The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Saturday, May 30, 2009

INSIDEN YANG SANGAT MENDUKACITAKAN

Saturday, May 30, 2009
Bookmark and Share
Girl films rape of freind
A 14-YEAR-OLD girl acted as a “movie director” when she filmed her boyfriend raping her friend using a camera phone.
The Form Two student even gave words of encouragement to her boyfriend while “directing” him, according to Harian Metro
Police sources said the sadistic incident took place recently when the victim was asked to join the couple at a quiet area in Bukit Ampang, Kuala Lumpur.
The victim was told to keep an eye on the surroundings while the girl had sex with her boyfriend.
“After they were done, the girl told the victim to have sex with her boyfriend. The victim declined. They later adjourned to another picnic area near Sungai Tekali, Hulu Langat,” said a source.
The victim was then raped while being watched by her schoolmate who appeared to enjoy the ordeal. The girl contacted two other male friends who proceeded to take turns raping the victim.
The victim lodged a police report at the Batu 14 police station in Hulu Langat with her mother.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perasaan marah bercampur sedih bercampur-baur ketika kita meneliti berita di atas. Dan, ini bukan satu-satunya cerita yang sebenar-benarnya berlaku di negara kita. Malah saya percaya ada beberapa kejadian lain yang tidak didedahkan sama ada ketiadaan bukti atau untuk menutup aib keluarga mangsa. Untuk dijadikan cerita ini ada kekuatan untuk dibawa ke tengah, apabila aksi tersebut dirakam menggunakan telefon bimbit.
Sesungguhnya isu ini bagi saya mencetuskan beberapa persoalan yang perlu dibincangkan. Pertamanya, ucapan syabas kepada emak serta mangsa itu sendiri yang telah membuat laporan polis bagi menghukum pesalah-pesalah juvana ini. Diharap pihak polis akan mengambil tindakan yang tegas serta telus bagi memastikan golongan remaja yang semakin liar ini tahu bahawa perkara tersebut salah di sisi undang-undang negara kita. Soal dosa nampaknya agak sukar dijelmakan dalam diri terutama kepada golongan yang kian terpesong dari ajaran agama. Lebih-lebih lagi dalam petikan akhbar di atas tidak pula dinyatakan identiti mereka yang terlibat.
Kedua, setakat manakah seriusnya kebejatan moral anak muda kita pada hari ini? Biarpun beberapa ketika yang lalu saya ada mendengar dapatan kajian yang menggemparkan tentang penglibatan golongan pelajar IPT dalam perlakuan seks. Namun, laporan itu dipertikaikan oleh banyak pihak lantaran bilangan sampel yang mungkin tidak mewakili populasi seluruh
pelajar IPT atau masalah-masalah teknikal kajian. Jadi, kenapa tidak pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membuat bancian yang lebih komprehensif agar data yang lebih berwibawa diperolehi. Bukan untuk dipolitikkan, tetapi dari situ nanti tindakan-tindakan yang lebih tegas perlu diambil oleh semua pihak sama ada keluarga, sekolah, masyrakat dan institusi yang berwajib.
Jika tidak, masing-masing akan menggunakan istilah "kes-kes terpencil", "tidak menggambarkan situasi yang sebenar" dan sebagainya untuk dijadikan helah bagi merasa bertanggungjawab atas perkara-perkara seumpama itu. Walau bagaimanapun pada peringkat ibu bapa, sepatutnya mulai sekarang kena lebih prihatin terhadap pergaulan anak-anak mereka. Tidak membenarkan apa juga aktiviti perkelahan, perkehemahan dan perjumpaan-perjumpaan yang bukan dikendalikan oleh pihak sekolah. Jika perlu, ibu bapa perlu menghubungi pihak polis yang terhampir bagi memantau aktiviti yang sedang dilakukan oleh anak-anak mereka.
Ketiga, pihak sekolah perlu diberi kuasa yang lebih berkesan bagi mengambil tindakan yang lebih tegas dalam menangani permasalahan seumpama ini. Pihak sekolah perlu membuat siasatan dalaman bagi mengenal pasti para pelajar yang telah "rosak" maruah serta harga dirinya untuk diasingkan dengan para pelajar lain. Tindakan sama ada memberhentikan mereka atau diberi laluan yang lebih dekat (shortcut) kepada pusat-pusat jagaan wanita bagi menempatkan para pelajar yang rosak itu di situ atas persetujuan keluaraga. Hal ini dilihat mampu untuk mengelakkan tularan "penyakit" tersebut. Ada dalam kalangan pelajar yang berpendirian "alang-alang diri sendiri dah rosak, baik aku rosakkan yang lain".
Jika kita tidak membuat langkah yang lebih proaktif, saya percaya bukan sahaja ia akan membawa budaya yang kian bobrok, malah penyakit AIDS akan bermaharajalela di sana-sini.
Kesimpulannya, jangan isu ini sekadar menjadi isu politik yang akan sejuk sebaik sahaja pilihanraya selesai. Atau sekadar slogan sesuatu kementerian apabila seseorang itu baru dilantik menjadi pak menteri. Laksanakanlah tanggungjawab ini dengan penuh iltizam...
BACA LAGI...

ELAUN COLA...

Bookmark and Share
Maklum Balas: “Elaun Cola Tidak Cukup”
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada surat pembaca bertajuk “Elaun Cola Tidak Cukup” oleh AZRAX, Langkawi yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian pada 22 Mei 2009.
Bantuan Sara Hidup (BHS) atau COLA diberi untuk membantu kakitangan awam berikutan peningkatan kos sara hidup. Kadar yang telah ditetapkan adalah setelah mengambil kira bukan sahaja kos makanan tetapi juga perbelanjaan-perbelanjaan lain termasuk perumahan, pengangkutan, bayaran tol, minyak dan sebagainya. Kadar COLA juga ditetapkan berdasarkan lokasi dan merujuk kepada purata perbelanjaan bagi setiap kawasan yang dilaporkan oleh Laporan Perbelanjaan Isi Rumah (Household Expenditure Survey) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Penetapan kadar COLA akan dikaji semula dari semasa ke semasa setiap kali Jabatan Perangkaan Malaysia mengeluarkan laporan tersebut.
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Memanglah, kalau diikutkan elaun COLA ni memang tidak cukup... Manakan tidak, hampir semua barangan dan perkhidmatan yang kita dapatkan pada hari ini telah berlipat-lipat kali ganda naiknya berbanding dengan sebelum COLA ini dilaksanakan. Walau bagaimanapun saya berharap kerajaan akan dapat meneliti tentang rate yang sedia ada. Sekarang ni ada tiga kategori iaitu, bandaraya RM300, bandar RM200 dan pekan RM100.
Tetapi saya rasa ia buka sahaja dinilai berdasarkan status PBT (Pihak Berkuasa Tempatan), ia perlu diasaskan kepada status sara hidup yang hakiki. Umpamanya pekan-pekan yang berhampiran bandaraya yang jaraknya lebih kurang 100 km. Umpamanya Pekan Tg.Malim, dikategorikan sebagai pekan (COLA RM100). Walhal kos sara hidup kebanyakannya lebih tinggi dari Ipoh (bandaraya, COLA Rm300!) Apatah lagi di Ipoh ni banyak hypermarket, dah tentu pengguna ada banyak pilihan berbanding kat Tg.Malim.
BACA LAGI...

SPM HADKAN 10 MATA PELAJARAN

Bookmark and Share
Oleh Ziauddin Sharuddin
Bolehkan guru tumpu pengajaran mata pelajaran teras: Muhyiddin
SEREMBAN: Mulai tahun depan, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil maksimum 10 mata pelajaran, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu akan membolehkan guru memberi tumpuan kepada pengajaran subjek teras, manakala sekolah tidak menghadapi masalah kekurangan guru bagi sesetengah mata pelajaran.
------------------------------
Setelah masuk sembilan tahun Pensijilan Terbuka SPM (PT SPM) dilaksanakan di negara kita, akhirnya ia terbukti tidak banyak membawa faedah kepada pelajar. Antara justifikasi yang digunakan bagi melaksanakan PT SPM ialah, kita tidak dapat melihat (daripada keputusan peperiksaan) potensi pelajar-pelajar yang cemerlang melalui keputusan peperiksaan yang hampir sama. Kalau sebelum itu keputusan SPM dikira daripada terbaik enam mata pelajaran dengan mengambil kira mesti"lulus" dalam Bahasa Melayu. Justeru, paling baik pun 6A lah!
Maka melalui PT SPM berebut-rebutlah calon-calon SPM untuk mengambil sebanyak mungkin mata-mata pelajaran bagi menunjukkan mereka adalah pelajar terbaik SPM di Malaysia pada tahun tersebut. Maka tercatatlah nama-nama tersohor dalam "acara" tersebut. Terkini pada tahun 2007, pelajar terbaik SPM mencapai 2o 1A dan 1 2A iaitu Azali Azlan (SMK(A) Yan, Kedah.
Aku dah lama melihat adanya budaya yang tidak sihat melalui PT SPM nih... Memanglah prestasi pelajar-pelajar cemerlang seakan-akan infiniti... selagi boleh dan mampu ambil, ambillah! Syaratnya, mata-mata pelajaran yang diambil itu tidak bertembung dalam jadual waktu peperiksaan. Masalah itupun telah berjaya diatasi... umpamanaya jadul waktu SPM tahun yang akan datang telah disiapkan semasa calon-calon SPM berada di tingkatan empat lagi. Lembaga Peperiksaan Malaysia sedapat mungkin akan menggubal beberapa draf jadual peperiksaan SPM bagi mengelakkan adanya pertembungan-pertembungan itu.
Tetapi amalan mengambil seberapa banyak mata pelajaran yang mampu ini seakan hanya lebih untuk kepuasan diri sendiri... Di sekolah berasarama penuh umpamanya tidak melaksanakan idea ini. Malah pihak sekolah telah menetapkan bilangan maksimum mata pelajaran yang boleh diambil. Umpamanya 12 mata pelajaran. Pertama, bagi mengawal kualiti mata-mata pelajaran tersebut, kedua, di sekolah-sekolah berasrama penuh hampir tidak boleh mendapatkan khidmat tusyen di luar sekolah.
Maka, jika ada pelajar cemerlang yang berada di sekolah berasrama penuh, mereka terpaksa keluar dari sekolah tersebut lalu mendaftar diri di sekolah harian bagi menjayakan hasratnya itu. Ini dibuktikan oleh Nur Amalina Che' Bakri yang mendapat 17A pada tahun 2004 dari SMK Ulu Tiram, Johor.
Selain daripada itu, PT SPM telah mewujudkan para pelajar yang tidak seimbang jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Para pelajar tersebut lebih mengutamakan aspek intelek dan mengabaikan tiga aspek yang lain lantaran hendak mencapai kejayaan dalam semua mata-mata pelajaran yang diambil. Asyik terperap dalam bilik atau pusat sumber menelaah buku-buku... tiada masa untuk bermain, menjalankan aktiviti kemasyarakatan, bergaul dengan rakan-rakan... Kehidupan mereka seumpama sebuah jentera.
Oleh itu, aku setuju sangatlah SPM ini dihadkan bilangan mata-mata pelajarannya supaya "kegilaan" mengukir nama sebagai pelajar terbaik SPM dengan mendapat sebanyak mungkin A dalam mata-mata pelajaran yang diambil dapat dihentikan.
BACA LAGI...

Wednesday, May 27, 2009

ORANG KATA SAYA BUAT KEJER BODOH!

Wednesday, May 27, 2009
Bookmark and Share
Kekusutan minda yang aku alami sejak hari Isnin lepas kian terurus. Maklumat yang aku terima daripada salah seorang staff di Unit Naik Pangkat, JPN Perak memang menjawab beberapa persoalan yang berselirat dalam benakku sejak aku meninggalkan Bilik Gerakan Sekolah dua hari yang lalu. Malah hari ini aku mampu pula menerangkan kepada kawan-kawan yang 'senasib' dengan aku...
Setakat ini aku rasa aku dah bulat pendirian untuk menjadi Guru Akademik Tingkatan Enam. Setidak-tidak aku hanya berdepan dengan masalah yang berkaitan dengan murid-muridku... dan bukan dengan guru-guru dalam konteks memberi arahan kepada mereka selaku pentadbir. Malah, jika aku kekal dalam DG44 KUP, aku berkemungkinan besar akan mengisi beberapa kekosongan jawatan yang telah dikosongkan oleh empat orang serentak. PK Petang-Memilih menjadi Guru Cemerlang Sejarah DG48, Ketua Bidang Kemanusiaan, Vokasional/ Teknik dan Matematik dan Sains-Meimilih menjadi Guru Akademik Tingkatan Enam DG48!
Sebelum aku meninggalkan sekolah aku sempat menyapa seorang pelajar 6 Rendah, juga anak seorang rakan guru (bukan satu sekolah denan aku)... Aku agak terkejut apabila dia berkata padaku,
"Cikgu, saya ambil SPM balik..." dengan nada sedikit pelahan.
"Orang kata saya buat kerje bodoh.." nada kesal aku lihat pada wajahnya.
"Bodoh ke saya cikgu?"
Aku mengambil masa beberapa saat sebelum menjawab soalannya...
"Emm... sebelum awak buat keputusan nak reseat SPM, awak ada fikir tak?"
"Ada"
"Bagi saya, orang yang bodoh ialah mereka yang tidak berfikir sebelum bertindak..."
Kelihatan dia rasa lega dengan jawapan aku..
Berdasarkan kepada perbualan kami, muridku itu tidak berpuas hati dengan pencapaianya dalam SPM... Dia rasa, boleh buat lebih baik daripada apa yang dia dapat. Jadi misinya pada SPM ulangan ini tidak terlalu berat... cuma nak memperbaiki keputusan lepas demi memuaskan hati sendiri... Mungkin dia boleh peform dengan lebih baik.
Tetapi dalam masa yang sama dia kena juga beri tumpuan kepada mata-mata pelajaran tingkatan 6 Rendah. Dua fokus dalam satu masa yang sama. Tidak mustahil jika dia akan mencapai kejayaan yang lebih baik dalam SPMnya... dan juga boleh menguasai dengan baik mata-mata pelajaran tingkatan 6 Rendahnya...
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan...
Jika hendak seribu daya, jika tidak hendak seribu dalih
Selamat maju jaya...
BACA LAGI...

Tuesday, May 26, 2009

GURU AKADEMIK TINGKATAN ENAM 2

Tuesday, May 26, 2009
Bookmark and Share
Hari ini dengan kepala yang agak berserabut membuat beberapa tindakan yang agak desperado! Bermula dengan berbincang dengan kawan-kawan yang menerima perakuan untuk menjadi Guru Akademik T6 dan yang bukan....
Perbincangan masih berkaitan dengan persoalan semalam yang masih tiada jawapan pasti... Lebih kurang pukul 11.00 pagi aku berjumpa dengan Pengetua. Mintak pandangan beliau tentang tawaran tersebut. Akhirnya setelah berbincang panjang beliau mencadangkan aku menelefon pihak JPN Perak. Setelah beberpa kali mencuba pada pukul 3.45 petang baru aku berjaya menembusi talian Unit Naik Pangkat JPN. Walaupun aku tidak bercakap sendiri dengan pegawai yang bertanggungjawab, tapi aku dapat beberapa jawapan.
Pertama. Kedudukan pangkat untuk tingkatan enam adalah mengikut kuota. Bergantung kepada bilangan kelas yang ada. Menurut Pn.X, ia bergantung kepada waran yang ada. Jika ada perubahan daripada segi bilangan kelas maka waran akan ditambah.
Kedua. Seseorang guru yang layak memohon bagi urusan pemangkuan ke gred yang lebih tinggi secara KUP tidak bertentangan dengan pelaksanaan dengan perjawatan di tingkatan enam ini... Ertinya, dalam kes macam aku nih.. aku boleh mohon. Cuma jika dilantik ke gred yang lebih tinggi secara KUP, aku tidak boleh mengajar di tingkatan enam. Walau bagaimanapun, berasaskan kepada "kontrak" selama 5 tahun mengajar di tingkatan enam, aku rasa guru-guru akademik tingkatan 6 tidak akan ditawarkan ke DG48 KUP kurang daripada lima tahun..
Ketiga. Tarikh pelantikan untuk Guru Akademik Tingkatan Enam bukan dikira sebagai tarikh kenaikan pangkat. Kenaikan pangkat ke DG44 dikira semasa aku dilantik sebagai guru DG44 KUP (1/1/2005) , bukan 16/5/2009. Jadi kekananan dalam DG44 bukan dikira semas dilantik sebagai DG44 hakiki.
Keempat. Dalam kes aku, tiada sebarang perubahan gaji! Macam biasa. Kalau ada pun hanya kenaikan gaji tahunan. Kecuali mereka yang masih DG41 tetapi diperaku untuk memangku DG44. Bayaran urusan pemangkuan adalah mengikut selisih gaji antara DG41 yang sedia ada dengan mata gaja di DG44 yang terhampir, dan tidak kurang daripada satu kenaikan tahunan.

BACA LAGI...

Monday, May 25, 2009

GURU AKADEMIK TINGKATAN ENAM.....

Monday, May 25, 2009
Bookmark and Share
Aku bertemu lagi dengan satu pilihan yang sukar nampaknya.. Taklimat pemakluman tentang perjawatan dalam tingkatan yang sangat ditunggu-tunggu sejak hari Sabtu lepas kini bertukar dengan seribu satu persoalan tanpa jawapan.
Keterujaan aku yang sangat tinggi itu menyebabkan aku membuat beberapa persiapan diri yang sebaik mungkin. Oleh sebab taklimat dijangka bermula pada pukul 2.00 petang, aku pergi solat Zuhur terlebih dahulu. Aku sedikit kecewa kerana taklimat dilewatkan setengah jam lagi kerana Tuan Pengetua masih belum tiba kerana pada pagi tadi beliau ada urusan di luar sekolah. Namun aku gunakan masa itu untuk menikmati nasi goreng kampung kat kantin buat mengalas perutku yang berdondang sayang...
Setelah taklimat dimulakan, Tuan Pengetua menyebut satu persatu nama yang telah diperakukan oleh KPM untuk dilantik sebagai Guru Akademik Tingkatan Enam. Akhirnya nama aku tersenarai dalam kelompok seramai 16 orang itu! Alhamdulillah... Sebab aku tak nampak nak ajar subjek apa jika aku tidak diperakukan. Malah dengan pengalaman selama hampir tujuh tahun mengajar Pengajian Am di tingkatan enam ni... tugas aku dah semakin mudah. ditambah pulak dengan sedikit pengalaman memeriksa kertas peperiksaan awam.
Tapi... bila aku terima surat pelantikan itu... aku jadi tergamam seketika kerana aku dilantik secara hakiki untuk gred DG44! Sedangkan aku layak untuk dilantik ke gred yang lebih tinggi... Dalam kalangan kawan-kawan aku yang diperaku itu, seramai tiga orang yang dapat DG48... Selebihnya sama lah dengan aku... Cuma aku ni.. dilantik ke jawatan hakiki. Ada yang dilantik memangku DG44...
Oleh sebab perjawatan ini baru, dah tentu banyak perkara yang pending. Aku mengambil peluang untuk bertanya kepada Tuan Pengetua. Nampaknya beliau pun susah nak jawap terpaksa call pegawai kat JPN.
Dalam ruang ini aku kemukakan apa yang berselirat kat benak aku ini... Ops tapi taklah benak!
Pertama. Apabila aku menerima pelantikan ini, adakah aku tidak layak untuk memohon pemangkuan DG48 seperti yang sedang diiklankan kat laman web KPM?
Kedua. Benarkah kenaikan gred dalam perjawatan tingkatan enam ini bergantung kepada kuota? maksudnya, ia bukan mengikut kekanan. Sebab aku ada dengar kat sekolah aku dengan kelas tingkatan enam sebanyak enam kelas, DG48 hanya layak 3 orang sahaja. Sekolah yang terdekat dengan sekolah aku (yanga da form 6 lah..) hanya seorang sahaja. Jika ia benar, itu antara faktor yang aku tak akan sign up guru akademik form 6 nih... Bayangkan kalau seseorang itu layak secara time-based untuk ke DG48.. tapi ikut kuota tingkatan enam dah cukup? Macam mana? Dan aku nampak time-based ke DG48 ikut yang terkini ni... macam dah dikurangkan daripada 10 tahun berada dalam DG44. Sebab dalam permohonan yang lepas ada borang yang melintang minta dinyatakan kedudukan tangga gaji kita pada tahun tertentu... Yang terbaru nih tak ada...
Ketiga. Status guru akademik tingkatan enam ni... tak ada elaun menjalankan tugas ke? Contoh macam ketua bidang ke... penolong kanan ke.... Sedangkan apa yang ditaklimatkan tadi, office hour kami sampai pukul 4.00 petang.
Keempat. Apabila berlaku kemerosotan bilangan pelajar, adakah guru yang telah diperakukan ini akan dilucutkan jawatan? Contoh, kat sekolah aku ni ada beberapa subjek yang tak ramai calon. Contoh mata-mata pelajaran sains dan kesusasteraan Melayu. Macam mana tu?
Entahlah, setakat ini itu dulu persoalan yang aku fikirkan... Kalau ada sesiapa yang tersesat masuk dalam blog aku ni... dan tahu tentang itu semua, silalah beri komen ye... Terima kasih.
BACA LAGI...

SETULUS HATI..

Bookmark and Share
Bukanlah menjadi niat utama untuk memiliki blog seperti trend generasi IT masa kini. Namun, atas beberapa keistimewaan yang ada pada ruang blog ini, ia dilihat menjadi pelengkap kepada segala aplikasi yang ada dalam laman web sekolah.
Selain ruang blog ini menjadi wadah untuk pengurus laman web melahirkan idea peribadi tentang apa sahaja yang bersangkut dengan pengurusan laman web sekolah, ia juga mampu untuk membuka ruang pandangan pihak ketiga untuk memberi komen dan idea tentang laman web sekolah atau apa sahaja yang berkaitan dengannya...
Justeru, aspek kejujuran dan ketulusan perlu menjadi pertimbangan yang paling utama sebelum pandangan anda dikemukakan. Melontar idea atau pandangan yang sebenarnya tidak jujur dan telus sebenarnya hanya menggugah emosi ke arah yang kurang stabil... Lantas ia tidak banyak membwa impak yang positif..
Sekadar itu dulu buat seketika ini..
Wassalam..
BACA LAGI...

TERIMA KASIH MURIDKU...

Bookmark and Share
Sajak di sebelah ini aku terima pada hari terakhir aku menjalani praktikum di SMK Bukit Guntung, sekitar bulan Julai 1990. Penulisnya Fazilah Ismail pada saat itu berusia sekitar 17 tahun. Aku tak pasti mana satu orangnya kerana aku sendiri pun tidak cuba mencari nama pelajar tersebut.
Tapi bagi aku, bukan itu yang lebih penting tentang sajak tersebut. Tetapi isi kandungannya... Apabila kita bertugas di sekolah-sekolah yang berada di pedalaman atau di pinggir bandar kewujudan serta kehadiran seorang guru itu cukup dirasai. Walaupun SMKBG terletak tidaklah jauh dari bandar Kuala Terengganu tetapi status sosial penduduknya yang rata-ratanya golongan petani, menjadikan apa juga yang dicurahkan kepada mereka sangat bermakna. Malah mereka tahu melahirkannya dalam pelbagai bentuk. Umpamanya ucapan terima kasih, mengikut apa yang diarahkan malah tidak kurang juga yang cuba mengingati tarikh-tarikh penting seseorang guru itu.
Terima kasih Fazilah Ismail... semoga di dalam rahmat Ilahi hendaknya pada saat ini. Mungkin disisi keluarga tercinta.
BACA LAGI...

KITA DAN MEMBUAT PILIHAN

Bookmark and Share
Letih dan penat kerana sering tersalah pilih? Akhirnya, ada yang kata.. belasah je lah...! Berani pilih beranilah tanggung..!
Begitulah resmi manusia yang sedang hidup! Sebenarnya hampir setiap saat kita perlu membuat pilihan. Sehinggakan dalam keadaan-keadaan tertentu tidak memilih juga dianggap satu pemilihan. Contohnya apabila kita berdepan dengan sesuatu masalah kecil. Akhirnya kita biarkan masalah itu berlalu... ertinya kita tidak memilih untuk membuat sesuatu tindakan terhadap masalah tersebut. Itulah pilihan anda! Tetapi ingat, bila kita tidak membuat pilihan dan membiarkan masa yang 'memilih', impaknya mungkin sesuatu yang kita tidak ingini!
Justru, nampaknya kita kena bersedia pada setiap masa untuk belajar membuat pilihan. Ertinya kita kena belajar membuat justifikasi tertentu kenapa kita buat itu dan tidak buat ini. Kalaupun kita terpaksa memilih sesuatu yang tidak popular (seperti yang difikirkan oleh kebanyakan orang) kita kena ada alasan dan hujjah. Hal ini kerana jika ada konsekuen yang berlaku selepas itu, kita telah bersedia menghadapinya.
Elakkan sama sekali bertindak sebelum berfikir! Justeru, membuat pilihan semestinya disertai dengan kemahiran berfikir sekali gus... Ia bolehlah dianggap sebagai tool atau alat untuk membuat keputusan. Kita tidak boleh menggunakan tool yang salah untuk membuat sesuatu pilihan. Seumpama dalam kes tayar kenderaan bocor, kita mesti memilih alatan yang sesuai sama ada untuk menukar tayar kenderaan atau menampal tayar yang bocor itu! Walaupun kesnya sama tetapi pilihan ada dua. Justeru alat yang diperlukan juga agak berlainan. Cuba kita fikirkan jika kita menghadapi kes-kes yang secara fizikalnya sangat bertentangan dan melibatkan perkara yang subjektif dan relatif.
Tetapi bukanlah bererti kita tidak boleh meminta bantuan orang lain... Dalam kebanyakan hal memang bantuan orang lain amat diperlukan. Memang itulah resmi kita bermasyarakat. Namun, tidak pula bererti setiap pilihan mesti dikongsi dengan orang lain. Itu akan menjadikan kita seperti tidak ada kekuatan untuk membuat pilihan secara individu. Awas! tidak semua orang yang nampak ingin membantu sebenarnya ingin membantu... sebab ada di kalangan mereka 'suka' melihat kita tersalah pilih....
BACA LAGI...

PASCA 10 ZULHIJJAH

Bookmark and Share
Dalam keadaan kalut macam ni pun minda aku gatal nak menulis... Ialah tengah ingka (kata orang Perak) nak menulis ... Inilah kelebihan yang menjadi 'kegilaan' bloggers...
Inilah ... pasca kemalangan kecil yang aku alami malam raya lepas... Aku rasa perlu kongsi perkara ini kepada seramai orang... Yang dah berlaku, dah pun terjadi.. nak buat macam mana... itulah namanya takdir Allah mengatasi tadbir manusia...
Cuma, aku ditakdirkan melanggar belakang kereta seorang insan yang tinggi akal budinya... luas rasa insaninya... (bukan nak angkat bakul kenalan se taman..). Dalam pada aku 'tak tau nak buat apa' .. dia yang keluar kereta dulu... aku ikut keluar dan baru nak tengok kerosakan kereta masing-masing.. masa tu aku tak tahu sama ada melanggar kereta orang yang kita kenal ni akan jadi macam mana? Pasti rasa marah ada.. sapa tak sayang kereta...beb!
Tapi, aku rasa tersentuh.. Bila dia tersenyum jer... dia bagi tahu bumper kereta dia rosak dan termasuk kedalam sikit... "Kereta cikgu lagi teruk tu..." Aku cuma sekadar mengiyakan kataya... Aku mintak maaf entah berapa kali tak pasti... Dan dia kata "tak apalah.. semua ni dunia jer..." Aku sekali lagi terkedu... dan akhirnya aku nak minta nombor telefon dia... macam tak berapa nak bagi.. selepas aku desak, dia bagi business card dia... "Ok lah.. saya hantar jer ke kedai depan tu.. nanti cikgu selesai dah lah.. macam mana?" Aku.. selaku orang yang bersalah... nak cakap apa lagi... ikut aje lah..."
Aku rasa Inilah insan yang orang kata "dunia buka di hati tapi di tangannya...". Harta benda ni bukan satu kemegahan tetapi satu keperluan di dunia... bila berlaku sesuatu kepadanya tidak rasa sesal yang amat sangat... Pada masa yang sama nilai kemanusiaan lebih tinggi nilainya daripada nilai kebendaan...
Balik rumah aku termenung panjang sambil sesekali diganggu lintasan peristiwa kemalangan tersebut... Kalau aku ditakdirkan melanggar kereta orang lain yang berbeza "nilai harta dan manusianya" macam mana agaknya?
Justeru, balik dari kampung tadi aku terus hantar Kanz isteri aku untuk direpair... Aku cari kedai yang En.R hantar... Alhamdulillah keretanya dah siap.. aku belek berulang-ulang kali kalau-kalau ada yang masih tak memuaskan hati aku... apatah lagi tuannya... Nampak cantik.. (patutlah En.R rekemen aku kat kedai tu..) Aku settle semuanya kat tokei kedai tu...
Cuma, kereta isteri aku yang agak serius... alang-alang dah buat.. aku dah bagi tahu supaya cat baru je... hehe.. warna yang sama... Sedialah 2K... (Alahai bonos aku!!)
Terima kasih En.R dan Pn.U yang begitu memahami keadaan aku pada masa tu.... Semoga dikurniakan oleh Allah SWT kerahmatan dan kesentosaan hidup sekeluarga.. Amin.
BACA LAGI...

PERISTIWA 10 ZULHIJAH...

Bookmark and Share

Kira-kira pukul 8.20 malam aku keluar naik Kanz isteri aku... Nak beli barang-barang dapur sikit untuk dibawa balik esok... Kalau ikut plan selepas solat sunat 'Eidul adha...
Sampai kat traffic light 'fly-over' ke Pekan Tg.Malim... aku tak berapa pasti sebuah kereta Proton Waja tu nak terus atau nak berhenti (pada pengamatan aku lah).. Tiba-tiba aku perasan brek ketiga Waja tu menyala... Apala lagi .. masa tu jarak lebih kurang 10 meter.. aku tekan brek lah... akhirnya... singgah jugak muncung Kanz aku kat bumper Waja tu... Aku agak panik seketika apabila kereta aku mati enjinnya... Bila owner Waja tu keluar baru perasaan rupanya warga se Taman Bernam Baru rupanya.. Aku mintak maaf banyak-banyak lah kat dia tu... Apa-apa pun yang menyondol kena bertanggungjawab lah..

Ini lah pengalaman pertama aku melanggar kereta orang.. Alhamdulillah masa tu tak laju... Bila start balik kereta masih hidup... Lepas tu sempat gi kedai beli barang. Lutut masih menggigil nih.. Trauma gak... Pas ni nak hantar keter ke kedai formen pulak... Bumper kereta Waja tu calar balar gak dan termasuk sikit aku tengok... Aduss... Sabar je lah.... Inilah namanya Hari raya Qurban agaknya... Wallhu 'Alam...
BACA LAGI...

KENDURI KE RUMAH PAMANKU...

Bookmark and Share
Hari ini (Ahad) aku memilih untuk menerima jemputan Walimatul Urus sepupuku di Tebuk Marso, Sg.Besar. Ertinya, aku terpaksa mengenepikan tugasanku untuk seketika bagi membolehkan aku situ. Hehe... itu bukan satu pilihan yang mudah juga! Sebabnya, kekangan yang aku sedang lalui masa kini menjadikan aku ada justifikasi yang kukuh untuk tidak pergi...
Tetapi, aku pertimbangkan pula antara kekangan yang "tak seberapa" itu dengan jemputan kenduri di rumah paman ku itu. Seorang paman (seorang pesara guru agama) yang begitu banyak jasanya kepada keluargaku. Sewaktu kecil dulu, aku masih ingat hampir setiap kali cuti persekolahan tiba, paman aku itu akan datang ke rumahku di Sg.Panjang untuk mengambilku ke rumahnya. Tujuannya mungkin satu, bagi membolehkan aku belajar bersama-sama sepupuku (anaknya yang sulung, kini pegawai besar di MAIS) di rumahnya.
Al maklumlah di rumah pamanku itu serba-serbinya cukup. Tetapi yang paling mengujakanku hanyalah peti televisyen hitam putihnya itu. Sebab di rumahku tidak ada! Tapi sebenarnya di rumahku bukan peti televisyen sahaja yang tak ada, malah hampir serba-serbinya tidak ada lantaran kemiskinan yang membelenggu keluaragaku. Namun, bagi seorang kanak-kanak seperti aku... tarikan televisyen itu sangat besar impaknya.
Tetapi mungkin di sana ada satu tujuan lain yang aku dapat fahaminya bila aku telah dewasa. Pamanku itu mahu aku keluar dari kepompong kemiskinan melalui bidang pelajaran. Pamanku itulah adalah contohnya! Dia mungkin mahu aku bandingkan antara keadaan keluargaku dengan keadaan keluarganya pada masa itu. Hal ini kerana dalam adik beradik ayahku pamanku itulah satu-satunya yang berkerja dengan kerajaan.
Justeru, apalah sangat dengan tugasan yang aku sedang hadapi dengan jasanya (banyak lagi) kepadaku itu. Aku kewalahan untuk menolak undangan kenduri kahwin anaknya yang ke lima itu (kalau tak silap) atas justifikasi itu. Lagipun kali ini aku cuma berurusan dengan masa yang boleh diubahsuai. Kecualilah pada masa ini aku berada di tempat yang lain lantaran menghadiri kursus dan sebagainya. Ialah seperti kata orang... "hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati".
BACA LAGI...

SEORANG KAWAN MASA KECILKU TELAH KEMBALI RAHMATULLAH...

Bookmark and Share
Kira-kira pukul 5.30 pagi Sabtu, aku sekeluarga bergerak meninggalkan TM untuk ke Kuala Selangor (KS). Bukan semuanya menuju destinasi yang sama. Aku akan menghadiri mesyuarat di KS, justeru, isteri dan anak-anakku akan kutitipkan di Sg.Nibung, Sekincahan (rumah emak bapaku) sebelum aku menuju ke KS.
Dalam perjalanan ke KS aku menerima panggilan daripada adikku di Sg.Panjang. Bicaranya ringkas tetapi amat menyentap tangkai jantungku. Seorang kawanku masa kecil Mohd Rai' Sardi telah kembali ke rahmatullah pada petang Jumaat 26 Disember 2008. Beliau terlibat dalam kemalangan di Teluk Intan. Beliau adalah juga jiran sebelah rumahku di Parit 16 Sg.Panjang. Keluargaku menetap di situ mulai 1971 hingga 1982. Aku bersekolah di SK Tok Khalifah, Parit 13, Sg.Panjang selama 6 tahun . Keluarganya sudah seperti keluargaku yang kedua. Apabila emak dan bapaku bekerja mengambil upah di sawah, aku akan dititipkan di situ. Hingga kekadang aku bermalam di rumahnya. Wak Tom atau Wak Tumirah, emaknya macam emakku juga.
Aku rasa ralat kerana tidak dapat menziarahi jenazah rakanku itu pada pagi itu kerana mesyuarat yang aku akan hadiri itu terlalulah penting, sehingga jatuh ke tahap wajib! Tidak boleh wakil, selagi tubuh masih boleh berdiri, mulut masih boleh bicara. Maka dengan kondisi itu, aku terus bergerak ke KS. Aku selesai bermesyuarat sekitar 1.00 petang. Sejurus sampai di rumah emakku, aku memaklumkan kepada isteriku untuk terus ke Parit 16, Sg.Panjang. Aku pergi sendirian sahaja kerana isteriku nampak keletihan lantaran sudah sarat berbadan dua itu.
Sampai di rumahnya aku tercari-cari sesiapa yang aku masih kenali. Aku sudah agak lama tidak singgah ke rumahnya. Kira-kira enam tujuh tahu yang lalu. Itu pun aku hanya sempat berjumpa dengan Wak Tom dan arwahnya. Dengan adik beradik arwah yang lain aku tidak berjumpa lebih kurang 27 tahun yang lalu. Almaklumlah kesemua anak-anak Wak Tom telah berkeluarga (?) dan menetap di tempat masing-masing.
Alhamdulillah aku bertemu dengan semua adik-beradik arwah. Kak Ros, Uji (Fauzi Hakim), Zaihan, Samaiyah, Salleh dan Sabariah. Aku bersembang lama dengan Uji yang usianya dua tahun lebih muda daripada aku. Banyak cerita-cerita lama, masa kini yang kami bicarakan almaklumlah kami hampir seusia dan sudah tentu banyak peristiwa suka duka kami lalu bersama. Setelah hampir dua jam, aku permisi. Aku sempat memberi sepatah kata buat Wak Tom yang bagaikan kehilangan tulang belakangnya (kerana arwah rakanku itu membina rumah di sebelah rumah emaknya) serta balu rakanku itu.
Fikiranku rasa sayu dan kosong sepanjang perjalanan pulang. Perstiwa-peristiwa silam antara aku dan arwah rakanku itu bagaikan film slide bertali arus bertandang datang dan pergi ke ruang fikirku. Lantas aku teringat antara kata-kata akhir beliau pada bulan Oktober lalu (?) sewaktu kami bertemu di kenduri rumah adikku di Parit 14. Antara yang aku ingat ialah adakah aku tak nak tengok rangka rumah bapakku yang dibeli oleh emakknya itu... Sewaktu aku bersembang degan Uji tadi, aku ada bertanya hal itu... Tapi kata Uji, rangka rumah itu dah uzur dan hampir roboh di sebidang tanah sawah yang agak jauh dari rumah emaknya itu. Aku tak fikir itu adalah amanat terakhir beliau kepada aku...
Buat mengisi kekosongan hatiku... aku menelusuri jalan-jalan yang aku lalui semasa aku bersekolah di SAMR Sg.Hj.Dorani. Selepas aku berhijrah dari SgPanjang (semasa di tingkatan 1) aku mnetap di Peket 100, Simpang 5 bersama embah sebelah emakku. Dari situ aku akan naik basikal ke sekolah tersebut setiap hari. Jauhnya lebih kurang 6 km melalui kawasan sawah padi yang luas. Melalui jalanan itu... aku teringat pula arwah embahku yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2003. Hatiku bertambah-tambah lah sayu... Aku sampai ke rumah emak bapakku sekitar 6.15 petang.
Melalui detik waktu sebegini lantas aku teringat kata-kata seorang penulis sebuah novel yang aku pernah baca suatu di sekolah dulu (aku tak ingat namanya)... Apabila kita berada di puncak kejayaan, segala pengalaman silam biarpun pahit dan menyakitkan ia tetap manis untuk diingat. Sebaliknya jika kita berada lembah kegagalan, biarpun kita pernah melalui detik yang indah dalam hidup, kita tidak mahu untuk mengingatinya...
Aku bersyukur kerana diberikan tekad dan usaha yang tidak kenal erti kecewa sewaktu aku melalui detik-detik persekolahanku sehinggalah aku berjya membina kehidupanku seperti yang aku inginkan... Pengalaman yang dilalui di sekeliling perjalan itu bersama-sama rakan, saudara mara aku amat-amat hargai kerana ia kekadang menjadi membakar semangat untuk aku terus maju...
Al Fatihah untuk Arwah Mohd Rai' bin Sardi (1965-2008) semoga ditempat di sisi insan yang beriman serta mendapat limpah kurnia daripada-Nya. Amin
BACA LAGI...

JOM KE TRAP...

Bookmark and Share

Alhamdulillah, akhirya aku sempat juga membawa anak-anakku 'berkelah' sebelum sesi persekolahan 2009 bermula sehari dua lagi. Kali ini kami melawat TRAP (Taman Rekreasi Air Panas) di Sungai Kelah, Sungkai. Kami sampai di TRAP sekitar 2.00 petang. Jarak perjalanan dari TM ke situ kira-kira 30 km. Setelah solat zuhur dulu di Masjid Felda Sg.Kelah, barulah meneruskan perjalanan ke situ. Tempat ni dah beberapa kali kami pergi sebenarnya tetapi dalam suasana yang berbeza-beza. Kali terakhir kira-kira empat tahun lepas. Masa tu produk TRAP hanya berasaskan air panasnya.
Kini TRAP turut memiliki produk berasaskan air sejuk dan aku nampak agak banyak juga challet yang telah dibina berhampiran kolam mandi-manda. Apa yang agak mengejutkan ialah bayaran masuknya. Kalau empat tahun lepas Dewasa RM5 dan kanak-kanak RM2 (kalau tak silaplah...) Kini, Dewasa RM10 dan Kanak-kanak (Bawah 11 tahun), RM8! Dengan saiz keluargaku seramai 7 orang (tolak yang kecik sekali), aku kena belanjan RM54. Pulak tu makanan luar tak boleh bawak masuk! Aku pun cari kat bawah pokok durian sebelum masuk untuk makan tengah hari. Cuma dalam cuaca yang agak lembab ni... takut gak kot ada pacat!
Kira ok lah. Berbaloi gak dengan perkhidmatan yang disediakan. Dengan menggunakan gelang tangan yang dibekalkan, kita boleh menggunakan hampir sebahagian besar perkhidmatan yang ada di situ. Kecualilah spa keluarga... Kena bayar asing. Aku tak masuklah tempat tu...
Apa yang paling sakitnya, bila nak balik... Bertangguh-tangguh! Tahu-tahulah anak-anak aku ni bukan selalu dapat mandi macam tu! Selepas solat asar di situ (suraupun agak selesa) kami merebus telur yang kami beli masa dalam perjalanan ke situ. Cuma tempat yang paling panas tu agak kecil, maka terpaksalah queue! Kira ok lah tu. Adatlah berbaris-baris ni! Apa yang agak geram, ada sorang mamat tu punyalah banyak telur yang direbus... Aku rasa tiga papan kot! Aku sound lah kat dia... Bagi lah chance kat orang lain... Berpada-padalah... Akhirnya aku dapat juga merebus 10 biji telur tu... Tak sempat nak makan, bawak jer balik rumah... lagipun kami tak bawa kicap!
Kami meninggalkan TRAP kira-kira 7.00 malam... Solat Maghrib di Slim River dan ke TM. Apa yang penting trip yang simple tapi anak-anak aku seronok sakan... Cuma kalau selalu-selalu sangat aku rasa tak sesuai. Sebab, boleh kopak poket beb!
BACA LAGI...

AHMAD AZHFAR 'ARIEFF

Bookmark and Share
Setelah bercuti lebih kurang seminggu, hari ini aku kembali menjalani rutin harian yang menyesakkan... Macam dua minggu lalu, bulan lalu, tahun lalu dan sejak hampir 9 tahun mendiami teratak dua tingkat di Taman Bernam Baru ini. Cuma yang bezanya, sembilan tahun lalu aku hanya ada tiga orang hero itulah... Entah taqdir atau 'rezki' berpindah ke rumah baruku, tidak sampai setahun kemudian kami dianugerahi anak perempuan. Satu anugerah yang telah sekian lama 'dinanti-nantikan'. Setelah digawatkan dengan tiga orang hero itu, hidup kami terasa 'sempurna' dengan kehadiran puteriku yang keempat itu.

Setelah lima tahun teratak kami 'aman' daripada tangisan bayi, yang kekadang 'mencuri' masa lena dan senggang kami, irama itu berkumandang lagi dengan kelahiran puteriku yang kelima. Hadirnya ternyata menambah lagi warna-warni kehidupan kami sekeluarga. Perwatakan yang jauh berbeza dengan kakaknya... Malah sesekali kulihat dia menjadi seteru kepada kakaknya! Umpamanya, sampai saat ini aku pening dan 'kematian' idea untuk memujukknya tidur sebilik dengan kakaknya. Malah kalau diberi peluang, dia akan lebih rela tidur sebilik dengan abang-abangnya...

Kini, dua tahun lebih telah berlalu... detik cemas menanti detik kelahiran itu menjengah kembali dalam hidupku. Dan pada kali ini kesempatan melalui detik-detik 'ribut' itu beberapa ketika bagai menyentap tangkai jantungku! Dalam usia isteriku yang hampir mencecah 40, pengalaman kelahiran kali ini agak 'luar biasa'. Jika lima kelahiran sebelum ini, aku akan menghantar isteriku ke hospital sewaktu dia sudah 'terasa' nak bersalin. Katanya, "biar sakit di rumah jangan 'disakitkan' sewaktu di hospital". Tetapi yang ini... lebih kurang empat hari berlalu, walaupun 'tanda' sudah ada dan sudah 'over due' tapi masih tak sakit-sakit juga. Sesekali aku terfikir, salahkah jangkaan doktor yang memeriksaanya sewaktu pemeriksaan antenatal itu? Ikut due yang mesin altrasound 'bagi tahu' kepada kami, tarikhnya ialah pada 2 Februari (2/2/2009-cantik gak tarikh tu!).

Oleh sebab risau tak sakit-sakit, dan atas rasa simpati yang amat sangat lantaran keadaannya yang terboyot-boyot itu maka pada 8/2/2009 aku 'paksa' isteriku ke Hospital S.River. Itu pun dah 6 hari over due... Jauh dalam hati mengharapkan rasa sakit itu akan tiba bila terentak-rentak dalam kereta sepanjang perjalanan sejauh 25 km ke hospital... Rupanya, masih sama juga! Apa yang anehnya, sampai di hospital, staff nurse kata dah buka 2 cm! Tapi tak rasa nak bersalin juga! Jadi, isteriku tidak ada pilihan, terpaksalah dimasukkan ke wad tiga (wad bersalin) dan bermalam lah di wad... Aku pula tak ada pilihan lain, terpaksa balik ke rumah untuk mengurus anak-anakku yang empat orang itu (sorang di asrama).

Walaupun aku mengharapkan isteriku segera bersalin dan tamatlah detik penantian yang 'menyiksakan' itu, namun aku berdoa panjang, janganlah dapat call malam tu yang memaksa aku ke hospital... Sebabnya aku tak ada idea bagaimana nak uruskan anakku yang ke lima yang usianya 2 tahun lebih itu... Memanglah emak mertua aku ada di rumah, tapi anakku itu agak payah sikit dengan opahya... Dibuatnya dia mengamuk, bukan peduli sesiapa... dan, tentunya akan lebih gawat pabila ia berlaku pada malam hari!

Alhamdulillah pada malam itu walaupun aku tak lena sangat tidur, tapi aku tak dapat call... Bak kata pepatah "No news is good news"... Lebih kurang pukul 8.00 pagi, selepas menguruskan anak-anakku, aku dapat call dari isteriku.. dia dah terasa sakit sikit-sikit dan dalam proses untuk dimasukkan ke labour room sebab dah 'buka' 5 cm... Setelah berjaya mengelabui anakku yang ke lima itu, aku terus pergi ke hospital. Sewaktu perjalanan ke hospital, aku sempat menghubungi anakku yang kedua bertanyakan keadaan anakku yang kelima. Dia kata ok!

Aku sampai kira-kira 9.30 pagi di hospital. Orang kata bila anak dah ramai ni... senang nak bersalin... ada yang tak sempat sampai hospital lah... bersalin dalam kereta lah... dan macam-macam lagi! Tapi, isteriku... masih tak sakit kuat lagi setelah lebih dua jam berada dalam labour room! Dan, sedang aku menunggu tu ... tiba-tiba aku dapat sms daripada isteriku...
"Yg, tlg buat apa2 yg patut bc ysin atau smbhyg hjat ke sbb tak rasa skit nak b'salin, bg tau mak sg.nibung skali. tq. atu ada apa2 ke yg slah iza ayg smpn mnta maaf zahir n batin"
Aduh! Aku mcam nak melompat! Kenapa pulak jadi macam nih... Tengok jam lebih kurang 10.25 pagi. Mulanya aku cadang nak ke kafeteria hospital nak ambik sarapan sikit... Tapi, bila aku terima sms macam itu... seleraku macam terbang! Aku terus ke surau yang terletak di atas kafeteria hospital. Setelah aku tunaikan pesanan isteriku itu, aku sempat jugak mengalas perutku untuk sarapan pagi sekadarnya. Itu pun sebab dah menggeletar kelaparan... Lepas selesai sarapan, aku kembali ke wad bersalin... sms yang aku terima masih tidak ada perubahan... Masih tak sakit kuat lagi! Ya Allah... ampunilah salah silap dan dosa hambamu ini...

Pada pukul 11.37 pagi aku menerima sms lagi... isteriku bagi tahu nurse terpaksa masuk ubat perlahan-lahan... Alhamdulillah, akhirnya pada pukul 12.21 petang... isteriku selamat sersalin... Aku yang antara berani dan takut sebenarnya dah isi borang nak bersama-sama isteri kat labour room tu... lagi sekali nurse tak sempat panggil! Hehe dalam hati kata... Alhamdulillah! Kalau betul-betul dipanggil... entah-entah aku yang pengsan pulak!
BACA LAGI...

KE IPG KAMPUS DARUL AMAN

Bookmark and Share
Salam...
Setelah sekian lama menyepi, aku kembali mengetuk keyboard ini... Sebenarnya ada beberapa topik yang aku naj share, tapi bergantung kepada keadaan dan masa... Mula-mula aku nak cerita pengalaman ke Jitra. Petang tadi lebih kurang 6.30 aku sampai kat rumah... Huhu rasa penat masih terasa nih...
Minggu lepas, masa aku tengok bebudak main bola tampar kat UPSI, boss aku kata aku kena gi ke IPDA sebab ada interview. Aku dah agak, pasal yang itu lah... Justeru, malam itu gak aku surf kat internet... Sah aku kena Institut Perguruan Darul Aman (IPDA) kini dah tukar Instutut Perguruan Kampus Darul Aman... (Hehe.. teringat kat seorang pensyarah kat situ... Singkatan IPG kat situ dah tukar jadi KamDa!.. Kalau ikut bunyi kat sama dengan KAMDAR!). punyalah jauh... seingatan aku, tak pernah lagi jejak bumi Jitra! Aku Tengok WikiMapia, dapatlah gak gambaran IPG tu... Tapi masalahnya... kat mana aku nak bermalam! Apa lagi aku tanyalah Lebai Google! Pak Lebai itu kata, kat situ tak nampak ada hotel ke... chalet ke.. yang ada Taman Siswa UUM. Tak jauh dari IPDA tu... Setelah dapat contact number, aku pun bercakaplah dengan En.Saad Pengurus Taman Siswa UUM tu... Dia kata tak ada masalah!
Setelah membuat persiapan lebih kurang, aku bertolak dari TM lebih kurang jam 3.00 petang. Setelah hantar anak ke sekolah agama (seorang) dan seorang lagi ke aktiviti kokurikulum. Sorang lagi tak balik, ada kelas tusyen UPSR dan terus kokurikulum! Tapi sebenarnya aku bergerak ke Jitra lebih kurang pukul 4.00 petang. Kena isi minyak full tank dan reload Touch N Go dulu beb... Jauh tu... Dan... aku terlupa nak cari neck-rest. Bila jalan jauh ni, kena ada benda tu... kalau tidak sakit tengkuk aku nanti! Maka aku singgah kat S.River... cari punya cari, payah juga nak cari nih... Akhirnya aku jumpa kat ekspo membeli belah (agaknya!) ... Haha.. semua bertemakan kelab bola sepak EPL! Malu gak nak beli... tapi dah tak ada yang lain.. maka aku rembat MU punya! Sebab aku tahu anak-anak aku peminat MU! (Syhhh....Ayah dia pun sama gak...huhu).
Hehe.. inilah fist time aku try GL yang aku angkut dari kedai sejak 31 Mac lepas untuk long distance! Aku teruja gak nak try kat high-way setelah hari Isnin lepas aku tukar minyak engine. 1000 km pertama dah selesai dan aku guna full syntetic Shell... Macam Waja aku dulu lah... First feeling... terasa ringan lah... bila memotong bas atau trailer.. ada sikit goyang! Mungkin sebab body dia panjang sikit agaknya... Tapi yang lain fantastic! Kekadang tak terasa bawak MPV!
Aku sampai kat Taman Siswa lebih kurang 7.30 malam. Fuhhh... jauh betul. Letih tu... tak sangat... Cuma rasa berpinor2 mata... Apa tidak... bila lepas Penang.. mula lah juling biji mata tengok signboard... Takut terlajak pulak!
Tengahari tadi, selepas selesai semuanya.. aku sempat makan tengahari kat sekitar Taman Siswa gak ngan dua orang rakan yang sama-sama menjalani interview... Lepas tu aku aku solat Jama' on da way ke pekan Jitra sambil cari ESSO. Pusing punya pusing, rupanya tak ada ESSO... Aku pun isilah Shell. Oh ya.. pasal minyak nih... aku tak pastilah sama ada GL memang jimat. macam orang kata. tapi bila aku isi full tank balik... RM51.00 lebih kurang.
Lepas tu, lebih kurang 2.30 petang aku terus balik.. dalam perjalanan balik lebih lancar dan lebih laju! Masa balik aku memang sedar GL nih memang pick-up lebih lahhh... kalau dah terpaksa belok lane kiri sebab orang belakang dah bagi signal, apa boleh buat kan... tapi bila nak masuk ke kanan balik tak perlu tukar gear lima dan dia akan terus memecut... Everage speed lebih kurang 130 kmj dan kadang-kadang sampai 150 kmj. Nak laju lagi takut gak... Speed trap dan angin agak kuat! Ok selamat tinggal Jitra.. Terima kasih En.Saad.
BACA LAGI...

ALFATIHAH BUAT DATO' RAZALI ISMAIL

Bookmark and Share
Ada dua sebab kenapa aku menulis dalam blog ini atas kepergian Ke Rahmatullah Dato' Razali Ismail.

Pertama, sebagai kakitangan KPM (kat sekolah lah..) seharusnya berasa sesuatu apabila orang nombor dua kementerian meninggal dunia. Apatah lagi beliau sememangnya berjiwa pendidik. baru-baru ini aku sempat melihat beliau di Dewan Rakyat menjawab soalan pihak pembangkang tentang PPSMI.... Cara beliau berhujah memang jelas wacananya... mempertahankan setiap dasar KPM sehingga titisan darah yang terakhir..

Kedua, Allahyarham adalah mahaguru aku di MP Kuala Terengganu, Batu Rakit pada tahun 1990. Di MPKTBR kami panggil Tn.Hj.Razali... Sebenarnya agak lama aku baru dapat mengecam Allahyarham lebih-lebih lagi setelah bergelar Timbalan Menteri Pelajaran kerana dulu di maktab penampilannya agak berbeza... Cuma suaranya sahaja yang mengingatkan aku terhadap Allahyarham. Almaklumlah Allahyarham tidak mengajar aku secara khusus.. tapi Allahyarham pernah mengajar kelas KPLI 3 tentang kemahiran bercerita... Dengan sebuah kompang Allahyarham mendendangkan ceritanya... Beliau seorang yang peramah... periang...

Semoga Allahyarham akan ditempatkan di sisi insan yang beriman. Amin
(terima kasih kepada Alias Haron @ Alias Acai kerana mengconfirmkan aku tentang maklumat Allahyarham Dato' Haji Razali Ismail ini...)
Maklumat lanjut sila ke Malaysiakini.Com
BACA LAGI...

S MK BUKIT GUNTONG, KUALA TERENGGANU

Bookmark and Share
Aku masih lagi 'dibuai' (seperti kata seorang komentar, Duan & Duan dalam "Oh Kuala Penyu") memori silam tentang beberapa buah institusi pendidikan (sekolahlah!) yang pernah memberikan ruang dan peluang untuk menghuninya walaupun untuk ketika. Kali ini aku ingin melayangkan memori itu ke sebuah sekolah yang memberi ruang kepada aku untuk menjalani sesi praktikum selama 11 minggu (kalau tak silap lah... almaklumlah dah dekat 20 tahun berlalu). Sekolah tersebut ialah SMK Bukit Guntong, Kuala Terengganu. Aku pelajar Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI @ kapal selam) di Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit (MPKTBR).
Menariknya sekolah ni... cikgu-cikgunya dan murid-muridnya sangat baik hati. Aku tak ingat ada beberapa kali kena jemput kenduri kat rumah cikgu-cikgu tu... Musim buah... tak payah beli ... bila petang je ada lah yang datang ke rumah sewa (terletak kat seberang jalan sekolah...) bawak macam-macam buah.
Masa praktikum aku dengan dua orang kawan lagi duduk serumah. Sahak Zainal Abdeen (Melakau) dan Rashidi Abd Wahab (Perak- Alfatihah... dah kembali ke Rahmatullah masa pilihan raya awal 1999 agaknya.... kemalangan jalan raya). Tonggang tebalik kami selama 11 minggu tu membuat persediaan mengajar dan aktiviti kokurikulum. Bercakap pasal praktikum ni... aku tak akan lupa dengan peristiwa aku kena selia oleh En.Hamzah Ali (Sains Sukan). Ini lah yang pelik... Aku opsyen Bahasa Melayu tapi yang selia pensyarah Sains Sukan. Bila tanya kat En. Hamzah... Dia akan selia gak mata pelajaran PJK... Kebetulan pulak selain B.Melayu, Sastera Melayu aku kena bagi mata pelajaran PJK. Aduh... fening lalat aku... tak pernah belajar kaedah pengajaran PJK pulak tu... Tapi.. dia acah ajer... sampai habis tak selia ponn... Alhamdulillah.
Aku nak ucapkan terima aksih banyak-banyak kat En.Hamzah Ali tu... kalau tak budibicaranya dah pasti aku kantoi praktikum... Ceritanya... Aku dah perpare nak guna video tape (mana ada CD masa tu..) aku salin kat Pusat Sumber Pendidikan Terengganu (PSPN)... jadi confident lah okey... lagi pun mana ada VCR kat rumah sewa na test running.... maka pada hari yang dijanjikan pun dia datang..... Alamak... berpeluh-peluh aku! Sebab tak ada apa-apa yang keluar kat skrin televisyen melainkan berjuta-juta "semut".... En.Hamzah panggil aku... Aku punya mintak maaf lah.. tak ingat berapa kali.... Dia kata.. Dah jangan nak buat apa-apa lagi cari lah bahan apa-apa kat bilik guru guna dalam P&P... Aku berambat lah lari ke bilik guru... tulah yang puji cikgu-cikgu SMKBG ni.. depa carikan aku pamflet (aku tak ingat tentang apa..) dan aku bawak ke kelas lah.... Alhamdulillah.. selesai En.Hamzah kata... "Saya tak boleh bagi cemerlang lah sebab kat buku rekod tulis lain... mengajar lain...." Tak apalah jangan kena repeat praktikum sudahlah...
Buat bekas anak-anak muridku.. mungkin ramai yang telah berjaya dalam karier masing-masing... Teruskan usaha anda walaupun dalam medan yang berlainan... Terima kasih atas segalanya...
BACA LAGI...

MP BATU RAKIT, KUALA TERENGGANU

Bookmark and Share
Setelah aku berkelana menjadi pendidik selama lebih kurang 18 tahun ini (Hehe.. baru dua sekolah je..) akhirnya pada bulan Jun 2007 akhirnya aku kembali ke MP Kuala Terengganu (Kini IPG Kuala Terengganu). Aku tak rancang sangat pun nak ke sini... lebih kurang dua hari sebelum bertolak baru terfikir nak bawa famili berjalan-jalan ke pantai timur. Kelantan dan terengganu lah..
Jadi dalam perjalanan ke Kelantan, aku sempat ke IPGKT.. dah petang pun... lebih kurang pukul 4 petang. Aci masuk je.. nasib baik jaga tak tahan.. lagak macam staf kat situ je.. angkat tangan dan terus masuk...
Sempat gak ambik gambar blok asrama yg aku duduk lebih kurang setahun semasa ambik Kursus Perguruan Lepasan Ijazah pengkhususan Bahasa Melayu. Tapi tak pensyarah-pensyarah yang ajar aku dah tak ada.. mungkin dah tukar atau dah pencen.. almaklumlah masa tu pun umur mereka pun sekitar lewat 40 an.
Terima kasih IPG Kuala Terengganu kerana memberi ruang untuk kubelajar di sini...
BACA LAGI...

NOSTALGIA 2004

Bookmark and Share
Sewaktu rasa bosan yang amat sangat ("Bosan giler") bertandang ...sedangkan aku masih bergelut dengan tugasan yang masih tak sudah-sudah, satu sapaan YM terpapar pada screen laptopku...
Sapaanya itu langsung mengimbau kenangan kira-kira 4 tahun lalu sewaktu anak-anak muridku itu berada di Tingkatan 6 Atas. Begitu pantas masa berlari, sepantas itulah rupanya usiaku silih berganti (semakin tua lah tu..) ... A, anak muridku (kalau tak silap Penolong Ketua Kelas masa tu) itu baru sahaja menamatkan pengajiannya di salah sebuah U di utara tanah air. Dia masih melamar-lamar pekerjaan yang tetap walaupun telah bekerja secara sementara di syarikat milik keluarganya.
Lalu aku selongkar kembali album 2004, dan akhirnya aku jumpa gak.. gambar kelas 6AKM dan aku paste di sini. Apa yang menggembirakan hati seorang cikgu ialah kebanyakan mereka dah pun grad... ada sesetangahnya pulak dah register untuk further study. MA atau M.Ed. Syabas!
Harap-harap jangan lupa nawaitu menuntut ilmu itu ya.. dan jangan lupa ikut resmi padi... Dan, jangan ikut resmi ayam. "Bertelur sebiji riuhnya sekampung."
BACA LAGI...

SAHABAT SENANG DAN SUSAH...

Bookmark and Share
Dalam sibuk-sibuk memaparkan suatu yang pincang dan tempang tentang persekitaran di bumi TM ini... mindaku melayang kembali kira-kira 20 tahun dulu sewaktu aku menuntut di IPTA di Lembah Pantai...
Selama tiga tahun itu aku dah bertekad tak akan tinggal di asrama. Cukuplah seminggu semasa orientasi menepek di Astar. Selepas minggu orientasi tamat, aku pun terkedek-kedeklah mencari rumah sewa. Dapatlah ruang yang secuplik (pinjam istilah Faizal Tehrani) .. berkongsi empat orang se bilik. Sewa bilik lah tu di Seksyen 17. Kat situ pun lebih kurang lima enam bulan gak... Ditakdirkan Allah S.W.T aku bertemu dengan Zaini (nama sebenar) dia offer aku duduk kat Flat PKNS, Kg.Kerinchi. Kecik tapak tangan padang Varsiti aku tadahkan lah....
Dari ketika itu sampailah aku grad aku terus menetap di Kg.Kerinchi. Oleh sebab aku dan Zaini ni memang dari keluarga yang susah... life kami simpe je.. Pergi kuliah kebiasaannya jalan kaki... (Kalau ada duit lebih baru naik bas Sri Jaya 328 atau 49! Turun kat INTAN PJ) masak sendiri (Kecuali tak sempat balik...) Bab pinjam-pinjam duit ni jarang-jarang berlaku... Sebab, dah duit pun tak berapa ada... Belanja sikit-sikt ada lah... Kami memang rapat... Pernah kami saling kunjung-mengunjung ke kampung masing-masing. Aku pernah sekali ke LY di Seberang Perai, dan dia ke Peket 100, Sg.Besar ke rumah embah aku. Kebetulan masa tu paman aku kahwin. Punya lah dia pelik kenduri kat kampung orang Jawa ni asyik-asyik makan! Tak lama kemudian aku ke rumahnya. Kebetulan ada orang kenduri... Aku pun pelik gak! Hidang satu pinggan je... kat situ kuih-muih diletakkan.... Kalau kat kampung aku satu talam beb! lima enam pinggan kuih, setiap satu lain-lain jenis... Hehe..
Selepas grad, kami terputus hubungan. Sayup-sayup aku dengar dia di IPSI buat KPLI dan aku di MPKTBR. Lepas tu sayup-sayup dia ke Bumi Kenyalang dan aku ke Bumi Di Bawah Bayu... Tak dapat berhubung... Lagi-lagi pulak rumah embah aku dah dirobohkan dan berpindah ke Sg.Nibung, Sekinchan. Mungkin kalau dia ada hantar surat pun tak sampai kat aku... Alamat rumah dia pulak aku tak dapat nak cari....
Dipendekkan cerita, masa 2006 aku berkursus di The Summit, Bukit Mertajam. Aku bertekad untuk mencari rumah Zaini. Kebetulan pulak kawan sekursus agak biasa di area tu... Petang kedua aku melilau-lilau mencari rumahnya... Alhamdulillah selepas berbelas-belas kali bertanya, aku sampai ke rumah bapanya. Nampak saja bapaknya.. aku pasti itu lah rumanya. Iras-ras bapaknya itu masih aku ingat. Selapas dapat nombor telefon, aku hubungi Zaini.
Alangkah terkejutnya dia aku yang call. Dia masa tu ada kelas... Sesi petang. Malam tu dia jumpa aku kat Summit... Puyalah hiba rasanya... Malam itu aku mintak izin kat room mate nak tidur di rumah Zaini... Zaini bersungguh-sungguh mengajak ke rumahnya. Malangnya datang waktu malam.. tak sempat sembang lama... (Tapi aku sempat ambik gambar dengan dia..) Esoknya pagi-pagi Zaini terpaksa hantar aku balik ke Summit.
Awal tahun ni aku berpeluang lagi berjumpa Zaini, semasa Kursus PTK.. Malangnya jadual kursus yang padat serta suasana kursus yang macam nak gi perang tu.... menyebabkan aku kehilangan idea nak gi ke mana-mana pun!
BACA LAGI...

KUALA PENYU DALAM INGATAN...

Bookmark and Share
Aku tak tahu mengapa posting terdahulu tentang Kuala Penyu hilang... Mungkin sewaktu aku mengedit labels hari itu tidak perasan content posting itu terdelete. Sebenarnya aku dah perasan tentang perkara tu sewaktu aku berhempas pulas menyudahkan tugasan aku seminggu lalu... Aku pejamkan mata untuk menulis kembali coretanku tentang kuala Penyu, Sabah.
Hari ini aku gagahkan diriku untuk menulis kembali tentang memori silamku di Kuala Penyu apabila aku terbaca mesej kawanku Ag.Besar Suran (Kini Pengetua di sekolah menengah di Pitas). Justeru aku pastekan di sini foto yang kami ambil pada tahun 1991 atau 1992 (aku tak pasti...) Foto ini diambil semasa kami pergi ke Pulau Tiga, sebuah kawasan pelancongan yang sangat terkenal di Sabah. Dari kiri; Muhammad bin Abdul Mutalib (Kelantan, kali terakhir kami berjumpa 1995 sebelum kami balik ke semenanjung), aku, Awang Besar Suran (Berkaca mata hitam) dan Jailani Jaya (Orang Miri).
Sebenarnya banyak lagi foto yang mahu dipastekan di sini tetapi aku tahu blog ini kan ada limitnya.... Nantilah aku pilih-pilih yang terbaik sentimental valuenya.
Tentang Ag.Besar seperti yang aku ceritakan dalam posting yang ghaib itu... Seorang kawan yang sangat sporting. Pada hari raya tahun 1991 (Itulah kali pertama aku tidak beraya Aidil Fitri dengan keluargaku... isk...isk...) dia sanggup beraya dengan kami guru-guru semenanjung yang beraya di flat guru. Aku dengan Muhammad terpaksa memilih untuk tidak balik kampung kerana 'rugi' balik sekejap... Lebih baik balik akhir tahun masa panjang bersama keluarga. Di tepi flat guru itu ada beberapa batang pokok piasau (kelapa.. ikut dialek Brunei). Maka Ag.Besar panjat pokok piasau tu dah buatlah ketupat... Keesokan hari rayanya beraya di Kg.Jangkit... Kami neraya sakan sampailah di rumah Ag.Besar itu ... Aduh manisnya kenangan itu... Walaupun sedih tidak beraya dengan sanak saudara... Sekurang-kurangnya kesedihan itu terisi juga dengan aktiviti beraya di Kuala Penyu.
Sepanjang empat tahun aku bermustautin di Sabah, terutama tiga tahun yang pertama (masih bujang) aku selalu gak ikut geng-geng pengakap ke Pulau Tiga. Pulaunya indah, tenang dan nyaman sekali. Posting akan datag aku akan ceritakan pulak tentang pengalaman naik Gunung Kinabalu, Insya Allah.
Aku berasa teringin sekali ke Kuala Penyu. Mudaha-mudahan suatu hari nanti... aku akan dapat menjejakkan kembali jangkahan kakiku di perbumian Kuala Penyu bersama isteri dan anak-anakku...
Dedikasi juga untuk;
Kipli Gitam, Fazlee Abdullah, Fatmah Mohd Yasin (Isteri Ag.Besar), Kak Site Tabiah Yunus, Dona Undoh, Felecia E.Jainol, Goh Kui Liang, Hj.Samin Ongki, Cg. Stepehen Kok, Cg.Jendeh Musran, Cg.Masni Muin, Cg.Tan Peng Ann, Cg.Selina Chew dan lain-lain lagi yang tak tertulis di sini. Selamat maju jaya... Sesiapa yang ada membaca catatan ini dan mengetahui di mana Cg.Muhammad bin Abdul Mutalib (selepas balik ke Kelantan beliau mengajar di sebuah sekolah menengah di jajahan Gua Musang) boleh lah memaklumkan kepada saya melalui ruang pesanan minda...
BACA LAGI...

AKINABALU KAMI DATANG!!

Bookmark and Share
Keterangan foto: Dari kiri; Muhammad Abdul Mutalib, Aku, Fatmah Mohd Yasin (Isteri Ag.Besar Suran), Ag.Besar Suran dan Razali Ayob (Kini pensyarah Fakulti Bahasa di UPSI) Berada di puncak Gunung Kinabalu (Low's Peak). Posing di belakang papan tanda Gunting bin Lagadan.
Ahli ekspedisi: Aku, Razali Ayob (kini: UPSI), Ag.Besar Suran, fatmah Mohd Yasin, Muhammad bin Abdul Mutalib, Bennedict Seth, Ust.Yusof Abu Samah (Kini: SMK Sg.Besar), Fazlee Abdullah dan guide kami bernama Dapit)
-----o0o-----
Bukan mudah nak mengimbas kembali peristiwa yang berlaku kira-kira 16 tahun yang lalu. Tapi aku akan cuba menukilkannya di sini sebagai bahan dokumentasi ekpedisi tersebut. Ekspedisi tersebut berlaku pada 24-26 Mei 1992.
Aku pun tidak menjangka bahawa aku akan menyertai ekspedisi tersebut akhirnya. Setelah seorang daripada group tersebut tidak dapat menyertai atas aral yang tidak dapat dielakkan, akhirnya aku menerima tawaran ekspedisi tersebut.
Perjalanan dari Kuala Penyu sekitar 9.00 pagi dan terus bertolak ke Kota Kinabalu. Kami menaiki van Toyota Hi Ace (bas lah tu kat KP!) . Kalau tak silap kepunyaan En.Mat Ali. Sampai di KK aku dan Muhammad membeli bag yang sesuai untuk tujuan ekspedisi tersebut dan membuang beg sementara yang kami bawa dari flat guru. Perjalanan ke Taman Kinabalu amat menyeronokkan. Di kiri kanan jalan ramai orang tempatan berjual sayur-sayuran segar! Di samping itu latar belakang Banjaran Crooker tersergam dengan megah bagaikan sedia menerima kunjungan para pelancong! Kami sampai di challet lebih kurang 3.00 petang. Sempat merayau-rayau sambil posing di beberapa lokasi yang sangat cantik.
Waktu malamnya kami ke challet En.Hussein Ahmad Bee, pengetua SMK Kuala Penyu yang secara kebetulan turut berada di situ. Walau bagaimanapun dia tidak naik sekali ke puncak Kinabalu. Menurutnya dia dah banyak kali naik ke atas.
Lebih pukul 7.30 kami mula bergerak ke Power Station yang terletak di kaki Gunung Kinabalu dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda. setelah semuanya siap sedia, kami mula mendaki gunung tertinggi di Asia Tenggara itu kira-kira jam 8.00 pagi.
Bagi orang macam aku yang pertama kali mendaki ... letihnya tak terkira. Untuk keselesaan, aku terpaksa menukar seluar jeansku kepada seluar track. Dan mengikut Fazlee, aku kena kira 1 hingga 10 dan mula lagi pengiraan tersebut supaya ada motivasi untuk terus maju ke hadapan. Hampir setiap kali berselisih dengan pendaki yang turun aku akan bertanya, "Lama lagikah sampai?" Mereka seperti sudah ada skrip jawapan yang sama... "10 minit lagi sampailah liau..." Mula-mula aku percaya gak... Tapi setelah 10 minit tak sampai-sampai dan setiap yang aku tanya bercakap jawapan yang sama.... Aduhhh!! Lalu aku teringat cerita dulu-dulu... Orang asli yang memberitahu tentang jarak perjalanan dalam hutan. Di akan kata "Jauhnya kira-kira sebatang rokok..." Bagi yang mendengar untuk pertama kalinya, rasa seronok lah sebab tak jauh lagi sampai.. Tapi habis tiga batang rokok yang dihisap terus menerus sekali pun... memang tak sampai-sampai. apa tidaknya orang Asli itu bila merokok, dua tiga sedutan... dipadamkan apinya lalu selit di telinga... Bila nak merokok semula nyalakan api, sambung dua tiga sedutan kemudian selit lagi...! Kalau macam tu sehari pun tak habis sebatang rokok!! Cerita itu aku kongsi dengan kawan-kawan... Biarpun letih, masih mampu juga ketawa berdekah-dekah!
Paling kesian kat Ustaz Yusof. Antara kami dialah yang selalu paling belakang... Mungkin saiz badanya yang agak besar (hehe.. maaf ustaz ya..) dan dia agak slow motion sikit. Kesiannya sebab dia terpaksa bergerak secara marathon... tak boleh rehat lama-lama. Kami, bergerak patas sedikit dan bila sampai kat mana-mana shalter kami akan rehat sambil menunggu beliau.. Bila dia sampai kami ready nak bergerak dah... kesian gak kat dia.... Tapi kalau ikutkan dia.. alamat lewatlah sampai di Panar Laban. Aku hampir-hampir mengalami kejang kaki tidak jauh dari Panar Laban. Aku hampir terlentang... alhamdulillah ada yang sempat tahan aku dari belakang. Dengan bantuan deep-heat spray aku dapat meneruskan perjalanan ke Panar Laban.
Setelah melalui keletihan yang amat sangat kami sampai kat Panar Laban sekitar 2.00 petang(persinggahan sebelum mendaki puncak Kinabalu). Cuaca sangatlah sejuk.. Paling siksa bila nak buang air!! Mandi? Tak payah lah.... Aku tak pasti apa yang kami makan masa tu... Memanglah kat Panar Laban ada kefe, tapi mak oii.. harganya mahal bah! Ag.Besar dan isterinya di samping membawa coklat bar, dia turut membawa beberapa biji apple. Mula-mulanya aku pelik gak! Tetapi sebenarnya ia sangat menyegarkan!
Kami bermalam di Panar Laban sehingga pukul 3.30 pagi. Dalam cuaca yang agak baik (tanpa hujan) menurut guide kami, kami sangat bernasib baik. Kami dinasihati agar bernafas secara teratur kerana udara semakin ke arah puncak, semakin nipis. Ramai gak group-group lain yang muntah-muntah kerana masalah tersebut. Oleh sebab masa kami bertolah waktu subuh belum masuk... Aku dengan opsyen yang ada... aku ambil air sembahyang di sebuah kawasan yang berair (agak luas juga... ) dan solat di sebuah kawasan yang agak lapang. Sesudah itu aku kena sampai ke puncak dan turun semula sebelum matahari naik. Katanya jika terlewat, kami akan mengalami pengelupasan kulit yang serius. Itupun kami kena pakai lipstick! Auwwww!!
Alhamdulillah aku antara yang agak awal sampai ke puncak kinabalu. Iaitu di Puncak Low... Sempat menghayati panorama alam ciptaan Allah S.W.T untuk seketika sebelum turun semula... Kesian lagi sekali kat Ustaz Yusof.. dia antara yang paling lewat sampai tetapi kena turun sama-sama kami kerana takut sunburned.
Aku rasa pengalaman mendaki Gunung Kinabalu antara pengalaman aku yang sangat menarik untuk diingat sewaktu bermustautin di Bumi Di Bawah Bayu selama 4 tahun setengah.
BACA LAGI...

AKU DAN MOBILKU...

Bookmark and Share
Kalau sesetengah orang menggunakan blog untuk menjual produk... atau sekurang-kurangnya mempromosi produk mereka. Entahlah... aku mungkin "spesis" yang tak ada vision business tak terfikirpun sebelum ini nak buat macam tu...

Aku mungkin sekadar nak membuat catatan tentang kereta aku ni yang selamat aku aku lego pada 10/03/2009 (Selasa) lepas. Pengalaman memiliki serta menggunakan kereta jenama Proton! Percaya atau tidak, sepanjang hidup aku ini, aku baru memliki dua buah kereta... Ertinya aku jenis yang tidak suka tukar-tukar kereta dan kalau menukarnya pun kerana ada sebab-sebab yang mendesak dan bukannya kerana faktor citarasa atau suka-suka. Kereta pertama aku beli ketika aku baru balik ke Semenanjung (1995) selepas 4 tahun setengah berkhidmat di Negeri Di Bawah Bayu. Kereta second hand ... Proton Saga Magma (1988). Aku pakai selama 8 tahun. Aku jual pun kerana ada kawan beria-ia nak beli. Dia terpaksa berulang-alik dari Gunung Besout (GB) ke TM hari-hari. Aku kesian gak... aku jual dengan harga RM5k jer! Alih-alih yang lucunya... bila dia bawak kawan dia dari GB untuk nak tengok keadaan kereta tu... kawannya pulak yang ambik!!! Aku tengok kawan aku tu, terkebil-kebil dengan peristiwa yang berlaku. Aku tak faham... kalau aku tahu macam tu... aku boleh mark-up harga! Kawan aku tu satu sen pun tak dapat apa!

Kali terakhir aku jumpa balik kereta Proton Saga tu pada 30 Julai 2007. Secara kebetulan, selepas isi minyak kat ESSO S.River, aku macam kenal dengan kereta yang ada kat depan aku nih! Sangat kenal... Ya Allah! kereta aku dulu rupanya! Dengan menggunakan handphone (sambil memandu) sempat ambik beberapa keping foto. Perasaan sayu tiba-tiba datang... Almaklumlah terlalu banyak kenangan indah dan beberapa pengalaman yang mengerikan sewaktu aku menjadi tuannya. Paling tidak dua kali! Sekali aku nak terlanggar sebatang pokok yang melintang jalan di Jalan Sg.Panjang Tg.Malim. Masa tu awal pagi. Keadaan masih gelap. Alhamdulillah dalam kadar kelajuan mencecah 80 kmj, aku sempat membuat pilihan yang tepat dengan menuju pada bahagian hujung pokok yang tumbang itu! Sampai sekarang aku masih lagi terbayang-bayang kejadian itu. Satu lagi, aku hampir terlanggar babi hutan!

Setelah aku jual Proton Saga aku tu pada Pak Mat, aku ambik Proton Waja 1.6 M/T pada 24/05/2003. Nawaitu aku... aku akan pakai kereta tu sampai reput! Tak nak jual. Justeru, aku jaga dengan "sepenuh hati". Ada masalah sikit, aku repair. Cari spare part ori! Minyak full synthetic sampai last aku jual... Dan, aku rasa aku adalah pengguna Proton Waja yang sangat bernasib baik sebab kereta aku tu tak banyak masalah... power window tak pernah meragam. Aircond, hehe... lima tahun pakai baru service! Absorber belakang pun sama... absorber depan masih yang asal lagi...

Idea awal nak jual Waja bermula apabila bala tentera aku dah semakin meningkat lah... Dah enam orang beb! Sampai peringkat aku kena guna ABM (bukan alat bantu mengajar... tapi alat bantu memandu!) Kayu massage! Kalau bising-bising dan gaduh, kayu aku tu akan cari mangasanya lah! Itu pun anak-anak aku tak heran sangat! Akhirnya idea tu semakin kuat membakar aku sewaktu aku tengah repair switch control aircond. Sementara mekanik tu buat kerja dia... aku pun pergilah meninjau kat used car sebelah... Alamak! teruknya harga kereta terpakai. Aku tengok kereta yang sama tapi A/T, RM28k! Entah macam mana kat situ ada mamat agen jual kereta baru! Bila dia nampak aku tersengih-sengih agaknya, dia pun approach aku lah... Dia kata harga kereta terpakai akan jatuh lebih teruk pada bulan-bulan yang akan datang... Aku pun suruh dia estimate kereta aku yang tengah direpair tu... Dia letak harga RM22k @ RM22k! Wahahaha... pasti aku kena top up banyak nih kat bank kalau nak jual jugak! tapi kalau aku tak jual sekarang... lagi teruk kena top up lebih banyak lagi! Mamat tu cuba cari buyer yang berani mark up kereta aku tu untuk meminimumkan top up dengan pihak bank... Setelah ting tong dengan beberapa orang buyer... dia kata RM25k! Keesokan harinya aku call bank. Nampaknya aku kena top up lebih kurang RM1k! Ni lah bila beli kereta pinjaman jangka panjang! Walaupun dah guna 5 tahun, masih banyak lagi hutang kat bank...

Aku tak nampak lagi nak ambik kereta baru (MPV hehe...) dalam jangka masa terdekat nih... Baru nak korek sana-sini untuk cari down payment dulu! Tapi, oleh sebab mamat jual kereta tu dah tolong aku jual kereta dengan harga tu... aku dah bagi di RM1k untuk jaminan bahawa aku akan cari dia bila aku beli kereta baru nanti! Tunggulah bulan lima ke.. enam ke... Buat masa ni aku naik jer Kanz isteri aku tu... Sehingga awal bulan April nih... masih ok! Lepas tu, bila isteri aku dah start kerja balik (selepas cuti 60 hari)... baru lah tahu tonggang terbalik "kehidupan" aku apabila berkongsi kereta! Jangan nanti Kancil pulak yang meragam nanti! Ya ampunnnnn!!!
BACA LAGI...
 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template