The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Sunday, June 28, 2009

KE UiTM ARAU (Bahagian 2)

Sunday, June 28, 2009
Bookmark and Share
Cuaca di luar agak kering, serta tingkap rumah yang ditutup rapat menjadikan aku sidikit rimas. Sekitar jam 2.00 pagi, aku menggelongsorkan badan dari atas sofa ke bawah buat mencari rasa sejuk dari tile lantai. Aku perasan bapakku juga telah beralih tempat. Mungkin diau juga rasa kepanasan macam aku. Setelah beberapa kali tersedar, akhirnya sekitar jam 5.30 pagi aku bingkas bangun menuju ke bilik air. Aku terus sahaja mandi dan solat subuh tatkala sayup-sayup kedengaran laungan muazzin membelah keheningan pagi.
Selepas warming-up kereta, aku berjalan kaki keluar mencari sarapan pagi. Lebih kurang 300 meter dari pintu gerbang homestay, terdapat deretan warung. Walaupun tidak banyak yang sudah buka, tetapi ada satu dua warung yang dah sedia menerima kedatangan pelanggan. Aku agak terkejut apabila sebungkus nasi lemak hanya RM.050! Kalau kat tempat aku sure RM1! Setelah mengira kepala yang ada serta keupayaan makan nasi lemak yang taklah besar mana, akhir aku membeli 26 bungkus.
Setelah berbincang dengan emak dan bapak serta adik-adik, aku memilih untuk keluar agak lewat. Maklumlah mengurus anak yang ramai serta perlu menyerahkan kunci kepada pihak upas. Jadi, sekitar jam 7.15 pagi dua buah kereta bergerak menuju ke Arau. Apa yang penting, adik aku perlu mendaftar seawal mungkin sebelum kenderaan bertali arus dari seluruh pelusuk Malaysia menuju ke Arau.
Aku hanya mampu bergerak keluar dari homestay lebih kurang sejam lewat dari yang lain. Setelah menyerahkan kunci kepada pihak upas, aku menuju ke lebuh raya utara selatan sekali lagi untuk menuju ke Arau. Aku pernah sekali sebelum ini ke Perlis, tetapi ikut rombongan PPD ke Langkawi ikut Jeti Kuala Perlis. Pergi sendiri sertai merasai segala-galanya... Inilah kali pertama.
Setelah menemui simpang ke Kuala Perlis, aku terus memecut dengan agak laju. Highway yang sederhana-sederhana sahaja. Namun, perjalanannya sangat lancar. Mungkin masih agak awal jadi traffic ke Arau masih belum sesak. Tetapi, apabila masuk sahaja simpang ke UiTM, traffic menjadi sangat lembab. Kenderaan bertali arus dari bumper ke bumper... Nak buat macam mana? Aku berharap pihak UiTM telah buat persiapan rapi untuk menanti kedatangan ribuan manusia serta ribuan kenderaan. Bayangkan kalau semua orang macam keluarga aku. Hantar sorang yang ikut 18 orang!
Aku sempat tangkap beberapa info yang terpapar di tepi jalan sepanjang perjalan menghampiri kampus UiTM. Antaranya, di UiTM Arau terdapat seramai 762 orang staff dan 6747 orang pelajar. Ternyata betul tanggapan aku, laluan siswa dan siswi telah diasing sejurus masuk ke pintu gerbang utama. Ertinya laluan ke kampus siswa tidak sama dengan laluan ke kampus siswi. Nampaknya perjalanan ke tempat pendaftaran ke Kampus Dahlia sedikit sesak tetapi masih lancar. Serta, kawasan letak kenderaan yang agak luas menjadikan kenderaan yang masuk masih mampu mencari ruang di kawasan-kawasan yang sesuai. Oleh sebab dua buah kereta adik-adik aku lebih awal sampai, mereka dapat tempat letak kenderaan berbumbung!
Sebaik sahaja aku menemui sanak keluarga yang datang lebih awal, proses pendaftaran Rahmah telah hampir selesai. Cuma peralatan-peralatan peribadi yang perlu dicari. Jadi, kami membuat keputusan untuk ke bandar Kangar untuk mencari barang-barang keperluan yang masih belum cukup. Untuk seketika, kami akan bergerak ke Kangar dan selepas itu nanti akan masuk semula bagi menghantar keperluan-keperluan tersebut. Aku nampak titisan air jernih mula menggenangi kelopak mata adik aku ... Emak dan bapak aku juga terkesan dengan perasaan sedih Rahmah. Kalau iku emak dan bapak, bawak dulu Rahmah ke bandar, selepas itu hantar balik ke kampus sebelum 3.30 petang. Walau bagaimanapun kami menolak idea tersebut dengan memberikan alasan, biarkan adik aku itu menyesuaikan diri dengan keadaan dan rakan-rakan selama kami pergi... Bila jumpa balik nanti, tentu dah kurang rasa sedih kerana sudah ada kawan yang kenal.
Perjalan keluar menuju bandar Kangar agak lancar. Kelihatan kenderaan masih bertali arus menuju ke UiTM. Dalam hati berasa lega... Kalau bertolak dari kampung pagi Sabtu atau selepas subuh sekalipun, kemungkinan akan sampai di UiTM sekitar jam 1.00 petang. Dengan rasa kepenatan setelah menempuh perjalanan yang lama, dah tentu tak mampu nak kemana-mana lepas itu... Atau, kena bermalam pulak pada hari sabtu di Perlis. Nak balik terus, memang tak larat!
Bandar Kangar tidaklah sebesar mana. Masih dalam proses mencantikkan lanskap-lanskap tertentu serta mercu tanda bagi menggamit kehadiran para pelancong dari dalam dan luar. Umpamanya ada sebatang sungai yang sedang dibina di kanan dan kirinya seperti tempat para penonton. Mungkin akan diadakan aktiviti berasakan sungai atau air di sungai tersebut bila siap kelak. Ada sedikt rasa hairan apabila dari jauh kelihatan seperti susunan kayu api pada sebuah pintu gerbang berhadapan dengan sebuah pasar raya. Apabil jarak semakin dekat baru aku perasaan imej tersebut diperbuat daripada plastik perspec. Aku masih tak dapat memahami sepenuhnya imej tersebut. Apa yang aku nampak seolah-olah susunan imej kayu api berwarna kuning dan biru selaras dengan warna bendera negeri Perlis indra Kayangan.
Meninggalkan bandar Kangar menuju semula ke UiTM untuk menghantar barang-barang adik aku tentunya akan menempuh traffic jam. Mujurlah adik aku Zarr sedikit expert di Perlis ni sebab selama sebulan dia berkursus di Politeknik Perlis atau Arau. Jadi dia ikut beberapa jalan short-cut untuk mengelakkan kesesakan. Aku tidak pasti sangat di mana, kami berhenti untuk makan tengah hari. Seperti sebua arked, menempatkan beberapa buah warung. Sejurus selesai merarau, kami buat keputusan hanya sebuah kereta sahaja yang akan masuk semula ke kampus. Maka kereta adik aku Silah dan suaminya akan bawa emak dan bapak ke dalam memandangkan jalan masih lagi sesak. Kami yang selebihnya bergerak ke Masjid Negeri Arau, berhadapan dengan Istana Arau untuk solat zuhur. Kami tiba lebih kurang jam 1.00 petang.
Masjid Negeri Kangar yang kami singgah itu kata adik aku, masjid lama. Ada sebuah masjid negeri yang lain. Tak apalah lama atau baru. Kami sekadar hendak membersihkan diri dan solat sahaja. Namun, apa yang sangat menghampakan para pengunjung ialah, air di dalam tandas lelaki sangat perlahan. Terpaksalah mengambil air menggunakan timba dari sumber air yang terdekat. Apa yang memusykilkan aku ialah, air paip di kawasan wudhuk laju! Aku rasa pihak pengurusan masjid kena buat sesuatu. Apabila tiba musim pendaftaran pelajar-pelajar baru di beberapa buah institusi pendidikan di Perli, sudah pasti kedatangan para pengunjung ke masjid akan bertambah. Sistem saluran air ke tandas terutamanya perlu diperiksa semula. Mungkin ada yang tersumbat maklumlah sudah agak lama digunakan.
Kami meninggalkan perkarangan masjid sekitar jam 2.15 petang menuju ke Padang Besar. Entahlah... aku ikut aja arah yang dituju adik aku. Aha... nasib baik tak ditahan pihak imigresen kerana masuk lorong yang salah! Aku tak tahu apa yang dibualkan antara pegawai itu dengan adik aku. Cuma lepas tu kami kena u-turn. Sampai di kawasan yang terkenal seluruh semenanjung, aku rasa rimas! Susahnya nak parking kenderaan. Tepi kiri kana jalan utama penuh. Sampai atas devider jalan pun orang letak kenderaan.
"Wah, kalau tak dapat parking ni, kita kena balik terus nih.." Gurau aku kepada isteriku yang sememangnya faham perangai aku yang sangat cerewet pasal parking memarking kereta ni!
"Satu kereta pun tak dapat tempat, inikan tiga!" Tambah aku lagi.
Akhirnya kami dapat juga tempat letak kereta di bahagian hadapan bangunan yang tersergam di situ.
"Patutlah, orang tak nak parking kat sini, sebab berbayar!" Kehairanan aku terjawab juga akhirnya.
Memang banyak betul khemah jualan di sekitar kawasan tu. Kalau nak pergi satu-satu, sehari belum tentu selesai. Kalau setiap kedai tu dibelek-belek baranganya, kena berkhemah pulak kat Padang Besar! Jadi, isteri aku mencadang agar kami ke tempat jualan barangan makanan yang terletak di bangunan yang paling tinggi. Masuk saja kat dalam, aku dah rasa semacam. Bahang yang terkumpul di situ, kalau agak lama... aku mugkin boleh pengsan. Jadi, aku bawak anak aku yang 3 tiga tahun tu keluar sementara isteri dan anak-anakku yang lain merayau-rayau kat dalam. Setelah selesai, isteri aku beli tiga kampit pulut susu, dua kampit pulut hitam, tiga kampit dodol serta satu kampit kacang pistachio. Selebihnya, sorvenir yang dibeli oleh anak-anak aku.
Sekitar pukul 5.00 petang kami masih berada di Padang Besar.
Adik aku bersungguh-sungguh betul nak ajak kami ke Kuala Perlis. Nak rasa laksa beras yang paling sedap kat Perlis! Wah, sapa yang tak teruja!" Kami pun keluar dari Padang Besar menuju ke Kuala Perlis. Entah apa sebabnya, adikku membatalkan rancangan untuk makan laksa. Sebaliknya memilih untuk makan malam di Ikan Bakar Lynda Sdn.Bhd. Mungkin sebab pelayan-pelayannya lelaki lembut kut. Auww!
Menu makan malam kami ialah ikan siakap "muncung" bakar agak besar (3 ekor), sayur "baby" Kailan masak dengan ikan masin (3 pinggan), Sotong masak sambal (3 pinggan) serta minuman panas dan sejuk. Semuanya bernilai RM216! (Kalau tak silap). Hehe.. bayar jangan tak bayar!
Setelah kenyang, kami bergerak ke masjid lagi, memandangkan waktu maghrib dah masuk. Jadi, kami terus ke masjid kuala Perlis. Kali ini masjidnya nampak lebih terurus. Bilik airnya pun okey dan bersih. Aku sempat mandi agar lebih selesa memandangkan lepas itu nanti aku akan memandu sejauh lebih kurang 450 km. Setelah selesai mandi dan solat jama' taqdim, kami bergerak keluar dari Kuala Perlis sekitar jam 8.30 malam.
Ternyata memandu pada waktu malam dan ditambah pula tanpa rehat yang secukupnya sangat mencabar. Bayangkan dengan jarak sejauh itu, dengan kelajuan purata 100 kmj, aku akan memandu selama 7 jam setengah untuk sampai ke Tg.Malim. Aduh! Perasaan letih dan ngantuk menyerang aku sebaik sahaja masuk sahaja negeri Pulau Pinang. Akhhirnya kami berhenti di R&R Semanggul untuk berehat seketika. Adik aku pelawa singgah di rumahnya untuk bermalam. Tetapi, aku buat keputusan untuk terus ke TM. Lagi pun baju dah habis! Jadi, selepas R&R Semanggul aku terus memecut keluar daripada konvoi.
Aku terpaksa singgah di R&R Sg.Perak untuk tidur seketika. Lebih kurang pukul 1.10 baru bergerak semula. Ternyata rasa menagntuk tak hilang walaupun aku dah tidur. Justru, aku tidur lagi di Tapah. Mas tu lebih kurang pukul 2.00 pagi. Akhirnya aku sampai di rumah sekitar jam 3.30 pagi. Sebaik sahaj sampai, semua barangan (kecuali beg kemera) aku tinggalkan kat luar. Esok pagi baru ambik.
BACA LAGI...

KE UiTM ARAU (Bahagian 1)

Bookmark and Share
Kesempatan menghantar adikku (anak nombor 7 daripada 8) ke UiTM Arau, sekali gus aku jadikan program membawa keluarga aku "melancong" untuk tahun ini. Memang tahun ini aku tak sempat dan tak berpeluang lagi nak bawa ke mana-mana lagi. Ialah, bukan sekali dua fikir nak bawak jalan-jalan sebab anak aku yang kecik tu, baru nak masuk empat bulan. Cuma sedikit ralat anak aku yang sulung tak dapat pergi sebab asrama tak cuti dan katanya sekolah ada tusyen.
Sebenarnya idea nak hantar adik aku ke UiTM arau hampir terkubur apabila sekolah memaklumkan bahawa Sabtu 27/06/09 adalah hari sekolah ganti. Pada hari yang sama juga diadakan Karnival Sains dan Teknologi Daerah Batang Padang di sekolah aku. Aku ditugaskan untuk ambil gambar. Aku terpaksa ambil cuti rehat lagi nih! Kesian emak dan bapak sebab dah janji nak ikut sekali ke Arau! Aku dah setuju dengan isteri aku untuk ambil cuti hari Sabtu. Cuma yang beratnya nak bagi tahu pihak pentadbiran!
"Saya dapat tahu beberapa orang cikgu tak dapat hadir sabtu ni..." Ujar Tuan Pengetua.
"Tapi, cuba tanya Hajah macam mana..." Tambah beliau sewaktu aku menemuinya pada lewat pagi Jumaat.
"Malek ni anak sulung ke?" Soalan yang tiba-tiba menggugah ketenangan hatiku sewaktu aku menemui Penolong Kanan Pentadbiran.
"Ya.." Aku mengangguk. Mugkin Hajah Siti, (lebih mesra degan panggilan Kak Siti yang aku kenal sejak beliau jadi Ketua Bidang Sains dan Matematik sejak akhir 1990-an lagi) melihat aku seperti sedang memikul satu tanggungjawab besar sebagai anak sulung untuk membawa emak dan bapak pada hari pendaftaran adik. Agaknya begitulah pada fikirannya sehingga istilah anak sulung itu terpacul dari bibirnya. Tak kisahlah.... aku tak boleh lari daripada hakikat anak sulung atau anak nombor wahid itu. Allah S.W.T yang tentukan. Alhamdulillah aku dah laksanakan tanggungjawab itu dengan secermat mungkin sekalipun aku dah punya keluarga sendiri serta mempunyai anak sebanyak setengah dozen! Prinsip aku dengan adik-adik "Jika tidak boleh tolong jangan menyusahkan" aku dah pegang sejak sekian lama. Ialah setakat ini ada juga yang aku tak dapat nak bantu... Maklumlah dengan kekangan aku sendiri. Namun, tanggungjawab kepada emak dan bapak selagi mereka masih hidup dan selagi aku masih boleh menatap wajahnya aku akan laksanakan dengan sepenuh tanggugjawab.
Akhirnya sebanyak tiga buah kereta bersetuju untuk "mengiringi" adik aku ke Arau, tetapi dari destinasi yang berlainan. Aku dari TM bertolak paling lewat. Kira-kira pukl 4.15 petang (26/06/09, Jumaat). Adik aku dari SP (akhirnya dapat turut sama...), bersama emak dan adik aku yang nak daftar tu...) bertolak sekitar jam 10.00 pagi. Manakala adik aku yang di Ip pulak terpaksa bergerak lepas Jumaat dari PD sebab isterinya sejak hari Selasa kursus induksi pelajar-pelajar yang baru dapat scolarship KPM untuk program Ph.D. Dia terpaksa pula singgah kat SN untuk ambik bapak aku dan adik aku yang bongsu (meraung-raung nak ikut! Nak ikut! Nak ikut jugak!!!!).
Kami cuba akan bertemu di mana-mana sahaja sepanjang perjalanan ke Jitra (Homestay Taman Siswa) untuk over-night. Hehe.. idea ini aku yang bagi sebelum aku balik kampung masa nak kenduri tempoh hari. Kalau ikut adik aku yang kat Ip tu,
"Bertolak pagi Sabtu je..." Ujarnya
"Kalau bertolak pagi Sabtu, pukul berapa nak sampai!" Aku menimbulkan satu soalan yang sudah aku jangka jawapannya...
"Insya Allah sempat... Pendaftaran pukul 8.00 pagi sampai 3.30 petang..." Kata Zarr
"Kalau lewat datang, orang dah ramai ada... nanti lagi lewat nak selesai. Kita nak bertolak balik lagi..."
"Jadi, ada cadangan?"
"Lebih baik kita bertolak petang Jumaat, kita bermalam kat Jitra, esoknya pagi-pagi selepas subuh terus pergi. Lagipun jarak dah tak jauh. Bila kaunter pendaftaran buka... terus hulur borang! Kalau ada yang tak beresn dan lagi (sempat) cari lagi kat mana-mana... Dan (ini yang paling penting)... dan lah kalau nak gi kat mana-mana... Ialah bukan pernah datang kat Arau..." Aku cuba memberi cadangan yang "padu" untuk diterima.
Setelah proposal aku diterima, akhirnya aku menghubungi sekali lagi En.Saad, pegawai yang jaga kat Homestay Taman Siswa, Jitra untuk menampah sebuah rumah. Sebelum ini aku pernah bermalam kat situ semasa aku ada hal kat IPDA. Alhamdulillah, En.Saad kata ada satu kosong, sebab yang booked tu buat pembatalan. Aku terus confirmkan kat beliau tarikh bermalam pada 26/06/09.
Tiga kenderaan yang bergerak dari destinasi yang tidak setempat ni nampaknya sukar dijangka akan bergabung di mana-mana. Aku cuma ada harapan berjumpa dengan adikku yang dari SP kerana setakat ini dia sahaja yang sudah berada di atas Highway Utara-Selatan. Aku pesan kat dia, jangan laju-laju nanti takut tercepat sampai. Dah tentu tak boleh masuk homestay, sebab aku yang deal dengan pihak homestay tu.
Aku, tak boleh memecut di atas highway sebab aku kena adjust masa dengan kelajuan Cikgu Has yang membawa anak aku yang nombor dua. Sebab anak aku itu juga on the way dari Pengkalan Hulu, Grik mewakili sekolahnya ke pertandingan robotik negeri Perak. Di mana kami nak bergabung juga masih dalam tanda tanya. Akhirnya selepas aku melekapkan touch n go aku di Plaza Tol Ipoh Selatan, aku dapat maklumat bahawa anak aku dah sampai kat R&R Sungai Perak. Masa tu sekitar 5.30 petang. Oleh sebab arah yang bertentangan maka aku dan cikgu Has bersetuju untuk berjumpa di McD selepas exit Ipoh Selatan. Dalam masa setengah jam yang cikgu Has jangka akan sampai ke situ, kami sempat solat Asar di Petronas bersebelahan McD.
Selepas ambil sedikit masa untuk anak aku itu solat Asar. aku terus memecut ke arah utara! Akhirnya dengan kelajuan purata 140 kmj aku berjaya bergabung dengan adikku itu sekitar jam 8.15 malam kat R&R Gurun! Itupun dia berhenti kat situ sejak pukul 6.00 petantg. Mereka dah makan dan solat sekali.. Aku melihat jam di tangan untuk mencongak berapa lama masa nak diambil untuk sampai ke Jitra sebab aku kena sampai sebelum pukul 10 malam. En.Saad kata pejabat tutup pukul 10.00 malam. Aku mejangkakan sekitar satu jam setengah untuk sampai. Jadi, dengan masa yang ada serta perut yang sudah berkeroncong, aku memunggah keluar bekalan makaroni goreng yang isteriku masak semasa aku solat Jumaat dari ruang belakang MPV untuk makan malam.
Setelah usai makan malam ringkas itu, kami terus bergerak ke Jitra. Kena tambah sekitar 15 minit lagi untuk sampai nampakanya, sebab adik aku Silah dan suaminya meminta aku jangan laju-laju. Jadi, kami menuju Jitra dengan kelajuan purata 100 kmj sahaja. Sepanjang perjalanan, beberapa kali aku diberitahu oleh adik aku Zarr , dia masih di rumah emak mertuanya di SB dan akan bergerak ke SN. Aku faham situasi dia dan tak mendesaknya untuk mesti bergabung di atas highway. Lepas ambik bapak dan adik aku, dia akan singgah pula di rumahnya di Ip untuk memunggah pakaian yang telah dipakai di PD dan mengambil pakaian yang nak dibawa ke Jitra. Aku tak risau untuk guide dia dari handphone untuk ke homestay kerana dia agak biasa kat Jitra.
Alhamdulillah kami sampai kat homestay tu sekitar 9.45 malam. En.Saad tak mengambil masa yang lama untuk mengingati aku sebab aku dah jumpa dia sebelum ini. Perwatakannya yang sangat peramah itu menjadikan aku macam dah kenal lama dengan beliau. Kata pepatah Melayu ada menyebut, "orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa", aku mendapat discount Rm10 kerana aku dah masuk dalam kategori "returning customer". Terima kasih aku melimpah-limpah sewaktu memulangkan wang RM10 selepas aku menyerahkan kepadanya tiga keping note RM50!
"Hehe... kalau menginap sekali lagi boleh lagi discount RM10 lagi nih..." Gurau kecil hatiku.
Rumah penginapan kami di Sisiran 3 rumah nombor 4. Sebelum ini aku menginap di Sisiran 4. Nama Sisiran tu entah kenapa sangat menyentuh sanubariku! Terasa sangat syahdu... Bukan main-main dan bukan buat-buatan!
Ada tiga buah bilik serta ruang tamu dan ruang dapur yang selesa untuk diisi seramai 19 orang dari yang sekecil-kecilnya berusia hampir empat bulan sehinggalah yang paling tua, bapak aku berusia71 tahun apabila kesemuanya sampai! Aku memilih untuk tidur di atas sofa PU di ruang tamu sambil menunggu adikku sampai. Masing-masing kata dengan kadar bayaran dan saiz ruang yang ada, sangat berbaloi. Cuma aircond pada setiap bilik sahaja yang kureeeng. Mungkin tidak diservis atau sememangnya dah rosak. Yang lain ok.
Sedang aku terlelap, handphone aku berdering. Adik aku dah sampai kat exit Wang Tepus. Aku terus guide dia ke homestay. Mereka anak beranak serta bapak dan adik aku yang bongsu masuk ke rumah sekitar 1.00 pagi.
BACA LAGI...

Thursday, June 25, 2009

MINTA PANDANGAN...

Thursday, June 25, 2009
Bookmark and Share
Alhamdulillah dengan pengetahuan yang tidak sebanyak mana, aku berjaya juga menghasilkan tugasan di kat sebelah ini. Aku tak pasti berapa jam yang ambil dalam proses mengedit gambar tersebut. Banyak kali layers yang aku silap buat masuk dalam "tong sampah'. Tapi dalam masa tu jugak aku berjumpa dengan beberapa tools yang berguna dalam proses editing.
Aku pilih gambar itupun bukan apa, sebab tak jumpa gambar yang lebih sesuai. Cuma aku masih belum jumpa macam mana nak jadikan warna baju yang terlebih cahaya tu jadi lebih cantik... Ialah, sourcenya pun memang dah macam tu.. tapi kalau dapat 'dikembalikan' warna sebenar... alangkah cantiknya... Seperkara lagi aku masih tak dapat nak letak bayang yang bersesuaian dengan background. Aku cuma guna tool yang ada bagi kat kawasan kaki tu nampak blur... Justeru kalau ad sesiapa ada idea... boleh lah share ilmu tu sikit...
Walau bagaimanapun aku akan teruskan untuk menggali aplikasi ini.... Patutlah orang kata, kalau nak edit gambar tak guna Photoshop.... tak power! Sekarang aku dah tahu kenapa!
BACA LAGI...

Tuesday, June 23, 2009

PHOTOSHOP: "AKU BUDAK BARU BELAJAR...."

Tuesday, June 23, 2009
Bookmark and Share
Hehe... Peluang menimba ilmu berkaitan dengan aplikasi ICT ni, sedapat mungkin aku akan rebut.
Hari ini, peluang itu datang lagi... Aku dengan Cg.Wan J dan Mail menghadiri bengkel aplikasi Photoshop anjuran Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi di UPSI. Program ni sebenarnya di bawah Program Bitara UPSI yang telah ditandatangani antara pihak UPSI dengan beberapa buah sekolah di sekitar Tg.Malim serta sebuah sekolah agama di Kuala Kangsar.
Tak kisahlah... asalkan ia membawa manfaat kepada warga pendidik, aku amat alu-alukan.
Sebenarnya aku dah lama jugak belek-belek program Photoshop kat PC aku ni.. Tapi tak pernah berjaya. Aku rasa susah sangat! Sudahnya aku cari program lain yang lebih mudah untuk edit gambar. Program yang masih aku gunakan ialah Fotofilter. Bukan apa sangat, asal aku boleh kecilkan saiz gambar dan beberapa fitur yang lain sudah ok lah tu...
Namun, hasrat aku nak belajar Photoshop memang masih ada. Justeru, bila PK1 kata, pihak sekolah pilih aku sebagai salah seorang peserta, aku terima aja... Sedikit frust... Sepatutnya bengkel ni diadakan sejak awal pagi hingga petang. Tetapi atas arahan orang atasan kat pendidikan, program ini terpaksalah dibuat pada sebelah petang. Lebih kurang 3 jam sahaja!
Walau bagaimanapun kemahiran asas dalam Photoshop telah dipasak kemas-kemas oleh penceramah dari FTMK , Dr.Zamhuri. Semasa di makmal ICT, aku tak boleh explore lebih-lebih. Dahlah duduk kat PC paling dekat dengan penceramah, banyak kali aku kena warning.. jangan sentuh maouse dulu! Hehe.. tau-taulah.. tak sabar nak try.
Selepas balik rumah... aku cuba buat ikut apa yang diajar.. Walaupun version kat rumah cuma 7.0 sedangkan kat lab tadi Photoshop CS... nasib baik fiturnya banyak yang sama... Jadi, aku cuba buatlah 3 lapisan.. dan ini lah yang dapat aku hasilkan... Terlalu raw lagi... almaklumlah masih novice...Terima kasih Dr.Zamhuri dan FTMK dan UPSI tentunya!
*************************************
Haha.. aku dah kena dera! Mentang-mentanglah aku dah kursus Photoshop.... depa suruh buat cover pamplet sempena Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Daerah pulak...Tak apalah... Tapi teraba-raba gak nak guna fiturnya sebab version kat sekolah lebih rendah daripada yang aku ada kat rumah... Setakat inlah yang aku mampu buat... Insya Allah aku akan cuba menggali lagi ilmu disebalik software yang "menggilerkan" aku nih... Kalau ada sesapa yang ada version CS dan ke atas, hehe... sudi-sudikan lah "beramal"... Kecik tapak tangan, padang sekolah aku tadahkan...
Aku tengah buat "assignment" mengubah suai gambar keluarga aku... Kalau jadi nanti aku publish.. kalau tak keluar... faham-fahamlah tu!
BACA LAGI...

Monday, June 22, 2009

NISSAN GRAND LIVINA

Monday, June 22, 2009
Bookmark and Share
Semenjak aku 'menamatkan' perkhidmatan Proton Waja selepas lima tahun menabur khidmat kepada aku dan keluargaku, dan merembat Nissan Grand Livina 1.6 MT pada hujung bulan Mac lepas, mataku tersangat sensitif dengan kelibat GL kat atas jalan raya.
Keadaan itu semakin menjadi-jadi apabila MPV pertama kereta nasional negara mula merayap di atas aspal kira-kira sebulan lalu. Soalan yang sering timbul dalam ruang fikirku adalah, adakah aku telah membuat keputusan yang tepat dengan membeli GL dengan harganya yang agak mahal, sedangkan aku ada pilihan untuk membeli Exora yang lebih luas dan harganya yang lebih murah.
Aku memang tak ada jawapan yang tuntas! Cuma alasan yang aku beri bila sedara-mara tanya,
"Exora lewat sangat nak keluar"
"Masa tu... harga kereta proton second hand makin jatuh, dan sementara isteri aku masih bercuti (bersalin anak keenam) aku pakai Kanz, tapi bila dia dah mula sekolah balik, aku kena ada kenderaan yang lain..." Tegasku.
Setakat ini aku tak da komplain kat GL aku... Ok! Tapi, rasa sentimental value kat kereta nasional ni aku tak dapat nafikan. Ialah sejak mula aku pakai kereta aku tak pernah pakai kereta import! Patriotik lah konon!
Malah sehingga kini aku dah banyak "melabur" dengan menambah eksesori kat GL aku...! Ialah nak bagi keselesaan kat anak bini aku (Kui..kui..kui..). Jeng..jeng! Apa yang aku dah buat! Tinted (RM1,000), Sport rim 17" (RM1,600-Trade in tayar dan rim ori 15"), BM horn (RM70), Spray grill dan hadle pintu (RM180), Roof DVD player (RM1,020) dan Fog lamp (RM500). Tengah tenang Roof Box jenama Thule! Mahal gak.. RM2k lebih kurang.
Tapi bila dah banyak aku "upgrade" GL aku nih.... risau gak. Baru-baru ini aku masuk ke kampung kat Sg.Panjang, Sg.Besar... cari air mineral atau R.O. budak-budak muda kat simpang (wakaf) tu pandang semacam jer kat kereta aku! Entah apa dia orang kata tak tahulah... Entah-entah aku perasan saja kot! Atau mereka kata...
"Huh... orang tua punya kereta rupanya...!"
"Adussss"
Hehe... bila tengah browse BH versi bluehyppo ni... aku nampak iklan pasal GL, aku terus klip dan paste kat sini. Rasa bangga lah jugak..
BACA LAGI...

AHA... SURAT NAIK PANGKAT LAGI?

Bookmark and Share
Sewaktu aku memasuki ruang pejabat sekolah awal pagi tadi, aku terpandang seorang rakanku memegang beberapa keping kertas yang aku rasa nak tahu sangat...
Surat tersebut berkaitan dengan kenaikan pangkat bagi guru-guru yang sedang memangku jawatan DG44, DG48 dan DG52 di tingkatan enam. Cuma, apa yang aku rasa sedikit pelik ialah tarikh pemangkuannya bermula dari 1 Januari 2008. Sedangkan bagi guru-guru yang dilantik secara KUP atau hakiki bermula pada 16 Mei 2009.
Bagi menjawab tanda soal tersebut, aku cuba menghubungi pegawai di JPN, Unit Naik Pangkat. Antara lain pegawai tersebut menyatakan bahawa tarikh tersebut ada kaitan dengan permohonan fasa pertama untuk jawatan guru akademik tingkatan enam. Pada masa jawatan tersebut untuk pertama kalinya diiklankan, guru-guru tersebut sememangnya mengajar di tingkatan enam tetapi mereka tidak layak untuk diperaku kerana tidak cukup syarat. Umpamanya masih belum lulus PTK atau baru mengajar di tingkatan enam. Oleh itu mereka dilantik untuk memangku jawatan tersebut mulai 1 Januari 2008. Lagipun iklan guru akademik tingkatan enam pertama kali diklankan pada hujung 2007 bagi mengisi jawatan yang sepatutnya bermula pada 1 Januari 2008. Oleh sebab proses di Bahagian Sumber Manusia dan JPN mengambil masa yang agak panjang, barulah pada tahun 2009 ia diperakukan untuk menjalankan tugas sebagai guur akademik tingkatan enam.
Dalam kes aku, aku dilantik secara hakiki sebagai Guru Akademik Tingkatan Enam bermula 16 Mei 2009 kerana aku telah dilantik secara KUP pada 1 Januari 2005. Kiranya aku ditempatkan secara hakiki untuk mengajar di tingkatan enam bermula dari tarikh tersebut. Walaupun aku berada di tingkatan enam, aku masih boleh memohon apa-apa iklan yang berkaitan dengan KUP umpamanya pengisian jawatan DG48 KUP. Cuma, aku kena keluar dari tingkatan enam.
Satu lagi maklumat yang aku dapat adalah, tiada jawatan Guru Cemerlang di tingkatan enam! Aku tanya'
"Setakat ini tiada...?"
"Bukan"
"Habis tu...?"
"Tiada warrant untuk jawatan Guru Cemerlang di tingkatan enam" Tegas pegawai itu.
"Oh.."
"Kecuali, guru cemerlang sedia ada diperaku untu mengajar di tingkatan enam (melalui permohonan), maka dia akan jadi Guru Akademik Tingkatan Enam sama ada kenaikan pangkat secara setara (contoh DG44 ke DG44) atau gred yang lebih tinggi (contoh DG44 ke DG48)"
Tentang "Enrolment murid 1750 orang" itu menurut pegawai tersebut, kat Perak ni hanya ada sebuah sekolah sahaja. Pengetuanya DG52 manakala guru-gurunya berpeluang untuk dinaikkan pangkat yang lebih tinggi. Tetapi sekolah tersebut tidak ada tingkatan enam.
**************************
Begitulah pencarian maklumat aku.... Hari ini aku bernasib baik kerana aku terus dapat bercakap dengan pegawai yang memang tahu tentang urusan perjawatan tersebut. Sekarang ini aku kena lebih sensitif dengan urusan-urusan yang sebegitu. Ini kerana aku bimbang lantaran kejahilan kita, kita akan tercicir akhirnya.
BACA LAGI...

Sunday, June 21, 2009

PEMBANTU GURU DIALU-ALUKAN...

Sunday, June 21, 2009
Bookmark and Share
Secara peribadi, saya menyokong penuh cadangan Presiden NUTP, Encik Hashim Adnan agar jawatan pembantu guru diwujudkan bagi mengatasi masalah guru-guru tidak dapat memberikan tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran kerana terpaksa melakukan tugas perkeranian dan kokurikulum.
Masalah yang membelenggu guru ini sebenarnya telah dialami sejak sekian lama. Saya fikir cadangan serupa itu juga telah lama diutarakan tetapi entah di mana tidak kenanya akhirnya sehingga kini isu tersebut terus berlanjutan.
Antara tugas perkeranian yang paling banyak dilakukan ialah sebagai guru kelas. Tugas perkeranian sebagai seorang guru kelas bermula dari hari pertama persekolahan sehinggalah musim persekolahan ditutup, tugas guru kelas seakan tiada noktahnya. Kutip bayaran tambahan, kutip bayaran sampingan, penyerahan wang kutipan kepada pihak sekolah, urus Skim Pinjaman Buku Teks, urus pendaftaran peperiksaan, biasiswa, amaran-amaran ketidakhadiran sehinggalah ke proses pemberhentian pelajar, menanda kehadiran harian, inventori perlatan kelas, sijil berhenti sekolah, urus perpindahan pelajar, sijil-sijil akuan sekolah dan pelbagai tugasan ad-hoc yang akan datang pada bila-bila masa sahaja.
Walau bagaimanapun guru-guru lain juga tidak terlepas daripada melakukan tugas-tugas perkeranian. Malah, sebenarnya tugas-tugas perkeranian yang dimulakan oleh seorang guru kelas lazimnya akan dilanjutkan oleh guru-guru tertentu yang menjalankan tugas sebagai koordinatornya. Umpamanya guru setiausaha peperiksaan awam akan mendapatkan segala butiran yang diperlukan daripada setiap guru kelas terlebih dahulu bagi urusan pendaftaran peperiksaan sama ada secara atas talian atau luar talian.
Justeru, tidak dinafikan (dalam keadaan-keadaan tertentu) guru terpaksa tidak masuk ke kelas kerana tarikh tutup sesuatu pendaftaran sangat hampir. Apatah lagi sekiranya proses tersebut melibatkan penggunaan talian internet. Ada sesetengah guru terpaksa tidur di sekolah semata-mata bagi memastikan proses pendaftaran tersebut berjalan dengan lancar serta mengelakkan penggunaan masa pengajaran dan pembelajaran pada sesi persekolahan yang sangat padat. Apabila musim sukan tiba, guru-guru yang berkaitan dengan sains sukan, pendidikan jasmani dan kesihatan akan berpanas terik di padang untuk menggaris padang. Ada sesetengah guru lantaran kesuntukan masa dan mengelakkan keadaan yang tidak diingin berlaku, membawa sekali anak-anak muridnya ke padang untuk tujuan tersebut.
Saya melihat ada beberapa tindakan yang dilihat wajar telah dilaksanakan oleh pihak pentadbiran. Sebagai contoh, sebahagian tugas-tugas yang saya nyatakan di atas dikendalikan oleh guru bimbingan dan kaunseling, contohnya permohonan biasiswa. Walau bagaimanapun ada kalanya guru bimbingan dan kaunseling terpaksa keluar sekolah bagi menjalankan arahan pihak pentadbiran kerana guru bimbingan di sekolah menengah merupakan guru bimbingan sepenuh masa. Akibatnya, urusan-urusan yang sepatutnya boleh diselesaikan akhirnya tertangguh. Bukan itu sahaja tugas-tugas sebagai guru bimbingan dan kaunseling juga tertangguh!
Oleh itu, saya amat berharap idea yang diutarakan oleh NUTP tersebut dipandang serius oleh pihak Kementerian Pelajaran malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Ia dilihat sebagai satu mekanisme yang ampuh dalam menangani tugas-tugas p&p guru yang semakin mencabar pada masa kini. Guru p&p sepatutnya perlu membuat persiapan pengajaran berasaskan teknologi semasa yang menuntut sejumlah masa yang banyak. Era pendidikan kini bukan seperti 30 tahun yang silam yang lebih berpusatkan guru dengan kaedah syarahan serta teknik chalk and talk.
Kini guru perlu menambah ilmu berkaitan dengan teknologi ICT sambil mengajar dalam bilik darjah. Justeru perlu sejumlah masa yang mencukupi bagi menyediakan alat bantu mengajar. Tetapi, jika guru disibukkan dengan tugasan perkeranian yang banyak maka bilakah kompetensi guru selaras dengan tuntutan pendidikan semasa akan meningkat?
BACA LAGI...

Saturday, June 20, 2009

LaDaP PALING FANTASTIK!

Saturday, June 20, 2009
Bookmark and Share
Sejak aku dimaklumkan bahawa Latihan Dalam Perkhidmatan (LaDaP) pada hari ini akan diadakan di UPSI, aku sudah teruja! Lebih-lebih lagi bila lokasinya pula di Perpustakaan Tuanku Bainun... Setahu aku, bukan mudah nak adakan kursus di gedung ilmu itu. Lebih-lebih lagi LaDaP kali ini khas untuk warga pendidik SMK Khir Johari Tg.Malim. Lebih kurang macam ni, program kami, pengisian slot oleh UPSI, dan tempat di UPSI...
Aku parked kereta kat perkarangan perpustakaan seawal 7.30 pagi... Bila sorang warga KJo tak nampak bayang, aku pun try hantar sms kat beberapa orang kawan... Hehe... depa kata 7.45 pagi! Apa yang agak surprise ialah, kami tak tahu apakah tajuk kursus yang UPSI dan kongsi kat kami... Tapi aku yakin bukan stakat aplikasi biasa-biasa! Kalau itu... kat sekolah pun boleh!
Ternyata keterujaan aku itu ada asasnya... Apabila Pengarah Pusat ICT, UPSI Tn.Hj.Mohd Nazri bin Mad Saad (merangkap YDP PIBG sekolah aku...) memaklumkan antara apa yang kami akan lalui sepanjang kursus ini ialah aplikasi Web 2.0! Aku sebenarnya pernah terbaca kat internet... tentang istilah itu.. Tapi aku tak layan sangat sebab tak tahu...
"Kene upgrade talian internet lah tu..... "
"Huh! Stremyx broadand ni pun aku bayar RM88 sebulan!"
"Malas lah nak upgrade!"
Itulah antara respon yang terlintas dibenakku yang ternyata memang amat benak!
Jadi, aku kena beri fokus... 200% sebab aku tak mahu jadi macam cerita yang Hj.Nazri bagi tahu kat kami tu... Apabila seorang kapten sebuah armadal laut yang besar menyangka cahaya yang samar-samar yang datang dari arah hadapan itu adalah datangnya dari sebuah kapal yang lebih kecil maka dia memintanya agar menukar arah pelayaran... akhirnya armada tersebut terbalik. Sebab, rupanya cahaya itu datangnya dari sebuah rumah api!
Begitulah arus gelombang revolusi ICT... tak boleh dilanggar! Tak boleh patah balik! Nanti kena langgar... Lebih baik terima... ambil yang baik tolak yang tidak baik!
**************************
Akhirnya... barulah aku tahu bahawa Web 2.0 adalah aplikasi web. Iaitu menekankan kepada aplikasi yang mengarah kepada perkongsian rangkaian. Aplikasi Web 2.0 yang sempat diperkenalkan kepada kami ialah Google Document, Google Powerpoint, Google Form dan juga Twitter... satu perkongsian yang sangat meanarik.
Selama ini apa yang aku tahu, words, powerpoint dan aplikasi MS Office biasa-biasa yang lain tak boleh nak share... kecualilah share dalam network yang sama... Rupa-rupanya semua tu boleh dilakukan secara virtual walaupun bukan dalam rangkaian yang sama. Ialah aku pun bukan terror sangat pasal ICT nih... Kata Hj.Nazri, inilah yang dinamakan cloud computing iaitu melibatkan file sharing, collaboration, free access dan open standard.
Ha.... pasal Twitter tu pulak... dekat 20 kali aku register baru berjaya. Kata fasilitator tu... Terlalu ramai yang akses dari tempat yang sama, menyebabkan susah nak masuk. Ialah seramai 110 orang cikgu yang bermacam-macam pulak level kompetensinya... entah-entah, pc think client kat library tu pening! Secara umumnya, twitter ni lebih kepada nak bagi tahu kat orang yang follow kita, kita tengah buat apa... dan nak tahu orang yang kita follow tengah buat apa... Lepas tu kita boleh contact dia kalau nak lah...
***************************
Terima kasihlah banyak-banyak kat UPSI. Terutamanya pihak Perpustakaan Tuanku Bainun dan Pusat ICT atas kursus dan lokasi kursus yang sangat kondusif. Semoga lain kali sudi-sudilah jemput kami bila ada aplikasi-aplikasi yang power berkaitan dengan ICT ni... Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan...
Sebelum aku tamatkan... Sila tengok movie ni... Aku cair dan menitik gak butir-butir mutiara dari kelopak mataku... Entahlah aku tak boleh tahan... memang betul-betul touching...
BACA LAGI...

Thursday, June 18, 2009

RESEARCH AND DEVELOPMENT DAN KOLOKIUM

Thursday, June 18, 2009
Bookmark and Share
Hari ini aku menempa sejarah peribadi yang tersendiri. Kekadang aku hampir tak percaya bahawa aku mengajar kertas Research and Development dan Kolokium dalam kalangan pelajaran tingkatan enam. Sejak sekian lama mengajar di tingkatan enam, tak ada terlintas nak bantu pelajar-pelajar ni buat penyelidikan dan pembangunan dan akhirnya laporan kajian tersebut dibentangkan dalam satu kolokium.
Masih terlalu awal untuk melihat sejauhmanakah perkenalan para pelajar aku dengan R&D akan menghasilkan satu atau beberapa buah tangan yang layak dikategorikan sebuah kajian ilmiah. Hal ini kerana ia satu tugasan yang agak payah. Lebih-lebih lagi apakah 'imbuhan' yang mereka akan dapat apabila kajian tersebut berjaya dijalankan. Ada markah ke... dalam pengiraan CGPA. Kalau didasarkan kepada apa yang sedang berlangsung di tingkatan enam atas, memang tak ada apa-apa lah! Kalau serupa itulah hakikatnya, jenuh lah memaksa bebudak tu buat tapi akhirnya tak kemana juga...
Petang tadi aku bersama seorang guru mendedahkan tentang worldview bidang kajian kepada para pelajar kelas sains. Daripada konsep-konsep asas kajian pendidikan sehingga jenis-jenis kajian serta perbezaan antara kajian secara kualitatif dan kuantitatif. Aku nampak bebudak memang blur dengan apa yang aku sampaikan. Sememangnya aku tak aspek jauh-jauh... sebab aku dulu pun ambik masa nak faham bagaimana nak buat penyelidikan. Bila buat tesisi barulah agak clear. Jadi bila budak secara purata memberi skala 2 hingga 4 (1 paling rendah dan enam paling tinggi), aku rasa oklah. Lagipun penjelasan dan kuliah aku dibantu dengan LCD projektor.
Aku nampak, sekurang-kurangnya para pelajar tersebut agak jelas apa yang dinamakan kajian dan bagaimana ia harus dimulakan. Aku bernasib baik kerana cikgu yang bersama-sama aku tu berkebolehan dalam menjalankan kajian secara kuantitatif. Justeru, aku melihat ia menjadi pelengkap kepada pengetahuanku yang agak cetek dalam paradigma penyelidikan secara kuantitatif.
BACA LAGI...

Wednesday, June 17, 2009

NUTP: CADANG PRAKTIKUM 6 BULAN...

Wednesday, June 17, 2009
Bookmark and Share
Nampaknya dalam seminggu dua ini media massa begitu rancak memperkatakan beberapa perkara berkaitan dengan bidang pendidkan. Rasanya titik mulanya apabila rakyat dipersilakan untuk menyatakan pandangan berkaitan gagasan idea Menteri Pelajaran untuk mewajibkan lulus bahasa Inggeris di peringkat SPM.
Komen-komen yang diutarakan berlegar kepada baik dan buruknya idea tersebut kepada semua pelajar tidak kira sama ada di bandar atau luar bandar.
Perbincangan berkaitan pelaksanaan di sekolah banyak memperkatakan tentang perlunya guru yang berkuaiti mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris. Bukan itu sahaja, malah ada yang mencadangkan agar penekanan kepada aspek tatabahasa bahasa Inggeris perlu dititikberatkan, bukan sekadar aspek komunikasi sahaja.
Aspek kualiti guru ini nampaknya menjadi topik hangat yang masih diperbincangkan sehingga kini. Lalu sebagai agensi kerajaan di bawah KPM yang bertanggungjawa dalam melatih guru-guru, pihak BPG akan melaksanakan pemanjangan tempoh latihan KPLI selama 18 bulan mulai tahun 2010 bagi memastikan guru-guru yang akan dihasilkan nanti lebih berkualiti.
Namun, pihak NUTP yang pada awalnya agak lantang mempertikaikan langkah tersebut akhirnya 'berlembut' dan menerima idea tersebut sambil mencadangkan agar tempoh latihan di IPGM dikekalkan selama setahun tetapi tambahan masa yang lebih lama iaitu selama 6 bulan di sekolah semasa praktikum.
Secara umumnya saya berpendapat memanjangkan masa guru-guru pelatih di sekolah semasa praktikum dilihat satu cadangan yang baik. Mereka akan lebih berpeluang menimba ilmu keguruan dalam tempoh yang agak panjang. Bermula dengan bagaimana membuat persiapan sebelum masuk ke kelas sehinggalah penglibatan dalam aktiviti kokurikulum. Walau bagaimanapun saya ada beberapa cadangan bagi menambah baik lagi kualiti pengisian tempoh masa selama enam bulan itu.
Pertama, masa praktikum sebaiknya pada enam bulan pertama sesi persekolahan. Oleh itu guru-guru pelatih akan terlibat dalam banyak aktiviti kokurikulum. Pada masa itulah kajohanan sukan tahunan sekolah akan berlangsung, mesyuarat agung PIBG, mesyuarat-mesyuarat kurikulum dan kokurikulum, penyusunan kelas, peperiksaan pertengahan tahun dan sebagainya. Melalui penglibatan guru-guru pelatih dalam pelbagai aktiviti tersebut akan membolehkan mereka memahami selok-belok pengurusan sesuatu aktiviti atau program. Lagipun jika guru-guru pelatih menjalani praktikum semasa separuh kedua sesi persekolahan banyak aktivti kokurikulum telah selesai. Guru-guru sibuk dengan aktiviti menghabiskan sukatan pelajaran sambil menjalankan aktiviti ke arah peperiksaan. Oleh itu tidak banyak ilmu serta maklumat yang dapat ditimba.
Kedua, guru-guru pelatih diiwajibkan menjadi guru kelas. Melalui langkah ini, guru-guru pelatih akan berpeluang mendalami ilmu berkaitan pengurusan kelas yang berkesan. Mereka akan belajar bagaimana mengisi buku rekod kehadiran sehinggalah mengisi resit-resit bayaran sekolah. Melalui kapasiti sebagai guru kelas, mereka akan cuba mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan ketidakhadiran, disiplin dan sebagainya.
Ketiga, pemantauan hendaklah mencakupi pelbagai bidang disiplin. Ini bermakna pencerapan bukan hanya melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran semata-mata. Para pensyarah dibantu dengan guru-guru turut mencerap setiap orang guru pelatih sewaktu mereka mengadakan aktiviti permainan, persatuan, unit beruniform serta aktiviti-aktiviti pengurusan dan kepemimpinan.
Keempat, guru-guru tetap yang mata pelajarannya diambil oleh guru-guru praktikum turut bersama-sama ke kelas untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif atau setidak-tidaknya sebagai pembimbing kepada guru-guru pelatih tersebut.
Jelasnya, jika guru-guru pelatih terus dinilai dengan menggunakan modul pencerapan semasa, biarpun tempoh praktikum dipanjangkan, saya fikir ia tidak banyak dapat meningkatkan aspek kualiti guru-guru tersebut. Justeru pihak BPG harus meneliti aspek kerangka modul latihan praktikum sebelum melaksanakan tempoh pemanjangan kursus KPLI dari setahun ke 18 bulan.
BACA LAGI...

Tuesday, June 16, 2009

KPLI: TIDAK SEMUA PERLU DIPANJANGKAN...

Tuesday, June 16, 2009
Bookmark and Share
Saya adalah salah seorang guru lepasan KPLI ambilan kedua pada tahun 1990. Sebelum itu kursus-kursus pendidikan di peringkat diploma pendidikan hanya diadakan di universiti-universiti awam. Terima kasih kepada menteri pendidikan pada masa itu yang mewujudkan KPLI hampir di semua maktab perguruan di seluruh negara bagi membolehkan mereka yang berminat untuk menjadi guru mendapat latihan intensif di situ.
Saya tertarik untuk menyatakan pandangan saya berhubung dengan pemanjangan tempoh latihan KPLI di IPGM selama 18 bulan. Pada hemat saya, ada asasnya pihak NUTP tidak bersetuju terhadap cadangan tersebut. Hal ini kerana bagi pelajar lepasan ijazah sarjana muda bukan pendidikan, mereka telah belajar selama empat tahun dalam bidang masing-masing. Jika ditambah setahun setengah lagi menjadikan tempoh pengajian seluruhnya mencecah lima tahun setengah. Itu tidak termasuk pelajar-pelajar lepasan SPM yang melalui peringkat diploma (3 tahun), Ijazah (4 tahun) dan KPLI (1 1/2 tahun) menjadi keseluruhannya 8 tahun setengah! Manakala para pelajar lepasan STPM pula selama tujuh tahun, iaitu (STPM) 1 1/2 tahun, Ijazah (4 tahun) dan KPLI (1 1/2 tahun)
Saya melihat keadaan tersebut akan menjadi satu faktor penolak kepada pelajar lelaki. Hal ini kerana pelajar lelaki kebanyakannya berfikir mahu segera berkerja bagi memikirkan hala tuju kehidupan mereka selepas itu. Kecuali mereka yang gagal mendapat lowongan pekerjaan selain guru. Jadi, kerjaya guru adalah pilihan terakhirnya. Jika ada peluang kerja yang lebih cepat nescaya mereka tidak akan memilih kerjaya sebagai pendiidik.
Justeru saya mencadangkan agar pihak BPG mengadakan dua kategori KPLI. Pertama, tempoh setahun bagi mereka yang mengambil kursus yang sama semasa ijazah pertama dan KPLI. Manakala tempoh 18 bulan bagi kursus yang berlainan dengan apa yang telah dipelajari semasa di peringkat ijazah sarjana muda dan KPLI. Ia seakan-akan seperti program matrikulasi setahun dan dua tahun. Oleh itu selepas seseorang pemohon itu melalui beberapa sekatan, akhirnya pihak BPG akan membuat keputusan seseorang pemohon itu akan ditawarkan ke program KPLI setahun atau 18 bulan.
Sebenarnya apabila kita memperkatakan kualiti guru, ia lebih bersangkutan dengan penguasaan terhadap ilmu. Pernah terjadi sebelum ini (sekitar 1990an) ada guru sains ditawarkan mengambil kursus bahasa Melayu kerana pada masa itu ramai graduan sains yang menganggur. Kelompok inilah yang mengalami masalah sebenarnya. Mereka seakan kehilangan punca kerana polariti ilmu yang bertentangan sama sekali. Sampai di sekolah, akhirnya mereka tidak mengajar bahasa Melayu pun! Tetapi mereka masih mampu menjadi guru yang baik kerana penguasaan ilmu yang mantap dalam bidang sains.
Soal ilmu keguruan yang terkandung dalam ilmu pedagogi itu sebenarnya tidak perlu kepada satu tempoh pengajian yang lama. Malah ia dilihat sangat berkesan jika para pelatih dapat melalui sesi pengajaran mikro dan pengajaran makro secara kerap. Di situ mereka akan berpeluang memperbaiki kelemahan kaedah pengajaran di samping kawalan kelas melalui komentar yang diberikan oleh rakan-rakan dan para pensyarah. Malangnya, oleh sebab kerenah birokrasi yang terlampau-lampau di pihak sekolah, menyebabkan pengurusan IPGM tawar hati hendak mengadakan program pengajaran makro secara lebih kerap. Hal ini akan lebih ketara lagi bagi program pendidikan yang diadakan di IPTA. Oleh sebab perbezaan kementerian antara IPTA dan sekolah berkemungkinan untuk mengadakan sekali program pengajaran makro pun amat susah sepanjang tempoh kursus DPLI (Di universiti program yang sama dikenali sebagai DPLI).
Oleh itu, melanjutkan kursus KPLI kepada 18 bulan secara total bukanlah cara terbaik dalam mengatasi dakwaan sesetengah pihak bahawa guru-guru KPLI tidak berkualiti. Malah, sekali lagi saya tegaskan di sini bahawa ia mungkin akan menajdikan jurang perbezaan jumlah guru lelaki dan perempuan semakin melebar. Hal ini kerana, kebanyakan pelajar perempuan terutamanya yang telah berkeluarga mahu menjadi guru bagi membantu mengukuhkan ekonomi keluarga.
BACA LAGI...

PILIHAN MUKTAMAD!

Bookmark and Share
Hari ini aku telah memuktamadkan pilihan untuk kekal sebagai Guru Akademik Tingkatan Enam. Lebih kurang pukul 11.00 pagi tadi aku menandatangani borang persetujuan untuk tujuan tersebut. Aku tidak terlalu pasti adakah aku akan tergolong dalam kalangan orang yang beruntung atau sebaliknya. Cuma aku rasa selesa berada di tingkatan enam setelah kembali mengajar pada tahun 2003. Sebelum itu aku pernah berkhidmat di tingkatan enam seawal 1996 sehingga 1998.. Selepas itu aku terpaksa menarik diri kerana mata pelajaran Kesusasteraan Melayu terpaksa 'tutup kedai'. Kini aku lebih 'terjamin' kerana aku mengajar mata pelajaran Pengajian Am, mata pelajaran wajib pada peringkat STPM.
Selainya aku rasa tak ada masalah dengan beban tugas sebagai "pensyarah Tingkatan Enam" ni... Cuma bab ada kuota untuk ke DG48 dan DG52 itu sahaja yang aku tak berpuas hati. Aku bercadang nak tulis kat akhbar tentang perkara tersebut agar pihak yang bertanggungjawab dapat menjawab masalah tersebut. Walau bagaimanapun aku mengharap dalam tempoh terdekat ini ada berita baik tentang tingkatan enam.
Namun hati kecilku seakan meyakinkan aku bahawa aku perlu menerima tawaran ini. Lagipun aku masih boleh memohon untuk mengisi kekosongan jawatan KUP apabila ada iklan. Cuma pada masa itu aku kena keluar daripada tingkatan enam. Tetapi jika aku tidak memilih tingkatan enam sekarang, rasanya samapi bila-bila pun aku tidak akan dapat mengajar tingkatan enam.
Cabaran berada di tingkatan enam telah mula terasa. Mulai minggu ini bermulanya masa mengajar sehingga pukul 4.00 petang! Hari ini kelas terakhir aku pukul 2.40 petang dan selebihnya ada urusan persendirian yang berkaitan dengan research. Hari khamis ini aku akan berhadapan pelajar 6 rendah sains untuk berbincang dalam bentuk tutorial bagi menjalankan kajian atau penyelidikan. Dalam kepala, ada beberapa idea yang boleh dilakukan bagi menyuburkan budaya menyelidik dalam kalangan pelajar tingkatan enam. Cuma, bagaimanakah nantinya pelaksanaan dalam kalangan pelajar masih terlalu sukar dijangka. Terasa bersyukur sangat semasa di peringkat sarjana hari itu aku memilih mode kajian sepenunya. Tentunya banyak yang boleh bantu para pelajar. Apa yang sedikit merisaukan ialah, aku hanya menguasai paradigma kajian secara kualitatif. Aku harap akan mendapat gandingan guru-guru lain yang berkebolehan dalam menjalankan kajian dengan menggunakan paradigma kuantitatif.
BACA LAGI...

FALSAFAH DI SEBALIK LEMBUT DAN KERAS...

Bookmark and Share
Sebelum ingatan ini mencair dan akhirnya ia hilang dan terbang begitu sahaja, lebih baik aku nukilkan dalam ruang ini.
Sewaktu aku bertemu dengan adik bapak aku (semasa kenduri beberapa hari yang lalu), beliau ada bertanyakan aku tentang keadaan adik-beradik. Lalu aku menjawab semua ok-ok sahaja. Kemudian dia bertanya lagi, semua balik ke? Aku jawab, hampir semua balik.
Jawapan aku itu kemudiannya mencetuskan satu falsafah yang sangat mendalam terbit dari bibirnya untuk aku fikirkan. Dia kata, "kita boleh berkeras tetapi kerasnya sehingga boleh menjadi jambatan kepada orang lain... kita boleh berlembut tetapi lembutnya sehingga boleh menjadi tali kepada orang lain..."
Cerita selepas daripada itu merupakan tafsiran-tafsiran maksud yang beliau jelaskan secara umum yang akhir menjadikan satu bahan retrospektif kepadaku sehingga kini. Aku cuba melihat ke dalam diriku... memang ada benarnya. Kita perlu bertegas dengan apa yang kita putuskan sekiranya dengan ketegasan itu mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Maksud jambatan ialah, dengan ketegasan yang kita ambil itu akhirnya boleh menjadi penyelamat kepada orang lain. Boleh menjadi pegangan kepada orang lain. Mereka boleh terselamat daripada bahaya dan bencana yang pada peringkat awalnya mereka tdak ketahui.
Begitu juga konsep tali, bermaksud dalam kelembutan kita itu, terkandung satu sikap toleransi yang akhirnya boleh menjadi pegangan atau membantu orang lain yang sedang dilanda kekusutan.
Tetapi awas... bukan bererti ketegasan atau kelembutan itu terlalu mutlak sifatnya. Bukan keputusan sendiri malah ia perlu diperhalusi kondisinya sehingga orang yang berada di bawah kita berasa yakin dengan keselamatan jambatan yang terbentang serta tali yang perlu dipegang.
Justeru, jika kita kaitkan dengan hubungan kekeluargaan atau rumah tangga, seorang suami itu perlu berfikiran jauh untuk membawa bahtera keluarganya melalui jalan yang selamat dan terhindar daripada pecah dilanda badai samudera yang ganas! Seorang suami ada ketikanya terpaksa membuat pilihan untuk bertegas dan berlembut. Namun, kadang-kadang ia tidak difahami sepenuhnya oleh pihak isteri. Lantas suami perlu berfikir secara mendalam sama ada untuk memilih sama ada hendak bertegas atau berlembut. Namun antara keduanya itu, tidak ada nawaitu yang lain melainkan untuk memastikan suasana akan menjadi stabil akhirnya.
Seorang suami yang fikirannya sering berkecamuk serta sering dilanda ribut dalaman, pastinya sukar untuk membuat keputusan yang sersifat penuh penaakulan. Bukan sahaja fikirannya sukar dibaca oleh si isteri malah akhirnya tidak mengarah kepada ketekalan yang diharapkan akan menjadi pohon atau dahan yang bakal menjadi pelindung kepada isteri dan anak-anaknya.
Tindakan membabi buta serta emosional turut menyebabkan tindakan kita akan dipersoal oleh orang lain yang melingkungi kita sama ada daripada kalangan adik-beradik malah saudara-mara. Mereka dalam pada kita tidak sedari sedang menghakimi tindak-tanduk kita bermula daripada mereka menyedari ada yang tidak kena dalam keputusan-keputuan dan pilihan-pilihan yang kita ambil.
Itulah hakikat yang perlu difahami oleh si suami. Justeru bertepatanlah dengan kefahaman silam dan sepatutnya masa kini, bahawa suami perlu menjadi ketua dalam keluarga. Hal ini kerana secara azalinya Allah S.W.T. telah melengkapkan seorang lelaki itu dengan pakej kepemimpinan untuk nantinya (paling minimum) bagi memimpin keluarganya. Walau bagaimanapun pakej itu harus didasari kepada ilmu yang boleh memandu keluarganya ke destinasi yang diredhai-Nya.
BACA LAGI...

Sunday, June 14, 2009

HARI KELUARGA KALI PERTAMA...

Sunday, June 14, 2009
Bookmark and Share
Tanpa diduga hasrat yang terpendam sejak sekian lama akhirnya menjadi kenyataan apabila program hari keluarga telah berjaya diadakan pada hari ahad di teratak ayahanda dan bonda di Sg.Nibung, Sekinchan. Memandangkan serba-serbinya ad-hoc maka aku tidak menjangkakan sesuatu yang luar biasa dan apa yang menjadi keutamaan adik-beradik hanyalah program ini akan berjalan mengikut konsep tunggu dan lihat.
Idea ini entah di mana asal-usulnya. Aku cuma diberitahu emakku bahawa ada kenduri kecil-kecilan akan diadakan pada 13 Jun 2009 (sabtu). Jadi, aku tidak menjangkakan ada apa-apa lagi program lain pada hari tersebut. Tiba-tiba tiga hari sebelum tarikh itu tiba, aku dihubungi adik iparku di BB. Dia mencadangkan agar buat sekali hari keluarga merangkap sambutan hari ibu-bapa memandangkan program seperti itu tidak pernah dibuat sebelum ini. Aku kata, ok...
Entahlah, idea nak buat hari keluarga sememangnya dah lama plan... ada satu ketika, hampir-hampir nak jadi, tetapi entah di mana aralnya (dah lupa...) akhirnya adikku yang di Ip dan SP sahaja yang dapat pergi bawak emak bapak ke Lumut (kalau tak silap..) Itulah payahnya nak menemukan adik-beradik seramai lapan orang serta ipar-duainya serentak! Hari Raya pun payah nak jumpa semuanya! Amaklumlah bagi yang dah berkeluarga hari raya pertama kena gilir...
Aku ikut sahaja apa yang dirancang oleh adik di BB... hadiah unutk emak bapak dia yang urus, dia sponsor kek (memang dia ada perusahaan kecil-kecilan buat kek...) dan dia mintak aku handle program ala-ala motivasi kat anak-anak. Hehe.. aku tak sanggup! Bukan tak pernah terlibat dalam program motivasi ni... Tapi depan anak-anak sendiri dan anak-anak buah (semuanya 19 orang) tak pernah! Aku tak sanggup anak-anak aku sengeh-sengeh nanti..... Jadi aku contact adikku di SP agar jumpa paman kami yang duduk di depan rumah emak-bapak... Dia adik emak aku! Dia pegawai di Pejabat Agama Islam di SB. Tepat sekali, itu lah orangnya!
Persiapan balik kampung agak kurang lancar. Pagi sabtu itu aku kena siapkan dulu marking paper peperiksaan pertengahan tahun yang masih belum sempurna diperiksa. Hari pertama sekolah selepas cuti ni... Tuan Pengetua nak kan laporannya untuk dibawa ke mesyuarat! Jadi, aku kena siapkan itu dulu lah... Selepas asar baru aku bertolak dari TM...
Dalam perjalanan aku tak banyak bercakap, ligat berfikir apa nak dibeli untuk program hari Ahad ini... Aku sempat singgah kat SB untuk beli sedikit hadiah! The Store masih dalam renovation... Aku menuju kat kemah agam yang terletak di depan premis The Store. Dalam masa yang singkat itu... aku sempat sambar toaster dan pergi ke kaunter balut dan bayar!
Program kenduri malam itu berjalan dengan lancar. Ia diisi dengan program tahlil serta usrah kampung. Majlis usai sekitar 10.30 malam. Semasa pengerusi majlis memulakan majlis tahllil dan usrah, dia ada sebut bahawa majlis itu diadakan untuk mendoakan keselamatan adik-adikku yang akan melanjutkan pelajaran... Adikku di Ip (anak ke-4) akan melanjutkan pelajaran ke peringkata Ph.D. ke USM, adik aku yang kedua akhir (anak ke-7) akan melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di UiTM, Arau dan adik nombor tiga akhir (anak ke-6) sedang belajar di Kolej Komuniti di Kuala Langat.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Mentari muncul menyinari pagi hari Ahad yang sedikit dingin. Malam tadi sekitar jam 2.00 pagi hujan curah turun dengan lebat! Bahang panas musim kemarau dan bahana jerebu angkara El-Nino terasa sedikit nyaman dek turunnya hujan walaupun tidak lama. Sedang aku menyiram keretaku yang satu petiga masuk dalam porch, aku sempat menyapa pamanku yang baru keluar dari rumah. Sambil itu aku bertanya tentang program pagi ahad. Dia kata start pukul 8.30 pagi...
Selesai bersembang, aku masuk ke rumah lebih kurang 15 minit sebelum 8.30 pagi. Hanya sorang dua anak buahku yang dah mandi... Masa itu juga baru nak sarapan! Ha... aku sedikit riuh bila melihat anak-anak aku sorang pun belum ada yang dah mandi! Akhirnya, aku buat keputusan agar sarapan dulu... tak payah mandi. Lebih-lebih lagi "penceramah" dah ada di serambi rumah!
Majlis nampak sangat tak ada persiapan yang rapi... Tak apalah penceramah tu pun paman aku... Tanpa P.A. Sistem paman aku mulakan cermahnya... Pada peringkat awal ideanya, motivasi untuk anak-anak tetapi akhirnya oleh sebab bapa-emaknya duduk sekali... jadilah ceramah keibubapaan! Lebih kurang sejam cermah tu.... Menarik. Gabungan pengalaman beliau serta parenting skill yang perlu ada pada setiap ibu bapa dalam menangani karenah generasi anak muda masa kini. Hampir 45 minit ceramah berlangsung, tiba-tiba aku menerima isyarat dari adikku.
"Nak bagi paman hadiah apa?" Tanya adikku yang duduk kat Ip. Aku baru terfikir bahawa cendremata kepada penceramah memang kena ada....
"Ada..." Aku tak ada pilihan... hadiah yang aku beli semalam itu aku jadikan cenderamata kepada paman aku itu!
"Alhamdulillah lah... nasib baik aku sempat sambar satu!" Getus hatiku.
Agak kelakar dan sediiit lucu... Pengerusi majlis tiba-tiba muncul selepas penceramah manamatkan kata-kata akhir ceramahnya. Adikku dari Ip tiba-tiba bangun dan menuju ke depan dan mempengerusikan majlis. Aku stand by gak... kalau tak ada yang keluar... aku kena keluar. Susah mana nak jadi emcee nih... Kalau majlis pak menteri pun boleh jadi pengacara tak kan ini tak boleh!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Selepas ceramah keibubapaan, majlis penyampaian hadiah kepada emak dan bapak. Hadiah ramai-ramai berupa sepasang tuala yang di atasnya tertulis "Selamat Hari Ibu daripada anak-anak, anak-anak menantu dan cucu-cucu" dan "Selamat Hari Bapa daripada anak-anak, anak-anak menantu dan cucu-cucu". Selebihnya hadiah-hadiah persendirian. Akhir sekali upacara memotong kek. Syahdu juga... aku tidak pasti sebelum ini pernah atau tidak emak dan bapakku memotong kek bersama-sama. 45 tahun dulu... masa majlis perkahwinan mereka kalau ada pun... Timbul pulak idea giler dari adik bongsu aku, mintak emak bapak suap-suap kek pulak... Aku hampir tak sanggup nak tengokkk... Tapi aku respect kat emak bapakku... mereka sporting pulak!
Slot seterusnya berupa soalan-soalan kuiz tentang riwayat hidup emak bapakku... Haha.. bab ini kalau tak kena gaya, anakku boleh bolot semua hadiah sebab anak-anak aku antara yang lebih tua daripada sepupu-sepapatnya yang lain... Tapi pihak yang beli hadiah memang nak bagi kat semua anak-anak... Agaknya supaya tak ada yang gaduh-gaduh!
Sejurus acara kuiz tamat, aku diminta membuat ucapan selaku anak sulong... Aku berucap sikit dan aku mintak semua adik-beradik turut memberi ucapan sama. Bukan selalu pun.. Akhirnya slot tersebut diakhiri oleh bacaan doa daripada bapak aku.
Penutup program ini disudahi dengan gambar beramai-ramai. Sedikit ralat, adikku dari Kl tak dapat bersama sebab dia juga ada program di sebelah emak mertuanya... Dia hanya titipkan empat daripada enam orang anaknya sebagi wakil untuk bersama-sama kami.
BACA LAGI...

Friday, June 12, 2009

ISU KURANG GURU LELAKI LAGI

Friday, June 12, 2009
Bookmark and Share
Isu yang melibatkan kurangnya guru lelaki di sekolah nampaknya sememangnya menjadi satu perkara yang serius pada kaca mata Menteri Pelajaran kita. Jika dilihat daripada peratusan 20-80, sememangnya jelas sekali semakin pupusnya 'spesis' guru lelaki di sekolah.
Mungkin Menteri Pelajaran menaakul isu tersebut daripada beberapa aspek yang tersirat. Bukan setakat bilangan sahaja. Pada pandangan saya perkara penting yang harus kita fikir secara waras ialah bagaimanakah nantinya kualiti disiplin pelajar di sekolah seandainya nisbah guru lelaki berbanding guru perempuan terus-menerus mengecil?
Bukannya kita hendak menafikan keupayaan guru perempuan hendak menangani masalah disiplin pelajar hari ini yang semakin langsang. Tetapi umumnya mengerti bahawa guru perempuan sememangnya penuh dengan sikap keibuannya tentu lebih mudah diambil kesempatan oleh pelajar-pelajar yang sememangnya gemar mengambil kesempatan.
Walaupun tiada kajian rasmi dilakukan, ada yang mengatakan bahawa kemerosotan disiplin pelajar di sekolah turut disebabkan bilangan pengetua lelaki yang semakin sedikit. Apatah lagi nantinya apabila status quo ini tidak ditangani dengan segera, semua sekolah di negara kita ditadbir oleh guru-guru perempuan! Bukan pesimis, tetapi kekadang kita perlu realistik! Bukan semua masalah disiplin pelajar boleh ditangani dengan perasaan keibuan. Justeru dalam keluargapun ibu bapa memainkan peranan yang sama dalam konteks mendidik anak-anak. Jika seorang kanak-kanak itu dibesarkan oleh ibu bapa tunggal, seakan ada lompang kosong dalam jiwanya yang tidak terisi yang akhirnya boleh menimbulkan beberapa masalah yang berkaitan dengan disiplin.
Justeru, bagaimana hendak menambah bilangan guru lelaki di sekolah? Saya pun tidak ada idea yang betul-betul tuntas dalam membincangkan topik yang dilihat semakin kronik ini. Saya bersetuju jika syarat kemasukan ke pusat-pusat pendidikan guru dilonggarkan sedikit kepada para pelajar lelaki. Bukanlah terlalu longgar tetapi sedikit longgar bagi membolehkan para pelajar lelaki tersebut layak membuat permohonan. Jika di sesetengah universiti syarat masuk untuk program pendidikan ialah 3.5 dan ke atas. PNGK Serendah 2.8 turut diberi peluang untuk membuat permohonan. Selepas itu mereka dikehendaki mengikuti beberapa tapisan yang sedia ada. Umpamanya MEDSI iaitu inventori bagi melihat minat dan persepsi para calon tersebut terhadap profesion keguruan. Jika dalam inventori ini perlu kepada tapisan yang agak ketat, pastikan hanya calon-calon yang mendapat gred B sahaja yang layak untuk ditemuduga.
Akhirnya barulah calon-calon tersebut ditemuduga bagi melihat aspek penampilan calon-calon tersebut. Pada pandangan saya, semasa temu duga inilah para penemuduga mesti membuat penelitian secara mendalam. Beberapa aspek yang tidak membawa nilai tambah kepada profesion keguruan mestilah 'disekat'. Sebagai contoh, lelaki lembut, cepat putus asa, komunikasi yang lemah, aspek interpersonal dan intrapersonal yang juga lemah dan sebagainya.
Jelasnya, biarkan ramai calon berpeluang memohon tempat ke institusi pendidikan tetapi sekatan sebenarnya semasa mereka melalui inventori dan temuduga.
Hakikatnya di sekolah, bukan semua guru yang cemerlang semasa belajar adalah guru yang cemerlang menjadi pendidik. Hal ini kerana untuk menjadi pendidik ia melibatkan banyak ramuannya. Aspek sentuhan kemanusiaan kadang-kadang lebih berkesan berbanding aspek kognitif sahaja.
Selain daripada itu, kenapa tidak semua calon yang terpilih masuk untuk program pendidikan diberi tajaan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Setidak-tidaknya ramai yang rasa lebih terjamin masa depannya berbanding dengan pinjaman PTPTN.
Kesimpulannya, isu kekurangan guru lelaki ini hendak dibincang dan ditangani secara komprehensif. Adalah tidak wajar jika niat untuk menambahkan bilangan guru lelaki terlalu diutamakan sehingga mengenepikan aspek kualiti yang perlu ada dalam diri seorang pendidik.
BACA LAGI...

PERKHIDMATAN E-BROWSE LEMBAB!

Bookmark and Share
Saya bolehlah dianggap sebagai returning customer kepada perkhidmatan E-Browse TM Net. Kali terakhir saya melanggan perkhidmatan akhbar Berita Harian versi internet ialah pada tahun 2007. Saya tak pasti kenapa saya tidak terus melanggan perkhidmatan E-Browse selepas itu
Dua hari yang lalu saya tergerak kembali hendak melanggan semula perkhidmatan tersebut memandangkan saya tertarik dengan keupayaan untuk membuat keratan akhbar secara online dan menyimpannya dalam pc. Lebih-lebih lagi saya sekarang ini sedang obses terhadap blog berkonsepkan pendidikan dan isu-isu semasa yang sedang saya kendalikan
Melalui kemudahan tersebut, saya boleh tampalkan keratan-keratan akhbar yang saya perlukan dalam blog saya dan seterusnya saya membuat komen mengikut persepsi saya sendiri.
Walau bagaimanapun, pada hari ini saya berasa sangat marah kerana saya hanya boleh akses kepada akhbar tersebut hanya pada pukul 10.00 pagi. Sedangkan mengikut janji yang dinyatakan dalam halaman E-Browse ialah seawal 7.45 pagi. Itupun sehingga pukul 12.00 tengahari saya masih belum dapat versi yang lengkap. Bahagian berita, hanya 15 muka surat yang kebanyakannya dipenuhi dengan iklan! Seolah-olah itulah bahagian yang sangat penting kepada pembaca. Atau, sebaliknya? Penting kepada syarikat kerana takut tidak akur pada perjanjian penyiaran iklan? Bayangkan muka hadapan pun tidak ada!
Agaknya inilah yang menyebabkan saya tidak menyambung langganan sejak 2007! Saya terlupa bahawa perkhidmatan E-Browse sebenarnya sangat lembab. Bukannya percuma! Untuk langganan terkini saya melanggan selama 6 bulan dengan harga RM100. Kalau beginilah mutu perkhidmatan yang diberikan, tutp sahaja perkhidmatan ini! Keadaa ini menyebabkan pelanggan rasa marah dan tertipu.
Walau bagaimanapun secara jujur, saya berasa perkhidmatan ini sangat baik. Mudah untuk membuat simpanan secara softcopy terhadap sebarang berita yang kita ingini. Jika kita buat menggunakan versi hardcopy kemudian diimbas baru boleh disimpan dalam pc agak lambat dan pikselnya juka menjadi besar. Justeru, saya mohon agar pengendali perkhidmatan ini agar lebih bertanggungjawab kepada pelaggan.
(Beberapa keratan di atas adalah antara paparan yang dapat diakses sehingga pukul 12.00 tengahari, 12/06/09)
BACA LAGI...

PENILAIAN BERSASKAN SEKOLAH

Bookmark and Share
Syabas Kak Leha (Pn.Zaleha Ahmad) kerana bukan sahaja muncul dalam akhbar arus perdana, tetapi berjaya menyatakan pandangan yang jitu tentang pelaksanaan PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah) yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah tidak lama lagi.
Bagi warga pendidik, idea ini mula dilontarkan kepada minda guru-guru kira-kira dua tahun lalu. Keperluan PBS dilihat akan menjadi jawapan kepada format penilaian pendidikan dalam konteks pelajar yang terlalu menjurus kepada aspek kognitif sahaja. Selain daripada itu ia juga dilihat akan mengurangkan tekanan kepada para pelajar yang mesti menghadapi pelbagai kertas peperiksaan secara sumatif pada peperiksaan-peperiksaan awam. Sistem penilaian yang hampir 100% berasaskan peperiksaan awam ini dilihat tidak akan menyuburkan empat aspek yang perlu diseimbangkan iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Selain daripada itu sedikit sebanyak melalui PBS ini para pelajar tahu bahawa markah daripada guru merupakan salah satu elemen pemarkahan yang tidak boleh diabaikan. Justeru ia akan menambahkan lagi hubungan yang positif dengan guru.
Melalui PBS juga akan memberi ruang yang agak luas kepada para pelajar untuk lebih terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Selama ini ramai pelajar yang terpaksa curi-curi masa untuk mengikuti program atau aktiviti kokurikulum. Kebanyakan ibu bapa akan bising jika anaknya terlalu aktif kerana walau setinggi mana pencapaian anak-anak mereka dalam bidang kokurikulum, ia hanya sekitar 10% sahaja. Selebihnya masih dinilai daripada aspek kurikulum.
BACA LAGI...

Thursday, June 11, 2009

MALANG TIDAK BERBAU...

Thursday, June 11, 2009
Bookmark and Share
Benarlah pepatah Melayu ada menyebut, "malang tidak berbau".
Semoga peristiwa menyayat hati sebegini tidak akan berlaku lagi pada masa-masa yang akan datang. Namun seberat-berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Siapa menduga dalam sekelip mata anak kecil berusia 3 tahun ini meninggalkan keluarganya buat selama-lamanya. Biarpun seribu sesalan menusuk-nusuk kalbu, biar ratapan hiba memenuhi ruang bersama turun-naiknya nafas tidak mampu menepis ketentuan Ilahi.
Buat kita yang melihat dan mendengar cerita sayu ini, sama ada turut pasrah kepada qada' dan qadar atau menyesali kecuaian si ayah yang tidak mengunci kereta sejurus sampai di rumah tersebut. Namun jika diteliti secara halus, mengapa si ayah cuai pada kali ini, atau kenapa tabiat yang biasa dilakukan iaitu tidak pernah mengunci kereta semasa berada di rumah tetapi pada kali ini nyawa anak jadi galang gantinya...
Mungkin ada benarnya juga orang menyebut, "kita selalu bernasib baik, tetapi sekali kita tidak bernasib baik nescaya besarlah musibahnya kepada kita..."
Akhirnya, sebagai insan yang percaya kepada ketentuan Ilahi tentunya berkata "sesungguhnya ajal, maut, jodoh dan pertemuan ditangan-Nya jua." "Sesungguhnya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Berdoalah kita agar keluarga En.Mustafa dan Pn.Mimi Azura akan tabah dalam menjalani ujian daripada Allah S.W.T. Semoga ia menjadi teladan yang besar kepada kita.
Pertama, pastikan kereta dikunci sejurus sampai ke rumah yang dituju. Terutama jika rumah itu bukan rumah kita sendiri. Hal ini kerana anak-anak biasanya tidak selesa dengan rumah tersebut lalu memilih untuk berada dalam kereta ayahnya.
Kedua, jangan terlalu yakin anak dalam keadaan baik jika kita tidak mendengar suaranya. Justeru, apabila terasa tidak terdengar suaranya cepat-cepat memanggil namanya. Jika tiada respon, segera mencarinya.
Ketiga, selalu pesan kepada anak-anak yang lebih dewasa agar jangan leka menjalankan tugas sendiri sehingga lupa melihat-lihat adik-adiknya yang masih kecil.
Namun, biarpun secekap mana pun persediaan kita sesungguhnya kita kena yakin bahawa, "kita hanya merancang, Allah yang menentukan". Al Fatihah.
BACA LAGI...

ROMBAKAN KURIKULUM DI IPG

Bookmark and Share
Secara asasnya saya bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh Prof Madya Dr Norhisham Osman tentang perlunya kurikulum di IPG dirombak agar dapat melahirkan guru-guru bahasa Inggeris yang berkesan di sekolah.
Walau bagaimanapun saya ingin mencadangkan agar bukan setakat di IPG malah di seluruh IPTA atau IPTS yang menawarkan program pendidikan bahasa Inggeris turut merombak kurikulum pengajaran bahasa Inggeris mereka.
Apa yang sangat diperlukan buat masa ini ialah asas grammar yang mantap dan bukan sekadar untuk berkomunikasi sahaja. Biarlah komunikasi yang terhasil nantinya hasil daripada tatabahasa yang betul dan cantik.
Hakikat ini lama-kelamaan dilihat akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tidak lagi signifikan. Apa yang perlu ialah memantapkan penguasaan bahasa Inggeris yang betul daripada semua aspek berbanding hanya menggunakan bahasa Inggeris bagi menyampaikan ilmu matematik dan sains tanpa menitikberatkan aspek tatabahasanya.
Saya melihat langkah merombak kurikulum bahasa Inggeris di pusat-pusat pengajian pendidikan agar lebih efektif sangat baik kerana sesuatu perubahan yang sangat praktikal mestilah bermula dari atas ke bawah. Hal ini tidak berlaku sewktu PPSMI hendak diimplimentasikan. Cikgu dikehendaki mengikuti kursus intensif beberpa bulan sebelum PPSMI dijalankan... Jadi kadang-kadang, murid dan guru sama-sama belajar menggunakan bahasa Inggeris.
BACA LAGI...

TERUJANYA AKUUUU...

Bookmark and Share
Sejak dua tahun kebelakangan ini keterujaan aku terhadap gajet berupa telefon bimbit agak mengendur sejak aku memiliki DOPOD M700. AKu rasa dah oklah! Cuma sesekali aku teruja juga dengan aplikasi GPS yang tak ada kat hp aku... Tapi aku boleh cover sebab bukan kita sentiasa nak guna GPS bila berjalan! Lagi satu yang membantutkan keinginan aku nak merembat hp yang ada GPS tu sebab harganya yang agak mahal.
Tapi pagi ini aku terkejut dengan iPhone 3GS ni.... Memang dah lama terujanya, tapi agak mahal. Kini ia boleh dibeli dengan USD99 sahaja! Kalau convert dengan RM lebih kurang RM400 tu! Ke aku salah kira... Cuma ada GPS ke? Tak sebut pun? Tapi kalau tak ada GPS pun berbaloi gak sebab hp aku pun dah nampak uzur... Hehe banyak kali jatuh dan terpelanting...
Kalau ada sesipa yang ada terbeli model yang 16GB boleh lah share maklumat skit... Yang ni.. 32 GB beb!
BACA LAGI...

Wednesday, June 10, 2009

UPSI KEKURANGAN BAKAL GURU BUKAN MELAYU DAN LELAKI

Wednesday, June 10, 2009
Bookmark and Share

10/6/2009 6:15pm
KUALA LUMPUR 10 Jun — Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Datuk Dr Aminah Ayob hari ini melahirkan kebimbangan mengenai kekurangan bakal guru di kalangan bukan Melayu dan lelaki di universiti itu.
Katanya daripada 4,800 pelajar di universiti itu, hanya 20 peratus daripada mereka terdiri daripada pelajar bukan Melayu dan 23 peratus pelajar lelaki.
“Kami sendiri gagal mengenal pasti kenapa perkara ini berlaku. Tetapi mungkin disebabkan perbezaan kecenderungan dan minat antara kaum itu sendiri.
“Malah di universiti kami, pelajar-pelajar bukan Melayu kebanyakannya mengambil program tertentu seperti perniagaan dan ekonomi serta sains dan teknologi,”katanya
ketika mempengerusikan Majlis Dialog UPSI Bersama Media, di sini, hari ini. - Bernama

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kurang Bakal Guru Bukan Melayu

Kurangnya minat kaum Cina dan India menjadi guru telah sekian lama disedari. Hakikat ini semakin ketara dalam kalangan kaum Cina. Mereka bukan sahaja tidak minat menjadi guru, malah dalam kebanyakan profesion perkhidmatan awam juga kelibat mereka sukar ditemui. Pernah suatu ketika disarankan agar usaha yang lebih serius dilakukan bagi menambat minat kaum Cina memasuki bidang kepolisan. Dalam kalangan kaum India isu ini tidaklah seserius apa yang berlaku dalam kalangan kaum Cina. Mereka dilihat masih berminat untuk menjadi guru sains, matematik dan mata pelajaran bahasa Tamil serta Kesusasteraan Tamil.

Mungkin, faktor utama yang menyebabkan fenomena ini berlaku adalah berkaitan dengan minat. Minat yang menurun berpunca daripada persepsi mereka yang rendah terhadap profesion keguruan. Terlalu konvensional dan sterotaip. Lantas tidak mencabar serta nilai pulangan ekonomi yang agak rendah atau tidak berbaloi. Mereka lebih berminat menceburi kerjaya yang lebih profesional serta berpendapatan lumayan.

Bagi kaum Cina, mereka lebih berminat dalam bidang perniagaan. Berniaga sendiri lebih mudah. Tidak perlu akur serta taat kepada peraturan-peraturan serta etika yang kadang-kadang amat merimaskan. Lebih-lebih lagi jaringan perniagaan dalam kalangan kaum Cina sememangnya telah kukuh sejak zaman berzaman. Banyak bidang perniagaan yang telah mereka warisi secara tradisi. Umpamanya bidang insuran dan perbankan.

Selain daripada itu, tidak semua orang boleh menjiwai personaliti seorang guru. Disiplin diri yang tinggi dan bersedia menjadi role model kepada para pelajar juga dilihat menjadi penyebab kepada kurangnya minat kaum bukan melayu terhadap profesion keguruan.

Kurang Bakal Guru Lelaki

Ada gurauan nakal bila melibatkan isu mengapa hanya 30% pelajar lelaki di universiti...

"Mereka kata ramai dah masuk USM!"

"Bagus lah kalau macam tu! " Tapi kat USM pun sekitar itu juga peratus pelajar lelaki.

"Bukan Universiti Sains Malaysia lah.... "

"Habis tu?"

"Universiti Serenti Malaysia lah..."

"Huh!"

Jadi maksud gurauan di atas, kepupusan pelajar lelaki untuk menjadi guru pelatih juga dilihat ada kaitan dengan fenomena ramainya kaum adam yang menjadi penghuni di pusat-pusat serenti. Entahlah... fikirlah sendiri!

Kurangnya guru lelaki di sekolah memang amat dirasai. Terutamanya bila melibatkan aktiviti sukan. Senang cakap, bila sukan tahunan. Tenaga guru lelaki amat diperlukan. Untuk menggaris line balapan, menaikkan khemah dan pelbagai tugas lain.

Keadaan akan menjadi lebih serius apabila guru-guru perempuan cuti bersalin selama 60 hari. Bayangkan kalau guru perempuan di sebuah sekolah mencecah 80%! Bukan semua guru yang cuti bersalin dapat guru ganti. Maka kekosongan masa lantaran cikgu yang cuti bersalin itu terpaksa diisi dengan guru-guru yang ada.

Berkualitikah Guru-Guru Pelatih Lelaki yang Ada?

Ini pun satu isu lagi... Belum tentu guru-guru pelatih lelaki yang ada ini berkualiti. Bila peluang menjadi guru lelaki jauh lebih mudah dan kurang persaingan berbanding guru perempuan, maka satu soalan yang timbul ialah berkualitikah guru-guru pelatih lelaki yang ada di IPTA atau di IPG sekarang ini? Jika berkualiti... mengapa ada lagi "lelaki lembut" sudah terlepas ke sekolah? Bagaimanakah mereka ini hendak dijadikan role model yang positif di sekolah? Malah jika tidak segera ditangani masalah ini, besarlah portensinya mereka ini akan menjadi fenomena baru di sekolah.

Kebanyakan guru pelatih lelaki masa kini terikut-ikut pengaruh fesyen artis semasa. Daripada fesyen rambutnya yang "pacak"sehingga kasutnya yang ranggi menajdi trend terkini. Rasanya kalau di UPSI memang ada etika berpakaian guru... tetapi ramai juga yang menganggap di sekolah (semasa praktikum) mereka boleh berpakaian mengikut citarasa mereka sendiri. Sekali lagi ia akan menjadi ikutan kepada para pelajar di sekolah.

Kesimpulan

Oleh sebab dua perkara yang dibincangkan ini melibatkan antara kualiti dan kuantiti guru lelaki dan bukan Melayu ia amat sukar ditangani secara tuntas. Seperti kata pepatah "hendak diluah mati emak, hendak ditelan mati bapak" Jika pengambilan guru bukan Melayu dan Lelaki diambil secara mudah, bilangan mereka tentunya lambat laun akan bertambah. Tetapi, adakah dengan bertambahnya bilangan mereka akan menyebabkan bidang pendidikan bertambah berkualiti atau sebaliknya?

BACA LAGI...
 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template