku terima untuk ke SMKDZM.
Sebelum aku pergi ke UPSI, aku sempat membuat pendaftaran secara online nama dua orang cikgu serta dua orang pelajar yang akan terlibat dalam kursus di UPSI.
----------------------------
Tugas yang akan aku terima bersama Mail dan dua orang murid aku dah jangka. Sekolah-sekolah Bitara UPSI yang sebanyak 17 buah sekolah ini akan diberikan sebuah portal setiap sekolah untuk diselenggara. Dan, kesemua portal tersebut akan dipertandingkan sempena Hari ICT UPSI yang dijangka akan dijalankan pada bulan september.
Lebih kurang sama dengan apa yang berlaku pada tahun 2006. Masa itu portal yang diberi dibawah komuniti E-Learning UPSI. Dengan minat yang meluap-luap aku buat portal tersebut dan akhirnya sekolah aku mendapat tempat pertama. Hadiahnya masih aku gunakan sehingga kini.. sebuah notebook MIMOS.
Namun, kali ini jauh berbeza. Saingan terlalu sengit. SMKDZM tentu akan berhempas-pulas akan menewaskan sekolah aku kerana webmasternya pernah kata (sewaktu majlis penyampaian hadiah di Dewan SITC pada 2006), kalau dia punya masa yang sama dengan aku (sebab dia ambik alih daripada guru lain agak lewat... selepas cikgu tu "tak buat apa-apa") SMKDZM akan kalahkan sekolah aku. Sekolah tersebut meraih naib johan. Aku mampu senyum sahaja...
Kali ini aku melihat saingan yang sangat dahsyat dari SMKA kerana pada tahun 2006, Cikgu Mahfudz tengah cuti belajar! Buka aku menyerah sebelum berjuang... aku melihat SMKA adalah calon juara kerana web sekolah yang sedia ada menggunakan Portal Joomla! Pindah sahaja data yang ada ke hosting yang baru.. selesai masalah!
Selain daripada itu... sekolah-sekolah lain dari daerah Hulu Selangor, Hilir Perak dan Kuala Kangsar pun tak boleh dinafikan keupayaan mereka...
-----------------------
Portal yang baru ini agak menarik berbanding dengan portal yang lama.. Aku nampak satu kebaikan yang angat jelas ialah.. kita boleh lantik pelajar sehingga jadi admin. Manakal cikgu-cikgu jadi super admin. Dia tak boleh ubah password.. kerana dia masuk guna id dan password mereka sendiri. Portalyang lama boleh ubah password. Itu yang jadi pada beberapa laman sekolah dalam Jalinan KITA!
Mail kawan aku tu.. memang cikgu ICT tetapi dah lama berjemur di padang ajar PJK. Aku harap kami akan dapat berkerjasam dengan lebih mantap di samping dua orang pelajar kelas ICT. Aku nampak dua-dua orang tu hebat jugak...
Namun halangannya ialah masa untuk update portal tu... Kena buat di rumah gak lah... Kat sekolah bila masanya?
BACA LAGI...

DUA PERSIMPANGAN...

Bookmark and Share
Kalau aku boleh menghentikan jarum masa daripada terus bergerak, nescaya akan aku lakukan. Esok, aku terpaksa membuat pilihan sama ada terlibat dalam Kursus Pengendalian Portal dan Blog Sekolah-Sekolah Bitara UPSI atau memenuhi jemputan dari SMKDZM bagi slot Program Kem Kurikulum Untuk Pelajar STPM 2009.
Pilihan pertama merupakan program antara sekolah dan UPSI. Secara lisan aku dah tahu seminggu yang lalu tetapi surat rasminya aku terima ketika nak bali hari Jumaat lalu. Sekolah menamakan aku dan seorang guru lain dan dua orang pelajar untuk menghadiri program tersebut. Pendek ceritanya... wajib pergi lah.
Aku tahu, selesai sahaja kursus itu sekolah akan diberi satu web hosting di bawah UPSI. Menggunakan platform Joomla... Aku dah akses tetapi tak boleh masuk sebab UPSI tak bagi password untuk administrator. Mahu je aku bagi kat orang lain, tapi aku dianggap engkar arahan lah...
Menggunakan platform Joomla lebih menarik berbanding dengan web sekolah yang sedia ada yang menggunakan platform PHP. Aku pun dah jarang update sebab agak dry... Tapak yang akan diberi ini menggunakan aplikasi web 2.0
Pilihan kedua, sepatutnya dijalankan pada hari isnin lepas. Tetapi, disebabkan aku tak terima surat (katanya dah difakskan), maka aku terpaksa batalkan memandangkan ia dilakukan pada hari sekolah. Macam aku nak bagi tahu kat pentadbiran kalau surat tak ada! Aku mintak cikgu Anhar faks surat tersebut sekali lagi. Akhirnya aku terima pada hari Rabu (kalau tak silap).
Namun, pada bahagian atas surat tersebut ada catatan daripada PK1 agar aku bertanya kat Pengetua sama ada beliau bagi atau tidak. Aku sempat bertanya pada Pengetua pada hari Jumaat kerana beberapa hari sebelum itu beliau tiada di sekolah. Aku mendapat kebenaran daripada beliau dengan syarat pihak sekolah SMKDZM turut membenarkan seorang guru sekolahnya untuk menyampaikan slot yang lebih kurang sama kat sekolah aku!
Tiba-tiba lebih kurang pukul 11.30 pagi, aku mendapat surat untuk program Bitara UPSI. Adusss.. Aku jadi serba alah. Kalau aku pergi ke SMKDZM, aku akan tercicir banyak perkara. Kerana, program kat sekolah tu dari pukul 8.30 hingga 12.30 tengah hari. Manakala program di UPSI dari pukul 8.30 hingga 5.00 petang. Walaupun program Bitara UPSI berlatterheadkan UPSI tetapi, mendapatkan kebenaran daripada pejabat PPD.
Kalau aku tolak kepada cikgu lain, aku nanti dianggap mendahulukan program sekolah orang lain daripada program khusus sekolah.
Aku ada telefon Cikgu Anhar pada hari Sabtu, tetapi beliau tak angkat pulak! Kalau aku tangguhkan juga program kali ini, macam mana pulak budak-budak sekolah tu? Walau apapun, menjelang esok aku kena buat keputusan juga... nantilaj aku fikirkan lagi...
BACA LAGI...

Sunday, August 16, 2009

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia 16 Ogos 2009

Sunday, August 16, 2009
Bookmark and Share
Diberitahu sehingga 16 Ogos 2009 jam 9.00 pagi terdapat seramai 213 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad dan 33 lagi dirawat di ICU. Daripada 33 kes yang sedang menerima di Unit Rawatan Rapi, di dapati 16 kes mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (7), asma (3), obesiti (2), kecacatan otak (2), hamil (1) dan post-delivery (1).

Untuk makluman sebanyak 3 kematian telah dilaporkan. Maklumat ringkas mengenai kematian tersebut adalah seperti berikut:-

  1. Seorang kanak-kanak lelaki istimewa (Down’s Syndrome) berumur 6 tahun yang juga mengalami penyakit jantung berlubang, dimasukkan ke hospital pada 09.08.09 setelah mengalami simptom infuenza bermula sejak 06.08.09(2 hari), simptom termasuk kesukaran bernafas. Rawatan antiviral telah dimulakan pada 09.08.09 dan kes disahkan positif Influenza A(H1N1) pada 12.08.09. Kes ini meninggal dunia pada 13.08.09 disebabkan pneumonia with underlying Down’s Syndrome with AVSD and Pulmonary Hypertension.

  2. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 3 tahun, dimasukkan ke hospital pada 01.08.2009 dengan simptom demam dan batuk 5 hari serta susah bernafas 1 hari sebelum dimasukkan ke hospital. Kes disahkan positif Influenza A(H1N1) pada 03.08.09 dan rawatan antiviral telah dimulakan pada hari yang sama. Walaubagaimanpun kanak-kanak ini meninggal dunia pada 14.08.09 disebabkan severe pneumonia.

  3. Seorang lelaki berumur 50 tahun dimasukkan ke hospital pada 03.08.09 kerana mengalami demam, batuk dan sukar bernafas sejak 28.07.09. Dua hari sebelum dimasukkan ke hospital beliau juga mengalami muntah dan cirit birit. Rawatan antiviral telah dimulakan pada 04.08.09 dan kes disahkan positif influenza A(H1N1) pada 06.08.09. Beliau walaubagaimanapun meninggal dunia pada 13.08.09 disebabkan oleh septicemia with severe pneumonia.
<Baca lagi>

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 16 Ogos 2009

BACA LAGI...

DAPATKAN MASK DI JABATAN PELAJARAN...

Bookmark and Share
Isu Topeng Muka
Tahniah dan syabas kepada pihak Kementerian Pelajaran kerana berinisiatif membekalkan topeng muka kepada para pelajar. Oleh sebab ada sebanyak 9,844 buah sekolah di seluruh negara, tentunya untuk membekalkan topeng muka ke semua sekolah akan mengambil sedikit masa.
Tetapi jika dihitung jumlah RM2.6 juta itu apabila diagihkan kepada semua sekolah, puratanya setiap sekolah hanya akan mendapat sekitar RM264.12 sahaja. Daripada jumlah tersebut jika skeping mask berharga RM0.60 maka pihak sekolah hanya mampu membelib 440 keping mask.
Cuba bayangkan jika sebuah sekolah itu mempunyai lebih seribu orang murid? Sedangkan semua orang tahu bahawa harga RM.060 itu adalah sekeping mask yang hanya wajar digunakan dalam tempoh sehari. Analisis yang lain pula, di negara kita ada seramai 5,416,924 orang pelajar. Daripada jumlah peruntukan tersebut maka tidak semua orang murid dapat mask! Justeru jika semua orang perlu diberi mask sekeping seorang maka kerajaan perlu menyediakan RM5.4 juta.
Justeru, saya pun setuju memberikan mask kepada semua pelajar bukan satu mekanisme yang terbaik. Apa yang paling baik ialah pendidikan peri pentingnya menggunakan mask semasa berada di luar rumah hatta di sekolah juga. Jika ingin lebih selamat di dalam rumah juga jika di dalam rumah kita sendiri pun telah ada gejala-gejala seperti batuk, selesma, sakit tekak dan sebagainya.
Apa kata pihak Lembaga Filem Negara membuat filem dokumentari tentang H1N1. Lepas itu CD atau DVD tersebut diedarkan ke setiap sekolah untuk dipertontonkan kepada seluruh warga sekolah. Manakala pihak Kementerian Kesihatan pula menyediakan poster yang lebih serius untuk dipaparkan dalam kawasan sekolah.
Melalui pendekatan tersebut, para pelajar akan lebih mengambil berat tentang penggunaan mask. Jika tidak ada mask percuma sekali pun, mereka akan meminta kepada ibu bapa agar membeli mask.
------------------------------------
Isu Antiviral
Sesiapa sahaja apabila sakit, mereka terfikir akan ubat yang boleh menyembuhkan penyakit. Malah sebenarnya mencari ubat itu jatuh hukum wajib. Justeru, dalam konteks berdepan dengan H1N1, semua orang akan terfikir perkara yang sama. Iaitu ubat dan penawar.
Keadaan menjadi musykil apabila virus tersebut dilaporkan belum ada penawarnya. Apa yang ada hanyalah kawalan virus sahaja yang sesuai untuk suspect Influenza-Like Illness (ILI) sama ada dengan faktor risiko ILI atau tidak. Jelasnya Tamiflu dan Relenza bukan antidot yang tepat terhadap H1N1.
Justeru, apabila rawatan antiviral menjadi satu alternatif, tidak hairan jika rakyat yang 'faham' keperluan rawatan tersebut akan mendapatkan rawatan walaupun terpaksa membayar dengan nilai yang tinggi kendatipun ia boleh diperolehi dengan percuma. Keadaan tersebut akan bertambah serius apabila ada pihak yang sengaja 'mengapi-apikan' perkara tersebut atas kepentingan perniagaan mereka. Maka, itulah sebab mengapa pihak Kementerian Kesihatan perlu memberikan maklumat dengan tepat kepada rakyat.
Baru-baru ini saya ada menerima email yang menyatakan di Thailand mereka menggunakan air kelapa serta tamar untuk melawan virus tersebut. Mungkin dengan andaian bahawa air kelapa adalah penawar yang mujarab untuk banyak penyakit termasuk racun serta tamar atau kurma adalah makanan yang mengandungi banyak hasiat, maka keduanya disatukan bagi mendapatkan impak maksimum. Agak kelakar, selepas itu saya mendapat informasi lain agar minum susu pulak... Ialah, memang susu adalah makanan sempurna. Semua ada... Jadi tak hairan kalau ada yang mengesyorkan air kelapa + kurma + susu + madu! Kerana, semua makanan itu mempunyai hasiat yang sangat hebat!!
Sekarang ini telah ada usaha sendiri-sendiri bagi membuat "antidot" sendiri bagi mencari jalan keluar terhadap virus yang sangat bahaya itu.
BACA LAGI...
 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template